PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM) UNISEL BJ
RISALAH TARBAWI HIDUB BIAR BERJASA | EDISI 7| 2 SEPTEMBER 2015 | 18 ZULKAEDAH 1436
SURAH AL-MUJADILAH : 58 (CELAAN TERHADAP PERUNDINGAN RAHSIA UNTUK
Tadabbur Surah
MEMUSUHI ISLAM : 7-10)
Maksudnya ayat ke 7 : Tidakkah kamu perhatikan, bahawa Allah mengetahui apa yang ada dilangit dan apa yang ada dibumi? Tidak ada pembicaraan rahsia antara tiga orang, melainkan dialah yang keempatnya. Dan tidak ada yang kelima orang, melainkan dialah yang keenamnya. Dan tidak ada yang kurang daripada itu atau lebih banyak, melainkan dia pasti ada bersama memberitahu kepada mereka pada hari kiamat apa yang telah mereka kerjakan. Sesungguhnya Allah maha mengetahui segala sesuatu. Maksudnya ayat ke 8 : Tidaklah kamu perhatikan orang yang telah dilarang daripada perbuatan berbisik-bisik, kemudian mereka kembali mengerjakan larangan itu dan mereka berbisik-bisik untuk melakukan dosa, permusuhan dan derhaka kepada Rasul. Dan apabila mereka datang kepadamu (Muhammad), mereka mengucapkan salam dengan cara yang bukan seperti yang ditentukan Allah untukmu. Dan mereka mengatakan pada diri mereka sendiri. “(kalau benar Muhammad utusan Allah, maka) mengapa Allah tidak menyeksa kita atas apa yang kita katakan itu?� cukuplah bagi mereka neraka jahanam yang akan mereka masuki. Maka neraka itu seburuk-buruk tempat kembali. Maksudnya ayat ke 9 : Wahai orang yang beriman apabila kamu berbisik-bisik secara rahsia, janganlah kamu berbisik-bisik untuk melakukan dosa, permusuhan dan derhaka kepada Rasul. Tetapi berbisiklah tentang perbuatan kebajikan dan takwa. Dan bertakwalah kepada Allah yang kepadanya kamu akan dikumpulkan kembali. Maksudnya ayat ke 10 : Sesungguhnya perbuatan berbisik-bisik itu adalah termasuk (perbuatan) syaitan, agar orang yang beriman itu bersedih hati, sedangkan (bisikan) itu tidak memberi bencana sedikit pun kepada mereka, kecuali dengan izin Allah dan kepada Allah hendaknya orang yang beriman bertawakal.
1 Pkpimuniselbj@gmail.com
pkpimuniselbj.blogspot.com
Pkpim Uniselbj
Kesimpulan daripada ayat 7 hingga 10 menyebut dalam ayat yang ini menerangkan langit itu terdiri daripada tujuh tingkat. Bumi ini hanya satu bintang saja di antara berjuta-juta bintang di langit yang pertama atau langit dunia di dalam pengetahuan Tuhan. Demikian isi bumi ini! Yang kita ketahui ialah bahawa bumi tempat kita berdiam ini sangat besar, sedang diantaranya hanyalah seperlima yang daratan, yang empat perlima adalah lautan belaka. Itupun tidak kita ketahui semua, apa rahsia yang terkandung dalam bumi ini. Allah yang mengetahui segalanya. Seterusnya, diberi peringatan bahawa segala bisikan atau segala pertemuan bagaimana pun rahsianya Allah lebih mengetahuinya. Orang yang beriman akan berhati-hati dan akan menjaga keikhlasan mereka. Tetapi sebagai kita ketahui daripada negera madinah. Di sana terdapat orang-orang yang bersifat munafiq, lain di mulut lain di hati. Mereka telah diberi peringatan supaya bergaul dengan jujur, mereka telah dilarang main sembunyi-sembunyian. Supaya tidak menjadi buah mulut atau bisikan rahsia di antara mereka yang munafik. Bukan itu saja, mereka mencari berbagai jalan bagaimana supaya kewibawaan Rasul itu dapat dirosakkan. Dalam dosa itu