MALAYSIA RM10.00 SINGAPURA SG$5.00 BRUNEI BND5.00
membawa asia ke pentas dunia
pris!
bonjour a m men indah o
n n i a t ta
zai uar c
an
diko
KANDUNGAN AH 1.15 _88
Perang dengan Sotong di Terengganu
Percikan dakwat hitam menyentap lamunan saya yang sedang leka menunggu umpan direntap oleh makhluk air yang bertulang satu ini. Kelihatan salah seorang rakan memegang dengan megahnya sotong katak hasil tangkapan beliau sendiri. Sotong katak bukanlah tumpuan utama bagi para nelayan kerana dikatakan sotong ini tidak semanis sotong yang lain dan agak keras. Namun jika ianya pengalaman pertama, sedikit sebanyak rasa bangga tetap ada.
_106
Di Sebalik Tabir India Banglore, Fort Cochin, Hampi dan Munnar
Sorotan kisah perjalanan saya melihat India lebih dekat bagi menyelami perjalanan hidup yang amat berbeza. Walaupun rata-rata semuanya hidup serba sederhana namun masih terpancar bibit-bibit senyum mesra kerana mereka percaya hidup hanya sementara dan menanti kelahiran semula.
oleh : Khairul Azfar Azahari Gambar : Rifaee Isa
Oleh : Muhammad Haziq bin Abdul Halim\
_98
Macau Kaya Legasi Warisan
Ya ini kali ketiga saya menjejakkan kaki ke Macau. Entah kenapa setiap kali adanya tugasan ke Macau saya begitu teruja. Rasa keterujaan itu sama bagaikan pulang ke kampung halaman. Mungkin agak keterlaluan untuk berasa begitu tetapi itulah realitinya. Saya merasakan Macau bagaikan kampung sendiri. Malah tugasan kali ini lebih megujakan kerana dapat melawat beberapa kenalan yang berada di Macau. Oleh : FARIZ ALIAS
_114
Bonjour Paris! Momen indah Anuar Zain di Kota Cinta
Memang sudah menjadi impian saya untuk merakamkan artis yang satu ini untuk muka depan majalah. Kesibukkan beliau menyebabkan impian dibiarkan sepi. Peluang mengenali Pengurus beliau bagaikan membuka lembaran baru. Walaupun beberapa projek yang dirancang bersama-sama sebelum ini tidak menjadi kenyataan, kepercayaan masih diberikan dipihak saya untuk sama-sama terlibat di dalam showcase “Terindah” bersama Anuar Zain. Oleh : FARIZ ALIAS
1.15 / ASIA HORIZON / 9
JORDAN
k a n d u n g a n a h 1.15
128 _ MUKA DEPAN
40 _ KOMPAS
46 _ KOMPAS
52 _ KOMPAS
Pengembaraan krew Asia Horizon ke Paris meninggalkan segala memori indah. Kerjasama yang diberikan oleh semua pihak terutama selebriti terkenal, Anuar Zain memudahkan segala urusan.
Saya sudah lama menantikan tugasan ke Lake Toba semenjak tugasan untuk mengembara bermula pada tahun 2002. Akhirnya penantian tiba jua.
Sering kali jika ingin rondaronda mencari hidangan yang unik dan enak, Pulau Pinang akan berada di kotak fikiran. Tetapi ramai yang mungkin tidak tahu bahawa Ipoh juga tidak kurang hebatnya.
Tatkala menerima tugasan kali ini, hati begitu gembira kerana berpeluang menjejakkan kaki sekali lagi ke Thailand.
60 _ GAYA
70 _ GAYA
76 _ GAYA
80 _GAYA
Bagi anda yang mencari sedikit kelainan dan ingin mencuba sesuatu yang baru, apa kata anda berkunjung ke Restoran Melur & Thyme.
Spa sering menjadi pilihan bagi yang inginkan terapi diri khususnya bagi yang ingin merehatkan minda dan tubuh badan. Bermacam-macam rawatan terapi ditawarkan.
DI SEBALIK TABIR
Marina Bay Sands Permata, Indah Singapura
Berdiri megah, hotel yang mempunyai tiga menara ini persis memakai mahkota tatkala Sands SkyPark di tingkat 57 menghiasi bahagian teratas struktur mega yang bernilai US$5.7 billion ini (termasuk kos tanah).
SETENANG TASIK TOBA
Keenakkan Itik di Melur & Thyme
10 / ASIA HORIZON / MEMBAWA ASIA KE PENTAS DUNIA
Jamu Selera di Ipoh
Mari Istirehat di The Barai
Koh Samui Tiada Dua
Mudah dan Pantas dengan Samsung Galaxy Camera 2
Kebelakangan ini, applikasi seperti Facebook, Twitter dan juga Instagram menjadi begitu viral sehinggakan setiap pengguna di Malaysia pasti mempunyai applikasi tersebut di telefon bimbit masingmasing.
k a n d u n g a n a h 1.15
114 _ MUKA DEPAN
Bonjour Paris! Momen indah Anuar Zain di kota cinta
14 _ INSTAGRAM 16 _ NOTA EDITOR 18 _ REDAKSI AH 22 _ PENYUMBANG AH 24 _ agenda 82 _ LANGGANAN AH 83 _ PROMO AH 130 _ moMEN
MEMBAWA ASIA KE PENTAS DUNIA
Memang sudah menjadi impian saya untuk merakamkan artis yang satu ini untuk muka depan majalah. Kesibukkan beliau menyebabkan impian dibiarkan sepi. Peluang mengenali Pengurus beliau bagaikan membuka lembaran baru. Walaupun beberapa projek yang dirancang bersama-sama sebelum ini tidak menjadi kenyataan, kepercayaan masih diberikan dipihak saya untuk sama-sama terlibat di dalam showcase “Terindah” bersama Anuar Zain.
kolum Tetap
ASIA HORIZON
12 / ASIA HORIZON / MEMBAWA ASIA KE PENTAS DUNIA
p s!
ari omen indah an u zai dikota cinta bonjour
m
1.15
MALAYSIA RM10.00 SINGAPURA SG$5.00 BRUNEI BND5.00
membawa asia ke pentas dunia
ar
n
INSTAGRAM 1
2
3
4
5
6
Media social memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian. Bagi industri pelancongan ianya dilihat sebagai medium mempromosikan sesuatu destinasi. Untuk isu ini, Asia Horizon memilih beberapa laman Instagram yang menarik untuk diikuti. 1. @travelwithbender 2. @luxuryworldtraveler 3. @travelandlife 4. @placesandfoods 5. @aidasue 6. @traveltall
14 / ASIA HORIZON / MEMBAWA ASIA KE PENTAS DUNIA
h o r i zo NOTA n d e setdin i to a sri
Mengimbas kembali momen
penyanyi kesayangan ramai -
suka kisah lara tahun lalu jelas tergambar negara tercinta dihambat cerita duka. Saat kita diuji dengan pelbagai jenis ujian, rakyat dengan satu hati menghulur tongkat semangat. Kami di Asia Horizon turut terkesan dengan dugaan yang datang. Doa dipanjatkan agar kita terus tabah mengharung gelombang ujian dan tahun baru membawa penawar buat buah hati kesayangan semua; negara kita tercinta - Malaysia. Impian ke kota Paris menjadi kenyataan; jutaan terima kasih kepada Ruza Malaysia kerana sudi menjadi penaja rasmi lawatan krew Asia Horizon Magazine ke Paris. Apa yang menjadi lebih istimewa, pemergian kali ini turut disertai
Anuar Zain. Sudah pasti peluang
untuk merakamkan beliau sebagai wajah muka depan majalah tidak dilepaskan. Pelbagai momen indah dikisahkan di dalam isu kali ini. Seperti biasa kami di Asia Horizon memaparkan kisah-kisah percutian hebat khususnya daripada kontributor-kontributor yang seringkali melancong mencari kisah untuk diceritakan. Kami juga telah melibatkan diri di dalam media sosial. Anda semua boleh mengikuti kami sama ada di laman facebook. instagram, pinterest atau youtube. Hanya cari kami Asia Horizon Magazine pada laman-laman tersebut. Tahniah juga kepada @khaiartzfar kerana telah memenangi Asia Horizon IG Contest
baru-baru ini. Jutaan terima kasih juga kepada mereka yang telah mengambil bahagian. Tahun baru juga membuatkan kami lebih teruja. Setelah begitu lama membikinnya, akhirnya www.asiahorizon.com.my
meluncur di alam maya. Semoga laman web yang baharu ini sedikit sebanyak memberi manfaat kepada anda semua. _ Fariz Alias @farizbinalias
1.15 / ASIA HORIZON HORIZON / 17 00
R E DA K S I
MEMBAWA ASIA KE PENTAS DUNIA
Penerbit
Fehr Azzuri EDITORIAL Fariz Alias Editor
Khairul Azfar Azahari Penulis
Rifaee Isa Jurufoto
Khairul Anwar Abdullah Juruvideo
PENYUMBANG Teng Wei Mazian Nawawi Eazy Izzuddin Roslan Muhammad Haziq Abdul Halim Nazrul Ashraff Buang KREATIF Joe Alban Pengarah Kreatif
Said Muqri Ikhwan Basyar Pereka Grafik
JUALAN & PEMASARAN Kayla Marzila Nazri Pengurus Jualan & Pemasaran
Fazrizal Akmal Asmadi Eksekutif Jualan & Pemasaran
PENGURUSAN Aimi Syazwani Zainol Fikri Pengurus Pentadbiran & Perakaunan
Fazriman Othman Pengurus Operasi
Terbitan
fbamedia ASIA HORIZON DITERBITKAN OLEH FBA MEDIA SDN BHD (1049447-A) B1-33A-3A, SOHO SUITE KL, JALAN PERAK OFF JALAN P. RAMLEE, 50450 KUALA LUMPUR. TEL: 03-2181 0405. Email: advertising@fba.com.my Website: www.asiahorizon.com.my DICETAK OLEH MAXIMA PRESS SDN. BHD., LOT 1314, KG. LEMBAH KINRARA, BATU 8 1/2, JALAN PUCHONG, PUCHONG JAYA, 47100 PUCHONG, SELANGOR DE. HAK CETAK TERPELIHARA. TIDAK DIBENARKAN MANA-MANA BAHAGIAN DALAM MAJALAH INI DIGUNAKAN OLEH MANA-MANA PIHAK TANPA PERSETUJUAN PENERBITAN. SEMUA TULISAN, ULASAN DAN KRITIKAN ADALAH PENDAPAT PERIBADI PENGARANG DAN PENULIS, TIDAK SEMESTINYA DISAHKAN PENERBIT. SIDANG EDITOR BERHAK MELAKUKAN PENYUNTINGAN KE ATAS TULISAN YANG DITERIMA SELAGI TIDAK MENGUBAH ISINYA. SEMUA MATERIAL PENERBITAN YANG DIKIRIMKAN KEPADA FBA MEDIA SDN BHD AKAN MENJADI HAK MILIK SYARIKAT INI. SIDANG EDITOR TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS KEHILANGAN TULISAN YANG DIKIRIMKAN MELALUI POS.
