Risalah Usrah Edisi 2

Page 1

PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM) UNISEL BJ 1 2 3

RISALAH USRAH BUKAN DICARI TAPI MENCARI | EIDISI 2 |3 FEBRUARI 2015 | SELASA

G R U P

4 5 6 7

“Ukhuwah ini adalah 8 diibaratkan seperti gigi.

9

Terlalu rapat dan10 apabila satu gigi sakit maka 11 kesemua gigi akan sakit juga. 12 Bukan fizikal 13 ke yang akan sakit tetapi 14 kita juga emosi akan 15 terganggu. Macam 16 itulah ukhuwah yang kita17 perlukan. Susah senang kita bersama.”

18 19

Maria Kamel Exco 20 Pembangunan Sosial 21 ABIM

22 23 24 25

ADAB PERBEZAAN PANDANGAN OLEH : SITI HAJAR HARNANI BINTI ISHAK > DIPLOMA PENDIDIKAN (PENGAJIAN ISLAM) > SEMESTER 8 > BIRO DAKWAH DAN TARBIAH

Perbezaan pendapat manusia sama ada di dalam perkara yang berkaitan dengan hal ehwal agama ataupun urusan dunia merupakan lumrah hidup dan tabiat hidup manusia. Namun ianya bukanlah alasan untuk kita sentiasa bertikam lidah sesama sendiri sehingga kita tidak menhiraukan adab dan etikanya. Bahkan di dalam syariat Islam itu sendiri telah menggariskan prinsipprinsip serta adab sekiranya timbul perbezaan pandangan dalam sesuatu hal atau urusan. Contohnya, syariat Islam itu menggalakkan umatnya bermusyawarah yakni perbincangan untuk menentukan atau menetapkan sesuatu urusan, dan di dalam musyawarah tersebut akan melahirkan suasana untuk bermuzakarah, berdialog dan perbincangan yang sihat. Tambahan pula, di dalam perbincangan tersebut, kita hendaklah berteraskan kepada akal yang waras, pemikiran yang bernas serta berdebatan yang dilakukan dengan sebaik-baiknya. Yang mana kesemuanya ini bertujuan untuk mencari kebenaran, kebaikan dan manfaat manusia seluruhnya.. Terdapat di kalangan umat Islam yang terlalu taksub dengan cara merendah-rendahkan pandangan serta pendapat orang lain yang tidak sealiran dengannya. Jika masalah tersebut tidak ditangani dengan bijak, kemungkinan besar ia boleh menimbulkan perbalahan yang akan memberi impak negatif kepada Islam. Perbezaan ini adalah ketetapan Allah atau sunnatullah. Allah telah berfirman yang bermaksud: : “Dan jika Tuhanmu menghendaki, tentulah Dia menjadikan umat manusia itu umat yang satu. (Tetapi Dia tidak menjadikan yang demikian) dan kerana itulah mereka sentiasa berselisihan.” (Surah Hud, ayat 118). Maka dengan itu, kita hendaklah kembali semula kepada tempat rujukan asal kita iaitu Al-Quran dan As-Sunnah dimana Rasulullah S.A.W telah meninggalkannya sebagai panduan bagi ummatnya. Di dalam firman Allah Subhanahu wa Ta’ala di dalam Surah Al-Nisa’, “Jika kamu berselisih pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah dan Rasul, jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama dan lebih baik akibatnya.” (Surah An Nisa, 4: 59) Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhu apabila telah menafsirkan ayat tersebut menyatakan bahawa yang dimaksudkan dengan kembali kepada Allah adalah kembali kepada Al-Quran manakala kembali kepada Rasul adalah kembali kepada As-Sunnah. Al-Quran mengajar kita di dalam Surah Ali ‘Imran, di mana Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman, “Dan berpeganglah kamu semua dengan tali Allah, dan janganlah kamu berpecah belah. Dan ingatlah nikmat Allah kepada kalian ketika kalian dahulu bermusuhan, lalu Allah mempersatukan hati kalian, dan kerana nikmat Allah kalian menjadi orang-orang yang bersaudara; dan kalian telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kalian darinya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepada mereka, agar kalian mendapat petunjuk.” (Surah Ali Imran, 3: 103) Pkpimuniselb@gmail.com

Pkpim Uniselbj

pkpimuniselbj.blogspot.com

P


RISALAH USRAH > 2

26

PENGEMIS DAN ISTERI CANTIK

27

KISAH SEPANJANG ZAMAN

Pada suatu hari, ketika sepasang suami isteri duduk makan diruang tamu, datang seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka.

"Tolonglah encik, saya lapar, sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi." Dengan muka bengis, si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu. Dalam hatinya berkata : "Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain, tetapi untuk diri dan keluargaku." Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah. Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus menceraikan isterinya kerana tidak mahu isterinya turut menderita sepertinya. Setahun kemudian, isteri yang masih cantik itu berkahwin pula dengan lelaki lain. Pada suatu hari, sedang si isteri dan suami barunya mengadap makanan, tiba-tiba seorang pengemis mengetuk pintu sambil meminta belas kasihan. Mendengar rayuan pengemis itu si suami menyuruh isterinya menghidangkan sepinggan nasi berlaukkan seperti yang mereka makan. Setelah memberi sepinggan nasi kepada pengemis itu, si isteri menangkup muka sambil menangis. Si isteri mengadu si pengemis itu sebenarnya adalah bekas suamiya yang dulu pernah menengking seorang pengemis. Suami yang baru itu menjawab dengan tenang. "Demi Allah, sebenarnya akulah pengemis yang dihalau dan ditengking

dulu!".

