Risalah tarbawi edisi 5

Page 1

PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM) UNISEL BJ

RISALAH TARBAWI HIDUB BIAR BERJASA | EDISI 5 | 1 JULAI 2015 |14 RAMADHAN 1436

TAFSIRAN HADIS 40

HADIS KE-5 : AMALAN YANG TERTOLAK

Ummul Mukminin, Ummu Abdillah, Aisyah R.H.A berkata, bahawa Rasulullah S.A.W bersabda :

“Sesiapa mengada-ngadakan yang baru (bidaah) dalam urusan (agama) kami ini, amalan yang bukan bahagian daripadanya, dia tertolak.” Riwayat Al-Bukhari, Muslim Dan Abu Daud Catatan : PENGERTIAN BID’AH Bahasa : Setiap benda yang dicipta tanpa ada yang sepertinya pada waktu sebelumnya, iaitu pada masa yang telah lalu. Syara’: perbuatan-perbuatan yang dinilai ibadah tetapi tidak bersumberkan daripada ajaran Islam dan tidak memiliki landasan yang jelas. Setiap perbuatan ibadah yang tidak bersandarkan pada dalil syarie ditolak daripada pelakunya. ( Surah Ali-‘Imran: 31 )

1 Pkpimuniselb@gmail.com

pkpimuniselbj.blogspot.com

Pkpim Uniselbj


Keterangan 1. Islam adalah Ittiba’ ( mengikuti ) bukan Ibtida’ (memperbaharui) Dalam satu riwayat oleh Imam Muslim: “ Barangsiapa melakukan satu amalan yang agama kami tidak menjadi

landasannya, maka ia ditolak ( tidak diterima).” Al-Qur’an juga telah menegaskan bahawa kejayaan dan keselamatan adalah dengan mengikuti petunjuk Rasulullah SAW tanpa sebarang penambahan dan perubahan, sebagaimana Allah SWT berfirman, maksudnya: “ Katakanlah ( Wahai Muhammad ): “ Sekiranya kamu benar-benar mencintai Allah, maka ikutilah aku, nescaya Allah akan sentiasa mencintaimu.” Hadis ini patut dihafal, disebarluaskan dan dan digunakan sebagai bantahan kepada kaum yang ingkar, karana isinya telah merangkumi semua perkara. Pengajaran Hadis : 1- Hadis ini telah tegas untuk menolak setiap perkara bidaah dalam setiap perkara (dalam urusan agama) yang telah direka dan diada-adakan. Sebahagian ahli usul fiqh menjadikan hadis ini sebagai dasar kaedah bahawa setiap yang dilarang dinyatakan sebagai hal yang merosakkan. Islam adalah agama yang berdasarkan ittiba’ (mengikut berdasarkan dalil) dan bukan ibtida’ (mengada-adakan sesuatu tanpa dalil) dan Rasulullah S. A. W telah bersabda menjaganya daripada sikap yang berlebih-lebihan dan mengada-adakan.

