PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM) UNISEL BJ
RISALAH TARBAWI HIDUB BIAR BERJASA | EDISI 8 | 6 JANUARI 2016 |25 RABIULAWWAL 1437H
TAFSIRAN HADIS 40
HADIS 8 (KEHORMATAN MUSLIM)
Daripada lbnu 'Umar r.a. عنهما هللا رضيbahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Aku telah diperintahkan supaya memerangi manusia sehingga mereka naik saksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Muhammad utusan Allah, sehingga mereka mendirikan sembahyang dan membayar zakat. Apabila
mereka
telah
berbuat
demikian,
maka
mereka
telah
memelihara darah mereka dan harta mereka daripada aku, melainkan dengan hak lslam, dan hisab perhitungan amal mereka terserah kepada Allah Ta'ala. Hadis Riwayat Al-Lmam Al-Bukhari Dan Muslim.
1 Pkpimuniselb@g mail.co m
pkpimuniselbj.blog spot.com
Pkpim Uniselbj
Pokok Perbincaan Hadis : 1. Pemerintahan dibolehkan memerangi orang yang enggan membayar zakat. 2. Diperbolehkannya untuk membunuh orang yang mengingkari solat dan memerangi mereka yang menolak untuk membayar zakat. 3. Tidak diperbolehkan untuk berlaku sewenang-wenangnya terhadap harta dan darah kaun muslim. 4. Diperbolehkan hukuman mati bagi setiap muslim jika dia melakukan perbuatan yang menuntut dijatuhkannya hukuman seperti : berzina bagi orang yang sudah menikah, membunuh orang lain dengan sengaja dan meninggalkan agamanya. 5. Tidak mengkafirikan pelaku bid’ah yang menyatakan keesaan Allah dan menjalankan syariatnya. 6. Di dalamnya terdapat dalil bahawa diterimanya amal yang zahir dan menghukum berdasarkan sesuatu yang zahir sementara yang tersebunyi terserah kepada Allah.
2
SURAH AL-BAQARAH (AYAT 3-5)
“Mereka yang percaya kepada yang ghaib, dan mereka yang mendirikan sembahyang, dan dari apa yang Kami anugerahkan kepada mereka, mereka dermakan." (AYAT 3) Percaya Pada Yang Ghaib Mendirikan Solat Menderma/Membantu Perkara ghaib ialah yang tidak dapat disaksikan oleh pancaindera; tidak nampak oleh mata, tidak terdengar oleh telinga. Tetapi dapat dirasakan kewujudannya oleh akal. Cth: Percaya kepada Allah, percaya akan adanya hari pembalasan, kiamat. Iman yang bererti percaya , iaitu pengakuan hati yang terbukti dengan perbuatan yang diucapkan oleh lidah rnenjadi keyakinan hidup. Maka iman akan yang ghaib itulah tanda pertama atau syarat pertama dari takwa tadi. Kita sudah tahu bahawa manusia itu dua juga coraknya; 1) Orang yang hanya percaya kepada benda yang nyata, dan tidak mengakui bahawa ada pula di balik kenyataan ini sesuatu yang lain. Mereka tidak percaya ada Tuhan atau Malaikat, dan dengan sendirinya mereka tidak percaya akan ada lagi hidup akhirat itu. Malahan terhadap adanya nyawa pun, atau roh, mereka tidak percaya. Orang yang seperti ini nescay a tidak akan dapat mengambil petunjuk dari al-Qur'an. Bagi mereka koran pembungkus gula sama saja dengan al-Qur'an. 2) Orang yang percaya kepada perkara ghaib. Bertambah banyak pengalaman dalam arena penghidupan, bertambah mendalamlah kepercayaan mereka kepada yang ghaib itu. Itupun termasuk iman kepada yang ghaib. Maka tersebutlah pada sebuah hadits yang dirawikan oleh Imam Ahmad, ad-Darimi, al¬Baqawardi dan Ibnu Qani di dalam Majma' ush Shahabah, dan ikut juga merawikan Imam Bukhari di dalam Tarikhnya, dan At Thabarani dan al-Hakim, mereka meriwayatkan daripada Abi Jum'ah al-Anshari:
TADABBUR SURAH
3
