PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM) UNISEL BJ 1
RISALAH USRAH BUKAN DICARI TAPI MENCARI | EIDISI 6 | 2 APRIL 2015 | KHAMIS
G R U P
Istiqamah dan budaya ilmu OLEH : MOHAMMAD REDHUAN BIN MOHAMMAD DAUD > ISM MATHEMATICS WITH STATISTICS > SEMESTER 2 > EXCO KAJIAN (GPTD UNISEL)
“ Yang kita inginkan bukan hanya generasi terpelajar, tetapi juga generasi terdidik yang berwatak insan ' ulu 'l-albab (insan bernurani dan berakal tinggi, kebenaran Ilahi adalah segalagalanya.)� - Dato' Dr. Siddiq Fadzil. Presiden WADAH
Abdullah bin Masuud (r.a) adalah seorang daripada sahabat yang unggul yang telah diamanatkan dengan satu tugas supaya mengeluarkan fatwa walaupun semasa hayat Rasulullah (s.a.w). Beliau telah bersama-sama Islam sejak tertubuhnya lagi dan beliau adalah di antara salah seorang dari orang-orang yang telah berhijrah ke Abyssinia. Beliau juga telah menemani Rasulullah (s.a.w) di dalam semua peperangan yang diketuai oleh baginda (s.a.w) dan pernah juga berkhidmat sebagai pembantu baginda. Beliau juga pernah mengangkat kasut-kasut Rasulullah (s.a..w), menyediakan sebuah bantal kepada baginda semasa baginda memerlukannya dan juga mengangkut air ketika baginda hendak berwudhu. Dengan yang demikian beliau telah dikenali sebagai seorang 'penyimpan kasut', 'penyimpan bantal', 'dan juga sebagai 'pengurus wudhu'. Sekali pernah Rasulullah berkata, "Abdullah bin Masuud (r.a) sajalah orang yang boleh daku lantik sebagai Amir dengan sempurna tanpa daku berunding dengan sesiapun". Beliau telah dibenarkan oleh Rasulullah (s.a..w) untuk menziarahi baginda sekalipun pada bilabila masa. Rasulullah (s.a.w) telah dilapurkan sebagai berkata: 1. "Sekiranya kamu ingin membaca Al-Quran sepertimana yang telah diwahyukan kepadaku, maka contohilah kamu bacaan dari Abdullah bin Masuud". 2. "Percayalah akan apa yang telah diriwayatkan oleh Abdullah bin Masuud daripadaku"
Abu Musa Ashaari (r.a) berkata,
Rasulullah (s.a.w) telah bersabda:
''Abdullah bin Masuud (r.a) dan ibunya kerap kali pergi ke rumah Rasulullah (s.a.w) untuk melawat baginda di mana mereka merasai seperti berada di dalam suasana di rumah mereka sendiri sehinggalah orang-orang dari Yaman yang datang menemui Rasulullah (s.a.w) menganggapnya sebagai salah seorang dari Ahlulbait."
"Seseorang yang mengeluarkan sesuatu (perihal) dariku yang tidak daku sabdakan, adalah seumpama dia itu sedang menempah tempat tinggalnya di dalam neraka"
Sungguhpun beliau selalu berdampingan dengan Rasulullah (s.a.w) namun beliau sentiasa berhati-hati dalaman meriwayatkan tentang sabdaan-sabdaan Rasulullah (s.a.w). Apabila saja beliau berniat untuk melakukan demikian beliau akan menggeletar dengan berasa ketakutan. Amir bin Maimun berkata: "Daku selalu menziarahi Abdullah bin Masuud pada setiap hari khamis selama dua tahun. Daku belum pernah mendengar beliau mengeluarkan perkataan-perkataan yang hendak dikemukakan kepada Rasulullah (s.a.w). Sekali pernah beliau meriwayatkan mengenai hadith. Apabila beliau hendak mengucapkan perkataan-perkataan ini, 'Rasulullah seraya berkata demikian', badannya akan menggeletar,matanya akan dilinangi dengan air mata, dahinya akan berpeluh di mana urat-urat darahnya akan bengkak. Kemudian beliau berkata lagi, 'Insyaallah Rasulullah berkata demikian yang maksudnya lebih kurang sesuatu yang seperti ini'. Lihatlah betapa teliti perhatian dan pemeliharaan yang dipeliharai oleh para-para sahabat mengenai Hadith.