termasuklah memfitnah, mengadu-ada dan melepaskan sakit hati. Contoh-contoh salam ini telah ditunjukkan oleh Rasulullah. Yang terkenal ialah �Assalaamu'alaikum," yang bererti moga-moga selamat sejahtera. Tetapi kata. Assalaam kalau disingkat dihilangkan Lamnya tinggal Assaam ertinya buruklah, celaka, mampus, dan racun. Di samping itu juga, seruan Allah yang disampaikan kepada sekalian hamba-Nya yang telah mengakui percaya kepada Tuhan. Kepada mereka hendak diperingatkan, bagaimana pula mereka kalau kerana sesuatu dan lain hal merasa perlu pula mengadakan musyawarat rahsia dalam bilangan terbatas. Janganlah meniru cara orang yang buruk daripada orang-orang kafir dan munafiq itu. Kerana kalau orang beriman bercakap terbatas secara rahsia. Berbuat kebaikan ialah dengan membuat jasa-jasa yang baik terhadap sesama manusia dan taqwa ialah merapatkan hubungan dengan Allah. Dihadapan Allah itulah setiap orang akan mempertanggungjawabkan segala amal dan usahanya.
2
Oleh itu, yang dimaksud dengan bisik rahsia dari syaitan ialah bisikan rahsia yang diperbuat oleh orang-orang yang penuh dosa, permusuhan terhadap kepada Rasul. Allah telah memberikan jaminan kepada orang-orang yang beriman dengan mengatakan sabdanya; Allah akan memberi pelindungan kepada orang yang beriman dari segala musuh dan bisikan orang munafik. Allah telah menyatakan meninggal dalam keadaan bertawakal kepada Allah adalah meninggal yang mulia dan meninggal yang jauh dari sikap ragu ragu. Oleh sebab itu bertawakal bukanlah semata-mata mengelakkan diri dari meninggal melainkan menerima apa saja yang ditentukan Tuhan, baik hidup atau pun mati .Lantaran itu maka dalam adab sopan santun, islam menjelaskan oleh Nabi saw. menurut sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Bukhairi dan Muslim dari Abdullah bin Umar bahwa Nabi bersabda; Ertinya kalau kita berkawan-kawan, misalnya sampai bertiga orang, janganlah pergi herbisik-bisik berdua, lalu ditinggalkan kawan yang seorang berdiri seorang diri. Kerana akan membawa kepada duka hatinya seakan-akan dia disisihkan. Seakan-akan ada rupanya rahsia yang dia tidak boleh tahu. Tetapi carilah waktu yang lain kalau dipandang pertemuan berdua itu sangat perlu.
Nukilan Oleh : Saudari Hazirah Binti Muhammad Rosli Ism (Kepujian) Pendidikan Awal Kanak-Kanak
3
HADIS 7 (AGAMA ITU NASIHAT)
Tafsiran Hadis 40
Diriwayatkan daripada Abu Ruqaiyyah Tamim ibn Aus al-Daarie R.A. bahawa sesungguhnya Nabi SAW telah bersabda: “ Agama itu adalah nasihat. Kami berkata: ‘Untuk siapa’? Baginda bersabda: “ Untuk Allah, untuk kitab-Nya, untuk RasulNya, untuk para lmam kaum muslimin dan untuk umat lslam seluruhnya. Riwayat Ahmad, Muslim Dan Abu Daud Pengajaran Hadis:
1. Agama itu nasihat atau agama adalah nasihat bermaksud bahawa nasihat sebagai tiang agama, maka harus selalu saling menasihati diantara sesama individu muslim.
2. Nasihat wajib dilakukan bersesuai dengan kemampuannya.
3. Agama lslam adalah agama nasihat iaitu agama yang berorientasikan nasihat sebagai teras pembinaan umat, menjaga perpaduan, mencipta kemajuan dan pembangunan, sama ada kemajuan duniawi ataupun pembangunan rohani. Membiarkan kerosakan terus berlaku atau perkara yang kurang baik dilaksanakan adalah bertentangan dengan konsep nasihat lslam.
