PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM) UNISEL BJ
RISALAH TARBAWI HIDUB BIAR BERJASA | EDISI 1 | 2 FEBRUARI 2015 | ISNIN
HADIS 1 (NIAT) Dari Amirul Mukminin Umar Al-Khattab R.A katanya: “Aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda : bahawasanya amalan-amalan itu adalah bergantung pada niat, dan bahawasanya bagi setiap manusia itu apa (balasan) yang diniatkannya. Maka barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya,
Maka hijrah itu adalah
kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang berhijrah kerana dunia yang ingin ia perolehinya atau kerana seorang perempuan yang ingin ia nikahi, maka hijrahnya itu adalah atas apa yang niatkan. Catatan : Hadis ini merupakan salah satu dari hadis-hadis yang menjadi inti ajaran islam. Imam Ahmad dan Imam Syafi’i berkata : Dalam hadis tentang niat ini mencakupi sepertiga ilmu. Sebabnya adalah bahawa perbuatan hamba terdiri dari perbuatan hati, lisan dan anggota badan, sedangkan niat merupakan salah satu dari ketiganya. Diriwayatkan dari Imam Syafi’I bahawa dia berkata “hadis ini merangkumi 70 bab dalam fiqh sejumlah ulama bahkan ada yang berkata hadis ini merupakan sepertiga islam. [Al-Bukhari & Muslim] Hadis ini dikeluarkan kerana ada seseorang yang berhijrah dari Mekkah ke Madinah dengan tujuan untuk dapat menikahi seorang wanita yang bernama “Ummu Qais” bukan untuk mendapatkan keutamaan hijrah. Maka orang itu kemudian dikenal dengan sebutan “Muhajir Ummi Qais” yakni (Orang yang berhijrah kerana Ummu Qais)
TAFSIRAN HADIS 40
1
Pengajaran Hadis 1. Niat adalah teras segala amalan. Amalan baik mesti disertakan niat yang baik. Amalan yang buruk atau amalan yang baik tetapi dijalankan tidak mengikut aturan syara’ tidak membawa apa-apa faedah walaupun dilakukan dengan niat yang baik. Demikian juga amalan baik jika diniatkan bukan kerana Allah seumpama kerana riya’ (menunjuk-nunjuk) atau kerana suatu tujuan duniawi, maka ia tidak memberikan apa-apa faedah. 2. Ulama ada berkata : boleh jadi suatu amalan kecil menjadi besar kerana niat dan suatu amalan yang besar menjadi kecil kerana niat. Sesuatu amalan dibalas berdasarkan niat pelakunya. 3. Hijrah adalah suatu peristiwa besar dalam Islam di mana umat Islam diperintahkan berhijrah. Sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan Rasul-Nya, dia akan dikurniakan pahala besar, sebaliknya jika kerana dunia atau perempuan, maka dia hanya mendapat apa yang diniatkannya. 4. Walaupun hijrah sudah tiada lagi, namun hijrah dengan makna meninggalkan maksiat kepada melakukan taat, ia juga dianggap hijrah yang akan dikurniakan pahala.
