PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM) UNISEL BJ 1 2 3
RISALAH USRAH BUKAN DICARI TAPI MENCARI | EIDISI 8 | 27 APRIL 2015 | ISNIN
G R U P
ILMU ISLAM BUKAN UNTUK PROGRAM PENGAJIAN ISLAM OLEH : SAUDARI RABIATUL ADAWIYAH BINTI MOHAMED JAMIL > DIPLOMA PENDIDIKAN (PENGAJIAN ISLAM) > SEMESTER 7
Dari Anas bin Malik ra, katanya: Rasulullah saw bersabda: "Menuntut ilmu adalah satu fardu yang wajib atas tiap-tiap seorang Islam."
“Aku sebenarnya dituntut menjadi seorang Pendakwah bukan Penghukum! Itulah tuntutan agama yang utama�
- Mohamad Raimi Naib Presiden ABIM
(Ibn Majah dan lain-lainnya) Hadis yang ringkas yang dibaca pada kali ini, saya yakin selalu didengar oleh para pembaca sekalian iaitu yang berhubung dengan kelebihan menuntut ilmu. Dimana di dalam al-Quran, Allah swt mengajar kita akan pentingnya ilmu di dalam kehidupan kita. Seperti firman Allah SWT melalui Surah Thahaa:114 umpamanya, telah mengajar Nabi saw, "...Katakan oleh mu wahai Muhammad saw: Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmu kepadaku."... Maknanya, ilmu ini adalah suatu benda yang Allah perintahkan kita supaya ditambah tiap-tiap hari. Tidak boleh dikurangkan kerana doa daripada Nabi SAW tadi mengajar supaya ditambah, bukannya dikurang. Ini bermakna, Allah SWT ajar kita supaya kita ni sentiasa menambah ilmu...Ayat dari Surah Thaahaa tadi adalah dalil yang pertama berkenaan menuntut Ilmu. Ini pula adalah dalil yang kedua, iaitu melalui Surah al-Mujaadalah:11 - Dari ayat ini, Allah SWT telah mengangkat darjat orang-orang yang beriman yang berilmu pengetahuan. Firman Allah swt yang bermaksud, "...dan sesungguhnya Allah telah mengangkat dikalangan orang-orang yang beriman itu akan darjat-darjat mereka melalui ilmu pengetahuan..." pkpimuniselbj@gmail.com
Inilah dia besarnya kesan ilmu di dalam kehidupan manusia. Manusia dengan ilmunya, telah menerokai alam yang luas ini. Manusia dengan hanya sedikit akal kurniaan Allah, telah memakmurkan bumi Allah ini dengan sains dan teknologi, dan dengan segala penemuan demi penemuan. Maka tinggilah darjat manusia apabila dia berilmu. Tetapi akan berlaku sebaliknya, yakni menjadi rendahnya darjat manusia itu, bahkan akan menjadi lebih rendah daripada haiwan, binatang, khinzir dan sebagainya apabila manusia itu tidak berilmu dan tidak beriman kepada Allah swt.
mendapat beberapa kelebihan. Huraian di atas jelas menerangkan bahawa ilmu islam bukan sahaja terhad untuk bidang pengajian islam malah ianya merangkumi seluruh aspek. Para saintis misalnya mengkaji alam ini berlandaskan ilmu islam yang jelas diceritakan di dalam Al-quran.
Sebab itu Allah SWT mengingatkan kepada manusia sepertimana yang disebut di dalam al-Quran; bagaimana manusia yang tidak berilmu ini, diantara perangai mereka ialah mereka suka membantah-bantah Allah Ta`ala. Cuba anda melihat Surah al-Hajji : 3 yang bermaksud, "di antara manusia ada yang membantah tentang Allah SWT tanpa ilmu pengetahuan dan mengikut setiap syaitan yang sangat jahat.� Maka orang yang jahil ini, kata Allah ialah mereka-mereka yang tidak tahu untuk menghargai kebesaran Allah, dan mereka terlibat pula di dalam kerja dan program menentang Allah SWT. Maka orang beginilah yang disebut Allah sebagai orang yang tidak berilmu dan suka membantah kehendakkehendak Allah SWT. Sebab itu, dengan ilmulah kita dapat menyuluh yang mana haq dan yang mana kebathilan. Dan hasil daripada menuntut ilmu jugalah kita akan mampu mengenal haq-haq Allah SWT, dan mampu pula kita untuk menjadi insan yang akan Huraian di atas jelas menerangkan bahawa ilmu islampkpimuniselbj.blogspot.com bukan sahaja terhad untuk bidang pengajian islam malah ianya merangkumi
Pkpim uniselbj
P
KISAH SEPANJANG ZAMAN
RISALAH USRAH > 2
4
BAJU ANAK KHALIFAH
Diriwayatkan bahawa pada suatu hari, anak Omar bin. Khattab telah pulang dari sekolah sambil menangis. Ketika di tanya oleh ayahnya, anak itu menjawab: "Teman-temanku di sekolah menghitung tampalan bajuku dan mengejek. Kata
mereka, lihatlah anak Amirul Mukminin bajunya bertampal-tampal seperti ini." Mendengar pengaduan anaknya itu, timbullah rasa kasihan dalam hati Omar terhadap anaknya. Oleh kerana itu beliau mengirim sepucuk surat kepada Bendahari Negara meminta agar beliau dipinjamkan wang empat puluh dirham dengan jaminan gajinya bulan depan di potong. Maka Bendahari Negara itu telah mengirimkan surat jawapan yang berbunyi : "Wahai Omar, adakah engkau sudah dapat
memastikan bahawa engkau akan hidup sampai bulan depan? Bagaimana kalau kau mati sebelum membayar hutangmu?. Apa yang akan kamu perbuat terhadap hutangmu itu di hadapan Allah?." Membaca surat itu maka Omar tersungkur menangis lalu berkata kepada anaknya: Pergilah engkau wahai anakku
kesekolah sebagaimana biasanya kerana aku tidak dapat memperhitungkan umurku walaupun sejam lagi."
