SELAYANG PANDANG VOL 2

Page 1

8 Julai 2011

ISTERI WAKIL RAKYAT BANTU SUAMI Oleh: Aida Abd Rahman

Yang Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti), Datin Paduka Seri Rosmah Mansor mengingatkan semua isteri ahli politik dan wakil rakyat supaya memainkan peranan sama penting dan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap peranan suami. Beliau yang juga isteri Perdana Menteri, berkata bidang politik adalah satu bidang yang sangat berlainan daripada profesion lain seperti guru, doktor mahu pun jurutera. “Apabila seseorang itu menjadi ahli politik, mereka akan dinilai dari pelbagai sudut dan salah

satu yang kerap dinilai adalah peranan isteri. Itulah bezanya apabila berada di dalam bidang politik,” katanya ketika berucap di Majlis Pembukaan Program Tahunan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Barisan Nasional (BN) Se-Malaysia 2011, di Stadium Negeri, Kuala Terengganu, semalam. Turut hadir, Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said dan isteri, To’ Puan Seri Hajah Norliza Mahmud serta isteri Timbalan Perdana Menteri, Puan Sri Hajah Noorainee Abd Rahman. Hadir sama, Setiausaha Kerajaan negeri, Dato’ Mazlan Ngah; Yang Dipertua Badanbadan Amal dan Kebajikan Isteri Wakil Rakyat BN dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu.

Yang Dipertua Bakti komited Inisiatif dan komitmen tinggi Yang Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti), Datin Paduka Seri Rosmah Mansor menerajui badan itu meneruskan tradisi dan meningkat-

kan prestij penganjuran Program Tahunan Isteri wakil-Wakil Rakyat Barisan Nasional SeMalaysia 201, perlu diberi penghormatan dan pujian. Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, berkata program tahu-

nan itu menjangkau tradisi dan mencerminkan keakraban persaudaraan antara ahli Bakti yang bukan sekadar bagi tujuan amal serta kebajikan ahlinya, tetapi turut membantu masyarakat. “Kita bertuah kerana mempunyai ’wanita pertama’ yang sentiasa komited dengan usaha baru bagi membantu pimpinan negara melalui program-program amal dan kebajikan yang memberi impak terus kepada rakyat. “Ini dapat kita lihat menerusi program Permata Negara yang berjaya melahirkan modal insan yang menjadi aset paling penting untuk memajukan negara,” katanya .

Datin Paduka Seri Rosmah melambai tangan ke arah kontinjen-kontinjen di Majlis Pembukaan Program Tahunan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Barisan Nasional (BN) Se-Malaysia 2011 di Stadium Negeri, Kuala Terengganu. (Gambar atas), Dato’ Seri Haji Ahmad Said ketika merasmikan program berkenaan. - Gambar oleh Harish Fadzillah dan Zulkipli Putra.


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.
SELAYANG PANDANG VOL 2 by Unit Komunikasi Negeri Terengganu - Issuu