Risalah Tarbawi Edisi 2

Page 1

PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM) UNISEL BJ

RISALAH TARBAWI HIDUB BIAR BERJASA | EDISI 2 | 17 MAC 2015| SELASA

HADIS 2 : IMAN, ISLAM, DAN IHSAN

TAFSIRAN HADIS 40

Daripada Sayidina Umar r.a beliau berkata : Ketika kami sedang duduk di sisi Rasulullah SAW pada suatu hari, tiba-tiba muncul di hadapan kami seorang lelaki yang memakai pakaian yang sangat putih, berambut sangat hitam, yang tidak ternampak pada dirinya kesan-kesan tanda musafir dan tidak seorang pun dikalangan kami yang mengenalinya. Lalu dia duduk menghampiri Nabi SAW lalu disandarkan kedua-dua lututnya ke lutut dan meletakkan kedua tapak tangannya atas dua paha Baginda seraya berkata: Wahai Muhammad! Terangkan kepadaku tentang islam. Lalu Rasulullah SAW bersabda : Islam itu bahawa engkau naik saksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad itu utusan Allah, dan bahawa engkau mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa dibulan Ramadhan, menunaikan haji ke Baitullah (Mekah) sekiranya engkau berkuasa mengerjakannya. Lelaki tersebut berkata: Benarlah engkau. Maka kami pun berasa hairan kepadaNya, dia yang bertanya dia pula yang membenarkannya. Dia bertanya lagi: Terangkan kepadaku tentang iman. Baginda bersabda: (Iman itu ialah) bahawa engkau percaya kepada Allah, para malaikatNya, kitab-kitabNya, para RasulNya, hari Qiamat dan bahawa engkau percaya kepada Qadak dan QadarNya. Lelaki itu berkata: Benarlah engkau. Lelaki itu berkata lagi: terangkan kepadaku tentang Ehsan. Baginda bersabda: Ehsan itu ialah bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatnya, maka sesungguhnya dia melihatmu. 1 Pkpimuniselb@gmail.com

pkpimuniselbj.blogspot.com

Pkpim Uniselbj


Lelaki itu berkata lagi: terangkan kepadaku erti Qiamat. Baginda bersabda: orang yang ditanya tentang Qiamat tidaklah lebih mengetahui daripada orang yang bertanya. Lelaki itu bertanya lagi: terangkanlah kepadaku tentang tanda-tandanya. Baginda bersabda: (Antara tanda-tandanya ialah) apabila seorang hamba perempuan melahirkan tuannya dan apabila engkau melihat orang-orang miskin yang berkaki ayam, tdak berpakain dan papa kedana yang hanya menjadi penggembala kambing berlumba-lumba membina bangunan (iaitu bertukar menjadi kaya raya). Kemudian lelaki itu berlalu, lalu aku terdiam sebentar. Kemudian baginda bertanya: wahai ‘umar! Adakah engkau tahu siapa lelaki yang bertanya itu? Aku berkata: Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui. Baginda bersabda: sesungguhnya dia adalah Malaikat jibril yang datang kepada kamu untuk mengajar tentang agama kamu. [Riwayat Bukhari & Muslim] Pengajaran Hadis 1] Agama Islam adalah yang datang dari Allah. Oleh itu ia dipanggil agama samawie atau bersifat Rabbaanie, iaitu bersumbarkan wahyu dari langit yang diturunkan melalui malaikat Jibril. Ia bukanlah agama ciptaan akal manusia yang cetek kerana itu ia amat sesuai untuk seluruh umat manusia di setiap tempat dan zaman. 2] Hadis ini menerangkan tiga tunggak agama, iaitu rukun islam, rukun imam dan ehsan. Rukun islam lima perkara iaitu mengucap dua kalimah syahadah, membayar zakat, berpuasa di bulan Ramadhan dan

mengerjakan haji di baitullahilharam. Rukun imam ada

enam

perkara iaitu percaya atau beriman kepada Allah, para malaikat, kitab-kitab, para Rasul, hari Qiamat dan beriman kepada qada’ dan qadar yang datang dari Allah. 3] Kesempurnaan seorang mukmin akan tercapai apabila dia menunaikan segala rukun islam, menyempurnakan tuntutan rukun imam dan sifat Ehsan. Islam tidak sempurna kalau hanya diambil dari segi zahir sahaja, atau batin sahaja atau aspek kerohanian semata-mata. Kesempurnaan islam hanya akan terserlah apabila diamalkan keseluruhannya.