18 / ASIA HORIZON / MEMBAWA ASIA KE PENTAS DUNIA
p e ny u m ba n g
Teng Wei – Wartawan Foto Setenang Tasik Toba Saya sudah lama menantikan tugasan ke Lake Toba semenjak tugasan untuk mengembara bermula pada tahun 2002. Akhirnya penantian tiba jua. Walaupun Toba dan Samos sering menjadi pilihan destinasi para pelancong namun sejak kebelakangan ini jumlah pelancong yang ada semakin berkurangan. Bagi yang belum pernah ke sini harga percutian yang agak murah serta penduduk tempatan yang peramah bakal menjadi satu kenangan apabila berkunjung di sini. Ikuti beliau di Instagram @tengweiphotography
Mazian Nawawi – Wartawan Foto Jamu Selera di Ipoh Sering kali jika ingin ronda-ronda mencari hidangan yang unik dan enak, Pulau Pinang akan berada di kotak fikiran. Tetapi ramai yang mungkin tidak tahu bahawa Ipoh juga tidak kurang hebatnya. Bila sebut sahaja Ipoh, pasti terbayangkan gunung-ganang yang menghijau melatari ibu negeri Perak Darul Ridzuan. Namun bukan itu sahaja. Ada yang sanggup datang dari jauh semata-mata mahu menikmati kelazatan makanan unik di Ipoh. Laman Instagramnya @maziann
Khairul Azfar Azahari - Penulis Perang Sotong di Terengganu Percikan dakwat hitam menyentap lamunan saya yang sedang leka menunggu umpan direntap oleh makhluk air yang bertulang satu ini. Kelihatan salah seorang rakan memegang dengan megahnya sotong katak hasil tangkapan beliau sendiri. Sotong katak bukanlah tumpuan utama bagi para nelayan kerana dikatakan sotong ini tidak semanis sotong yang lain dan agak keras. Namun jika ianya pengalaman pertama, sedikit sebanyak rasa bangga tetap ada. Sila ikuti Instagram @khaiartzfar untuk melihat catatan perjalanan beliau.
Muhammad Haziq bin Abdul Halim – Wartawan Foto Di Sebalik Tabir India Sorotan kisah perjalanan saya melihat India lebih dekat bagi menyelami perjalanan hidup yang amat berbeza. Walaupun rata-rata semuanya hidup serba sederhana namun masih terpancar bibit-bibit senyum mesra kerana mereka percaya hidup hanya sementara dan menanti kelahiran semula. Kenali beliau di Instagram @bergpastrana
22 / ASIA HORIZON / MEMBAWA ASIA KE PENTAS DUNIA
Agenda
MEMBAWA ASIA KE PENTAS DUNIA
Perniagaan
25 40 kaki
Produk
Santa Claus Menyeri Pavilion Kuala Lumpur
26 Kafe
Perkhidmatan
Magnum Kini di Mid Valley
Pengangkutan
29 “Self Drive” ke Selatan Thailand
Gadget
Buku
32 Jom
Tengok Ultraman Dan banyak lagi ...
1.15 / ASIA HORIZON / 23
AG E N DA
/Selangor/
Four Points by Sheraton Puchong Kini Dibuka Starwood Hotels & Resorts dan IOI Properties Group telah bekerjasama dan membuka sebuah hotel yang terletak di Puchong. Starwood Hotels & Resorts dengan bangganya telah membawa jenama Four Points ke satu aras yang lebih tinggi khususnya di Malaysia. Four Points by Sheraton Puchong mempunyai 249 bilik yang direka dengan hiasan kontemporari sesuai untuk pelancong yang datang dengan urusan perniagaan ataupun riadah. Hotel ini terletak
/Kuala Lumpur/
di tengah-tengah di antara Kuala Lumpur dan Putrajaya. Ianya hanya mengambil masa lebih kurang 20 minit pemanduan untuk sampai ke Kuala Lumpur. Bagi anda yang ada urusan di Puchong, pilihan menginap di Four Points by Sheraton Puchong amat tepat.
Hotel Grand Millennium Kuala Lumpur Menaiktaraf Bilik 24 / ASIA HORIZON / MEMBAWA ASIA KE PENTAS DUNIA
“Grandeur, Sleek and Contemporary” amat tepat untuk menggambarkan bilik-bilik penginapan yang terdapat di Hotel Grand Millennium Kuala Lumpur. Hotel ini telah melakukan baik pulih serta menaiktaraf bilik-bilik khususnya bilik bagi kategori Grand Deluxe Room. Apa yang lebih menarik pengunjung bakal dimanjakan dengan perkhidmatan yang bertaraf antarabangsa di samping menikmati beberapa perkhidmatan secara percuma. Antaranya termasuklah servis mencuci baju, minuman di dalam mini bar seperti jus dan minuman dalam tin, buahbuahan segar dan bermacammacam lagi. Bilik yang dinaiktaraf ini menampilkan seni rias yang lebih kontemporari menggunakan warna-warna pastel dan gelap bagi menampakkan kemewahan. Pengunjung pasti berpuas hati dengan bilik baharu ini.
AG E N DA
/Kuala Lumpur/
Pokok Christmas Tertinggi di Malaysia Hanya di Suria KLCC
/ Kuala Lumpur/
Santa Claus Muncul Dalam Air Aquaria KLCC mencipta kejutan apabila menampilkan Santa Claus di dalam air untuk tatapan pengunjung yang hadir bersempena dengan musim perayaan Hari Natal baru-baru ini. Scuba Santa ini telah disaksikan oleh ramai pengunjung malah ada yang ternanti-nanti kemunculan Santa Claus di Aquatheatre. Membawa tema “Experience an Undersea Wonderland Christmas” Aquaria KLCC telah menyajikan pelbagai aktiviti untuk para mengunjung. Malah terdapat keunikkan terbaru apabila kanak-kanak boleh melakukan aktiviti interaktif di Moon Lab.
Suria KLCC sekali lagi mencipta Malaysia Book of Record setelah menyiapkan pokok Christmas yang tertinggi di Malaysia baru-baru ini. Pokok yang setinggi 32 meter telah dipamerkan kepada pengunjung di pintu masuk Suria KLCC bersempena dengan sambutan Hari Christmas. Pokok yang begitu tinggi merangkumi 3,714 dahan, 3,500 hiasan dan 80,000 lampu LED. Pokok yang mengambil masa 9 minggu untuk disiapkan mempunyai berat 41,698kg. Pengunjung pasti berasa kagum melihat pokok Christmas ini. Selain itu Suria KLCC turut meraikan 50 orang kanak-kanak dari Stepping Stones Living Centre. Setiap kanak-kanak menerima RM150 untuk digunakan sempena perayaan tersebut. Malah Suria KLCC turut bermurah hati mendermakan sebanyak RM2,500 dalam bentuk baucer beli-belah untuk kegunaan Hari Christmas.
/ Kuala Lumpur/
40 kaki Santa Claus Menyeri Pavilion Kuala Lumpur Pavilion Kuala Lumpur sering kali memukau pengunjung dengan dekorasi luarbiasa. Bagi sambutan perayaan Christmas kali ini, mereka telah menghasilkan sebuah ‘pementasan’ Hari Natal yang penuh keajaiban dan warna-warni. Rantaian pokok Chirstmas bermula dari pintu masuk sehinggalah ke Spanish Steps dan Centre Court, pengunjung bakal dijamu dengan kerlipan lampu panca warna yang begitu indah. Di tengah-tengah Centre Court, 40 kaki Santa Claus menjadi penyeri utama Pavilion Kuala Lumpur kali ini. Bekerjasama dengan Maybank, setiap pengunjung bakal mendapat ganjaran yang menarik ketika membeli-belah di sini. Jangan lepaskan peluang untuk bertemu dan bergambar dengan Santa Claus. Apa yang lebih menarik, pengunjung turut dihidangkan dengan persembahan lampu-lampu Magical Light Show di pintu masuk pusat membeli-belah ini. Pengunjung akan terpukau dengan keindahan lampu-lampu yang diiringi dengan lagu-lagu yang rancak.
1.15 / ASIA HORIZON / 25
AG E N DA
/ Kuala Lumpur/
Dinoscovery oleh Dinosaurs Live! Kini Tiba di Kuala Lumpur
/Kuala Lumpur/
Avenue K Kini Dirasmikan Penduduk Kuala Lumpur kini pasti gembira dengan pembukaan semula pusat membeli-belah Avenue K. Lokasi yang strategik memudahkan pengunjung untuk datang dan menikmati keseronokkan membeli-belah dalam suasana yang segar dengan seleksi butik-butik yang menarik. Pusat beli-belah telah dirasmikan dengan begitu meriah. Pelbagai acara telah diadakan bagi memeriahkan lagi acara bersejarah tersebut. Pengunjung yang hadir buat pertama kali dapat melihat beberapa jenama antarabangsa seperti H&M, Sephora, Johnny Rockets dan macam-macam lagi memulakan operasi di sini. 26 / ASIA HORIZON / MEMBAWA ASIA KE PENTAS DUNIA
Pencinta haiwan pra sejarah, sila bersedia kerana satu pameran Dinosaurs Live! telah berada di pusat membeli-belah Kuala Lumpur. Buat pertama kalinya di Asia Pasifik pameran ini telah memilih Kuala Lumpur sebagai destinasi unggul. Pameran yang dibawakan khas oleh EMS Entertainment khusus untuk rakyat Malaysia. Satu majlis pelancaran telah diadakan bagi mengetengahkan pameran yang penuh interaktif ini. Dinoscovery akan berada di Kuala Lumpur selama setahun dan dijangka akan mengakhiri pameran pada penghujung Februari 2015. Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan satu-satunya pameran Dinosaur bertaraf antarabangsa.
/Kuala Lumpur/
Kafe Magnum Kini di Mid Valley
Bagi pencinta ais krim Magnum, anda kini mampu menikmati keenakkan lebih 250,000 rekaan ais krim melalui konsep Make My Magnum. Kafe Magnum yang pertama di Malaysia kini telah dibuka di pusat membeli-belah Mid Valley Mega Mall baru-baru ini. Berteraskan ais krim berperisa asas sama ada vanila atau coklat, anda boleh memilih satu daripada tiga salutan yang terdiri daripada seleksi coklat putih, susu atau coklat gelap. Tiga jenis hiasan yang terdiri daripada pelbagai variasi rasa seperti beri goji, garam laut, kepingan cili, emping jagung, rasberi kering dan pretzel pastinya menyuntik sedikit kelainan rasa kepada ais krim anda. Kafe dua tingkat yang berkeluasan 1,280 meter persegi mampu menempatkan 100 orang pengunjung dengan selesa pada satu-satu masa. Apa yang lebih menarik pengunjung boleh menikmati dan melihat sendiri ais krim unik dihasilkan di dua bar infiniti yang terletak pada kedua-dua aras. Bagi peminat ais krim anda boleh mencuba empat menu istimewa yang hanya boleh didapati di sini. Empat sajian itu adalah Magnum kaya waffle toast, Magnum triple choc cookie skillet, Magnum galaxy dan Magnum triffle. Sewaktu majlis perasmian kafe tersebut, beberapa personaliti tempatan turut dijemput bagi memeriahkan majlis.
