PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM) UNISEL BJ 1
RISALAH USRAH BUKAN DICARI TAPI MENCARI | EIDISI 1 | 2 FEBRUARI 2015 | ISNIN
G R U P
R U K U N U S R A H 3 TA’ OLEH : SITI HAJAR HARNANI BINTI ISHAK > DIPLOMA PENDIDIKAN (PENGAJIAN ISLAM) > SEMESTER 8 > BIRO DAKWAH DAN TARBIAH
Jangan ada minggu yang berlalu tanpa hadir usrah. Yakinlah dengan hadir usrah hidup lebih terarah. Jangan ada hati yang berlalu tanpa bersedekah. Yakinlah dengan sedekah hidup “disaluti barakah”. Insya Allah
Ustaz Mohd Naim Mohd Nooor. Timb.Presiden ABIM
Usrah merupakan tonggak utama didalam setiap gerakan Islam. Usrah bukanlah suatu majlis ilmu semata-mata tetapi ia merupakan suatu majlis bagi meningkatkan komitmen kepada Islam dan membincangkan masalah organisasi di dalam jemaah. Sesungguhnya, usrah adalah sebuah nizam yakni SISTEM. Manakala liqa' iaitu perjumpaan mingguan hanyalah salah satu daripada programnya. Andaikata sistem ini lemah, nescaya ia akan melemahkan sesebuah gerakan Islam yang menjadikan tarbiyah sebagai asasnya. Hassan Al-Banna telah berkata: "Berusahalah supaya anda menjadi sebahagian daripada batu-bata yang baik dalam binaan Islam ini". Usrah bermaksud keluarga. Dari segi istilah, usrah bermaksud kumpulan individu muslim yang beriman dengan Allah S.W.T. berusaha tolong - menolong antara satu sama lain untuk memahami dan menghayati Islam. Usrah membentuk satu ikatan perpaduan yang dibina atas dasar aqidah Islam dan terjalin dengan suatu ikatan persaudaraan Islam (ukhuwwah Islamiyyah). Usrah juga merupakan medan tarbiyyah dalam usaha membentuk generasi yang sanggup hidup dan mati memperjuangkan Islam. Sejarah usrah telah bermula pada zaman Rasulullah S.A.W. apabila pemeluk Islam meningkat kepada 30 lelaki dan wanita. Rasulullah S.A.W. telah memilih sebuah rumah yang terpencil iaitu rumah Al-Arqam bin Abi Al-Arqam sebagai tempat menyampaikan segala ajaran-ajaran Islam, tunjuk ajar dan nasihat. Seruan ini telah berjaya menarik hampir 40 orang lagi memeluk Islam. Kebanyakan mereka adalah golongan fakir miskin dan hamba yang tidak ada tempat dalam masyarakat Quraisy.
Rukun usrahPkpimuniselb@gmail.com terdiri daripada 3 Ta’ yang perlu diberi perhatian oleh semua ahli usrah agar ikatan usrah tersebut tidak semata-
Rukun usrah terdiri daripada 3 Ta’ yang perlu diberi perhatian oleh semua ahli usrah agar ikatan usrah tersebut tidak semata-mata menjadi bebanan yang tidak membawa sebarang erti. Antara 3 Ta’ tersebut ialah: 1.
Ta’aruf (Berkenalan)
Ta’aruf ialah berkenalan antara satu sama lain. Setiap ahli hendaklah mengenali antara satu sama lain serta berkasih sayang kerana Allah. Mereka perlu menyedari dan memahami pengertian ukhuwwah sejati sesama saudara. Ahli juga digalakkan berusaha bersungguh-sungguh supaya tiada sebarang perkara yang boleh mengeruhkan hubungan tersebut. Hal tersebut boleh dilakukan dengan menjunjung perintah Allah S.W.T. dan Sunnah Rasulullah S.A.W, bahkan kedua-duanya wajib diutamakan bagi mengatasi perkaraperkara lain. Allah SWT berfirman maksudnya:
"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan dan Kami sudah menjadikan kamu berbagai-bagai bangsa dan bersuku puak supaya kamu berkenalan (beramah mesra). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mendalam PengetahuanNya." (Surah al-Hujarat: 13). 2.
Tafahum(Bersefahaman)
Tafahum ialah bersefahaman. Kita digalakkan untuk nasihat-menasihati antara satu sama lain apabila terdapat kekurangan pada saudara yang lain supaya kita dapat mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan laranganNya. Tambahan pula, dalam memberi nasihat kita hendaklah bersedia untuk menerima nasihat atau kritikan serta berterima kasih atas nasihat tersebut.
