Risalah tarbawi edisi 6

Page 1

PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM) UNISEL BJ

RISALAH TARBAWI HIDUB BIAR BERJASA | EDISI 6| 1 OGOS 2015 | 16 SYAWAL 1436

Surah Al-Muzammil (Ayat 1-6)

Tadabbur Surah

‫) أَ ْو ِزدْ َعلَ ْي ِه َو َر ِّت ِل‬٣( ‫ص ِم ْن ُه َقلِيال‬ ْ ُ‫ِص َف ُه أَ ِو ا ْنق‬ ْ ‫) ن‬٢( ‫) قُ ِم اللَّ ْيل َ إِال َقلِيال‬١( ُ ‫َيا أَ ُّي َها ا ْل ُم َّز ِّمل‬ َ َ‫) إِنَّ َناشِ َئ َة اللَّ ْي ِل ه َِي أ‬٥( ‫س ُن ْلقِي َعلَ ْي َك َق ْوال َثقِيال‬ ‫ش ُّد َو ْط ًئا َوأَ ْق َو ُم قِيال‬ َ ‫) إِ َّنا‬٤( ‫ا ْلقُ ْرآنَ َت ْرتِيال‬ )٦(

Maksudnya : (1) Wahai orang yang berselimut. (2) Bangunlah di malam hari, kecuali sedikit. (3) Seperduanya atau kurangilah daripada sedikit. (4) atau tambah daripadanya, dan bacalah al quran dengan perlahan-lahan. (5) Sesungguhnya kami hendalah menurunkan kepada engkau perkataan yang berat. (6)Sesungguhnya bangun malam itu adalah lebih mantap dan bacaan lebih berkesan. Dalam surah Al Muzzammil, ayat pertama iaitu bahawa Tuhan menurunkan wahyu kepada Rasul-Nya supaya bangun daripada keenakan tidur. Ayat kedua pula, bangun mengerjakan sembahyang atau qiamulail . Di pangkal ayat 2 ‘kecuali sedikit’ iaitu tinggalkan malam itu istirehat yang sedikit dan selebihnya melakukan sembahyang. Seterusnya, ayat ketiga ialah ‘seperdua digunakan untuk mendidirkan sembayang dan seperdua pula untuk isthirehat. Dan di hujung ayat ketiga ‘atau kurangilah daripadanya sedikit iaitu kalau dikurangi dari seperdua, jadilah dia dua pertiga untuk isthirehat.

1 Pkpimuniselbj@gmail.com

pkpimuniselbj.blogspot.com

Pkpim Uniselbj


‘ Atau tambah daripadanya,’ maksud di sini ialah tambah dari seperdua malam

dan

menjadikan lebih banyak sembayang dari tidurnya. ‘dan bacalah Al-Quran dengan perlahan-lahan’ iaitu Allah menurunkan Al-Quran supaya kita selalu membaca dengan perlahan-lahan. Hal ini bertujuan untuk memmahami Al-Quran dengan baca perlahan-lahan sehingga bacaan huruf Al-Quran hukum-hukum yang berkaitan dalam bacaannya (tajwid), panjang pendek, idgham izharnya dan sebagainya. Selain itu, biar sedikit sahaja terbaca, asalkan isi kata-kata Al-Quran masuk dalam hati dan memahaminya. ‘Sesungguhnya kami hendaklah menurunkan kepada Engkau perkataan yang berat’ maksud di sini wahyu merupakan perkataan yang berat dari segi rohani dan jasmani. Kedatangan Jibrail membawa wahyu bukan perkara main-main tetapi amat berat. Seperti yang dikatakan oleh Abdur Rahman bin Zaid bin Aslam bahawa ‘ berat wahyu itu di alam dunia dan berat di akhirat kelak pada timbangannya’ ‘Sesungguhnya bangun malam itu adalah lebih mantap dan bacaan lebih berkesan.’ iaitu bahawa malam gangguan adalah sedikit. Di dalam hadis qudsi Allah bersabda bahawa sepertiga malam Allah menurunkan ke langit dunia buat mendengarkan keluhan hambanya yang mengeluh, buat menerima taubat orang yang taubat dan permohonan maghfirat ( ampunan) hambanya memohon ampun. Maksud di sini hubungan kita dengan langit pada waktu malam adalah sangat dekat. Disediakan Oleh : Saudari Siti Khadjah @Wong Sook Li ISM Pendidikan Awal Kanak-Kanak

2


Hadis 6 (Yang Halal Dan Yang Haram)

Tafsiran Hadis 40

Daripada Abu Abdillah Al-Nukman Bin Basyir R.A berkata bahawa beliau mendengar Rasulullah S.A.W bersabda : “Sesungguhnya yan halal itu jelas dan yang haram itu juga jelas, dan di antara keduaduanya ada perkara yang samar-samar (syubhah). Kebanyakan manusia tidak mengetahuinya. Maka sesiapa menjaga dirinya daripada yang syubhah itu, bererti dia telah membersihkan agama dan kehormatannya. Sesiapa yang melakukan perkara syubhah itu, dia telah jatuh ke dalam perkara yang haram seperti pengembala yang berada di sekeliling batas tanah gembalaan milik orang (tanah larangan), lambat laun dia akan masuk ke dalamnya. Ingatlah bahawa setiap raja ada larangannya dan ingatlah, bahawa Allah adalah apa-apa yang diharamkan-Nya. Ingatlah bahawa dalam jasad itu ada segumpal daging. Jika ia baik, baiklah jasad seluruhnya. Juka ia rosak, rosaklah jasad seluruhnya. Ketahuilah, bahawa segumpal daging itu adalah hati�. Riwayat Al-Bukhari, Muslim Dan Abu Daud

Pengajaran hadis: 1. Seseorang mukmin mestilah cuba mengenali dan mempelajari perkara halal dan haram seterusnya melakukan yang halal dan meninggalkan yang haram demi menjaga kemuliaan agamanya.

