Risalah tarbawi edisi 10

Page 1

PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM) UNISEL BJ

RISALAH TARBAWI HIDUB BIAR BERJASA | EDISI 10 | 4 OKTOBER 2016 |3 MUHARAM 1438H

Surah Al-Israa’ | Ayat 18 -22

TADABBUR SURAH

Peringatan Agar Manusia Berpandangan Hidup Ukhrawi Bagi orang yang mengharapkan hidup hanya di dunia belaka hingga pandangan hidupnya pun tidak lebih tinggi dari bumi tempat mereka berpijak, maka Allah akan memberikan bagian duniawinya jika Dia menghendaki. Tetapi di akhirat, neraka jahannam sudah menunggunya sebagai tempat yang paling layak baginya. Jadi mereka yang bercitacita hidupnya tidak lebih jauh dari bumi ini, mereka akan terkotori oleh comberan bumi dan kotorannya. Mereka akan menikmati dunia ini sama seperti binatang dan mereka menyerah pada nafsu syahwat dan cita-cita rendah. Untuk mendapatkan kesenangan duniawinya, mereka berbuat apa sahaja yang pada akhirnya dapat menjerusmukan dirinya ke dalam neraka jahannam. “Barangsiapa menghendaki kehidupan sekarang (duniawi), maka Kami segerakan baginya di dunia itu apa yang Kami kehendaki bagi orang yang Kami kehendaki. Kemudian Kami tentukan baginya neraka jahannam, ia akan memasukinya dalam keadaan tercela dan terusir. Dan, barangsiapa menghendaki kehidupan akhirat dan berusaha kea rah itu dengan sungguh-sungguh sedang ia adalah orang mukmin, maka mereka itu adalah orang-orang yang usahanya dibalas dengan baik�. (Ayat 18-19) Orang yang menghendaki kehidupan yang baik di akhirat sudah pasti ia akan berusaha kearah yang sana dengan melaksanakan kewajipan-kewajipannya, ia pun bangkit untuk memenuhi tuntutan-tuntutannya dan ia mendasari usahanya itu dengan beriman. Iman yang tidak hanya terisi angan-angan kosong tetapi iman yang menghunjam ke dalam hati dan dimanifestasikan dengan amal perbuatan

1 Pkpimuniselb@gmail.com

pkpimuniselbj.blogspot.com

Pkpim Uniselbj


Berusaha untuk kehidupan akhirat tidaklah bererti menghalangi seseorang untuk menikmati kesenangan duniawi. Tetapi hendaknya ia menerawangkan pandangan hidupnya ke atas horizon yang lebih tinggi. Dengan begitu, kenikmatan dunia ini bukanlah menjadi target dan tujuan akhir bagi kehidupannya. Setelah memiliki visi seperti itu, maka tidak menjadi soal seseorang mencari kenikmatan duniawi, asalkan ia mampu menguasai diri agar tidak terjebak pada penhambaan terhadap kesenangan duniawi. Kalau orang yang menghendaki kehidupan dunawi akan berakhir perjalannya di neraka jahannam dalam keadaan tercela dan terusir, maka orang yang mengharapkan kehidupan ukhrawi dan berusaha dengan sungguh-sungguh kea rah itu, ia akan sampai kepada tujuannya itu dengan mendapatkan balasannya yang baik. Ia menerima penghormatan dari penduduk alam syurgawi sebagai balasann atas usaha mulianya untuk suatu tujuan yang mulia pula. Inilah pahala bagi cita-cita mulia yang menerawang ke atas cakrawala yang amat jauh itu (alam akhirat). Sesunggunya hidup untuk tujuan duniawi hanyalah baik untuk mahkluk-makhluk seperti cacing, binatang buas dan sebagainya. Adapun hidup untuk tujuan akhirat, adalah hidupnya yang layak bagi manusia yang memuliakan oleh Allah. Sehingga roh manusia yang merupakan rahsia Allah pada diri manusia itu terangkat ke alam samawi yang tinggi sekalipun kedua kakinya berjalan di muka bumi. Namun begitu, kedua golongan manusia ini tetap mendapat kemurahan dari Allah. Mereka yang mencari dunia akan mendapatkanya begitu pun mereka yang mengaharapkan akhirat juga akan mendapatkannya. Kerana memang kemurahan Allah itu tidak mungkin ada yang dapat menolak atau menghalanginya. Dia Maha mutlak, semua kehendak akan tertuju kepada-Nya. “Kepada masing-masing golongan, baik golongan ini mahupun golongan itu, Kami berikan bantuan dari kemurahan Tuhanmu. Dan kemurahan Tuhanmu tidak dapat menghalangi.� (Ayat 20)