Disediakan Oleh : SAUDARI AZMAH BINTI AEDE TIMBALAN AMIRAH PKPIM UNISEL BJ ISM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
2
RIWAYAT HIDUP BAGINDA RASULULLAH SAW Nabi Muhammad SAW telah dilahirkan pada hari Isnin 12 Rabiulawal (20 April 571 Masihi) dan dilahirkan di Mekkah. Bapa baginda bernama Abdullah bin Abdul Muthalib dan ibu baginda bernama Aminah binti Wahab dari suku Quraisy berasal daripada suku kaum yang dipandang mulia pada ketika itu. Ibu susuan baginda pula bernama Halimatus Saadiah (pada ketika itu menjadi adat masyarakat untuk mencari pengasuh bagi anak-anak mereka). Rasulullah SAW telah dijaga oleh Halimatus Saadiah selama 4 tahun dan dikembalikan semula kepada ibunya. Bapa baginda telah meninggal dunia semasa beliau berada di dalam kandungan. Semasa di dalam perjalanan pulang dari melawat kubur ayahnya, Ibu baginda pula meninggal di suatu tempat yang dipanggail Abwa‟ dimana pada ketika itu Rasulullah SAW berumur 6 tahun. Maka tinggallah baginda Rasulullah SAW seorang diri dan dijaga oleh datuknya. Semakin baginda meningkat dewasa sifat kepimpinan baginda mula terpancar keluar dan baginda juga telah digelar Al-Amin kerana sifatnya yang sentiasa berkata benar. Selepas itu, baginda telah berkahwin dengan Siti Khadijah pada usia 25 tahun yang terkenal dalam kaum Quraisy kerana kesucian, sifat budiman dan dermawannya. Sewaktu baginda berusia 35 tahun terjadilah perselisihan di antara pembesar Quraisy untuk meletakkan Batu Hajarul Aswad di depan Ka’abah dan dengan tindakan yang bijak baginda telah menyelesaikan masalah tanpa ada pihak yang tidak puas hati. Sewaktu Nabi Muhammad SAW telah berumur 40 tahun, baginda sering pergi ke Gua Hira’ untuk menyendiri daripada kaumnya yang menyembah berhala kerana Nabi Muhammad SAW tidak menyukai kepada cara sembahan kaumnya itu. Pada malam 17 Ramadhan atas perintah dari Allah SWT malaikat Jibril datang kepada baginda untuk mengajar baginda membaca dengan perkataan “Iqra’” tetapi Nabi Muhammad SAW tidak dapat membaca dan situasi ini berulang sebanyak 3 kali. Badan Rasulullah SAW telah mengigil ketakutan dan segera pulang ke rumah dan setibanya ke rumah, baginda telah meminta Siti Khadijah supaya menyelimutinya dan sekali lagi Jibril A.S menyeru supaya orang yang berselimut bangun dan menjauhi maksiat. Setelah itu, Nabi Muhammad SAW sedar bahawa beliau telah menjadi Rasul. Maka selama 3 tahun beliau berdakwah secara sembunyi-sembunyi kepada keluarga dan rakan-rakan terdekatnya. Kemudian itu, Allah SWT telah memerintahkan Nabi Muhammad SAW berdakwah secara terang-terangan. Disediakan oleh : SAUDARA MOHAMAD ARIF ZAKI BIN ALI TIMBALAN AMIR PKPIM UNISEL BJ
FIQH SIRAH
3
KUPASAN BUKU Faham Pendidikan Dan Hikmah
Bukan mudah mengupas sebuah Magnum opus sebesar Pendidikan Al Hikmah yang lahir dari C seorang ilmuwan besar seperti Dr Siddiq Fadzil. Justeru pengkupasan ini adalah kupasan atas faham sederhana dan bukannya untuk menjustifikasi. Pendidikan adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmoni dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Allah untuk melahirkan insan yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, berketerampilan, bertanggungjawab sebagai hamba dan khalifah yang boleh memberi sumbangan kepada negara, masyarakat dan ummah seluruhnya. Menurut Dr Siddiq Fadzil, beliau menyatakan, “Al-Hikmah adalah kurnia pencerahan akliah-rohaniah yang nilainya setinggi khayran kathira (kebaikan yang banyak), berbanding kesenangan duniawi yang sebanyak mana pun jumlahnya hanya bernilai mataa’u dunya qalil (kesenangan yang sedikit). Dalam konteks pendidikan al-hikmah adalah komponen teras pendidikan profetis atau kenabian yang menepati urutan selepas al-kitab (wa yu ‘allimuhum al-kitab wa al-hikmah). Rasa terpanggil untuk melaksanakan misi kecendiakawanan warathat al-anbiya (ulama pewaris nabi) kami mengangkat kata mulia al-hikmah untuk mengabadikan komitmen melaksanakan pendidikan al-hikmah dengan harapan dapat membina dan menampilkan generasi baru berkualiti tersendiri yang kami ungkapkan sebagai ulul al bab. (Pendidikan al-Hikmah dan Misi Pencerahan, Kolej Dar Al-Hikmah, Kajang, 2009, ms 46). “Model Pendidikan al-Hikmah yang disandarkan adalah berasaskan prinsip-prinsip pendidikan berikut: a.