2


GHAZWAH HUNAIN Ghazwah Hunain terjadi pada tanggal 10 Syawal tahun 8 Hijrah , iaitu beberapa hari selepas pembukaan Mekah (20 Ramadhan,8 Hijrah). Sebabnya ialah rasa cemas dan takut pemimpin-pemimpin Hawazin dan Thaqif melihat kejatuhan Mekah ke tangan Rasulullah SAW. Selepas Quraisy di Mekah, sudah pasti mereka target Rasulullah seterusnya, fikir mereka. Atas sangkaan inilah, maka mereka bersiapsiap untuk menyerang Rasulullah dan kaum Muslimin terlebih dahulu. Malik Bin Auf, pemimpin Hawazin telah diangkat sebagai panglima perang, dengan kira-kira 20 000 orang tentera. Manakala, Rasulullah membawa 12000 tentera terdiri daripada 10000 umat islam membuka kota mekah dan selebihnya baru memeluk islam. Mendengarkan berita daripada agen perisikan tentera musyrikin, Rasulullah telah keluar menuju ke Lembah Hunain dan menuju ke markas tentera puak Hawazin dan Thaqif, Malik bin Auf mula menyusun strategi untuk mengalahkan tentera islam secara total. Tenteranya ditempatkan di sepanjang pintu masuk Lembah Hunain dengan askar-askarnya diletakkan di setiap lorong, setiap ruang dan setiap lubang. Mereka ini diarahkan untuk menyerang hendap tentera Islam serta merta apabila tentera Islam mula memasuki Lembah Hunain. Di antara tentera Islam ada yang mengatakan: “di hari ini kami tidak akan terkalahkan” Pada pagi 11 Syawal pertempuran antara tentera Islam dan tentera Musyrikin berlaku. Khalid Al-Walid telah mengetuai batalion yang mengetuai batalion lain memasuki Lembah Hunain., tanpa disangka-sangka, mereka dihujani dengan bilahan anak panah daripada pelbagai arah dan disertai dengan serangan oleh tentera Musyrikin. Ini menyebabkan tentera Islam kehilangan punca dan dalam kebingungan dan haruk piruk, mereka telah berundur ke belakang. Rasulullah S.A.W ketika itu berada di batalion belakang dengan para sahabat lain kemudiannya memanggil tentera Islam untuk tenang dan kembali ke dalam barisan. Terdapat tentera Islam yang terus melarikan diri daripada medan perang kerana serangan hendap yang tidak disangka-sangka daripada pihak Musyrikin sehinggakan Abu Sufyan mengatakan: “mereka ini tidak akan berhenti kecuali tentera Islam telah berundur ke Laut Merah”. Melihat keadaan yang tidak terkawal untuk beberapa ketika, akhirnya Rasulullah tampil ke barisan hadapan tentera Islam dan melaungkan “Allahhu Akbar!!”

FIQH SIRAH

3


Laungan daripada Rasulullah ini telah mendapat sahutan daripada tentera Islam dan mereka kembali berkumpul di sekeliling Rasulullah dan menyusun barisan. Kemudian mereka mara untuk menyerang tentara Musyrikin. Maka berlaku pertempuran antara tentera Islam dan tentera kafir. Rasulullah kemudiannya mengambil segenggam pasir dan ditiupkan kepada pihak musuh dengan doa agar diberi bantuan oleh Allah dalam memerangi pihak kufar. Pasir ini terbang kepada wajah-wajah orang kafir dan dinamik peperangan semakin berubah dengan orang-orang kafir semakin berundur dan lebih banyak kematian disaksikan pada pihak kafir. Dan kemenangan perang ini menjadi milik tentera Islam.

Pada peperangan inilah Allah menurunkan ayat:

� Dan ingatlah peperangan Hunain iaitu kamu menjadi bongkak kerana banyaknya jumlah kamu.maka jumlah yang banyak tidak memberi faedah kepada kamu sedikit pun dan bumi yangluas terasa sempit olehmu kemudian kamu lari ke belakang dengan bercerai-berai. Kemudian Allah menurunkan ketenangan kepada RasulNya dan orang-orang yang beriman dan Allah menurunkan bala tentera yang kamu tiada melihatnya dan Allah menimpakan bencana kepada orang-orang kafir dan demikian penbalasan kepada orang-orang kafir “. (Al-Taubah: 25 – 26)

Disediakan Oleh : - Saudari Siti Khadijah @ Wong Sook Li ISM Pendidikan Awal Kanak-Kanak

4


BAHAGIAN KETIGA : Adab-Adab Pergaulan Dan Persahabatan Dengan (Khaliq) Allah Dan Makhluk.