AG E N DA
/ Kuala Lumpur/
Hub Barangan Sukan
Fahrenheit88 menjadi pusat belibelah yang menampilkan seleksi barangan dan fesyen sukan untuk para pengunjung. Mempunyai lebih 20 outlet daripada pelbagai jenama yang menawarkan seleksi produk sukan menjadikan pusat beli-belah ini antara lokasi mesti singgah jika ingin membeli-belah produk-produk sebegini. Antara jenama yang boleh diperolehi di sini termasuklah Sun Paradise + Dive, New Balance, Li Ning, Heavyweight, Royal Sporting House & Vans, Royal County of Berkshire Polo Club, Rip Curl, Skechers dan bermacam-macam lagi. Pengunjung pasti berpuas hati dengan koleksi yang ditawarkan. Singgahlah Fahrenheit88 hari ini.
/Kuala Lumpur /
Pavilion Kuala Lumpur Meraikan “60 Years of Made in Italy” Buat julung-julung kalinya semua pencinta fesyen khususnya produk-produk yang dihasilkan di Itali telah berkumpul dan meraikan sambutan 60 tahun di Pavilion Kuala Lumpur. Turut dipamerkan koleksi pakaian daripada pelbagai jenama yang pernah disarungkan oleh selebriti-selebriti terkenal antarabangsa misalnya Jennifer Lopez. Majlis yang turut dihadiri oleh Duta Itali, S.E. Mario Sammartino. Majlis ini diadakan begitu meriah malah setiap jenama yang mengambil bahagian turut menganjurkan beberapa acara di butik-butik mereka sendiri. Misalnya Gucci telah menampilkan koleksi-koleksi edisi khas mereka dan beberapa beg ikonik untuk tatapan tetamu. Versace pula mengadakan satu malam istimewa untuk pelanggan setia. Mereka juga mempamerkan beberapa koleksi istimewa yang diterbangkan khas dari Itali. Kehadiran Anna Fendi dari gedung Fendi menjadikan sambutan 60 tahun ini lebih bermakna.
/ Kuala Lumpur/
Peserta Miss Tourism International 2014 Melawat Suria KLCC
Seramai 58 peserta Miss Tourism International 2014 meluangkan masa melawat pusat membeli-belah terkemuka negara; Suria KLCC. Para peserta yang datang dari pelbagai negara dari seluruh dunia turut mengambil kesempatan memperkenalkan diri mereka kepada umum. Lawatan yang diadakan sempena sambutan Hari Krismas turut menambahkan kemeriahan buat para pengunjung yang hadir membeli-belah di sini. Selain Suria KLCC, mereka turut dibawa melawat keunikkan Menara Berkembar Petronas. Rata-rata pengunjung yang hadir begitu teruja melihat kecantikan peserta ratu cantik ini. Wakil dari Malaysia turut sama meraikan kehadiran rakan-rakan peserta di ibu negara.
1.15 / ASIA HORIZON / 27
AG E N DA
/Macau/
Perlantikan Janet Chan Terbaik Untuk Conrad Macao Conrad Macau Cotai Central antara hotel mewah di Macau telah melantik Janet Chan sebagai Pengarah Jualan bagi segmen jualan produk mewah. Berasal dari Australia, beliau mempunyai pengalaman lebih sepuluh tahun dalam mengendalikan produk-produk mewah untuk para pelanggan. Janet bakal ditugaskan untuk melihat kerjasama perniagaan dan acara bagi segmen mewah dan meningkatkan usahasama dengan agen-agen pelancongan premium. Berdasarkan pengalaman Conrad Macau pasti Janet bakal terus menyinar dan menjadi antara aset penting hotel mewah ini. Conrad Macau mempunyai 636 bilik dan 206 suite yang mempunyai tatarias menarik. Perkhidmatan yang ditawarkan begitu luarbiasa. Malah Conrad Macau juga sering memenangi pelbagai anugerah bertaraf antarabangsa.
/ Kuala Lumpur/
Chef Michael Gramer Menjadi Chef Eksekutif di Westin Kuala Lumpur Mempunyai 25 tahun pengalaman di dalam bidang kulinari dan operasi di beberapa hotel dan resort terkemuka menjadi antara faktor Chef Michael Gramer dilantik menjadi Chef Eksekutif di Westin Kuala Lumpur. Chef Michael akan melihat keseluruhan operasi di bahagian dapur dan menjadi individu penting dalam menghasilkan menu-menu enak untuk restoran-restoran yang terdapat di Westin Kuala Lumpur. Sebelum memulakan perkhidmatan di Kuala Lumpur, Chef Michael telah berkhidmat selama empat tahun di Sheraton Grande Sukhumvit, Bangkok. Beliau yang gemar mengumpul barangan vintage sering mendengar alunan irama jazz. Ketika ditanya cara menghilangkan tekanan, beliau menyatakan aktiviti riadah dan bersenam sangat membantu beliau menghilangkan tekanan terutama tekanan di tempat kerja.
28 / ASIA HORIZON / MEMBAWA ASIA KE PENTAS DUNIA
AG E N DA
/ Kuala Lumpur/
Warna-warni Ice Watch Hadir dalam pelbagai warna dan bentuk, Ice Watch kini meraikan rekaan ceria yang pastinya menarik perhatian mereka yang sukakan rekaan yang menyeronokkan. Ice Watch yang berasal dari Belgium telah dilancarkan secara rasminya baru-baru ini. Majlis pelancaran yang diadakan di pusat membelibelah The Curve turut disertai beberapa selebriti antaranya Elfira Loy. Selain itu pengasas jenama Ice Watch, Jean-Pierre Lutgen turut hadir memeriahkan majlis bersama-sama Dato’ Meer Habib. Lapan butik telah ditubuhkan di Malaysia. Jam tangan Ice Watch adalah jenama mewah yang mampu dimiliki oleh semua dan kualiti yang dihasilkan membuatkan ianya setanding dengan jenama-jenama mewah lain. Peminat jam tangan ini boleh mengharapkan reka bentuk baru dengan bahan-bahan terbaik yang membuatkan jenama ini teguh di pasaran. Ice Watch boleh didapati di beberapa lokasi seperti Ampang Point, The Curve, Nu Sentral, Alamanda, Gurney Paragon, Palm Mall, Kompleks JBCC dan East Coast Mall.
/ Kuala Lumpur/
“Self Drive” ke Selatan Thailand Para pelancong yang lebih gemar memandu sendiri ke satu-satu destinasi kini boleh berbuat demikian apabila Tourism Authority of Thailand (TAT) telah mengeluarkan satu buku “Self Drive” yang membolehkan anda memandu sendiri ke beberapa destinasi menarik di Selatan Thailand. Majlis pelancaran buku tersebut yang diadakan baru-baru ini turut menyaksikan beberapa kumpulan pemandu yang akan memulakan perjalanan mereka berdasarkan buku yang telah dihasilkan ini. Selain peta yang lengkap, buku ini turut memberikan cadangan tempat yang mesti dilawati, penginapan yang ada di sekitar tarikan dan juga lokasi tempat makan yang enak. Bagi anda yang ingin mendapatkan buku ini, ianya boleh didapati di pejabat TAT di Kuala Lumpur dan ianya diberikan secara percuma. 1.15 / ASIA HORIZON / 29
AG E N DA
/Selangor/
Sunway Lagoon Pentaskan “LumiAir” 30 / ASIA HORIZON / MEMBAWA ASIA KE PENTAS DUNIA
Baru-baru ini Sunway Lagoon mencipta sejarah yang tersendiri apabila telah mempentaskan satu persembahan istimewa dari Australia iaitu ‘LumiAir – A Cirque Sensation’. Pertunjukan yang pertama kali dibawakan di Malaysia, LumiAir menjanjikan kehebatan persembahan yang menggabungkan seni tarian, akrobatik dan muzikal dalam acara yang berlangsung selama dua jam sesuai untuk tontonan semua lapisan
usia. Persembahan itu dimeriahkan lagi dengan seni reka pentas yang menakjubkan, mainan lampu yang ceria dan muzik yang bakal menangkap emosi penonton. Pengarah dan penerbit ‘LumiAir’; Susan Porrett mengambil inspirasi jalan cerita yang dialaminya sendiri bagi membina sebuah karya mengagumkan. Beliau sendiri pernah menjadi salah seorang pelakon pentas dan merupakan satu nama besar di Australia. Beliau telah
AG E N DA
persembahan sebegini begitu mengujakan tambahan dengan adanya pelbagai elemen persembahan liuk lentuk akrobatik dan tarian yang luar biasa. Elemen komedi yang diterapkan membuatkan semua penonton geli hati. Sunway Lagoon tidak pernah menghampakan peminat-peminat persembahan berbentuk muzikal seperti ini.
berkecimpung selama 20 tahun. Antara persembahan pentas yang pernah diterbitkan oleh Porrett adalah Zircus, Solaria, Parade of Stars, Aqua Voyage dan Spiderlash. Jalan ceritanya yang ditampilkan ringkas dan mantap membolehkan persembahan ini difahami oleh setiap penonton. Pengalaman menyaksikan
1.15 / ASIA HORIZON / 31
AG E N DA
/ Kuala Lumpur/
Jom Tengok Ultraman
/ Pahang/
Sesame Street Memeriahkan Genting Highlands Resort World Genting sekali lagi memberi kejutan dengan satu persembahan istimewa daripada Sesame Street Live – Elmo Makes Music! Bagi yang membesar dengan siri Sesame Street pasti ingat karektor Elmo yang comel. Siri ini antara siri yang terpanjang pernah ditayangkan di kaca tv selama 45 tahun. Sesame Street Live - Elmo Makes Music di Resort World Genting telah menyampaikan hampir 2 dozen lagu dan diikuti dengan lagu klasik seperti C is for COOKIES dan ‘The Alphabet Song’. Christopher Harper, Pengarah ‘Sesame Street Live - Elmo Makes Music’ berkata “Sesame Street Live - Elmo Makes Music ini didatangi dengan produksi yang terbaharu termasuk beberapa lagu baru dan kanakkanak boleh ikut menyanyi bersama-sama secara langsung. “Elmo, Abby Cadabby, Cookie Monster, Big Bird dan semua kawankawan dari Sesame Street telah menyajikan satu persembahan yang mantap dan yang pasti menggamit memori semua penonton yang hadir menyaksikan pertunjukan mega ini. 32 / ASIA HORIZON / MEMBAWA ASIA KE PENTAS DUNIA
Baru-baru ini telah diadakan satu majlis pelancaran Ultraman Live in Genting 2015 di pusat membeli-belah Pavilion Kuala Lumpur. Adiwira yang begitu terkenal ini bakal membuat persembahan di Resort World Genting pada 19 Februari hingga 22 Mac 2015. Satu persembahan istimewa telah diadakan di perkarangan pintu masuk Pavilion Kuala Lumpur. Ultraman Zero bersama-sama Ultraman Tiga dan Ultraman Ginga telah menewaskan raksasa jahat Dark Baltan dan Ex Zeton. Pengunjung yang menyaksikan pertunjukan khas ini jelas teruja melihat adiwira yang menjadi pujaan beraksi di depan mata. Pertempuran ini diadakan di hadapan Pavilion Kuala Lumpur menunjukkan suasana sebenar yang bakal diadakan di Resort World Genting untuk Ultraman Live in Genting 2015. Turut hadir pada majlis pelancaran ini ialah Mr. Yoshinori Kodama dari Kedutaan Jepun di Malaysia serta Mr Kevin Tan Vice President of Promotion & Entertainment of Resort World Genting dan Mr Yoshihide Tanaka - Wakil dari Tsuburaya Production. Ultraman Live di Genting ini mempamerkan Ultraman edisi yang terbaru sekali seperti Ultraman Ginga dan Zero serta Raksasa Kaiju. Tiket boleh dibeli pada harga (VIP) RM88, (PS1) RM68, dan (PS2) RM48.
