PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM) UNISEL BJ 1 2
RISALAH USRAH G R U P
BUKAN DICARI TAPI MENCARI | EIDISI 7 | 20 APRIL 2015 | ISNIN
M U N A F I Q DA N KO N S E P N YA OLEH : SITI HAJAR HARNANI BINTI ISHAK > DIPLOMA PENDIDIKAN (PENGAJIAN ISLAM) > SEMESTER 8 > BIRO DAKWAH DAN TARBIAH
“Untuk mendapatkan apa yang kamu suka, maka pertama kamu hendaklah sabar dengan apa yang telah kamu benci”
Imam AlGhazali
Dunia hari ini memperlihatkan kita kepada kebejatan sosial dan kerosakan aqidah umat Islam di seluruh negara. Mereka seolah-olah mempermainkan hukum-hakam Allah Ta’ala dan tidak menghiraukannya hanya untuk mendapatkan kuasa, pengaruh dan sokongan orang ramai yang sementara. Mereka mengaku Islam, tetapi menyembunyikan Islam dan tidak menepati prinsip-prinsip Islam yang sebenar. Hal tersebut dikenali sebagai munafiq. Munafiq ialah seseorang yang tidak menzahirkan kekufuran dengan cara menyembunyikannya di dalam hati. Secara zahirnya, mereka adalah sebahagian dari masyarakat Islam. Mereka juga solat, membayar zakat dan melakukan syariarsyiar ibadat. Namun batin mereka memusuhi Islam dan menyokong musuh-musuh Islam. Oleh kerana jahat dan dahsyatnya orangorang munafiq ini, Allah Ta’ala telah menepatkan mereka ke dalam neraka yang paling bawah iaitu neraka jahanam. Firman Allah Taala : Maksudnya : “Sesungguhnya orang-orang
munafiq itu (ditempatkan) pada tingkatan yang paling bawah dari neraka dan kamu tidak akan mendapat seorang penolong pun bagi mereka. (145) Kecuali orang yan bertaubat dan memperbaiki diri dan berpengang teguh pada (agama) Allah dan dengan tulus ikhlas (menjalankan) ajaran agama mereka kerana Allah. Maka mereka itu bersama orang yang beriman dan kelak Allah akan memberikan pahala yang besar kepada orang yang beriman.(146)” {Surah Al-NIsa’ : 145-146} Munafik juga merujuk kepada orang yang berbuat atau bersifat nifaq. Nifaq bermaksud menampakkan keislaman dan
Pkpimuniselbj@gmail.com
dan kebaikan tetapi menyembunyikan kekufuran dan kejahatan. Perbezaan antara orang munafik dan orang kafir adalah golongan kafir jelas-jelas menolak Islam. Tetapi orang munafik secara lisannya menerima Islam dan menyatakan beriman, tetapi di hati ingkar dan menolak ajaran Rasullulah. Begitu juga yang telah berlaku kepada dakwah baginda Nabi Muhmmad S.A.W oleh golongan munafik di Madinah. Rasulullah S.A.W telah menerima pelbagai tentangan dan halangan dari dalam umat Islam itu sendiri. Seandainya virus munafik ini tidak dihalang, maka ia akan terus merebak kepada umat Islam yang lain.
2. Lebih suka memilih orang kafir sebagai pepimpinnya.
Contoh yang dibawakan oleh sejarah Rasulullah S.A.W mengenai golongan orang munafik ialah peranan Kabilah Aus dan khazraj serta orang– orang yang telah mengikuti mereka. Mereka adalah golongan munafik pertama muncul di Madinah, kemudian mereka akan mengumpulkan dan menghasut orang-orang di Madinah menjadi munafik seperti mereka kerana perasaan benci dan sakit hati mereka diatas kemenangan yang dimiliki oleh kaum Muslimin dalam peperangan Badar. Golongan munafik ini diketuai dan dipimpin oleh Abdullah bin Ubai bin Salul yang menjadi ketua Kabilah Khazraj. Beliau pernah dinobatkan oleh orang-orang Yahudi sebagai raja di Yathrib (Madinah) tetapi terhalang dan tidak berjaya setelah kedatangan Nabi Muhammad S.A.W sehingga mengagalkan rancangannya untuk menguasai Madinah.
