PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM) UNISEL BJ
RISALAH TARBAWI HIDUB BIAR BERJASA | EDISI 9 | 20 JUN 2016 |15 RAMADHAN 1437H
SURAH AL-MASAD
TADABBUR SURAH
Nama panggilan adalah Abu Utaybah dan kemudiannya hanya dipanggil Abu Lahab disebabkan kecerahan wajahnya dan berkahwin dengan Ummu Jamil yang keduaduanya menentang Rasulullah S.A.W sedaya upaya mereka. Mereka ini celaka dan akan di masukkan ke dalam neraka. Harta, usaha titik peluhnya di dunia dan anak-anaknya tidak berguna langsung bagi menyelamatkan mereka azab api neraka selama-lamanya. .
Surah ini berkenaan sifat musyrik iaitu penegasan bahawa kemusyrikan itu tidak dapat dipertahankan dan tidak akan menang walaupun pelakunya berusaha keras dengan mengaitkan kisah Abu Lahab atau nama sebenarnya Abdul Uzza bin Abdul Mutalib, adik beradik Abdullah (bapa kepada Nabi S.A.W). Maka beliau merupakan bapa saudara Rasulullah S.A.W. Uzza adalah nama berhala yang utama pada ketika itu. Beliau berbadan gemuk dan berkulit putih kemerah-merahan.
Direkodkan oleh Bukhari dan Muslim bahawa Ibnu ‘Abbas menyatakan mengenai sebab surah ini diturunkan. Pada awal permulaan dakwah iaitu ketika berusia 40 tahun, Baginda S.A.W yang mana ketika itu Allah S.W.T baru sahaja memerintahkan untuk menzahirkan dakwah secara terang-terangan, Baginda S.A.W mengumpulkan manusia ke lembah Al Bassa dan berdiri di antara mereka di bukit Safa. Baginda S.A.W mendaki puncak tinggi lalu berteriak, “Wahai kamu semua, mari ke mari!” Maka berkumpul semua orang Quraisy mengelilingi Baginda S.A.W lalu menanyakan kepada kaum Quraisy pada ketika itu, “Jika aku khabarkan kepada kalian di sebalik bukit ini ada tentera yang ingin memerangi kamu,
1
Pkpimuniselb@gmail.com
pkpimuniselbj.blogspot.com
Pkpim Uniselbj
adakah kalian akan membenarkan aku?” Jawab mereka,“Bahkan! Kami tidak pernah melihat engkau berdusta.” Rasulullah S.A.W bersabda, “Sesungguhnya aku diutuskan sebagai pemberi peringatan kepada kalian sebelum tibanya hari pembalasan kelak dan menerima azab yang pedih (disebabkan perbuatan syirik menyembah berhala dan pelbagai kemungkaran).” Abu Lahab yang juga turut ada pada ketika itu lantas berkata, “Celakalah engkau sepanjang hari! Dengan sebab ini engkau kumpulkan kami?” Maka turunlah surah ini sebagai mengecam tindakan dan sifat Abu Lahab atas kata-kata kesatnya kepada Nabi Muhammad S.A.W. Baginda hanya diam dan amat sedih mendengar cercaan bapa saudarnya. Padahal sebelum ini pak ciknya itu amat menyayanginya. Apabila ahli keluarga Nabi S.A.W lain melihat peristiwa itu, hati mereka berbelah bagi terhadap Abu Lahab. Perasaan hormat kepadanya hampir tiada. Abu Lahab tidak berhenti setakat itu sahaja, beliau menyambung dengan cercaan lain. Katanya, "Selama ini aku belum pernah melihat seorang dari keturunan orang tuanya (Abdul Mutalib) dan kaumnya (Bani Hasyim) lebih keji dengan apa yang engkau bawakan dan perlihatkan ini!" Allah S.W.T pada ketika itu telah menurunkan wahyu dan maksudnya, “Celakalah dua tangan Abu Lahab!,Memang dia sangat celaka!” (Surah Al-Lahab ayat 1) mengecam Abu Lahab sendiri dan juga mengenai sifat Abu Lahab. Allah S.W.T menyebutkan perkataan ‘binasa’ atau ‘celaka’ kepada Abu Lahab sebanyak dua kali. Ibn Mas’ud menyebutkan bahawa binasa yang pertama adalah ke atas perbuatannya ketika itu dan binasa ke atas dirinya hingga akhir hayat merujuk kepada perkataan binasa yang kedua. Mendengar sahaja firman Allah S.W.T itu daripada anak saudaranya,
Abu Lahab menjawab dan anak-anakku!”, “Jika apa yang dikatakan Muhammad itu benar maka aku tebus diriku dengan harta. Lalu turunlah wahyu Allah S.W.T lagi, “Tidaklah berguna daripadanya (Abu Lahab) harta bendanya dan segala usahanya." (Surah Al-Lahab ayat 2). Maka tiadalah kebaikan yang ditempah selepas peristiwa tersebut disebabkan kesombongannya untuk merendah diri dan hati dalam menerima ajakan ke arah kebaikan. Ayat ini menggambarkan akibat mencerca Nabi S.A.W atau pendakwah Islam yang mengajak ke jalan yang benar samalah seperti mengingkari Allah S.W.T. Maka segala harta benda sama ada dikumpulkan oleh diri sendiri atau diwarisi tidak dapat membantu kelak termasuklah anak-anak sebagai pewaris tidak dapat menebus dosanya di akhirat kelak. Bagaimana kita? Mungkinkah kita juga dicela oleh-Nya kerana keangkuhan kita menerima kebenaran yang diturunkan? Astaghfirullah. Mendengar sahaja wahyu Allah S.W.T mengutuk dan melaknat dirinya, beliau mula membuat kacau dalam majlis Rasulullah S.A.W itu sehingga Nabi S.A.W terpaksa membubarkan majlisnya. Para ahli keluarga Baginda S.A.W lain merasa simpati di atas kesedihan yang ditanggung oleh baginda atas pembubaran majlis tersebut . Sejak itu Abu Lahab sering menyakiti Rasulullah S.A.W. Dia sangat benci dan suka menghina Rasulullah S.A.W dan agama Islam yang diajarkan Baginda S.A.W. Imam Ahmad meriwayatkan daripada Abu Az Zinad bahawa seorang lelaki dari Bani Ad Dil, pernah berkata kepada Imam Ahmad bahawa melihat Rasulullah S.A.W pada zaman Islam masih lagi asing sewaktu di pasar Zul Majaaz dan Baginda SA..W berkata, “Wahai manusia, katakanlah tiada disembah melainkan Allah dan kamu pasti berjaya!”
