PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM) UNISEL BJ
RISALAH TARBAWI HIDUB BIAR BERJASA | EDISI 3 | 21 APRIL 2015
HADIS KE-3 : RUKUN ISLAM DAN TUNGGAKTUNGGAK ASASNYA Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah Ibn Umar Ibn Al-Khattab, beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Islam itu terbina atas lima perkara iaitu naik saksi mengaku bahawa sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Muhammad itu adalah Utusan Allah, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, mengerjakan haji ke baitullah dan menunaikan puasa pada bulan ramadhan. [Riwayat Al-Bukhari & Muslim] Penerangan Hadis 1] Islam dibina di atas lima rukun. Sesiapa yang mengingkari salah satu darinya maka ia bukanlah muslim dalam erti kata yang sebenarnya. Lima perkara tersebut menjadi tiang dan pasak binaan islam. Jika tidak, sudah pasti binaannya tidak kukuh. 2] Pengertian kalimah syahadah “Lailaha illallah ialah tiada tuhan yang disembah melainkan Allah. Pengertian Muhammad adalah pesuruh Allah ialah taat kepada perintahnya, mengakui kebenaran yang disampaikannya, menjauhi perkara larangannya dan beribadat kepada Allah mengikut ketetapan syariat.
TAFSIRAN HADIS 40
3] Seseorang tidak dikira menganut islam melainkan dengan ucapan kalimah syahadah. Terdapat tujuh syarat membuktikan pengucapan kalimah ini berguna iaitu berilmu tanpa jahil, yakin tanpa ragu, patuh tanpa ingkar, ikhlas tanpa syirik, benar tanpa dusta, kecintaan keranaNya dan bermusuhan keranaNya. 4] Solat adalah rukun islam yang terbesar selepas ucapan kalimah syahada. Selain itu, rukun islam merangkumi memberi zakat kepada orang yang berhak, puasa dibulan Ramadhan, dan menunaikan haji di Baitullah. 5] Terdapat persoalan mengapakah tidak disebut jihad sedang ia adalah amalan yang paling afdal? Jawapannya ialah jihad adalah fardu kifayah. Ia hanya menjadi fardu ain waktu tertentu sahaja.
Disediakan Oleh : SAUDARI AZMAH BINTI AEDE TIMBALAN BENDAHARI PKPIM UNISEL BJ
1 Pkpimuniselb@gmail.com
pkpimuniselbj.blogspot.com
Pkpim Uniselbj
PENERIMAAN WAHYU Ketika usia Baginda mencapai genap empat puluh
tahun
yaitu
usia
yang
melambangkan kematangan dan ada riwayat yang menyatakan bahawa diusia inilah para Rasul
diutus
tanda-tanda
nubuwwah
(kenabian)
sudah
tampak
dan
mengemuka,
diantaranya; adanya sebuah batu di Mekkah yang mengucapkan salam kepada beliau, terjadinya Ar-Ru’ya Ash-Shadiqah (mimpi yang benar) yang datang berupa fajar subuh yang menyingsing. Hal ini berlangsung hingga enam bulan masa kenabian berlangsung selama dua puluh tiga tahun dan Ar-Ru’ya Ash-Shadiqah ini merupakan bahagian dari empat puluh enam tanda kenabian. Sewaktu Baginda di dalam Gua Hira’ maka datang kepadanya Malaikat, lalu ia berkata: Iqra’! (Bacalah). Berkata Junjungan: Ma Ana biqari’ (Tiada aku pandai membaca). Bercerita Junjungan: “Kemudian Jibril mengambil (menarik) akan daku maka dipeluknya kuat-kuat hingga terasa kepadaku kesungguhannya kemudian dilepaskan aku, lalu ia berkata: Iqra’! (Bacalah). Maka Aku berkata: Ma Ana biqari’ (Tiada aku pandai membaca), kemudian diambilnya aku lalu dipeluknya ketat-ketat kali yang kedua hingga terasa kepada aku kepayahan kemudian itu dilepaskan aku dan dia berkata: Iqra’! (Bacalah), maka berkata aku: Ma Ana biqari’ (Tiada aku pandai membaca), setelah itu rnengambil ia akan daku buat kali yang ketiganya lalu dipeluknya sungguh-sungguh hingga terasa aku eratnya kemudian dilepaskannya aku, maka ia berkata: Pulanglah Baginda dengan ayat-ayat itu dan hatinya gementar, lalu rnasuklah baginda ke rumahnya. Maka Khadijah binti Khuwaiid seraya berkata: (Selimutkanlah aku! selimutkanlah aku!) maka diselimutkan akan dia hingga hilang daripadanya rasa ketakutan kemudian berkata ia kepada Khadijah setelah khabar itu: “Sesungguhnya aku takut (ke atas diriku) lalu Khadijah pun berkata kepadanya “Tidak sekali! demi Allah, tiada dihinakan engkau selamanya kerana engkau sebenarnya mempunyai rahim (kasih sayang), dan engkau mernikul bebanan dan engkau berusaha terhadap orang yang tiada (orang susah) dan engkau menjamu tetamu dan engkau menolong atas menolak baja.”
