PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM) UNISEL BJ 1
RISALAH USRAH BUKAN DICARI TAPI MENCARI | EIDISI 3|16 FEBRUARI 2015 |ISNIN
G R U P
UKHWAH ISLAMIAH OLEH : SAUDARI RABIATUL ADAWIYAH BINTI MOHAMED JAMIL | DIPLOMA PEMDIDIKAN (PENGAJIAN ISLAM) > SEMESTER 7
“Sesungguhnya orang-orang mu’min itu bersaudara kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertaqwalah kepada Allah S.W.T. supaya kamu mendapat rahmat” (Al-Hujurat:10)
“Janganlah malas beribadat jika tak mampu azab di akhirat.” - MOHAMED MUSLIMIN HJ YAAKOP
Berdasarkan dalil di atas jelas sekali Allah berfirman bahawa semua Muslim adalah bersaudara. Ukhuwwah atau persaudaraan di dalam Islam merupakan jalinan yang menghubungkan sebahagian dengan sebahagian Umat Islam yang lain. Ia merupakan ikatan rabbani iaitu ikatan yang diikuti di atas dasar ketaatan kepada Allah yang mengikat hati-hati mereka dan ia merupakan jalinan yang mendekatkan mereka kepada Allah S.W.T. Hal ini diperkukuhkan lagi oleh larangan Rasulullah SAW terhadap permusuhan antara Muslim. Abu Ayyub Al-Ansari meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Tidak seorang muslim memutuskan silaturrahim dengan saudara muslimnya lebih dari tiga malam yang masing-masing saling mengangkat muka apabila berjumpa. Yang terbaik di antara mereka adalah yang memulakan mengucapkan salam kepada yang lainnya”. (H.R. Bukhari dan Muslim). Di dalam ajaran Islam persaudaraan adalah satu tonggak yang menjadi tunjang kepada pembinaan sebuah masyarakat Islam yang kukuh dan
Pkpimuniselb@gmail.com
sendi yang masyarakat.
menghubungkan
anggota
Harakah Islamiah sangatlah memerlukan agar ikatan persaudaraan yang dianjurkan oleh Islam ini diperkukuhkan sehingga ia menjadi seolah-olah satu bangunan yang tersusun rapi, satu anggota memperkuat satu anggota yang lain. Ianya seumpama satu jasad yang apabila satu daripada anggota jasad itu merasai sakit, maka seluruh anggota yang lain akan turut menanggung penderitaannya. Mengutamakan persaudaraan Islam lebih dari yang lain sama sekali tidak mempengaruhi ikatan darah, biarpun dengan kerabat nonMuslim. Nabi SAW menekankan pentingnya membangunkan persaudaraan Islam dalam batasan-batasan praktikal dalam bentuk saling ambil berat dan tolong menolong. Sebagai contoh, Beliau bersabda, “Allah SWT menolong hamba-Nya selama hamba itu menolong saudaranya”.
oleh orang-orang yang telah memeluk Islam tanpa melihat warna kulit, ras atau agama lamanya. Bagi memastikan hak-hak dan kewajipan ukhuwah ini dilaksanakan dengan sempurna dan berperanan dalam pembangunan jemaah, kita seharusnya mengamalkan ajaran Islam di mana ianya lengkap menjelaskan cara-cara bagaimana hak-hak dan kewajipan tersebut dilaksanakan secara amali dengan memberi penekanan bahawa ia adalah satu tanggungjawab yang mesti dilaksanakan bukan sekadar ucapan di bibir atau teori semata-mata.