2


4] Ilmu dalam Islam mestilah dipelajari secara berguru dan berdasarkan panduan yang betul. Ilmu agama tidak boleh dipelajari melalui mimpi dan sebagainya. Seorang murid mestilah mempunyai adab-adab yang tinggi sebagaimana beradabnya Jibril ketika datang mengadap Rasulullah SAW untuk bertanya beberapa soalan agama. Demikian jua seorang guru mestilah mempunyai adab yang tinggi. Dia sewajibnya hanya mengajar atau menjawab soalan yang diketahui dan meninggalkan apa yang dia tidak tahu. Itu adalah tanda wara’ para ulama dan orang berilmu. 5] Hari qiamat adalah peristiwa besar yang menjadi salah satu rukun iman. Tiada seorang manusiapun yang tahu bila ia akan berlaku,walaupun Rasulullah SAW. Ia adalah sebahagian dari ilmu ghaib yang tidak diketahui kecuali oleh Allah SWT. Sesiapa yang mengaku tahu bila berlaku qiamat atau mengetahui ilmu ghaib, maka dia adalah seorang penipu besar. 6] Walaupun tarikh qiamat tidak diketahui, namun ada beberapa tanda yang menunjukkan ia hampir tiba, antaranya ialah terjadi peristiwa seorang ibu melahirkan tuannya atau bossnya sendiri, yang menjadi hamba kepada anaknya. Di akhir zaman juga berlaku peristiwa si-miskin yang papa merempat bertukar menjadi hartawan yang kaya raya.

Disediakan Oleh : SAUDARI AZMAH BINTI AEDE TIMBALAN AMIRAH PKPIM UNISEL BJ ISM Pendidikan Awal Kanak-Kanak

3


PERNIAGAAN RASULULLAH S.A.W Mengikut apa yang diceritakan oleh Ibnu Athir dan Ibnu Hisyam bahawa Khadijah RadiyaLlahu ‘anha adalah seorang saudagar yang masyhur serta terkenal dengan kemuliaan budi dan kekayaan harta. Sebilangan besar dari orang ‘Arab di masa itu meminjam sebahagian daripada hartanya itu sebagai modal perniagaan mereka. Bila mana Khadijah mendengar berita perihal peribadi Nabi Muhammad yang mulia dan akhlak yang terpuji itu ia terus mempelawakan kepada Nabi Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam supaya menjalankan usaha perniagaan dengan hartanya dan sanggup memberi keuntungan yang lebih dari yang pernah diberikannya kepada orang lain. Untuk mengiringi baginda dalam usaha perniagaan nanti baginda akan dibantu oleh seorang budak suruhan Khadijah yang bernama “Maisarah”. Tawaran itu telah diterima baik oleh Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam dengan penuh kerelaan hati. Baginda terus belayar ke negeri Syam untuk menjalankan urusan peniagaan bersama “Maisarah” budak suruhan Khadijah. Dalam perniagaan ini baginda telah mendapat keuntungan yang berlipat ganda. Bila baginda kembali bertemu Khadijah dengan keuntungamiya tadi, baginda terus menyerahkan kepada Khadijah apa yang perlu dan patut diserahkan dengan penuh amanah. Semasa di negeri Syam “Maisarah” telah melihat dengan mata kepalanya sendiri dan tertawan dengan budi pekerti baginda yang mulia dan segala-galanya ini terus diceritakan kepada Khadijah. Khadijah sungguh tertawan dengan keamanahan dan budi pekertinya yang tinggi dan yang lebih menghairankan lagi ialah kelabaan yang berlebihan yang diperolehinya dengan berkat baginda. Dengan perantaraan Nafisah binti Manbah, Khadijah telah menawarkan dirinya kepada Nabi Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam untuk menjadi teman hidupnya yang halal. Tawarannya tadi telah disambut baik oleh Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam dan dengan tidak membuang masa, baginda terus menyatakan hasrat hatinya yang mulia itu kepada bapa-bapa saudaranya dan mereka pun terus melamar Khadijah melalui bapa saudaranya ‘Amru bin Asad. Perkahwinan pun dilangsungkan dengan selamatnya. Di kala itu RasuluLlah berusia genap dua puluh lima tahun sedang Khadijah telah berusia empat puluh tahun.

