PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM) UNISEL BJ
RISALAH USRAH
1 2 3
BUKAN DICARI TAPI MENCARI | EIDISI 9 | 8 JUN 2015 | ISNIN
G R U P
TREND USRAH SITI HAJAR HARNANI BINTI ISHAK | DIPLOMA PENDIDIKAN (PENGAJIAN ISLAM)
“Penuntut ilmu di akhir zaman hanya sekadar membaca dan menghafal ilmu pengetahuan, kemudian memuntahnya di dalam dewan peperiksaan.”’
Syeikh Ahmad Al-Razali
Usrah bukan suatu trend atau tradisi semata-mata. Ia adalah suatu keperluan yang perlu ada di dalam jiwa setiap manusia yang mukmin. Kita hendaklah mengetahui bahawa usrah tidak memerlukan kita bahkan kitalah yang amat memerlukan usrah. Sepertimana Islam tidak memerlukan kepada kita, tetapi kitalah yang perlu kepada Islam untuk mengatur dan menguruskan cara kehidupan kita. Usrah secara umumnya adalah aktiviti perbincangan di dalam bulatan, dimulakan dengan bacaan al-Quran atau hadist, nasihat dan pengajaran oleh pembimbing yakni, dan akan diakhiri dengan sesi soal-jawab antara pembimbing (naqib atau naqibah) dengan yang dibimbing (ahli usrah). Tambahan pula, kita hendaklah menyedari bahawa usrah juga merupakan sunnah Rasulullah S.A.W, dimana ia sangat besar sumbangannya ke arah pembentukan seseorang individu yang pakar. Alangkah indahnya sebuah jemaah apabila usrahnya mampu melahirkan pakar. Maka, berbaloi juga slogan yang acapkali dilaungkan: ‘Gerakkan usrah, usrah tunjang jemaah’. Selain itu, di dalalam gerakan usrah, terdapat beberapa masalah, antaranya apabila usrah tersebut telah dilabelkan sebagai ‘tunjang jemaah’ kalau usrahnya masih usrah ‘comfort zone’. Dimana usrah tersebut telah menjadikan ahli mandom, berasa selesa, membaca kitab semata dan nakib seperti memberi kuliah biasa. Ilmu yang diperolehi dalam usrah adalah ilmu ulangan. Usrah sehala sebegitu adalah tidak wajar diwujudkan kerana ia kurang mampu untuk membantu membangunkan diri dan mencabar minda ahli usrah tersebut. Tambahan pula, kebanyakkan kita juga akan hanya bergantung pada pengisian yang hebat dari seorang murabbi atau penceramah. Mengapa tarbiyah telah datang secara satu hala sahaja juga tidak memadai? Isu mendengar ceramah dan membaca buku sahaja juga tidak mencukupi? Kitabkitab hanya akan menceritakan mengenai tajuk yang ia ingin sampaikan. Namun ia tidak pernah berjaya untuk mengetahui feedback daripada pembacanya. Maka dengan itu, kita hendaklah sentiasa membuat persediaan mencari bahan-bahan rujukan sebelum memulakan langkah ke usrah. Dengan itu juga, kita akan dapat membuat perbincangan yang tuntas kerana ia keluar dari pandangan pelbagai pihak serta dapat membuat semakan jika terdapat bahan rujukan yang tidak tsiqah (dipercayai). “Barangsiapa yang belajar hanya melalui kitab semata-mata, maka ia telah berguru dengan syaitan” (Kata-Kata Masyur) Maka akhir sekali, usrah telah terbina dengan elemen-elemen manusia. Jika kita ikhlas untuk menjayakan usrah tersebut, maka ia akan mengembalikan sesuatu yang baik bagi kita. Lalu, kita hendaklah sentiasa beringat untuk sentiasa menjaga Allah, maka Allah akan menjaga kita dan usrah kita. Kerana nyata-nyata, Allah itu Maha Adil. Wallahua’lam. pkpimuniselbj@gmail.com
pkpimuniselbj.blogspot.com
Pkpim uniselbj
P
KISAH SEPANJANG ZAMAN
RISALAH USRAH > 2
4
BIDADARI UNTUK UMAR R.A.
