PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM) UNISEL BJ 1
RISALAH USRAH G R U P
BUKAN DICARI TAPI MENCARI | EIDISI 13 | 12 FEBRUARI 2016 | 3 JAMADILAWAL 1437
TRADISI USRAH Usrah… Bulatan gembira… ‘Circle’… Diskusi… dan macam-macam istilah lagi kita berikan untuk satu perkumpulan membincangkan perkara-perkara berkaitan keagamaan. Mungkin perjumpaan sebegini tidak asing lagi bagi pelajar-pelajar sekolah agama atau jemaah-jemaah Islam. Secara sedar atau tidak tradisi yang menjadi kebiasaan ini menarik minat atau menjadi tingkahlaku tanpa sedar apabila mereka bertemu. “Pemimpin tidak menciptakan pengikut; pemimpin itu menciptakan lebih banyak pemimpin.”
(Tom Peters)
Diawal pertemuan, sesama ahli akan bersalam, berpelukan, berlaga pipi sambil mengucapkan salam serta bertanyakan khabar. Secara sedar atau tidak, tradisi ini menjadikan ukhwah kita semakin erat. Terkadang dengan ahli-ahli yang belum pernah menghadiri usrah juga kita akan berbuat demikian apabila berjumpa menjadikan mereka merasakan diri mereka sungguh istimewa dan merasa sangat ‘selamat’ apabila berada di dalam usrah. Selain itu, yang menjadi tradisi apabila usrah adalah kita akan makan berjemaah, makan bersamasama menggunakan talam dan memulakan suapan pertama kepada sahabat. Semua itu membuatkan ahliahli usrah merasakan kelainan apabila makan kerana sebelum ini mereka makan sendirian atau makan bersama sahabat cuma makanan itu masing-masing. Amalan ini membuatkan ahli-ahli semakin erat dan mendidik diri merendah diri, mendahulukan sahabat, serta makan secara sederhana kerana secara umumnya makanan yang disediakan juga haruslah dalam keadaan yang sederhana iaitu satu hidangan untuk dua orang makan. Bak kata pepatah “Hati gajah sama dilapah, hati nyamuk sama dicecah”, ahli-ahli akan bersama-sama menghabiskan makanan yang disediakan. Antara perkara lain yang menjadi tradisi usrah adalah silibus yang telah ditetapkan contohnya Tadabbur Al-quran, Hadis, Bedah buku, Sirah Nabi, dan Isu-isu semasa. Silibus yang telah ditetapkan membuatkan mereka merasakan mereka akan memperoleh pelbagai ilmu dalam satu malam dimana satu slot hanya memakan masa 10-15 minit sahaja. Penyusunan silibus yang telah dilakukan juga menjadikan ahli lebih bersedia dengan topik yang akan dibincangkan dan dapat membuat sedikit ulangkaji berkenaan topik selain individu yang ditugaskan pada minggu tersebut. Sesuatu yang mungkin juga menjadi tradisi adalah apabila ahli-ahli diminta mengeluarkan pendapat atau pandangan, masing-masing cuba mengelak untuk mengeluarkan pendapat tetapi apabila seseorang sudah memulakan maka idea atau pendapat yang lain mula bercambah dan terkadang topik yang dibawa menjadi lebih panjang. Kenapa setiap ahli diminta bersuara? Kerana bukan sesuatu topik yang dibawa oleh ahli yang bertugas itu menyeluruh selain itu kita ingin membina suatu perkumpulan dimana berlaku pertukaran pendapat dan ilmu. Isu semasa yang dibincangkan di dalam usrah juga dapat membuka mata ahli tentang perkaraperkara yang berlaku disekelilingnya.Terkadang ahli-ahli usrah ini selalu melayari internet tetapi sering terlepas pandang tentang beberapa isu. Oleh itu, dengan perbincangan tentang isu semasa membuatkan kita akan membincangkan tentang tindakan atau resolusi yang akan diambil. Secara konklusinya, disebalik semua tradisi yang selalu diamalkan tanpa sedar ini, setiap ahli akan memperoleh natijah yang baik. Selain itu, ianya juga dapat diamalkan dalam kehidupan seharian. Tradisi ini bukanlah sekadar tradisi tetapi sesuatu yang membuatkan diri kita selalu berdisiplin dalam segala perkara yang kita lakukan. Insyaallah… Pkpimuniselb@gmail.com
Pkpim Uniselbj
pkpimuniselbj.blogspot.com
P
RISALAH USRAH > 2
ANAK KECIL YANG TAKUT API NERAKA
2
KISAH SEPANJANG ZAMAN
3
Dalam sebuah riwayat menyatakan bahawa ada seorang lelaki tua sedang berjalan-jalan di tepi sungai, sedang dia berjalanjalan dia terpandang seorang anak kecil sedang mengambil wuduk' sambil menangis. Apabila orang tua itu melihat anak kecil tadi menangis, dia pun berkata, "Wahai anak kecil kenapa kamu menangis?" Maka berkata anak kecil itu, "Wahai pak cik saya telah membaca ayat al-Quran sehingga sampai kepada ayat yang berbunyi, "Yaa ayyuhal ladziina aamanuu quu anfusakum" yang bermaksud, " Wahai orang-orang yang beriman, jagalah olehmu sekalian akan dirimu." Saya menangis sebab saya takut akan dimasukkan ke dalam api neraka." Berkata orang tua itu, "Wahai anak, janganlah kamu takut, sesungguhnya kamu terpelihara dan kamu tidak akan dimasukkan ke dalam api neraka." Berkata anak kecil itu, "Wahai pak cik, pak cik adalah orang yang berakal, tidakkah pak cik lihat kalau orang 4 menyalakan api maka yang pertama sekali yang mereka akan letakkan ialah ranting-ranting kayu yang kecil dahulu
kemudian baru mereka letakkan yang besar. Jadi tentulah saya yang kecil ini akan dibakar dahulu sebelum dibakar orang dewasa." Berkata orang tua itu, sambil menangis, "Sesungguh anak kecil ini lebih takut kepada neraka daripada orang yang dewasa maka bagaimanakah keadaan kami nanti?"