Inilah yang menyebabkan mengapa parapara ahabat sungguhpun mereka bercakap dan melakukan tiap-tiap sesuatu yang benar-benar menurut ajaran dan contoh dari Rasulullah (s.a.w) namun yang demikian mereka masih berasa gementar untuk mengeluarkan setiap perkataan yang terbitnya dari Rasulullah (s.a.w) . Kalaukalau perkataan-perkataan mereka itu akan bertentangan dari apa yang sebenarnya yang telah diucapkan oleh Rasulullah (s.a.w). Disebaliknya kita pada akhir ini sentiasa mencatit akan hadith-hadith tanpa memastikan mengenai keasliannya dan juga tidak berasa takut sedikit pun mengenai akibat-akibat yang dahsyat yang akan diterima oleh kerana mengeluarkan sesuatu yang bertentangan dari Rasulullah (s.a.w). Adalah diberitakan bahawa 'Hanafiyah' telah menggalas alasan-alasan dari hadith-hadith yang telah diriwayatkan oleh Abdullah bin Masuud sebagai menentukan kebanyakan dari peraturan-peraturan mereka. Nota tambahan: Sangat penting bagi kita menghayati kisah di atas dan mencontohi para- para sahabat salah seorangnya seperti Abdullah bin Masuud (r.a) yang telah terbukti sifat istiqamah dalam dirinya sehinggakan beliau mendapat mengingtirafan keilmuannya di sisi junjungan besar Baginda Muhammad (s.a.w).
Abu Musa Ashaari (r.a) berkata, Pkpimuniselb@gmail.com
Pkpim Uniselbj
pkpimuniselbj.blogspot.com
P
RISALAH USRAH > 2
2
GUNUNG MENANGIS TAKUT TERGOLONG BATU API NERAKA
KISAH SEPANJANG ZAMAN
Pada suatu hari Uqa’il bin Abi Thalib telah pergi bersama-sama dengan Nabi Muhammad s.a.w.. Pada waktu itu Uqa’il telah melihat berita ajaib yang menjadikan tetapi hatinya tetap bertambah kuat di dalam Islam dengan sebab tiga perkara tersebut. Peristiwa pertama adalah, bahawa Nabi Muhammad s.a.w.akan mendatangi hajat yakni mebuang air besar dan di hadapannya terdapat beberapa batang pohon. Maka Baginda s.a.w. berkata kepada Uqa’il, “Hai Uqa’il teruslah engkau berjalan sampai ke pohon itu, dan katalah kepadanya, bahawa sesungguhnya Rasulullah berkata; “Agar kamu semua datang kepadanya untuk menjadi aling-aling atau penutup baginya, kerana sesungguhnya Baginda akan mengambil air wuduk dan buang air besar.” Uqa’il pun keluar dan pergi mendapatkan pohon-pohon itu dan sebelum dia menyelesaikan tugas itu ternyata pohon-pohon sudah tumbang dari akarnya serta sudah mengelilingi di sekitar Baginda s.a.w.selesai dari hajatnya. Maka Uqa’il kembali ke tempat pohon-pohon itu. Peristiwa kedua adalah, bahawa Uqa’il berasa haus dan setelah mencari air ke mana pun jua namun tidak ditemui. Maka Baginda s.a.w. berkata kepada Uqa’il bin Abi Thalib, “Hai Uqa’il, dakilah gunung itu, dan sampaikanlah salamku kepadanya serta katakan, “Jika padamu ada air, berilah aku minum!” Uqa’il