AG E N DA
/ Kuala Lumpur/
Terbang Bersamasama Karektor LINE Dengan AirAsia
AirAsia sentiasa membawa elemen kreatif bagi menarik minat penumpang. Terbaru, AirAsia telah melancarkan usahasama dengan LINE Malaysia dan turut menampilkan livery LINE untuk tatapan umum. Majlis pelancaran disempurnakan oleh Spencer Lee, Ketua Komersial AirAsia Berhad dan EJ Lee, Naib Presiden Kanan LINE Plus Corporation. Majlis ini turut disertai oleh media dari Thailand dan Singapura. Kemunculan istimewa watak LINE seperti Brown, James dan lain-lain memeriahkan lagi majlis pelancaran tersebut. Ketika ditanya tentang kolaborasi ini EJ Lee berkata “Komunikasi merupakan ciri utama bagi LINE. Sekarang kita bukan sahaja dapat berkomunikasi dengan pengguna dalam LINE, tetapi melalui pesawat LINE pertama ini kami dapat berkongsi dengan penumpang AirAsia.”
/KOTA KINABALU/
KFC & Pizza Hut Menang Besar KFC Malaysia menggondol lapan anugerah, manakala Pizza Hut Malaysia membawa pulang enam anugerah dalam Regional Champs Challenge 2014 (RCC) yang dikelolakan oleh Yum! Brands, Inc. (Yum!) baru-baru ini. RCC adalah salah satu acara terbesar bagi KFC dan Pizza Hut; dua di antara francais terbesar Yum!. Acara ini diadakan setiap tahun dan setiap negara di rantau AsiaPasifik akan dipilih secara bergilir-gilir untuk menjadi tuan rumah. Malaysia telah dipilih sekali lagi menjadi tuan rumah kepada acara gilang-gemilang ini yang telah bertempat di Kota Kinabalu, Sabah. RCC KFC dan Pizza Hut untuk tahun ini telah diadakan di cawangan pandulalu KFC Sulaman dan juga Pizza Hut 1Borneo Hypermall. Sebanyak 13 buah negara telah mengambil bahagian dalam pertandingan RCC KFC tahun ini iaitu negara Filipina, Thailand, Vietnam, Singapura, Indonesia, Brunei, Kemboja, Jepun, Korea, Taiwan, Hong Kong, Guam dan juga Malaysia. KFC Malaysia membawa pulang lapan anugerah daripada 10 kategori yang dipertandingkan
yang terdiri daripada Tukang Masak Terpantas, Layanan Pelanggan Terbanyak, Pengambil Pesanan Paling Tepat, Juruwang Terbaik, Tukang Masak Terbaik, Pengurus Terbaik, Customer Mania serta CHAMPS Cheer terbaik. Pizza Hut Malaysia memenangi enam anugerah yang terdiri daripada Champs Cheer, Perkhidmatan Terpantas, Hospitaliti Terbaik, Wakil Perkhidmatan Pelanggan Terbaik, Best Back of House, dan Best Rider.
1.15 / ASIA HORIZON / 33
AG E N DA
/ Kuala Lumpur/
“Breakout” Mendebarkan! Terkurung dan dikunci dalam bilik gelap dan perlu melepaskan diri dengan hanya beberapa petunjuk yang diberikan adalah suatu pengalaman baru dan mencabar. Bagi mereka yang buat pertama kali menyertai permainan Escape ini, Breakout memperkenalkan permainan Escape yang berkonsepkan pengalaman filem dan lakon peranan secara unik dengan olahan ‘real life escape game’ yang tersendiri serta jalan cerita yang sebenar seperti berada dalam filem tersebut. Breakout yang terletak di pusat membeli-belah Avenue K mempunyai lima bilik yang berbeza mengikut tema
34 / ASIA HORIZON / MEMBAWA ASIA KE PENTAS DUNIA
AG E N DA
filem dan ianyanya juga mempunyai tahap kesukaran yang berbeza. Secara ideal setiap aksi di Breakout boleh memuatkan sehingga enam orang pemain bagi setiap bilik. Cara-cara permainan adalah amat mudah untuk diikuti dan pemain harus menyelesaikan segala tugas mengikut jalan cerita yang telah ditetapkan dalam jangka masa 45 minit untuk setiap aksi. Setiap tema filem yang dipilih mempunyai karekter yang berbeza dengan kebolehan atau kuasa tersendiri bertujuan untuk membantu ahli-ahli kumpulan melepaskan diri dalam masa yang telah ditetapkan iaitu selama 45 minit. Pemilihan karektor boleh dipilih mengikut kesesuaian anda seperti The Lightbringer, The Scholar, Time Bender, The Oracle, Lock Master, dan Merchant. Petunjuk permainan harus diselesaikan dan jika ada salah satu petunjuk tidak dijumpai, anda boleh korbankan salah satu karekter yang mungkin tidak penting dalam permainan ini untuk petunjuk yang seterusnya. Jadi kebijaksanaan merancang strategi amat penting dalam permaianan ini. Kakitangan di Breakout mencadangkan bagi permulaan permainan Escape ini ianya dimulakan dari tahap senang sehingga tahap permainan yang lebih sukar supaya anda dapat merasai pengalaman yang mengujakan. Bagi anda
1.15 / ASIA HORIZON / 35
AG E N DA
yang ingin mencuba permainan ini anda hanya memerlukan sekurang-kurangnya dua orang untuk memulakan aktiviti dengan harga kemasukkan sebanyak RM38 seorang. Buat masa ini, Breakout menyediakan lima tema yang berlainan iaitu The Greatest Murder of Westwood, Mr Oswald’s Greatest Show, Chamber of Hocus, The Infinity, dan Project Fallout. Dengar macam teruja bukan? Anda boleh pilih salah satu tema dan yang pasti ia membuatkan anda berasa teruja dan seronok. BREAKOUT, L2-16, Level 2, Avenue K, 156 Jalan Ampang 50450, Kuala Lumpur Tel: 03-2181 1835 Laman web: www.breakout.com.my
36 / ASIA HORIZON / MEMBAWA ASIA KE PENTAS DUNIA
AG E N DA
/Kapit/
Baleh Kapit Diadakan Dengan Penuh Meriah Kemeriahan acara tahunan Baleh Kapit memang tidak boleh disangkal. Saban tahun acara ini menarik perhatian bukan sahaja penduduk tempatan malah pelancong-pelancong dari luar negara. Baru-baru ini hampir 40 buah pasukan telah mengambil bahagian dalam kejohanan sukan air, Safari Rakit Baleh Kapit Edisi Ke-19 yang berlangsung selama dua hari. Acara yang mula diperkenalkan pada tahun 1996 telah mencata rekod tertinggi pada tahun 2014. Peserta yang mengambil bahagian memulakan saingan di Rumah UNDI, Sungai Sut di Baleh di sini dan Rumah Juntan di Sungai Sut bagi lokasi hentian kedua. Sebanyak 14 pasukan akan bersaing dalam kategori Terbuka Buluh Lelaki, 13 pasukan dalam Tertutup Lelaki (Jabatan Awam/Kelab Tempatan dan Persatuan), lima pasukan masing-masing dalam Wanita Terbuka Buluh dan Perahu Dayung serta dua pasukan dalam Gaya Bebas. Acara telah dimeriahkan lagi dengan acara sampingan iaitu pertandingan bot laju yang melibatkan penyertaan hampir 74 buah bot. Turut diadakan pertandingan pua kumbu dan kraf tangan di Fort Sylvia Kapit dan Karnival Mini Luar Bandar Cabaran Perniagaan yang telah diadakan di Dataran Bandar Kapit. Baleh Kapit edisi yang ke 20 dijangka akan diadakan pada April 2015. Jangan lepaskan peluang untuk sama-sama menyaksikan acara unik ini.
1.15 / ASIA HORIZON / 37
AG E N DA
Sempena Sambutan “Years of Festivals” di Malaysia, Dr. Zaki Arzmi, mencadangkan beberapa festival dan perayaan yang mesti disertai oleh pelancong.
1. Hari Raya Aidilfitri
4. Rainforest World Music Festival
5. Food Festival 2. Thaipusam
Dr. Zaki Arzmi Pengurus Perhubungan Awam, Malaysian Aids Council 3. Tahun Baru Cina
38 / ASIA HORIZON / MEMBAWA ASIA KE PENTAS DUNIA
6. Hari Krismas
Kompas
MEMBAWA ASIA KE PENTAS DUNIA
W a r i s a n
40 SETENANG
F a m i l i
TASIK TOBA Bagi yang belum pernah ke sini harga percutian yang agak murah serta penduduk tempatan yang peramah bakal menjadi satu kenangan apabila berkunjung di sini.
Ta n a h - t i n g g i
46 Jamu selera
di ipoh Sering kali jika
ingin ronda-ronda mencari hidangan yang unik dan enak, Pulau Pinang akan berada di kotak fikiran. Tetapi ramai yang mungkin tidak tahu bahawa Ipoh juga tidak kurang hebatnya.
K e m b a r a
52 KOH SAMUI
TIADA DUA Thailand sentiasa menjadi destinasi percutian kegemaran saya bukan sahaja disebabkan orangnya yang peramah malah tarikan yang ditawarkan begitu unik dan menarik.
M a k a n - m a k a n
56 KEMBARA MENCARI
T-REX. Gelapnya. Itulah tanggapan pertama saat menjejakkan kaki ke ruang pameran Dinoscovery by Dinosaurs Live! Pihak pengurusan bijak memainkan mood terutama untuk kanak-kanak yang ingin menyertai permainan ini.
1.15 / ASIA HORIZON / 39
KO M PA S//I P O H
Jamu Selera di Ipoh Oleh Mazian Nawawi
Sering kali jika ingin ronda-ronda mencari hidangan yang unik dan enak, Pulau Pinang akan berada di kotak fikiran. Tetapi ramai yang mungkin tidak tahu bahawa Ipoh juga tidak kurang hebatnya.
Mee rebus yang sering menjadi perhatian
46 / ASIA HORIZON / MEMBAWA ASIA KE PENTAS DUNIA
Imbau nostalgia penuh kenangan Rasai keenakkan juadah tempatan Lawati tarikan tiada tandingan
KENALI Taiping BANDAR WARISAN
Majlis Perbandaran Taiping Bangunan Baru, Jalan Taman Tasek, 34000 Taiping, Perak Darul Ridzuan Tel : 605 - 8080777 Faks : 605 - 8068957 / 605 - 8053000 www.mptaiping.gov.my
TA I P I N G ZO O & NIGHT S AFAR I B UKIT LARUT MUZIUM TAIPING F IRST GA LLE R I A TA MA N TA S I K TA I PI N G b ur me s e pool K E LI P-K E LI P K G. V E W TA I P I N G E Q U I N E PA R K l
l
l
l
l
l
l
KO M PA S//I P O H
1 Turut menyajikan Nasi Ayam sebagai hidangan sampingan 2 Sibuk menyiapkan hidangan untuk pelanggan 3 Membuka selera pengunjung 4 Pilihan sarapan yang meyelerakan
B 1
ila sebut sahaja Ipoh, pasti terbayangkan gunungganang yang menghijau melatari ibu negeri Perak Darul Ridzuan. Namun bukan itu sahaja. Ada yang sanggup datang dari jauh semata-mata mahu menikmati kelazatan makanan unik di Ipoh. Ipoh, bandaraya yang dipenuhi dengan pelbagai tarikan menarik turut menyajikan pelbagai juadah yang memikat rasa. Kunjungan ke Ipoh baru-baru ini memberi peluang untuk menikmati keenakkan seleksi juadah yang hanya terdapat di sini.
