PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM) UNISEL BJ
1
RISALAH USRAH
2 3
BUKAN DICARI TAPI MENCARI | EIDISI 01 | 29 JUN 2015 | ISNIN | 12 RAMADHAN1436 G R U P
6 Sifat Wanita Jangan Dikahwini SITI HAJAR HARNANI BINTI ISHAK | DIPLOMA PENDIDIKAN (PENGAJIAN ISLAM)
“Jadilah seperti pokok, saat orang membaling batu kepadamu, kau membalasn ya dengan buah yang ranum�
Imam AsSyahid Hassan AlBanna
Pesanan Rasulullah SAW untuk kaum Lelaki : "Jangan engkau kahwini wanita yang annanah, yang mananah, yang hananah dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang basaqah dan yang syadaqah".
3. Al-Hananah : Perempuan yang suka merindui dan mengingati bekas suami atau anak daripada bekas suami. (Perempuan seperti ini tidak akan menghargai suaminya walaupun suaminya berusaha memuaskan segala kemahuannya)
Hadis tersebut merujuk kepada enam sifat wanita yang perlu dijauhkan untuk dijadikan sebagai bakal isteri. Jika terdapat sifat-sifat tersebut di dalam diri kita, hendaklah kita berusaha untuk berubah ke sifat-sifat mahmudah. Menurut Imam Al-Ghazali di dalam kitabnya Ihya' Ulumuddin (kitab Tassawuf yang terkenal) ada mengatakan ungkapan arab yang bermaksud: "Janganlah kamu menikahi 6 jenis perempuan iaitu:
4. Al-Haddaqah : Menginginkan setiap perkara dalam perbelanjaannya (boros) dan suka membeli belah sehingga membebankan suaminya untuk membayar pembeliaannya.
1. Al-Annanah (suka mengeluh) ialah : perempuan yang banyak mengeluh dan mengadu, selalu membalut kepalanya sebagai tanda sakit. (menandakan dia rasa terbeban dengan tugasan hariannya, kerana malas atau memang sifat semulajadinya suka mengeluh walaupun disebabkan perkara kecil. Perempuan tersebut berpura-pura sakit supaya suaminya tidak membebaninya dengan tugasan harian). Menikahi perempuan yang sengaja buat-buat sakit tidak ada faedah padanya.
5. Al-Barraqah : Terdapat dua makna yang pertama, suka berhias sepanjang masa (melampau dalam berhias) supaya wajahnya nampak lebih anggun dan mempersona, kat suami tidak buat pun! Makna kedua ialah : perempuan yang tidak mahu makan, maka dia tidak akan makan kecuali bila bersendirian dan dia akan menyimpan bahagian tertentu untuk dirinya sendiri. 6. Al-Syaddaqah : Perempuan yang banyak cakap (merepek emo tak tentu arah) Semoga perkongsian tersebut dapat dijadikan panduan dan ingatan kepada semua wanita agar membuang jauh-jauh sifat yang sebegini buruk jika ada dalam diri masing-masing.
2. Al-Mananah: Perempuan yang memberikan sesuatu kepada suaminya (suka mengungkitngungkit). Sampai satu masa dia akan mengatakan : saya telah melakukan untuk kamu itu ini.
pkpimuniselbj@gmail.com
pkpimuniselbj.blogspot.com
Pkpim uniselbj
P
KISAH SEPANJANG ZAMAN
RISALAH USRAH > 2
Lidah Dan Hati
4
Pada suatu hari, Luqman disuruh oleh tuannya menyembelih seekor kambing. Tuannya meminta Luqman mengeluarkan 2 keping daging yang sangat besar khasiatnya. Setelah Luqman al-Hakim menyembelih seekor kambing, beliau mengeluarkan lidah dan hati kambing tersebut. Beliau memasak dan menghidangkan untuk tuannya Pada suatu hari yang lain, tuannya menyuruh Luqman sekali lagi menyembelih seekor kambing. Kali ini dia menyuruh Luqman mengeluarkan dua keping daging yang paling menjijikkan. Sekali lagi Luqman yang bijaksana itu pun mengeluarkan lidah dan hati kambing. Beliau memasak dan menghidangkan kepada tuannya. Tuannya berasa hairan dengan perbuatan Luqman itu, lalu dia memanggil dan bertanya kepada Luqman: "Wahai Luqman, bila saya meminta engkau mengeluarkan2 keping daging yang paling baik, engkau mengeluarkan lidah dan hati. Sekarang ini saya meminta engkau mengeluarkan dua keping daging yang paling menjijikkan, engkau mengeluarkan lidah dan hati nya juga. Bolehkah engkau terangkan apa maksudmu??" Luqman al-Hakim menjawab: "Wahai tuan, memang lidah dan hati itu adalah dua bahagian yang paling baik jika seseorang itu pandai memeliharanya. Akan tetapi jika seseorang itu tidak pandai memelihara dan mengawalnya, maka kedua-duanya boleh membinasakan dirinya. Hati dapat menimbukan niat yang ikhlas dan baik. Ia boleh menimbulkan niat yang buruk dan jahat, curang dan dengki. Lidah pula boleh menuturkan kata-kata yang baik dan manis. Ia juga boleh memberi pengajaran kepada manusia. Sebaliknya ia juga boleh mengeluarkan kata-kata yang kotor dan keji. Ia juga boleh menyebabkan permusuhan sesama manusia. Disebabkan lidah, manusia boleh berperang dan bunuh-membunuh.” (dipetik dari Wasiat Luqman al-Hakim oleh Ustaz Ahmad Hasan)
FADILAH DOA , SHALAT, DAN ZIKIR DI MALAM Dari Jabir r.a ia berkata : “Aku HARI. mendengar Rasulullah SAW bersabda :
“Sesungguhnya dalam satu malam ada satu waktu yang bila seorang lelaki muslim mendapatkannya lalu memohon kepada Allah Ta’ala kebaikan urusan dunia dan akhirat melainkan Allah mengabulkannya, ini pada setiap malam”. HR. Muslim. 1
FADHILAT AMAL
M RISALAH USRAH > 3
HUKUM MENANAM RAMBUT DI KEPALA G R U P
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-94 yang bersidang pada 20 - 22 April 2011 telah membincangkan Hukum Menanam Rambut Di Kepala. Muzakarah telah memutuskan seperti berikut: 1.
Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan,
Muzakarah berpandangan bahawa Islam tidak menghalang umatnya untuk melakukan sesuatu rawatan seperti menanam rambut di kepala dengan tujuan untuk memperelokkan diri dari keaiban, selagimana tidak bertentangan dan melampaui batasan yang telah ditetapkan oleh syarak. 2.
Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa menanam rambut di kepala
adalah harus dengan syarat penanaman rambut adalah dengan menggunakan rambut sendiri,
menggunakan
bahan-bahan
yang
mendatangkan sebarang kesan mudharat.
#Sumber Portal Rasmi Fatwa Malaysia
suci
dan
tiada
unsur
najis
serta
tidak
P