"Berkata dia (Abu Jum 'ah al-Anshari) : Aku bertanya ; Ya RasuluÂŹllah ! Adakah suatu kaum yang lebih besar pahalanya daripada kami, padahal kami beriman kepada engkau dan kami mengikuti akan engkau ? Berkatalah beliau : Apalah akan halangannya bagi kamu (buat beriman kepadaku), sedang Rasulullah ada di hadapan kamu, dan datang kepada kamu wahyu (langsung) dari langit. Tetapi akan ada lagi suatu kaum yang akan datang sesudah kamu, datang kepada mereka Kitab Allah yang ditulis di antara dua Luh, maka mereka pun beriman kepadaku dan mereka amalkan apa yang tersebut di dalamnya. Mereka itu adalah lebih besar pahalanya daripada kamu. " Kita tidak melihat wajah beliau. Bagi kita beliau adalah ghaib. Kita hanya mendengar berita dan sejarah beliau atau bekas-bekas tempat beliau hidup di Mekkah, namun bagi setengah orang yang beriman, demikian cintanya kepada Rasulullah, sehingga dia merasa seakan-akan Rasulullah itu tetap hidup, bahkan kadang-kadang titik air matanya kerana terkenang akan Rasulullah dan ingin menjadi umatnya yang baik dan patuh, ingin mengerjakan sunnahnya dan memberikan segenap hidup untuk melanjutkan agamanya. Maka orang beginipun termasuk orang yang mendalam keimanannya kepada yang ghaib. Maka keimanan kepada yang ghaib dengan sendirinya diturutinya dengan mendirikan sembahyang. Tegasnya kalau mulut telah tegas mengatakan iman kepada Allah, Malaikat, Hari Kemudian, Rasul yang tidak pernah dilihat dengan mata, maka bila panggilan sembahyang datang, bila azan telah terdengar, diapun bangkit sekali buat mendirikan sembahyang. Kerana hubungan di antara pengakuan hati dengan mulut tidak mungkin putus dengan perbuatan. Waktu datang panggilan sembahyang itulah ujian yang sangat tepat buat mengukur iman kita. Adakah tergerak hati ketika mendengar azan? Atau timbulkah malas atau seakan-akan tidak tahu? Maka jika waktu sembahyang telah datang dan kita tidak peduli juga, tandanya iman belum ada, tandanya tidak ada kepatuhan dan ketaatan. Dan itu diujikan kepada kita lima kali sehari semalam. "Iman ialah kata dan perbuatan, lantaran itu dia bisa bertambah dan bisa kurang. " Dan sembahyang itu bukan semata dikerjakan. Di dalam alÂŹQur'an atau di dalam hadits tidak pernah tersebut suruhan mengerjakan sembahyang, melainkan mendirikan sembahyang.
4
Tandanya sembahyang itu wajib dikerjakan dengan kesadaran, bukan sebagai mesin yang bergerak saja. Keterangan tentang sembahyang akan berkali -kali berjumpa dalam al-Qur째an kelak. Dan setelah mereka buktikan iman dengan sembahyang, merekapun mendermakan rezeki yang diberikan Allah kepada mereka. Itulah tingkat ketiga atau syarat ketiga dari pengakuan iman. Ditingkat pertama percaya kepada yang ghaib dan kepercayaan kepada yang ghaib dibuktikan dengan sembahyang, sebab hatinya dihadapkannya kepada Allah yang diimaninya. Maka dengan kesukaan memberi, berderma, bersedekah, membantu dan menolong, imannya telah dibuktikannya pula kepada masyarakat. Orang mukmin tidak mungkin hidup nafsi-nafsi dalam dunia. Orang mukmin tidak mungkin menjadi budak dari benda, sehingga dia lebih mencintai benda pemberian Allah itu daripada sesamanya rnanusia. Orang yang mukmin apabila dia ada kemampuan, kerana imannya sangatlah dia percaya bahawa dia hanya saluran saja dari Tuhan untuk membantu hamba Allah yang lemah.
"Dan Orang-orang yang percaya kepada apa yang diturunkan kepada engkau." (PANGKAL AYAT 4). Nescaya baru sempurna iman itu kalau percaya kepada apa yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S. A.W sebagai iman dan ikutan. Percaya kepada Allah dengan sendirinya pastilah menimbulkan percaya kepada peraturan-peraturan yang diturunkan kepada Utusan Allah, lantaran itu percaya kepada Muhammad S.A.W itu sendiri, percaya kepada wahyu dan percaya kepada contoh-contoh yang beliau bawakan dengan sunnahnya, baik kata -katanya, atau perbuatannya ataupun perbuatan orang lain yang tidak dicelanya. Dengan demikianlah baru iman yang telah tumbuh tadi terpimpin dengan baik.