FIQH SIRAH
2
KUPASAN BUKU
Tajuk Buku : Risalah Untuk Kaum Muslimin Pengarang : Professor Syed Muhammad Naquib al-Attas Genre
: Agama dan Falsafah
ISBN
: 983-9379-18-6
Cetakan
: Institut Antarabangsa Pemikiran Dan Tamadun Islam (ISTAC)
Menanggap kondisi kaum muslimin dewasa ini dalam perspektif yang holistik dan komprehensif bukan suatu perkara mudah. Lebih-lebih lagi, usaha ini menuntut kepada disiplin pengamatan yang tinggi dan pemahaman mendalam tentang weltanschauung; pandangan alam atau tasawwur (worldview) tentang hidup dan kehidupan. Inilah antara keistimewaan pencetus karya ini, Professor Syed Muhammad Naqib alAttas (al-Attas); tokoh pemikir, seniman akal budi nan gemerlapan. Cetusan-cetusan pemikiran tokoh ini yang pada asalnya merupakan kata lisan, kata-kata nasihat dan pandangannya, dicatat dalam bentuk tulisan ringkas yang kemudiaannya ditaip dan naskah asal yang lengkap akhirnya diterbitkan oleh Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (ISTAC) pada tahun 2001 untuk tatapan umum setelah hampir 30 tahun berlalu ia dirakamkan (tahun 1973-74). ‘Risalah Untuk Kaum Muslimin’ (Risalah) merupakan sebuah karya berkonsepsi warkah atau risalah (surat); menyelami penderitaan kaum muslimin, bukan derita fizikal, akan tetapi derita jiwa akibat kekeliruaan diri yang berakar daripada penyelewengan dan salah faham tentang Islam dan pandangan hidup. Risalah ini sememangnya penting dan wajar dijadikan santapan akal bagi yang berhajat mengislah diri dan masyarakatnya, bukan sahaja bagi bangsa ini (Melayu Nusantara), bahkan Muslimin sedunia kerana permasalahan yang yang terhurai di dalamnya (Risalah) itu berkenaan masalah kekeliruan mendalam yang sama dideritai oleh kaum muslimin di serata dunia.
3
Gaya penyampaian dalam bentuk perbandingan antara tamadun Islam dengan Tamadun lain khususnya Barat telah berjaya mengetepikan hegemoni Tamadun Barat yang diagung-agungkan itu daripada tetapan minda (mind setting) pembaca. 74 perenggan yang merangkum perbahasan dan hujah, yang disandarkan kepadanya dalil-dalil akliah (lojik) dan nakliah (al-Quran dan as-Sunnah) yang termuat dalam Risalah ini perlu diteliti dan ditekuni tanpa terlepas pandang walau satu pun ayat kerana kesinambungannya yang merantai. Professor Syed Muhammad Naquib al-Attas (al-Attas) telah berjaya menggarap permasalahan ummat dengan begitu baik serta menyantuni semua aspek kehidupan dan ketamadunan sesuai denagn konsep pandangan alam Islami. Pandangan dan tilikannya bersifat malar hijau; bernas dan tetap releven merentasi zaman. Menurut al-Attas, tindanan masalah dan kerumitan jiwa orang Islam sekarang adalah sebenarnya akibat tiga aspek yang saling berpautan ; akibat kejatuhan maruah diri dan kedangkalan ilmu dan akhirnya kekurangan iman (rujuk perenggan dua). Islam pada hakikat batinnya tiada tersentuh oleh pencabulan masa dan kekaburan ataupun perubahan seperti yang telah berlaku pada agama dan falsafah yang lain. Akan tetapi pada hakikat zahirnya Islam itu ditayang kepada dunia oleh penganutnya. Al-attas mengumpamakan penganut agama Islam seumpama ‘cermin bidal tamsil’ yang menangkap sinar mentari Islam yang terang benderang itu. Namun cermin yang kusam dan kelam dikabuti debu tetap tak dapat memantulkan sinaran cahaya benderang yang dipancarkan kepadanya. Bagi yang jahil dalam kalangan manusia maka akan terungkaplah dalam persepsi akliah mereka bahawa cahaya benderang (Islam) itulah yang kotor dan kusam, bukannya cermin (segelintir penganut agama Islam). Kekeliruan dan tanggapan palsu ini memang nyata ada dan berjaya mengecutkan hati Muslimin yang lemah dan menggoncang imannya. (Rujuk perenggan 3)‌