Tawhid dengan segala implikasinya
b.
Kebaktian kepada kedua orang tua
c.
Penghayatan ibadah dan sikap hidup positif
d.
Memahami dan menginsafi hakikat hidup duniawi-ukhrawi
e.
Membuat pendirian berasaskan ilmu
f.
Akhlak mulia
g. Pemantapan orientasi pencapaian matlamat dan pemikiran strategik (perancangan masa depan)”. (Pendidikan al-Hikmah dan Misi Pencerahan, ms 72)
4
Berasaskan huraian maksud model atau sistem pendidikan al-Hikmah, kita boleh merumuskan iaitu : Ia adalah satu cita-cita bagi melahirkan satu generasi yang serba sempurna dari sudut rohani, akli, emosi dan zahir. Generasi al-Hikmah ialah watak generasi khayra ummah dimana mereka adalah generasi yang berwatak rabbani dengan memiliki kualiti tauhid dan ibadah yang tinggi, mencintai usaha bakti terutama kepada kedua ibubapa, berpengentahuan tinggi, professional, berakhlak dan beradab mulia, berkempimpinan dan berpandangan jauh. Cita-cita melahirkan dan membina generasi khayra ummah yang berteraskan ciri dan watak alHikmah merupakan satu agenda besar Abim sebagai sebagai sebuah pergerakan dakwah. Usaha ini menuntut persedian yang amat rapi sekali. Ini menuntut kita untuk sentiasa membuat penilaian terhadap kualiti kurikulum yang disediakan. Di samping itu ialah keperluan untuk memastikan supaya institusi pendidikan memiliki kemudahan prasarana yang sesuai dengan perkembangan semasa seperti alat bantu mengajar, komputer dan pusat sumber yang selesa. Dalam masa yang sama, kita perlu mempertingkatkan kepimpinan di dalam pentadbiran dan pengurusan sekolah serta mempertingkat dan mempelbagai kegiatan luar darjah dengan lebih menarik dan berkesan. Di dalam menjayakan cita-cita ini, kita tidak boleh melupakan jasa para guru. Mereka adalah nadi kepada kecemerlangan pelajar dan pengantara kepada proses penyuburan nilai-nilai dan watak al-hikmah didalam diri pelajar. Oleh itu, kualiti pengajaran perlu diberi perhatian dan ini menuntut proses latihan guru yang berterusan. Disamping itu, kebajikan para guru tidak boleh sesekali dikesampingkan. Keselesaan mereka akan mendorong motivasi kearah pengajaran yang berkesan dan memastikan ketahanan mereka mendidik di medan persekolahan sebagai tenaga pengajar secara berkekalan sehingga ke akhir hayat.
