Risalah tarbawi edisi 4

Page 1

PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM) UNISEL BJ

RISALAH TARBAWI HIDUB BIAR BERJASA | EDISI 4 | 1 JUN 2015

TAFSIRAN HADIS 40

HADIS KE-4 : MANUSIA AWAL DAN AKHIRNYA

Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn Mas’uud r.a beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda dan baginda adalah seorang yang benar lagi dibenarkan (iaitu dipercayai):

sesungguhnya

setiap

orang

dikalangan

kamu

dihimpunkan

kejadiannya dalam perut ibunya 40 hari berupa air mani, kemudian segumpal darah selama tempoh yang sama, kemudian menjadi seketul daging selama tempoh yang sama, kemudian dikirimkan kepadanya seorang malaikat lalu dia menghembuskan padanya roh dan dia diperintahkan dengan 4 kalimat iaitu untuk menulis rezeki, ajal, amalan, dan adakah dia celaka atau bahagia. Demi Allah yang tiada Tuhan melainkanNya, sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli syurga, sehingga jarak antaranya dan syurga tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli neraka lalu dia memasuki neraka. Dan sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli neraka tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli syurga lalu dia dimasukkan ke dalam syurga. [Riwayat Bukhari dan Muslim]

1 Pkpimuniselb@gmail.com

pkpimuniselbj.blogspot.com

Pkpim Uniselbj


Pengajaran Hadis :1- Kejadian manusia yang unik menunjukkan kekuasaan Allah SWT mencipta makhlukNya, seterusnya menjadi dalil bahawa hanya Dialah Tuhan yang berhak disembah. Kejadian manusia mesti menjadi renungan manusia yang berakal kerana kejadiannya yang teramat indah dan unik ini tiada tolok bandingnya, manusia tidak mampu mencipta manusia atau robot bernyawa dan berakal fikiran. 2- Proses kejadian manusia yang berperingkat-peringkat ini telah diceritakan oleh islam melalui al-Quran dan hadis Nabi semenjak 14 kurun lampau, tetapi manusia baru benar arif tentang proses ini dizaman kemajuan sains. Ini adalah bukti yang jelas bahawa Allah SWT yang mencipta makhluk ini, dia jugalah yang Maha mengetahui rahsia kejadian mereka. 3- Amalan terakhir manusia adalah faktor penentu kepada nasibnya yang kekal abadi diakhirat. Boleh jadi dia sangat baik di sepanjang hayat, tetapi disaat terakhir dia melakukan perbuatan ahli neraka, iaitu maksiat lalu dia mati dan mendapat balasan neraka dan begitulah sebaliknya. 4- Empat ketentuan hidup manusia telah ditetapkan oleh Allah SWT semenjak manusia belum lahir ke bumi. Rezeki, ajal, kematian, amalan dan nasibnya sama ada dia akan menjadi seorang yang susah atau senang.