Oleh : Saudara Mohammad Fazril Bin Mohd Saleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia fazrilsaleh@yahoo.com
4
ILMU TAJWID
Bahagian Waqaf dan Ibtida'
BAHAGIAN WAQAF Pengertian menurut bahasa ialah berhenti atau menahan. Manakala menurut istilah ilmu tajwid ialah menghentikan bacaan dengan cara memutuskan suara di akhir perkataan sekejap untuk bernafas dengan niat akan menyambung bacaan semula. Terbahagi kepada empat iaitu : 1. Ikhtiarii
2. Idh-Tirorii 3. Intizhorii
4. Ikhtibarii
1. Ikhtiarii Ertinya waqaf pilihan yang dilakukan oleh pembaca Al-quran tanpa sebarang sebab yang tertentu. Hukumnya adalah harus waqaf pada mana-mana tempat yang dibolehkan dalam kaedah waqaf. Pembaca harus memilih untuk waqaf pada “Al-Alamin” kerana ayat yang dibaca telah sempurna lafaz dan maknanya. Contohnya,
2. Idh-Tirorii Ertinya waqaf terpaksa yang dilakukan oleh pembaca Al-quran kerana kehabisan nafas, terbersin, menguap dan sebagainya. Hukumnya ilah harus berhenti kerana dengan memilih kalimah-kalimah yang tertentu untuk diwaqafkan, kemudian menyambung semula bacaan dengan menjaga ibtida’ (memulakan bacaan) dengan betul. Maksud menjaga ibtida’ dengan betul yang pertama dimulakan bacaan selepas berhenti pada kalimah-kalimah yang sebelumnya jika maknanya berkaitan. Yang kedua, terus sahaja dimulakan pada kalimah yang selepasnya jika maknanya tidak berkaitan. Contohnya,
3. Intizhorri Ertinya waqaf tangguh yang dilakukan oleh pembaca Al-quran kerana membaca dengan cara Qira’at yang lain daripada Qira’at yang diterima. Hukunya adalah harus iaitu harus waqaf pada tempat yang dibolehkan dalam kaedah waqaf. Contohnya, seorang membaca secara berulang-ulang ditempatkan waqaf yang sama pada sesuatu ayat kerana dia mahu membaca dengan beberapa Qira’at. Contohnya,
5
4. Ikhtibarii Ertinya waqaf pengetahuan atau makluman yang dilakukan oleh pembaca Al-quran. Tujuannyauntuk menerangkan sesuatu hokum pada kalimah tersebut atau bagaimana cara untuk membunyikan bacaan tersebut. hukumnya harus iaitu harus waqaf pada tempat yang dibolehkan dalam waqaf. Contohnya,
Enam jenis waqaf iaitu Waqaf Tam, Waqaf Kafi, Waqaf Hasan, Waqaf Qabih, Waqaf Ja’iz, Waqaf Ta’anuq. a) Waqaf Tam Ertinya berhenti sempurna iaitu berhenti pada ayat yang tidak ada tergantung makna dan lafaz pada ayat sebelumnya. Dikenali juga sebagai waqaf lazim. Tandanya ialah mim ( ) مـ. Contohnya,
َعون َ َى يَ ْب ُ ج ِ م إِلَ ْي ُ م ِ َّ يب ال َ ه ُي ْر َ عونَ ۘ َوا ْل َ س َ ذ َ َّ إِن ُ َّم الل ْ َين ي ِ س َت ْ َما ي َّ ه ُث ٰ م ْوت ُ ع ُث ُه ُ ج b) Waqaf Kafi Ertinya berhenti memadai atau mencukupi iaitu menghentikan bacaan pada rangkai kata yang sempurna dari segi lafaznya tetapi maknanya masih terikat dengan kata-kata yang berikut. Tanda ( ) قلى iaitu berhenti bacaan padanya adalah lebih utama. Contohnya,
Waqaf ini di tandai pada Al-Qur'an dengan tanda ) ( صلىatau ( ج
Waqaf Qabih
6
c) Waqaf Hasan Ertinya berhenti elok atau baik iaitu menghentikan bacaan pada rangkaikata yang sempurna makna pada dirinya, tetapi makna dan lafaznya masih terikat dengan kata-kata yang berikut. Tanda ( )صلىiaitu menyambung bacaan terus adalah lebih utama. Contohnya