GANJARAN BAGI ORANG YANG BERIMAN
ۡ ْ ُض أ ُ ِع َّد ۡت لِلَّ ِذينَ َءا َمن َّ ِوا ب ٱَّللِ َو ُر ُسلِ ۚ ِهۦ ُ ﴿ َسابِقُ ٓو ْا إِلَ ٰى َم ۡغ ِف َر ٖة ِّمن َّربِّ ُكمۡ َو َجنَّ ٍة ع َۡر ِ ض ٱل َّس َمآ ِء َوٱۡلَ ۡر ِ ضهَا َك َع ۡر َّ ٱَّللِ ي ُۡؤتِي ِه َمن يَ َشآ ۚ ُء َو َّ ض ُل ۡ َٱَّللُ ُذو ۡٱلف ۡ َك ف ]١٢ : ﴾ [الحديد١٢ ض ِل ۡٱل َع ِظ ِيم َ ِٰ َذل "Berlumba-lumbalah kamu kepada (mendapatkan) ampunan dari Tuhanmu dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-rasul-Nya. Itulah karunia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah mempunyai karunia yang besar (Q.S. Al Hadid: 21).
FADHILAT AMAL
RISALAH USRAH > 3 Berdasarkan taklimat, pembentangan dan penjelasan yang disampaikan oleh pakar-pakar daripada Institut Penyelidikan Produk Halal, Universiti Putra Malaysia serta dengan mengambil kira keputusan-keputusan yang telah diputuskan dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia terdahulu, Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia yang membincangkan isu alkohol dalam makanan, minuman, pewangi dan ubat-ubatan pada 14 hingga 16 Julai 2011 telah bersetuju memutuskan seperti berikut: G
R U P
1. Setiap minuman arak adalah mengandungi alkohol. Walau bagaimanapun bukan semua alkohol itu adalah arak. Alkohol yang diperolehi dari proses pembuatan arak, hukumnya haram dan najis.
2. Manakala alkohol yang diperolehi bukan melalui proses pembuatan arak hukumnya tidak najis, tetapi haram (tidak boleh) diminum dalam bentuk aslinya kerana ia adalah racun dan boleh membunuh.
3. Minuman ringan yang diproses atau dibuat bukan dengan tujuan untuk menghasilkan arak dan mempunyai alkohol di bawah aras 1%v/v adalah harus (boleh) diminum.
4. Manakala minuman ringan yang dibuat dengan niat dan cara yang sama seperti proses membuat arak, sama ada mengandungi banyak atau sedikit alkohol atau alkoholnya disuling adalah haram diminum.
5. Makanan atau minuman yang mengandungi alkohol secara semulajadi seperti buah-buahan, kekacang atau bijirin serta perahannya, atau alkohol yang terkandung itu terjadi secara sampingan semasa proses pembuatan makanan atau minuman adalah tidak najis dan harus (boleh ) dimakan/diminum.
6. Makanan atau minuman yang mengandungi bahan perisa atau pewarna yang mengandungi alkohol untuk tujuan penstabilan adalah harus (boleh) digunakan sekiranya alkohol itu bukan dihasilkan dari proses pembuatan arak dan kuantiti alkohol dalam produk akhir itu adalah tidak memabukkan dan kadar alkohol tidak melebihi 0.5%.
7. Ubat-ubatan dan pewangi yang mengandungi alkohol sebagai bahan pelarut adalah tidak najis dan diharuskan sekiranya alkohol tersebut bukan diambil melalui proses pembuatan arak.
#Sumber Portal Rasmi Fatwa Malaysia
HUKUM ALKOHOL DI DALAM MAKANAN DAN MINUMAN
P