Pkpim Uniselbj
Kita juga hendaklah membuang sikap buruk sangka terhadap ahli usrah supaya tidak berlaku pepecahan dan saling bersefahaman didalam sesuatu perkara. Nasihat yang diberi hendaklah dengan cara yang baik dan tidak memandang rendah terhadap saudara yang dinasihati. Jika terdapat pertlingkahan antara ahli usrah, kita hendaklah segera untuk mendamaikannya. 3. Takaful (Bantu-membantu) Konsep takaful ini adalah untuk memelihara nasib sesama sendiri hingga tiada yang terpinggir. Konsep takaful tersebut hendaklah dilaksanakan dengan bersungguhsungguh untuk bersama-sama memikul bebanan sesama ahli usrah. Dasar ini merupakan tunjang iman dan intisari ukhuwwah yang sejati. Untuk mengamalkan konsep ini, kita hendaklah sentiasa bertanya khabar berita, ziarah-menziarahi dan saling memberi pertolongan sedaya mungkin. Sabda Rasulullah s.a.w. yang berbunyi:
“Sesungguhnya seseorang kamu berjalan kerana hendak menolong saudaranya, itu adalah lebih baik baginya daripada beri’tikaf selama sebulan di masjidku ini” Kesimpulannya adalah menjadi tanggungjawab setiap ahli usrah untuk memelihara dan melaksanakan rukun-rukun usrah ini dengan sebaik mungkin. Kita hendaklah saling percaya-mempercayai dan menjaga kerahsiaan ahli usrah. Bagi para naqib/at pula, laksanakanlah tugas dengan penuh keikhlasan untuk menegakkan agama Allah, istiqamah dengan perjuangan yang benar dan berusaha ke arah mewujudkan suasana ukhuwwah Islamiyyah di kalangan anggota usrah. Mudah-mudahan Allah sentiasa membantu kita.
pkpimuniselbj.blogspot.com
P
RISALAH USRAH > 2
HAMPIR MENGGADAI SEBUAH KEIMANAN HANYA KERANA 20 SEN
2
KISAH SEPANJANG ZAMAN
3
Beberapa tahun dahulu, ada seorang Imam yang berasal dari Thailand telah dipanggil ke Malaysia untuk menjadi Imam tetap di sebuah masjid di Malaysia. Telah menjadi kebiasaan baginya menaiki bas untuk pergi ke masjid. Pada suatu hari, selepas Imam membayar tambang dan duduk di dalam bas, dia tersedar yang pemandu bas tersebut telah memulangkan wang baki yang lebih daripada sepatutnya sebanyak 20 sen. Sepanjang perjalanan Imam memikirkan tentang wang 20 sen tersebut. “Perlukah aku memulangkan 20 sen ni?” Imam bertanya kepada dirinya. “Ah… syarikat bas ni dah kaya… setakat 20 sen ni… nak beli tosei pun tak cukup,” kata Imam. Apabila tiba di hadapan masjid, Imam menekan loceng dan bas tersebut pun berhenti. Ketika Imam ingin turun sahaja daripada bas, tiba-tiba seakan-akan dirinya secara automatik berhenti dan berpaling ke arah pemandu bas sambil memulangkan wang 20 sen. “Tadi kamu beri saya
wang baki terlebih 20 sen,” kata Imam kepada pemandu bas. “Ohhh…!!! Terima kasih!!! Kenapa awak pulangkan 20 sen ni… kan sedikit je nilainya,” kata pemandu bas. Imam menjawab, “Wang tersebut bukan milik saya, sebagai seorang muslim saya wajib berlaku jujur.” 4
Pemandu bas tersenyum, dan berkata, “Sebenarnya saya sengaja memberi wang baki yang lebih sebanyak 20 sen ni, saya nak uji
kejujuran kamu wahai Imam. Saya sudah berkali-kali berfikir untuk memeluk Islam.” Imam turun dari bas dan seluruh jasadnya menggigil dan kesejukan. Imam berdoa sambil menadah tangan, “Astaghfirullah!!! Ampunkan daku
Ya Allah… Aku hampir-hampir menjual harga sebuah Iman dengan 20 sen!!! Sahabat-sahabatku sekalian… Apa yang anda dapat daripada peristiwa di atas? Ingatlah… Kita mungkin tidak melihat dan tahu kesan tindakan kita terhadap orang lain. Kadang-kadang manusia akan menganggap kita sebagai ‘tingkap’ untuk melihat ke dalam dunia Islam