Perbezaan tingkatan antara manusia dalam masalah dunia ini cukup singnifikan, tergantung pada saranan, visi dan usaha mereka masing-masing, sementara luas bumi ini terbatas. Mengapa orang tidak memikirkan keadaannya kelak di alam yang lebih luas dan di masa yang lebih sangat panjang? Mengapa ia tidak berfikir akan keadaannya nanti di negeri akhirat yang jika alam dunia ini seluruhnya dibandingkan denganya tidak lebih dari seberat sayap seekor lalat? “Perhatikanlah bagaimana Kami lebihkan sebahagian dari mereka atas sebagianya (yang lain). Dan pasti kehidupan akhirat lebih tinggi tingkatnya dan lebih besar keutamaannya�.

(Ayat 21)

2


Kerana itu, barangsiapa yang menghendaki perbezaan peringkat yang sebenarnya dan menginginkannya keutamaan yang sebesar-besarnya, maka itu akan di akhirat sana. Yakni sebuah lahan yang sangat luas dan untuk jangka waktu yang selama-lamanya, tidak ada yang tahu batasnya selain Allah. Pada yang demikian inilah hendaknya orang saling berkompetasi dan berlumba bukan pada kesenangan duniawi. yang terlalu kecil dan teramat sedikit “Janganlah kamu adakan tuhan yang lain di samping Allah agar kamu tidak menjadi tercela dan ditinggalkan (Allah)�. (Ayat 22)

Inilah larangan perbuatan syirik (menyutukan Allah) dan peringatan keras terhadap akibat yang ditimbulkannya. Sesuatu perintah yang bersifat umum tetapi dimaksudkan untuk personal. Sehingga setiap orang dapat merasakan bahawa perintah ini tertuju secara khusus kepada dirinya dan perintah ini ada kerana dia. Ideology adalah masalah peribadi setiap orang akan diminta untuk dipertanggungjawab tentang ideology yang dianutinya. Akibat yang akan menunggu orang yang menyimpang dari jalan tauhid adalah bahawa ia menjadi orang yang tercela kerana telah melakukan perbuatan yang tercela itu. Dan ia tinggalkan oleh Allah sehingga tidak ada yang mampu menolongnya. Barangsiapa yang tidak mendapat pertolongan Allah, maka sama sahaja ia ditinggalkan sekalipun banyak orang yang nampak membantunya.

*******

*Rujukan Tafsir Fi Zhilalil Quran – Sayyid Quthb

3


HADIS KE-10 | AMAL YANG DITERIMA HANYA YANG BAIK DAN HALAL

Daripada Abu Hurairah r.a beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Sesungguhnya Allah Ta’ala baik, Dia tidak menerima kecuali perkara yang baik. Dan sesungguhnya Allah telah memerintahkan orang-orang mukmin dengan apa yang telah diperintahkan kepada para Rasul di mana Allah Ta’ala berfirman: (Wahai para Rasul! Makan minumlah kamu makanan yang baik-baik dan hendaklah kamu beramal soleh). Dan Allah Ta’ala berfirman: (Wahai orang-orang yang beriman! Makan minumlah kamu makanan yang baik-baik yang Kami rezekikan kepada kamu). Kemudian Baginda menyebut perihal seorang lelaki yang bermusafir jauh, yang berambut kusut masai dan berdebu, yang menadah tangan ke langit (iaitu berdoa): Wahai Tuhanku! Wahai Tuhanku! Bagaimanakah doanya akan dimakbulkan sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan dia dikenyangkan dengan makanan yang haram? Hadis Riwayat Al-Lmam Muslim

KEPENTINGAN HADIS Hadis ini merupakan dasar Islam dan asas dari hukum Islam, juga merupakan pijakan dari kemestian memakan barang yang halal dan menjauhi yang haram. Dengan ini maka banyak manfaat yang boleh dipetik masyarakat mukmin iaitu masyarakat yang dicintai dan membenci saudaranya sebagaimana terhadap dirinya sendiri, masyarakat yang berpijak pada hukum-hukum yang mengariskan syariat dan masyarakat yang cukup puas dengan barang yang halal, berkat dan baik sehingga mereka pun hidup dalam situasi yang aman.