"Dan apa yang diturunkan sebelum engkau . " Yakni percaya pula bahawa sebelum Nabi Muhammad S. A.W tidak berbeza pandangan kita kepada Nuh atau Ibrahim, Musa atau Isa dan Nabi-nabi yang lain. Semua adalah Nabi kita!. Lantaran itu pula tidak berbeza pandangan orang mukmin itu terhadap sesama manusia. Bahkan adalah manusia itu umat yang satu. Dengan demikian, kalau iman kita kepada Allah telah tumbuh, tidaklah mungkin seorang mukmin itu hanya mementingkan golongan, lalu memandang rendah golongan yang lain. Mereka mencari titik-titik pertemuan dengan orang yang berbeza agama, dalam satu kepercayaan kepada Allah Yang Tunggal tidak terbilang.
5
Dan tidaklah mungkin mereka mengaku beriman kepada Allah, tetapi peraturan hidup tidak mereka ambil dari apa yang diturunkan Allah. Bahkan kitab-kitab suci yang manapun yang mereka baca, Taurat maupun Injil, mukmin yang sejati akan bertemu di dalamnya mana yang mereka punya, sebab kebenaran hanyalah satu. Dan demikian memancarlah Nur atau cahaya daripada iman mereka itu, dan mencahayai kepada yang lain. Sebab pegangan mereka adalah pegangan yang satu. Dan sebagai kunci ayat, Allah SWT bersabda :
“Dan kepada akhirat mereka yakin " (HUJUNG AYAT 4 ) Inilah kunci penyempurna iman. Iaitu keyakinan bahawa hidup tidaklah selesai hingga hari ini, melainkan masih ada sambungannya. Sebab itu maka hidup seorang mukmin terus dipenuhi oleh harapan bukan oleh kemuraman; terus optimis, tidak ada pesimis. Seorang mukmin yakin Ada Hari Esok! Kepercayaan akan Hari Akhirat mengandungi : 1. Apa yang kita kerjakan di dunia ini adalah dengan tanggungjawab yang penuh. Bukan tanggungjawab kepada manusia, tetapi kepada Tuhan yang selalu melihat kita, walaupun sedang kita berada sendirian. Semuanya akan kita pertanggungjawabkan kelak di akhirat. Tanggungjawab bukan jawab yang tanggung. 2.. Kepercayaan kepada akhirat meyakinkan kita bahwa apa-apapun peraturan atau susunan yang berlaku dalam alam dunia ini tidaklah akan kekal; semuanya bergantian, semuanya berputar, dan yang kekal hanyalah peraturan kekal dari Allah, sampai dunia itu sendiri hancur binasa. 3. Setelah hancur alam yang ini; `I'uhan akan menciptakan alam yang lain, langimya lain, buminya lain, dan manusia dipanggil buat hidup kembali di dalam alam yang baru dicipta itu dan akan ditentukan tempatnya sesudah penyaringan dan perhitungan amal didunia. 4. Syurga untuk yang lebih berat amal baiknya. Neraka untuk yang lebih berat amal jahatnya. Dan semuanya dilakukan dengan adil.
6
5. Kepercayaan akan Hari Akhirat memberikan satu pandangan khas tentang menilai bahagia atau celaka manusia. Bukan orang yang hidup mewah dengan harta benda, yang gagah berani dan tercapai apa yang dia inginkan, bukan itu ukuran orang yang berjaya. Dan bukan pula kerana seorang hidup susah, kehidupan yang daif dan menderita yang menjadi ukuran untuk menyatakan bahawa seorang celaka. Tetapi kejayaan yang hakiki adalah pada nilai iman dan takwa disisi Allah, dihari kiamat. Yang semulia-mulia kamu disisi Allah ialah yang setakwa -takwa kamu kepada Allah. Sebab itu tersimpullah semua kepada ayat yang berikutnya :
"Mereka itulah yang berada di atas petunjuk dari Tuhan mereka, dan mereka itulah orang-orang yang beroleh kejayaan. " (AYAT 5) Mereka yang beriman sentiasa berada di atas jalan yang benar dan beroleh kejayaan di dunia mahupun di akhirat kelak.
