PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM) UNISEL BJ
1
RISALAH USRAH BUKAN DICARI TAPI MENCARI | EIDISI 16 | 22 JUN 2017 | 27 RAMADHAN 1438H G R U P
ANTARA TAFSIR DAN TADABBUR Ayuh, kita gencarkan ibadah meniti fasa akhir Ramadhan ini!
“ Penuntut ilmu di akhir zaman hanya sekadar membaca dan menghafal
Wawasan menjelmakan Jil Quran al Farid yakni generasi Al Quran yang unik terus diberdayakan dalam kehidupan dengan menjadikan Al Quran teman akrab dan setia dalam kehidupan. ANTARA TAFSIR DAN TADABBUR Soalan: Apakah beza di antara TAFSIR dan TADABBUR? Jawapan: Terdapat beberapa perbezaan di antara tafsir dan tadabbur
ilmu pengetahuan kemudian memuntakan nya di dewan peperiksaan “
1 - Tadabbur adalah maqasid terbesar tafsir kerana kebanyakan ayat-ayat Al-Quran berkaitan ibrah dan pengajaran yang menerangkan maksudnya. 2 - Maksud asal tafsir adalah menerangkan makna dan maksud kalam Allah, manakala maksud tadabbur adalah mengambil pengajaran dan i'tibar. 3 - Tafsir tidak menuntut kita untuk mengambil pengajaran dan beramal dengannya kerana
- Syeikh Muhammad Al-Ghazali -
boleh jadi seseorang yang bukan Islam menafsir makna-makna Al-Quran, manakala tadabbur menuntut kita untuk mengambil pengajaran dan beramal dengannya.
4 - Tujuan tafsir adalah untuk mengetahui maknanya, manakala tujuan tadabbur adalah untuk mengambil manfaat darinya sama ada berbentuk ilmu, iman dan amal. Oleh itu kita boleh katakan bahawa tafsir menyalurkan kekuatan ilmu, manakala tadabbur memberikan kekuatan ilmu, iman dan amal. 5 - Tadabbur adalah tujuan dari penurunan Al-Quran kerana ia menuntut umat Islam untuk mengambil manfaat darinya, manakala tafsir adalah wasilah atau jalan untuk proses tadabbur. Wallahu'alam.
Pkpimuniselbj@gmail.com
Pkpim Uniselbj
pkpimuniselbj.blogspot.com
Pkpim uniselbj
P
RISALAH USRAH > 2
2
Kurma Madinah Ketika Rasulullah S.A.W. memerintahkan para sahabatnya untuk segera berangkat ke Tabuk bagi menghadapi kaum kafir, mereka bersegera menyambutnya. Hanya beberapa orang sahabat yang tidak mengikuti peperangan tersebut, selain orang tua, kaum wanita
dan anak-anak serta orang-orang munafik. Musim kurma hampir tiba dan ketika itu musim panas yang terik sedang melanda. Sementara bekalan makanan dan senjata yang dimiliki sangat terhad, akan tetapi Rasulullah S.A.W. dan para sahabatnya R.A. tetap berangkat. Diwaktu itulah keimanan dan pengorbanan para sahabat sedang diuji. Orang-orang munafik mula menyebarkan desas-desus dan menghasut para sahabat R.A. agar tidak meninggalkan kebun kurma mereka dan tidak menyertai peperangan tersebut. Hasutan para munafiqin itu tidak hanya kepada para sahabat tetapi isteri para sahabat pun tidak luput dari hasutan mereka. Mereka para munafiq itu berkata, “Suamisuami kalian pergi ke Tabuk sementara kurma di kebun-kebun kalian sebentar lagi masak ranum, siapakah yang akan memetiknya? Mereka meninggalkan peluang ini dan pergi meninggalkannya begitu saja�. Isteri-isteri para sahabat itu menjawab dengan keimanan mereka, “Pencari rezeki telah pergi dan pemberi rezeki telah datang�. Pada masa itu Rasulullah S.A.W. dan para sahabat R.A. dengan pertolongan Allah
S.W.T. telah kembali dari peperangan pada waktu yang sangat singkat. Allah S.W.T. telah menjaga kebun-kebun kurma dan keluarga mereka. Tidak ada satu pun buah kurma yang telah masak itu jatuh dari tangkainya, malah kebun mereka berlipat ganda hasilnya dan demikian harga kurma Madinah pada saat itu mencapai harga tertinggi sehingga para sahabat R.A. tidak mendapatkan kerugian sedikit pun. Sehingga ki kurma Madinah adalah yang paling digemari dan terkenal di mana-mana.
3
MENURUTI PUASA RAMADHAN DENGAN PUASA ENAM HARI PADA BULAN SYAWAL Hadis sahih daripada Nabi Muhammad S.A.W bahawa baginda bersabda : ِالدهر
ْيام َْ َك،ال َ ْستْ ِمن َ ض َ صا َْم َر َم َ َْمن ِ ان َك ِ ثُمْ أَتبَ َع ْهُ ِب،ان ٍ شو ِ ص
“Barangsiapa berpuasa pada bulan Ramadhan, kemudian mengikutinya dengan puasa enam hari pada bulan Syawwal, maka ia seperti puasa sepanjang tahun”. Ia umpama puasa sepanjang tahun kerana satu kebaikan itu digandakan dengan sepuluh ganda dari kebaikan yang sama dengannya, lalu setiap hari bersamaan dengan sepuluh hari.
(Dipetik dari Buku Maqasid Puasa: Hikmah & Tujuan Pensyariatannya )
HADIS BIMBINGAN