4. lslam memperuntukkan hak memberi nasihat kepada semua penganutnya tanpa mengira kedudukan dan status. Nasihat yang diberikan meliputi golongan manusia sama ada pemerintah atau rakyat.
5. Nasihat untuk Allah, Kitab-Nya dan Rasul-Nya bererti beriman dengan semua perkara tersebut dan beramal berpandukan tuntutannya yang sebenar.
4
PEPERANGAN ZATUR RIQA’ Peperangan “Zatur Riqa’’ dinamakan Perang Zatur Riqa` kerana para tentera muslim membalut kakinya yang telah luka dengan potongan-potongan kain (riqa`). Daripada Abi Musa Al-Asya’ari R.A katanya : “Kami telah keluar bersama-sama Rasulullah S.A.W di satu peperangan kami berenam
orang bergilir-gilir menunggang seekor unta”. Tambanya lagi “Kami berjalan hingga pecah tapak kaki kami. Tapakku sendiri pun pecah, kukuku luruh, kami membalut kaki kami dengan kain buruk." (Riwayat Bukhari dan Muslim). Merupakan antara peperangan yang berlaku di zaman Nabi. Peperangan ini berlaku selepas berlakunya peperangan Khaibar. Peperangan ini berlaku disebabkan penipuan yang dilakukan oleh sebahagian besar Kabilah Arab Najdi disebabkan rasa iri hati mereka terhadap kemajuan serta perkembangan Islam khususnya yang berlaku di Madinah selepas Hijrah Nabi serta kaum Muhajirin. Golongan Arab Najdi yang hidup beribu tahun dengan budaya dan kepercayaan turun temurun mereka merasa tergugat dengan kehadiran Nabi s.a.w kerana agama Islam yang dibawa oleh baginda mendapat tempat di hati masyarakat Arab pada waktu itu. Umat Islam sering menang dalam peperangan lantaran mendapat sokongan yang kuat daripada masyarakat Arab pada waktu itu.
Nilai-nilai Islam yang tinggi menarik minat ramai yang tertarik dengan agama Islam. Namun begitu terdapat juga sebilangan yang menentang disebabkan beberapa pertentangan terhadap hawa nafsu terutama golongan-golomgam yang menentang beberapa pengharaman hukum yang dibuat seperti minum arak dan lain-lain. Golongan yang menentang Islam melakukan pelbagai cara termasuklah melakukan penipuan terhadap Nabi s.a.w. dan para sahabat, sebagaimana penipuan yang berlaku tujuh puluh orang pendakwah yang di hantar oleh Nabi s.a.w. ke Najd yang kesemuanya terkorban. Mereka perpura-pura hendak mempelajari Islam dan meminta Nabi menghantar pendakwah ke negeri mereka. Tetapi dipertengahan jalan, para pendakwah yang mereka minta itu diserang dan dibunuh.
Sirah Nabi
5
Peristiwa seperti itu kerap berlaku. Pengalaman pahit yang Nabi s.a.w dan para sabatnya lalui itu menyebabkan Nabi s.a.w. merancang untuk memerangi puak-puak yang mengkhianati kaum muslimin sebagai suatu pengajaran untuk mereka. Sikap Nabi s.a.w. yang sentiasa lemah lembut itu tidak bermakna membiarkan puak berkenaan yang cuba memijak kepala.
Hasil penyelidikan Nabi s.a.w. mendapati bahawa golongan yang banyak melakukan pengkhianatan terhadap nabi dan kaum
muslimin ialah dari puak suku kaum Muhariq dan bani Tsa’lab. Nabi
mengarahkan kaum muslimin untuk memerangi kaum pengkhianat tersebut setelah mendapatkan maklumat yang tepat tentang pengkhianatan mereka. Nabi turut serta dalam peperangan tersebut. Baginda s.a.w. melantik Abu Zarr al-Ghiffan untuk mentadbir dan mengurus Madinah dan rakyatnya ketika ketiadaan baginda sebelum baginda bersama tentera muslimin pergi ke perkampungan puak kuffar pengkhinat iaitu puak Muhariq dan bani Tsa’lab. Baginda sampai ke suatu tempat bernama Nahl di Najd dalam jajahan Ghatfan. Apabila puak Muhariq dan bani Tsa’lab mendapat tahu bahawa Nabi Muhammad dan tenteranya sedang berkemah di Nahl.