Cerita ini memberi pengajaran bahawa hidup kita seperti putaran roda dan tidak selalunya diatas. Ada masa ketikanya kita akan turun kebawah dan naik semula atau sebaliknya. Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya : "Sedekah itu dapat

menutup tujuh puluh ribu kejahatan".

Anas b. Malik pula meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w ada bersabda bermaksud : " Barang siapa mempunyai

harta, maka bersedekahlah dengan kekayaannya, barang siapa yang mempunyai ilmu, maka bersedekahlah dengan ilmunya dan barang siapa yang mempunyai tenaga, bersedekahlah dengan tenaganya". WUDUK

َّ ‫ قَا َل َرسُول‬:‫ قَا َل‬,‫ان ْب ِن َعفَّان‬ ْ ‫ َخ َر َج‬،‫ ( َم ْن تَ َوضَّأ َ فَأَحْ َس َن ْال ُوض ُْو َء‬: ِ‫َّللا‬ ‫ى‬ َ ‫َو َع ْن ُع ْث َم‬ َّ ‫ت َخطَاياَهُ ِم ْن َج ِس ِد ِه َحت‬ ْ َ‫ت َْخ ُر َج ِم ْن تَحْ تَ أ‬ ‫ار ِه) َر َواهُ ُمسلِم‬ ِ َ‫ظف‬ Dari Utsman bin Afan, ia berkata: “Rasulullah

S.A.W bersabda: “Barangsiapa yang

berwuduk lalu menyempurnakan wuduknya maka keluarlah dosa-dosanya dari tubuhnya bahkan dosa-dosa itu keluar dari bawah kukunya juga keluar”.

FADHILAT AMAL

Hadis Riwayat Muslim.


RISALAH USRAH > 3

PENGEMIS DAN ISTERI CANTIK

E-FATWA

28 Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali Ke-90 yang bersidang pada 1 Mac 2010 telah membincangkan Hukum Penggunaan Bulu Binatang Yang Halal Dimakan Sebagai Ramuan Makanan. Muzakarah telah memutuskan bahawa penggunaan vitamin D3 yang terhasil daripada bulu binatang yang halal dimakan adalah harus sama ada ia diambil semasa hidup atau selepas disembelih mengikut hukum syarak. Keterangan/Hujah: 1. Bulu kambing yang diambil untuk dijadikan vitamin D3 adalah diperolehi dengan cara bercukur atau memotong bulu binatang tersebut ketika ia masih hidup. 2. Bulu kambing adalah satu-satunya sumber untuk mendapatkan vitamin D3. Sehingga kini belum ditemui sumber yang lain selain kambing biri-biri untuk mendapatkan vitamin D3. 3. Proses penghasilan vitamin D3 dimulakan daripada pengekstrakan bahan dinamakan lanolin, sejenis bahan berlemak (wax) daripada bulu kambing yang melalui proses pengikisan (scouring process) dengan menggunakan bahan alkali dan pengemparan. 4. Berdasarkan kepada konsep asas (asal sesuatu iatu adalah harus), penggunaan bulu binatang yang halal yang diambil semasa hidupnya adalah harus selagi ia dihukum suci, bersih disisi syarak dan tidak memudharatkan. 5. Mengikut fatwa Mufti Kerajaan Brunei Bulu binatang yang halal dimakan seperti kambing biri-biri, ayam, arnab, dan lain-lain yang diambil daripada badannya semasa ia masih hidup, sama ada dengan cara mencukur, menggunting, mencabut atau tercabut dengan sendirinya adalah suci. 6. Berhubung penggunaan bulu daripada binatang yang halal untuk dijadikan sebagai bahan ramuan makanan atau untuk kegunaan yang lain, para fuqaha' bersepakat bahawa adalah jelas tentang halalnya penggunaan bulu sebagaimana yang disebut oleh Dr. Wahbah Zuhaili bahawa ijma' ulama' bersetuju tentang kesucian bulu yang diambil dari binatang yang halal dimakan dagingnya sama ada diambil selepas disembelih atau semasa hidupnya. Ijmak ulamak ini adalah berdasarkan kepada umum ayat Al-Quran Surah An-Nahl, ayat 80 tentang kesucian bulu binatang sama ada ianya diambil selepas disembelih atau semasa hidupnya untuk kegunaan manusia 7. Dalam kes D3 ini manfaatnya bukan diambil dari gentian bulu tersebut tetapi dari sejenis lilin yang terdapat pada bulu biri-biri tersebut. Dalam kes seumpama ini juga ulama' menyatakan keharusannya sebagaimana ulamak menyatakan bahawa bulu binatang adalah suci, dan apa yang ada pada lazimnya pada bulu binatang itu juga adalah suci. 8. Pandangan Jumhur Ulama' adalah jelas bahawa setiap perkara yang jamad adalah suci melainkan terdapat dalil yang jelas tentang pengharamannya.

#Sumber Portal Rasmi Fatwa Malaysia

HUKUM PENGGUNAAN BULU BINATANG YANG HALAL DIMAKAN SEBAGAI RAMUAN MAKANAN



Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.