2. Perkara yang kesamaran, yang belum jelas halal haramnya adalah perkara syubhat yang mesti dijauhi, demi menjaga maruah diri dan keheningan agama.

3


3. Sempadan murka dan redha Allah SWT ialah perkara haram. Sesiapa yang melewati garisan dan terjebak melakukan perkara haram, maka dia telah melewati sempadan kemurkaan Allah.

4. Hati adalah raja segala anggota yang mesti dipastikan keelokannya dan kebersihannya justeru kerosakan dan kemusnahannya akan merosakkan dan memusnahkan seluruhan anggota badan yang lain.

4


SEJARAH RINGKAS HIJJATUL WADA’ Apabila sampai di Zudhulaifah yang sekarang dikenali sebagai Bir Ali (10km dari Madinah), rombongan baginda telah bermalam disanan. Pada keesokan harinya baginda dan kaum muslimin memakai ihram serta berniat haji. Mereka beramai ramai mengucapkan talbiah. Baginda dan rombongan telah sampai di Makkah pada Ahad bersamaan 4 Zulhijjah setelah mengambil masa 9 hari perjalanan dengan mengikuti Thaniah Kada iaitu sebatang jalan dekat dengan perkuburan Ma’la. Setelah itu, baginda dan rombongan bertawaf 7 kali, bersolat 2 rakaat di belakang Makam Ibrahim, meminum air zam-zam dan bersaie di antara Safa dan Marwah sebanyak 7 kali. Pada 8 Zulhijjah, baginda Rasulullah SAW beserta rombongan-Nya berangkat ke Mina dan bermalam di situ. Pada keesokannya pula iaitu 9 Zulhijjah, baginda menaiki untanya dan meneruskan perjalanan ke Arafah. Pada hari itu juga, bumi Arafah menjadi saksi sebuah perhimpunan manusia yang begitu ramai dan belum pernah berlaku di bumi Hijaz sebelum itu. Khutbah terakhir Rasulullah juga berlaku pada hari tersebut. Selepas menunaikan solat Zohor dan Asar di Arafah, baginda menyampaikan khutbah yang bersejarah. Kemudian Raulullah SAW telah memberi isyarat ke langit dengan jari telunjuk seraya berkata, “Ya Allah! Saya telah menyampaikan risalah-Mu”. Kemudian Rasulullah SAW menyempurnakan semua ibadat hajinya. Baginda tinggal di Arafah pada 9 Zulhijjah

sehingga

matahari

terbenam.

Sebelum

gelap,

baginda

menunggang

untanya

dan

menghabiskan malamnya di Muzdalifah dan berada di Masy’ar antara fajar dan terbitnya matahari. Pada hari kesepuluh baginda ke Mina dan melakukan upacara melontar jamrah-jamrah dan menyembelih korban. Rasulullah SAW telah menyempurnakan semua rukun dan wajib haji hingga 13 Zulhijjah. Baginda telah berangkat meninggalkan Makkah al-Mukarramah menuju balik ke Madinah al-Munawwarah. Di masa wukuf telah berlaku beberapa peristiwa penting yang boleh dijadikan pegangan dan panduan umat Islam, antaranya ialah seperti berikut: Rasulullah SAW minum susu di atas unta supaya dilihat oleh orang ramai bahawa hari itu tiada puasa atau tiada sunat berpuasa pada hari wukuf. Seorang sahabat jatuh dari binatang tunggangannya lalu mati. Rasulullah SAW menyuruh supaya mayat itu dikafankan dengan 2 kain ihram dan tidak membenarkan kepalanya ditutup atau diwangikan jasad dan kafannya.

Sirah Nabi

5


3.

Rasulullah saw menjawab soalan seorang seorang ahli Najdi yang bertanyakan, “Apakah itu Haji?”. Sabdanya yang bermaksud, “Haji itu berhenti di Arafah sebelum naik fajar 10 Zulhijjah maka ia telah melaksanakan haji.

4. Turunnya ayat suci Al-Quranul Karim surah Al-Maidah yang bermaksud: “Pada hari ini aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan aku telah cukupkan nikmatku ke atas kamu dan aku telah redha Islam itu menjadi agama untuk kami.”