PENGAJARAN HADIS: 1.

Perbuatan yang baik dan diterima.

Allah tidak akan menerima amalan kecuali amalan tersebut baik dan bersih dari segala penyakit seperti penyakit riak dan ujub (sombong). Allah tidak akan menerima harta benda yang disedekahkan atau dizakatkan kecuali yang baik dan halal. Kerana itu, Rasulullah selalu mendorong agar seseorang bersedekah dengan harta dari hasil usahanya yang halal dan baik.

TAFSIR HADIS 40

4


2.

Cara menjadikan amal yang baik dan boleh diterima

Faktor terpenting yang menjadikan perbuatan seseorang muslim baik dan boleh diterima adalah makanan yang baik dan halal. Dan hadis tersebut mengisyaratkan dengan jelas bahawa satu perbuatan tidak akan diterima kecuali dengan makan barang yang halal dan makanan yang haram dapat merosakkan amal dan menjadikannya tidak diterima. 3.

Membersihkan harta dari unsur yang haram

Jika harta seseorang dihinggapi barang yang haram maka wajib membersihkan barang tersebut. Jika pemilik asal barang tersebut tidak diketahui maka barang tersebut mesti disedekahkan agar memberi pahala bagi pemilik sebenarnya. Disebutkan Malik bin Dinar : “Aku bertanya kepada Ata’ bin Abi Rabah tentang orang yang pada hartanya terdapat barang haram dan tidak diketahui pemiliknya, sementara dia ingin bersih dari barang haram tersebut. Maka Ata’ menjawab agar disedekahkan. Sedang aku berpendapat bahawa cara demikian tidak mencukupi”. Sementara pendapat yang masyhur dari Imam Syafie Rahimahullah menyatakan bahawa barang haram tersebut mesti dipelihara dan jangan disedekahkan kecuali setelah jelas pemiliknya. 4.

Doa adalah inti kepada pengabdian

Kerana seseorang yang berdoa adalah orang yang berdoa kepada Allah ketika tidak ada lagi yang boleh diharapkan kecuali Allah. Doa merupakan hakikat tauhid, inti dari keikhlasan dan tidak ada ibadah lain yang menggunggulinya. 5.

Penghalang terkabulnya doa

Dalam hadis tersebut disebutkan bahawa yang menyebabkan doa tidak dikabulkan adalah selalu menggunakan barang haram sama ada makanan, minuman ataupun pakaian. Ucapan Nabi : “Bagaimana mungkin doanya dikabulkan?” Dalam hadis itu adalah satu soalan yang sesunggunhnya berisi penegasan kemustahilnya dan jauhnya doa itu dari dikabulkan. Ungkapan itu adalah pernyataan tidak langsung tentang penghalang mustahilnya doa orang tersebut dikabulkan, sekalipun ia telah memenuhi pelbagai sebab yang membuat terkabulnya doa, melakukan perjalanan yang jauh, keadaan yang lemah dan lusuh, mengangkat kedua-dua tangan ke langit dan bahkan mengucapkan, “Ya Allah”.

5


KISAH KECINTAAN RASULULLAH S.A.W TERHADAP CUCU-CUCUNYA Rasulullah S.A.W sangat sayangkan cucu-cucunya. Terdapat banyak peristiwa yang menunjukkan betapa mendalamnya kasih baginda terhadap mereka. Sewaktu Sayyidina Hassan dan Sayyidina Hussin masih kecil, apabila Rasulullah S.A.W menunaikan solat , baginda telah meletakkan mereka di sampingnya. Kedua-dua cucunya ini memperhatikan gerak geri baginda dalam solatnya. Bahkan, ketika baginda bersujud, kedua-dua cucunya itu melompat ke belakang baginda. Maka ada seseorang yang cuba untuk melarang kanak-kanak tersebut tetapi baginda telah mengisyaratkan supaya membiarkannya sahaja kedua-dua cucunya itu bermain di belakangnya. Jika Rasulullah S.A.W hendak mengerjakan solat, maka baginda akan meletakkan Hassan dan Hussin. Kemudian baginda telah bersabda : “Sesiapa yang kasih kepadaku hendaklah ia kasih kepada yang dua ini ( Hassan dan Hussin )”. Pada suatu hari, Rasulullah S.A.W telah keluar rumah untuk bertemu dengan kaum muslimin, bersama-sama baginda telah membawa Hassan dan Hussin. Seorang di bahu kanan manakala seorang lagi di bahu kiri baginda. Baginda mencium Hassan, kemudian telah mencium Hussin pula. Ketika Rasulullah S.A.W membawa Hassan dan Hussin, tiba-tiba seorang pemuda telah bertanya kepada baginda, “ Ya Rasulullah, apakah engkau sangat cinta kepada mereka berdua ini?” Baginda terus menjawab, “Sudah tentu. Sesiapa yang mengasihi kedua- cucuku ini maka bererti telah mengasihi aku dan sesiapa yang memarahinya bererti ia juga telah memarahi aku”. Ummar bin Khattab pernah menyaksikan Rasulullah S.A.W sedang mengendon Hassan dan Hussin, seorang di bahu kanan dan yang seorang lagi di bahu kirinya. Maka Umar telah berkata kepada