FADHILAT BERDOA َ (( قال: ّللاه أنه قال َ عن َرسُول, عن أبي هريرة )) وأنا معه إذا دعاني، أنا عند ظن عبدي بي:- َع َز َو َج َل- ّللا ٌ َُمتَف ق َعلَي هه Dari Abu Hurairah r.a, dari Rasulullah SAW, beliau bersabda: " Allah Ta'ala berfirman: “Aku memberi hamba-Ku balasan sesuai dengan dugaannya terhadap-Ku dan Aku selalu bersamanya apabila dia berdoa kepada Ku.” Muttafaq ’alaih.
FADHILAT AMAL
1
RISALAH USRAH > 3
5
\
E-FATWA Isu Umat Islam Malaysia Yang Berjuang Atas Nama ISIS
6 G R U P
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-106 yang bersidang pada 21 - 22 Oktober 2014 telah membincangkan Isu Umat Islam Malaysia Yang Berjuang Atas Nama ISIS. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut: 1. Setelah meneliti laporan penyelidikan yang telah diperakukan oleh Panel Pakar Akidah JAKIM dan kertas kerja yang disediakan serta meneliti fakta-fakta, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah mendapati bahawa: i.
ii.
Islamic State of Iraq and Syria (ISIS) atau Islamic State of Iraq and Levant (ISIL) merupakan rentetan dari gerakan Salafi Jihadi di Iraq yang pada asalnya terdiri dari tiga organisasi jihad yang berbeza: iaitu Ansar al-Islam yang terdiri dari kelompok Salafi Jihadi warga Iraq yang membentuk kawasan ‘pemerintahan Islam’ mereka yang tersendiri dan mengamalkan kehidupan Islami ortodoks dan radikal, keduanya, kumpulan Mujahidin berasal dari Jordan di bumi Iraq yang mengisytiharkan diri mereka sebagai ‘Jamaah al-Tawhid wa al-Jihad’ di bawah pimpinan Abu Mus’ab al-Zarqawi yang berhijrah ke Iraq untuk melancarkan jihad memerangi pendudukan tentera Amerika Syarikat ke atas bumi Iraq, dan juga kumpulan mujahidin al-Qaeda yang berhijrah dari Afghanistan, akibat serangan Amerika Syarikat ke atas bumi Afghan selepas peristiwa 11 September. Kebanyakan para ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah di seluruh dunia telah mengingatkan umat Islam agar tidak terpengaruh dengan kumpulan ISIS atau ISIL ini kerana ideologi keganasan dan sikap mereka yang mengkafirkan orang yang tidak sehaluan dengan mereka dan menghalalkan darah mereka. Mereka membunuh rakyat tidak berdosa dan menghalau golongan Kristian dan Yazidi dengan penuh kezaliman. Para Ulama Ahli Sunnah di seluruh dunia melabelkan ISIS atau ISIL ini sebagai Khawarij di zaman moden dan Jumhur Ulama Ahli Sunnah bersepakat mengenai kesesatan dan juga penyelewengan golongan ini dan memperingatkan umat Islam agar tidak terpedaya dengan segala propaganda ISIS atau ISIL ini.
2. Sehubungan itu, berdasarkan fakta-fakta yang telah dikemukakan dan selaras dengan nas-nas syarak, Muzakarah berpandangan bahawa kecenderungan dan keghairahan umat Islam untuk berjihad atas nama ISIS atau ISIL di bumi Syria adalah berpunca daripada kekeliruan dalam memahami konsep jihad dan mati syahid yang sebenar menurut Hukum Syarak. Seruan jihad dan mati syahid yang dipegang oleh mereka adalah bercanggah dengan Islam dan boleh membawa kepada kekufuran kerana mereka menghalalkan darah sesama umat Islam. 3. Oleh itu, Muzakarah menegaskan bahawa tindakan umat Islam dari Malaysia yang telah ataupun yang ingin berjuang atas nama jihad di bumi Syria bagi menyokong golongan ISIS atau ISIL adalah sia-sia kerana perjuangan mereka tidak tergolong sebagai jihad dan kematian mereka juga tidak dikategorikan sebagai syahid menurut kerangka Hukum Syarak. 4. Muzakarah menasihatkan seluruh umat Islam di Malaysia supaya menginsafi diri dan tidak mudah terpengaruh atau terjebak dengan keganasan dan propaganda perjuangan kumpulan ISIS atau ISIL ini.
P