Hadis Rasulullah S.A.W Berkaitan Kelebihan Mengumandangkan Azan : َعنْ َع ْب ِد ه َ ِب ْا َلغ َن َم َو ْال َبا ِد َي َة؛ َفإِ َذا ُك ْن ت فِي َغ َن ِم َك أَ ْو َبا ِد ْي َت َك؛ ُّ إِ ِّني أَ َرا َك ُتح:س ِع ْي ٍد ا ْل ُخدْ ِري َقال َ لَ ُه َ من أَنه أَ َبا َّللاِ ْب ِن َع ْب ِد ه ِ الر ْح َ إِاله،ش ْي ٌء َ َ َوال،س َ ص ْو َ َفأ َ ِذ ْن ٌ ِجن َوالَ إ ِ ْن،ت ْال ُم َؤ ِّذ ِن َ دَاء؛ َفإِ هن ُه الَ َي ْس َم ُع َمدَى َ ص ْو َت َك ِبال ِّن َ ار َف ْع ْ ِللصالَةِ؛ َف ت ه َ ش ِهدَ لَ ُه َي ْو َم ا ْلقِ َيا َم ِة َقال .ي ِ سول َ ه ُّ ار ُ سم ِْع ُت ُه مِن َْر َ :س ِع ْي ٌد َ أَ ُب ْو ِ َر َواهُ ال ُب َخ. َّللا Dari Abdullah bin Abdurrahman bahawa Abu Sa'id Al Khudri telah berkata kepadanya: “Sesungguhnya aku melihat engkau menyukai kambing dan padang, maka bila engkau berada di tempat pengembala atau di padang berkumandangkanlah azan solat, angkat suaramu ketika mengumandangkannya kerana sesungguhnya setiap jin, manusia dan sesuatu yang telah mendengar suara orang yang azan, ia akan menjadi saksi untuknya di hari kiamat”. Abu Sa'id Al Khudri telah berkata: “Aku mendengarnya dari Rasulullah S.A.W”. Hadis Riwayat Bukhari
FADHILAT AMAL
RISALAH USRAH > 3
5 6
\
E-FATWA
ISU ORANG BUKAN ISLAM MEMBACA DAN
MENTERJEMAHKAN AYAT-AYAT SUCI AL-QURAN G R U P
Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia yang bersidang pada 3 Disember 2010 telah membincangkan Isu Orang Bukan Islam Membaca Dan Menterjemahkan Ayat-Ayat Suci Al-Quran. Muzakarah telah memutuskan: “Bahawa pada dasarnya bagi tujuan untuk mempelajari, memahami dan mendekatkan diri kepada ajaran Islam atau bagi tujuan untuk menjadikannya panduan hidup di dunia dan akhirat atau bagi tujuan dakwah, Islam tidak pernah menghalang mana-mana pihak termasuk bukan Islam untuk membaca dan mendalami teks-teks suci Islam termasuk al-Quran dan tafsirannya. Tetapi ia hendaklah dilakukan dengan jujur dan ikhlas bagi tujuan tersebut dan bukan untuk kepentingan dan tujuan tertentu/peribadi, apatah lagi jika ianya dilakukan dengan kesalahan samada pembacaan atau huraiannya yang menyimpang dari kehendak sebenar teks-teks tersebut kerana perbuatan seperti ini boleh mencemarkan kesucian al-Quran dan Islam serta sekaligus menimbulkan keraguan, keresahan dan fitnah kepada masyarakat. Maka dalam situasi yang berlaku di akhir-akhir ini, berdasarkan realiti dan fakta, ahli-ahli muzakarah sebulat suara berpendapat bahawa tindakan pemimpin-pemimpin politik bukan Islam menggunakan teks suci Islam termasuk al-Quran secara sewenang-wenangnya dan tidak menepati maksud yang sebenar di ceramah-ceramah politik, tidak menunjukkan ciri-ciri keikhlasan yang sebenarnya bagi mempelajari Islam. Oleh itu, perbuatan yang sedemikian boleh mendatangkan penghinaan berterusan terhadap kesucian Islam khususnya al-Quran sekiranya dibiarkan. Justeru, bersesuaian dengan kaedah Usul al-Fiqh Sadd az- Zarai’, muzakarah bersetuju bahawa perbuatan orang-orang bukan Islam membaca dan menghuraikan teks-teks al-Quran sewenangwenangnya mengikut fahaman sendiri dengan tidak menepati maksud yang sebenar di samping tidak terdapat unsur-unsur keikhlasan dan kejujuran adalah merupakan suatu penghinaan terhadap kesucian al-Quran dan boleh mendatangkan keraguan dan fitnah di dalam masyarakat. Oleh itu, ianya perlu dihentikan dengan segera. Muzakarah juga menasihatkan semua pihak supaya berhati-hati agar tidak menyalahgunakan ayat-ayat suci al-Quran demi meraih sokongan atau mendapatkan sesuatu kepentingan.� #Sumber Portal Rasmi Fatwa Malaysia
P