سك َ ش ْ س ْ س ُ ِسكَ هللا ُ ب َ ف لَهُ إِالَّ هُو صلى َوإِنْ يَ ْم َ َوإِنْ يَ ْم ِ َ ض ٍّر فَالَ كا )71 َي ٍء قَ ِد ْير( األنعام ْ بِ َخ ْ لى ُك ِّل ش َ ير ٍٍ فَ ُه َو َع Maka, waqaf pada kata ) ( هوwaqaf hasan, tetapi washal atau diteruskan lebih utama, karena adanya keterkaitan dengan kata sebelumnya. Baik untuk berhenti pada waqaf ini, apabila kata terdapat pada akhir ayat, Kemudian memulai dari ayat selanjutnya. Waqaf ini terkadang telah ditandai pada Al-Qur'an dengan tanda ) ( صلىatau ) ( ج, dan waqaf ini terdapat diantara na'at ) (نَ ْعتdan man'ut )ت ُ ( َم ْن ُع ْوdan juga di antara mustatsna ) س َت ْث َنى ْ ( ُمdan mustatsna minhu ) س َت ْث َنى ِم ْن ُه ْ ( ُم. d) Waqaf Qabih Ertinya berhenti tidak elok iaitu menghentikan bacaan pada rangkaikata yang tidak sempurna maknanya kerana makna dan lafaznya tereikat dengan kata-kata berikut. Tanda ( )الiaitu tidak elok berhenti bacaan padanya. Contohnya,
Waqaf pada ُُ مد ِ م ُدلِل َ الdi dalam kata ه َ ال ْ ح ْ ح e) Waqaf Ja’iz Ertinya berhenti harus iaitu menghentikan bacaan pada rangkaikata yang tidak sampai merosakkan maknanya. Tanda ( )جiaitu harus berhenti padaanya ataupun terus menyambungkan bacaannya. Contohnya,
BAHAGIAN IBTIDA’ Pengertian dari segi bahasa ialah permulaan. Manakala dari segi istilah ilmu tajwid adalah memulakan bacaan setelah tamat mengakhiri bacaan atau baru hendak memulakan bacaan al-quran biasanya memulakan bacaan dari awal surah atau awal ayat atau menyambung bacaan setelah memberhentikan bacaan untuk bernafas sama ada di akhir ayat atau di pertengahan ayat. Terdapat dua bahagian iaitu Ibtida’ Jaiz dan ibtida’ qabih.
7
I.
Ibtida’ Jaiz Memulakan bacaan dari rangkaikata yang sempurna makna yang dikehendaki Allah s.w.t. imam
ibnu al-Jazari berkata dalam kitabnya al-Nasyr : setiap yang harus berhenti bacaan di atasnya harus memulakan bacaan dengan selepasnya. Ibtida yang diperbolehkan dengan cara memulai pada kata yang mengantarkan pada kesempurnaan makna sebagaimana yang dimaksud. Ibtida ghairu jaiz iaitu Ibtida yang tidak diperbolehkan kerana memulakan pada kata yang menyebabkan rusaknya makna kalimat yang dibaca. Contohnya,
َ ين َ ك َ َد م َ َّقالُوا إِنَّ الل ِ م ِ َّف َر ال ْ لَق َ َم ْري َ ن ُ س َ و ا ْل َ ُه ه َ ذ ُ يح ا ْب Sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata, ‘Sesungguhnya Allah itu ialah al-Masih putera Maryam.’ (QS. Al-Maidah: 17) II.
Ibtida’ Qabih Memulakan bacaan dari rangkaikata yang tidak sempurna maknanya seperti merosak atau
menimbulkan keraguan terhadap maksud ayat, kerana makna dan lafaznya. Contonya, ibtida’ Qabih pada bacaan ه إِ ََّّلهللا َ ََّل إِ ٰلyang ertinya, tidak ada tuhan.
Disediakan Oleh : Saudari Hazirah Binti Muhammad Rosli ISM Pendidikan Awal Kanak-kanak Bendahari PKPIM UNISEL BJ
8
Today’s Idiom By : Balqis Hannah
Beat around the bush If you beat around the bush, or beat about the bush, you don't say something directly, usually because you don't want to upset the person you're talking to. It is how to fail to come to the important point about something; It come from the idea of a hunted animal hiding in a bush while the hunter is too timorous to follow it in there. It is often motivated from a desire not to speak frankly about the subject, either because the subject is taboo, it's impolite to bring it up directly, or the conversation is perceived likely to be painful. Usually, politicians often beat around the bush. They talk a lot but say little. For example, we can use it when we notice someone is not telling the truth . "Why don't you just come out and say what you want to say? Stop beating around the bush."