lalu pergilah mendaki gunung itu dan berkata kepadanya sebagaimana yang telah disabdakan Baginda s.a.w. itu. Maka sebelum ia selesai berkata, gunung itu berkata dengan fasihnya, “Katakanlah kepada Rasulullah, bahawa aku sejak Allah s.w.t. menurunkan ayat yang bermaksud :(“Hai orang-orang yang beriman, jagalah dirimu beserta keluargamu dari (seksa) api neraka yang umpannya dari manusia dan batu).” “Aku menangis dari sebab takut kalau aku menjadi batu itu maka tidak ada lagi air padaku.” Peristiwa yang ketiga ialah, bahawa ketika Uqa’il sedang berjalan dengan Nabi Muhammad s.a.w., tiba-tiba ada seekor unta yang meloncat dan lari ke hadapan Rasulullah s.a.w., maka unta itu lalu berkata, “Ya Rasulullah, aku minta perlindungan darimu.” Unta masih belum selesai mengadukan halnya, tiba-tiba datanglah dari belakang seorang Arab kampung dengan membawa pedang terhunus. Melihat orang Arab kampung dengan membawa pedang terhunus, Nabi Muhammad s.a.w. berkata, “Hendak apakah kamu terhadap unta itu ?” Jawab orang kampungan itu, “Wahai Rasulullah, aku telah membelinya dengan harta yang mahal, tetapi dia tidak mahu taat atau tidak mau jinak, maka akan kupotong saja dan akan kumanfaatkan dagingnya (kuberikan kepada orang-orang yang memerlukan).” Nabi Muhammad s.a.w. bertanya, “Mengapa engkau menderhakai dia?” Jawab unta itu, “Wahai Rasulullah, sungguh aku tidak menderhakainya dari satu pekerjaan, akan tetapi aku menderhakainya dari sebab perbuatannya yang buruk. Kerana kabilah yang dia termasuk di dalam golongannya, sama tidur meninggalkan solat Isya’. Kalau sekiranya dia mahu berjanji kepada engkau akan mengerjakan solat Isay’ itu, maka aku berjanji tidak akan menderhakainya lagi. Sebab aku takut kalau Allah s.w.t. menurunkan seksaNya kepada mereka sedang aku berada di antara mereka.” Akhirnya Nabi Muhammad s.a.w. mengambil perjanjian orang Arab kampung itu, bahawa dia tidak akan meninggalkan solat Isya’. Dan Baginda Nabi Muhammad s.a.w. menyerahan unta itu kepadanya. Dan dia pun kembali kepada keluarganya.
AMALAN YANG AFDHAL ٌ (إِ ْي َم:ضلُ؟ قَا َل ( ْال ِجهَا ُد: ثُ َّم َما َذا؟ قَا َل:هلل َو َرسُوْ لِ ِه) قِ ْي َل َ ُس ِئ َل النَّ ِب ُّي (ص) أَيُّ ْال َع َم ِل أَ ْف: قال,َع َْن أَبِي هُ َر ْي َرة ِ ِ ان با َّ فِي َسبِ ْي ِل ٌ ّ ( َح ٌّج َم ْبرُوْ ٌر) ُمتَّف: ثُ َّم َما َذا؟ قَا َل:ّللاِ) قِ ْي َل .ق َعلَي ِه Dari Abu Huraira , ia berkata: “Nabi S.A.W ditanya: "Amalan apakah yang paling afdhal?" beliau bersabda: “Beriman kepada Allah dan Rasul-Nya”, lalu amalan apa lagi? “Berjihad fi sabilillah”, Jawab Rasulullah. Kemudian ada yang bertanya: “Kemudian amalan apa lagi?”, beliau bersabda: “Haji mabrur”. Muttafaq ’alaih. 1
FADHILAT AMAL
G R U P
P