KUPASAN BUKU

Sambungan :Adab dengan seluruh manusia i) Adab Dengan Orang Yang Tidak Dikenali Kalau bertemu dengan orang tidak dikenali, jangan ikut serta dalam pembicaraan mereka, mengabaikan ucapan-ucapan dusta mereka, tidak memperhatikan ucapan buruk mereka, berusaha untuk tidak sering bertemu, mengingatkan perbuatan mungkar mereka secara lemah lembut, serta memberikan nasihat yang boleh mereka terima. ii) Adab Dengan Sahabat Karib Tugas pertama, Jangan bersahabat kecuali dengan orang yang benar-benar layak dijadikan saudara atau sahabat. Rasulullah Saw. bersabda, “Seseorang bergantung pada agama teman karibnya. Oleh karena itu, hendaknya kalian memperhatikan siapa yang harus dijadikan teman karib.� Manakala engkau ingin mencari teman yang bisa menyertaimu dalam belajar serta bisa menemanimu dalam urusan agama dan dunia, perhatikan lima hal berikut ini: 1- Akal. Tidak ada untungnya bergaul dengan orang bodoh karena bisa berakhir kepada kemalangan dan terputus hubungan. Paling-paling mereka hanya akan memberikan mudarat serta ingin memanfaatkanmu. Musuh yang pandai lebih baik daripada teman yang bodoh. Imam Ali r.a. berkata: Janganlah engkau bergaul dengan orang bodoh Hendaknya kau betul-betul menghindarinya Betapa banyak orang bodoh yang menghancurkan si penyabar ketika ia menginginkannya Seseorang diukur dengan orang lain di mana orang itu mengikutinya Seperti sepasang sendal yang sama di mana sendal itu menyerupainya

5


Sesuatu dan yang lain mempunyai ukuran dan kemiripan Hati yang satu menjadi petunjuk bagi hati yang lain ketika berjumpa 2- Akhlak Yang Baik. Jangan bersahabat dengan orang yang buruk akhlaknya (orang yang tak bisa menahan diri ketika muncul amarah dan syahwat). Alqarnah al-‘Atharidi rahimahullah, dalam wasiatnya kepada anaknya, sebelum wafat, telah mengungkapkan , “Wahai anakku, jika engkau ingin bergaul dengan manusia, bergaullah dengan orang yang jika kau layani dia menjagamu, jika kau temani dia membaguskanmu. Bersahabatlah dengan orang yang jika engkau ulurkan tanganmu untuk kebaikan ia juga mengulurkannya, jika melihat kebaikanmu ia mengingatnya, dan jika melihat keburukanmu ia meluruskannya. Bersahabatlah dengan orang yang jika engkau mengungkapkan sesuatu, ia membenarkan ucapanmu itu, jika engkau mengusahakan sesuatu ia membantu dan menolongmu, serta jika kalian berselisih dalam sebuah persoalan ia mengalah padamu.” 3- Baik Dan Soleh. Jangan bersahabat dengan orang fasik yang selalu berbuat maksiat besar. Karena, orang yang takut kepada Allah tak akan terus berbuat maksiat besar. Kita tak akan aman dari bencana yang ditimbulkan oleh orang yang berbuat maksiat besar itu. Ia akan selalu berubah-rubah sikap sesuai dengan keadaan dan kepentingan. Allah swt berfirman, “Jangan engkau ikuti orang yang Kami lalaikan hati­nya dari berzikir kepada Kami dan mengikuti hawa nafsu-nya. Orang itu telah betul-betul melampaui batas” (Q.S. al-Kahfi: 28). Hindarilah bergaul dengan orang fasik. Sebab, selalu menyaksikan kefasikan dan maksiat akan membuat kita meremehkan maksiat. Karena itu, hatimu akan memandang remeh masalah gibah(mengumpat). Seandainya mereka melihat cincin emas atau pakaian sutera yang dipergunakan seorang alim, mereka akan sangat mengingkarinya. Padahal, ghibah lebih hebat daripada itu. 4- Tidak Tamak terhadap Dunia. Bergaul dengan orang yang tamak terhadap dunia merupakan racun yang membunuh. Sebab, kecenderungan untuk meniru sudah menjadi hukum alam. Sebuah tabiat bisa mencuri tabiat lainnya tanpa disadari. Dengan demikian, berteman dengan orang tamak bisa membuatmu lebih tamak, sebaliknya berteman dengan orang zuhud bisa membuatmu lebih zuhud.

