PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM) UNISEL BJ
RISALAH USRAH
1
BUKAN DICARI TAPI MENCARI | EIDISI 12 | 5 Oktober 2015 | 20 Zulhijjah 1436
G R U P
DISIPLIN HARAKI PKPIM Di dalam gerakan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia ( PKPIM) telah menekan 4 aspek dalam disiplin haraki yang wajar diamal bersama iaitu : Hidup ini bukanlah suatu jalan yang datar dan ditaburi bunga melainkan adakalanya disirami airmata dan juga darah.
- H AMKA
(i) Aspek Ibadah dan Spiritualisme: Ahli Usrah dan Aktivis PKPIM perlu sedaya upaya memenuhi sasaran harian dalam ibadah: a) Solat berjemaah setiap waktu, b) membaca Al-Quran setiap hari, c) hafazan Al-Quran dan Al-Hadith, d) zikir mathurat pagi dan petang, e) puasa sunat sebulan tiga kali, f) qiyamullail, g) solat sunat rawatib, f) solat dhuha, g) mendengar tazkirah dan motivasi, h) bermuhasabah sebelum tidur setiap malam, i) bacaan Al-Mulk sebelum tidur setiap malam, j) mengikuti usrah setiap minggu. ii. Aspek Keilmuwan dan Intelektualisme: Ahli Usrah dan Aktivis PKPIM perlu sedaya upaya memenuhi sasaran harian dalam keilmuan: a) Disiplin membaca sejam sehari, b) menelaah dan mengulangkaji pelajaran/tugasan kerja sejam setengah sehari, c) berdiskusi dan menulis seminggu sekali, d) menghadiri majlis ilmu, kuliyah dan wacana sebulan dua kali. iii. Aspek Kepedulian dan Aktivisme: Ahli Usrah dan Aktivis PKPIM perlu sedaya upaya memenuhi sasaran harian dalam aktivisme: a) Membaca akhbar dan isu semasa setiap hari, b) sukarela membantu orang lain setiap hari, c) bersedekah setiap hari, d) bertegur-sapa dengan baik kepada jiran tetangga setiap hari, e) ucap terimakasih kepada guru dan sesiapa sahaja yang berurusan dengan kita, f) telefon ibu ayah setiap minggu dengan kerap, g) peduli isu umat. iv. Aspek Pengurusan Kendiri: Ahli Usrah dan Aktivis PKPIM perlu sedaya upaya memenuhi sasaran harian dalam pengurusan diri: a) Kemaskini planner masing-masing setiap hari, b) rancang jadual harian dan masa bagi setiap aktiviti, c) sediakan segala keperluan sebelum tidur, d) kawal dan rancang perbelanjaan, e) utamakan dan siapkan perkara-perkara penting, f) sentiasa kemaskini progres bagi setiap perancangan, g) failkan segala dokumen dan susun sebaiknya, f) kemas bilik/rumah, g) tidak tidur selepas solat Subuh.
Pkpimuniselb@gmail.com
Pkpim Uniselbj
pkpimuniselbj.blogspot.com
P
RISALAH USRAH > 2
JIBRIL A.S., KERBAU, KELAWAR, DAN CACING
2
KISAH SEPANJANG ZAMAN
3 Suatu hari Allah s.w.t. memerintahkan malaikat Jibri a.s. untuk pergi menemui salah satu makhluk-Nya iaitu kerbau dan menanyakan pada si kerbau apakah dia senang telah diciptakan Allah s.w.t.sebagai seekor kerbau. Malaikat Jibril a.s. segera pergi menemui si Kerbau. Siang yang sangat panas itu si kerbau sedang berendam di sungai. Malaikat Jibril a.s. mendatanginya kemudian mula bertanya kepada si kerbau, “Hai kerbau apakah kamu senang telah dijadikan oleh Allah s.w.t. sebagai seekor kerbau”. Si kerbau menjawab, “Masya Allah, alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah s.w.t. yang telah menjadikan aku sebagai seekor kerbau, daripada aku dijadikan-Nya sebagai seekor kelawar yang ia mandi dengan kencingnya sendiri”. Mendengar jawapan itu Malaikat Jibril a.s. segera pergi menemui seekor kelawar. Malaikat Jibril a.s. mendatanginya seekor kelawar yang siang itu sedang tidur bergantungan di dalam sebuah gua. Kemudian mula bertanya kepada si kelawar, “Hai kelawar apakah kamu senang telah dijadikan oleh Allah s.w.t. sebagai seekor kelawar”. “Masya Allah, alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah s.w.t. yang telah menjadikan aku sebagai seekor 4 kelawar dari pada aku dijadikan-Nya seekor cacing. Tubuhnya kecil, tinggal di dalam tanah, berjalannya saja menggunakan perutnya”, jawab si lelawar. Mendengar jawapan itu, malaikat Jibril a.s. segera pergi menemui seekor cacing yang sedang merayap di atas tanah. Malaikat Jibril a.s. bertanya kepada si cacing, “Wahai cacing kecil apakah kamu senang telah dijadikan Allah s.w.t. sebagai seekor cacing”. Si cacing menjawab, ” Masya Allah, alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah s.w.t.yang telah menjadikan aku sebagai seekor cacing, dari pada dijadikaan-Nya aku sebagai seorang manusia. Apabila mereka tidak memiliki iman yang sempurna dan tidak beramal soleh ketika mereka mati mereka akan diseksa selama-lamanya”.