Disediakan Oleh : Saudara Mohamad Arif Zaki Bin Ali Timbalan Amir PKPIM UNISEL BJ ISM Pendidikan Awal Kanak-Kanak

FIQH SIRAH 4


MENGERTI AKAN HIKMAH

KUPASAN BUKU

Sebahagian dari kita mungkin pernah mendengar tentang hikmah. Misalnya ketika dirundung resah bencana, seseorang akan diperingatkan tentang hikmah dibalik musibah. Jadi apa itu Al Hikmah? Hikmah secara mudahnya ialah faham akan ketaqwaan yang tuntas dan kafi yakni mengerti dengan pengertian yang sungguh sungguh mendalam. Pendapat ini diperkuatkan dengan satu hadith yang dimana Rasulullah telah bersabda mafhumnya, “hikmah adalah barang yang hilang dari orang mukmin, maka dimana sahaja ia didapati, dia adalah orang yang berhak terhadapnya.� (Riwayat At- Tirmidzi) Memperkatakan tentang hikmah, adalah sangat tidak adil jika tidak diperikan tentang pengkisahan Allah dalam Al Quran akan seorang ahli hikmah yang bernama Luqmanul Hakim dalam Surah Luqman yakni dari ayat 12 hingga 19, mafhumnya; 12) Dan sesungguhnya telah Kami berikan hikmah kepada Luqman, iaitu: "Bersyukurlah kepada Allah. Dan barangsiapa yang bersyukur (kepada Allah), maka sesungguhnya ia bersyukur untuk dirinya sendiri; dan barangsiapa yang tidak bersyukur, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji." 13) Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, di waktu ia memberi pelajaran kepadanya: "Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar". 14) Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu-bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusukannya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada dua orang ibu-bapamu, hanya kepada-Kulah kembalimu. 15) Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan dengan Aku sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, maka janganlah kamu mengikuti keduanya, dan pergaulilah keduanya di dunia dengan baik, dan ikutilah jalan orang yang kembali kepada-Ku, kemudian hanya kepada-Kulah kembalimu, maka Ku beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.

5


16) (Luqman berkata): "Hai anakku, sesungguhnya jika ada (sesuatu perbuatan) seberat biji sawi, dan berada dalam batu, atau di langit, atau di dalam bumi, nescaya Allah akan mendatangkannya (membalasnya). Sesungguhnya Allah Maha Halus lagi Maha Mengetahui. 17) Hai anakku, dirikanlah solat dan suruhlah (manusia) mengerjakan yang baik dan cegahlah (mereka) dari perbuatan yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan (oleh Allah). 18) Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia ((kerana sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri. 19) Dan sederhanalah kamu dalam berjalan dan lunakkanlah suaramu, sesungguhnya seburukburuk suara adalah suara keldai. Kebobrokan pendidikan hari ini semakin membahana hingga pelajar mengerti ilmu hanya sekedar pada markah, Gred atau CGPA yang mereka perolehi. Faridah Mohd Tap ada menyebut akan kebobrokan pendidikan dalam kupasannya, “pelajar-pelajar telah dimomokkan dengan kecemerlangan akademik dengan kerjaya yang bagus-bagus dengan gaji beribu-raban. Yang ketinggalan pula, dimomokkan sebagai tiada masa hadapan dan hidup melarat. Justeru, kepincangan ini telah melahirkan generasi yang taksub material serta miskin rohani yang memakan diri.� Natijah akhirnya, institusi pendidikan akan gagal kerana hanya melahirkan manusia robot yang tiada belas ihsan kepada insan lain. Sifat insaniah semakin terhakis. Semakin tinggi ilmu semakin meninggi diri, semakin hilang hormat kepada yang lebih tua, semakin hilang kasih kepada yang muda, semakin tinggi suara tatkala berhujah, semakin mendabik dada, yang kaya dipuja, yang miskin dikeji, yang salah dibenarkan dan yang benar disalahkan. Itulah signifikans pesanan Abuya Luqmanul Hakim kepada anaknya untuk menjaga aspek kerohanian kerana ia sering dipinggirkan. Disebabkan itu, pendidikan al-hikmah dengan mengambil intipati pesanan si bijaksanaLuqmanul Hakim-perlu dihidup suburkan dalam misi mencerahkan semula kewibawaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan supaya sistem pendidikan ini mampu melahirkan generasi baru yang cemerlang akal dan budi yang merupakan teras keberlangsungan tamadun insaniah.

Disediakan Oleh : Saudara Mohammad Azhaari Shah Bin Sulaiman Amir PKPIM UNISEL BJ Bachelor of Education (TESL)

6


ILMU TAJWID

BACAAN SUJUD TILAWAH

Bacaan sujud tilawah ialah sujud yang dilakukan apabila kita membaca ayat-ayat sajadah di dalam Al-quran. Ayat-ayat tersebut seperti ini :

“Sesungguhnya orang yang benar-benar percaya kepada ayat-ayat kami adalah mereka yang apabila diperingatkan dengan ayatayat itu mereka segera bersujud sambil bertasbih dan memuji Rabbnya, dan lagi pula mereka tidaklah sombong”. (Surah 32 : AsSajdah Ayat 15). Pada ayat sajadah dalam Resam Uthmani terdapat tanda berikut di hujungnya.