Disediakan Oleh : Saudari Azmah Binti Aede Timbalan Bendahari PKPIM UNISEL BJ

2


PERINGKAT SERUAN SECARA SULIT DAN SECARA TERANG-TERANGAN Secara Sulit Nabi Muhammad SAW telah memulakan tugas yang telah dipertanggungjawabkan ke atas baginda iaitu berdakwah secara sulit, menyeru manusia Arab supaya menyembah Tuhan yang Maha Esa dan menyingkirkan penyembahan berhala. Ianya dijalankan secara sulit agar kafir Quraisy tidak terperanjat dengan seruannya ini kerana mereka semua terlalu fanatik dengan penyembahan berhala. Sebagai langkah pertama diajaknya mereka yang karib dengan baginda sahaja atau mereka yang kenal dan rapat dengan baginda. Diantara mereka yang mula-mula menyahut seruan Baginda ialah Sayyidina Khadijah Ra, Ali Bin Abi Talib, Zaid bin Harithah orang suruhan dan anak angkatnya, Abu Bakar bin Quhafah, Uthman bin Affan, Al-Zubair bin Awwam, Abdul Rahman bin Auff, Saad bin Abi Waqqas dan mereka yang lain RA. Secara Terang-terangan Pada awalnya Rasulullah berdakwah secara sulit selama tiga tahun. Sehingga turunya ayat Al-Quran di bawah (Yunus Ali Al-Muhdhorihal 97). Yang bermaksud: “Maka sampaikanlah oleh segala apa yang diperintahmu secara terang-terangan kan dan berpalinglah dari orang-orang yang musyrik. ” Dan firman Allah lagi yang berbunyi: “Dan berilah peringatan kepada kerabat-kerabatmu yang terdekat, dan rendahkanlah dirimu terhadap orang-orang yang mengikutmu iaitu orang orang yang beriman. ” Dan firman Allah lagi yang berbunyi: “Dan katakanlah ; Sesungguhnya Aku adalah pemberi peringatan yang menjelaskan. ”Maka Rasulullah pun mengumpul kaum kerabatnya yang paling hampir sambil berkata, ”Wahai Kaab bin Luai bebaskanlah dirimu daripada api neraka, wahai Bani Murran bin Kaab jauhkanlah dirimu daripada api neraka, wahai Bani Hisyam selamatkanlah dirimu daripada api neraka, wahai Bani Abdul Manaf jauhilah dirimu daripada api neraka, wahai Bani Abdul Mutallib hindarkanlah dirimu daripada api neraka, wahai Fatimah bebaskanlah daripada api neraka. Sesungguhnya aku tidak upaya hanyalah setakat menghubung tali silaturrahim yang abadi diantara kamu sekalian.

FIQH SIRAH

3


Bahagian Ketiga :

KUPASAN BUKU

ADAB-ADAB PERGAULAN DAN PERSAHABATAN DENGAN (KHALIQ) ALLAH DAN MAKHLUK. Adab Dengan Orang Alim Adab yang harus dimiliki ialah sabar, selalu santun, duduk dengan wibawa disertai kepala yang tunduk, tidak takkabur terhadap semua orang kecuali pada mereka bersikap tawadu’ dalam setiap majlis dan pertemuan, tidak bersenda gurau, menyayangi murid, berhati-hati terhadap orang yang sombong, memperbaiki negeri dengan cara yang baik dan tidak marah, tidak malu untuk mengaku tidak tahu, memperhatikan pertanyaan si penanya dan berusaha memahami pertanyaannya, menerima hujah dan mengikuti yang benar dengan kembali kepadanya manakala ia salah, melarang murid mempelajari ilmu yang berbahaya dan mengingatkannya agar tidak menuntut ilmu untuk selain redha Allah Swt, melarang murid sibuk dengan hal-hal yang bersifat fardu kifayah sebelum menyelesaikan yang fardu ain (yang termasuk fardu ain adalah memperbaiki yang lahir dan batinnya dengan takwa) serta membekali dirinya terlebih dahulu dengan sikap takwa tersebut agar sang murid bisa mencontoh amalnya, kemudian mengambil manfaat dari ucapannya. Adab Seorang Murid Adab yang harus dimiliki oleh seorang murid terhadap gurunya adalah mendahuluinya dalam memberi hormat dan salam, tidak banyak berbicara di hadapannya, tidak mengatakan apa yang tak ditanya oleh gurunya, tidak bertanya sebelum diberi izin, tidak mengungkapkan sesuatu yang bertentangan dengan ucapannya, misalnya dengan ber kata, “Pendapat si fulan berbeza dengan dengan ucapanmu�, tidak menunjuk sesuatu yang berseberangan dengan pendapatnya sehingga terlihat ia lebih tahu tentang yang benar daripada gurunya, tidak bertanya kepada teman duduk gurunya dalam majlisnya, tidak menoleh ke sekitarnya, melainkan ia harus duduk dengan menundukkan pandangan disertai sikap tenang dan etika sebagaimana ketika menunaikan salat. Murid juga tak boleh banyak bertanya ketika guru sedang letih. Jika guru berdiri maka sang murid juga harus berdiri untuknya, tidak diikuti dengan pembicaraan dan pertanyaan, tidak bertanya kepadanya dalam perjalanan menuju rumah.