(H.R Muslim). Seorang muslim yang mengharapkan belas kasih sayang dari Allah tetapi tidak memiliki sifat prihatin terhadap kesejahteraan saudara yang lainnya amatlah tidak wajar. Sebagai akibatnya, persaudaraan kaum muslimin bukan sahaja merupakan aspek teori ideologi islam, tapi telah terbukti dalam praktikal seharian kaum muslim terdahulu ketika mereka menyebarkan dakwah ke seluruh pelosok dunia. Tidak kira walau ke manapun orang-orang Arab muslim berhijrah sama ada ke Afrika, India atau daerah-daerah terpencil Asia, mereka akan disambut hangat
pkpimuniselbj.blogspot.com
Pkpim Uniselbj
P
KISAH SEPANJANG ZAMAN
RISALAH USRAH > 2
2
SIKAP DAN TELATAH MANUSIA
Pada suatu hari, Luqman al-Hakim telah masuk ke dalam pasar dengan menaiki seekor keldai, manakala anaknya mengikut dari belakang. Melihat tingkah laku Luqman itu, sesetengah orang pun berkata, " Lihat itu orang tua yang tidak bertimbang rasa, sedangkan anaknya dibiarkan
berjalan kaki.� Setelah mendengarkan desas-desus daripada orang ramai, maka Luqman pun turun daripada keldainya itu lalu diletakkan anaknya di atas keldai itu. Melihat yang demikian, maka orang di pasar itu berkata pula, "Lihat orang tuanya berjalan kaki sedangkan anaknya sedap menaiki keldai
itu. Sungguh kurang adab anak itu" Sebaik saja mendengar kata-kata itu, Luqman pun terus naik ke atas belakang keldai itu bersama-sama dengan anaknya. kemudian orang ramai pula berkata lagi. "Lihat itu, dua orang menaiki seekor keldai, sesungguh sangat menyeksakan keldai tersebut". Oleh kerana tidak suka mendengar percakapan orang, maka Luqman dan anaknya turun daripada keldai itu, kemudian terdengar lagi suara orang berkata., "dua orang berjalan kaki, sedangkan keldai itu tidak ditunggai." Dalam perjalan pulang ke rumah, Luqman al-Hakim telah menasihati anaknya tentang sikap manusia dan telatah mereka, katanya "
Sesungguhnya tiada seorang pun terlepas daripada percakapan manusia. Maka orang yang berakal tiadalah dia mengambil pertimbangan melainkan kepada Allah SWT sahaja. Barang siapa mengenali kebenaran, itu lah yang menjadi pertimbangannya dalam setiap perkara" Kemudian Luqman al-Hakim berpesan kepada anaknya. Katanya, "Wahai anakku, tuntutlah rezeki yang halal supaya kamu tidak menjadi
fakir. Sesungguhnya tiadalah orang fakir itu melainkan tertimpa kepadanya tiga perkara, iaitu tipis keyakinannya (iman) tentang agamanya, lemah akalnya (mudah tertipu dan diperdayai orang) dan hilang kemulian hatinya (keperibadianya), dan lebih celaka lagi daripada tiga perkara itu ialah orang yang suka merendah-rendahkan dan meringan-ringankanya". (dipetik dari Wasiat Luqman al-Hakim)
MENDAHULUKAN YANG KANAN Dari `Aisyah Radhiyallahu 'Anha, ia berkata: “Rasulullah
SAW
sangat menyukai
memulakan dari kanan dalam setiap pekerjaannya yakni bersuci, menyisir rambut dan memakai kasut�. Muttafaq ’alaih.
FADHILAT AMAL
RISALAH USRAH > 3
3
E-FATWA
HUKUM PEMBINAAN KUBUR SECARA BERTINGKAT Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-92 yang bersidang pada 15 - 17 Disember 2010 telah membincangkan Hukum Pembinaan Kubur Secara Bertingkat. Muzakarah telah memutuskan seperti berikut: Setelah mendengar taklimat daripada pihak Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Semenanjung Malaysia serta pandangan dan hujah-hujah yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa dalam keadaan dharurat di mana berlakunya kepadatan penduduk dan lokasi tanah perkuburan yang terhad, pembinaan kubur secara bertingkat merupakan konsep dan kaedah yang tidak bertentangan dengan syarak. Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa berdasarkan prinsip hukum Islam, pembinaan kubur secara bertingkat adalah harus dilaksanakan sekiranya keperluan amat mendesak bagi mengatasi kekurangan tanah perkuburan orang Islam pada hari ini. Walaubagaimanapun, kajian terhadap modul-modul pelaksanaannya perlu diteliti dengan lebih menyeluruh dengan mengambil contoh di beberapa buah negara luar yang telah melaksanakannya serta mengambilkira penjimatan kos.
#Sumber Portal Rasmi Fatwa Malaysia