Pada kebiasaanya, para imam di masjid akan memberitahu para jemaah jika beliau akan membaca ayat tilawah dan akan dilakukan sujud sajadah pada rakaat. Di mana imam meyebut takbir akan terus sujud kerana telah membaca ayat sajadah. Sewaktu sujud bacaanya adalah

“ Telah sujud wajahku kepada yang telah menciptanya yang telah memberi rupa baginya dan telah memberi pendengaran dan penglihatan dengan kehendaknya dan dengan kekuatannya tuhan yang penuh limpah keberkatannya telah menjadikan manusia dengan sebaik-baiknya kejadian. Selepas sujud tersebut kita akan terus bangun semula dan sambung membaca ayat al-quran dan teruskan dengan rukuk seperti biasa. Jika ayat sajadah dibaca di luar solat rukunya adalah 1) 2) 3) 4)

Niat – “Sahaja aku sujud sajadah kerana Allah ta’ala” Takbiratul ihram Sujud – baca bacaan sujud sajadah di atas Salam

Hukum sujud sajadah di luar ialah sunat kepada pembaca dan juga pendengar bacaan ayat sajadah, dan sujud si pendengar itu tidak tergantung sama ada pembaca (qari) itu turut sujud atau tidak. Jika sedang solat berjemaah makmun wajib mengikut imam jika imam melakukan sujud sajadah. Disediakan Oleh : SAUDARI HAZIRAH BINTI MUHAMMAD ROSLI EXCO PENERBITAN ISM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 7


ENGLISH SECTION

TODAY’S IDIOM By : Balqis Hannah Bachelor of Education (TESL)

A Night Owl You're a night owl if you like to stay up and do things late at night . Or in simpler way, the one who stays up late at night or goes to bed late or a person who is active late at night is what we call as a night owl Nightowl' was originally just a synonym for 'owl' and has been used as such since at least 1581, when Bell and Foxe included it their translated work Against Jerome Osorius. That seems rather tautological as owls are predominantly nocturnal and, in an apparent general acceptance of that view, the literal use of the word is now rather rare. For example, He's a night owl. He would rather stay up until 6am than wake up at that time. The figurative use of the term, that is, as a reference to people rather than owls, also began in the 16th century. Shakespeare used it in 1594 in the narrative poem The Rape of Lucrece:

This said, his guilty hand pluck'd up the latch, And with his knee the door he opens wide. The dove sleeps fast that this night-owl will catch: Thus treason works ere traitors be espied.

8


Motivasi

MAAF , TOLONG, TERIMA KASIH.

diri

Ucapan maaf , tolong dan terima kasih sudah terlalu klise bagi kita. Anda sendiri berhadapan dengan beberapa situasi yang memerlukan anda mengucap kata-kata diatas, namun segelintirnya tidak berbuat demikian dan hanya mengikut kepala sendiri. Bukan mahu menghentam masyarakat sendiri, namun perkara ini sering berlaku dimana - mana yang kita pergi. Contoh situasi pertama, ketika di kedai makan. Selepas memesan makanan, Ali duduk di meja menunggu. 20 minit berlalu, makanan yang dipesan tiba dibawa oleh pekerja restoran tersebut . Tiba-tiba Ali sedar pekerja disitu terlupa memberikan dia sudu dan garfu untuk dia menjamah hidangan. “Psstt...pssttt! Ali melambai-lambai tangan pada pekerja tadi. Mengharap pekerja itu memandang. Sekali lagi Ali mencuba. “Psst..weh!” Kali ini pekerja tadi menoleh. “Sudu mana sudu?” Tanya Ali sambil dahinya berkerut. Pekerja tadi mengangguk faham dan masuk semula ke dapur mengambil sudu dan garfu. “ Maaf ya encik”. Ucap pekerja itu tika sudu dan garfu dihantar ke pelanggan. “Hmm..” Balasnya. Sebenarnya, situasi tadi adalah realiti yang berlaku dalam kehidupan kita. Realiti yang kita sendiri pernah lalui, lihat, dan perlu ubah serta merta. Pertamanya, dalam scene tersebut, Ali sepatutnya memanggil pekerja restoran itu dengan cara yang lebih baik seperti ini, “Maaf dik, boleh tolong bawakan sudu dan garfu tak?”. Dan selepas pekerja tersebut memberikan pada kita, ucapkan ‘terima kasih’. Ringkas, sopan dan bijak bukan? Perkara ini mungkin tampak remeh, namun ianya cukup memberi efek yang besar pada pekerja itu dan juga diri kita. Situasi kedua, Aina sedang berjalan keluar daripada sebuah supermarket. Tangan kanannya memegang telefon pintar miliknya manakala sebelah tangannya lagi memegang plastik barangan yang di beli. Tiba-tiba muncul seorang pakcik telah terlanggar dirinya yang sedang sibuk memandang skrin telefon. Barangan yang di pegang terlepas dan terburai di lantai. “ Maaf nak, pakcik tak sengaja.” Ucap pakcik tua itu sambil tangannya sibuk mengutip barang Aina yang bertaburan. “Herghhhh...” Ringkas sahaja Aina membalas kata orang tua di hadapannya. “Maafkan pakcik, tak sengaja.” Dia menghulurkan semula plastik barang itu dan tersenyum namun senyuman pakcik itu tidak dibalas dan gadis itu berlalu pergi. Kali ini, situasi diatas amat tidak sopan sekali tetapi banyak terjadi dengan anak muda yang kurang adab masa kini. Yang pertama, Aina sendiri sepatutnya bersama meminta maaf. “ Maaf pakcik, saya juga salah.” Balas ucapan dengan mudah dan menjaga perasaan orang lain. Walaupun kita mungkin bengang dengan apa yang terjadi, jangan sesekali bertindak kasar dengan orang tua dengan membalas kata mengikut perasaan. Dalam situasi Aina yang mengikut perasaan, dia terlupa untuk mengucapkan terima kasih pula selepas dibantu. Mungkin juga selepas itu kita akan di cop sebagai biadap tahap kucing kurap. Kan susah!