Hijjatul Wida’ juga disebut sebagai Hijjatul Balagh, Hijjatul Islam, Hijjatuttamam Wal Kamal(iaitu haji yang sempurna dan lengkap) kerana pada hari itu turunnya firman Allah: Maksudnya: “Hari ini Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepada kamu dan Aku telah redha Islam itu menjadi agama untuk kamu”. (Al-Maidah:3)

Daripada sirah ringkas ini kita harus menghayati betapa susahnya Rasulullah SAW ketika menyempurnakan ibadah haji dengan penuh pengorbanan. Baginda serta rombongan telah mengambil masa 9 hari untuk tiba di Makkah al-Mukarramah tanpa keluhan atau rungutan berbanding pada hari ini yang mengambil masa lebih kurang 9 jam sahaja dengan menaiki pesawat yang selesa untuk tiba ke Tanah Suci. Sirah Rasulullah SAW menunaikan haji ini harus dijadikan pedoman kepada kita agar dapat menempuh sebarang kesusahan dan cabaran di Tanah Suci kelak dengan penuh kesabaran dan kesyukuran.

Disediakan Oleh : Saudari Rabiatul Adawiyah Binti Mohamed Jamil Dip. Pendidikan Pengajian Islam

6


Bahtera Penyelamat (Bahagian 1)

Buku Bahtera Penyelamat Dalam Kehidupan Pendakwah karangan Mujahid Fathi Yakan menyentuh mengenai perkara yang akan dilalui oleh pendakwah serta persediaan yang perlu dilakukan. Dalam usrah minggu ini dibincangkan bahagian 1 dalam buku ini mengenai rintangan perjuangan dalam kehidupan pendakwah. Beberapa pesan yang ditulis antaranya da’ie akan berada diambang musibah besar jika tidak berada di bawah naungan Allah, tidak berhubung terus denganNya, tidak bertawakkal kepadaNya, tidak berpegang kepada KitabNya serta tidak mengikut sunnah nabiNya. Nabi telah meramalkan para mu’min serta da’ie akan menghadapi 5 jenis cabaran dan dugaan. Antaranya: 1. Mu’min yang dengki kepadanya 2. Munafiq yang benci kepadanya 3. Kafir yang memeranginya 4. Syaitan yang menyesatkannya 5. Nafsu yang sering bertarung untuk mengalahkannya 1) Mu’min yang dengki kepadanya Penyakit umat sebelum kamu telah menular kepada kamu iaitu hasad dengki dan permusuhan. Permusuhan tersebut ialah pengikis atau pencukur. Saya tidak maksudkan ia mencukur rambut, tetapi (yang saya maksudkan) ialah ia mengikis deen(agama). Contoh hasad dengki dan permusuhan adalah peristiwa Qabil dan Habil. adapun hasad dengki itu berlaku atas beberapa faktor antaranya perasaan permusuhan dan kebencian,merasa diri mulia,takabbur, ujub, takut terlepas sesuatu tujuan dan habuan, ghairah menjadi ketua dan mencari populariti serta busuk hati. Ditulis juga dalam buku tersedut antara langkah-langkah hadapi pendengki adalah ebrhati-hati terhadap golongan pendengki, menjauhkan diri dari golongan pengumpat, berlindung diri dengan Allah serta baca al-Ma’thuraat tiap pagi dan petang.

2) Munafiq yang benci kepadanya Golongan munafiqun pentingkan duniawi. Mereka mencetuskan krisis, melagakan umat Islam. Ada yang berniat jahat. Ada pula yang mendapatkan arahan orang lain. Juga hipokrit untuk berkuasa. Ingin merangkul habuan duniawi dan pangkat serta kedudukan.

Kupasan Buku

7


Munafiq kerana dendam, atau dengki atau dua-dua sekali. Kenali Ciri-Ciri Munafiq “Ada 3 sifat, siapa yang memilikinya maka dia adalah munafiq walupun ia berpuasa, solat, naik haji, mengerjakan umrah dan mengaku muslim, iaitu: -berdusta bila berkata-kata -mungkir bila berjanji -mengkhianati amanah” (Maksud al-Hadith riwayat Abu Ya’la) 3) Kafir yang memeranginya Kafir adalah pencabar hebat, pencipta tipu daya dan komplot terbesar terhadap Islam. Mereka adalah pengembang dan penyokong kebatilan serta alat-alat syaitan. Mereka selamanya memusuhi kebenaran / keimanan hingga hari qiamat.

4) Syaitan yang menyesatkannya Syaitan penghalang yang paling besar lagi bahaya berbanding 3 di atas. Tak jemu dia menipu, menimbulkan keraguan dan merangsang kejahatan. Selagi iman bertakhta di dada, selama itulah dia ganggu kita. Dia bersumpah untuk rasuk orang beriman,“sesungguhnya syaitan itu meresap dalam diri anak Adam laksana mengalirnya darah dalam tubuhnya.”.

5) Nafsu yang sering bertarung untuk mengalahkannya Nafsu adalah wadah tempat berinteraksi segala yang buruk, jahat, halal dan haram, hak dan batil. Demikian juga persoalan kehidupan; politik, kekeluargaan, gerakan juga kerjaya seharian serta da’wah tapi diri kita terabai daripada peningkatan dan latihan diri supaya menurut syara’. Amalan,perkataan dan perbuatan tak selaras, maka nafsu menang.