6


5- Jujur. Jangan engkau bersahabat dengan pembohong karena bisa jadi engkau tertipu olehnya. Bisa jadi kelima hal ini tidak kau dapati pada orang-orang yang berada di sekolah atau di mesjid. Dengan demikian, engkau harus memilih salah satu, entah meng-asingkan diri karena hal itu akan membuatmu selamat, atau engkau bergaul dengan mereka sesuai dengan perwatakan mereka. Tugas kedua, Memperhatikan hak-hak persahabatan. Nabi saw. bersabda, “Perumpamaan dua orang saudara adalah seperti dua tangan, yang satu membersihkan yang lain.” Nabi Saw. pernah masuk ke dalam semak belukar lalu memetik dua ranting siwak, yang satu bengkok dan yang satu lagi lurus. Waktu itu beliau bersama para sahabatnya. Lalu beliau memberikan yang lurus sedangkan yang bengkok beliau simpan untuk dirinya sendiri, lantas mereka bertanya, “Wahai Rasulullah engkau yang lebih berhak atas ranting yang lurus ini daripadaku.” Nabi Saw. menjawab, “Tidaklah seseorang menyertai temannya walaupun sesaat di waktu siang, melainkan ia ditanya, ‘Apakah ia telah menunaikan hak Allah Swt. dalam persahabatannya itu atau ia melalaikannya.’ Nabi Saw. juga berkata, “Tidaklah dua orang bersahabat, melainkan yang paling dicintai Allah Swt. adalah yang paling mengasihi temannya.” Adab dalam bersahabat adalah mengutamakan teman dalam hal harta. Jika tidak, maka dengan mengeluarkan kelebihan harta ketika diperlukan atau membantu dengan jiwa saat diperlukan secara langsung tanpa diminta, menyimpan rahasia, menyembunyikan aib, tak menyampaikan cemuhan orang kepadanya, memberitakan pujian orang kepadanya, penuh perhatian terhadap apa yang dibicarakannya, memanggil dengan nama yang paling disukainya, memuji kebaikannya, berterima kasih atas bantuannya, membela kehormatannya di saat ia tidak ada sebagaimana ia membela kehormatannya sendiri, menasihatinya dengan lemah lembut dan jelas jika memang diperlukan, memaafkan ketika ia salah dan tidak malah mencaci, mendoakannya di saat berkhalwat dengan Allah, baik ketika masih hidup maupun ketika sudah meninggal, tetap setia kepada keluarga dan kerabatnya manakala ia sudah meninggal dunia, ikut meringankannya dan bukan memberatkan hajatnya, menghibur hatinya dari segala kerisauan, menampakkan kebahagiaan atas kemudahan yang ia dapatkan, bersedih atas hal buruk yang menimpanya, menyembunyikan di dalam hati apa yang ia sembunyikan sehingga ia benar-benar setia secara lahir maupun batin, mendahuluinya dalam mengucapkan salam ketika bertemu, melapangkan majlis untuknya, membantunya ketika berdiri, serta diam ketika ia berbicara sampai selesai dengan tidak menyela atau memotongnya. Ringkasnya, hendaknya ia memperlakukan temannya itu sebagaimana ia senang kalau diperlakukan demikian. Siapa yang tak mencintai saudaranya sebagaima ia mencintai dirinya sendiri, bererti ia telah dihiasi nifak (sifat munafik).

7


Iv : Adab Dengan Orang Yang Kita Kenali Hati-hatilah terhadap orang yang kita kenali kerana sesungguhnya kita tidak mengenal keburukan. Adapun seorang teman, mungkin orang yang boleh membantumu, sedangkan seorang yang tak dikenali akan berpengaruh bagimu. Sesungguhnya keburukan itu semuanya berasal dari para kenalan yang menampakkan persahabatan lewat lidah mereka.. Jangan sekali-kali engkau menasihati seseorang sebelum terlebih dahulu engkau melihat tanda-tanda ia akan menerimanya. Jika tidak, ia tak akan mendengar dan hanya akan menjadi musuh kita. Jika mereka berbuat salah dalam satu persoalan dan mereka tetap tak mahu belajar, maka jangan kita mengajari mereka. Sebab mereka hanya akan memanfaatkan ilmumu dan akan menjadi musuhmu. Kecuali jika sikap mereka itu terkait dengan maksiat yang mereka lakukan, maka ingatkan mereka pada kebenaran secara lemah lembut dan tidak kasar. Atur percakapan dan dengarkan ucapan yang baik yang datang dari orang lain dengan tidak keterlaluan dalam menunjukkan kekaguman. Jangan memintanya untuk mengulang. Berpalinglah dari pembicaraan yang membuat tawa dan yang berupa kisah. Jangan beritahu jumlah harta kekayaan kita kepada salah seorang ahli keluarga, kepada anak, apalagi kepada orang lain sebab jika mereka melihatnya sedikit, kita dipandang hina di mata mereka dan jika banyak, mereka tak akan senang. Hindari mereka tapi tidak dengan sikap keras. Berlembutlah tapi tidak dengan sikap lemah. Apabila berselisih tetap jaga wibawa dan kehormatan. Jangan sampai berbuat jahil dan tergesa-gesa.