4


Tidak berburuk sangka pada perbuatan-perbuatan yang secara lahiriah tidak bisa diterima, kerana ia lebih mengetahui rahasia dibalik itu semua. Sehubungan dengan hal itu perhatikan pertanyaan Musa a.s kepada Nabi Khidir a.s, “apakah engkau sengaja melubangi perahu itu untuk menenggelamkan

penumpangnya? Sungguh kamu telah melakukan kesalahan yang besar� (Q.S al-Kahfi: 71) ia salah dalam menyikapi perbuatan Nabi Khidir a.s. sebab bersandar pada apa yang tampak secara lahir. Adab Dengan Ibu Bapa Adab seorang anak kepada kedua orang tuanya adalah memerhatikan ucapan mereka, berdiri manakala mereka berdiri, mengerjakan perintah mereka, tidak berjalan di depan mereka, tidak meninggikan suara di atas suara mereka, menyambut panggilan mereka, mencari redha mereka, merendahkan diri di hadapan mereka, tidak mengungkit amal bakti yang telah dilakukan kepada mereka, tidak menatap mereka secara tajam, tidak bermuka masam kepada mereka, dan tidak musafir kecuali dengan izin mereka. Bersambung ‌

Disediakan Oleh : Saudari Nur Alia binti Abdul Halim Bac. Environmental Science (Biodiversity & Conservation) (Hons)

5


ILMU TAJWID

Bacaan Kata-Kata Huruf Rahsia Di Permulaan Surah

Al Quran adalah suatu petunjuk daripada Allah terhadap orang-orang yang bertakwa, sesiapa saja di antara orang islam yang bertakwa maka wajib bagi mereka merujuk semua perkara dengan Al Quran, sesiapa sahaja yang membelakangkannya maka berdosalah mereka dan di akhirat akan di campakkan kedalam bakaran api neraka terutama pemerintah-pemerintah. Di dalam Al Quran yang mengandungi setiap huruf, titik dan ayat-ayat mempunyai hikmah yang tersangat besar. Setiap huruf, ayat dan titik di dalam Al Quran ada mempunyai hikmah sementara seluruh isi Al Quran itu pula mempunyai penjaganya Sesungguhnya Kami turunkan peringatan (zikra, Al Quran) dan sesungguhnya bagi Al Quran itu pula ada penjaganya (Al Hijr 9) Ayat yang di atas menunjukkan bahawa Al Quran itu ada yang menjaganya dan bukan boleh di permainmainkan, adalah berdosa besar jika kita mempersenda-sendakan Al Quran tanpa menghayatinya. Beberapa ilmuan mengatakan sebahagian huruf rahsia terpenggal dengan alat elektronik dapat menghintungkan bahawa dalam semua 29 surah itu yang diawal dengan huruf terpenggal seperti jumlah huruf-huruf terpenggal di awal tiap surah yang berada di dalam surah lebih banyak dari pada huruf-huruf lainnya di surah itu juga. Beberapa huruf rahsia yang terpenting adalah pertama, huruf-huruf yang dalam ilmu quran di sebut dengan huruf-huruf terpenggal (muqatta’at) bukanlah huruf-huruf tak berguna. Kedua, huruf-huruf itu adalah rahsia antara Tuhan dan Rasul-Nya, dan fakta ini membuktikan bahawa huruf-huruf tersebut tidak sia-sia. Ketiga, Al-Quran adalah kitab hidayah untuk seluruh umat manusia, tidak ada masalah jika seandainya sebahagian kecil dari kitab itu hanya diperuntukkan bagi hamba-hamba-Nya yang khusus. Rahsia-rahsia tersebut meskipun secara langsung tidak berguna bagi kehidupan umat manusia saat ini, namun betapa sering Rasulullah saw dan manusia-manusia suci mengambil manfaat darinya untuk memberi petunjuk kepada umat manusia

Contohnya, Huruf Sod

Qalam.( 68:1 ) dan huruf Khaf

iaitu permulaan Surah Sod ( 38:1), huruf Nun

iaitu permulaan Surah Al-

permulaan Surah Khaf ( 50:1 )

6


Today’s Idiom By : Balqis Hannah

CRYING OVER SPILT MILK This idiom means that getting upset after something has gone wrong is pointless; it can't be changed so it should be accepted. Usually this phrase is said as "it's no use crying over spilt milk," which means that getting upset over certain things, like spilled milk, is not going to fix it. There is no reason to keep complaining over the loss. Note that either of the words spilled or spilt can be used. The Oxford English Dictionary defines the phrase “it’s no use crying over spilt milk” and its many variations as meaning “it is futile to regret what cannot be altered or undone.” For example, we can use the sentence like I know you don't like your new haircut, but you can't change it now. It's no use crying over spilled milk.