ENGLISH SECTION 9
SOMBONG KAH AKU !!! Setiap hari rutin budak universiti macam aku ini benda sama je berlaku hari-hari. Pergi kuliah, kafe, balik asrama, program luar dalam. Aku tengok kawan-kawan aku syok sangat kalau berborak dengan kawan lelaki dalam kelas. Bergelak tawa aku tak tahu apa yang diborakkan. Aku? Ah tak da masa aku. Masa tu aku agak berhati-hati dalam pergaulan aku. Sampai ada budak lelaki kelas aku tak kenal aku. Tak tahu nama aku bla bla bla‌ Korang boleh bayang satu kelas, buat presentation setiap subjek tapi tak kenal? Macam nonsense je kan? Tapi itulah. Aku agak kecoh atau banyak cakap dengan kawan-kawan perempuan. Kalau buat lawak mengarut, akulah tu. Aku suka buat orang gelak. Aku pun suka buat orang menangis. Haha.. Takdelah.mengarut je nangis tu. Satu hari,budak perempuan ni panggil aku suruh tolong bagi nota kuliah kat sorang mamat ni. Orang mintak tolong aku buat jela. Aku bagi pastu aku blah. Tak tahu aku nak caakp ape. Terkial-kial mamat tu dapat nota. Tak tahu dari ceruk mana aku datang pastu bagi nota dan pergi camtu je. Then, budak lelaki kalau cakap dengan aku mesti ada benda penting.Takda benda penting memang tak jumpe la. Nak cakap dengan budak “bajekâ€? ni? Memang takla.nak panggil pun tak tahu nama.haha‌ Tapi aku tengok 100 percent boleh je borak dengan perempuan lain. Siap gelak gila-gila lagi.takut aku tengok.kalah langsuir kat atas pokok tu.mahu je aku jerit panggil balik sebab tak tahu malu bergelak dengan lelaki .Hey laa budak perempuan sekarang ni. Aku pelik, kenape budak lelaki cakap dengan aku sekadarnya saja tapi dgn budak perempuan lain tak? Seronok je aku tgk diaorang berborak. Mesej lagi la. Siap emoji macam-macam lagi. yg couple tu tolak tepi.Yang tu malas aku nak cerite.buat habis air liur aku je.
RENUNGAN DIRI
10
Aku teringat seorag akak penah cakap kat aku dulu. "Budak lelaki ni dia cakap dengan kita ikut cara kita cakap dengan dia. Kalau kita gedik, dia pun tergedik-gedik cakap dengan kita. kalau kita jenis cakap benda yang patut je, dia akan cakap benda yg patut je" Baru aku faham. tapi kadang-kadang aku pernah terfikir, ada tak budak lelaki cakap aku sombong? Setakat ni aku tak pernah dengar lagi ada budak lelaki cakap aku camtu. Ada aku kesah? Aku rasa better orang cakap aku sombong dari orang cakap aku gedik ataupun perempuan murah. W0oo! Apasal tetibe murah? Agak-agak la beb. Kau nak tahu sebab apa? Sebab perempuan mahal takkan layan budak lelaki mudah je beb. Aku bukan nak berlagak tapi aku boleh cakap kat korang aku tak pernah mesej lelaki kalau tak ada urusan yang betul-betul penting. Mesej meleret-meleret memang tak la nampak sangat gedik kalau mesej meleret atau mengada yg macam nak melanjutkan lagi conversation. Contoh: "Belom siap lagi laa.." Dah apasal korang nak gedik sangat buat ayat camtu? Geli tahu dok? Tolong la berhenti kalau pernah buat camtu.gugur jantung lelaki tu pastu mati, korang nak tanggung? Tak lah kan. So, behave ye perempuan-perempuan semua. Korang bukan sombong atau tak laku kalau lelaki tak berapa cakap or berborak dengan korang.Tapi korang sebenarnya sangat-sangat menjaga hati dan iman korang.Tahniah dan syabas aku ucapkan. Opss ! bukan hanya menjaga iman dan hati korang je tapi menjaga hati dan iman orang yg korang bercakap tu. Waa..so sweet tak payah nak bersawit-sawit sangat la. Korang bukan perempuan hina, tapi korang pompuan mulia. Korang bukan perempuan murah, tapi korang permata yg mahal.
