Risalah usrah edisi 14

Page 1

PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM) UNISEL BJ

1

RISALAH USRAH BUKAN DICARI TAPI MENCARI | EIDISI 14 | 28 MAC 2016 | 19 JAMADIL AKHIR 1437

BEBANAN USRAH

G R U P

EKA SRI WAHYU BINTI IMAN SYAIFFUDIN | ISM PSIKOLOGI INDUSTRI | TAHUN 3 | SEMESTER 8

Allah berfirman dalam Suruh As-Saff ayat 4 “Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh” “ Allah tidak melihat bentuk rupa dan harta benda kalian, tapi Dia melihat hati dan amal kalian.”

- Nabi Muhammad SAW

Usrah adalah satu cara yang dapat menjadikan kita lebih hampir dengan Allah. Usrah memberi peluang untuk kita mencari lebih banyak pengetahuan berkaitan kerohanian dengan pelbagai cari antaranya, menjadikan kita lebih bersemangat mencari ilmu, perkongsian pandangan bersama rakan usrah seterusnya menyatakan pendirian kita tentang sesuatu perkara. Mantapnya binaan rohani menjadikan kita seorang manusia yang lebih terurus sehariannya kerana akidah yang sempurna akan menentukan emosi dan fikiran kita. Lantas, emosi dan fikiran yang baik akan menghasilkan tidakan yang baik. Tindakan yang baik akan memberi hasil kehidupan yang lebih baik. Formula ini seringkali diulangi oleh Dr. Muhaya Hj. Muhammmad tentang kuasa keyakinan yang merupakan asas kejayaan seseorang didunia dan akhirat. Seringkali kita kaitkan, usrah dengan mahasiswa. Tanggungjawab sebagai mahasiswa iaitu komitmen menjaga carrymark, perbincangan berkumpulan dan aktiviti pembentangan menjadikan tidak ramai mahasiswa berani mengambil risiko untuk meluangkan masa membuat grup, membincangkan perkara-perkara yang tidak menjanjikan sebarang pulangan yang lumayan dalam masa yang singkat. Ini merupakan faktor utama menggalakkan mahasiswa untuk tidak terlibat dalam usrah. Lantas, tidak mustahil, ahli usrah itu tidaklah seramai seperti ahli dalam aktiviti kebudayaan atau aktiviti parti. Justeru itu, kebanyakkan mahasiswa biasa melihat mahasiwa yang aktif dalam berusrah sebagai seorang yang dipandang mulia dan berwibawa, walaupun pada hakikatnya ahli usrah juga adalah biasa seperti mahasiswa lain, mempunyai nafsu marah, cinta dan dengki. Tidak dinafikan, pasti ada ahli usrah yang kadangkali tergelincir garis hidupnya, lantas ada pihak memandang serong tentang aktiviti usrah, walaupun hakikatnya usrah tidak patut dipersalahkan. Masa dan keperibadiaan yang tidak diurus dengan baik, menjadi punca utama terjadinya perkara yang tidak diingini berlaku antaranya pointer jatuh, terlibat dengan isu sumbang mahram dan masalah sosial. Lantas, menjadi antara faktor utama terjadinya hal yang menyebabkan jenama usrah dicalar kemurniaanya. Usrah sebenarnya, mengalakkan ahlinya agar mementingkan persahabatan, hormat menghormati dan sayang menyayangi merupakan nilai yang automatik terhasil dalam usrah. Walaubagaimanapun, apabila asas utama tidak sentiasa diperbaiki iaitu memperbaharui niat menjadikan antara asbab hilang matlamat atau peranan setelah atau ketika menghadiri usrah. Itulah bebanan usrah, komitmen banyak perkara menjadikan kadangkali terlupa banyak perkara. Tetapi percayalah, Ustaz Muhammad al-Amin berkata” hanya orang yang sibuk banyak perkara mampu menguruskan masa dengan baik. Dia menjadi lebih fokus dan lebih terurus khidupan”. Lantas, ada benarnya, tetapi ia bukanlah semudah seperti makan kacang, tetapi memerlukan mujahdah dan istiqmah. Semua ini memerlukan proses pembelajaran yang sangat panjang. Justeru itu, kehidupan sebagai mahasiswa adalah kehidupan yang seronok sekali kerana kita mampu membuat “eksperiment” keatas diri kita sendiri. Di universiti ini, melakukan banyak kesalahan, itu perkara yang boleh dimaafkan, tetapi mengulagi kesalahan yang sama, itu harus dipertimbangkan semula. Pkpimuniselb@gmail.com