5. Berusaha siang dan malam untuk memadamkan cahaya Allah SWT. Menghidupkan maksiat dan kemungkaran . (sifat bermusuhan dengan para alim ulama, pendakwah Islam, menyekat dakwah, tarbiah dan tazkirah daripada tersebar luas dalam masyarakat)
Nabi Muhammad S.A.W pernah bersabda yaitu terdapat tiga tanda-tanda orang munafik iaitu apabila berkata dia berdusta, apabila berjanji dia mungkiri dan apabila diberi kepercayaan dia khianati. Terdapat lima ciri-ciri munafik lain yang telah dinyatakan didalam Al-Quran antaranya ialah :
(Surah An Nisa’ ayat 139) 3. Tidak mahu diajak berhukum dengan hukum Allah dan RasulNya (Surah An Nisa ayat 61) 4. Malas menegakkan solat, tapi kalau solat suka menunjuk-nunjuk (riyak) (Surah An Nisaa ayat 142)
(Surah Asy-Shaf ayat 8) Jika di dalam hati kita masih bersarang perasaan hasad dengki, benci pada pendakwah Islam, benci pada pakaian menutup aurat dan sering menfitnah para daie yang telah berjuang untuk menegakkan Islam, bermakna di dalam hati kita masih bersarang sifat nifak atau munafik. Sifat inilah yang akan menjauhkan kita daripada keredhaan Allah SWT.Oleh itu sama-samalah kita perbaiki hati dengan mendekatkan diri dengan majlis ilmu, bersahabat dengan orang soleh dan menjauhkan diri daripada sebarang kemungkaran Allah.
Ingin menipu daya Allah SWT. (Surah Al Baqarah ayat 8-9)
Pkpim Uniselbj 2.Lebih suka memilih orang kafir sebagai
pkpimuniselbj.blogspot.com
P
RISALAH USRAH > 2
KISAH SI PEMALAS DENGAN ABU HANIFAH
KISAH SEPANJANG ZAMAN
3 Suatu hari ketika Imam Abu Hanifah sedang berjalan-jalan melalui sebuah rumah yang jendelanya masih terbuka, terdengar oleh beliau suara orang yang mengeluh dan menangis tersedu-sedu. Keluhannya mengandungi kata-kata, “Aduhai, alangkah malangnya nasibku ini, agaknya tiada seorang pun yang lebih malang dari nasibku yang celaka ini. Sejak dari pagi lagi belum datang sesuap nasi atau makanan pun di kerongkongku sehingga seluruh badanku menjadi lemah longlai. Oh, manakah hati yang belas ikhsan yang sudi memberi curahan air walaupun setitik.” Mendengar keluhan itu, Abu Hanifah berasa kasihan lalu beliau pun balik ke rumahnya dan mengambil bungkusan hendak diberikan kepada orang itu. Sebaik sahaja dia sampai ke rumah orang itu, dia terus melemparkan bungkusan yang berisi wang kepada si malang tadi lalu meneruskan perjalanannya. Dalam pada itu, si malang berasa terkejut setelah mendapati sebuah bungkusan yang tidak diketahui dari mana datangnya, lantas beliau tergesa-gesa membukanya. Setelah dibuka, nyatalah bungkusan itu berisi wang dan secebis kertas yang bertulis, ” Hai manusia, sungguh tidak wajar kamu mengeluh sedemikian itu, kamu tidak pernah atau perlu mengeluh diperuntungkan nasibmu. Ingatlah kepada kemurahan Allah s.w.t. dan cubalah bermohon kepadaNya dengan bersungguh-sungguh. Jangan suka berputus asa, hai kawan, tetapi berusahalah terus.” Pada keesokan harinya, Imam Abu Hanifah melalui lagi rumah itu dan suara keluhan itu kedengaran lagi, “Ya Allah Tuhan Yang Maha Belas Kasihandan Pemurah, sudilah kiranya memberikan bungkusan lain seperti kelmarin, sekadar untuk menyenangkan hidupku yang melarat ini. Sungguh jika Tuhan tidak beri, akan lebih sengsaralah hidupku, wahai untung nasibku.” Mendengar keluhan itu lagi, maka Abu Hanifah pun lalu melemparkan lagi bungkusan berisi wang dan secebis kertas dari luar jendela itu, lalu dia pun meneruskan perjalanannya. Orang itu terlalu riang sebaik sahaja mendapat bungkusan itu. Lantas terus membukanya. Seperti dahulu juga, di dalam bungkusan itu tetap ada cebisan kertas lalu dibacanya, “Hai kawan, bukan begitu cara bermohon, bukan demikian cara berikhtiar dan