DISEDIAKAN OLEH :SAUDARI SITI NUR-ALIA BINTI CHE BURHAN ISM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
7
PERISTIWA TAHUN BERGAJAH
Tahun bergajah merupakan tahun yang bersejarah bagi umat Islam dimana pada ketika itu telah lahirnya seorang Nabi yang bernama Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim. Beliau lahir pada 12 Rabiul Awal bersamaan dengan 20 April 571M. Dinamakan tahun Gajah kerana pada waktu itu bala tentara Abrahah dari Yaman untuk menyerang dan menghancurkan Ka’bah. Tambahan pula, tentera-tentera Abrahah telah menyerang Mekah dengan menaiki Gajah. Raja Abrahah ingin menyerang Mekah kerana sebelum peristiswa tersebut, beliau telah menghancurkan kerajaan Dzu Nuwas yang beragama Yahudi kerana terlalu marah dengan sikap mereka dimana orang-orang Yahudi telah melakukan kekerasan dan kekejaman kepada orang-orang Nasrani untuk memeluk agama Yahudi. Maka dengan itu, Raja Abrahah dengan mudah telah menghancurkan pertahanan Dzu Nuwas dan menakluki kota Yaman. Beliau juga telah membina sebuah gereja yang megah dan besar di San’a, Yaman dengan tujuan untuk mengalihkan perhatian orang Yaman dari Ka’abah. Tapi malangnya, gereja beliau tidak mendapat sambutan dari penduduk Yaman kerana mereka masih berkiblatkan dan menziarahi Ka’abah yang telah dibina oleh Nabi Ibrahim A.S. Raja Abrahah amat kesal dan marah melihat gerejanya tidak mendapat perhatian dan angan-angannyan untuk menjadikan bangunan itu sebagai pengganti Ka’abah meleset. Maka berangkatlah Raja Abrahah dan tentera bergajahnya ke Kota Mekah serta didampingi oleh seorang penasihat dan penunjuk jalan yang bernama Abu Rughal.
SIRAH NABI
8
Ketika di dalam perjalanan yang bernama Almugghammas yang terletak dipersimpangan jalan Thai’if dan Mekah, Raja Abrahah telah memerintahkan tenteranya untuk merampas barang keperluan dan herta milik penduduk Tuhamah dari suku Quraisy. 200 ekor unta milik Abdul Muthalib bin Hasyim. Melihat pasukan tentera Raja Abrahah sangat begitu besar, maka kaum Quraisy tidak mampu untuk melawan. Raja Abrahah telah mengirimkan seorang pengikutnya untuk menemui Abdul Muthalib, Pemimpin Mekah, dengan pesan bahwa mereka datang bukan untuk berperang, melainkan hanya untuk menghancurkan Ka’bah. Ketika mendengar bahwa tujuan Raja Abrahah tidak untuk berperang maka Abdul Muthalib pergi ke markas Raja Abrahah di telah dihantar oleh anak-anaknya dan beberapa pemuda Quraisy. Melihat Abdul Muthalib yang bertubuh tegap dan tampan Raja Abrahah turun dari tahtahnnya menyambut dengan hormat, dan duduk bersama-sama dengan tamunya itu. Abdul Muthalib menjawab segala pertanyaan yang telah ditanyakan oleh Raja Abrahah mengenai kedatangannya itu, bahwa dia datang untuk mengambil dua ratus ternaknya yang dirampas untuk dikembalikan. Secara ringkasnya, pemuda Quraisy kemudian telah menawarkan sepertiga dari hartanya dengan syarat Raja Abrahah tidak mengganggu Ka’bah. namun permintaan itu ditolak mentah. Kemudian Abdul Muthalib telah kembali ke Mekah dan memerintahkan semua penduduk untuk keluar dari Mekah agar tidak menjadi korban pasukan Raja Abrahah. Selepas itu mereka berdoa supaya diberi perlindungan agar kota Mekah dilindungi. Setelah Kota Mekah sunyi, Raja Abrahah telah menggerakkan pasukannya untuk siap menuju Mekah dan menghancurkan Ka’bah. Akan tetapi, pada ketika itu pasukannya telah dihujani batu yang dibawa oleh sekumpulan burung besar yang bernama Ababil. Burung Ababil tersebut telah menjatuhkan batu-batu dari neraka kepada tentera-tentera bergajah.