2
Semua orang mengelilingi Baginda S.A.W dan di belakang beliau ada seorang lelaki berwajah cerah. Lelaki itu berkata, “Sesungguhnya dia ini (Muhammad) seorang yang murtad (dari agama kita) dan seorang penipu!” Lelaki ini sentiasa mengikuti Baginda S.A.W kemana sahaja. Maka, apabila ditanya kepada khalayak, siapakah lelaki yang mengikuti Baginda S.A.W mereka menjawab, “Lelaki itu adalah pakciknya, Abu Lahab!” Ayat 3 menjelaskan Abu Lahab akan dimasukkan ke dalam api marak yang sentiasa membakar. Itulah seksaan yang dikenakan kepada Abu Lahab di atas keingkarannya dan perbuatan kejinya menghalang dakwah dan mencerca Rasulullah S.A.W. Begitu juga andai kita juga bersikap dan bersifat seperti Abu Lahab walaupun kita anak seorang ustaz tersohor atau memiliki anak tahfiz Al-Quran sekalipun tidak dapat menebus dosa disebabkan mengingkari dan syirik kepada Allah S.W.T. Ayat 4 berkisar tentang isteri Abu Lahab iaitu Ummu Jamil, seorang ketua golongan wanita Quraisy yang berpengaruh. Nama sebenarnya Arwah binti Harb bin Umayyah, adik kepada Abu Sufyan dan ibu saudara kepada Muawiyah. Dia sangat menyokong tindakan suaminya dan mempercayainya. Dalam surah ini Allah S.W.T menggelarnya pemunggah kayu api. Dalam menafsirkan ayat ini, ulama mempunyai dua pandangan berbeza. Pertama dia sememangnya pemunggah kayu api yang terdapat duri padanya dan diletakkan dilaluan Rasulullah S.A.W dengan tujuan untuk menyakiti Baginda S.A.W. Pendapat lain seperti Sa’id bin Jubair mengatakan dia pembawa kerosakan dan dosa kerana kata-kata kesatnya menuduh, mencerca dan memfitnah Baginda S.A.W dengan tujuan yang sama. Suatu hari, Ummu Jamil ini telah keluar ke khalayak berdekatan Kaabah dan menjerit,
“Muhammad itu mengutuk moyang kita dan agama kita juga suruhannya itu mengkhianati kita”. Sambil ditangannya ada seketul batu. Ketika itu, Rasulullah sedang duduk dekat dengan Kaabah dan Abu Bakar juga bersamanya. Apabila Abu Bakar melihat Ummu Jamil makin hampir dinyatakan kepada Rasulullah S.A.W, “Wahai Rasulullah, dia datang ke sini dan aku bimbang dia akan nampak engkau!” “Sesungguhnya dia takkan dapat melihat aku.” Kemudian Baginda S.A.W membaca ayat Quran sebagai pelindung sebagaimana dipesan Allah S.W.T dalam surah Al Isra’ ayat 45 yang bermaksud, “Dan apabila kamu membaca Al Quran nescaya Kami adalah antara kamu dan orang yang tidak beriman kepada hari akhirat, suatu dinding yang tertutup.” Maka apabila Ummu Jamil tiba sahaja di hadapan Abu Bakar, dia langsung tidak melihat Rasulullah S.A.W yang ketika itu hanya di sebelah Abu Bakar. Ummu Jamil berkata, “Wahai Abu Bakar, sesungguhnya aku telah dimaklumkan kawan kamu itu (Muhammad) telah mengucapkan syair yang buruk mengenai aku.” “Tidak, demi tuhan rumah ini (Kaabah) Baginda S.A.W tidak berbuat begitu padamu.” Lalu Ummu Jamil dengan bercekak pinggang tawaf (mengelilingi) Kaabah sambil berkata, “Sumpahan akan terkena pada orang yang berkata buruk.” Oleh itu dia menjadi pemangkin kepada hukuman dan balasan terhadap suaminya sebagaimana firman Allah S.W.T dalam ayat 4 ini bahawa dia pembawa kayu bakar yang digunakan sebagai pembakar suaminya di akhirat dan dia akan diazab seperti itu juga, dibakar dalam neraka.