MEE REBUS RAMLI Restoran yang terkenal di Ipoh ini mempunyai tiga cawangan yang terletak di bandaraya Ipoh, Taman Perpaduan dan Pengkalan. Menu utama semestinya mee rebus yang boleh dipesan sama ada mee rebus biasa ataupun mee rebus istimewa. Mee rebus istimewa disajikan dengan ayam dan telur. Kuahnya yang pekat dengan mee yag dicelur sempurna membangkitkan selera. Jangan lupa untuk mencuba nasi ayam. Ayam yang 48 / ASIA HORIZON / MEMBAWA ASIA KE PENTAS DUNIA
2
3
4
dikukus sesuai untuk dinikmati oleh semua. Selain daripada itu, restoran ini turut menawarkan hidangan lain seperti bihun sup, makanan barat dan lain-lain lagi.
MEE KARI MAT JASAK
kunjungan ramai terutamanya pada waktu sarapan pagi. Ramai yang sanggup beratur dan menunggu untuk menikmati hidangan yang enak di sini. Antara menu yang mesti cuba semestinya mee kari dan mee kicap. Rasanya yang sedap mampu untuk membuatkan pelanggan memesan kali kedua. Kedai yang sudah beroperasi sekian lama ini terletak di Jalan Datuk Onn Jaafar di tengah-tengah bandaraya Ipoh. Harga yang dikenakan juga amat berpatutan.
Tidak lengkap kunjungan ke Ipoh jika tidak singgah di kedai ini. Kedai Mee Kari Mat Jasak sering menjadi
Mee Kari Mat Jasak Jalan Datuk On Jaafar 30300 Ipoh, Perak
Mee Rebus Ramli 5, Jalan Pengkalan Utama 1, Taman Pengkalan Utama, Pengkalan, Ipoh, Perak Tel: 05-546 6457
KO M PA S
5 Cara-cara membuat roti bakar 6 Air soya yang menyegarkan 7 Pilihan wajib ketika berkunjung ke restoran dim sum 8 Isi udang yang segar 9 Pelanggan beratur bagi menikmati Nasi Vanggey
7
5
6
ROTI BAKAR TELUR GOYANG “Kerana telur goyang boleh bergaduh”. Itulah kata-kata pengunjung yang datang menikmati hidangan sarapan pagi di sini. Kedai yang terletak di Taman Perpaduan, Tambun sering menjadi tumpuan kerana menu roti bakar telur goyangnya yang terkenal. Setiap pagi terutama pada 9
8
hujung minggu, kedai yang diberi nama Roti Bakar Corner ini dipenuhi dengan pelanggan yang rata-rata datang ingin merasai keenakkan roti bakar telur goyang. Walaupun juadah sarapan pagi ini nampak mudah disediakan, namun jelas kelihatan tenaga kerja yang mahir diperlukan bagi menghasilkan roti bakar telur goyang dalam kuantiti yang banyak pada satu masa bagi memenuhi tuntutan pesanan pelanggan. Roti Bakar Corner Taman Perpaduan, Ipoh
NASI VANGGEY Ada yang menggelarkannya nasi ganja bukan disebabkan nasi ini mengandungi ganja tetapi kepada sesiapa yang pernah merasa penangan kelazatan nasi vanggey pasti akan berasa ketagih dan ingin kembali mengunjungi restoran ini. Restoran yang terletak di Jalan Yang
Kalsom berkongsi dengan sebuah restoran milik pengusaha cina yang hanya menjual air. Nasi vanggey terkenal kerana kuah karinya yang sedap di samping hidangan seperti ayam goreng, sotong dan lain-lain. Populariti nasi vanggey begitu terserlah apabila pengunjung sanggup beratur dan menunggu lama bagi menikmati sepinggan nasi vanggey. Nasi Vanggey Yong Suan, Jalan Yang Kalsom, Ipoh
DIM SUM HALAL Greetown Dim Sum Cafe yang terletak di Pusat Perniagaan Greetown menawarkan seleksi juadah dimsum yang halal yang boleh dinikmati oleh pelanggan Muslim. Antara yang mesti dicuba di sini termasuklah Fried Radish Cake, Prawn Dumpling, Carrot Dumpling, Pyramid Dumpling, Blue Flower Dumpling, 1.15 / ASIA HORIZON / 49
KO M PA S//I P O H
Nasi Pulut, Chee Cheong Fun dan macammacam lagi. Pengunjung pasti rambang mata kerana bukan sahaja sajiannya enak tetapi harga yang ditawarkan juga sangat murah. Tambahan pula dengan keramahan pemilik restoran ini yang sentiasa melayan pelanggan dengan baik. Apa yang lebih menarik setiap dumpling yang dihasilkan menggunakan bahan-bahan segar dan bukannya dumpling yang disejuk beku seperti yang terdapat di sesetengah restoran yang lain. Kepada anda pencinta dim sum, apa kata kunjungi restoran ini. Greentown Dim Sum Cafe No 10, Persiaran Greentown 4, Greentown Avenue, 30450 Ipoh. Tel: 05-255 2010
KESEGARAN AIR SOYA Mengusahakan perniagaan ini lebih dari 60 tahun, Funny Mountain Soya Bean menjadi lokasi popular bagi mereka yang ingin menghilangkan dahaga. Kedai ini hanya menjual air soya, air cincau dan tau fu fah. Saban hari ada sahaja kereta dan pelanggan yang beratur bagi mendapatkan secawan air soya. Malah ada juga yang datang membeli puluhan botol air soya yang dijamin kesegarannya. Justeru tidak lengkap kunjungan anda ke Ipoh jika tidak singgah ke Funny Mountain Soya Bean bagi menikmati kelazatan air soya.
10
Jika anda berada di Jalan Raja Nazrin Shah pasti kelihatan deretan kedai menjual limau tambun. Malah sering kali bas-bas pelancong berhenti bagi memberi peluang kepada pelancong untuk membeli limau tambun. Pelancong pasti sukar membuat pilihan kerana hampir kesemua kedai menjual limau tambun.
Walaubagaimanapun anda juga boleh mengunjungi ladang limau tambun. Bukan sekadar dapat membeli buah limau malah anda juga berpeluang melihat pokok limau tambun dan melihat buahbuah yang sedang masak ranum. Selain itu anda juga boleh mendapat nasihat bagi memilih buah limau yang manis dan bersari. Anda boleh berkunjung ke Gerai Limau Tambun Chin yang turut mempunyai ladang limau tambun. AH
10 Buat semua penggemar dim sum 11 Tidak lengkap ke Ipoh tanpa Limau Tambun 12 Deretan kedai menjual Limau Tambun
Gerai Limau Tambun Chin 158258A, Jalan Ampang, Tambun 31400 Ipoh Perak Tel: 05-549 7309
LIMAU TAMBUN
Funny Mountain Soya Bean 49, Jalan Theatre, 30300 Ipoh, Perak Tel: 05-546 9968
12
50 / ASIA HORIZON / MEMBAWA ASIA KE PENTAS DUNIA
11
Kepelbagaian dan Keunikan Menu yang Melambangkan Pertemuan dari Timur dan Barat
Ground Level Suria KLCC
+603 2181 8001 www.melurandthyme.com
KO M PA S//KO H S AM U I
Permandangan indah Koh Samui
Koh Samui Tiada Dua Oleh Rifaee Isa
Tatkala menerima tugasan kali ini, hati begitu gembira kerana berpeluang menjejakkan kaki sekali lagi ke Thailand. Thailand sentiasa menjadi destinasi percutian kegemaran saya bukan sahaja disebabkan orangnya yang peramah malah tarikan yang ditawarkan begitu unik dan menarik. 52 / ASIA HORIZON / MEMBAWA ASIA KE PENTAS DUNIA
K
ini, buat pertama kalinya saya menjejakkan kaki ke Koh Samui yang merupakan pulau terbesar di Kepulauan Ang Thong di perairan teluk Thailand. Pulau ini begitu terkenal sebagai sebuah destinasi pelancongan tambahan pula kedudukan geografinya yang strategik terlindung daripada sebarang bencana alam seperti gunung berapi serta gempa bumi. Koh Samui sering menjadi pilihan pasangan untuk berbulan madu kerana pulau ini menawarkan seleksi hotel-hotel mewah sesuai untuk pasangan yang baru berkahwin. Setiap hotel ini berlumba-lumba menyediakan pakej bulan madu terbaik bagi menarik perhatian pelancong. Keluasan pulau hanya lebih kurang 247 km sahaja. Ini memudahkan pengunjung untuk bergerak dari satu destinasi ke satu destinasi lain. Jika mahu bersiar-siar, anda boleh menyewa motosikal atau kereta dengan kadar sewa yang berpatutan.
KO M PA S
1 Gerai-gerai jualan makanan Thai 2 Dodol yang menjadi perhatian pelancong 3 Formasi batu yang menarik perhatian ramai 4 Antara tarikan pelancongan di Koh Samui
1
Setiba di Koh Samui, kami dibawa ke Big Buddha yang terletak di Wat Phra Yai. Patung buddha yang diselaputi emas ini berketinggian 12 meter dan dibina pada tahun 1972. Ianya dinamakan Phra Buddha Kodom. Pelancong berpeluang melihat permadangan indah Koh Pangan dan pantai Bo Phut dari puncak kuil ini. Tidak jauh dari situ, terletak di pantai Lamai dan perkampungan muslim Hua Thanon, terdapat dua formasi batu unik yang dikenali sebagai Hin Ta dan Hin Yai. Formasi batu ini menyerupai alat kelamin lelaki dan wanita. Lebih menarik lagi batu-batu ini berada berdekatan di antara satu sama lain. Menurut penduduk tempatan pembentukan batu ini terhasil melalui kisah sedih dan menyayat hati yang terpaksa dilalui oleh sepasang suami isteri. Jangan lepaskan peluang untuk membeli-belah di deretan kedai
2
3
Koh Samui sering menjadi pilihan pasangan untuk berbulan madu kerana pulau ini menawarkan seleksi hotel-hotel mewah sesuai untuk pasangan yang baru berkahwin. Setiap hotel ini berlumba-lumba menyediakan pakej bulan madu terbaik bagi menarik perhatian pelancong. 4
1.15 / ASIA HORIZON / 53
KO M PA S//KO H S AM U I
6
7
5 Menaiki bot untuk ke tempat-tempat menarik sekitar pulau ini 6 Koh Nganyuan lokasi wajib ketika di sini 7 Snorkeling untuk melihat keindahan dasar laut 8 Aktiviti pantai yang menyeronokkan
5
cenderamata dan pakaian. Anda juga boleh membeli dodol yang sangat popular keluaran penduduk muslim di Hua Thanon. Jika anda berada di Koh Samui, aktiviti yang mesti dilakukan adalah snorkeling ataupun selam skuba. Koh Tao dan Koh Nangyuan menjadi lokasi terbaik untuk kedua-dua aktiviti ini. Airnya yang jernih memudahkan anda melihat keindahan lanskap laut serta kepelbagaian spesis ikan yang menjadi tarikan utama setiap pengunjung. Namuang Safari Park, satu-satunya taman safari yang menawarkan pelbagai aktiviti eko pelancongan khusus 54 / ASIA HORIZON / MEMBAWA ASIA KE PENTAS DUNIA
8
KO M PA S
9 Lanskap semula jadi yang begitu indah 10 Berpeluang menaiki gajah 11 Aktiviti interaktif bersama-sama gajah
9
10
CARA KE SINI Bangkok Airways menyediakan penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Koh Samui.