DISEDIAKAN OLEH : NUR ALIA BINTI ABDUL HALIM BAC. ENVIRONMENTAL SCIENCE (BIODIVERSITY & CONSERVATION) (HONS)

8


KULIAH MAGHRIB Surau Al-Hijrah, Kg Sg Tua Tambahan, Batu Caves 5 Jun 2015 Tajuk buku: JANGAN BERSEDIH (Tulisan Dr 'Aidh Abdullah Al-Qarni) Disampaikan oleh: Sdr Khairudin Abas YDP ABIM Selangor

CATATAN 1- Allah berikan pelbagai nikmat kepada manusia. 2- Bersyukurlah kepada Allah dengan segala nikmat. 3- Cuba bayangkan, adakah kita boleh berdiri di atas dua kaki apabila bangun dari tidur merupakan satu perkara biasa sahaja? Alangkah indahnya setiap kali kita bangun, bila berdiri sahaja, kita merasakan kesyukuran yang amat sangat dengan anugerah dan nikmat yang diberikan oleh Allah kita boleh berdiri. 4- Contoh lain, kita berkemampuan boleh beli makan dan minum yang sedapsedap tetapi ketahuilah apabila ada selera dan boleh makan, itu merupakan nikmat dari Allah. 5- Jangan dikesali dengan barang yang hilang. Mungkin ada kebaikannya. 6- Sentiasalah kenangkan golongan yang lebih susah dari kita. 7- Contoh, bagaimana kepayahan dan kesusahan serta kesengsaraan yang dihadapi oleh kaum Rohingya disebabkan kezaliman musuh Islam. Bukan sekadar tiada kerakyatan di negara mereka, malah ditindas dengan begitu teruk sekali.

CATATAN KULIAH

9


8- Ajaklah orang kepada kebaikan. Jangan tinggalkan kerja dakwah. Pada masa yang sama, mencegah orang dari membuat kemungkaran. 9- Janganlah sebelah tangan membina manakala sebelah tangan lagi memusnahkan. 10- Malanglah kalau selemah-lemah iman pun iaitu hati kita tidak berdetik langsung mencegah kemungkaran. 11- Iman tidak cukup sekadar disebut-sebut sahaja. 12- Permasalahan umat banyak disebabkan oleh hal-hal yang asas tidak selesai atau tidak dijaga dengan baik iaitu hal solat tidak dititikberatkan.

10 0


POLITIK KEPARTIAN VS POLITIK KAMPUS Politik kepartian pada asasnya lahir dari sistem demokrasi. Di Malaysia, ia bermula pada tahun 1955 apabila ia menerima sistem demokrasi sebagai kaedah pemerintahan di samping sistem beraja. Isu penerimaan terhadap sistem demokrasi pilihan raya menjadi perbahasan hangat dalam kalangan gerakan Islam satu masa dahulu sehingga kini. Demokrasi memberi ruang penyertaan rakyat dalam menentukan dasar dan hala tuju negara. Imam Hasan alBanna pernah menyatakan beliau menerima sistem demokrasi pilihanraya secara umum dengan beberapa cadangan penambahbaikan. Beliau juga berpendapat bahawa kita masih perlu mengolah demokrasi berasaskan nilai Islam atau nilai ketimuran. Hari ini perbalahan dan kekacauan politik yang tidak sihat dalam kalangan umat Islam sangat membimbangkan. Hal ini berkemungkinan akan meruntuhkan serta merosakan sistem politik demokrasi bertapis yang sedia ada kepada demokrasi terbuka yang akan meletakkan Islam di bawah konsep hak sama rata dengan agama dan umat yang lain. Keinsafan menuntut kita bersatu, bersepakat dalam mematangkan amalan demokrasi berasaskan nilai tempatan. Namun begitu, permusuhan politik telah dikuasai sifat dendam yang melampau. Pandangan ulama Islam sama ada yang silam atau kontemperori hampir sama antara satu sama lain walaupun ungkapannya berbeza. Antara dua unsur yang perlu ada dalam pengertian negara Islam iaitu kekuasaan pemerintah dan berjalannya hukum syariat. Persoalan yang timbul apabila sesebuah negara Islam itu terbentuk dengan sifat yang disebutkan, kemudian hilang salah satu atau kedua-dua ciri yang disebutkan iaitu kekuasaan pemerintah dan perlaksanaan hukum dengan sebab penjajahan atau seumpamanya, adakah hilang sifat keIslaman negara tersebut? al-Rashid berpendapat bahawa “mana-mana negara Islam yang dijajah oleh penjajah kekal sebagai negara Islam. Palestin adalah negara Islam walaupun dijajah oleh Yahudi. Begitu juga Republik Soviet Union yang dahulunya Islam kemudian dijajah kekal sebagai negara Islam. Bahkan, walaupun dijajah dalam tempoh masa yang lama, selama masyarakatnya masih Islam�.