3
3
Seksaan yang dikenakan kepada Ummu Jamil adalah lebih azab seperti dinyatakan dalam ayat 5. Berkata Mujahid (ahli tafsir) dan beberapa ulama’ lain, tali-tali yang dipintal itu adalah rantaian besi panas daripada api neraka Al Masad yang tersimpul yang dipakaikan dilehernya sebagai seksaan atasnya. Diceritakan pada awalnya, Abu Lahab sangat gembira dengan kelahiran Nabi S.A.W sehingga melonjak-lonjak kegembiraannya dan membebaskan seorang hambanya bernama Thuaibah As-Aslamiayah serta sanggup mengorbankan dikatakan 100 ekor unta kerana bersyukur kepada Tuhan Kaabah atas kelahiran Muhammad bin Abdullah, anak saudaranya itu. Hinggakan setelah Nabi S.A.W dikurnia anak perempuan, Abu Lahab menjodohkan dua anak lelakinya dengan puteri Nabi S.A.W iaitu anak sulungnya bernama Utbah dijodohkan dengan Ruqaiyah manakala anak keduanya Utaibah dengan Ummu Kalsum. Abu Lahab melakukan demikian kerana beliau amat kasih dengan Nabi S.A.W dan mengenangkan adiknya iaitu Abdullah bapa Nabi S.A.W .
Utaibah diarahkan tidur di tengah-tengah rombongan itu . Abu Lahab berfikir sekiranya ada sekawanan singa nanti sudah tentulah mereka akan menghalang dan membunuhnya sebelum sempat singa itu membaham anaknya itu . Sampai dipertengahan jalan tiba-tiba keluarlah sekawanan singa dan salah satu di antara singa itu melompat lalu menerkam Utaibah yang sedang nyenyak tidur .Singa itu dengan mudah mematahkan leher Utaibah lalu mati serta merta . Singa itu tidak mengganggu ahli rombongan lain dan terus lesap selepas itu. Rumusan Berbalik kepada surah yang mengisahkan tentang celaan terhadap Abu Lahab dan isterinya ini, jika kita tadabbur lebih mendalam, kita dapat kaitkan kisah ini dengan kehidupan diri kita sendiri. Abu Lahab dan isterinya diseksa dan dicela kerana secara umumnya mereka berdua menjadi penghalang kepada dakwah Baginda S.A.W.
Namun setelah 40 tahun kemudiannya apabila Muhammad S.A.W dilantik menjadi nabi dan rasul akhir zaman, Abu Lahab menentangnya dengan keras dan mengarahkan kedua anak lelakinya menceraikan isteri-isterinya lalu mereka berdua menceraikan. Ketika Utaibah menghantar isterinya ke rumah Nabi S.A.W ,beliau telah mengambil kesempatan untuk menendang pinggang Nabi S.A.W sehingga terjatuh . Nabi S.A.W dengan penuh kesabaran bersabda, " Wahai Utaibah nanti kamu akan di baham oleh salah satu daripada singa-singa Allah. " Abu Lahab yang mengetahui perkara itu mempercayai kata -kata anak saudaranya itu , sehinggakan Abu Lahab mengarahkan Utaibah tidur sahaja semasa perjalanannya hendak berniaga .
4
HADIS 9 - PERINTAH DAN LARANGAN
Maksudnya : Daripada Abu Hurairah Abdul Rahman ibn Sokhrin r.a. beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Apa-apa yang Aku larang kamu melakukannya, maka hendaklah kamu menjauhinya, dan apa-apa yang Aku perintahkan kamu melakukannya, maka lakukanlah seberapa daya kamu. Sesungguhnya umat yang terdahulu daripada kamu telah binasa lantaran banyak persoalan dan banyak perselisihan mereka terhadap Nabi-nabi mereka."
(Riwayat al-Bukhari, no. 6777 dan Muslim, no. 1337)
TAFSIR HADIS 40
5
Pengajaran Hadis : 1) Wajibnya menghindari semua apa yang dilarang oleh Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam. 2) Siapa yang tidak mampu melakukan perbuatan yang diperintahkan secara keseluruhan dan dia hanya mampu sebagiannya sahaja maka dia hendaknya melaksanakan apa yang dia mampu laksanakan. 3) Allah tidak akan membebankan kepada seseorang kecuali sesuai dengan kadar kemampuannya. 4) Perkara yang mudah tidak gugur karena perkara yang sukar. 5) Menolak keburukan lebih diutamakan dari mendatangkan kemaslahatan. 6) Larangan untuk saling bertikai dan anjuran untuk bersatu dan bersepakat. 7) Sesuatu yang didiamkan itu merupakan rahmat bagi kamu, maka janganlah bertanyakan lagi seperti firman Allah yang bermaksud “Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu bertanya tentang sesuatu yang jika dijelaskan kepada kamu, akan menyusahkan kamu. ( Surah al-Mai’dah 5:101)
6
7
KISAH BILAL BIN RABAH Bilal bin Rabah merupakan seorang sahabat Rasulullah S.A.W. yang kedua pentingnya dalam menegakkan syiar Islam. Memiliki kisah yang menarik mengenai perjuangan dalam menegakkan aqidah adalah merupakan suatu kisah yang amat memilukan bagi kaum muslimin yang mengetahui. Nama penuh beliau adalah Bilal bin Rabah seorang muazin Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasallam,.Beliau telah di lahirkan di daerah As-Sarah sekitar 43 tahun sebelum hijrah. Ayahnya bernama Rabah, sedangkan ibunya bernama Hamamah, seorang budak wanita berkulit hitam yang tinggal di Mekah. Disebabkan ibunya itu, sebagian orang mengelarkan Bilal dengan sebutan ibnus -Sauda’ (putra wanita hitam). Beliau telah dibesarkan di kota Ummul Qura (Mekah) sebagai seorang hamba. ketika ayahnya telah meninggal, Bilal telah diwariskan kepada Umayyah bin Khalaf, seorang tokoh penting kaum kafir. Bilal bin Rabbah merupakan seorang yang teguh dengan pendiriannya. Hal tersebut boleh dilihat ketika Rasulullah S.A.W menyampaikan dakwahnya kepada penduduk Mekah, Bilal bin Rabbah terlebih dahulu mendengar seruan Rasulullah S.A.W yang membawa agama Islam. Maka beliau telah berjumpa dengan baginda Rasulullah S.A.W untuk memeluk agama dan mengucapkan kalimah syahadah. Bilal merupakan golongan yang pertama yang memeluk agama Islam. Seterusnya, tersebarlah pengislaman Bilal Bin Rabbah diseluruh penjuru Kota Mekah sehingga berita tersebut sampai kepada tuannya iaitu Umayyah Bin Khalaf. Umayyah Bin Khalaf merupakan pemimpin kaum Quraisy yang paling utama. Maka Umayyah berasa amat marah terhadap Bilal sehingga ingin menyeksannya dengan sekeras-kerasnya dengan memukulnya. Hal tersebut telah menyebabkan penderitaan yang teramat sakit akibat seksaan yang diterima dari tuannya. Tetapi dengan segala keteguhan hati dan keyakinanya terhadap agama Allah, beliau telah mempertahankan keimannya tanpa melawan sedikitpun dan hanya mampu untuk mengucapkan “Ahad, Ahad (Tuhan Yang Esa)�. Tidak hanya memukulnya, tuannya telah menambah lagi hukumnnya dengan menjemur Bilal dibawah cahaya matahari yang sangat terik tanpa pakaian serta meletakkan batu yang besar dan berat diatas dadanya.