Disediakan Oleh : Saudari Ummahatul Hamimah Binti Yatim ISM Mathematics And Statistic

8


Antara Tawaf, Sa'i dan Zam Zam Surau Al-Hijrah, Kg Sg Tua Ganti, Batu Caves 6 Jun 2015 Oleh: Hj. Nik Mohd Yusoff Nik Ismail CATATAN 1- Kebiasaannya, pakaian ini melambangkan status seseorang itu. 2- Namun ketika jamaah haji atau umrah sedang berihram, tiada perbezaan status di antara manusia melainkan iman dan amal soleh. Itulah lambang ihram yang kita pakai. 3- Tawaf ini antara lain sebagai satu lambang kehidupan, segala-galanya milik Allah. Lambang pemusatan segala kehidupan manusia, juga lambang pemersatu umat! 4- Bayangkan kalau kita bertawaf mengikut arah jam, maka sudah tentu sangat bahaya apabila berlawan arus dengan apa yang telah ditetapkan oleh Allah iaitu tawaf ikut arah lawan jam. Itulah bahayanya menentang arus perdana Islam! Melanggar syariat Allah. Akan huru-hara dibuatnya kehidupan ini. 5- Tawaf bukan sahaja berlaku di Kaabah, juga di Baitul Makmur oleh para malaikat. Malah, planet di alam semesta ini juga bertawaf mengikut orbitnya tersendiri yang telah ditetapkan oleh Allah. Sebab itu ada kestabilan. 6- Sa'i bermula di Safa dan berakhir di Marwah. Ianya memberi signifikasinya tersendiri, bermula kehidupan pada sesuatu dan berakhir pada tempat lain, melambangkan adanya perubahan dan kejayaan dalam kehidupan. 7- Dalam hidup: ikhtiar manusiawi, takdir Ilahi. Dalam hidup mesti berusaha, kemudian bertawakkal kepada Allah.

CATATAN KULIAH

9


8- Zam Zam merupakan milik Allah. Namun, usaha Hajar berulang-alik dari Safar & Marwah mencari air merupakan ikhtiar manusiawi untuk memenuhi keperluan hidupnya. Terbitnya air Zam Zam merupakan nikmat dari Allah. 9- Keyakinan kepada Allah dan ikhtiar manusia yang serasi dengan hajatnya seseorang itu merupakan sebahagian daripada ibadah dan jihad kita kepada Islam. 10- Ketika Ismail menguis-nguis kakinya, memancar air Zam Zam. Pemberian itu merupakan pemberian dari Allah atas rahmatNya, bukan atas usaha Hajar, namun kita mesti berusaha dalam hidup ini untuk membina asbab-asbab mendapatkan sesuatu itu. 11- Itu memerlukan keyakinan 100% kepada Allah. 12- Ketika ini, elemen kepercayaan masyarakat kepada etika corporate governance pengendali sesuatu organisasi dalam memegang amanah, telah pudar. 13- Dalam konteks gerakan kita, jangan pecah amanah! Ia boleh menjejaskan maruah gerakan dan jamaah. 14- Jangan tergelincir daripada landasan. Kalau tergelincir, cepat-cepat kembali kepada landasan yang benar. 15- "Setelah kamu mengakui Allah itu Tuhan, maka istiqamahlah di atas jalan yang benar." 16- Stail atau cara seseorang itu mengendalikan sesuatu perkara, berbeza antara satu dengan lain. Tapi objektifnya sama dan jangan berpecah. 17- Tiada istilah pencen dalam berdakwah. Buat hingga mati! Itulah yang dilaksanakan oleh Rasulullah SAW.

10 0


ERA KEBANGKITAN TERTUBUHNYA PESANTREN SEHINGGA KINI Islam telah tersebar ke seluruh penjuru dunia. Tidak sahaja wilayah Timur Tengah yang mengalami proses islamisasi, tetapi juga kawasan lainnya, seperti Asia Tenggara yang jauh dari pusat Islam di Timur Tengah. Meskipun Islam di Asia Tenggara sering dipandang sebagai “Islam pinggiran� tetapi Islam di kawasan ini mengalami penyebaran yang cukup besar dan memberi kesan sehingga hari ini, dan bahkan memainkan peranan strategik dalam pertembungan intelektual Islam di abad moden. Pada era perkembangan Islam di Asia Tenggara, khususnya di alam Nusantara membawa perubahan sosio-budaya dan peradaban masyarakat pribumi. Sebagaimana yang disebut oleh Prof Dr.Naquib AlAtas, kedatangan Islam di kawasan Asia Tenggara merupakan suatu pencerahan bagi masyarakat setempat. Proses perkembangan dunia keilmuan di Mekkah telah menampakkan kepelbagaian tokoh yang lahir serta ulama di berberapa buah kawasan dunia. Tertumpu di kawasan Nusantara juga melahirkan golongan intelektual yang luar biasa pengaruhnya iaitu Abdul Al-Rauf Al-Sinkili, Nur Al-Din Al-Raniri dan Muhammad Yusuf Al-Makassari adalah tiga mata rantai utama jaringan ulama di Indonesia. Jaringan intelektual Islam di Nusantara dengan Timur Tengah mulai menemukan momentumnya dengan berkembangnya kerajaan Islam di Nusantara. Dengan aktiviti melibatkan perdagangan seperti lada, rempah-rempah dan emas mendorong penyebaran serta kekuatan dalam proses Islamisasi. Alam Nusantara sebagai misi perdagangan dunia sekaligus misi penyebaran keilmuan Islam. Sehinggakan gelaran Raja-Raja di Nusantara diberikan oleh penguasa Mekkah ketika itu dengan permohonan dari pemimpin di Wilayah masing-masing. Pesantren menjadi pusat penyebaran ilmu mula membangun di Nusantara dan antara tokoh pertama yang mendirikan pesantren ialah Syeikh Maulana Malik Ibrahim yang berasal dari Gujarat, India sekaligus tokoh pertama yang mengislamkan Jawa. Beliau juga yang telah melahirkan Walisongo dalam jalur intelektual. Rantaian intelektual yang dilakukan oleh para ulama terus meluas dan tersebar dalam era perkembangan Islam di Nusantara. Jaringan intelektual yang terbentuk di pesantren tidak begitu formal seperti badan pertubuhan organisasi. Ia hanya terbentuk sebagai suatu jalinan persaudaraan serta penyampaian oleh guru kepada anak muridnya.