Hassan dan Hussin, “kuda yang paling baik ialah di bawah kamu (Rasulullah).” Rasulullah S.A.W melirik kepada cucunya lalu berkata “dan penunggang kuda yang paling mahir adalah kamu berdua”. Di dalam rumahnya sendiri, Rasulullah S.A.W telah membawa Hassan dan Hussin di atas belakangnya, kemudian baginda telah berjalan dengan tangan dan kaki sambil berkata : “Unta yang paling baik ialah unta kamu, dan sebaik-baik pasangan adalah kamu berdua”.

SIRAH NABI

6


Pada suatu hari Rasulullah S.A.W telah diundang untuk makan di rumah seorang sahabat. Ketika baginda dan para sahabat berjalan menuju ke rumah oran yang mengundang makan itu, baginda telah melihat Hussin sedang bermain-main dengan kanak-kanak di tengah jalan. Baginda ingin bergurau dengan Hussin , maka baginda berjalan lebih laju sehingga baginda agak ke hadapan berbanding rombongan sahabatnya. Apabila tiba berdekatan dengan Hussin, baginda telah membuka kedua-dua tangannya sambil mengisyaratkan supaya Hussin untuk melompat kepadanya. Lalu Hussin melompat sambil baginda bersabda : “Hussin sebahagian daripada diriku, dan aku sebahagian daripadanya. Allah mengasihi orang yang mengasihi Hussin”. Pernah berlaku, ketika para sahabat duduk di sekeliling Rasulullah S.A.W ketika matahari hampir tenggelam, maka dating orang untuk memberitahu baginda bahawa Hassan dan Hussin telah hilang entah ke mana. Mendengar berita tersebut, Rasulullah berasa takut lalu berkata kepada para sahabat, “bangkitlah kamu dan pergi cari anakku!”. Kemudian baginda mengajak salah seorang di antara sahabat ikut bersamanya. Rasulullah S.A.W menyeru kepada semua sahabat baginda untuk turun bersamasama dalam pencarian tersebut sebelum malam tiba, tetapi tidak juga ditemui. Tiba di suatu tempat, melihat Hassan dan Hussin berpelukan dan amat ketakutan kerana di hadapan mereka terdapat seekor ular besar yang dari mulutnya mengeluarkan api. Dengan pantas, baginda telah mengambil perhatian ular tersebut supaya beralih kepadanya. Tidak lama kemudian ular tersebut pergi di celah-celah batu. Baginda terus mengambil Hassan dan Hussin, memisahkan keduanya lalu menyapu wajah keduanya. Sambil memeluk keduanya, Rasulullah S.A.W bersabda : “Demi ayah dan ibuku, kamu berdua teramat mulia di sisi Allah”. Sesudah itu barulah nafas Hassan dan Hussin kembali seperti biasa. Kemudian baginda pun mengangkat kedua-duanya. Maka begitulah kasih sayang Rasulullah S.A.W terhadap cucu-cucunya iaitu Hassan dan Hussin. Baginda mengambil berat dan menjaga mereka dengan begitu baik. Kita hendaklah mengambil contoh

dari kisah tersebut untuk sayang menyayangi dan hormat menghormati antara satu sama lain.