SIRAH NABI
8
Akhirnya, Allah S.W.T telah mengakhiri seksaanya yang telah dialami oleh Bilal melalui Abu Bakar A.S. Pada suatu hari, ketika Bilal bin Rabbah telah mengalami seksaan dari Umayyah, Abu Bakar terlihat seksaan tersebut dan ingin membeli Bilal bin Rabbah dari Umayyah Bin Khalaf. Maka Umayyah telah meletakkan harga yang sangat tinggi untuk menduga agar Abu Bakar tidak akan mampu untuk membayarnya. Namun, tanggapan Umayyah salah, Abu Bakar mampu membayarnya kemudian Abu Bakar telah memaklumkan kepada Baginda Rasulullah S.A.W bagi menyelamatkan Bilal dari terus diseksa. Akhirnya, Bilal bin Rabbah telah menjadi seorang yang merdeka dan selamat dari pelbagai seksaan Umayyah. Kebebasannya telah menjadikan Bilal seorang yang taat dan mengikuti ajaran agama Allah iait u agama Islam serta Rasul-Nya. Bilal telah mengikuti Rasulullah S.A.W untuk berhijrah ke Madinah serta telah mengabdikan dirinya kepada Rasulullah S.A.W. Beliau juga telah mengikuti setiap peperangan yang berlaku ketika itu. Apabila, Rasulullah S.A.W telah selesai membina sebuah masjid yang dinamakan Masjid Nabawi di Madinah, beliau telah meminta Bilal bin Rabbah untuk menjadi orang pertama yang mengalunkan azan di masjid tersebut. Maka Bilal telah menjadi muadzin tetap pada zaman Rasulullah S.A.W. Suaranya yang begitu lunak dan merdu telah menggetarkan hati penduduk kota Madinah pada ketika itu. Apabila Rasulullah S.A.W telah wafat, Bilal telah mengumandangkan azan selama tiga hari sahaja. Ketika sampai kepada kalimah, “Asyhadu anna Muhammadan Rasuulullaah� (Aku bersaksi bahwa Muhammad adalah utusan Allah)�, beliau terus menangis tersedu-sedu. Sehingga kaum muslimin yang mendengarnya ikut serta dalam tangisan tersebut. Hal tersebut, Bilal telah memohon kepada Abu Bakar, untuk tidak mengumandangkan. Selain itu, Bilal juga telah meminta izin kepada Abu Bakar untuk keluar dari kota Madinah. Demikianlah kisah seorang Bilal, keteguhan, ketaatnya dan keyakinannya kepada ajaran kebenaran, telah mengangkat darjatnya dan menjadikannya seorang mulia di sisi Allah d an Rasul-Nya meskipun dia berasal dari seorang budak hitam yang hina dan fakir.
9
PERANAN MAHASISWA KEPADA MASYARAKAT DAN NEGARA : BUDAYA ILMU
Apabila Soekarno, bekas presiden Indonesia yang mahsyur dengan reformasi politik Indonesia pernah mengungkapkan, “beri aku 10 pemuda niscaya akan ku goncangkan dunia. ” Jadinya wujud satu ruang diskusi panjang disebalik kenyataan ini pada kriteria pemuda yang mampu menggoncangkan ini. Kriteria pemuda ini yang menentukan hasil goncangan sama ada ia berteras revolusi bersifat emosi atau sebuah kelahiran tamadun yang bermakna. Bertepatan dengan apa yang diungkapkan oleh Saidina Ali, “jika kamu ingin lihat masa depan sesebuah negara, maka lihatlah pemuda-pemuda pada hari ini.” Masa depan yang dibina itu adalah pembinaan sebuah tamadun dengan prinsip Islam atau sebuah tamadun yang hampa nilai- nilai Islam tetapi hanya meniru pemikiran-pemikiran asing. Apabila berbicara tentang pemuda, tidak salah kita halakan perbincangan golongan ini pada kelompok mahasiswa juga. Mahasiswa menurut kamus dewan edisi dua mendefinisikan mahasiswa sebagai pelajar muda yang menuntut di pusat pengajian tinggi. Golongan yang dikurniakan begitu banyak ruang, kelebihan dan nikmat seperti tempat belajar yang bagus, akal yang cerdas untuk berfikir, tubuh badan sihat dan muda juga sumber kewangan yang baik. Maka mensia-siakan segala nikmat ini untuk segala yang tidak bermanfaat adalah sesuatu bentuk kekufuran pada nikmat yang banyak ini. Seperti yang berulang kali diperingatkan dalam surah Ar-Rahman iaitu “maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan.” Sering kita dengar pada seruan dan slogan membina ‘daulah Islamiah’ atau ‘negara Islam’. Namun tidak ramai yang bercerita tentang isi kepada sebuah negara Islam itu. Jika sudah bercerita, berapa ramai pula yang melaksanakan dan mengamalkannya. Yang lebih penting bagi saya adalah segala usaha bagaimana membina sebuah ‘negara yang prinsipnya Islam’. Indeks Persepsi Rasuah (CPI) yang dikeluarkan olehTransparensi International jelas menunjukkan sikap sebenar umat Islam apabila kita gagal menghuni tempat teratas sebagai negara bersih rasuh dan menyedihkan kita bukan di tengah tetapi menghuni kebanyakan ruang di bawah. Belum lagi kita bentangkan indeks kemiskinan, indeks pencemaran, indeks kebersihan, yang kita akui duduknya negaranegara majoriti orang islam menunjukkan skrip yang sama dengan indeks di atas.