NUKILAN OLEH : * SAUDARI SITI HAJAR HARNANI BINTI ISHAK * ISM PENDIDIKAN PENGAJIAN ISLAM
9
KRISIS PENDIDIKAN MASA KINI 1) Politisasi dan Kormesialisasi yang melampau-lampau telah mengakibatkan pendidikan kehilangan esensinya (fungsi) sebagai proses pengutuhan dan penyempurnaan insan. Krisis ini telah meledakkan kritikan tajam dari pelbagai penjuru dunia. 2) Sudah sejak lama Paolo Friere mendedahkan penyimpangan pendidikan telah menjadikan proses dehumanisasi oleh penguasa demi kekuasaanya. Everett Riemer mengishtiharkan bahawa sekolah telah mati. Harry R. Lewis mengkritik pendidikan Havard adalah kecermelangan tanpa roh. Seperti juga Margared yg ingin cucunya pintar dan kerana itu, ia tidak menyekolahkannya. 3) Di Indonesia ketika ini, kita telah menemukan senarai panjang buku -buku yang menyuarakn seolah-olah kehilangan kepercayaan terhadap sistem pendidikan seperti buku Politik Pendidikan Penguasa (Benny Susetyo), Pendidikan Yang Memiskinkan dan Pendidikan Rusak-Rusakan ( Darmaningtyas), Orang Miskin Dilarang Sekolah (Eko Prasetyo), juga dalam buku, Lebih Baik Tak Sekolah (Sujono Samba) sert a sindiran sinis yg amat terkesan dari judul buku Selamat Tinggal Sekolah (Yusran Pora). 4) Keresahan terhadap pendidikan yg sudah tidak mendidik itu tidak hanya tertuang dalam karya tulis, tetapi juga menjelma dalam rupa amal nyata iaitu pembinaan institu si - institusi pendidikan alternatif yang bersemangat pembebasan. Institusi ini terhasil dari kekecewaan segelintir pejuang pendidikan terhadap sistem pendidikan konvensional ala penjajahan versi baru yg tidak mendidik manusia merdeka, tidak membina watak manusia, dan tidak membangun daya fikir anak bangsa.
CATATAN RINGKAS 10
5) Sebagai contoh institusi yang bersemangat pembebasan yg t elah didirikan oleh seorang Pastor, Sasterwan, dan Pejuang Pendidikan iaitu Yusuf Bilyarta Mangunawijaya. Untuk membebaskan generasi muda dari pendidikan berorentasikan kemiliteran, indoktrinasi, arahan, kepatuhan dan hafalan, perlu untuk persekolahan ala pendidikan pembebasan. 6) Segala yang terjadi dalam dunia pendidikan masa kini perlu dilihat dari konteks misi suci Tahriry-Tanwiry (pembebasan dn Pencerahan). Kerana itu, perlu ada keberanian dalam membangunkan institusi alternatif bersemangat membebas, memperkasa dan mencerahkan. 7) Selama ini yang terhasil dari sistem pendidikan Konvensional rata-rata hanya generasi yang lemah, meminta-minta pekerjaan, t idak mampu mencipta pekerjaan, dan t idak mandiri. Anak-anak kita hanya diasuh menjadi generasi penakut, mementingkan diri, hipokrit, dan berpandangan sempit. 8) Tidak sedikit pula yang mengalami pemandulan daya kreatif, penumpulan sikap kritis, dan tidak lagi memiliki idealisme. Sebahagiannya hanya bercita-cita menjadi "Jongos Terhormat" yang bangga menjadi "Budak Suruhan" Penguasa. Sekian‌
Sumber Rujukan : Buku : Islam Dan Melayu, Martabat Umat Daulat Rakyat Penulis : Prof Dato Dr Siddiq Fadzil
Disediakan oleh :Saudari Mohammad Tirmizi Bin Abd Manaf ISM Pendidikan Awal Kanak-Kanak
11
GENERASI MUDA DAN PERUBAHAN KARYA SYEIKH FATHI YAKAN
Pemuda Islam perlu melakukan perubahan bagi menghadapi cabaran zaman dan menghadapi gelombang materialism dan atheism mengancam kewujudan Islam. Falsafah Perubahan Islam Falsafah perubahan dalam Islam seperti kata-kata Rubie’ bin Amir kepada Rustam ketua angkatan bersenjata Parsi apabila ditanya sebab kemaraan orang-orang Islam :
"Allah mendatangkan kami bagi mengeluarkan hamba-hamba (manusia-manusia) dari menjadi hamba kepada hamba (manusia) supaya menjadi hamba kepada Allah yang Maha Esa lagi Maha Perkasa. Dari kesempitan dunia kepada dunia yang lebih luas. Dari kezaliman beragama kepada keadilan Islam. Maka kami diutus dengan agama Allah kepada mahluk Nya untuk menyeru mereka kepada Allah. Maka barangsiapa yang menerima, kami menerima mereka dan tinggalkan mereka di tanahair mereka dan sesiapa yang enggan kami perangi sehinggalah kamu menyahut seruan Allah yang dijanjikan." Ciri-Ciri Perubahan Islam 1) Perubahan menyeluruh - Perubahan dari segi sosial, ekonomi, politik dan aqidah termasuk tabiat. - Perubahan Islam mestilah dengan mempersiapakan faktor-faktor dan sendi-sendi membolehkan terbangunnya masyarakat di atas asas-asas itu 2) Perubahan aqidah - Aqidah islamiah menentukan tabiat dan manhaj perubahan. Garis yang membataskan polisi kepada 2 tonggak asasi i.
