PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM) UNISEL BJ 1 2 3
RISALAH USRAH BUKAN DICARI TAPI MENCARI | EIDISI 4 | 2 MAC 2015 | ISNIN
G R U P
IKHTILAT DAN BATASANYA OLEH : SAUDARI RABIATUL ADAWIYAH BINTI MOHAMED JAMIL > DIPLOMA PEMDIDIKAN (PENGAJIAN ISLAM) > SEMESTER 7
“Orang muda penuh dengan keberanian, maka orang tua penuh dengan pengalamannya”
- Dato' Dr. Siddiq Fadzil. Presiden WADAH
Ikhtilat (pergaulan antara lelaki dan perempuan) sering berlaku di manamana samada dalam menuntut ilmu, gerak kerja berorganisasi, bidang pekerjaan, bersosial dengan masyarakat dan sebagainya. Namun masih ramai yang keliru dengan hokum sebenar dan batasan ikhtilat antara lelaki dan perempuan. Ada ulama’ yang berpandangan bahawa ia haram da nada juga yang mengatakan bahawa ianya adalah harus. Bersesuaian dengan zaman yang semakin mendepani cabaran ini lebih sesuai kita mengambil hokum ikhtilat sebagai harus selagi mana kita mengikuti syarat-syarat yang ditetapkan sebagaimana yang difatwakan oleh ulama’ kontemporari, Syeikh Dr. Yusuf Al-Qardhawi. Hal ini kerana ikhtilat adalah fitrah, ia memang salah satu perkara yang tidak boleh dielakkan kerana manusia hidup di dunia ini saling bantu-membantu antara satu dengan yang lain. Maka, ia memerlukan etika yang betul supaya manusia tidak jatuh kepada jurang kebinasaan seperti penzinaan, “bercouple”, keruntuhan akhlak dan sebagainya. Menurut Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi dalam buku beliau yang bertajuk Fatwa Al Mar-atul Muslimah, pertemuan ataupun perjumpaan di antara lelaki dan perempuan tidaklah diharamkan secara mutlak, bahkan harus mahupun dituntut jika tujuannya adalah mulia, memberi manfaat dan menambah amal soleh seperti menuntut ilmu, membawa kebaikan, dan perkara-perkara yang
Pkpimuniselb@gmail.com
mana berhajatkan bantuan dan pertolongan dari kedua-dua belah pihak yakni lelaki dan perempuan berlandaskan batas-batas atau tujuan yang bertul dan penguatkuasaan yang berkesan.
Perempuan yang bergelar muslimah juga harus faham akan batasan dari segala aspek termasuklah percakapan, cara berjalan, tingkah laku dan sebagainya.
Walaupun ikhtilat ini dibolehkan, terdapat beberapa batasan dan syariat yang telah ditetapkan oleh Islam antaranya hendaklah menjaga pandangan oleh kedua-duanya, tidak memandang kepada aurat, tidak juga memandang dengan nafsu dan tidak memangjangkan pandangan jika tidak berhajat. Firman Allah SWT :
Maka saya menyeru khususnya buat mereka yang bergelar perempuan, wanita, muslimah dan mukminah, samasamalah kita memelihara diri dengan sentiasa menjaga batas-batas syariat dalam pergaulan seharian kita supaya kita tidak mudah terdedah dan terjerumus dengan kebinasaan. Memenuhi syarat-syarat ini, bukan untuk menyusahkan diri kita, bahkan demi kebaikan bersama, kerana Allah SWT tahu apa yang terbaik untuk hamba-Nya yang taat. Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik, dengan keyakinan ini, marilah di saat ini kita mula menjadi seorang yang terbaik disisi-Nya insyAllah lebih-lebih lagi sempena permulaan tahun baru ini.
“Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman, hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengasihani apa yang mereka perbuat. Katakanlah kepada wanita beriman hendaklah mereka menahan pandangannya dan kemaluanya”. (An-Nuur:30-31) Seorang perempuan hendaklah sentiasa mengenakan pakaian yang disyariatkan dan sopan, menutupi seluruh badannya selain dua tapak tangan dan wajah, tidak jarang (tipis) dan tidak menampakkan bentuk tubuh. Firman Allah SWT : “Dan jangnlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka melabuhkan kain tudung ke dadanya”. (An-Nuur:31).
