Risalah usrah edisi 15

Page 1

PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM) UNISEL BJ

RISALAH USRAH

1

BUKAN DICARI TAPI MENCARI | EIDISI 15 | 4 OKTOBER 2016 | 3HB MUHARRAM 1438H G R U P

TAUSIYAH MUFTI UNTUK MAHASISWA NURUL AQILAH BINTI MAHMUD | DIPLOMA PENDIDIKAN (PENGAJIAN ISLAM) | TAHUN 2

1. Masa belajar,belajar sungguh-sungguh. Masa yang paling seronok adalah masa belajar.

Walaupun masa itu kita tidak ada duit. Cuma silapnya kita, masa belajar kita tidak belajar. “ Sumber segala

Akhirnya,kita tidak mampu untuk menyelesailan masalah ummah, maka kita rugi.

bencana

2. Bertuah kerana kita belajar dalam negeri. Kelebihannya baik dan banyak. Antaranya dekat

adalah

dengan keluarga, kewangan pun lebih mudah dan sebagainya. Tanpa dinafikan luar negara ada

kejahilan dan tidak adanya ilmu.�

kelebihan yang lain. 3. Kena cabar diri kita. Kita anggap orang belajar dalam negara ini pelajar kelas kedua. Kita anggap orang belajar luar negara hebat. Hakikatnya ramai tokoh-tokoh hebat di dunia ini belajar di dalam negeri. Antaranya Maulana Abu Hassan Ali an-Nadwi. Beliau belajar di India. Namun

- Ibnu

bahasa Arabnya lebih arab dari orang Arab. Sheikh Al Allamah Muhammad Al Amin Al Shanqiti,

Qayyim

hanya belajar di Shanqit, Mauritania. Hafazannya luar biasa hebat. Dikagumi oleh ulama-ulama

Al-

Arab. Ketiga, Hamka. Luar biasa hebatnya. Mengarang tafsir Al-Azhar yang luar biasa. Maknanya

Jauziyyah

tidak semestinya belajar di Al-Azhar baru jadi hebat. Sejarah ulama' terdahulu juga bukan dari kalangan orang Arab. Semua ni nak cerita bahawa kita duduk di sini, kita kena cuba untuk jadi hebat. 4. Bila kita berada dalam gelanggang ilmu, perkara yang paling bahaya ialah rendah semangat.

Kita tidak sangkut cita-cita kita tinggi. Bila kita sangkut rendah, kita dapat separuh daripada itu. Sheikh Dr. Qaradhawi menceritakan di dalam kitabnya, ketika beliau kecil guru sekolahnya pernah meminta beliau menulis karangan tentang cita-cita. Beliau menulis, cita-citaku adalah ingin menjadi Sheikhul Azhar. Terkejut gurunya. Namun ternyata hari ini beliau tidak pernah menjadi sheikhul Azhar. Namun anak-anak muridnya pula menggelar beliau dengan gelaran sheikhul ummah.

Pkpimuniselb@gmail.com

Pkpim Uniselbj

pkpimuniselbj.blogspot.com

P


RISALAH USRAH > 2

2

Kita perlu mencabar diri kita. Jangan merasa rendah diri dengan orang yang belajar di luar negara. Kita juga hendaklah bercita-cita tinggi. Jangan rendah semangat. Biar kita jadi pandai walaupun kita belajar di dalam negara lebih pandai dari orang yang belajar di luar negara. Bagaimana mahu jadi pandai? 1. Kita kena kuat membaca. Berjalan, kena ada buku. Jangan kita berjalan tanpa buku. Sarjana-sarjana hebat di dunia sangat kuat membaca. Mereka mengkhususkan sebahagian besar masa seharian mereka untuk membaca. 2. Minat yang sangat tinggi untuk belajar, bertalaqqi. Jangan kita jadi orang yang memandai-mandai, syok sendiri, faham sendiri, Google. 3. Kita kena banyakkan diskusi, bermuzakarah. Orang-orang hebat zaman dulu, mereka sentiasa bermuzakarah. Duduk dalam majlis muzakarah ini sangat penting. 4. Dalam belajar, kadang-kadang kita lupa satu benda yang penting, iaitu adab. Jarang kita belajar tentang adab. Imam-imam terdahulu mengarang banyak kitab tentang adab menuntut ilmu. Adab ni penting. Adab ni banyak. Adab dengan buku, adab dengan Quran, adab dengan guru, adab dengan kawan, dengan orang tua. Keberkatan guru yang senang dengan kelakuan muridnya menjadi doa yang menjadikan kehidupan

diselubungi ketenangan. Binalah adab, tinggikanlah adab, jagalah adab.

Oleh : Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri

Allah Ta’ala berfirman:

"Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat seksa-Nya."

HADIS BIMBINGAN

(Q.S. Al Maidah : 2 )


3


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.