Umar R.A. adalah salah satu dari sahabat Rasulullah S.A.W. Semenjak belia telah memeluk Islam kaum muslimin seakan memperoleh suatu kekuatan yang sangat besar. Sejak itulah mereka berani solat dan tawaf dikaabah secara terang-terangan. Umar R.A. adalah seorang yang warak dan beliau sangat teliti dalam mengamalkan Islam. Umar R.A. mempelajari surah Al-Baqaroh selama 10 tahun, ia kemudian melapor kepada Rasulullah S.A.W. , “Wahai Rasulullah S.A.W. apakah kehidupanku telah mencerminkan surah Al-Baqaroh, apabila belum maka aku tidak akan ke surah berikutnya”. Rasulullah S.A.W. menjawab, “Sudah…”!. Umar R.A. mengamalkan agama sesuai dengan kehendak Allah S.W.T. Kerana kesungguhannya inilah, maka banyak ayat di Al-Quran yang diturunkan Allah S.W.T. berdasarkan kehendak yang ada pada hatinya, seperti mengenai pengharaman arak, ayat mengenai hijab, dan beberapa ayat Al-Quran lainnya. Rasulullah S.A.W. juga acapkali menceritakan kepada para sahabatnya mengenai perjalannya mi’raj menghadap Allah S.W.T. Rasulullah S.A.W. sering pula menceritakan bagaimana keadaan syurga yang dijanjikan Allah S.W.T. kepada sahabat-sahabatnya. Suatu hari ketika Rasulullah S.A.W. dimi’rajkan menghadap Allah S.W.T, malaikat Jibril A.S. telah memperlihatkan kepada Rasulullah S.A.W. taman-taman syurga. Rasulullah S.A.W. melihat ada sekumpulan bidadari yang sedang bercengkrama. Ada seorang bidadari yang begitu berbeza dari bidadari yan lain. Bidadari itu menyendiri dan nampak sangat pemalu. Rasulullah S.A.W. telah bertanya kepada Jibril A.S., “Wahai Jibril, bidadari siapakah itu”?. Malaikat Jibril A.S. menjawab, “Bidadari itu adalah untuk sahabatmu Umar R.A.”. Pernah suatu hari beliau telah membayangkan tentang syurga yang engkau ceritakan keindahannya. Beliau menginginkan untuknya seorang bidadari yang berbeza dari bidadari yang lainnya. Bidadari yang diinginkannya itu berkulit hitam manis, dahinya tinggi, bagian atas matanya berwarna merah, dan bagian bawah matanya berwarna biru serta memiliki sifat yang sangat pemalu. Kerana sahabat-Mu itu selalu memenuhi kehendak Allah S.W.T. Maka ketika itu juga Allah S.W.T. telah menjadikan seorang bidadari yang sesuai untuknya dengan apa yang dikehendaki di dalam hatinya”.
FADHILAH ORANG YANG DATANG KE MASJID DO'A PAGI DAN PETANG.
َّ اح أَ َع َّد ًلجنَّ ِة نُ ُزال ْ ( َمنْ َغ َدا إِلَى ا ْل َم: َع ِن النَّبِ ِّي قَا َل, َعَنْ أَبِي ه َُر ْي َرة َ َّللاُ لَهُ فِي ْا َ س ِج ِد أَ ْو َر .ه ٌ َاح) ُمتَّف َ ُكلَّ َما َغ َدا أَ ْو َر ِ ق َعلَ ْي Dari Abu Huraira, dari Nabi Muhammad S.A.W telah berkata: “Siapa yang berangkat ke masjid di waktu pagi atau petang, Allah menyediakan baginya hidangan di syurga ketika ia berada di waktu pagi atau petang” Muttafaq ’alaih.