pkpimuniselbj.blogspot.com
Pkpim Uniselbj
P
RISALAH USRAH > 2
MERENDAHKAN HATI
KISAH SEPANJANG ZAMAN
Khalifah Harun Ar-Rasyid telah menziarahi ke makam Rasulullah S.A.W di Madinah. Ketika berada di Masjid Nabawi, baginda melihat Imam Malik sedang mengajar agama. “Wahai Malik, elok kalau kamu boleh datang ke tempat kami untuk memberi kuliah seperti ini.” Kata khalifah. Namun dengan pantas Imam Malik menjawab : “Ya Amirul Mukminin, ilmu itu tidak mencari tetapi dicari.” “Kalau begitu katamu, aku akan hadir ke masjid ini untuk mendengar kau mengajar.” “Hamba tidak keberatan asalkan tuanku dapat datang menepati waktu. Jika tuanku terlambat, hamba tidak akan benarkan tuanku
melangkahi hadirin yang berada di depan.” Khalifah 4 Harun Ar-Rasyid bersetuju dengan apa yang telah dinyatakan oleh Imam Malik. Baginda hadir keesokkan harinya dengan membawa rombongannya. Pembantunya telah membawa kerusi khas tempat duduknya. Imam Malik terus menegur Amirul Mukminin. Beliau menuturkan sebuah hadis Rasulullah S.A.W yang membawa maksud : “ Siapa yang
merendahkan hatinya kepada Allah, maka Allah akan mengangkatnya dan siapa yang menyombongkan dirinya, maka Allah akan menhinanya.” Maka, fahamlah Amirul Mukminin bahawa ucapan dari Imam Malik adalah ditujukan kepadanya. Bainda pun meminta kerusi tersebut dialihkan dan terus duduk bersama Muslimin yang lain untuk mendengar pelajaran yang telah disampaikan oleh Imam Malik.
GANJARAN BAGI ORANG YANG MENYAMPAIKAN PERKARA BAIK
َّٰ ت ت َۡج ِري ِمن ت َۡحتِ َها ۡٱۡلَ ۡن َّٰ َه ُۖ ُر ُكلَّ َما ُر ِزقُو ْا ِم ۡن َها ِمن ثَ َم َر ِّر ۡز ٗقا قَالُو ْا َّٰ َه َذا ٱلَّ ِذي ِّ َ﴿ َوب َّ َّٰ ش ِر ٱلَّ ِذينَ َءا َمنُو ْا َو َع ِملُو ْا ٱل ِ صلِ َّٰ َح ٖ َّت أَنَّ لَ ُهمۡ َجن ﴾ ٥٢: َُۖة َوهُمۡ فِي َها َّٰ َخلِدُونٞ ج ُّمطَهَّ َرٞ شبِ ٗه ُۖا َولَ ُهمۡ فِي َهآ أَ ۡز َّٰ َو َ َّٰ َ َوأُتُو ْا بِ ِۦه ُمت, ُر ِز ۡقنَا ِمن قَ ۡب ُۖ ُل ]٥٢ :[البقرة "Dan sampaikanlah berita gembira kepada mereka yang beriman dan berbuat baik, bahawa bagi mereka disediakan syurga-syurga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya. Setiap mereka diberi rezeki buah-buahan dalam syurga-syurga itu, mereka mengatakan: "Inilah yang pernah diberikan kepada kami dahulu." Mereka diberi buah-buahan yang serupa dan untuk mereka di dalamnya ada isteri-isteri yang suci dan mereka kekal di dalamnya". (Q.S. Al Baqarah: 25).
FADHILAT AMAL
RISALAH USRAH > 3
E-FATWA
HUKUM PEMERDAGANGAN MANUSIA Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali Ke-95 yang bersidang pada 16-18 Jun 2011 telah membincangkan mengenai Hukum Pemerdagangan Manusia. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut: i. Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa manusia merupakan makhluk yang amat dimuliakan oleh Allah s.w.t dan tidak diciptakan untuk menjadi hamba kepada manusia yang lain. ii. Oleh yang demikian, pemerdagangan manusia yang melibatkan berbagai eksploitasi seperti pelacuran, perhambaan dan sebagainya adalah bercanggah dengan kemuliaan dan konsep khalifah yang disyariatkan oleh Allah s.w.t. iii.
Sehubungan
itu,
muzakarah
bersetuju
memutuskan
bahawa
hukum
memperdagang dan mengeksploitasikan manusia dalam pelbagai bentuk yang menyalahi hukum syarak adalah diharamkan oleh Islam.
#Sumber Portal Rasmi Fatwa Malaysia