betul tujuan / matlamat ingin dicapainya
ii.
betul wasilah dan terjamin dari segi syara’ dan bersesuaian roh islam
12
3) Perubahan berperimanusiaan - Tidak menuju kebaikan dengan melalui jalan keburukan dan sebagainya. - Islam menunjukan sifat rahmat dan berperimanusiaan banyak peristiwa Perubahan Dalam Kefahaman Aliran-Aliran Lain a) Fahaman Komunis - Perubahan daripada hasad dengki golongan pekerja buruh dan proletariat (kelas bawah) - Dengan menggunakan pelbagai cara dan jalan (wasilah ) menyeleweng tercapai sebuah masyarakat komunis. (penipuan, tipu helah dan penyesatan : Lenin) b) Fahaman Revolusi Perancis - Menentang kezaliman social dan penguasaan politik yang menggunakan jalan dan wasilah tidak mulia dan menyalahi slogan dan prinsip dilaungkan c) Protokol Zionis Yahudi - Mengharuskan segala perubahan kejam dan tindakan merosakan demi membangunkan kerajaan Yahuza
Dalam Protokol (Zionis) Pertama, "Politik tidak sedikitpun bersesuaian dengan akhlak, dan pemerintah yang terikat dengan akhlak bukanlah politikus yang baik. Tujuan menghalalkan cara. Maka kita hendaklah meletakkan perencanaan kita tanpa menoleh apakah ia baik atau berakhlak, apa yang penting ialah sejauh mana kepentingan dan faedahnya." Dalam Protokol Ketiga, "Kita perlu memerintah beberapa puak dengan mengeksploitasikan perasaan hasad dengan menyalakan permusuhan mereka dengan kesempitan hidup dan kemiskinan. Perasaan ini ialah wasilah kita yang membolehkan kita menyapu (menghapuskan) setiap mereka yang menyekat tujuan kita." d) Dunia Arab - Tidak asaskan aqidah, tidak berasaskan akhlak dan tidak berperimanusiaan. - Sifat patriotism, nasiaolisme, kepuakan dan sebagainya. - Perubahan menyeleweng dan menyimpang. Pemahaman Tentang Perubahan Islam
13
Pemahaman Tentang Perubahan Islam - Meruntuhkan asas masyarakat jahiliah sudut pemikiran, perundangan, prinsip-prinsip ke arah islamiyah. - Melaksanakan UBUDIYAH manusia kepada Allah dalam urusan individu dan awam. - Perubahan Islam = perubahan akar umbi menyeluruh dan mencabut segala ‘kayan’ jahiliah . - Penting melepaskan Islam keadaan yang ada, supaya Islam dapat mengambil pimpinan menunjuk dunia kepada hidayah serta melepaskan manusia dari kehilangan pegangan terkapai-kapai.
"Tentang apapun kamu berselisih, maka putusannya terserah kepada Allah. Itulah Allah tuhanku. KepadaNya aku bertawakkal dan kepadaNyalah aku kembali." S 42.10
Apakah Ertinya Tercapai Perubahan Islam - Perubahan Islam bersasarkan aqidah Islam dan tidak boleh berdiri atas asas aqidah lain. Melalui manhaj dan sistem tiada tandingan serta kuasa ketiga tidak dapat ditandingi. - Mengerakan semua kuasa dunia memberhentikannya.