Disediakan Oleh : Saudara Mohamad Azhaari Shah Bin Sulaiman Amir PKPIM UNISEL BJ Bachelor of Education (TESL)
5
ILMU TAJWID
HUKUM DAN CARA BACAAN AL-ISTI'AZAH DAN AL-BASMALAH
Hukum Dan Cara Bacaan Al-Isti'azah Lafaz Al-Isti’azah bukan dari ayat Al-Quran. Hukum membacanya adalah sunat yang sangat dituntut dalam setiap keadaan ketika hendak memulakan bacaan. Lafaz yang masyhur adalah lafaz yang diucapkan oleh malaikat Jibril :
Lafaz isti’azah hendaklah dilantangkan kecuali pada beberapa keadaan: 1. Ketika solat bagi imam dan makmum 2. Ketika membaca alQuran secara perlahan 3. Ketika tadarus dan dia bukan pembaca yang pertama Sekiranya bacaan terputus dengan tidak sengaja (batuk, menguap atau bersin) atau dengan perkara yang berkaitan dengan alQuran (menerangkan hukum tajwid atau memberikan tafsir ayat), maka tidak perlu mengulangi isti’azah. Sekiranya sengaja memutuskan bacaan dengan perkara yang tidak berkaitan dengan al-Quran (menjawab salam, bercakap dan lain-lain), maka hendaklah mengulangi isti’azah. Hukum dan Cara Bacaan Al-Basmalah
3. Haram Membaca basmalah di awal surah Al-taubah (Bara-ah), menurut pendapat imam Ibnu Hajar hukumnya haram. 4. Jaiz Membaca basmalah di tengah-tengah surah Al-Taubah (ketika memulai membaca lagi, setelah berhenti), hukunya jaiz, ertinya boleh membaca basmalah dan boleh juga tidak membaca basmalah tetapi menurut pendapat sebahagian besar ulama “Qurra”, lebih baik tidak membaca basmalah (WallahuA’lam). Selain itu, tidak harus membaca basmalah sahaja tanpa membaca isti’azah terlebih dahulu untuk memulakan bacaan alQuran. Ketika dipertengahan surah, terdapat dua cara untuk memulakan bacaan: 1. 2.
Membaca isti’azah dan memulakan bacaan tanpa membaca basmalah. Membaca isti’azah dan basmalah, kemudian memulakan bacaan.
Manakala untuk memulakan bacaan dengan isti’azah dan basmalah, terdapat 4 cara iaitu : 1. 2. 3. 4.
Waqaf kesemuanya. Waqaf pada isti’azah, kemudian wasal pada basmalah dan ayat. Wasal pada isti’azah dan basmalah, kemudian memulakan bacaan ayat ayat dengan nafas baru. Wasal kesemuanya.
Basmalah adalah kata ringkas bagi kalimah Nukilan : SAUDARI HAZIRAH BINTI MUHAMMAD ROSLI EXCO PENERBITAN
Rasulullah s.a.w. tidak dapat memastikan ayat terakhir sesuatu surah itu sehingga diturunkan kepadanya basmalah. Oleh itu, basmalah hendaklah dibaca di awal surah dan ketika menyambung di antara dua surah kecuali pada surah atTaubah. Hukum membaca basmalah pada setiap kali membaca Al-Quran ada empat iaitu 1.
Wajib
Membaca basmalah pada permulaan surah Al-fatihah, hukumnya wajib sebab basmalah adalah sebahagian ayat pertama dari surah Al-Fatihah. Demikianlah menurut Qaul yang paling shahin di kalangan madzhab Iman Asy-Syafi’i. 2. Sunnah Membaca basmalah di awal surah, selain surah Al-Fatihah, dan surah Altaubah dikukumi sunnah, begitu juga ketika memulai membaca Al-Quran di tengah-tengah surah selain kedua-dua surah tersebut. 6
ENGLISH SECTION
Today’s Idiom By : Balqis Hannah
More than meets the eye More than meets the eye, there are things underneath that are more important than those things you get to see actually. Let say, You can say there's more to something than meets the eye if it's more complex, more important or more interesting than it seems at first. The deal appears better at first glance of the readily available facts than it does if you actually read all the details.You have to search beyond what you see. Maybe part of the story has not been told . For example if you guys watch
Transformers movies , from the first
sight they look like cars, planes and tanks, but they’re actually an aliens, so it is more than meets the eye
7
MOTIVASI DIRI
JIKA RASULULLAH MASIH ADA...