ENGLISH SECTION

7


9 SEBAB-SEBAB TIDAK BAHAGIA Antara 9 sebab utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah : 1. Pemarah Sifat pemarah paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang. 2. Pendendam Sifat dendam tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung. 3. Hasad Dengki Amalannya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan. 4. Bakhil Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dan lain-lain perkara dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama). Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah, tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui manusia dipakai atau digunakan oleh kita. 5. Tamak Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut... walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis juga... lagipun org tamak selalu rugi.. Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

RENUNGAN DIRI

8


6. Tidak Sabar Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. 7. Ego Ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. 8. Riak Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah marah kalau kita riak ‌ takabbur dgn apa yg kita ada. 9. Cinta Dunia Tidak dapat menderita, ... dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. bila mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah... Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagibahagi dan akhirat dibawa mati.

Kesimpulan Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTAL nya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan tetapi ialah sifat MAZMUMAH. Makin tinggi sifar mazmumah seseorang, semakin dia tidak BAHAGIA. Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmumah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. Jadi‌ sama-samalah kita sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain... andai kita terleka dengan dunia buruklahh padahnya. Wallahualam"‌

9


JATI DIRI MELAYU DALAM CITRA KEILMUAN Bangsa Melayu lahir dari pengkisahan sejarahnya yang begitu hebat. Bangsa Melayu cukup terkenal dengan kualiti hidup berteraskan kekuatan budaya keilmuan dan ketinggian komitmen keagamaan. Tulisan Dato Dr Siddiq Fadhil dalam buku karangan beliau Islam Dan Melayu, Martabat Umat Dan Daulat Rakyat menyatakan “Andainya sumpah pahlawan ‘Takkan Melayu Hilang Di Dunia!’ mahu diletakan dalam konteks perjuangan memaknai kehidupan, maka ungkapan tersebut seharusnya dilengkapkan

dengan

menyebut

syaratnya,

“selagi

mereka

berilmu

dan

beriman!’. Inilah yang menjadi keperihatinan bersama ketika bangsa ini mengalami penjajahan yang sangat kuat daripada barat. Persoalan yang timbul mengenai jati diri Bangsa Melayu ketika dunia menyedari proses gejala globalisasi yang dianggap sebagai budaya penjajahan baru. Dalam hal ini, timbulnya pelbagai istilah seperti borderless world (dunia tanpa sempadan), global village (desa buana), global culture (kebudayaan global) dan lain-lain yang mengesankan seolaolah segalanya sudah serba global, tidak ada lagi negara nasional yang bersifat kebangsaan, tidak ada budaya tempatan serta hilang nilai jati diri bangsa. Kepesatan teknologi maklumat dan komunikasi telah dimanfaatkan sepenuhnya oleh media Barat untuk memperluas serta memperhebatkan promosi dan menjual idea dan budayanya. Bermula pada abad ke 13 masihi, rantau ini menyaksikan suatu gerakan pengislaman secara menyeluruh hingga ke pelusuk dunia. Seluruh kepulauan Melayu yang meliputi hampir seluruh lapisan masyarakat rumpun Melayu. Transformasi ini berlaku dan telah melahirkan

perbezaan

sosial

yang

baru

berasaskan

prinsip

dan

nilai

keadilan

sebagaimana yang tertulis di dalam ungkapan Raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah. Proses pembinaan watak Melayu dengan nilai-nilai baru keislaman itu terganggu dengan kedatangan kuasa-kuasa penjajah Barat mulai abad ke 16 masihi. Dengan

ancaman

penjajahan

waktu

itu

sekaligus

membangkitkan

semangat

mempertahankan jati diri keislaman dan kemelayuan. Perkembangan ini telah menjadi suatu fenomena tumpuan mengumpul kekuatan Umat Melayu menentang kezaliman dengan berperang mengangkat senjata melawan penjajah.