Pkpim Uniselbj

pkpimuniselbj.blogspot.com

P


RISALAH USRAH > 2

2 3

KISAH SEPANJANG ZAMAN

KAMBING DAN ALAT TENUN

Imam Ahmad telah memberitakan dari Humaid bin Hilal, dia berkata: “Ada seorang lelaki yang sering berulang-alik di kampung kami, lalu dia membawa cerita yang aneh-aneh kepada orang-orang kampung. Dia bercerita: “Suatu ketika aku datang ke Madinah dalam rombongan dagang, lalu aku menjual semua barang-barang yang aku bawa. Aku berkata kepada diriku: “Mengapa aku tidak pergi kepada orang lelaki yang membawa ajaran baru itu, barangkali aku dapat mendengar berita-berita yang aneh untuk aku bawa kembali bersamaku? Aku pun pergi kepada Rasulullah s.a.w. untuk bertanya sesuatu, lalu Rasulullah s.a.w. menunjukkan arah sebuah rumah, katanya: “Ada seorang wanita yang tinggal di rumah itu . Pernah dia mengikut tentera Islam berjihad, dan ditinggalkannya 12 ekor kambingnya dan sebuah alat tenunan yang digunakannya untuk menenun pakaian. Apabila dia kembali dari berjihad, didapati kambingnya hilang seekor, dan alat tenunannya pun hilang. Dia merasa sedih atas kehilangannya itu. Maka dia pun mengangkat kedua belah tangan berdoa kepada Tuhannya dengan penuh kesungguhan, katanya: “Ya Tuhanku! Engkau telah berikan jaminan bahwa siapa yang keluar berjihad pada jalanmu, Engkau akan pelihara harta bendanya, dan sekarang aku telah kehilangan seekor kambing, dan alat tenunanku. Jadi aku minta ganti 4 kambing yang hilang dan alat tenunanku itu!” Rasulullah s.a.w. terus menceritakan betapa sungguh-sungguhnya dia berdoa dan memohon kepada Tuhannya, sehingga pada esok harinya dia mendapati di pintu rumahnya kambingnya yang hilang itu dengan seekor kambing lagi bersamanya. Begitu juga dia melihat alat tenunannya ada di situ dengan satu alat tenun yang lain. Itulah ceritanya, kata Rasulullah s.a.w. dan jika engkau mahu, pergilah kepadanya di rumah itu, dan tanyalah dia cerita itu! “Tidak”, jawabku, “Akan tetapi aku percaya semua yang engkau katakan itu!” (Majma’uz-Zawaid 5:277)

‫ يرحمكم من في‬, ‫ ارحموا من في االرض‬. ‫ الراحمون يرحمهم الرحمن‬: ‫ عن النبي قال‬, ‫عن عبد هللا بن عمرو‬ .‫السماء‬ Ertinya : Diriwayatkan daripada Abdullah Bin Amr R.Huma, daripada Nabi S.A.W, baginda bersabda : “Orang-orang yang bersifat kasihan, dikasihi oleh Yang Maha Mengasihi. Kasihanilah mereka yang di bumi, nescaya yang di langit akan mengasihi kamu.” (Riwayat Abu Daud Dan At-Tirmizi)

HADIS BIMBINGAN


RISALAH USRAH > 3

5 6

\

E-FATWA Hukum Qurban Dan Aqiqah Ke Atas Haiwan Import Yang Tidak Diketahui Umurnya G R U P

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-96 yang bersidang pada 13-15 Oktober 2011 telah membincangkan mengenai Hukum Qurban Dan Aqiqah Ke Atas Haiwan Import Yang Tidak Diketahui Umurnya. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut: Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa Qurban dan Aqiqah telah disyariatkan dalam al-Quran dan Sunnah dan kedua-duanya merupakan sembelihan sunat yang bertujuan untuk taqarrub kepada Allah s.w.t. Sehubungan itu, muzakarah bersetuju memutuskan bahawa hukum Qurban dan Aqiqah ke atas haiwan yang diimport adalah berdasarkan hukum yang telah disepakati oleh para fuqaha’, iaitu bagi anak kambing muda ianya sesuai untuk dijadikan qurban apabila umurnya genap setahun dan telah masuk ke tahun yang kedua. Manakala bagi unta disyaratkan umurnya memasuki enam tahun dan bagi kambing dan lembu pula hendaklah telah memasuki umur tiga tahun. Bagi biri-biri pula hendaklah memasuki umur dua tahun. Muzakarah juga menasihatkan para pengimport haiwan ternakan untuk tujuan ibadah Qurban atau Aqiqah hendaklah berusaha bersungguh-sungguh mempastikan haiwan import tersebut mencukupi syarat-syarat yang ditetapkan kerana Qurban dan Aqiqah merupakan satu amal ibadah yang bersifat ta’abbudiyyah yang perlu dilaksanakan secara sempurna.

P


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.