berusaha. Perbuatan demikian ‘malas’ namanya. Putus asa kepada kebenaran dan kekuasaan Allah s.w.t.. Sungguh tidak redha Tuhan melihat orang pemalas dan putus asa, enggan bekerja untuk keselamatan dirinya. Jangan….jangan berbuat demikian. Hendak senang mesti suka pada bekerja dan berusaha kerana kesenangan itu tidak mungkin datang sendiri tanpa dicari atau diusahakan. Orang hidup tidak perlu atau disuruh duduk diam tetapi harus bekerja dan berusaha. Allah s.w.t. tidak akan perkenankan permohonan orang yang malas bekerja. Allah s.w.t. tidak akan mengkabulkan doa orang yang berputus asa. Sebab itu, carilah pekerjaan yang halal untuk kesenangan dirimu. Berikhtiarlah sedapat mungkin dengan pertolongan Allah s.w.t.. Insya Allah, akan dapat juga pekerjaan itu selama kamu tidak berputus asa. Nah…carilah segera pekerjaan, saya doakan semoga cepat berjaya.” Sebaik sahaja dia selesai membaca surat itu, dia termenung, dia insaf dan sedar akan kemalasannya yang selama ini dia tidak suka berikhtiar dan berusaha. Pada keesokan harinya, dia pun keluar dari rumahnya untuk mencari pekerjaan. Sejak dari hari itu, sikapnya pun berubah mengikut peraturan-peraturan hidup (Sunnah Tuhan) dan tidak lagi melupai nasihat orang yang memberikan nasihat itu. Dalam Islam tiada istilah pengangguran, istilah ini hanya digunakan oleh orang yang berakal sempit. Islam mengajar kita untuk maju ke hadapan dan bukan mengajar kita tersadai di tepi jalan.
Hadist Nabi Berkaitan Keutamaan Ikhlas Dan Berniat Yang Baik.
َّ ((إِ َّن: َّللا َّ قَا َل َرسُول: قا َ َل و َع ْن أبي هُ َر ْي َرةَ َع ْب ِد الرَّحْ م ِن ص َو ِر ُك ْم ُ َّللاَ تَ َعال َى الَ يَ ْنظُ ُر إِلَى َولَ ِك ْن يَ ْنظُ ُر إِلَى قُلُ ْوبِ ُك ْم وأَ ْع َمالِ ُك ْم )) َر َواهُ ُم ْسلِ ٌم،ص ْخ ٍر َوال إِلَى أَ ْم َوالِ ُك ْم َ ْب ِن Dari Abu Hurairah berkata: “Rasulullah S.A.W telah bersabda: “Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada rupa
kalian dan tidak pula kepada harta kalian tetapi Allah memandang kepada hati dan amal kalian” . Hadis Riwayat Muslim.
FADHILAT AMAL
RISALAH USRAH > 3
Hukum Akad Nikah Menerusi Sidang Video (Video Conference) G R U P
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali Ke-97 yang bersidang pada 15-17 Disember 2011 telah membincangkan mengenai Hukum Akad Nikah Menerusi Sidang Video (Video Conference). Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut: Setelah
meneliti
keterangan,
hujah-hujah
dan
pandangan
yang
dikemukakan,
Muzakarah menegaskan bahawa para fuqaha’ bersepakat mensyaratkan bahawa bagi memastikan sesuatu akad nikah itu sah, ia hendaklah dilakukan dalam satu majlis (ittihad almajlis) supaya semuanya terlibat secara langsung semasa pelaksanaan ijab dan qabul. Sehubungan itu, memandangkan akad nikah menerusi sidang video telah memenuhi syarat Ittihad al-Majlis kerana ia dikelaskan sebagai Ittihad al-Majazi, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa adalah harus melakukan akad nikah menerusi sidang video dengan syarat-syarat seperti yang berikut : 1. Hendaklah majlis ini berlangsung ditahap Al-yakin bukan Al-zhan. 2. Tidak ada unsur penipuan (Al-gharar) dan keraguan. 3. Cukup semua rukun dan syarat-syarat sah nikah menurut hukum syarak. 4. Digalakkan wali sendiri yang mengakad-nikahkan pasangan. 5. Terdapat halangan untuk melakukan akad nikah di tempat yang ditentukan kerana berjauhan seperti berada di luar negara dan sukar bagi kedua-dua belah pihak berada dalam satu majlis yang sama disebabkan sakit, banjir dan sebagainya. 6. Tertakluk kepada semua peraturan dan undang-undang (seperti Enakmen Keluarga Islam Negeri-negeri) yang sedang berkuatkuasa
#Sumber Portal Rasmi Fatwa Malaysia
P