Disediakan Oleh : Saudari Siti Khadijah Wong Sook Li ISM Pendidikan Awal Kanak-Kanak
14
PERUTUSAN PRESIDEN
l
PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA: LANGKAHAN KE DEPAN DAN HAMBATAN BAHARU Saudara-saudaraku yang berjasa, PKPIM sebagai sebuah pertubuhan pelajar sentiasa peduli dengan nasib dan masa depan pendidikan anak bangsa. Kami yakin bahawa bangsa ini hanya boleh maju dengan pendidikan yang baik. Justeru, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013-2025) yang dirangka oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) adalah suatu pelan yang perlu diberi perhatian, memandangkan ia masih di peringkat percubaan walaupun dua tahun lebih telah berlalu. Baru-baru ini, KPM telah melancarkan suatu program baharu dalam rangka memperkukuh Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar, dikenali sebagai Dual Language Program (DLP). Agak mengecewakan apabila program ini menghidupkan kembali Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang sudah dijanjikan oleh KPM sendiri untuk dimansuhkan keseluruhannya. PKPIM dalam beberapa siri kenyataan media sebelum ini (rujuk Kenyataan Media PKPIM bertarikh 06 November 2015: "PKPIM GESA KERAJAAN HENT IKAN PROGRAM DWIBAHASA DLP") telahpun bertanya secara langsung kepada KPM berhubung isu ini. Malah pertemuan PKPIM dengan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia telah diadakan pada 29 Disember 2015 yang lalu bagi menyuarakan isu ini secara bersemuka. Justeru, PKPIM masih lagi dengan pendiriannya, sejak pelan awal PPPM dilancarkan pada September 2012, supaya KPM kembali meneliti syor rakyat dan jangan tergesa-gesa dalam implementasi sesuatu perkara baharu. Pendidikan bukan sesuatu yang boleh diperjudikan. Ia adalah masa depan anak bangsa dan negara ini.
15
GURU INSAN TERPILIH: MEWARISI TUGAS RASULULLAH Dalam konteks pendidikan yang berkualiti, guru memainkan peranan penting. Justeru kebajikan guru perlu dititikberatkan. Mereka berkorban masa dan tenaga dalam mendidik dan memandaikan anak bangsa. Oleh yang demikian, mereka wajar dilayan dengan setimpal.
Buat para guru, anda adalah
orang-orang terpilih yang mengemban tugasan berat, menyampaikan ilmu, mendidik pelajar jadi manusia berguna. Justeru, didiklah dengan jiwa. Sekolah bukan tempat menimpakan stres dan tekanan, tetapi sekolah adalah 'syurga' kerana di dalamnya ada ilmu, ada kasih sayang dan ada keberkatan. Kenangilah sabdaan Ar-Rasul S.A.W:
"Orang yang berkasih sayang, akan disayangi oleh Allah Yang Maha Pengasih. Kasihilah penduduk bumi, engkau akan dikasihi penduduk langit (para malaikat)." Memang para Nabi dan Rasul ditugaskan menjadi guru: "Sesungguhnya aku diutuskan sebagai guru". Justeru, menjadi guru adalah warisan tugasan Nabi S.A.W. Ada dua ciri seorang guru yang baik: i) 'Human Transformer' dan ii) 'Culture Builder'. Mudah-mudahan Allah memelihara kalian yang menjadi guru, dan memelihara para guru kami.
KHATIMAH: ORANG BERIMAN KUAT BERUSAHA Buat akhirnya, berusahalah kita semua bagi mencapai kejayaan. Allah akan menilai usaha kita dan mengganjarinya dengan setimpal. Orang beriman memanifestasikan keimanannya dalam kehidupan dengan usaha yang bersungguh-sungguh. InshaAllah, berjaya dunia akhirat. Semoga berada dalam rahmat Allah. Sesungguhnya pesan-pesan ini adalah untuk kalian, warga jamaah dan aktivis PKPIM seluruh negara.
Semoga Allah memberkati.
Wallahua'lam.
Wassalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh.
MOHAMMAD FAZRIL BIN MOHD SALEH Presiden, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) 04 Januari 2016/ 23 Rabiulawwal 1437H
16
17