Dari tadi aku memicit butang-butang
pada alat kawalan jauh televisyen. Semua siaran telah aku cuba
hadap,namun tidak satu pun yang berkenan di hati. Kebanyakannya ‘lagha’ belaka! Hiburan di sana sini, pakaiannya jangan dirungkai lagi... Entah apa-apa yang mereka sarung.Terdedah apa yang wajibnya dilindungi. Aurat yang patut menutup mereka membalut! ‘Sampai bila mereka akan begitu’... bisik hati kecil yang juga ahli jahil ini. Kasihan dengan kejahilan manusia akhir zaman ini. Aku melangkah ke luar balkoni mengambil angin malam. Televisyen tadi dibiar bersiaran tanpa penonton. ”Subhanallah... betapa cantik ciptaan Mu ini Ya Allah. Sambil melihat keindahan langit malam yang dihiasi bintang, bibirku mengucap zikrullah sambil tersenyum menampakkan lesung pipitku yang dikurniakan Tuhan. Manis. Lama juga aku mendongak ke langit. Tiba-tiba televisyen di ruang tamu mengeluarkan bunyi yang
indah
didengar.
Telingaku
cuba
menangkap
satu
persatu perkataan
yang
disebut.
Aku
mempercepatkan langkah kembali duduk di sofa lusuh yang aku beli dengan gaji pertamaku dulu. Aku lihat sekumpulan manusia berjubah putih sedang seronok menyanyikan lagu yang biasa aku dengar. Tertulis di kaca tv itu “Malam Cinta Rasul”. Aku tersenyum lebar. Esok adalah 12 Rabiul Awal. Hari keputeraan baginda Nabi Muhammad. Rupanya masih ada anak muda yang kukuh cintanya padamu Ya Rasulullah. Alhamdulillah... Aku terus duduk menghadap kaca tv. Alunan lagu ‘law kana bainana’ membuatkanku terpegun. Liriknya begitu indah dan mampu buat jiwaku sebak mengingati junjungan besar itu. Betapa Rasulullah menyayangi aku umatnya, yang belum pernah dia bersua muka. Namun bagaimana pula dengan aku? Entah sirah hidupnya juga aku kurang tahu dan kadangkala tonggang terbalik. Beginikah aku umatnya? Yang sering lalai mengucap selawat keatasnya? Sedang dia pula tidak pernah lena dengan kerja dakwahnya untuk keamanan umat baginda nanti. Tetapi... lihatlah dunia kini. Anak muda lebih sibuk dengan dunianya sendiri termasuk aku. Lalai dengan Tuhan! Tiba-tiba aku berasa hiba yang belum pernah aku rasa sebelum ini. Qasidah yang indah-indah terus dialunkan oleh anak muda yang semuanya berserban elok itu... Ya Rasulullah... jika engkau masih hidup. Pasti kau akan seronok dengan apa yang mereka lakukan... namun, engkau pasti menangis dengan anak muda seperti aku. Ya! Anak muda yang makannya sentiasa bertambahtambah, seleranya hanya mahu yang sedap-sedap, namun jarang-jarang beringat bersyukur. Apatah lagi mengikut sunnah mu. Ya Rasulullah... jika kau masih ada... aku aku sendiri segan untuk mengajakmu bersiar-siar diluar sana. Betapa ikhtilatnya tidak terjaga. Laki-laki mahupun wanita sudah hilang rasa malunya. Berpegang tangan tanpa ikatan. Malu untuk aku perkenalkan, itu juga umatmu.