9


Perkara c ketiga akan menjelaskan situasi antara ‘minta buat’ dan ‘minta tolong’. Contoh situasi, Ajis sedang sibuk meneliti dokumen dimeja pejabatnya kerana sebentar lagi dia akan menghadiri mesyuarat bersama para pekerja lain. Tiba-tiba dia teringat akan dokumen yang perlu di buat salinan. Kebetulan Aisyah rakan sepejabatnya lalu dihadapan meja. “Aisyah, kau ambil dokumen ini dan fotostat sebayak 3 salinan. Kemudian hantar ke meja aku semula.” . Pinta Ajis. Aisyah hanya menuruti kehendak rakan kerjanya itu. Namun dia sedikit kecewa kerana tiada ucapan “tolong” disitu. Itu adalah dalam situasi Aisyah dan Ajis. Bagaimana pula dengan kita selama ini? Adakah selama ini kita lebih gemar ‘minta buat’ daripada ‘minta tolong’. Walhal, hakikatnya kita sedang meminta tolong pada seseorang. Juga mungkin kita kurang sedar dengan tindakan kita yang seperti menyuruh namun jangan lupa, sesetengah orang amat menitikberatkan tentang hal ini. Situasi diatas, Ajis hanya perlu menambah kata ‘tolong’ kepada Aisyah. “Aisyah, boleh kau tolong fotostat dokumen ini dan nanti tolong hantar semula ke meja aku?” . Sebenarnya, kata ‘tolong’ itu mempunyai makna yang luar biasa apabila kita gunakan. Contoh lain, “Din, tolong belikan aku air mineral sebotol.” Berbeza dengan “Din,nanti beli air mineral sebotol.” Nampak bezanya? Satu kata yang mudah diungkap, tetapi belum ramai yang betul-betul mempraktikkannya. Selamat mencorak diri anda dengan kata-kata yang hebat!

Disediakan Oleh : Shey@Asyeirah Mz Exco Advokasi Diploma Pendidikan Pra-Sekolah

10


MURABBI KITA

Peranan Murabbi Dalam Konteks Dakwah Oleh : Dato' Dr. Siddiq Fadzil | Presiden WADAH