11
untuk pelancong. Bagi yang tidak pernah menaiki gajah, safari ini turut menyediakan gajah-gajah untuk dinaiki pada kadar yang murah. Pengalaman menonton persembahan gajah begitu menggembirakan. Gelagat anak gajah membuat pelbagai aksi benar-benar menghiburkan pengunjung. Bagi yang gemar bermanja-manja dengan rawatan di spa, Koh Samui adalah tempatnya. Selain spa di resort-resort mewah, mereka turut menyediakan khidmat spa yang terletak di Pantai Chaweng. Jika anda ingin bermalas-malasan, hanya
berjemur di bawah sinaran matahari, menikmati kesegaran air kelapa muda sambil melihat laut yang tidak berpenghujung. Keseronokkan di Koh Samui ternyata membuatkan saya alpa kepada dunia nyata. Walaupun singkat ianya memberi kenangan paling gembira. Ternyata Koh Samui sebuah destinasi yang harus diteroka dan yang pasti ianya tiada dua. AH Terima kasih kepada Tourism Authority Thailand (TAT) kerana menaja lawatan ini.
MAKAN-MAKAN Tidak sukar mencari makanan halal di sini. Terdapat penduduk tempatan yang beragama Islam. Banana Pancake mesti dicuba. Sebuah restoran Melayu Samui Seafood terletak berdekatan Masjid Nurul Ihsan. Anda juga boleh mengunjungi Fareast’s Restaurant yang terletak di Pantai Chaweng. PENGINAPAN Anda boleh menginap di The Imperial Boat House Beach Resort Samui. Hotel yang menjanjikan keselesaan kepada setiap pengunjung.
1.15 / ASIA HORIZON / 55
KO M PA S//d i n os co v e ry
Kembara Mencari T-Rex Oleh Rifaee Isa
Gelapnya. Itulah tanggapan pertama saat menjejakkan kaki ke ruang pameran Dinoscovery by Dinosaurs Live! Pihak pengurusan bijak memainkan mood terutama untuk kanak-kanak yang ingin menyertai permainan ini.
S
etiap peserta diberikan peta yang merupakan petunjuk kepada 15 aktiviti yang berinteraktif. Setiap peserta juga diberi jaket khas persis seorang ahli paleontologi atau pun pengkaji fosil haiwan. Sebelum memasuki ruang dinasour, setiap pengembara akan menyaksikan satu tayangan video tentang kehidupan dinasour. Melalui video ini, mereka akan mendapat gambaran tentang habitat dan spesis yang terdapat di pameran ini. Menariknya mengenai pameran ini, pengunjung diberikan tag pengenalan radio berfrekuensi dalam bentuk gelang yang dipakai pada tangan pengunjung. Setiap pengunjung boleh mengimbaskan gelang getah itu pada
56 / ASIA HORIZON / MEMBAWA ASIA KE PENTAS DUNIA
Menggerunkan. Eksibit yang dibina hamper sama dengan dinasour sebenar
setiap titik semakan untuk mendapat informasi bagi mencari jawapan tentang spesis dinosaur berdasarkan peta yang diberikan. Konsep pameran yang penuh interaktif. Selain mencari jawapan melalui imbasan gelang, pengembara turut perlu melakukan beberapa aktiviti fizikal seperti memanjat dinding berbentuk gunung bagi melihat telur spesis Pteranodon yang tergantung.
Melalui aktiviti seperti ini memberi peluang kepada penggembara khususnya kanak-kanak untuk lebih bergerak aktif. Selain itu aktiviti lumba lari dengan dinosaur spesies Velociraptor yang dilengkapi dengan sistem sensor di trek sepanjang 10 meter juga menarik perhatian ramai kanak-kanak. Masingmasing menunggu giliran untuk bersaing dengan spesis ini. Pengunjung dibekalkan lampu kepala
KO M PA S
1 Ruang pameran yang luas 2 Peserta memanjat dinding untuk melihat telur dinasour 3 T-Rex yang menjadi perhatian pengunjung 4 Efek pencahayaan yang baik
2
1
untuk memudahkan perjalanan dan melakukan tugasan dalam kegelapan ruang pameran. Pameran tersebut mempamerkan karakter dinosaur yang direka semula berlatarbelakangkan set pengembaraan di habitat sebenar. Tampil dengan tema Calling All Cavepeople, pameran itu juga mempamerkan rekaan patung dinosaur yang kelihatan seperti hidup malah ada yang bergerak apabila disentuh. Selain kanak-kanak, golongan dewasa juga boleh melakukan setiap aktiviti di Dinoscovery by Dinosaurs Live! dengan bantuan pembantu di setiap titik semak. Setiap persinggahan pengunjung di pameran yang berkeluasan 1,208 meter persegi itu menyediakan informasi lengkap mengenai hidupan dinosaur. Sebagai contoh, kanak-kanak mengembara menyelamatkan dinosaur dengan menembak haiwan perosak, menggali kawasan berpasir mencari fosil dan mempelajari tekstur bahan buangan haiwan reptilia itu. Tarikan utama sudah tentu melihat Tyrannosaurus Rex; dinasour yang sering menjadi pilihan pembikin filem Hollywood sebagi salah satu watak yang menggerunkan. Tyrannosaurus Rex
Pameran tersebut mempamerkan karakter dinosaur yang direka semula berlatarbelakangkan set pengembaraan di habitat sebenar. Tampil dengan tema Calling All Cavepeople, pameran itu juga mempamerkan rekaan patung dinosaur yang kelihatan seperti hidup malah ada yang bergerak apabila disentuh.
3
4
1.15 / ASIA HORIZON / 57
KO M PA S//d i n os co v e ry
7
5
kanak-kanak juga boleh menyertai peraduan mewarna dengan menggunakan kelengkapan warna yang ditaja oleh Staedtler selepas mengembara di dalam ruangan pameran. 8 6 5 Aktiviti interaktif untuk pengunjung 6 Antara spesis dinasour yang boleh dilihat 7 Kanak-kanak sibuk mencari fosil dinasour 8 Kedai cenderamata yang menawarkan pelbagai barangan 9 Bergambar bersama-sama dinasour
9
58 / ASIA HORIZON / MEMBAWA ASIA KE PENTAS DUNIA
yang membawa maksud “Raja” di dalam bahasa latin dijelmakan bersaiz asal untuk tatapan pengunjung. Selain daripada itu, kanak-kanak juga boleh menyertai peraduan mewarna dengan menggunakan kelengkapan warna yang ditaja oleh Staedtler selepas mengembara di dalam ruangan pameran. Buku Junior Paleontologist Handbook turut dijual kepada pengunjung sebagai
satu langkah terbaik untuk kanakkanak mengulang kaji pembelajaran yang diperoleh pada pameran itu. Bagi yang ingin datang dalam berkumpulan, Discoveria turut menyediakan pakej berkumpulan. Namun tempahan awal amat digalakkan bagi memudahkan urusan pembahagian aktiviti. Jangan lepaskan peluang untuk mengembara mencari dinasour. Pameran ini akan berakhir pada Februari 2015. ah Lokasi Pameran: Avenue K Shopping Mall Level 4, Discoveria 156, Jalan Ampang 50450 Kuala Lumpur Tel: 03-2181 7218 www.discoveria.com.my
Gaya
membawa asia ke pentas dunia
H o t e l
R e s t o r a n
S p a
60 70 Marina Bay Sands Keenakkan Itik
permatA INDAH SINGAPURA
Berdiri megah, hotel yang mempunyai tiga menara ini persis memakai mahkota tatkala Sands SkyPark di tingkat 57 menghiasi bahagian teratas struktur mega yang bernilai US$5.7 billion ini (termasuk kos tanah).
di Melur & Thyme Bagi anda yang mencari sedikit kelainan dan ingin mencuba sesuatu yang baru, apa kata anda berkunjung ke Restoran Melur & Thyme.
B u t i k
76 Mari Istirehat di The Barai
Spa sering menjadi pilihan bagi yang inginkan terapi diri khususnya bagi yang ingin merehatkan minda dan tubuh badan. Bermacam-macam rawatan terapi ditawarkan.
T e k n o l o g i
80 Mudah dan Pantas dengan Samsung Galaxy Camera 2
Kebelakangan ini, applikasi seperti Facebook, Twitter dan juga Instagram menjadi begitu viral sehinggakan setiap pengguna di Malaysia pasti mempunyai applikasi tersebut di telefon bimbit masing-masing.
1.15 / ASIA HORIZON / 59
G AYA//MA R I N A BAY S A N D S
Bergemerlapan indah di malam hari
Marina Bay Sands permatA INDAH SINGAPURA Berdiri megah, hotel yang mempunyai tiga menara ini persis memakai mahkota tatkala Sands SkyPark di tingkat 57 menghiasi bahagian teratas struktur mega yang bernilai US$5.7 billion ini (termasuk kos tanah). 60 / ASIA HORIZON / MEMBAWA ASIA KE PENTAS DUNIA
Dibuka pada 27 April 2010, Marina Bay Sands merupakan hotel mewah yang sungguh ikonik dengan pelbagai kemudahan bertaraf antarabangsa.
Bilik Sebanyak 2,561 bilik dan suite mewah memenuhi ke semua 55 tingkat di ketigatiga menara ini. Sands SkyPark memberi permandangan 360 darjah menyaksikan keindahan Singapura dari puncak
Lobi yang luas lagi mewah
G AYA
1 Kamar Presedential Suite 2 Menawarkan kolam infiniti untuk pengunjung 3 Rawatan spa untuk merehatkan minda
1
Restoran Pengunjung tidak perlu risau kerana Marina Bay Sands punya segalanya. Lebih 60 restoran pastinya memenuhi citarasa anda. Malah chef-chef selebriti seperti Mario Batali, Daniel Boulud, Wolfgang Puck, Guy Savoy, Tetsuya Wakuda dan Justin Quek turut beraksi di sini bagi memberikan hidangan lazat bertaraf lima bintang. Manakala The Shoppes di Marina Bay Sands menjanjikan pelbagai jenama mewah khusus untuk shoppalista yang inginkan koleksi musim terkini. Antara jenama yang boleh diperolehi termasuklah CHANEL, Louis Vuitton, Salvatore Ferragamo, Gucci, Prada, Omega dan lain-lain. Sekiranya anda bosan, bolehlah mengunjungi The ArtScience Museum yang sering mempersembahkan pameran-pameran menarik dari seluruh pelusuk dunia. Muzium yang dizahirkan melalui
inspirasi bunga lotus ini menampilkan 21 galeri pameran dengan keluasan keseluruhan 50,000 kaki persegi.