10


Justeru itu, orang mudalah yang harus fahami sejarah serta tidak hilang nilai jati diri Bangsa Melayu. Bukan bermakna kita memperkecilkan bangsa yang lainya akan tetapi sejarah bangsa kita serta nilai keislaman itulah yang mengangkat Karamah Insaniah (Kemulian Keinsanan). Bangsa ini mula bangkit dengan sumber rujukan dan budaya ilmu seperti pembacaan, kuliah-kuliah dan aktiviti perkumpulan organisasi. Perintah membaca merupakan kata pertama dari wahyu pertama yang diterima oleh baginda Nabi Muhammad saw. Kata ini sedemikian pentingnya sehingga diulang dua kali dalam rangkaian wahyu pertama. Mungkin

menghairankan

bahwa

perintah

tersebut

ditujukan

pertama

kali

kepada

seseorang yang tidak pernah membaca suatu kitab sebelum turunnya Al-Qur’an (Q.S. 29:48), bahkan seorang yang tidak pandai membaca suatu tulisan sampai akhir hayatnya. Suruhan membaca inilah menjadi kayu ukur terpenting dalam sejarah peradaban bangsa. Perkataan iqra’ terulang tiga kali dalam Al-Qur’an, pada surat ke-17 ayat 14 dan surat ke96 ayat 1 dan 3. Perkataan iqra’ (qoro’a) pada mulanya bererti “menghimpun”. Dalam kamus-kamus

bahasa,

dapat

ditemui

seperti

dari

kata

tersebut,

antara

lain:

menyampaikan, menelaah, membaca, mendalami, meneliti, mengetahui ciri-cirinya, dan sebagainya yang kesemuanya dapat dikembalikan kepada hakikat “menghimpun” yang merupakan erti akar kata tersebut. Disediakan oleh : MUHAMMAD FAKHRUL AMIRUDDIN BIN HAMDAN

ISM Sains (kepujian) Teknologi Industri, Fakulti Sains & Bioteknologi UNISEL

11


12


7 TIPS MOTIVASI PAGI Perkara terbaik yang anda patut lakukan di waktu pagi, adalah : 1.Bersyukur,bersyukur,bersyukur. Bersyukurlah sebab anda masih diberi peluang untuk meneruskan hidup, anda juga masih ada kesempatan untuk melakukan yang terbaik hari ini, lebih baik dari yang kelmarin. 2. Tekad Bermotivasi. Pasang niat dalam hati yang anda mahu jadi bersemangat sepenuhnya. Ambil beberapa artikelartikel motivasi pendek dan baca dalam seminit dua. Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Sebab, ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang anda dari bermotivasi sepanjang hari. 3. Dekatkan Diri Dengan Sesi Motivasi. Ikuti sesi-sesi motivasi di media, misalnya Motivasi Pagi di TV3 dan sesi motivasi Dr Izzy di Hot FM. Luangkan masa 3-5 minit memberi motivasi pada diri sendiri melalui sesi-sesi motivasi pendek ni. Motivasi harus dijaga, sebab kalau tak di jaga ia mudah turun. Kesannya, anda menjadi tidak bersemangat, lemah longlai dan lemas.

13


4. Dalam Apa Jua Yang Anda Buat, Mulakan Dengan Bismillah. Bila anda mula punch card nak masuk kerja, baca bismillah, moga anda dijauhkan dari bisikan syaitan yang membuat anda lalai, mengantuk, macam tak cukup ‘cas betri’ saja. Andai kata anda seorang pelajar, bermula dari nak masuk kelas, duduk di kerusi anda dan mula nak bukak buku, mulakan semuanya dengan bismillah. Moga apa jua yang anda lakukan mendapat keberkatan. Masuk saje ke dalam kelas, pasang niat anda mahu menuntut ilmu. Bila istiqamah melakukannya, anda punya peluang cerah untuk menjadi cemerlang! 5.Set Target Kemajuan Diri Sendiri. Ini juga kurang dititik beratkan. Bila dah keluar rumah sama ada ke kelas atau ke tempat kerja, kita tak tahu apa yang kita nak capai hari tu. Kita hanya nak sampai di sana, bekerja lepas tu nanti petang balik rumah, berehat, makan, minum, pastu tidur. Esok pagi, bangun dan perkara sama berulang lagi. Hidup anda bagai dalam 1 bulatan, situ-situ saja. Mulai hari ini, ubah sikap anda. Set target apa yang anda mahu capai, lagi best setkan untuk setiap hari. Andai anda seorang pelajar, set target berapa bab yang anda nak ulangkaji, berapa buah buku yang anda nak baca dalam minggu ni, berapa soalan anda nak bertanya pada lecturer atau guru anda nanti. Andai anda seorang usahawan, set target berapa jualan yang anda nak capai hari ini dan berapa keuntungan yang anda nak dapat hasil dari bisnes anda. Set juga apa yang anda nak pelajari hari ni dalam bidang bisnes anda. Andai anda seorang pekerja, set berapa tugas yang anda nak siapkan dan set limit masa untuk anda menyiapkan segalanya. Kecekapan seorang pekerja di nilai dari kepantasan, ketepatan dan kekemasan. 14