Merenung kepada peri pentingnya peranan murabbi dalam konteks gerakan dakwah, kita cuba mengupasnya. Istilah ini agak baru dipakai oleh gerakan kerana sebelum ini kita guna istilah naqib. Proses tarbiyyah itu sejak awal lagi diberi penekanan luar biasa oleh gerakan kita. Ini kerana sebelum itu sistem pendidikan kita dirosakkan oleh sistem sekular dan ini memerlukan pendidikan semula – re-educating. Keperluan mendidik diri kita semula kerana selama menjalani proses pendidikan diri yang ada sejak awal hingga akhir masih “ada yang tak kena”. Pendidikan agama pun tidak terkecuali kerana “ada yang tak kena”. Ada yang tidak ditampung dalam sistem itu, maka kita menggubal sistem dan silibus to reeducate ourselves. Pertama sekali kita memulakan usrah – “kumpulan belajar bersama”. Tiada sheikh kepada kumpulan begini tetapi ada naqib. Ketua kumpulan belajar bersama ini digelar naqib. Ini lebih mudah, lebih mesra dan telah dimasyarakatkan. Tradisi gerakan meletakkan usrah itu sangat penting, tarbiyyah amat diutamakan. Sehingga ada di kalangan ahli-ahli yang kegiatannya hanyalah tarbiyyah dan tiada yang lain. Sedangkan tarbiyyah ibarat workshop atau bengkel untuk pembaikan dan penambahbaikan supaya keluar dan berprestasi. Dinamika usrah tidak harus semata-mata berusrah tanpa ada projek dakwah. Dalam tradisi Islam dahulu tidak perlu kepada usrah, naqib dan sebagainya kerana telah cukup dengan belajar daripada sheikh-sheikh. Itulah cara para al Immah – Imam Shafie dan Imam al Ghazali umpamanya. Ketika itu orang mempunyai kesedaran tentang peranan sheikh dalam sistem pendidikan kerana kewibawaan terletak kepada para sheikhnya. Sheikh berperanan sentral dalam sistem pendidikan sehingga kewibawaan seseorang diukur daripada siapa sheikhnya – “kamu ambil ilmu ini daripada siapa”. Sekarang langsung tidak ditanya hal ini dan telah berubah kerana sudah tidak peduli kepada gurunya. Apa yang dipentingkan hanyalah tempat mana dia graduan. Peranan guru diperlekehkan dan hanya universiti yang disebut. Isu tidak mempedulikan siapa pendidik hingga mereka yang berpemikiran berkecamuk pun boleh menjadi guru. Kecemerlangan seseorang tidak lagi dirujuk kepada siapa gurunya dan guru hanya dianggap sebagai fasilitator. Seolah-olah teknologi pendidikan telah mengambil alih peranan pendidik. Ini adalah suatu yang absurd – peranan ini tidak mungkin diambil alih walau secanggih mana pun. Contoh murabbi terunggul dan teragong ialah Rasulullah s.a.w. Al Rasul Al Murabbi wajib diberi sorotan dengan penuh perhatian. Bagaimana baginda berjaya mencipta satu generasi al sahabah r.a.a. Perlu diteliti ciriciri, teknik-teknik dan pendekatan kemurabbiyan Rasulullah s.a.w. Dimensi al rasul al murabbi perlu dilihat dan dijadikan sumber renungan kita. Kejayaannya sebagai murabbi ada suatu yang luar biasa dan dianggap para ulama’ sebagai mukjizat – al ‘ijaz al tarbawiy. Para ulama’menganggap andainya Rasulullah s.a.w. tidak dikurniakan mukjizat lain maka keunggulan para sahabah yang dididiknya itu sudah cukup bagi bukti kenabiannya. 11