7



DEMOKRASI Demokrasi secara ekstrem boleh dilihat dalam sistem kerajaan seperti anarkisme dan komunisme (menurut teori Karl Marx, komunisme merupakan peringkat terakhir pembangunan sosial dalam negara yang mengamalkan demokrasi secara langsung, dan tiada kerajaan yang bebas daripada kehendak rakyat). Demokrasi adalah "satu sistem kerajaan di mana semua orang sebuah negara atau tatanegara terlibat

dalam membuat keputusan tentang perkara-perkaranya, lazimnya dengan undi untuk memilih wakil-wakil bagi sebuah parlimen atau perhimpunan serupa." Demokrasi seterusnya ditakrifkan sebagai : 1. Pemerintahan oleh rakyat terutamanya peraturan majority. 2. Sebuah kerajaan yang kuasa tertingginya dikurniakan oleh orang ramai dan digunakan oleh mereka secara terus atau secara tidak langsung melalui satu sistem perwakilan biasanya melibatkan secara berkala mengadakan pilihan raya bebas. Menurut saintis politik dari Amerika, Larry Diamond, demokrasi terdiri daripada empat elemen utama iaitu: 1. Satu sistem politik untuk memilih dan menggantikan kerajaan melalui pilihan raya bebas and adil 2. Penyertaan aktif orang ramai, sebagai warganegara, di politik dan kehidupan sivik 3. Perlindungan hak asasi manusia semua rakyat 4. Satu kaedah undang-undang yang mana undang-undang dan prosedur digunakan sama rata terhadap semua rakyat.

Demokrasi berbeza dengan bentuk kerajaan yang kuasa tertumpa pada individu, sebagai satu kerajaan bebas, atau kuasa dilaksanakan oleh sebilangan kecil individu, seperti oligarki. Walau bagaimanapun,idea demokrasi diwarisi dari falsafah Yunani kini kabur kerana kerajaan kontemporari adalah campuran unsur demokrasi, oligarki, dan beraja. Karl Popper mentakrifkan demokrasi sebagai berbeza daripada pemerintahan diktator atau zalim, dengan menumpukan pada peluang untuk orang ramai mengawal pemimpin mereka dan membuang pemimpin tanpa perlu membuat revolusi. Catatan: Nurul Aqilah binti Mahmud,

Setiausaha PKPIM Unisel BJ

9



Jati Diri Gerakan Oleh: Prof Dato Dr Siddiq Fadzilakan Islam

1) WAP ini ialah gerakan pencerahan. Gerakan tanwir. Kehadirannya untuk membebaskan dari kongkongan kegelapan kepada kebenaran dan pencerahan. (minnazzulumati ila annur) 2) Al El wani, umat yang ditampilkan kepada umat sejagat (mukhrijah). 3) Ia merupakan jelmaan idealisme umat unggul (khaira ummah) lantas perlu segar. Keunggulan umat (khairiyyatul ummah), merupakan keunggulan yang diusahakan; Bukan yang diwarisi 4) Kuntum khaira ummatin - Umat yang punya komitmen, menegakkan nilai kemakrufan, menentang kemungkaran, haruslah faith based. 5) Ukhrijat linnas. - Usaha untuk kemanusiaan. Untuk menyumbang kepada kemanusiaan sejagat. (khidmat kemanusiaan). Bukan jelmaan nasionalisme Melayu, bukan jalan keluar akibat kekecewaan, dan sebagainya. 6) Bukan seperi tohmahan menyatakan "akibat kekecewaan / Interior aliran Melayu - agama yang akhirnya membawa diri kepada gerakan dakwah" Bukan! Bukan! Malah, generasi awal yang memulakan gerakan ini daripada aliran berpendidikan Inggeris. 7) Ini sememangnya datang daripada kesedaran untuk menyebar risalah Allah, 'ketakutan kepada Allah', 'Jangan takutkan selain Allah'. 8) Islah? Nabi Syuaib A.S mendefinisikan, seorang penggerak dakwah, tidak punya keinginan apa apa lagi, selain islah sejauh terdaya yang termampu. Bukan alang kepalang. To the maksimum! 9) Islah tanwiri? Maka ini sudah menjadi suatu perjuangan. Bukan lagi ikut ikutan atau isi masa lapang. 10) Persoalan matlamat gerakan pencerahan?

a) Mencapai redha Illahi b) membangunkan umat c) mendaulatkan syariat. 11) Bila disebut syariat, bukan semata-mata hudud. Hudud itu bahagian kecil dan terkemudian. Yang namanya syariat, ada tertib dalam Al Quran dan nass. Dimensinya terciri kepada nilai, hukum dan maqasidnya. 12) Kita terbiasa dengan pandangan hukum dilaksanakan untuk menegakkan nilai. Contohnya, nilai keadilan. Sebenarnya nilai perlu datang sebelum hukum. Kita perlu melihat maqasid sebagai perkara yang mengikat sama.