CATATAN RINGKAS
10
Jadi wujud satu ruang perubahan besar yang harus umat Islam lakukan yang saya kira ramai mengakui permasalahan ini tetapi jalannya masih buntu kerana Muhammad Abduh pernah mengungkapkan episode ini 50 tahun yang lepas, “ aku nampak Islam di Eropah tetapi mereka bukan muslim, aku nampak muslim di sini, tetapi aku tidak nampak Islam. Peranan yang harus dimainkan oleh mahasiswa dalam mengubah landskap ini amat besar dan penting. Seperti yang sering ditegaskan Dato Saifuddin Abdullah, timbalan menteri pengajian tinggi “mahasiswa bukan pemimpin akand atang sahaja, mereka adalah pemimpin masa kini dan akan datang.” Pemimpin ini jangan disempitkan pada ruang politik sahaja tetapi melihat pada skop pemimpin pada ruang yang lebih besar. Pada pandangan saya satu peranan yang sering dilupakan adala h peranan membugarkan budaya ilmu. Berada dalam sebuah universiti yang seharusnya menjadi pusat pembelajaran dan pengkajian ilmu tinggi menjadi pusat memupuk semangat budaya ilmu ini dikalangan mahasiswa sebagai persiapan sebelum keluar pada masyarakat. Professor Zaini Ujang dalam bukunya Menghayati Budaya Imu menulis, “ada pihak berpendapat bahawa ilmu dan budaya ilmu tidak penting dalam skema pembangunan insan dan negara. Terdapat perkara lain yang menjadi keutamaan iaitu iman dan amalan keagamaan. Tidak kurang juga yang menyebut tentang kepentingan kekuatan ekonomi, pembangunan infrastruktur, perpaaduan nasional dan semangat kebangsaan. Kita tidak wajar menafikan kepentingan perkara tersebut tetapi kesemuanya berakar umbi kepada asas ilmu.” Ya, asasnya adalah ilmu, “adakah sama orang yang berilmu dengan tidak berilmu. (Surah Az- Zumar ; 9) Budaya adalah sesuatu yang menjadi lazim dalam masyarakat sehingga meninggalkannya menjadi suatu yang asing. Yang disebut sebagai budaya ilmu pula menurut Prof Wan Mohd Nor Wan Daud dalam bukunya Budaya Ilmu Satu Penjelasan mendefinisikan budaya ilmu sebagai kewujudan satu keadaan yang setiap lapisan masyarakat melibatkan diri, baik secara langsung mahupun tidak langsung dalam kegiatan keilmuan bagi setiap kesempatan. Beliau menambah lagi, budaya ilmu merujuk kepada kewujudan satu keadaan yang segala tindakan manusia baik di tahap individu, apatah lagi di peringkat masyarakat diputuskan dan dilaksanakan berdasarkan ilmu pengetahuan sama ada melalui pengkajian mahupun syura. Pendefinisian penuh hikmah daripada Prof Wan ini jelas menunjukkan konsep input dan output dalam berbudaya ilmu. Mahasiwa benar-benar berada dalam kedudukan paling strategik untuk melaksanakn misi budaya ilmu ini. Selain daripada berada di pusat kegiatan ilmu yakni universiti, mahasiswa juga sering diipandang tinggi dan diiktiraf masyarakat sebagai agen pengubah masyarakat dan pengiktirafan memudahkan lagi usaha pengislahan ini. Di barat kita dapat lihat suburnya semangat keilmuan di sana. Carta universiti-universiti terhebat di dunia jelas didominasi barat. Kemajuan sains dan teknologi sentiasa dipelopori mereka. Namun sikap mereka pada agama jelas merosakkan segalanya. Penolakan pada agama bermula dengan sikap ekstrem gereja dalam menyekat kehidupan dan semangat keilmuan jelas melahirkan dualisme dalam pemikiran mereka.
