PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM) UNISEL BJ 1 2
RISALAH USRAH
3
BUKAN DICARI TAPI MENCARI | EIDISI 5 |16 MAC 2015 | ISNIN
G R U P
JANGAN BANYAK BERTANYA? Oleh : Muhammad Redhuan Bin Muhammad Daud > ISM Mathematics With Statistics > Semester 2 > Exco Kajian (Gptd)
Salah seorang telah menyoal kepada Ibnu Umar (r.a): "'Sesungguhnya Allah telah berfirman di dalam Al-Quran sesuatu mengenai bersolat di dalam aman dan bersolat di dalam ketakutan sebaliknya Allah tidak berfirman sesuatu mengenai solat di dalam perjalanan" "Kegelapan, adakalanya berpanjangan . Namun ia tidak akan berterusan selamanya. Kebenaran, adakalanya lemah. Namun ia menang sepanjang masa."
Beliau menjawab: "Duhai anak saudaraku! Sesungguhnya Allah telah mengutuskan Muhammad (s.a.w) sebagai PesuruhNya kepada kita apabila kita berkeadaan jahil dan tidak mengetahui apa-apa. Seterusnya hendaklah kita menurut apa yang telah kita lihat baginda lakukan" Ini menunjukkan bahawa tidak perlu setiap peraturan patut diterangkan dengan jelas di dalam Al-Quran. Amalan -amalan yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah (s.a.w) adalah sebaik-baik panduan untuk kita beramal. Rasulullah (s.a.w) telah bersabda: "Daku telah dikurniakan kitab suci Al-Quran dan segala bentuk suruhan yang lain menyerupai Al-Quran. Awasilah oleh mu di masa akan tiba tidak lama lagi di mana orang-orang yang sejuk hati yang duduk di atas bangku-bangku mereka akan berkata, 'Berpeganglah kepada Al Quran sahaja. Jagalah suruhan-suruhan yang terkandung di dalamnya."
Al-Shahid Sayyid Qutb
Pandangan-pandangan yang rosak seperti inilah yang selalunya diilhamkan oleh kecongkakan kerana kemewahan dan mungkin juga mengapa ayat"Sejuk Hati" digunakan untuk orang-orang seperti ini. Rujukan: Kitab Fadhilat Amal karangan Shaikhul Hadith Hazrat Maulana Muhammad Zakariya Rahmatullah 'Allaih.
Nota Tambahan: Apabila kisah ini dibaca oleh kita secara individu berulang-ulang kali dan diceritakan berkali-kali kepada kita. Sebenarnya dapat kita pelajari betapa hebatnya orang yang terdahulu yang menjaga adab dalam bersoal dan menjaga adab dalam menjawab soalan. Lihatlah susunan bahasa yang elok dan mudah difahami yang telah digunakan oleh Ibnu Umar (r.a) dalam menjawab soalan tersebut dengan penuh kebijaksanaan. Moga kisah ini bermanfaat buat kita semua.
Pkpimuniselb@gmail.com
Pkpim Uniselbj
pkpimuniselbj.blogspot.com
P
RISALAH USRAH > 2
INSYA-ALLAH
KISAH SEPANJANG ZAMAN
Seorang lelaki bercadang untuk membeli seekor keldai di pasar. Di dalam perjalanannya, beliau telah bertemu dengan seorang kawan dan sempat untuk bertegur sapa bagi bertanya khabar. “Selepas ini ke mana pula tujuannya ?” “Cadangnya ke pasar, nak beli keldai!”
“Ucaplah, Insya-Allah!” “Awak ni, nak sebut Insya-Allah jugakah bagi perkara yang sudah pasti, bekalan duit pun sudah cukup, di mana tempat boleh dapatkan keldai pun saya sudah tahu.” Sedang 4 asyik memilih keldai, tanpa disedarinya dompetnya telah dicuri oleh penyeluk saku. Ketika mahu membayar harga keldai tersebut, barulah diketahuinya bahawa dompetnya telah hilang. Dia pun pulang dengan membawa perasaan hampa. Di pertengahan jalan, sekalilagi dia telah bertemu dengan kawannya yang ditemuinya tadi. Kawannya terkejut kerana dia blik dengan tangan yang kosong.
“Katanya hendak membeli keldai, mana keldainya?” “Insya-Allah, wang aku telah habis diambil oleh penyeluk saku. Aku tak sedar ketika seronok untuk memilih keldai, rupanya ada yang telah mengambil kesempatan.” Jawabnya dengan nada sedih.
KEIKHLASAN ص َو ِر ُك ْم َوال ُ َّللا تَ َعال َى الَ يَ ْنظُ ُر إِلَى َ من ب ِْن َ َّ ((إِ َّن: ) قال رسول اللة (ص: قال,ص ْخر ِ ْوع َْن أبي هُ َر ْي َرةَ َع ْب ِد الرَّح َولَ ِك ْن يَ ْنظُ ُر إِلَى قُلُوْ بِ ُك ْم وأَ ْع َمالِ ُك ْم )) َر َواهُ ُم ْسلِم،إِلَى أَ ْم َوالِ ُك ْم
Dari Abu Hurairah berkata: “Rasulullah SAW bersabda:“Sesungguhnya Allah Taala tidak memandang kepada rupa kalian dan tidak pula kepada harta kalian tetapi Allah memandang kepada hati dan amal kalian” .
FADHILAT AMAL
HR. Muslim.
RISALAH USRAH > 3
E-FATWA HUKUM PELANCONG BUKAN ISLAM MEMASUKI MASJID DAN RUANG SOLAT UTAMA DI DALAM MASJID
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali Ke-90 yang bersidang pada 1 Mac 2010 telah membincangkan Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid Dan Ruang Solat Utama Di Dalam Masjid. Muzakarah telah memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab. Walaubagaimanapun, perbuatan berdoa atau bertafakur oleh pelancong bukan Islam mengikut cara agama mereka dalam keadaan yang boleh menimbulkan fitnah adalah dilarang. Keterangan/Hujah: Dalam hal-hal yang berkaitan ibadah, sensitiviti umat Islam sangat tinggi dan nilai-nilai ta'abbudi amat dititikberatkan oleh masyarakat Islam. Umat Islam dibenarkan melakukan ibadah sembahyang walaupun di dalam gereja kerana Saidina Umar al-Khattab pernah melakukannya. Umat Islam perlu bersikap tasamuh dan tidak terlalu rigid dalam membenarkan orang bukan Islam mendekati masjid. Keindahan Islam boleh ditunjukkan kepada orang bukan Islam melalui lawatan mereka ke masjid-masjid selaras dengan peraturan dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh pengurusan masjid. Sikap membenarkan orang bukan Islam memasuki masjid tidak boleh disamakan dengan sikap tidak membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh Kristian kerana konsepnya adalah berbeza.
#Sumber Portal Rasmi Fatwa Malaysia