11
Jangan pernah rasa kalian seorang yang terpinggir kerana korang sebenarnya seorang yang benarbenar disayang Rasulullah SAW. Korang nak apa lagi perempuan oii? Zaman jahiliyah dulu perempuan ni sebagai pemuas nafsu je. Ditindas la, itu la ini laa. Tak kurang dari sampah je. Hina.kotor. Sekarang ni, perempuan ni dah istimewa.kedatangan nabi menaik taraf status perempuan tu sendiri. Islam sangat-sangat melindungi perempuan sangat-sangat sayangkan perempuan, sangat-sangat jaga maruah perempuan sangat-sangat pelihara hak-hak perempuan. Tapi, perempuan sendiri yang merendahkan maruahnya. Orang tak paksa tapi sendiri rela. sedih nabi dengan perempuan camni. susah payah letih nabi dulu tak ada mensyukuri dan dikenang, lagikan mahu ditendang jauh-jauh. Umat sekarang. Perempuan itu sendiri yang sebarkan aib diri perempuan itu sendiri. Jatuhkan maruah sendiri.semua dengan sendiri. bukan tak tahu cuma tak sedar. nafsu dah merasuk tahap 4. Kalau kanser tahap 4 tu tunggu masa nak mati. Aku perempuan , aku tulis ni untuk perempuan. Sama-sama kita jaga perangai kita. aku perempuan biasa. tak berpurdah pon, tak bertudung labuh bulat pon. bukan hafizah langsung. Sayanglah diri korang. Sayang lah mak ayah korang. Sayanglah nabi kita. Sebelum buat sesuatu, pikir dulu. betul ke aku buat ni? Allah redha tak? Jatuh maruah aku tak? Nak buat urusan kerja, tak salah.cuma kena jaga dari segi pergaulan-pergaulan. Syaitan tu tak kira warna dan rupa. Asal namanya manusia, sah-sah dia akan cocok jarum emas dia tu. Mahal tu. Kalau iman kau tak setanding mahal jarum pakcik syaitan tu, habis la kau. Hati-hati dan mahalkan diri. Salam Alaikum
12
SOLAT DHUHA : Menarik Bantuan Dari Allah SWT Solat Ddhuha mempunyai kedudukan mulia. Ia disunnahkan untuk kita mengerjakan [sejak terbitnya matahari sampai menjelang datangnya solat fardu zuhur]. Terdapat banyak keistimewaan apabila menunaikan solat sunat dhuha antaranya ialah :YANG PERTAMA : Dosa Terampun Orang yang solat Dhuha akan diampuni dosa-dosanya oleh Allah swt. “Barangsiapa yang selalu mengerjakan solat Dhuha nescaya akan diampuni dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di lautan.” (HR Tarmidzi) YANG KEDUA : Orang Bertaubat Barangsiapa yang menunaikan solat dhuha ia tergolong sebagai orang yang bertaubat kepada Allah swt. “Tidaklah seseorang selalu mengerjakan solat Dhuha kecuali ia telah tergolong sebagai orang yang bertaubat.” (HR Hakim) YANG KETIGA : Recorded sebagai orang taat Orang yang menunaikan solat dhuha akan dicatat sebagai ahli ibadah dan taat kepada Allah swt. “Barangsiapa yang solat dhuha dua rakaat, maka dia tidak ditulis sebagai orang yang lalai. Barangsiapa yang mengerjakannya sebanyak empat rakaat, maka dia ditulis sebagai orang yang ahli ibadah. Barangsiapa yg mengerjakannya enam rakaat, maka dia diselamatkan di hari itu. Barangsiapa mengerjakannya lapan rakaat, maka Allah swt tulis dia sebagai orang yang taat. Barangsiapa yang mengerjakannya duabelas rakaat, maka Allah akan membangun kan sebuah rumah di syurga untuknya." (HR At-Thabrani)
13
YANG KEEMPAT : Masuk Syurga Dari Pintu Yang Khas. Orang yang istiqamah melaksanakan solat dhuha, kelak ia akan masuk syurga melalui pintu khas, iaitu pintu dhuha yang disediakan oleh Allah swt. “Sesungguhnya di dalam syurga terdapat sebuah pintu bernama pintu dhuha. Apabila Kiamat telah tiba maka akan ada suara yang berseru, Di manakah orang-orang yang semasa hidup di dunia selalu mengerjakan solat dhuha? Ini adalah pintu buat mereka. Masuklah dengan rahmat Allah Subhanahu Wata’ala.” (HR At-Thabrani) YANG KELIMA : Dimurahkan Rezeki Allah SWT mencukupkan rezekinya. “Wahai anak Adam, janganlah engkau merasa lemah dari empat rakaat dalam mengawali harimu, nescaya Aku (Allah) akan mencukupimu di akhir harimu.” (HR Abu Darda) YANG KEENAM : Mengeluarkan Sedekah Orang yang mengerjakan solat dhuha ia telah mengeluarkan sedekah. “Hendaklah masing-masing kamu bersedekah untuk setiap ruas tulang badanmu pada setiap pagi. Sebab setiap kali bacaan tasbih itu adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, setiap takbir adalah sedekah, menyuruh kepada yang ma’ruf adalah sedekah, mencegah yang mungkar adalah sedekah. Sebagai ganti dari semua itu, maka cukuplah mengerjakan dua rakaat solat dhuha." (HR Muslim) Selain keutamaan yang sudah disebutkan di atas, masih ada keutamaan lainnya yang sayang untuk dilepaskan begitu saja. Iaitu dengan mengerjakan solat dhuha akan ada pahala besar berupa pahala seperti orang yang mengerjakan Haji dan Umrah yang diterima oleh Allah.