11


Perkembangan politik gerakan mahasiswa pada hari ini, dilihat tidak bermaya serta bersemangat sebagaimana pada era tahun 70-an di mana mahasiswa menjadi suara yang paling lantang mengetengahkan idea dan pandangan serta kritikan keapada pemerintah. Selama ini Gerakan Mahasiswa sememangnya bergerak secara politikal, namun pindaan AUKU 2012 telah memberi ruang untuk mahasiswa terlibat secara langsung dengan politik kepartian. Dalam menilai suasana politik era baru mahasiswa pada hari ini, kita tidak boleh sekadar bersandar pada hujah semata. Penilaian yang teliti perlu dibuat bagi memastikan mahasiswa benar-benar boleh berperanan sebagai salah satu komposisi penting serta mewakili suara masyarakat. Gerakan Mahasiswa perlu jelas halatuju yang ingin dicapai seterusnya mahasiswa harus sedar bahawa mereka tidak boleh dipengaruhi oleh politik kepartian. Politik kampus sering dikaitkan dengan keterlibatan mahasiswa dalam Pilihan Raya Kampus (PRK) yang dilaksanakan pada setiap awal tahun. Saban tahun, kampus-kampus universiti di Malaysia disajikan dengan senario pilihanraya kampus bagi pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). Dalam perlaksanaan sistem pilihanraya kampus secara menyeluruh, terdapat 3 komponen utama yang terlibat secara langsung iaitu mahasiswa, calon barisan kepimpinan dan sistem pilihanraya itu sendiri. Tiga komponen ini mesti bergabung dan harus sentiasa dipantau keberkesanannya bagi memiliki sebuah perlaksanaan pilihanraya yang adil serta telus dan seterusnya dapat mendidik mahasiswa ke arah pendidikan politik yang benar. Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) menggariskan beberapa tujuan dan fungsi MPP dalam sesebuah universiti yang antara lainnya bertujuan bagi menjaga kemudahan kebajikan mahasiswa di universiti di samping menyusun atur

program-program yang

ditetapkan. Tugas dan peranan MPP sebagai pemimpin mahasiswa di sesebuah universiti bukan hanya sekadar menjaga kebajikan mahasiswa dari sudut material malah lebih dari itu. Mahasiswa sebagai satu kelompok masyarakat yang sebenarnya memainkan peranan penting dalam menyuarakan serta memperjuangkan pendapat mereka dalam apa jua isu sama ada dalam Negara mahu pun di peringkat Antarabangsa. MPP tidak perlu menjadi satu pertubuhan “yes man� kepada pihak pengurusan universiti dan bukan juga hanya sekadar pembantu am pihak Hal Ehwal Pelajar universiti dalam meneruskan tugas-tugas mereka.