FADHILAT AMAL
#Sumber RISALAH Portal USRAHRasmi > 3 Fatwa Malaysia
Hukum Melantik Orang Bukan Islam Sebagai Peguam Syari’e G R U P
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali Ke-92 yang bersidang pada 15-17 Disember 2010 telah membincangkan Hukum Melantik Orang Bukan Islam Sebagai Peguam Syarie. Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa untuk menjadi seorang peguam syarie, seseorang itu perlu mampu menguasai ilmu al-Quran dan al-hadith, bahasa Arab, Ilmu Usul Fiqh dan Fiqh secara keseluruhannya dan ia perlu didasari dengan keimanan kepada Allah s.w.t. agar tanggungjawab yang dipikul disandarkan hanya kepada Allah s.w.t. dan demi kemaslahatan umat Islam dan keadilan menurut perspektif Islam. Oleh yang demikian, demi menjaga kesucian dan kehormatan agama dan umat Islam, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa orang bukan Islam adalah tidak dibenarkan dilantik sebagai Peguam Syarie berpandukan kepada kaedah-kaedah fiqhiyyah dan peruntukan undang-undang berikut:
َّ س ُّد a. يع ِة َ الذ ِر َ :
Kaedah ini merujuk kepada perlunya menutup pintu-pintu yang boleh membawa kemudharatan. Sekiranya orang bukan Islam dibenarkan untuk dilantik sebagai peguam syarie, ia memberi ruang kepada orang bukan Islam untuk menguruskan hal ehwal orang Islam terutama sekali isu-isu syarak. Keadaan ini boleh menimbulkan kecelaruan di kalangan umat Islam.
b. ضى قُدِّ َم ا ْل َمانِ ُع َ ض ا ْل َمان ُِع َوا ْل ُم ْق َت َ ار َ إِ َذا َت َع: Apabila bertentangan antara dalil-dalil yang menegah dengan dalil-dalil yang menghendaki, hendaklah diutamakan perkara yang menegah. Larangan melantik orang bukan Islam sebagai peguam syarie perlu diutamakan, walaupun kemungkinan ia mempunyai kebaikan dari suatu segi, tetapi keburukannya perlu diambil kira dan diberi perhatian.
c. اص ِة َ صلَ َح ِة ا ْل َخ ْ صلَ َح ُة ا ْل َعا َّم ُة ُت َقدِّ ُم َعلَى ا ْل َم ْ ال َم:
Kaedah ini bermaksud maslahah (kebaikan) am perlu didahulukan daripada maslahah khas. Maslahah am atau umum merujuk kepada maslahah umat Islam di Malaysia secara keseluruhannya. Manakala maslahah khas merujuk kepada kebaikan yang mungkin diperolehi oleh orang tertentu. Dalam situasi hari ini, maslahah orang awam (umat Islam) perlu diutamakan.
d. صلَ َح ِة ْ الرعِ َّي ِة َم ُن ْو ٌط ِبا ْل َم َّ ف اإل َم ِام َعلَى ُ ص َّر َ َت:
Kaedah ini bermaksud tindakan yang dijalankan oleh pemerintah terhadap rakyat bergantung kepada maslahah. Dalam konteks ini, pemerintah berhak membuat keputusan berpandukan kepada kemaslahatan rakyat dengan berlandaskan kepada syariat Islam. e. Berdasarkan peruntukan undang-undang yang sedang berkuatkuasa, sekiranya seorang bukan Islam dibenarkan untuk beramal sebagai peguam Syarie dan didapati tidak mematuhi etika sebagai Peguam Syarie atau apa-apa prosedur yang berkaitan dengan Mahkamah Syariah, tiada tindakan yang boleh diambil kerana beliau tidak tertakluk kepada bidang kuasa Mahkamah Syariah. Oleh yang demikian, tiada tindakan yang boleh diambil ke atas beliau kerana Mahkamah Syariah tidak mempunyai bidang kuasa ke atas orang bukan Islam.
#Sumber Portal Rasmi Fatwa Malaysia
P