☺AMALAN UMAT TERBAIK YANG PASTI MENARIK PERHATIAN ALLAH SWT…
14
WARKAH PRESIDEN BUAT TEMAN-TEMAN QIYADAH DAN PARA NUQABA' "Komited dalam Melangsungkan Tarbiyah demi Kelangsungan Dakwah" Bismillahi 'r-rahmani 'r-rahim. Alhamdulillah wabihi nasta'in, 'ala umuri 'dunya wa 'd-din. Segala puja dan puji hanya kepada Allah Tuhan sarwa sekalian alam. Selawat dan salam atas Junjungan Mulia Baginda Rasulullah s.a.w, ahlul bayt dan para sahabat yang dimuliakan serta seluruh mukmin yang mengikuti jalan mereka sekaliannya. Teman-temanku sekalian, Alhamdulillah, mewakili qiyadah PKPIM pusat, saya merakamkan penghargaan dan setinggitinggi apresiasi buat seluruh pendokong gerakan dan jamaah PKPIM atas komitmen dan kesungguhan meneruskan agenda tarbiyah demi kelangsungan dakwah Islamiyah. Sesungguhnya segala usaha kalian akan kembali semula manfaatnya kepada kalian. Tahniah kepada seluruh anggota gerakan atas usaha kalian selama ini. Sahabat-sahabatku, Pelbagai isu dan permasalahan menimpa umat, sejak kebelakangan ini, baik di peringkat nasional, mahupun peringkat antarabangsa. Rakyat semakin gelisah dengan kenaikan kos sara hidup, lebih-lebih lagi menjelang 01 April ini dengan pelaksanaan GST yang sudah semestinya memberi impak kepada kehidupan rakyat seluruhnya. Isu politik nasional yang semakin memuncak dengan pemenjaraan tokoh pimpinan nasional yang berkaliber, Dato' Seri Anwar Ibrahim (DSAI) memporakperandakan negara. Bantahan demi bantahan dilakukan. Para demostran ditangkap dan direman untuk siasatan. Tindakan kasar pihak polis dalam menangani demonstran adalah sangat mendukacitakan.
15
Isu ketirisian perbelanjaan oleh pemimpin negara bukan isu baharu. Rakyat semakin hilang kepercayaan kepada kepimpinan semasa negara. Ekonomi negara semakin merudum. Nilai matawang negara jatuh dengan teruk dan hutang negara hampir mencapai tahap syiling. Tiba-tiba heboh isu pelaksanaan hudud yang mencipta polemik baharu dan pertelagahan dalam kalangan rakyat. Isu yang bangkit secara mendadak ini seakan-akan hadir menutup segala macam masalah yang datang sebelum ini. Dalam konteks antarabangsa, pergolakan di negara-negara umat Islam dilihat semakin meruncing. Empat tahun rakyat Syria berjuang membebaskan diri daripada cengkaman kuku besi pemerintah mereka. Ditambah lagi dengan kemaraan kelompok ekstremis IS yang menjadi bualan global dan memarakkan fenomena Islamofobia. Baru-baru ini pula dunia digegarkan dengan serangan tentera Arab Saudi ke atas puak Houthi yang menguasai Yaman. Semua isu ini dan banyak lagi permasalahan umat memerlukan penyelesaian yang konkrit. Betul, buat masa ini kita mungkin mampu sekadar menyuarakan keresahan, advokasi di media, berdemonstrasi dan tunjuk rasa, dan pelbagai lagi usaha yang termampu. Tetapi jangan lupa untuk memperdalam ilmu dan pengetahuan kerana masa depan negara dan dunia akan diserahkan ke tangan kita apabila sampai saatnya. Justeru, ingatlah pesan Saiyidina Umar RA. “Tafaqqahu qabla an tasudu – Tafaqqahu (menuntut ilmu) sebelum kamu memimpin.” Sahabat-sahabatku yang berjasa, Dalam usaha menguatkan tekad dan kesungguhan kita dalam perjuangan, adalah menjadi kemestian kita melakukan usaha mujahadah terhadap diri sendiri. Oleh yang demikian, “disiplin haraki” adalah suatu panduan berguna bagi kita dalam meneruskan agenda tarbiyah dan perjuangan dakwah. Disiplin haraki adalah aktiviti penghayatan kerohanian dan mutaba’ah harian yang perlu dilaksanakan oleh setiap individu yang merupakan ahli usrah dan aktivis PKPIM. Disiplin akan memberikan panduan untuk setiap anggota membangun potensi dan keupayaan diri di samping menentukan tahap kesunguhan anggota tersebut. Di sini kami gariskan empat aspek utama yang wajar untuk kita disiplinkan secara bersama :
16
i.
Aspek ibadah dan spiritualisme : Ahli usrah dan aktivis PKPIM perlu sedaya upaya memenuhi sasaran harian dalam ibadah, a) Solat berjemaah setiap waktu b) Membaca al-quran setiap hari c) Hafazan al-quran dan al-hadith Zikir mathurat pagi dan petang d) Puasa sunat sebulan tiga kali e) Qiyamullail f) Solat sunat rawatib g) Solat dhuha h) Mendengar tazkirah dan motivasi i) Bermuhasabah sebelum tidur setiap malam j) Mengikuti usrah setiap minggu
i.