Mereka merasa gentar dan dan masing-masing mengalir peluh dingin. Rasa gerun dan takut menyebabkan mereka lari meninggalkan perkampungan masing-masing dan menghilangkan diri untuk mengelakkan diri dari bertembung dengan Nabi s.a.w. dan tentera muslimin. Itulah di antara tandatanda pertolongan Allah SWT kepada Rasul-Nya dan tentera muslimin, dengan melontar perasaan gerun dan takut di dalam hati puak musyrikin dan bani Muhariq. Sebagimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud,”sesungguhnya Allah Ta’ala telah menolongku dengan mencampakkan perasaan gerun dan takut di dalam hati orang-orang kafir. Mereka merasa cemas sebelum bertembung dengan aku.
Disediakan Oleh : Saudari Ummahatul Hamimah Binti Yatim Ism Mathematic And Statistic
6
LAPORAN TAMRIN QIYADI KEBANGSAAN Perwakilan daripada Universiti Selangor telah menghantar 8 orang terdiri daripada 4 orang lelaki dan 5 orang perempuan. Perjalanan kami telah memakan masa lebih 10 jam lebih kerana ditambah sesat dalam mencari Maahad Tarbiyyah Derang, Pokok Sena, Kedah Darul Aman yang sebenarnya kami sudah terlepas dari awal lagi ya itulah tamrin. Kami bermusafir tidaklah jauh sangat seperti Ibn Battutah tetapi diharapkan dengan amalan mencontohi golongon auliya’, Allah membimbing perwakilan yang hadir supaya lebih memahami jihad dari segi harta dan diri dengan lebih mendalam penghayatannya. Kami berbuka puasa di perhentian rehat di Semanggol dengan makanan cukup khasiatnya dan solat Jama’ Qasar di sana juga dan perjalanan diteruskan lagi dengan jarak perjalanan berbaki 100 KM. Dapat dibuktikan, semangat ukhwah antara perwakilan apabila sebelum kami berbuka puasa kami telah berkumpul semeja dengan duduk jarak-jarak dan berkongsi pengalaman masing-masing sepanjang perjalanan. Selain itu, Asyilla juga telah menunjukkan keprihatinan kepada Syeera yang sakit demam, hidungnya juga merah-kemerahan. Seterusnya juga, saya dapat berjumpa seorang junior yang sama Sekolah Menengah Sains Tapah, Perak Darul Ridzuan, Azman yang nama panggilannya ‘Bab’. Kami menanyakan perihal masing-masing tentang di mana dia belajar sekarang dan mengimbau kembali zaman persekolahan dulu dan akhir sekali saya telah ambil no telefon dia sebagai simpanan saya bertujuan sebagai hebahan program. Kami telah meneruskan perjalanan dan sampai di destinasi tepat jam 1.30 pagi, 4 Julai 2015. Kami disambut oleh saudara Khair selaku Timbalan Presiden PKPIM. Kami sempat melihat sesi pembentangan 2 kumpulan terakhir yang membentangkan Ucapan Dasar Muktamar Sanawi Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Kumpulan 1 telah membentangkan kepentingan (maqasid ‘sh-shari’ah) iaitu memelihara agama, jiwa, akal, ketururunan dan harta.