Faktor X Seharian keletihan boleh dihilangkan. Kunjungi Banyan Tree Spa yang terletak di tingkat 55, Hotel Tower 1. Tetamu boleh menikmati pilihan 35 jenis rawatan sama ada di dalam bilik hotel ataupun di salah satu 24 suite rawatan spa yang dilengkapi dengan kemudahan mewah. Banyan Tree Spa dibuka kepada tetamu pada 21 Julai 2012 menawarkan rawatan 2
eksklusif konsep taman tropika dengan menggabungkan keharmonian mental, fizikal dan rohani. Marina Bay Sands menjanjikan perkhidmatan terbaik dan sentiasa memastikan keselesaan para tetamu terjamin. AH
3
Untuk maklumat lanjut: Marina Bay Sands Singapore 10 Bayfront Avenue Singapore 018956 Tel: +65-6688 8868 www.marinabaysands.com 1.15 / ASIA HORIZON / 61
Foto: Marina Bay Sands
tertinggi. Lokasinya yang strategik, Marina Bay Sands terletak di tengahtengah pusat perniagaan dan cuma 20 minit daripada Lapangan Terbang Changi.
G AYA//t h e b a n j a r a n h ots p r i n g r e t r e at
Garden Villa yang sungguh mewah
The Banjaran Hotsprings Retreat Resort Mewah Di Sebalik Lembah Sungguh unik. Satu-satunya resort lima bintang dibina berhampiran dengan punca asal kolam air panas yang semulajadi. Kolam mandi di tengah-tengah ruang menjadikan lebih eksklusif
A
ir panas ini dipercayai mempunyai mineral yang baik dan ianya amat sesuai untuk kesihatan tubuh badan. The Banjaran Hotsprings Retreat menawarkan terapi spa kesihatan yang holistik. Bilik
Terletak lebih kurang 15 minit dari bandaraya Ipoh, resort ini menampilkan 25 vila mewah dengan berlatarbelakangkan lanskap semulajadi yang cukup indah. Bukit batu kapur yang berusia lebih 400 juta tahun menjadi daya penarik selain daripada kemudahankemudahan lain yang disediakan. Terdapat dua jenis vila yang dihias rapi khusus untuk tetamu yang mengidamkan kesempurnaan. Garden Villa dan Water Villa merupakan dua pilihan vila yang 62 / ASIA HORIZON / MEMBAWA ASIA KE PENTAS DUNIA
G AYA
1
2 1 Permandangan yang menenangkan 2 Restoran Pomelo menyajikan hidangan organik 3 Makan malam di dalam suasana yang sungguh romantis
tersedia untuk didiami. Matlamat utama resort ini adalah menjadi satu destinasi unggul percutian khusus untuk mereka yang ingin berejuvinasi dan merehatkan minda dengan menjauhkan diri dari kebisingan kota. Restoran
Di sini, rawatan kesihatan yang meyeluruh amat dititikberatkan. Bukan sahaja dari aspek luaran malah dalam juga perlu diberi perhatian. Satu-satunya restoran di sini; The Pomelo menyajikan buah-buahan dan sayur-sayuran organik yang segar di samping makanan laut, daging dan ayam yang berkualiti tinggi.
Setiap menu direka dengan sempurna agar juadah yang dihidangkan enak rasanya. Faktor X
Resort seluas 16.59 ekar dilengkapi kolam air panas semulajadi, kolam ikan Garra Rufa, kolam ais dan juga kolam renang. Malah setiap vila turut mempunyai kolam peribadi dan juga jakuzi. Selain daripada itu, Banjaran Hotsprings Retreat mempunyai keunikan berganda apabila gua batu kapur semula jadi telah direka bentuk menjadi Gua Meditasi dan Gua Kristal tanpa memusnahkan atau merosakkan gua-
Untuk Maklumat Lanjut: The Banjaran Hotsprings Retreat 1 Persiaran Lagun Sunway 3 31150 Ipoh Perak Tel: 05-210 7777 Faks: 05-210 7778 www.banjaran.com 1.15 / ASIA HORIZON / 63
Foto: The Banjaran Hotsprings Retreat
3
gua tersebut. Kedua-dua gua ini mampu membaik pulih tenaga dalaman dan seterusnya meningkatkan kecergasan badan. Pastinya jika berkunjung ke resort seperti ini rawatan spa menjadi pilihan. Di The Banjaran Hotsprings Retreat tetamu dimanjakan dengan pelbagai rawatan istimewa yang terdiri daripada ramuan tradisi melayu, ubat-ubatan cina dan rawatan Ayurveda. Rawatan-rawatan moden tidak ketinggalan melengkapkan lagi rawatan yang sedia ada. AH
G AYA//M e r i t u s P e l a n g i B e ac h R e s o r t & Spa
Resort bercirikan kemelayuan
Meritus Pelangi Beach Resort & Spa Mencari ketenangan di Pantai Chenang Ingin berjalan-jalan bersama keluarga ataupun bergurau senda bersama mereka di tepi pantai yang cantik, elegan dan persendirian? Apa kata kagumkan pasangan dengan percutian yang indah dalam suasana tenang dan penuh romantis di Meritus Pelangi Beach Resort & Spa. 64 / ASIA HORIZON / MEMBAWA ASIA KE PENTAS DUNIA
I
stimewanya resort ini adalah kedudukannya yang terletak di kawasan strategik yang terletak di salah satu pusat tumpuan pelancongan yang terkenal di Malaysia iaitu Pantai Chenang, Langkawi. Reka bentuk resort ini yang masih mengekalkan ciri-ciri
Meritus Club untuk tetamu
G AYA
menghirup udara pantai tatkala senja berlabuh, CBa menjanjikan suasana nyaman sambil menghirup minuman sejuk. Pelangi Lounge pula menawarkan hidangan pastri dan kek untuk tetamu. Pada sebelah malam alunan muzik kedengaran diikuti persembahan band yang sungguh menghiburkan.
1
Bilik
Walaupun reka bentuk bercirikan rumah melayu, namun setiap bilik dilengkapi dengan kemudahan yang serba moden. Hiasan dalaman yang ringkas dengan sentuhan moden dan kontemporari memberikan keselesaan kepada pegunjung yang menginap. Selain itu setiap bilik turut mempunyai kemudahan akses internet bagi memudahkan urusan sekiranya anda datang ke Langkawi di atas urusan perniagaan. Restoran
Tidak susah untuk mendapatkan
3
1 Pemandangan pantai yang indah 2 Bilik dengan hiasan moden 3 Restoran yang menyajikan hidangan tempatan dan antarabangsa
2
Faktor X
makanan enak di Langkawi. Resort ini turut menyediakan pelbagai seleksi makanan enak di Spice Market Restaurant. Bagi yang ingin bersendirian sambil
Telaga Tujuh, Oriental Village, Makam Mahsuri, Langkawi Skybridge and Skycab, Tanjung Rhu, Pantai Beras Basah dan Tasik Dayang Bunting antara tarikan pelancongan yang berada di sekitar resort ini. Sewa kereta dalam lingkungan harga RM65 – RM70, anda bberpeluang meneroka keindahan sebenar Langkawi. Pada waktu malam pula, anda boleh berjalan-jalan di sekitar Pantai Chenang dan alami sendiri ketenangan dan keseronokkan. AH Untuk maklumat lanjut: Meritus Pelangi Beach Resort & Spa Pantai Chenang 07000 Langkawi Kedah Darul Aman Tel: 04-952 8888 Faks: 04-952 8899 www.meritushotels.com/meritus-pelangibeach-resort/ 1.15 / ASIA HORIZON / 65
Foto: Meritus Pelangi Beach Resort & Spa
melayu apabila setiap ruang dan seni reka diambil persis rumah-rumah melayu.
G AYA//H O L I DAY I N N R E S O R T P E N A N G
Hotel yang terletak di Batu Feringghi
Holiday Inn Resort Penang Sempurna Untuk Seisi Keluarga Hujung minggu tiba namun anda masih tercari-cari destinasi yang menarik di samping hotel yang sesuai untuk seisi keluarga? Holiday Inn Resort Penang adalah jawapan kepada masalah anda.
66 / ASIA HORIZON / MEMBAWA ASIA KE PENTAS DUNIA
Bilik yang luas untuk seisi keluara
T
erletak di bahagian utara Pulau Pinang, Holiday Inn Resort Penang telah menjadi salah satu pusat penginapan dan percutian terkemuka di Malaysia. Resort ini sesuai untuk semua golongan sama ada percutian bersama keluarga, rakan-rakan mahu pun untuk berbulan madu.
Bilik
Menariknya di Holiday Inn Resort Penang, ia mempunyai pelbagai jenis dan dekorasi bilik yang menarik. Antara jenis bilik yang ditawarkan ialah Beach Wing Seaview, Beach Wing Triple, Feringghi Tower Family Studio, Beach Wing Kid Suite dan macam-macam lagi. Jika anda ingin
G AYA
1 Dekorasi moden jelas kelihatan pada tatarias setiap ruang 2 Warna hijau menjadi fokus utama seterusnya memberikan ketenangan 3 Berehat di tepian kolam
1
2
Restoran
Pulau Pinang juga dikenali sebagai syurga makanan dan di hotel itu, mereka menyediakan pelbagai jenis dan aneka makanan yang lazat. Di Terrace Cafe,
pihak hotel ada menyediakan A Night in Mumbai pada setiap hari jumaat dari jam 730 malam sehingga 1030 malam. Manakala pada hari sabtu pula, bermula dari jam 7 malam sehingga 1030 malam, ada disediakan BBQ by The Beach untuk para pengunjung. Selain Terrace Cafe, ada juga disediakan Hari’s bar, Lobby Lounge, Pinang Pizza and Grill and Go.
dilakukan bersama-sama. Games Room misalnya memberikan anda peluang untuk bergembira seisi keluarga. Juga ada disediakan Dolpy Kid’s Club untuk kanak-kanak bergembira dan bermain tanpa henti. Perkhidmatan menjaga kanak-kanak juga disediakan. AH
Faktor X
Antara keistimewaan lain yang ada di hotel ini ini juga ialah mereka menyediakan Urutan Melayu Tradisional. Anda boleh berehat dan melupakan seketika masalah yang melanda. Jika anda datang bersama keluarga ke Holiday Inn Resort Penang, pelbagai aktiviti boleh
Untuk maklumat lanjut: Holiday Inn Resort Penang 72 Batu Ferringhi 11100 Penang Tel: 04-886 6666 www.penang.holidayinnresorts.com
1.15 / ASIA HORIZON / 67
FOTO: Holiday Inn Resort Penang
pemandangan menghadap laut dan juga pantai, anda boleh memilih bilik jenis Beach Wing Seaview. Buka sahaja tingkap, anda boleh lihat terus pemandangan laut dan pantai. Jika anda datang ke Holiday Inn Resort Penang bersama keluarga anda, memilih dekorasi bilik jenis Beach Wing Kid Suite adalah pilihan yang tepat di mana anak-anak anda boleh tidur di katil bertingkat mereka sendiri manakala anda bersama pasangan pula boleh mendapat sedikit privasi.