11


Tertumpu di Indonesia, pondok pesantren merupakan lembaga pendidikan tertua di Indonesia dan sebuah institusi pendidikan Islam yang berkembang pesat serta diakui oleh pemerintah Indonesia dan juga masyarakat sebagai sebuah institusi pendidikan keagamaan. Sejarah pendidikan Islam di Indonesia berkait rapat dengan sejarah pondok pesantren yang merupakan akar umbi atau asas kepada pendidikan Islam di Indonesia. Kedatangan Islam di Nusantara merupakan titik-tolak penubuhan institusi pondok yang mengamalkan pembelajaran dan pengajaran ilmu agama secara tradisional. Sistem pendidikan tidak formal ini dilakukan dalam bentuk halaqah iaitu pelajar duduk di dalam lingkungan separa bulatan, mengelilingi guru mereka. Beberapa kaedah pembelajaran seperti menghafal, syarahan, perbincangan, perdebatan dan penceritaan digunakan bagi menyampaikan pengajaran. Selain itu, tingkah laku dan adab para pelajar juga sering dipantau oleh tuan guru yang mengetuai pondok itu. Hubungan yang rapat antara tuan guru dengan pelajar membolehkan pengajaran tutorship by example diterapkan. Pelajar dapat belajar secara teori dan melihat secara amali amalan-amalan tuan guru dalam proses ini. Sistem sanad yang digunakan sebagai medium pembelajaran di institusi pondok ini tidak mengehadkan sebarang linkungan umur untuk mengikuti kuliahnya. Sesiapa sahaja yang mempunyai keinginan untuk menimba ilmu Allah sentiasa diberikan ruang dan peluang tanpa batasan had umur. Setakat hari ini, institusi pondok sahaja yang memberikan keistimewaan sebegini kepada para pelajarnya. Malah jangka masa pengajiannya juga tidak ditetapkan, iaitu antara dua tahun hingga sepuluh tahun berdasarkan keupayaan pelajar itu sendiri. Antara Tokoh institusi pondok di Malaysia khususnya ialah Haji Abdul Samad bin Abdullah (Tok Pulai Chondong,1820), Pondok Tok Bachok (1900), Pondok Haji Abdul Malik Tumpat (1907), Pondok Haji Yusuf Pulau Ubi, Geting Tumpat (1908), Pondok Kubang Pasu, Kota Bharu (1900), Pondok Sungai Budor, Pondok Kampung Banggol, Pondok Tuan Padang, Pondok Tok Semian (diasaskan oleh Haji Wan Abdul Samad bin Mohd Salleh/Tuan Tabal), dan Pondok Muhammad Yusuf bin Ahmad/Tok Kenali.

12


Kedatangan penjajah Inggeris yang membawa pendidikan sekular telah menyebabkan institusi pondok menjadi tidak relevan. Penjajah melabelkan institusi ini sebagai mundur dan primitif. Di samping itu, penjajahan juga telah membawa perubahan besar kepada sistem pendidikan di Tanah Melayu khususnya. Kemunculan sekolah agama Arab yang menawarkan pembelajaran secara sistematik seolah-olah berhasrat menggantikan pengajian pondok. Walaupun dilanda pelbagai onak dan ranjau perubahan zaman, masih ada institusi pondok yang kekal sehingga hari ini. Rupa bentuk pondok juga semakin moden. Tidak lagi pondok-pondok buluh sebaliknya rumah batu yang semakin selesa dan kondusif. Sistem pendidikan pondoh hari ini juga sudah sistematik dan mempunyai tahap-tahap tertentu yang perlu diikuti. Namun cara pembelajarannya masih lagi kekal seperti zaman silam iaitu secara halaqah, sanad dan bertalaqqi.