7
Dengan mengambil penjelasan Jaeer Auda(2014) dengan ayat la ikraha fi ad-din (tiada paksaan dalam agama), beliau menegaskan ayat ini sebenarnya menambah keimanan terhadap Umat Islam dan menerangkan agama Islam membawa kesejahteraan kepada seluruh manusia, Islam memelihara hak orang bukan Islam untuk menganut agama mereka, dengan kepercayaan mereka dan hak ini terjamin dalam syariah Islamiah. Di samping itu, memelihara jiwa pula diterangkan, Islam sangat membantah sekeraskerasnya orang yang dengan sengaja menjatuhkan martabat seorang Islam dengan tuduhan zina tanpa mendatangkan 4 orang saksi. Hukuman hudud dalam kategori Qazaf menanti dengan 80 kali sebatan. Memelihara akal pula, ditegaskan umat Islam kena paham konsep ahli sunnah wal jamaah dengan mendasar agar dapat menapis amalan songsang yang bersifat licik dan lemah. Selain itu, memelihara keturunan dengan memelihara institusi kekeluargaan dengan sang suami paham peranannya dalam keluarga dengan panduan pemahaman Islam yang wasttiyyah. Hukuman Hudud bagi zina mestilah diterjemahkan dalam aplikasi fizikal dengan lebih jelas kerana umat Islam sudah bersedia menerimanya dan semuanya terserah kepada pemerintah bagi menjalankan kajian secara berterusan atau Istiqamah bagi perlaksanaannya tercapai. Akhir sekali, memelihara harta dengan mengagihkan kekayaan ummat dengan seimbang dengan sistem zakat, infaq, dan sedekah dengan penyertaan seluruh Umat Islam untuk tujuan tersebut. Itulah tujuan atau objektif syariah itu diturunkan kepada umat Islam supaya kehidupan Umat Islam teratur dan disusun rapi berpusat kepada Ummat Centric dan Menggongkan Allah. Cerita- cerita Keimanan harus diceritakan kepada seluruh umat Islam bagi memastikan umat Islam tidak mudah terpengaruh dengan bisikan hawa nafsu yang lemah dan sementara sifatnya.
Disediakan Oleh : Saudari Siti Nur-Alia Binti Che Burhan ISM (Kepujian) Pendidikan Awal Kanak-Kanak
8
9
KEWUJUDAN GERAKAN KESEDARAN DI ASIA TENGGARA, ASIA SELATAN DAN ASIA TIMUR
Pada awal abad ke-19 dan abad ke-20 telah wujud semangat kebangsaan atau nasionalisme di Asia. Secara umumnya, nasionalisme bermakna melahirkan perasaan cintakan tanah air dalam usaha untuk membentuk sebuah negara bangsa. Perkataan nasionalisme berkait dengan dua perkara iaitu kewarganegaraan yang menuntut perpaduan politik dan kedaulatan kemerdekaan dan juga semangat patriotik yang bermakna cintakan tanah air. Nasionalisme juga boleh dikatakan sentimen kesetiaan atau simpati yang mengikat kumpulan masyarakat menerusi institusi dan budaya yang sama untuk mewujudkan perpaduan dikalangan mereka dan seterusnya mencapai pembentukan negara yang merdeka. Gerakan kesedaran wujud disebabkan oleh faktor-faktor tertentu. Antaranya ialah dari segi faktor agama. Buddha, Islam, Hindu dan Shinto merupakan agama yang mempunyai pengaruh yang kuat di Asia. Agama menjadi cara hidup mereka dan mengikat persaudaraan antara mereka. Kehadiran kuasa barat bukan sahaja motif keuntungan tetapi membawa agama mereka iaitu agama Kristian. Bagi penduduk rantau ini kehadiran agama Kristian merupakan tamparan hebat bagi agama mereka. Di Asia Tenggara misalnya di Myanmar, kemasukan pentadbiran British mengancam pengaruh agama Buddha di negara itu. Ancaman ini ketara pada sistem pendidikan agama Buddha yang semakin merosot. Golongan mubaligh Kristian juga cuba untuk sebar agama kristian dikalangan penduduk pedalaman seperti puak Chin dan Karen. Selain itu, orang British juga tidak menghormati agama Buddha apabila mereka menggunakan kasut di kuil Buddha. Ini seolah-olah mencemari kesucian agama Buddha. Ini menimbulkan kemarahan golongan sami Buddha. Golongan sami Buddha merupakan golongan pertama yang menyemarakkan semangat perpaduan dikalangan rakyat Myanmar. Penubuhan Persatuan Belia Agama Buddha telah merangsang semangat Nasianalisme seperti dalam peristiwa pertikaian kasut, menuntut pembaharuan dalam pemerintahan British dan pemogokan pelajar pada tahun 1920. Manakala peranan golongan Pongyi juga amat penting. Mereka merupakan golongan yang terlibat dalam gerakan menyokong pelajar dan memberi kesedaran kepada golongan petani diluar bandar. Di Asia Timur pula misalnya di China, agama Kristian dianggap sebagai agen penjajah, selain mencabar kepercayaan Conficius, Buddha dan adat resam penduduk tempatan. Kemaraan mubaligh kristian ini mendapat perlindungan daripada perjanjian yang dikenakan oleh kuasa barat.