11
Oleh itu, umat Islam harus membina semangat budaya ilmu pada ciri ilmu yang sebenar. Tujuan pencarian ilmu adalah supaya kita jelas tempat duduk sesuatu perkara dalam mengelakkan diri dari berlaku zalim. Ilmu yang paling utama ialah ilmu mengenai Allah dan akhirnya meletakkan Allah sebagai yang teratas dalam hieraki kehidupan. Kita mengangkat dua sumber utama dalam ilmu iaitu al-Quran dan Sunnah dan menerima rasional akal tetapi harus dipandu oleh dua sumber utama itu. Berbeza dengan barat yang wujud golonngan ekstrim seperti golongan empirisme yang ekstrem pada ruang fizikal dan menafikan agama dan rasionalisme pula ekstrem pada kegiatan akal sahaja dan menolak wahyu. Mahasiswa yang ingin berperanan kepada masyarakat harus tidak terjerat dalam kekeliruan-keliruan konsep ilmu supaya tidak mengelirukan pula masyarakat di luar. Satu lagi ciri budaya ilmu yang tidak harus dilupakan adalah kefahaman kepada konsep fardhu ain dan fardhu kifayah. Had umur yang pendek tidak memungkinkan seseorang itu mengetahui semua perkara. Pembahagian ilmu ini bukanlah pembahagian yang terpisah tetapi sesuatu kesepaduan. Setiap mahasiswa itu wajib mengetahui segala yang perlu dan asas dalam kehidupan sehariannya seperti pemahaman mendalam pada rukun islam dan rukun iman. Pada fadhu kifayah pula akan berlaku pembahagian tugas dan pengkhusas peranan dalam sesuatu ilmu. Mahasiswa yang faham budaya ilmu harus mendalami kedua-duanya, fardhu ain dan mempunyanyai pengkhusasan pada ilmu fardhu kifayah. Ini penting supaya mahasiswa itu terpandu oleh ilmu fardhu ainnya dan mempunyai peranan khusus dari ilmu fardhu kifayahnya. Seorang mahasiswa yang mengambil subjek ekonomi harus mengetahui asas-asas fardhu ain dan sedang mengkhusus dalam bidang ekonomi kerana peranan besar yang dimainkan kelak sebagai pakar ekonomi tetapi kefahaman mendasar pada ilmu fardhu ain akan meletakkan mahasiswa itu sebagai pakar ekonomi yang tidak meletakkan material (baca; kekayaan) sebagai tujua n hidup. Kita akan mendapat sebuah kerjasama yang strategik dan harmoni dari konsep ini. Kita semua sedia maklum dengan peribahasa ‘melentur buluh biar dari rebungnya’ namun sisi perbincangan yang jarang diambil dari peribahasa ini adalah pada persoalan kompetensi orang yang ingin melentur ini. Ditakuti akan tersalah lentur maka tidak guna jika dilentur seawal rebung pun. Mahasiswa yang lengkap dengan kefahaman ilmu akan bersedia untuk berperanan pada masyarakat. Sudah tentu perubahan pada diri disebabkan oleh budaya ilmu ini akan dibawakan juga kepada masyarakat. Misi membawakan semangat budaya ilmu ke dalam masyarakat harus diturunkan pada taraf yang sesuai untuk masyarakat. Akhirnya kita akan mendapat sebuah masyarakat da n negara seperti yang kita jelaskan dari definisi budaya ilmu tadi, iaitu segala tindakan didahulukan dengan ilmu, tidak dilihat dari kaca mata emosi, partisan dan rasional sahaja seperti yang berlaku kini. Manifestasi dari kefahaman ilmu yang sebenar akan menghasilkan manusia yang berad ab. Kita sudah melihat manusia yang cetek ilmunya akan terkeliru dengan tindakannya. Mahasiswa yang tercerah harus membetulkan situasi ini.seperti yang diungkapkan Prof Wan, “orang yang tidak beradab kerana keliru, pemusnahan hutan dikatakan harga yang harus dibayar untuk kemajuan , korupsi akhlak dan ekonomi
12
dimaafkan sebagai lumrah kehidupan moden, kedayusan moral disebut sebagai toleransi.� Inilah peranan mahasiswa. Ketidakadilan d an kezaliman dalam masyarakat diselesaikan dengan ilmu bukan emosi, hujah b ukan gaduh, hikmah bukan gopoh. Tamsilan yang dinyatakan oleh Prof Syed Naquib al-Attas bahawa umat islam seperti cermin. Cermin yang memantulkan cahaya suci Islam. Kita harus memastikan kita mempunyai cermin yang baik supaya kita tidak memantulkan cahaya yang salah dan memberikan gambaran yang salah tentang agama kita. Akhirnya segala indeks yang kita nyatakan di atas dapat diterbalikkan kedudukannya kerana segala penawarnya ada dalam prinsip Islam yang boleh ditemui dengan ilmu. Konklusinya, mahasiswa harus melihat diri mereka berperanan besar dalam mengubah masyarakat juga negara. Mengubah masyarakat dengan pembugaran budaya dan semangat ilmu dengan mewujudkan semangat budaya ilmu pada diri dahulu. Mempersiapkan diri dengan ilmu yang sebenar, juga jelas pada ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah. Akhirnya masyarakat yang hidup dengan ilmu akan melahirkan sebuah kehidupan penuh adab yang tahu tempat duduk sesuatu perkara.