Aspek keilmuan dan intektualisme : Ahli usrah dan aktivis PKPIM perlu sedaya upaya memenuhi sasaran harian dalam keilmuan : a) Disiplin membaca sejam sehari b) Menelaah dan mengulangkaji pelajaran / tugasan kerja sejam setengah sehari c) Berdiskusi dan menulis seminggu sekali d) Menghadiri majlis ilmu, kuliyah dan wacana sebulan dua kali.
ii.
Aspek kepedulian dan aktivisme : ahli usrah dan aktivis PKPIM perlu sedaya upaya memenuhi sasaran harian dalam aktivisme : a) Membaca akhbar dan isu semasa setiap hari b) Sukarela membantu orang lain setiap hari c) Bersedekah setiap hari d) Bertegur sapa dengan baik kepada jiran tetangga setiap hari e) Ucap terima kasih kepada guru dan sesiapa sahaja yang berurusan dengan kita. f) Telefon ibu ayah setiap minggu dengan kerap g) Peduli isu umat
17
Saudara-saudaraku, Menyertai PKPIM bukanlah sebuah lakonan. PKPIM adalah gerakan, sebuah organisasi perjuangan. Intima’ dengan organisasi ini adalah pilihan dan kerelaan setiap individu yang menyertainya. Dasar “tanpa paksaan” adalah suatu kebijaksanaan dan menjadi kebitaraan kita selama ini. Cita-cita kita adalah untuk membina pimpinan-pimpinan umat dalam pelbagai peringkat dan sektor. Oleh yang demikian, model ‘mahasiswa bitara’ menjadi kayu ukur kepada keberkesanan pembinaan pelapis kepimpinan umat masa depan. Empat “Lingkung Kebitaraan” harus menjadi indicator dalam setiap aktiviti dan kegiatan harian kita, juga menjadi indicator dalam perencaan program-program yang bakal kita laksanakan. Justeru, sewajarnya apabila seorang pelajar Islam menyertai PKPIM, akan mengambarkan kepada beliau prospek “kemenjadiaan” beliau pada masa depan. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, menyertai PKPIM bukan seperti sebuah pentas penggambaraan wayang untuk lakonan mahupun drama. Penyertaan ini adalah “real”. Justeru, setiap ahli/anggota PKPIM perlulah secara serius melaksanakan disiplin haraki (seperti tang dinyatakan di atas), bukan sekadar menanti program. Ayuh sama-sama kita mengangkat gagasan "Mahasiswa Bitara", bukan sekadar laungan dan slogan tetapi sebagai suatu fikrah yang memandu rutin harian dan aktiviti berkumpulan kita. Gagasan Mahasiswa Bitara mensasarkan pembinaan mahasiswa yang kompetens dan punya daya kepemimpinan yang berkualiti. Kepemimpinan bukan sekadar melihat kepada aspek karismatik seseorang, malah ia menjangkau lebih daripada itu. Kepemimpinan yang benar- benar berkualiti adalah kepemimpinan yang didasari oleh nilai-nilai murni yang kudus. Justeru, PKPIM meyakini bahawa kepemimpinan adalah suatu gerak daya atau proses ‘sanctified trust’ atau ‘pengkudusan kepercayaan’ yang disulami dengan niai-nilai seperti integriti, kebebasan dan keadilan. Kebanyakan pemimpin naik ke teraju kepimpinan tanpa mengetahui dan menyedari peranan sebenar seorang pemimpin serta nilai-nilai yang patut dianutinya. Mereka bertindak cuma berdasarkan apa yang mereka percaya mereka boleh lakukan ketika memegang autoriti; mungkin mereka berbakat dalam pengucapan awam, mampu berpidato dengan hebat tapi terkadang cuma laungan kosong dan angan-angan yang akhirnya langsung tak menampakkan hasil kejayaan kepimpinannya.
18
Akan tetapi, hakikatnya pemimpin yang berkesan bermula dengan menanyakan dirinya tentang watak kepimpinan yang bagaimana sewajarnya dibentuk. Kepimpinan yang berkesan memberi fokus kepada pembinaan watak kepimpinan; kesedaran tentang nilai dan prinsip yang dipegang dan dianuti. Saudaraku yang komited, "Ya Allah Ya Tuhan Kami, sesungguhnya Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi-Mu, bertemu dengan ketaatan kepada-Mu, bersatu dengan berjanji- setia untuk memperteguh syariat-Mu, maka teguhkanlah ikatan hati-hati kami ini, ya Allah." Segala usahamu hari ini pastinya tidak sia-sia. Teruskan berjuang, berkhidmat, berbudi, berbakti dan berjasa!
Hidup Biar Berjasa
MOHAMMAD FAZRIL BIN MOHD SALEH Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) 29 Mac 2015/ 09 Jamadilakhir 1436H
19