11


13) Wasilah? Wahana? Kita memilih wahana dakwah dan tarbiah. Maka, kita patuh kepada kaedah kaedah dakwah. Istilah kunci, ialah ala basirah dan bil hikmah.. Basirah bermakna berasas angka dan fakta, atas kesedaran, atas maklumat yang melatari peristiwa dan sebagainya. Bil hikmah ialah cara yang tepat, tempat tepat, masa tepat, dan lain-lain mesti tepat. 14) Fiqh perubahan? Mesti ke arah perubahan. Dan ini mesti dilakukan berasaskan kefahaman. Managing the change. Juga Fiqh Keutamaan (Awlawiyat) . Tahu keutamaan kita! Apabila terlajak, sukar sekali. Begitu juga Fiqh Perimbangan (muazanat). 15) Fiqh Penindasan? Menghukum dengan menggunakan fiqh! Ini suatu kezaliman digunakan oleh orang zalim. 16) Fiqh Pemberdayaan (Tamkin) perlu dipelajari dalam struktur pelatihan kita. 17) Mengakar pada tradisi (al Quran dan as sunnah), meraikan perubahan realiti (sesuai dengan keadaan dan lingkungan). Contoh Fiqh KeMalaysiaan, yang tiada dalam tempat lain. Contohnya, hidup berdampingan dengan pelbagai kaum. 18) Bagaimana membina pola kehidupan yang ramah dalam konteks Malaysia? Kita pelopori dengan

“Membina Kerangka Kepelbalgaian dalam Bingkai Kesatuan� model bangsa Malaysia. 19) Orientasi ummatik - Raisuni menganggap umat itu sebagai teras, sebagai induk. Bukan kerajaan. Malah, sering kali dikecilkan rakyat. Kita bawa agenda pencerdasan ini. Betulkan semula mind setting. Contohnya, wakil rakyat ialah wakil kepada rakyat majikannya ialah rakyat, bukan perdana menteri! 20) Masyarakat madani - masyarakat sivil, perlu disegarkan semula. Sepatutnya, masyarakat madani ialah jelmaan kekuatan rakyat. Mampu mengganti kerajaan pada setiap masa. Maka, perlu inklusif dan akomodatif.

21) Semangat jamaiy dan budaya kerja kolektif. Kita dapat menggembleng kerja dengan tenaga, meraikan perbezaan dan kepelbagaian. Tidak boleh ada one man show. 22) Maka, kepimpinan juga perlu berasaskan kepada syura (permesyuaratan). Bagi mengelak pengkultusan pemimpin atau mengsakralkan pemimpin. Dalam sejarah ulama Islam juga berlaku. Pengikutnya membesar-besarkan pemimpin dan ulama masing-masing. Dan ini berlaku disebabkan persaingan jemaah lain.

12


23) Ilmu pada waktu ini dicemarkan. Maka ilmu perlu diberikan tumpuan, berasaskan epistimologi Islam. Kita perlu melalui reeducating ourselves. 24) Islamic management - Kita tadbir dengan cara lebih Islamik, Insha Allah boleh berjaya. Belajar menghadapi krisis pengurusan (contohnya model Nabi Yusof A.S). 25) Orientasi tarbiah - perlu tarbiah ilmiah, ifhamiah, memberi kefahaman yang utuh dan menyeluruh. Kefahaman yang membentuk watak. Watak perlu seiring dengan otak. Tarbiah orang awam mesti berbeza dengan orang jemaah. 26) Orientasi pemikiran - menjelmakan wasatiah Islam. Tasammuh. Penjelmaan sikap wasatiah, mithali, waqiy. Realistik dan idealistik. Juga perlu futuristik. Belajar daripada sejarah, fahami realiti masa kini, dan bersedia untuk masa depan. 27) Pemikiran al Maqasidi - Bukan sekadar mengetahui objektif suatu hukum. Tapi, sebenarnya suatu cara berfikir. Pemikiran yang berorientasikan pencapaian objektif. Berorientasikan the end game. Kesedaran mana vehicle, mana aims. Perlu seiring dengan budaya Maqasid.

Catatan dari Tamrin Pimpinan Jamaah (TPJ) Saudara Mohamad Redhuan Bin Mohd Daud Exco Dakwah & Tarbiyah PKPIM Unisel BJ

13



Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.