Risalah usrah edisi 10

Page 1

PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM) UNISEL BJ

1

RISALAH USRAH

2 3

BUKAN DICARI TAPI MENCARI | EIDISI 01 | 01 JUN 2015 | ISNIN | 28 SYA’BAN 0436 G R U P

PENTINGKAH NIAT? SITI HAJAR HARNANI BINTI ISHAK | DIPLOMA PENDIDIKAN (PENGAJIAN ISLAM)

Niat. Satu perkataan yang pendek dan ringkas. Namun, besar impaknya di dalm kehidupan kita kerana tanpa niat yang betul, kemungkinan besar amalan kita boleh diterima? “Jangan pernah mencintai seseorang yang ti dak mencintai Allah. Jika Allah saja ia tinggalkan, apalagi hanya seorang diri mu”

(Imam Al Syafi’i)

Dari Amir Mu’minin Abi Hafsh Umar ibn Al Khaththaab R.A, berkata: Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda, “Sesungguhnya amalan itu bergantung kepada niatnya. Dan setiap orang yang memperoleh sesuai dengan apa yang telah ia niatkan. Maka barangsiapa yang hijrahnya kepada ALLAH dan Rasul-NY A, maka hijrahnya kepada ALLAH dan Rasul-NY A. Dan barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dikejarnya atau w anita yang hendak ia nikahi, maka hijrahnya kepada apa yang ia (niatkan) hijrah kepadanya.” (HR: Bukhari-Muslim) Hadis tersebut amat popular di kalangan kaum muslimin. Acap sekali kita mendengar ucapan: “Y ang penting niat. Bukankah niat kita baik” dan sangat boleh jadi pengucapnya hanya tahu sedikit atau sebagian dari kaedah ini. Mungkin dia mendengar hanya potongan dari hadis ini yang diucapkan seseorang, mungkin juga lengkap tetapi telah disimpangkan pengertiannya oleh orang yang ia dengar darinya hadis ini. Akhirnya semakin jauhlah apa yang sering diucapkan kebanyakan kaum.

“Katakanlah, ‘Jika kamu menyembunyikan apa yang ada dalam hatimu atau kamu memperlihatkannya, pasti Allah mengetahui.’…” (Surah Ali Imran: 29) Tambahan pula, terdapat satu hadis lain untuk menceritakan mengenai niat.

Abu Hurairah R.A menceritakan bahaw a dia telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda (maksudnya) : “Sesunggunya manusia pertama yang akan dibicarakan pada hari kiamat ialah orang yang syahid di jalan Allah. Dia telah dibaw a ke muka pengadilan, pkpimuniselbj@g mai l.com

lalu ditunjukkan nikmat-nikmat yang Allah telah kurniakan. Allah bertanya : Apa yang telah kamu lakukan dengan nikmat itu? Dia menjaw ab : Aku berperang di jalan-Mu sehingga aku syahid. Allah berfirman : Dusta. Kamu berperang supaya kamu dikatakan berani. Dan telah pun dikatakan begitu! Kemudian Allah perintahkan dia diseret sehingga telah mencampakkan ke dalam neraka! Dibaw a pula seorang lagi yang menuntut ilmu dan mengajarnya serta pandai membaca Al-Quran. Allah bertanya : Apa yang kamu lakukan dengan nikmat itu? Dia menjaw ab : Aku belajar, mengajar dan membaca Al-Quran kerana-Mu. Allah telah berfirman : Dusta! Kamu belajar dan mengajar supaya kamu dikatakan alim. Dan kamu membaca AlQuran supaya kamu dikatakan qari. Dan telah pun dikatakan begitu! Kemudian Allah telah perintahkan dia untuk diseretkan ke dalam neraka! Dibaw a pula orang yang telah dilapangkan rezeki, diberikan segala jenis harta. Allah bertanya : Apa yang telah kamu lakukan dengan nikmat itu? Dia menjaw ab : Aku tidak meninggalkan satu jalan pun yang Engkau suka aku belanjakan, kecuali aku belanjakan keran-Mu. Allah berfirman : Dusta! Kamu lakukan semua itu supaya kamu dikatakan pemurah. Dan telah pun dikatakan begitu! Kemudian Allah telah perintahkan dia untuk diseretkan ke dalam neraka! (HR Muslim) Maka dengan itu, kita hendaklah periksa niat kita sebelum, semasa dan selepas beramal. Tersilap niat bukan sahaja menyebabkan segala amalan kita tidak diterima, malah telah terdedah kepada seksa yang amat pedih nanti di akhirat kelak.