Disediakan Oleh : Saudara Muhammad Fakhrul Amiruddin Bin Hamdan Ism (Kepujian) Teknologi Industri

13


NASIHAT DAN PERINGATAN GERAKAN ISLAM DI JALAN DA’WAH

Jika kita melihat semula kepada kekuatan kita pada masa lalu, apakah kita boleh mempertahankan kekuatan itu. Kekuatan yang menjadikan ABIM berupaya membidani, menangani fenomena kebangkitan Islam. ABIM telah mencipta sejarah. Tiada sarjana yang membincangkan fenomena kebangkitan Islam tanpa menyebut nama ABIM dan Anwar Ibrahim. Sarjana yang mahu membicara tentang Islam dan Malaysia akan menyebut perihal ini pada tahun 70’an. Babak ini merupakan babak terpenting sejarah Islam di Malaysia pada hujung abad ke 20. Pada awal abad ke 20 berlaku fenomena kebangkitan Kaum Muda. Tetapi kebangkitan Islam pada tahun 70’an lebih fenomenal dan lebih signifikan berbanding pergerakan Kaum Muda. Kitalah yang menciptanya. Itulah kekuatan anugerah Allah swt. Kekuatan yang kita sendiri tidak mengetahui. Kalau dibincang, dianalisa, kita juga tidak tahu akan kekuatan kita miliki. Tidak boleh tidak disebutkan ABIM jika menilai secara aktual dan faktual. Jadi kita mempunyai kekuatan dan mudah-mudahan kita berdoa supaya kita terus memilikinya. Dari mana datangnya kekuatan kita? Kekuatan Kepimpinan Barangkali ditakdir kita dianugerahkan pemimpin yang karismatik. Pemimpin yang tidak dilahirkan pada setiap masa. Anwar Ibrahim adalah paling berjasa dan bertanggungjawab membawa gagasan dan konsep harakah Islamiyyah – pergerakan Islam kepada masyarakat. Pemimpin seperti ini jarang ada pada setiap ketika. Kita beruntung kerana memiliki kualiti kepimpinan yang tidak dimiliki oleh wadah-wadah lain. Ada badan yang mempunyai ramai ahli-ahli. Ahli-ahli mereka mungkin highly educated and professionally qualified tetapi mereka tidak mempunyai pemimpin yang karismatik. Kita beruntung kerana kekuatan kepimpinan – leadership of the movement.

14


Kekuatan Tradisi Ilmu Kebangkitan Islam bukan ledakan semangat atau sentimen semata-mata, tetapi Profesor Qaradawi menyebutnya sebagai al sahwah al ilmiah – kebangkitan keilmuan. Ianya adalah kekuatan intelektual, kekuatan ilmu dan tradisi ilmu. Tiba-tiba melonjak aktiviti menelaah, mendalami ilmu melalui percambahan usrah, tamrin, seminar, forum, program-program dan pembacaan buku-buku. Membeli buku, menjual buku, menjadi agen buku, pengedar buku, sembang buku. Sembang buku bukan macam sekarang sembang picisan, sembang poligami. Dulu kita bersembang buku-buku, kitab-kitab baru, karya-karya Hasan al Banna, Mawdudi, Sayyid Qutb, Said Hawwa, Fathi Yakan, Al Buti dan banyak lagi. Begitu kita ghairah dengan tradisi ilmu sehingga kita menubuhkan syarikat-syarikat buku – Dewan Pustaka Islam, Tradisli Ilmu. Kita juga giat menterjemah buku-buku baru. Kitalah pada itu mempelopori pembaharuan, mengarusperdanakan Islamisasi. Sebelum 70’an, sekularisasi tidak dibincang, dibahaskan dan disanggah. Wacana tentang sekularisme itu dimulakan oleh kita. Kita mula membahaskan isu-isu besar seperti ini dan kita tampil di pentas dan forum peringkat nasional. Dulu, menteri-menteri pun turun menyertai forum dan berdiskusi dengan kita. Sekarang kita tidak lagi melihat kesanggupan berwacana seperti ini, mereka bukan lagi seperti Dr Mahathir yang turun berdebat sewaktu dia menjadi menteri pelajaran pada tahun 70’an. Kita tampil di peringkat nasional membawa perspektif Islam. Kita terpaksa mencari modal baru, berceramah dengan kelainan, ceramah-ceramah yang membawa semangat kebangkitan. Ceramah yang bukan seperti penyampaian tradisional kerana penceramah tradisional tidak membaca Mawdudi, Qutb atau Fathi Yakan. Ada kelainan pada ceramah kita dan semangat mencari bahan baru memaksa kita membaca lebih banyak lagi. Apakah kita masih mempunyai kekuatan ini? Apakah kita mampu mewariskan kekuatan ini kepada generasi berikutnya? Memang tidak semua ahli generasi awal menjadi ilmuwan tetapi cukup untuk menjadi lambang ketokohan. Memang ada yang menjadi dan ada yang tak menjadi langsung! Adakah kita sendiri meneruskan tradisi ini dan apakah kita mewariskan sehingga penyusulannya? Ada sarjana memerhati dan menyoal perkara yang sama. Memang ada badan lain yang kurang menguasai tradisi dan bahan keilmuwan tempatan kerana para pengasasnya berada lama di seberang laut dan kurang pendedahan kepada kesusasteraan Melayu dan Nusantara.