6.Lihat Warna Cerah. Warna boleh mempengaruhi mood. Warna cerah membuat kita jadi energetik, ceria dan penuh dengan idea. Setiap hari, lihat warna-warna yang cerah seperti kuning, merah, biru dan hijau. Cara tersebut amat berkesan sungguh! Dekatkan diri dengan benda-benda berwarna cerah sebab ia mampu merubah mood anda menjadi positif. 7.Penuhkan Hati Dengan Kemaafan. Lepaskan segala yang dulu-dulu. Maafkan orang diwaktu pagi, maafkan kesalahan semuanya dari dulu sampai sekarang. Lepaskan dendam, rasa tak puas hati, geram, sakit hati dan yang sewaktu dengannya. Andai emosi-emosi negatif ni bersarang di hati (walaupun sedikit) ia menghalang motivasi. Kesannya, anda jadi orang yang tak bersemangat langsung. Lebih teruk, anda jadi orang yang berfikiran negatif, hanya nampak yang negatif dalam diri setiap orang, setiap situasi dan setiap benda.

Anda mesti berubah untuk kemajuan diri. Berani Berubah Untuk Kecemerlangan Hidup.

15


Resepi Biskut Persahabatan Bahan- bahannya :1 sudu besar senyuman 1/2 kg senda gurau 1 gelas sayang menyayangi 1 pinggan hormat-menghormati 1 cubit faham memahami Banyakkan kejujuran dan keikhlasan Cara-caranya: ★Mula-mula buangkan segala sifat hasad dengki yang. ada pada diri anda dan bentukkan suasana harmoni. ★Masukkan ukiran senyuman ini antara satu sama lain . Perlu diingat bahawa senyuman adalah amat penting untuk mewujudkan perasaan kasih-mengasihi antara satu sama lain. ★Kemudian masukkan bersama-sama senyuman itu senda gurau dan kacau sehingga wujudnya kemesraan . Tambahkan pula kasih sayang menyayangi sehingga sebati dalam jiwa . ★Untuk menambahkan perasa persahabatan itu sesedapnya, tambahkan dahulu faham memahami secukup rasa disertai dengan kejujuran dan keikhlasan. ★Akhir sekali , hidangkan resepi ini untuk membuka selera persahabatan anda dan sekaligus persahabatan itu dapat restu dari-Nya

16


APABILA GERAKAN ISLAM TIDAK LAGI BERGERAK-GERAK TAMRINUNA Salah satu kaedah yang digunakan untuk memahamkan prospek tentang mengapa mereka perlu bersama dengan gerakan Islam dan mendukung perjuangannya adalah dengan menggunakan sejarah. Kali pertama saya bertemu dengan modus operandi ini adalah semasa berada di United Kingdom. Semasa mendengar seorang pelajar kejuruteraan mengupas tentang sirah al-Khulafa’ al-Rashidin di dalam sebuah tamrin, saya tergamam. “Ini Syiah!” secara spontan saya berkata. Dan beliau akhirnya meninggalkan gerakan Islam untuk benar-benar menjadi Syiah, sehingga ke hari ini. Pada masa itu saya tekad membantu memperbaiki hal berkenaan. Bermula daripada tahun 1998, penggunaan sejarah untuk membina fikrah ‘perlu bersama gerakan Islam’ dikemas kini dari segi fakta, pengolahan, sedaya yang saya mampu, sebagai ‘ustaz yatim piatu’ di tengah-tengah kota London. Bahan rujukan amat terbatas. Banyak berbekalkan apa yang sempat dipelajari, ditelaah semasa di Jordan. Dengan serba sedikit wang saku berbaki, saya beli beberapa buku rujukan dari kedai buku Arab sekitar London, dan meluangkan sedikit masa di perpustakaan Central Mosque London yang tunggang langgang ketika itu. Jilid satu di sini, jilid dua di rak seberang sana. Pengalaman di dalam kaderisasi, saya tahu yang kebanyakan prospek ‘malas’ hendak mendengar tentang kupasan sejarah Islam yang panjang lebar itu. Apa yang akhirnya mereka mahu tahu ialah “apa pandangan ustaz tentang berbilang jemaah” dan “nak pilih jemaah yang mana”. Tidak keterlaluan kalau saya katakan, sebahagian prospek tidak sedar apa sebenarnya yang sedang saya dan rakan-rakan cuba usahakan ke atas minda mereka. Apa yang ingin saya tekankan melalui pengolahan semula sejarah Islam ketika itu ialah, gerakan Islam bukan sebuah agenda spontan dan adhoc yang terbit daripada sebuah keputusan mesyuarat. Ia adalah kesinambungan proses yang panjang, sepanjang sejarah manusia itu sendiri.