8
Ya Rasulullah... jika engkau masih ada... pasti engkau hairan mengapa surau dan masjid tampak lengang, sedangkan umatmu ramai... Segan untuk aku membisikkan padamu Ya habib ya Muhammad, zaman ini manusia sibuk mengejar dunia! Solat lima waktu entah tidak terjaga segelintirnya, sedangkan engkau sendiri telah malu satu tika dahulu menghadap tuhan yang Esa, meminta jumlah waktu solat dikurangkan sehingga lima sahaja... Namun, tidak mereka ingat semua itu! Air mata yang aku cuba tahan telah berderai mengenang semua ini... terlalu banyak perkara yang aku tidak mampu beritahu lagi. Aku menyeka air mata yang membasahi pipi. Mengenang terlalu besar pengorbanan Rasulullah dan jika dia masih ada... adakah aku bersedia menghadapi baginda??? “Allahumma solli ‘ala Saiyyidina Muhammad wa ‘ala ali Sayyidina Muhammad” Ungkapan selawat ke atas baginda aku ucapkan. Moga-moga memperoleh syafaat Nabi Muhammad SAW, memperoleh limpah rahmat dari Allah SWT, ditulis sepuluh kebajikan, dihapuskan kesalahan, diangkat sepuluh darjat, memperolehi kesempurnaan iman dan moga-moga aku tidak lagi lupa akan dia. Amin.
Salam maulidur Rasul.
Disediakan Oleh : Shey@Asyeirah Mz Diploma Pendidikan Pra – Sekolah Exco Advokasi
9
KENAPA AKU DI DALAM JEMAAH
RENUNGAN DIRI
Dimaklumi yang kita sebagai mahasiswa dijemput menyertai Jemaah Islam bernama ABIM ketika di alam kampus ialah bertujuan untuk menyediakan 'amilin untuk ABIM. Secara tak langsung jemputan untuk menyertai bahtera Jemaah Islam Kampus (PKPIM) sebenarnya ialah jemputan untuk kita menyertai bahtera ABIM di lapangan luar kampus. Menjadi ahli PKPIM atau BGN tidak lama. Dalam 3-6 tahun kemudian tamat. Jadi tidak mungkin kita diajak untuk bersama-sama beramal Islami sekadar untuk tempoh tidak sampai sedekad itu. Rugi. Sangat rugi. Lebih baik tidak perlu bersama Jemaah Kampus jika sekadar mahu aktif ketika di kampus sahaja. Lebih rugi kerana sekadar mengisi masa atau lebih tepat "seronok" bergerak kerja bersama kawan-kawan. Itu belum lagi menyentuh soal ikhtilat yang menyebabkan kita seronok sendiri. Ya Allah, jagalah niat kami ! Sebab itu penting untuk setiap ahli PKPIM atau BGN Kampus apabila pulang ke kampung halaman, bersama pula dengan ABIM negeri. ABIM negeri sebenarnya jambatan penghubung antara PKPIM dan jemaah induk (ABIM) di lapangan sebenar. Kegagalan untuk seseorang ahli Jemaah Kampus itu melibatkan diri dengan ABIM Negeri akan mengakibatkan ahli Jemaah Kampus tersebut tidak mempunyai sebarang pertalian dengan perjuangan Jemaah. Ini akan menyebabkan seseorang ahli Jemaah itu mudah 'lesap' selepas alam kampus. Fathi Yakan menyebut bahawa seseorang abna'ul harakah itu perlu faham bahawa perjuangan Islam itu ialah perjuangan yang berterusan dan tidak terbatas di akhir alam kampus atau penamat zaman bujang. Sudah jelas ahli PKPIM atau BGN Kampus sekadar sementara sebaliknya yang berterusan sepanjang hayat ialah intima' bersama jemaah induk iaitu ABIM. Sabda Rasulullah s.a.w:
ش َّرة فترة ِ ولكل،ش َّرة ِ إن لكل عمل Maknanya: “Sesungguhnya bagi setiap amalan ada masa bersungguh (cergas) dan setiap kecergasan ada masa jemu…”. Hadis riwayat Ahmad, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan Al-Tirmizi. Dalam dakwah, kebosanan berlaku samada akibat dari kelewatan mendapat kemenangan atau berpunca dari terjadi berbagai ujian yang berat kepada pejuang Islam Suasana persekitaran, pergaulan, kejahilan, kecintaan kepada dunia dan tiadanya murabbi adalah antara faktor kemurungan dan kebosanan dalam melaksanakan perintah Allah Taala. Ia samada berkaitan dengan ibadah mahupun dalam kerja-kerja dakwah.