15


Kita telah meletakkan satu tanda aras – benchmark. Bolehkah tanda aras ini dicapai oleh generasi akan datang. Rupa-rupanya ada pemerhati luar yang menilai dan ikut rasa bimbang. Adakah kita mampu teruskan tradisi ilmu yang kita telah bina dengan penuh susah payah? Jika kita masih berusrah dengan kekerapan hanya sekali sebulan, maka ini bukan tradisi keilmuan. Jika kita menghayati matlamat usrah, pengisiannya dan kekerapan mingguannya, barulah kita boleh mempertahankan tradisi keilmuwan. Kekuatan Tarbiyah Kerohanian Dulu kita menekuni tarbiyyah bersandarkan kepada harakiy, kepada gerakan. Dulu kita hadir usrah pada waktunya. Kita datang sebelum Maghrib menepati masa. Lepas Maghrib, kita membaca al ma’thurat wazifah kubra bersama. Sekarang pembacaannya wazifah sughra. Dulu ada qiamulayl terancang, tarbiyyah masajidiyyah – ziarah masjid ke masjid. Itulah kekuatan. Sekarang dipersoalkan apakah kita masih mempertahankannya? Kekuatan Organisasi Kita adalah di antara juara yang cukup berencana – well organized dan mempunyai sistem yang kemas. Faktor ini jangan diremehkan. Di antara faktor kekuatan Ikhwan Muslimin adalah keampuhan organisasinya. Itulah tema besar yang kini kita bicarakan dan kita mesti pertahankan wadah ini sebagai the most well organized Islamic movement. Kenapa? Faktor kekuatan fizikal kita tidak lagi seperti dulu. Kita telah berusia walaupun ada yang masih belum mengakuinya bahawa stamina tidak lagi seperti dulu. Bila aktif di program pagi , kita kurang bertenaga pada program petang. Bagi menyelesaikan dan menangani keadaan ini kita memerlukan sekretariat yang kuat dan efektif. Sekretariat mesti kuat dan mestilah muda. Asalkan kita mempunyai keazaman memperbaiki diri, segala kelemahan organisasi boleh ditangani. Kita perlu mengadakan pertemuan dan bermesyuarat dengan lebih kerap. Jangan sampai kita kalah kepada tungkus lumus pentadbiran kerajaan yang beroperasi, berjumpa, mengendali kertas-kertas penting, dossier dan cabinet papers yang banyak.

16


Dana adalah penting bagi gerakan Islam dan pergerakan di peringkat nasional perlulah padan dan sentiasa ada peningkatan. Kita perlu bersikap seperti bapa yang bertanggungjawb di dalam jamaah besar ini. Kita perlu biayai staf sepenuh masa. Kita perlu lihat dan menjaga anak-anak buah kita, pelajar-pelajar, pelapis-pelapis dan kader-kader. Kita perlu lihat kepada projek-projek dan program bagi mengekalkan bakat bersama kita. Banyak pihak yang ingin memancing bakat-bakat, pelajar, pimpinan pelapis kita melalui bantuan bersyarat. Negeri-negeri perlu melihat pelajar-pelajar pelapis mereka dan mesti ada perancangan kewangan untuk mereka. Jika bakat kita merosot, merosotlah jamaah dan gerakan akan terkesan. Pungutan dana, kestabilan kewangan dan audit harakah semuanya perlu dilakukan supaya kita dapat pertahankan kekuatan sebagai gerakan Islam berencana. Kita ingat kepada pesanan Hasan al Banna supaya segala-galanya terurus dengan baik - munazaman fi syu’unih. Saingan-saingan semakin banyak bukan seperti dulu. Dulu pesaing senang dikenalpasti tetapi sekarang pesaing semakin canggih, sengit dan berorganisasi. Kita mesti kompeten dalam segenap hal. Kadang-kadang kita semacam tersudut, terpelanting dalam pesaingan seperti itu. Kadang-kadang pesaingpesaing kita tidak beretika dan bertindak agresif. Ada yang bersifat oportunis dan mengambil kesempatan. Kita masih teringat cabaran tahun 80’an akibat pergolakan politik. Badan-badan dalam dan luar negara menghimpit kita, samada untuk mematahkan, percubaan mengambil alih, meratah dan menangguk di air keruh. Kita terkenang kata-kata perangsang al marhum Ustaz Abd Wahab Zakaria apabila melihat keresahan kita pada waktu itu, keresahan yang sangat menyakitkan. Himpitan ke atas gerakan kita itu boleh dimaafkan tetapi tidak akan dilupakan. Hati kita telah tergores. Al marhum Ustaz Abd Wahab berkata, “Ya akhi, kita hadapilah segalanya. Yang penting kita ikhlas dalam perjuangan. Itulah yang akan menjadi penentuan kemenangan.” Inilah yang dapati mengubati keresahan dan kita yakini kebenarannya. Keikhlasan bekerja dalam gerakan itu hendaklah dipastikan. Tak guna kompetensi dan being well organized jika tiada keikhlasan. Kita perlu tangani penyakit-penyakit kerohanian yang merosakkan organisasi. Al qanabil al ruhiy – bom-bom rohani yang boleh menghancurkan organisasi. Penyakit-penyakit rohani yang boleh meruntuhkan gerakan adalah:1. Kebakhilan Yang Dituruti menuntut claim dan kita tidak mengeluh kepenatan. Pantang bagi gerakan Islam untuk mengeluh dan mengadu penat. Penat bukan alasan kerana jika kita berani pegang jawatan, kita mesti berani penat. Seperti teladan ‘Umar al Khattab r.a. pada siang hari dia melayani rakyat, pada malam dia turun memantau keadaan rakyat dan selepas itu dia beribadah di baki malam.