Baginda bukan sekadar berjaya mendidik al sahabah, malah mendidik para murabbi dan orang yang tidak pernah melihat pun “mukjizat kependidikan” sepanjang zaman hingga ke hari ini. Para sahabah bukan cuma murid-murid, bukan hanya pengikut, bahkan dididik Rasulullah s.a.w. sebagai murabbi-murabbi sepanjang zaman. Malah kita hari ini pun mempelajari daripada fatawa para sahabah dan inspirasi keunggulan peribadi mereka. Contohnya, riwayat kisah Umar al Khattab akan membuatkan kita terinspirasi. Dia selaku murabbi tidak perlu hadir bersama di kalangan kita – walaupun dengan jarak ruang dan masa – space and time distant – namun kita masih terinspirasi dengan peribadi dan kisah Umar al Khattab. Membaca riwayat para sahabah Rasulullah s.a.w. memberikan kita suntikan semangat yang bermakna. Sebagaimana generasi silam memberikan perhatian, marilah kita membina tradisi baru walaupun naqib bukanlah sheikh tetapi naqib yang murabbi atau murabbi yang naqib. Tugas dan cabarannya berat untuk membina dan mempertingkat naqib. Peranannya bukanlah semata-mata memberi ilmu tetapi memimpin dan mempunyai tanggungjawab tarbawiy. Kitab turath Burhan al Din al Zarnuji Ta`lim al-Muta`allim fi Tariq al-Ta`allum – adalah warisan tradisi pendidikan Islam. Sekarang kitab ini dilupai dan diabaikan. Dahulu, kitab ini menjadi standard di madrasah, pondok dan pesantren. Barangkali kita harus berhimpun nanti untuk membedah buku ini yang mempunyai kekuatannya tersendiri yang tidak ada sekarang. Kitab ini telah diterjemahkan di Barat – Instruction of the Student: The Method of Learning– memberi petunjuk bagaimana memilih guru bukan sebagai penyampai ilmu sahaja tetapi guru sebagai murabbi – pendidik ilmu dan pembentukan diri – islah al nafs. Pelajar menyerah diri kepada guru untuk memperbaiki dan menyempurnakan dirinya. Sekadar belajar dari Google bukanlah pendidikan. Saranannya supaya dipilih guru yang paling berilmu, paling wara’ dan paling senior sebagaimana Imam Abu Hanifah memilih Hammad bin AbuSulayman. Tidak dipilih dengan rambang tetapi dengan teliti, dengan tafakur dan renungan. Abu Hanifah berkata dia memilih yang berwibawa, penyantun dan penyabar. Pemilihan seteliti itu adalah martabat wibawanya dan ulama’ silam sangat terkait dengan gurunya. Pengenalannya adalah kepada siapa gurunya dahulu. Imam Shafie memberi penghormatan kepada gurunya Imam Malik yang disebutnya sebagai ustadhi dalam kitab-kitabnya. Apa yang diperolehi daripada guru bukan sekadar ilmu sahaja tetapi watak peribadi yang menyeluruh. Tarbiyyah melalui keteladanan guru itulah yang telah berlaku dalam sejarah Islam. Guru membawa erti ilmu dan teladan. Walaupun berat, kita tidak mempunyai pilihan lain, dengan azam sekuat dan seseriousnya. Kalau cuma sekadar ilmu pengetahuan yang kita harapkan, barangkali burung gagak pun boleh menjadi guru – sepertimana kisah Qabil belajar daripada aksi gagak bagaimana menguruskan mayat Habil. Dengan ertikata lain, kalau hanya ilmu boleh belajar daripada sesiapa sahaja. Tetapi konsep tarbiyyah bukan hanya ilmu bahkan keteladanan dan proses pembentukan keinsanan – to be a better human being. 12


Pendidikan itu adalah pengutuhan dan penyempurnaan insan. Tugas seorang murabbi bukan terbatas kepada penyampai ilmu tetapi membaiki diri insan – islah al nafs. Imam Hasan al Banna menyenaraikan 10 ciri-ciri murabbi:Qawiyy Al Jism

– kesihatan tubuh badan

Matin Al Khuluq

– kewibawaan moral, berakhlak tinggi

Muthaqqaf Al Fikr

– keterbukaan minda, membudayakan ilmu

Qadir ‘Ala Al Kasb

– kemampuan menyara hidup, keusahawanan – enterprising spirit

Salim Al Aqidah

– kejituan aqidah, kemurnian iman

Salim Al Aqidah

– kejituan aqidah, kemurnian iman

Sahih Al ‘Ibadah

– ketepatan beribadah, ibadat yang betul

Mujahid Li Nafsih

– keupayaan mengawal nafsu, bermujahadah

Harithan ‘Ala Waqtih

– peka terhadap masa, sensitif kepada waktu, tidak meleret tanpa kesedaran

Munazzam Di Shuúnih

– tertib segala urusan, pengurusan tidak berselerak

Nafi ‘An Li Ghayrih

– berbakti, bermanfaat kepada orang lain, berkhidmat kepada masyarakat

* Catatan kasar persidangan meja bulat MAKTAB WAP KDH

13


CABARAN HEWI MASA HADAPAN Hewi merupakan transformasi dalam gerakan yang berkembang secara sedar atau tidak, ianya kian diterima oleh masyarakat sekeliling. Namun, terdapat banyak rintangan yang perlu dihadapi oleh hewi dalam arus kemodenan ini. Hal ini termasuklah dari segi penyampaian dakwah, pergaulan dan perkembangan teknologi yang memungkinkan segalanya! “Jangan disangka tangan yang mengayunkan buaian, tidak mampu menggoncang dunia.”

Pepatah ini jelas menunjukkan bahawa kaum hawa merupakan

teras gerakan dalam

dakwah yang meringankan beban kaum adam dalam berdakwah. Meskipun begitu, peranannya kurang diambil kira dan dipandang rendah kerana sifat wanita yang lemah dan beremosi yang menyumbang kepada penurunan peratus kepercayaan masyarakat terhadap kaum ini. Namun begitu, jangan terpedaya dengan sifat kaum hawa yang lemah dan lembut kerana di sebalik itu, mereka merupakan tunjang dan teras dalam gerakan! Skop tugas kaum hawa disempitkan dan diletakkan dalam skop yang kecil dan terhad. Contohnya, kaum hawa ini kerjanya hanya memasak, menjaga anak dan basuh baju. Keupayaannya hanya diterhadkan kepada tugasan-tugasan di rumah sahaja dan jarang sekali berpeluang untuk berjuang