Nukilan Oleh : Saudara Arif Alwan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
13
14
PERUTUSAN PRESIDEN "SENYUMAN RAMADHAN: EKSPONEN KEAMPUHAN JATI DIRI KEISLAMAN"
Pada kesempatan yang membahagiakan ini, mewakili seluruh saf qiyadah PKPIM, kami merakamkan ucapan Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak bagi tahun 1437H. Sesungguhnya, Allah mengurniakan kesempatan ini buat kita semua - suatu nikmat besar yang wajar kita raikan! "Maka, apa lagi nikmat yang boleh kamu dustakan?" RAMADHAN MENJELMA DAN TERSENYUM BERSERI Hari ini, kita telahpun sampai ke bulan Ramadhan. Sesungguhnya, Allah Yang Maha Penyayang telah mengabulkan doa kita semua. Bukankah ketika bulan Rejab dan Syaaban yang lalu, kita sering berdoa agar Allah memanjangkan usia kita untuk bertemu dengan Ramadhan selali lagi? (Allahumma bariklana fi rajaba wa sya'ban, wa balighna ramadhan). Nah, doa kalian sudahpun dikabulkan. Manfaatkan kedatangan Ramadhan kali ini dengan sebaiknya. Baiki diri, tingkatkan amal, istiqamah dalam amal kebajikan. Saudaraku yang budiman, Mari kita cuba renungi bait-bait qasidah yang dikarang oleh Syeikh Abdul Wahhab al-Shamli al-Sabagh: "Ramadhanu tajalla wa 'b-tasama, Tubha li 'l-'abdi idza 'ghtanama, Ardha maulahu bi maltazama, Tubha li 'n-nafsi bi taqwaha." "Ramadhan menjelma dan tersenyum berseri, Beruntung hamba tika sedia diri, Ia menyenangkan Tuannya (Tuhan) dengan memerhati, Jiwa yang taqwa untunglah diri"
15
Indah sekali bait-bait qasidah khusus didendangkan saat menyambut kedatangan bulan mulia, Ramadhan al-Mubarak. Kesediaan kita menyambut kedatangannya adalah suatu kelebihan. Inilah kesempatan yang besar yang Allah berikan. Hakikatnya, Ramadhan yang datang kepada kita itu "tersenyum berseri", demikian halnya seperti tetamu yang datang bertandang. Justeru, bagaimana sepatutnya kita menyambut kedatangannya? Semoga Allah memberikan kekuatan kepada kita untuk "meraikan" tetamu kita, Ramadhan yang datang dengan sebaiknya. Oleh yang demikian, jangan ketinggalan melipatgandakan amalan ibadah dan kebaikan kerana setiap amalan kebajikan yang dilakukan dalam bulan ini akan digandakan ganjarannya. Namun begitu, bukanlah ganjaran menjadi sasaran, bukan gandaan pahala yang dikejar-kejar, tetapi kepuasan rohaniah dan reda Allah. Teman-teman sekalian, HAMBA ALLAH, BUKAN HAMBA RAMADHAN Betul, Ramadhan adalah bulan yang istimewa. Di dalamnya disyariatkan amalan puasa fardhu selama sebulan. Di dalamnya juga disunatkan solat tarawih, solat yang tiada pada bulan-bulan yang lain. Dijanjikan berbagai-bagai "priviledge" dan lipat-ganda ganjaran bagi yang beramal. Walaupun begitu, jaga-jaga wahai temanku. Ingatlah bahawa kita adalah hamba Allah, yang bercita-cita menjadi orang-orang yang Rabbani. Saat kita mengejar amal itu dan amal ini, betulkan niatmu. Jangan sampai jadi hamba Ramadhansepertima pesan Syeikh Yusuf al-Qaradhawi, "Kun Rabbaniyyan, wa la takun Ramadhaniyyan" - "Jadilah orang yang Rabbani, bukan jadi orang yang Ramadhani." Teman-temanku yang beriman, PUASA: AMALAN PENUH RAHSIA Kita akan melalui satu bulan yang diwajibkan puasa. Sesungguhnya, puasa adalah suatu amalan yang penuh rahsia. Bayangkan, dalam amalan puasa ini, Allah mengharamkan kita daripada melakukan perbuatan yang halal bagi kita seperti makan, minum dan bersetubuh di siang hari, ketika sedang berpuasa. Mengapa demikian? Sebabnya adalah menjadi rahsia Tuhan. Bukannya Tuhan itu zalim menghalang dan mengekang kita, tetapi dengan kasih sayang-Nya menguji kita, apakah kita ini hamba-Nya yang taat? Kerna itu, janji Allah bahawa pahala puasa itu Allah sendiri yang akan berikan.
16
Perhatikan juga, saat tibanya bulan Ramadhan, jadual harian kita akan berubah secara mendadak. Kita akan diberikan kesempatan yang lebih besar oleh Allah untuk beribadah, dan lebih ruang waktu untuk berukhuwah. Malah, rezeki datang mencurah-curah. Sahabatku yang meniti jalan islahi, AL-QUR'AN DAN KEMENANGAN UMAT Syeikh Muhammad 'Imarah dalam karyanya, "Al-Ata' al-Islam lil Hadharah" menyatakan bahawa bulan Ramadhanadalah bulan kemenangan umat kerana dalam bulan inilah al-Qur'an diturunkan. AlQur'an adalah KalamulLah yang Maha Tinggi lagi Mulia. Betapa mulianya Al-Qur'an sehinggakan untuk menyentuh helaian-helaian mushafnya sahaja menuntut kita untuk menyucikan diri daripada hadas. Apa lagi, sebagaimana yang kita maklumi, Al-Qur'an itu bukan mashafnya tetapi ia adalah Kalam Allah yang luar biasa hebatnya. Bulan Ramadhan adalah bulan kemenangan umat kerana turunnya Al-Qur'an di dalamnya. AlQur'an adalah punca dan sumber kepada perubahan manusia. Lihatlah dalam sejarah peradaban manusia, betapa banyak bangsa yang telah ditransformasikan dengan al -Qur'an? Asal muasalnya mereka adalah bangsa yang rendah dan hina, tetapi setelah berinteraksi dengan al -Qur'an, terangkat darjat mereka, jadi bangsa bermaruah yang mulia dan