10
Unit Baytul Muslim (UBM) diwujudkan untuk membantu menyelamatkan ahli-ahli jemaah gerakan Islam daripada gejala Futur (keciciran dari jalan dakwah) terutama setelah berumah tangga. Gejala futur dikesan salah satu puncanya adalah disebabkan pernikahan. Walaupun begitu, kesibukan dengan kerja kadang-kadang menjadi alasan supaya tidak bergiat langsung didalam kerja-kerja dakwah, yang sudah berkahwin katanya sibuk dengan anak isteri, tidak sempat la dikatakan, dan yang paling mengecewakan seorang suami yang dikawal oleh isterinya sendiri dalam setiap kegiatannya, tidak kiralah akan kerja seharian ataupun aktiviti-aktiviti dakwah yang menakutkan kita si isteri itu adalah muslimat yang sama-sama berjuang di medan kampus. Pasangan yang sefikrah bukan jaminan konsistensi kita dalam gerakan dakwah di masa hadapan. Begitulah juga si suami kepada isteri jika sebaliknya. Perjuangan sebenar apabila antum bersemuka dengan masyarakat yang pelbagai di luar kampus. Kampus adalah medan latihan kita. Jika kita punyai banyak kekhilafan semasa perjuangan dikampus, bergaduh bersama-sama sahabat, berselisih pendapat bersama sahabat, walaupun itu semua meruntun rasa hati, tetapi bila berada diluar sana tidak ada lagi masa untuk menunggu kita. Kerja dakwah tetap diteruskan. Apalah harga jiwa kita bila bersama HARAKAH yang diluar. Terdapat juga mereka menjauhkan dari jemaah kerana melihat kekurangan yang ada di dalam jemaah. Ya, pada diri kita, kita akui jemaah kita banyak kelemahan, tapi istiqamahnya kita bukan kerana kelebihan jemaah, tapi yakinnya kita akan jemaah membawa kepada keredhaan Allah, jika ada kelemahan, cuba kita perbaiki bukannya melarikan diri. Sesungguhnya dakwah ini tidak akan pernah mati tanpamu. Tapi kaulah yang akan `mati’ tanpanya. Sesungguhnya dakwah ini pasti akan menang. Dan engkaulah yang akan memilihnya. Engkau akan ikut bersamanya atau hanya puas sebagai penonton saja. Tidak perlu jauh-jauh, tidak perlu difikirkan apa yang akan berlaku selepas alam kampus, hanya perlu tanya diri kita, masa cuti, masa kita kembali ke rumah, adakah keadaan diri kita masih sama? Solat jemaah? Quran? Tahajud? Fikir-fikirkan... Al-Futur ialah diam selepas bergerak cergas, lembut selepas keras dan lemaah selepas kuat. Lain-lainnya. A. Faktor-faktor Dalaman 1) Kejahilan yang menimbulkan keraguan kepada kesahihan tanzim. 2) Lemah amal ibadah. 3) Kurang mengamalkan sunnah dalam kehidupan harian. 4) Berlumba memperolehi populariti dalam dakwah. 5) Tidak berdisiplin dan kerja tidak tersusun. 11
6) Sentiasa berburuk sangka sesama ikhwah. 7) Tidak menghadiri tarbiah. 8) Tidak menghadiri aktiviti jamaah. 9) Tidak bersederhana / melakukan sesuatu secara melampau. 10) Tiadanya aktiviti Istirahah Al-Nafs.