17


2. Hawa Nafsu Yang Dituruti Kita ada saksikan orang harakah mengikuti hawa nafsu. Dia mungkin tidak mencuri duit harakah tetapi kesilapannya adalah dia ingin menang sentiasa mengikuti nafsu. Sifat malas itu juga adalah nafsu. 3. Kagum Dengan Pendapat Sendiri Jika ada penyakit ini di dalam jamaah, maka tidak guna lagi diadakan syura kerana jika “tewas” di syura akan mengamuk. Jangan pandang mudah – don’t take it for granted - dengan menyangka bahawa di dalam harakah tidak ada perkara semacam ini. Apa yang penting adalah kita mempertahankan faktor-faktor kekuatan yang ada sejak dahulu. Jangan dirisaukan pesaing-pesaing yang tidak tulen yang tidak mempunyai tradisi tarbiyyah rohaniah dan tiada tradisi keintelektualan. Kita berwaspadalah dengan kerohanian yang tidak sihat – hati yang berpenyakit – fi qulubihim maradun. Ketakutan kita adalah apabila kita hilang barakah, apabila kita kehilangan keikhlasan. Apabila kita kehilangan akhlak, kehilangan ketaqwaan, kehilangan pekerti terpuji sebagai pekerja untuk Islam. Sebalik disuburkan sifatsifat tercela pula, kesombongan, takabbur. Kita survive selama ini adalah dengan keberkatan ini dan Allah swt boleh mencabutnya bila-bila kerana penyimpangan-penyimpangan kita. Kita hendaklah berhati-hati agar jangan kita hilang keberkatan ini. Bagaimana untuk kekal Relevan dan Trampil Gerakan ini perlu kaya dengan wawasan, idea dan fikrah baru. Ini akan hanya berlaku melalui tradisi ilmu yang kuat dan tradisi berfikir yang kuat. Kita tidak boleh malas dan lemah berfikir dan cuma mahu gelak ketawa sahaja. Jika hanya ingin gelak ketawa sahaja, mengadaplah Maharaja Lawak - jika kita bosan dengan keintelektualan dan kita hanya inginkan yang menghibur. Gerakan ini perlu kaya idea dan gagasan. Dulu kita arusperdanakan wacana sekularisasi, sekarang kita harus mengenengahkan political Islam, mengkaji hubungan di dalam sebuah negara - konsep kewarganegaraan – muwatinun, menjelaskan maqasid shariah – supaya tidak hanya terlalu obses dengan pematuhan hukum tanpa memikirkan objektif shariah tercapai, dan bagaimana membentuk, membina, mencorak Bangsa Malaysia yang plural – mengutarakan idea sahifah Madinah – Piagam yang memberi kerukunan perhubungan Muslim dan Non Muslim. Kita bukan kekeringan idea tetapi idea yang kita punyai itu lemah jentera penyebarannya dan kurang pemerataan di masyarakat. Kita juga bimbang jika terdapat kelesuan intelektual di kalangan kita. Contohnya,

18


apabila Ucapan Dasar tidak dibahaskan dengan sepatutnya. Apabila isi pemikirannya tidak dihadam dan dibahas dengan adil. Kita harapkan berlaku perbahasan pemikiran kita secara ilmiah dan intelektual, yang jarang terjadi, dan kita tidak perlukan perbahasan sekadar ucapan terima kasih. Apakah ada kelesuan budaya ilmu pada gerakan kita dan ke mana tumpuan kita, ini perlu muhasabah. Tarbiyyah rohaniah mesti diberikan tumpuan. Pembacaan tetap adalah “Tarbiyyah Ruhiyyah� karya Sa’id Hawwa– kita pelajari qalbun salim, pelajari mujahadah. Kita mengaji bukan membaca sahaja. Buku begini bukan untuk pembacaan di waktu lapang dan santai. Buku ini, tazkiyatunnafs perlu dipelajari dengan tunjuk ajar dan panduan. Usul tentang tarbiyyah ruhiyyah ini penting dilaksanakan pada program dan latihan, ia perlu diberikan perhatian khusus. Anak-anak muda kita sekarang berhadapan dengan segala macam godaan-godaan. Mereka memerlukan pedoman dan panduan serta dibina daya ketahanan rohani. Apa yang telah terjadi dulu pun ada kegagalan, dropouts yang gugur dari segi kerohanian, ketagihkan kehidupan mewah dan mengejar pangkat. Jika belum diuji, kita belum tahu dan bencana ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja.

(Catatan Ucapan Amanat Kepimpinan oleh Dr Siddiq Fadil, Presiden WADAH Pencerdasan Umat pada MPPW 2 di Teras Jernang)

19


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.