17


Sejarah yang dijahit dengan benang Tauhid, bahawa dengan kalimah La Ilaha Illallah, Bani Israel dan Arab, serta kaum-kaum lain adalah ummah yang satu. Tauhid menghimpunkan kita, Tauhid juga menjadi sebab mengapa anak dan bapa boleh hilang pertalian. Ada beza antara sejarah Islam dengan sejarah Muslim. Maka pembentangan bermula dengan satu bentuk penerangan yang bermotifkan anjakan paradigma. Mahu menerbitkan rasa kritis terhadap keislaman diri. Bahawa sudah lama kita hidup mengambil manfaat daripada Islam. Maka sudikah mempertimbangkan soal kita hidup untuk memberi manfaat kepada Islam? Hidup untuk Islam. Berdakwah bukan sebab terpaksa. Bukan sebab semua housemates pergi usrah dan kita keseorangan makan mi segera setiap Jumaat malam Sabtu. Tetapi berdakwah kerana kita disedarkan tentang nikmatnya semasa diri disentuh hidayah Allah. Bukankah fitrah manusia yang sayang menyayangi mahu berkongsi sesuatu yang manis dan enak dengan mereka yang disayanginya? Dakwahnya pula dakwah apa? ISLAH DAN TAJDID Dakwahnya adalah dakwah Islah. Selepas perjalanan masa, manusia terpesong dari agama. Allah utuskan Nuh alayhi al-Salam ajak manusia kembali beragama dengan agama Allah. Tajdid berlaku. Kemudian manusia terpesong semula, diutuskan lagi seorang Rasul. dan demikianlah kitarannya, dengan kisah yang pelbagai, pengalaman yang berbeza, mukjizat yang berlainan, tetapi asasnya sama iaitu mengabdikan diri kepada Allah dan menjauhkan diri daripada saingan Allah, al-Quran menamakannya sebagai Taghut. Dan kemuncaknya adalah perutusan Muhammad sallallahu ‘alayhi wa sallam. Apabila baginda wafat, islah dan tajdid perlu terus berlangsung. Perlukan anjakan paradigma, bagaimana survival ummah pasca Nubuwwah? Tiada lagi jawapan dari langit.