12


Universiti perlu melihat semua isu yang dibangkitkan dengan terbuka dan bersedia untuk melakukan perubahan. Anak-anak muda ini sama ada yang menang atau pun kalah dalam proses pemilihan perlu dibimbing dan dijadikan rakan pembangunan Universiti yang berterusan

dalam

memupuk

bakat

kepimpinan,

kemahiran

berhujah,

kemahiran

mengeluarkan idea-idea baharu dalam soal menperjuangkan kebaenaran dan keadilan. Justeru itu, pilihanraya kampus seharusnya dijadikan kayu pengukur kesediaan mahasiswa dalam keterlibatan terhadap politik kampus. Dalam konteks ini, kepimpinan pelajar perlu bersifat neutral dan usah dipengaruhi idealogi politik luar atau disebut politik kepartian. Mahasiswa tidak boleh kehilangan fokus ketika menuntut ilmu di menara gading. Universiti tidak boleh dijadikan gelanggang berpolitik sehingga mengabaikan tanggungjawab sebenar sebagai mahasiswa. Pilihan Raya Kampus seharusnya menjadi platform untuk membuktikan mahasiswa mempunyai kematangan idea untuk berfikir serta sedar atas tanggungjawabnya terhadap masyarakat kampus dan umat.

Disediakan Oleh : AMIR ABDULLAH ISM SAINS (KEPUJIAN) TEKNOLOGI INDUSTRI, UNIVERSITI SELANGOR, KAMPUS BESTARI JAYA

13


RENUNGAN BERSAMA

MASANYA AKAN TIBA JUA Bila kita mati, tiada lagi orang ziarahi.

setuju barang2 itu akan disedekahkan

Bahkan, selepas beberapa ketika anak

agar bermanfaat untukmu.

dan isteri akan kembali ceria seperti biasa.......

Yakinlah; dunia dan alam semesta tidak akan

bersedih

dgn

kepergianmu.

Inilah di antara tulisan terbaik Syekh

Ekonomi akan tetap berlangsung! Posisi

Ali Thanthawi Mesir Rahimahullah:

pekerjaanmu akan diisi orang lain.

Pada saat engkau mati, janganlah kau bersedih. Jangan pedulikan jasadmu yang sudah mulai layu, kerana kaum muslimin akan menguruskan jasadmu. Mereka akan melucutkan pakaianmu,

Hartamu menjadi harta halal bagi ahli warismu. Sedangkan kamu yg akan DIHISAB

dan

DIPERHITUNGKAN

untuk yang kecil dan yang besar dari hartamu!

memandikanmu dan mengkafanmu lalu membawamu ke tempatmu yang baru, KUBURAN. Akan ramai orang yang menghantarkan jenazahmu

bahkan

mereka

akan

meninggalkan pekerjaannya untuk ikut menguburkanmu. Dan mungkin banyak yang sudah tidak

lagi memikirkan

nasihatmu pada suatu hari..... Barang barangmu akan dikemas, kitab , kasut dan pakaianmu. Jika keluargamu

14


Kesedihan atasmu ada 3; Orang yg

Usahakan

mengenalmu sekilas akan mengatakan,

Menjalankan kewajiban kewajiban, hal-

kasihan.

akan

hal yg disunnahkan, sedekah rahsia,

bersedih beberapa jam atau beberapa

merahsiakan amal soleh, solat malam,

hari

Semoga engkau selamat.

Kawan-kawan

lalu

mereka

kamu

kembali

seperti

sediakala dan tertawa tawa! Di rumah ada

kesedihan

yang

mendalam!

Keluargamu akan bersedih seminggu dua minggu, sebulan dua bulan, dan mungkin hingga setahun?? Selanjutnya mereka meletakkanmu

dalam

arkib

kenangan....

dengan

sungguh2;

Andai engkau mengingatkan manusia dengan

tulisan

ini

in

sha

Allah

pengaruhnya akan engkau temui dalam timbangan

kebaikanmu

pada

hari

Kiamat. "Berilah peringatan, kerana peringatan itu bermanfaat bagi orang orang mukmin"

Demikianlah "Kisahmu telah berakhir di tengah2 manusia". Dan kisahmu yang sesungguhnya baru dimulai, AKHIRAT!! Telah

musnah

kemuliaan,

harta,

kesihatan, dan anak. Telah engkau tinggalkan rumah, istana dan isteri tercinta. Kini hidup yg sesungguhnya telah dimulai. Pertanyaannya persiapanmu

adalah: untuk

kuburmu

Apa dan

Akhiratmu?? Hakikat ini memerlukan renungan.

AllahuRabbi... Kubur itu semakin dekat untuk didiami!

15



Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.