demi agama. Sedangkan, kaum

penting dan pelengkap dalam jalan dakwah

ini sebenarnya merupakan aset

ini. Hal ini merupakan salah satu cabaran yang

perlu ditempuhi oleh kaum hawa dalam arus kemodenan ini. Antara cabaran-cabaran hewi pada masa

lain

hadapan adalah mahasiswa/wi yang bersikap ‘tidak peduli’ mengenai isu-isu

semasa yang berlaku di sekeliling mereka. Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada berlakunya sikap ‘tidak peduli ini’. Antaranya adalah :1. Berada di zon selesa Mahasiswa sering menggunakan alasan mereka terlalu sibuk belajar, tiada masa untuk mengikuti apa-apa aktiviti dan persatuan di Universiti atas alasan penglibatan dalam persatuan tidak memberikan sebarang kelebihan kepada diri mereka sendiri dan buang masa. Tetapi kasihan, mereka mempunyai masa pula untuk berhibur. Hal ini amat membimbangkan kerana mahasiswa kini lebih selesa duduk di dalam zon selesa di mana mereka tidak endah mengenai isu-isu semasa yang berlaku di sekeliling mereka. Malah, ada yang berpendapat bahawa melibatkan diri dalam berpersatuan samalah seperti melibatkan diri dalam politik. Mahasiswa merupakan golongan yang berilmu dan berpendidikan tinggi, ilmu yang diperolehi di Universiti tidak seharusnya di sia-siakan dengan

menghabiskan masa dengan bermain

permainan yang ada di dalam telefon bimbit pintar

atau hanya digunakan untuk menjawab

soalan peperiksaan sahaja!

HAL EHWAL WANITA ISLAM (HEWI)

14


Mereka perlu sedar bahawa peranan mereka sebagai pelajar bukan hanya di Universiti, tetapi juga untuk dimanfaatkan kepada masyarakat. Oleh itu, mahasiswa tidak boleh bersikap acuh tak acuh dan lepas tangan dalam apa jua isu yang berlegar di sekeliling mereka. Perkara ini bukan sahaja berlaku di kalangan mahasiswa, malah juga berlaku di kalangan mahasiswi. 2. Tenggelam dengan hiburan Hiburan kini umpama barah atau wabak yang boleh menyerang sesiapa. Lebih parah lagi jika yang diserang itu adalah golongan agamawan. Apabila mahasiswa leka dengan hiburan, musnahlah harapan ummah. Hiburan sebenarnya menutup mahasiswa dari berfikir secara waras, matang dan rasional. Hiburan menjadikan mahasiswa memandang isu-isu semasa hanyalah perkara normal, yang akan berlalu dan berputar mengikut edaran zaman, tanpa menyedari isu-isu itu juga sebenarnya akan mencorakkan diri dan keperibadiannya. 3. Sistem pendidikan yang tidak membantu Tidak dinafikan sistem pengajian kini lebih maju dibandingkan dengan ratusan tahun dahulu. Namun peliknya mengapa kita masih gagal melahirkan ulamak sehebat ulamak dahulu sedangkan institusinya masih sama. Ringkasnya, sistem pendidikan kita kini telah mengalami perubahan yang merugikan. Kita didoktrinkan untuk belajar kerana sijil, malah ditawarkan dengan pekerjaan yang membolehkan kita tidak beramal dengan ilmu dan pelbagai kepincangan lagi. Malah kadangkala manhaj di universiti bertentangan dengan prinsip Islam. Keadaan ini sebenarnya memaksa kita mahasiswa keluar dari budaya ‘disuap’. Kita sewajarnya berdikari dan rasa bertanggungjawab untuk mengumpul sebanyak mungkin ilmu walaupun tidak dimasukkan dalam silibus pengajian universiti. Ilmu-ilmu tambahan inilah biasanya lebih banyak membantu kita mendepani isu semasa. Demikianlah, kaum hawa sepatutnya menyedari waktu yang dimilikinya hanya dua puluh empat jam sehari sedangkan kewajipan yang mesti ditunaikan semakin menggunung. Oleh kerana itu, hewi perlu bergerak dengan lebih agresif

serta mencari inisiatif dan idea untuk menarik

mahasiswa/wi untuk terlibat dalam gerakan dan menyelesaikan masalah-masalah yang pastinya akan bertambah dari semasa ke semasa. Moga hewi terus kuat dan semangat!

Disediakan Oleh : Siti Nur-Alia Binti Che Burhan Setiausaha PKPIM UNISEL BJ Diploma Tesl

15


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.