Fadhilah Orang Yang Datang Ke Masjid Do'a Pagi Dan Petang.
َّ اح أَ َع َّد ًلجنَّ ِة نُ ُزال ْ ( َمنْ َغ َدا إِلَى ا ْل َم: قَال, َع ِن النَّبِي,َعَنْ أَبِي ه َُر ْي َرة َ َّللاُ لَهُ فِي ْا َ س ِج ِد أَ ْو َر .ق َعلَ ْي ِه ٌ َاح) ُمتَّف َ ُكلَّ َما َغ َدا أَ ْو َر Dari Abu Huraira, dari Nabi S.A.W telah berkata: “Siapa yang menuju ke masjid di waktu pagi atau petang, Allah telah menyediakan baginya hidangan di syurga ketika ia berada di waktu pagi atau petang ” Muttafaq ’alaih.
FADHILAT AMAL
RISALAH USRAH > 3
E-FATWA 5
\
KEDUDUKAN PERBUATAN ZIKIR SAMBIL MEMUKUL GENDANG ATAU PERALATAN MUZIK LAIN DALAM MASJID ATAU SURAU
6
G R U P
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali Ke-106 yang bersidang pada 21 - 22 Oktober 2014 telah membincangkan Kedudukan Perbuatan Zikir Sambil Memukul Gendang Atau Peralatan Muzik Lain Dalam Masjid Atau Surau. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut: 1. Setelah meneliti fakta-fakta, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan Muzakarah menegaskan bahawa amalan berzikir adalah suatu tuntutan yang dianjur oleh Islam dan dianggap sebagai ibadah sunat bagi mengingati Allah dengan menyebut nama-Nya. 2. Muzakarah juga berpandangan bahawa amalan berzikir pada masa kini yang telah ditambah dengan cara memukul alat muzik seperti rebana, tabla (gendang) dan sebagainya di dalam masjid atau surau oleh sesetengah pihak, boleh mengganggu urusan ibadah orang lain yang datang untuk menunaikan solat, membaca al-Quran, berzikir dan sebagainya. Perbuatan sebegini adalah ditegah oleh Nabi SAW berdasarkan sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam Malik :
َّ صلَّى َّ سو َل ْ َصلُّونَ َوقَ ْد َعلَتْ أ ُاجي َربَّه ُ أَنَّ َر َ ص َواتُ ُه ْم بِا ْلقِ َرا َء ِة فَقَا َل إِنَّ ا ْل ُم َ ُس َو ُه ْم ي َ َّللاُ َعلَ ْي ِه َو َ َِّللا ِ َصل َي يُن ِ سلَّ َم َخ َر َج َعلَى النَّا ض ُك ْم َعلَى بَ ْعض بِا ْلقُ ْرآن ُ اجي ِه بِ ِه َوالَ يَ ْج َه ْر بَ ْع ِ َفَ ْليَ ْنظُ ْر بِ َما يُن
Maksudnya: Baginda mendapati para sahabatnya sedang sembahyang dan mereka menguatkan (menyaringkan) bacaannya, lalu baginda bersabda: “Sesungguhnya orang yang sembahyang itu bermunajat kepada tuhan-Nya, maka hendaklah engkau memerhatikan apa yang dia munajatkan itu dan janganlah menyaringkan suara sebahagian dari kamu atas sebahagian (mengatasi) yang lain dengan bacaan-bacaan al-Quran”. 3. Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa melagukan zikir adalah harus jika ianya dilakukan dengan penuh adab dan boleh membawa kepada tercapainya matlamat berzikir. Tetapi jika majlis atau amalan berzikir tersebut dilakukan dengan penggunaan alat-alat muzik yang dilarang sehingga melalaikan dan menghilangkan tujuan sebenar berzikir atau dilakukan di tempat ibadah seperti surau atau masjid sehingga mengganggu urusan ibadah orang lain atau majlis yang bercampur antara lelaki dan wanita yang bukan mahram, maka perbuatan zikir sedemikian adalah dilarang oleh Islam.
P