B. Faktor-Faktor Luaran. 1) Jamaah tidak memberikan peningkatan kepada diri. 2) Ikhwah dalam jamaah tidak bersifat terbuka. 3) Tanzim yang bercelaru. 4) Aktiviti yang membosankan. 5) Kepimpinan yang tidak memberikan contoh yang baik. 6) Perpecahan dalam jamaah. 7) Serangan bertubi-tubi dari musuh. 8) Kemewahan hidup yang menamkan rasa selesa dengan apa yang ada. 9) Pengaruh wanita. 10) Pengaruh keluarga dan anak-anak. 11) Tekanan di tempat kerja. 12) Kekalahan dalam peperangan dengan musuh.
Semuanya bermula dengan diri kita, niat kita sebab intima' kita biar benar. Semoga kita terus tersabat mendokong perjuangan Islam. Insya-Allah.
*** hasil coretan dari Setiausaha Tanzim anak negeri Kedah .
12
MAHASISWI TERAS GERAKAN Di zaman kemajuan ini, kehadiran mahasiswi di tengah-tengah masyarakat tidak lagi asing dalam kehidupan kita. Malah, kehadiran mereka turut memberi kesan yang luar biasa kepada masyarakat. Tidak kira kehadiran mereka dari segi ekonomi, sosial dan lain-lain. Hal ini merupakan satu gelombang positif kepada masyarakat umumnya kerana mahasiswi kini sudah ‘sedar’ dari buaian mimpi indah yang tidak berpenghujung. Dalam syariat Islam, kedua-dua kaum ini, kaum Adam dan Hawa dipandang sebagai manusia. Oleh itu, tiada perbezaan dari segi kemanusiaannya. Allah SWT mencipta kedua-dua kaum ini bagi mempersiapkan mereka untuk mengharungi kehidupan di dunia ini. Kaum Adam dan Hawa dibekalkan dengan potensi hidup yang berupa dorongan jasmani, naluri, beragama serta akal. Allah SWT telah menetapkan syariat-Nya yang sempurna. Justeru, dalam hal ini, mahupun kaum Adam atau kaum Hawa; kedua-duanya harus terikat dengan syariat Islam yang akan menjadi penawar kepada penyakit di dalam kehidupan manusia di dunia ini. Mahasiswi sedar bahawa kehadiran mereka di dalam masyarakat memberi impak yang besar dan amat penting. Misi Rahmatan Lil’ Alamin ini bukan hanya digerakkan oleh mahasiswa sahaja, tetapi juga memerlukan bantuan daripada mahasiswi. Kaum hawa dikenali dengan perwatakannya yang lemah lembut, pemalu dan sopan santun. Justeru, perwatakan inilah yang memudahkan cara dan mampu menyebarluaskan dakwah dengan cara yang lebih halus dan efektif dalam situasi tertentu. Berdasarkan hakikat yang boleh diambil daripada al-Quran surah At-Taubah ayat 71; “Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang ma’ruf, mencegah dari yang munkar, mendirikan solat, menunaikan zakat dan mereka taat pada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Besar lagi Maha Bijaksana.” Dapat dilihat kesepaduan kerjasama antara lelaki dan wanita dalam melakukan amal dakwah ke arah Islam dan pengukuhan hukum-hukumnya. Penjelasan di atas menunjukkan bahawa tidak syak lagi wanita Islam mempunyai peranan istimewa dan amat penting dalam melaksanakan amal dakwah bagi melengkapkan peranan kaum lelaki. Bahkan dalam sesetengah keadaan peranan mereka lebih penting, malah mengatasi peranan lelaki, terutama dalam bidang yang didominasi oleh kaum wanita. Ini kerana kaum wanita mempunyai beberapa keistimewaan tersendiri dari sudut kesediaan, kemampuan, sifat-sifat keperibadian, kejiwaan dan perasaan yang berbeza daripada kaum lelaki. Disediakan Oleh : SAUDARI SITI NUR-ALIA BINTI CHE BURHAN
HAL EHWAL WANITA ISLAM (HEWI)
SETIAUSAHA PKPIM 13