10
Perjanjian Tienstin memberi kebenaran kepada golongan mubaligh untuk ke pedalaman China. Manakala Konvensyen Peking pada tahun 1860, membenarkan gerakan mubaligh menyewa dan membeli tanah untuk tujuan pembinaan gereja. Situasi ini seolah-olah mencabul kedaulatan China dengan memberi banyak kebebasan kepada golongan ini. Pembinaan gereja tidak mengikut Feng Shui menyebabkan kemarahan penduduk tempatan. Perasaan Antikristian menyebabkan stesen Mubaligh kristian di Yang Chow di bakar pada Ogos 1868. Peristiwa pembunuhan Mubaligh kristian Perancis, Abbe Auguste Chapdeline pada Februari 1868 dan pembunuhan beramai-ramai di Tienstin juga merupakan gerakan anti-kristian. Di Asia Selatan, contonya di India, pergerakan berunsur agama banyak meransangkan kebangkitan nasionalisme. Contohnya Ram Mohan Roy telah menubuhkan Brahmo Samaj. Pertubuhan ini menyarankan kepercayaan beliau dalam perpaduan tuhan dan penyingkiran pemujaan patung-patung. Pertubuhan ini membantu beliau dalam menghapuskan amalan sosial yang tidak berfaedah. Selain itu, pertubuhan Liga Islam berperanan dalam menegakkan hak asasi orang Islam. Selain itu, faktor lain ialah peranan bahasa dan kesusasteraan. Bahasa merupakan alat perpaduan dan alat komunikasi yang paling berkesan. Para nasionalis dimanamana negara selalu mengeksploitasikan peranan bahasa dan sastera sebagai alat menyalurkan idea nasionalisme demi mencapai kesedaran. Di Asia Tenggara misalnya di Vietnam, tulisan quoc-ngu iaitu tulisan ciptaan mubaligh kristian Katolik pada awal abad ke-17 membolehkan pembacaan dan pembelajaran bahasa Vietnam. Tulisan ini juga mempunyai peranan untuk memperkenalkan dan menterjemahkan perkataan Barat. Tambahan lagi tulisan ini juga senang dipelajari dan hanya mengambil masa beberapa minggu sahaja untuk menguasainya. Dari segi karya sastera, karya Phan Boi Chau cuba mendedahkan kelemahan masyarakat Vietnam dan penindasan yang dilakukan oleh pemerintah Perancis. Dalam buku beliau yang pertama iaitu Viet Nam Vong Quoc Su yang ditulis pada tahun 1905 menceritakan bagaimana Perancis menakluk Vietnam dan beliau menyeru penduduk bangkit melawan pemerintah. Sementara itu, dalam karya puisi beliau yang bertajuk Hai Ngoi Huyet Thu cuba mendedahkan sikap tidak peduli rakyat Vietnam tentang nasib negaranya. Oleh itu, beliau menyeru supaya semua lapisan masyarakat untuk bersatu dan melawan penjajah.