18


Maka kisah pada Rasul yang berakhir dengan kewafatan baginda Muhammad sallallahu ‘alayhi wa sallam disambung pula dengan survival ummah di era al-Khulafa’ al-Rashidun, kemudian Bani Umayyah, kemudian Abbasiyyah dan seterusnya Uthmaniyyah. Kerajaan paralel seperti Islam di Andalus, Islam di Afrika, Islam di Alam Melayu dan kerajaan-kerajaan kecil sekitar Mediterranean dan Tanah Arab tidaklah disentuh. Satunya kerana ia bukan kursus intensif sejarah Islam. Keduanya kerana terbatas pengetahuan. Perjalanan itu menempuh satu lagi era yang memerlukan anjakan paradigma. Ummah tanpa Daulah. Tanpa Khilafah. Kemunculan gerakan Islam, lahirnya Ikhwan di Mesir, demikian juga gerakan-gerakan Islam yang lain. Akhirnya selepas tidak kurang 8 jam pembentangan, sampailah kepada analisis gerakan Islam semasa. Kaedah mudahnya, senaraikan ciri-ciri gerakan Islam, tandakan √ pada karakter yang wujud pada batang tubuh sebuah jemaah, dan tandakan X pada yang tiada. Kumpulan mana yang bertanda √ pada semua kotak, gerakan itulah yang secara logik dan ’empirikal’ sepatutnya dipilih. Ia adalah satu bentuk tamrin yang berat, memerlukan tenaga yang banyak, memerlukan pemikiran yang kritis, agar ia dinamik dan membantu mencapai objektif. MATA RANTAI Natijah akhirnya mudah sahaja: kita adalah satu mata rantai daripada mata-mata rantai perjuangan Islam semenjak awal hingga menuju Kiamat. Kita adalah penyambung, atau pemutus mata rantai itu? Jika bersetuju untuk bersama mendukung perjuangan Islam, Alhamdulillah. Jika tidak bersetuju, cara orang dulu, dia dianggap berdosa kerana enggan menyertai jemaah yang hukumnya wajib. Akibatnya, tamrin gerakan Islam, memberanakkan ramai musuh gerakan Islam. Sebab rumusan sejarah yang panjang dilakukan secara polarised hitam dan putih. Jika kamu tidak bersama kami, bererti kamu menentang kami! Maka, golongan muda fikir, sudah-sudahlah mencipta musuh. Ia tidak cerdik. Jenguklah ke masyarakat. Berapa ramai yang bersama gerakan Islam dan berapa ramai yang tidak bersama gerakan Islam? Apakah yang tidak bersama gerakan Islam itu jahat, ahli maksiat, dan Allah tolak kebaikan mereka? Maka, perbaikilah rumusan, lunakkan kesimpulan. Jika bersama, Alhamdulillah. Jika tidak bersama, jangan lupa agar hidup untuk Islam, dengan cara yang kamu setuju.

19


Perubahan itu berlangsung berdekad lamanya. TAQLID DAN TASSUB Terkejut saya apabila saya dapati, selepas 10 tahun, ‘lawak’ saya di dalam ceramah yang dirakam pun dihafal, walaupun ia sudah tidak lawak! Masakan tidak, jika saya mengusik dengan ungkapan, “kalau pergi Kuala Kubu, tulis nama atas batu!” atau “kamu ini macam Profesor Serba tahu!”, maka generasi kelahiran 1970’an mungkinlah faham. Tetapi yang lahir selepas Sudirman meninggal dunia, dan tidak lagi membaca majalah Gila-gila, memang terpingapingalah prospek gen Y atau Z ini dibuatnya. Sedinamik mana sekali pun sebuah modul, apabila ia dihafal dan tiada disertakan pemikiran kritis serta proses kemas kini, ia akan mundur, mandul, beku dan menatijahkan impak terbalik. Semakin ahli dan aktivis gerakan Islam malas berfikir, tidak membaca, dan memutar-mutar kaedah berhujah yang sudah berusia lanjut, hingga kita yang mendengar tidak dapat mengagak sama ada ceramah dan pengisian itu bertarikh 1992 atau 2015, semakin malaplah gerakan Islam untuk mendukung islah dan tajdid. Apa yang diulang adalah intima’, wala’ dan konsep-konsep indoktrinasi yang diberi solekan agama, asasnya ialah ikut, jangan banyak tanya. Taqlid dan Taassub bukan hanya penyakit dalam mazhab Fiqh atau mazhab Aqidah. Kedua-duanya hal ehwal otak dan hati manusia. Jika menyertai gerakan Islam dengan Taqlid dan Taassub, sejarah yang digunakan untuk menjadikan alam berpihak kepada kita, sejarah yang sama sedang mentalakkan kita dari survival ummah. Lambaikan perpisahan kepada gerakan Islam yang tidak bergerak-gerak, ia bukan lagi sebuah gerakan. Ia ‘biawak hidup’ yang membeban dan merumitkan ummah melangkah ke hadapan. Bernostalgia dengan kenangan silam, tidak sedikit pun membela ummah, agenda utama mengapa lahirnya ‘gerakan Islam’.

HASRIZAL Saifulislam.Com. 2019

20



Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.