disanjung. Janji Allah bahawa Al-Qur'an adalah petunjuk: "Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan al-Qur'an, menjadi petunjuk kepada manusia..." (Al-Baqarah: 185). Saudara-saudara kekasih hati, Kesempatan kami berusrah bersama qiyadah Jamaah sehari sebelum Ramadhan, kami telahpun dibekalkan dengan beberapa pesan oleh Ayahanda Dato Dr Siddiq Fadzil. Mudah-mudahan perkongsian ringkas di sini bakal memberikan manfaat. Ayahanda Siddiq Fadzil menghuraikan 10 cara berinteraksi dengan al-Qur'an: i) "Fahmu 'adhzamati 'l-kalam" - Menyedari akan kebesaran KalamulLah dan ketinggiannya, ii) "Ta'dhzim li mutakallim" - Mengagungkan pengucapnya, iii) "Hudhuru l-qalb wa tarku hadithu n-nafs" - Menghadirkan hati, iv) "Al-Tadabbur" - Melakukan perenungan, v) "Al-Tafahhum" - Memahami iaitu mencari kejelasan, vi) "Al-Takhalli 'an mawani' il-fahm" - Membersihkan daripada kendala yang menghalangi kefahaman, vii) "Al-Takhsis" - Mengkhususkan diri, viii) "Al-Taaththur" - Terkesan dengan mesej Al-Qur'an,
17
ix) "Al-Taraqqi" - Merasakan bacaan al-Qur'an yang dibacanya bukan ia yang membaca tetapi kalimah Tuhan yang Maha Tinggi, x) "Al-Tabarri" - Merasakan kekerdilan diri dengan melepaskan segala bentuk keistimewaan, kekuatan atau kebesaran yang ada pada diri. Saudaraku yang berjuang, Dengan bersempena
sambutan awal
Ramadhan ini, maka
berazamlah untuk
sentiasa
"bermuhasabah" dan melakukan retrospeksi (pandangan ke belakang) dan introspeksi (pandangan ke dalam). Maka, dalam kesempatan ini kami mengulang-ingat kembali formula LIMA "at". PETUA YANG SINGKAT UNTUK MUHASABAH BERPERINGKAT: FORMULA LIMA "AT" Formula Lima "at": i) Tekad diperku"at" ii) Tinggalkan maksi"at" iii) Perbanyak taub"at" iv) Tingkatkan ta"at" v) Tebarkan manfa"at" Ini merupakan antara formula yang wajar kita ingat dan cuba amalkan, kerana untuk berubah menjadi lebih baik, semuanya terletak atas diri sendiri. Berubah jadi orang yang lebih baik: orang yang menghitung diri sendiri, menilai diri sendiri bukan diri orang lain. Sentiasa mencari aib sendiri untuk dibaiki, bukan mencari-cari aib orang lain, dan lebih malang dan celaka lagi apabila kita memfitnah orang lain atas sebab sangka-sangkaan kita yang tidak benar. Sahabatku yang berjasa HIDUP BERJASA: AMAL SOLEH DAN BUKTI KEIMANAN Dalam bulan Ramadhan ini, kita berpeluang mengukuh dan menggandakann Ibadah, amalan soleh dan terus berjasa. Di peringkat PKPIM, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk mempersiap diri: belajar dan memerhati, menganalisa dan mencari alte rnatif kepada permasalah rakyat dalam negara. Usia semacam kita adalah usia belajar kerana satu saat nanti, bila tiba masanya, kita sendiri akan menghadapi isu-isu ini secara bersemuka, lantas harus bijak menanganinya Sahabat-sahabatku,
18
JAGA DIRI, JAGA IMAN, JAGA AMAL Kami berpesan kepada diri kami, dan diri kalian agar sentiasa menjaga diri daripada bermaksiat kepada Allah, jaga iman dan sentiasa menjaga amal kita. Eratkan ukhuwah dan silaturrahim. Jauhi banyak bersangka kerana kebanyakan sangkaan kita itu adalah punca kita mendapat dosa. Atur kegiatan harian dengan baik. Tidur awal untuk bangun awal dan bersahur. Jaga kesihatan dengan mengambil gizi seimbang ketika berbuka puasa, dan minum air yang cukup. Jaga solat lima waktu, zikir mathurat pagi dan petang, qiyamullail dan bermuhasabah setiap hari. Bacalah al -Qur'an dengan tartil dan dilakukan secara bertadarus. Berbuat iktikaf ketika berada di masjid. InshaAllah Allah akan hilangkan perasaan dukacita dari hati kita. Kita akan rasa lebih tenang dan jalan ke depan akan dipermudahkan. Tradisi membaca dan budaya ilmu terus diperkasakan. Membaca, menulis dan peka dengan isu semasa adalah antara rutin harian kita. Manfaatkan majlis ilmu dan sesi tazkirah yang dewasa ini giat diprogramkan. Bulan puasa ini tidak wajar dijadikan alasan untuk penat belajar ilmu. Teruskan bermanfaat kepada yang lain. Bersedekahlah dan jadi sukarelawan! Bantu orang lain. Yakinlah, sekali kita menunaikan hajat orang lain, Allah akan bantu menunaikan hajat kita. Amal soleh dan kebaikan kita adalah tanda dan bukti iman kita kepada Allah s.w.t dan Ar-Rasul s.a.w. Pastinya penat lelah kita tidak akan jadi sia-sia. Buat akhirnya, kepada pimpinan, baik di peringkat pusat,
kampus,mahupun
negeri,tunaikanlah
amanah
anda
dengan
sebaiknya.
Anda
akan
dipertanggungjawabkan dengan apa yang diamanahkan atas kalian. Bersungguh-sungguhlah dan jangan banyak berkira. Pastinya Allah akan merahmati kalian! "Ramadhan menjelma dan tersenyum berseri, Beruntung hamba tika sedia diri, Ia menyenangkan Tuannya (Tuhan) dengan memerhati, Jiwa yang taqwa untunglah diri" Wallahu ta'ala a'lam. Salam Ramadhan! Ramadhan Karim! Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
MOHAMMAD FAZRIL BIN MOHD SALEH Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) 06 Jun 2016 / 01 Ramadhan 1437H
19