11
Di Asia Selatan pula, contohnya di China. Semasa Gerakan 4 Mei 1919, Hu Shih telah memulakan Gerakan Kesusasteraan dengan mengajak orang China untuk menggunakan dialek mereka sendiri iaitu pai-chua daripada menggunakan bahasa klasik we-yen dalam memahami kesusasteraan. Idea beliau cuba mengajak orang cina untuk memahami sendiri sastera tempatan tanpa bergantung kepada golongan sarjana. Disebalik saranan beliau, beliau mahu rakyat berfikiran terbuka dan tidak sahaja menerima pendapat atau suruhan daripada pihak berkuasa. Kesan daripada saranan beliau, ini telah membantu Gerakan 4 Mei 1919 di China yang membantah Perjanjian Versailes diPerancis. Terdapat juga seorang lagi tokoh China yang mempunyai idea menyedarkan masyarakat iaitu Lu Hsun. Beliau telah menerbitkan novel yang bertajuk Diary Of a Madman dalam tahun 1918. Novel ini membicarakan soal masalah yang dihadapi oleh masyarakat tempatan cina yang dikongkong oleh budaya statik. Dalam novel itu beliau cuba mencari jawapan tentang kelemahan China. Di Asia Selatan pula contohnya di India. India merupakan negara yang mempunyai kawasan yang besar dan luas. Penduduknya bertutur dalam pelbagai bahasa. Oleh itu, tidak ada ikatan yang boleh menyatukan penduduknya. Pengenalan bahasa Inggeris dalam kehidupan masyarakat India membawa satu harapan baru kepada penduduknya untuk bersatu. Faktor bahasa Inggeris ini menyatukan bukan setakat penduduk seagama tetapi juga rakyat India untuk bergerak dalam satu landasan untuk menuntut hak mereka daripada penjajah British. Bahasa Inggeris menjadi alat perpaduan yang memecahkan fahaman sempit dan sifat kewilayahan penduduk India. Faktor yang lain pula ialah pendidikan. Pendidikan memainkan peranan yang besar dalam menyedarkan bangsa yang dijajah. Pendidikan mendedahkan tentang kelemahan bangsa yang dijajah yang ketinggalan dalam semua aspek kehidupan. Dengan itu, pendidikan memberi ransangan kepada golongan terpelajar untuk menentang atau mendesak penjajah supaya melakukan reformasi keatas bangsa-bangsa yang dijajah. Di Asia Tenggara misalnya di Indonesia. Pendidikan yang disediakan oleh pihak Belanda menunjukkan sikap diskriminasi keatas penduduk tempatan.Golongan Pryayi mendapat pendidikan tersendiri dan diasingkan dengan rakyat biasa. Ini adalah usaha Belanda yang ingin memecahkan perpaduan dikalangan penduduk Indonesia. Namun begitu, Stovia ( School Tot Opleiding Van Indlandsche @ sekolah untuk latihan doktor pribumi ) yang disediakan untuk rakayat biasa yang menjadi pusat memupuk semangat nasionalisme.
12
Pelajarnya terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat seperti anak polis, guru, pegawai kerajaan, petani dan bangsawan. Mereka ini bukan sahaja datang dari Jawa malah dari Sulawesi,
Maluku
dan
Sumatera.
Oleh
itu,
tidak
hairanlah
mereka
dapat
bertemu
danberbincang tentang masalah penduduk Indonesia yang ditindas. Dengan itu lahirlah golongan pendidikan tempatan yang meneruskan usaha permodenan di China. Pada tahun 1910 an, pelajar yang menikmati pendidikan Barat dan Jepun mula kembali ke China. Mereka inilah yang menjadi pendorong kepada gerakan nasionalisme di China. Antara mereka ialah Chen Tu-hsiu, Lu Hsun dan Hu Shih yang telah mencari idea yang sesuai bagi negara mereka untuk melakukan reformasi kearah permodenan yang seiring dengan Barat dan Jepun. Manakala diperingkat negeri pula, Universiti Peking (Peita) yang ditubuh semasa Reformasi Seratus
Hari(1898)
untuk
membina
semangat
nasionalisme
dikalangan
pelajarnya.
Bersambung...
Disediakan Oleh : Saudara Muhammad Fakhrul Amiruddin Bin Hamdan ISM (Kepujian) Teknologi Industri
13