pkpimuniselbj.blog spot.com

Pkpim uniselbj

P


KISAH SEPANJANG ZAMAN

RISALAH USRAH > 2

4

KAMBING DAN ALAT TENUN

Imam Ahmad telah memberitakan dari Humaid bin Hilal, dia berkata: “Ada seorang lelaki yang sering berulang-alik di kampung kami, lalu dia membawa cerita yang aneh-aneh kepada orang-orang kampung. Dia bercerita: “Suatu ketika aku datang ke Madinah dalam rombongan dagang, lalu aku menjual semua barang-barang yang aku bawa. Aku berkata kepada diriku: “Mengapa aku tidak pergi kepada orang lelaki yang membawa ajaran baru itu, barangkali aku dapat mendengar berita -berita yang aneh untuk aku bawa kembali bersamaku?! Aku pun pergi kepada Rasulullah s.a.w. untuk bertanya sesuatu, lalu Rasulullah s.a.w. menunjuki arah sebuah rumah, katanya: “Ada seorang wanita yang tinggal di rumah itu . Pernah dia mengikut tentera Islam berjihad, dan ditinggalkannya 12 ekor kambingnya dan sebuah alat tenunan yang digunakannya untuk menenun pakaian. Apabila dia kembali dari berjihad, didapati kambingnya hilang seekor, dan alat tenunannya pun hilang. Dia merasa sedih atas kehilangannya itu. Maka dia pun mengangkat kedua belah tangan berdoa kepada Tuhannya dengan penuh kesungguhan, katanya: “Ya Tuhanku! Engkau telah berikan jaminan bahwa siapa yang keluar berjihad pada jalanmu, Engkauakan pelihara harta bendanya, dan sekarang aku telah kehilangan seekor kambing, dan alat tenunanku. jadi aku minta ganti kambing yang hilang dan alat tenunanku itu!” Rasulullah s.a.w. terus menceritakan betapa sungguh-sungguhnya dia berdoa dan memohon kepada Tuhannya, sehingga pada esok harinya dia mendapati di pintu rumahnya kambingnya yang hilang itu dengan seekor kambing lagi bersamanya. Begitu juga dia melihat alat tenunannya ada di situ dengan satu alat tenun yang lain. Itulah ceritanya, kata Rasulullah s.a.w. dan jika engkau mau, pergilah kepadanya di rumah itu, dan tanyalah dia cerita itu! “Tidak”, jawabku, “Akan tetapi aku percaya semua yang engkau katakan itu!” (Majma’uz-Zawaid 5:277)

MANUSIA YANG BERMUKA-MUKA ‫ من شرار الناس؛ ذا الوجهين الذي يأتي هؤالء بوجه وهؤالء‬... (( :‫وكان يقول‬ ِ‫بوجه)) مُ َّت َفق َعل َ ْيه‬. Rasulullah S.A.W bersabda: "… manusia yang paling jahat adalah orang yang bermuka dua, yang mendatangi kelompok ini dengan satu muka dan kepada kelompok itu dengan muka yang lain”.

FADHILAT AMAL

Muttafaq ’alaih.


M RISALAH USRAH > 3

Hukum Shisha Menurut Pandangan Syarak G R U P Muzakarah Khas Jaw atankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama I slam Malaysia yang bersidang pada 17 Julai 2013 telah membincangkan Hukum Shisha Menurut Pandangan Syarak,. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:

1- Setelah mendengar pembentangan dan penjelasan pakar-pakar daripada Kementerian Kesihatan Malaysia dan meneliti maklumat serta bukti-bukti perubatan dan saintifik terperinci yang dikemukakan dari dalam dan luar negara mengenai kesan dan kemudharatan besar yang dihadapi akibat daripada shisha terhadap kesihatan ummah, pembangunan ekonomi negara serta pembentukan generasi pada masa akan datang, maka Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa shisha adalah haram. Oleh itu, umat I slam adalah dilarang menghisap shisha atau menyediakan perkhidmatan menghisap shisha atau apa-apa aktiviti yang berkaitan dengan shisha. 2- Muzakarah menegaskan bahawa pengharaman Shisha ini adalah berdasarkan nas-nas syarak daripada al-Quran dan Hadith serta Kaedah Fiqhiyyah bagi memastikan lima perkara asas bagi manusia yang terkandung dalam Maqasid Syari’yyah iaitu menjaga agama, jiw a, akal, keturunan dan harta dapat dipelihara sepertimana tuntutan syarak, kerana Shisha jelas memudharatkan kesihatan, membazir dan mensia-siakan masa dan harta serta dikategorikan sebagai satu perkara buruk atau keji, berdasarkan nas-nas berikut: a) Firman Allah swt dalam Surah al-Baqarah, ayat 195 : “Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan”. b) Firman Allah swt dalam Surah al-A’raf ayat 017; “ Dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk”. c) Sabda Rasulullah s.a.w : “Tidak boleh mudharatkan (diri sendiri) dan memberi kemudharatan (kepada orang lain)”. (Hadith riwayat Ahmad, Malik, Ibn Majah dan al-Daraqutni) d) Kaedah Usul Fiqh:

‫ سد الذريعة‬- iaitu “Menutup pintu kerosakkan” ‫ – درء المفاسد مقدم على جلب المصالح‬iaitu “menolak kerosakan adalah didahulukan daripada mencari kemaslahatan

#Sumber Portal Rasmi Fatwa Malaysia

P


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.