3
G AYA//TA R B U S H
3
1 Pelbagai pilihan appetizer yang menyelerakan 2 Hiasan yang menggambarkan Timur Tengah 3 Maklauba Lamb antara juadah istimewa 1
Sajian Timur Tengah di Tarbush 2
‘Arabic and Lebanese Cuisine to satisfy all your senses’ amat sesuai menggambarkan hidangan di Restoran Tarbush.
68 / ASIA HORIZON / MEMBAWA ASIA KE PENTAS DUNIA
M
empunyai empat cawangan di seluruh Malaysia. Satu cawangan Restoran Tarbush terletak di Bukit Bintang, satu di Starhill Gallery, satu di Sunway Pyramid dan yang terakhir, yang baru sahaja di buka di Pulau Pinang. Restoran Tarbush yang pertama beroperasi sejak tahun 2001 di Bukit Bintang dan kini telah berusia hampir 15 tahun. Salah satu cawangan Restoran Tarbush yang terkenal di Malaysia terletak di Starhill Gallery. Kedudukan Tarbush di Starhill Gallery yang strategik telah membuatkan restoran itu sentiasa menjadi tumpuan orang ramai. Terletak di tengah-tengah Segi Tiga
G AYA
4Seleksi hidangan utama yang enak 5 Teh istimewa yang disajikan di Tarbush 6 Rasheed Al-halabi wakil dari Restoran Tarbush
6
Emas, berhampiran dengan pusat beli belah terkenal, Pavilion Kuala Lumpur menjadikan restoran ini antara restoran yang terkenal dan menjadi tumpuan orang ramai. Dekorasinya yang menarik dan unik membuatkan orang ramai tidak berasa jemu untuk datang dan cuba makan di situ. Makanan yang disediakan di Tarbush semuanya berasaskan makanan dari negara Arab dan Lebenon. Pelbagai juadah ditawarkan. Apa yang lebih menarik setiap bahan utama dibawakan khas dari negara Timur Tengah. Jika
5
anda di sini jangan lupa untuk mencuba appertizer yang begitu menyelerakan. Tidak sah jika di sini kalau tidak mencuba seleksi hidangan panggang seperti Shish Tawook, Lamb Cubes dan juga Kebab Kash-kash. Kebab Kash-Kash ini adalah antara menu paling terkenal di Restoran Tarbush. Pelbagi pilihan minuman juga boleh didapati di sini antaranya Apple La vim, Lemonavim, Arabic Tea dan Mocktail Fawake. Restoran Tarbush sesuai untuk semua yang menggemari masakan timur tengah. Restoran Tarbush di Starhill
Gallery boleh memuatkan 75 sehingga 85 orang pada satu masa. Jadi, bagi mengelakkan anda tidak mendapat tempat di sini, anda boleh membuat tempahan awal terlebih dahulu. AH Untuk maklumat lanjut: Restoran Tarbush Starhill Gallery Tiffin Bay Starhill Gallery 181 Jalan Bukit Bintang 55100 Kuala Lumpur Tel: 03-2142 8558 www.tarbush.com.my 1.15 / ASIA HORIZON / 69
foto: fariz alias
4
G AYA//M E LU R & T HYM E
Hidangan yang mempamerkan budaya timur dan barat
Restoran yang terletak di Suria KLCC merupakan salah satu restoran yang wajib untuk anda kunjungi jika anda datang membeli belah di Suria KLCC. Klasik dan juga kreatif ialah perkataan yang sesuai untuk menggambarkan susun atur cantik dekorasi restoran tersebut. Dengan membawa konsep campuran Barat dan Timur, Melur & Thyme mempunyai menu makanan dan minuman yang unik untuk anda semua nikmati. Selain daripada menu utama, anda patut mencuba seleksi hidangan tapas. Tapas – Melur ialah kumpulan menu makanan yang menjadi kegemaran masyarakat asia. Manakala Tapas – Thyme pula ialah menu makanan yang terbaik dari Barat. Menariknya tentang Restoran Melur & Thyme ini ialah di dalam satu hidangan makanan pasti
Keenakkan Itik di Melur & Thyme Bagi anda yang mencari sedikit kelainan dan ingin mencuba sesuatu yang baru, apa kata anda berkunjung ke Restoran Melur & Thyme. 2 1 1 Salad yang menyelerakan 2 Hiasan dalaman yang moden dan ringkas
70 / ASIA HORIZON / MEMBAWA ASIA KE PENTAS DUNIA
mempunyai campuran makanan daripada Barat dan juga Timur. Tapas berasal dari Sepanyol yang bermaksud pembuka selera ataupun snek di mana makanan yang dihidang secara tapas adalah dihidang dalam kuantiti yang kecil. Tapas – Melur yang terkenal dengan makanan asia itu mempunyai menu-menu yang memikat hati seperti Duck Satay, Lamb Kofta, Crispy Aromatic
G AYA
3
4 3 Burger yang pasti membuatkan anda kenyang 4 Enak dan berkhasiat 5 Ruang luar yang luas
5
Duck, Ayam Masak Cili Hijau dan juga Beef Kuzy. Manakalah Tapas – Thyme dari barat pula menyediakan menu seperti Gambas with Garlic and Chili Oil, Chorizo Al Diablo, Salmon Crockets dan juga Beef Stew. Selain tapas, anda patut mencuba hidangan itik yang memberikan sedikit kelainan bagi masyarakat Melayu. Jika ingin bersarapan, Melur & Thyme
menyediakan menu sarapan pagi dari jam 8 pagi sehingga 11 pagi. Antara menu yang disediakan kepada para pengunjung ialah Big Breakfast, English Breakfast, Lontong Mak Ngah dan juga Roti Prata. Terletak di Suria KLCC, tengah-tengah pusat tumpuan pelancongan di Kuala Lumpur, semestinya Restoran Melur & Thyme ialah salah satu restoran yang wajib untuk anda kunjungi jika anda
Untuk maklumat lanjut: Restoran Melur & Thyme Level Ground Suria KLCC Kuala Lumpur City Centre Jalan Ampang 50088 Kuala Lumpur Tel: 03-2181 8001 www.melurandthyme.com 1.15 / ASIA HORIZON / 71
foto: Restoran Melur & Thyme
membeli belah di situ. Mengetengahkan dekorasi Barat dan Timur di dalam satu restoran, pasti menyuntik satu pengalaman baru. Jika anda minat dengan makanan yang mempunyai campuran timur dan barat dalam satu hidangan, Melur & Thyme ialah restoran yang anda patut kunjungi. AH
G AYA//P LOY
Gabungan Rasa di Ploy Terletak di Work@Clearwater di Changkat Semantan, Damansara Height. Restoran Ploy sebuah restoran eksklusif yang menjanjikan sajian terbaik untuk mereka yang mencari sedikit kelainan di dalam hidangan seharian.
Gabungan citarasa jelas pada hidangan ini
72 / ASIA HORIZON / MEMBAWA ASIA KE PENTAS DUNIA
G AYA
1 Sesuai untuk minum petang 2 Campuran salmon memberikan sedikit kelainan 3 Hidangan enak di Ploy 4 Ruang yang ringkas namun selesa
2
1
Enak membangkitkan selera
Malaysia. Antara menu yang harus dicuba termasuklah Tuna Wakame Salad, Enter The Dragon, Crispy Japanese Kare Rice dan macam-macam lagi. Jika anda datang ke restoran ini pada waktu tengah hari, mereka juga menawarkan set makan tengah hari yang terbahagi kepada dua iaitu Daily Set Lunch dan Business Set Lunch. Daily Set Lunch menyediakan set hidangan yang berlainan setiap hari dari hari isnin hingga jumaat. Di Ploy juga, mereka menghidangkan makanan barat seperti stek dan tidak ketinggalan burger dan piza. Dengan harga makanan sekitar RM25.00 sehingga RM350.00, Restoran Ploy pasti menjanjikan kepuasan dengan hidangan yang lazat. Bagi yang ingin mengadakan majlis restoran ini juga menyediakan servis untuk parti persendirian atau majlis kecil-kecilan bersama sahabat handai atau rakan sekerja. Daripada maklum balas yang pihak Ploy terima, rata-rata berpuas hati dengan khidmat dan servis yang disediakan oleh restoran tersebut semasa majlis sedang berlangsung. Dekorasi Ploy yang ringkas tetapi pada masa yang sama elegen, membuatkan para pengunjung tidak
3
4
berasa janggal dan ingin datang sekali lagi ke situ. AH
Untuk maklumat lanjut: Ploy G-02, Ground Floor, Work@Clearwater, Changkat Semantan, Off Jalan Semantan, Damansara Heights 50490 Kuala Lumpur. Tel: 03-2095 0999 www.ploywithyourfood.com
1.15 / ASIA HORIZON / 73
FOTO: RIFAEE ISA
J
ika dilihat sekali imbas Ploy mungkin sama sahaja dengan restoran lain yang menyajikan hidangan fusion. Tetapi setelah berada di sana anda akan teruja kerana kombinasi hidangan amat luarbiasa. Ploy menyajikan hidangan kombinasi Jepun dan Thailand. Setiap menu yang direka mempunyai elemen daripada kedua-dua negara ini. Malah chef yang bertugas sanggup terbang jauh belajar dan memahami kedua-dua budaya agar menu yang dihasilkan bukan sahaja enak, malah menepati citarasa masyarakat
G AYA//MA I S O N F R A N C A I S E
Daging yang dimasak sempurna
Bonjour Maison Francaise! Jarang sekali dapat peluang untuk menikmati hidangan Perancis. Namun kunjungan ke Restoran Maison Francaise baru-baru ini membuka lembaran baru khususnya pencinta makanan seperti saya. Kedudukan restoran yang terletak di Changkat Kia Peng serta berhampiran dengan Bangunan Kedutaan Filipina membuatkan restoran itu mudah untuk dicari.
74 / ASIA HORIZON / MEMBAWA ASIA KE PENTAS DUNIA
Pelbagai pilihan keju untuk dijamah
B
anglo putih tampak begitu klasik berserta dekorasi yang begitu elegan sesuai dengan konsep makanan Perancis yang dihidangkan. Maison Francaise menawarkan pengalaman makan secara fine dining dengan suasana yang begitu
G AYA
1 Hidangan utama yang membangkitkan selera 2 Ruang yang luas dan kemas 3 Ringkas tapi lazat 4 Terbaik daripada Maison Francaise
2
1
3 4
rakan perniagaan. Suasana yang tenang membolehkan setiap berbicangan dilakukan sambil menikmati hidangan Perancis yang lazat. Selain itu, restoran ini sering menjadi pilihan untuk beberapa majlis pelancaran produk. Bahagian bawah restoran dilengkapi dengan ruang makan dan sebuah kolam renang yang membolehkan acara seperti ini dijalankan. Apa yang lebih menarik acara-acara sebegini
boleh dijalankan pada harga yang amat berpatutan. AH
Untuk maklumat lanjut: Maison Francaise 5 Jalan Changkat Kia Peng 50450 Kuala Lumpur Malaysia Tel: 03-2144 1474 www.maisonfrancaise.com.my 1.15 / ASIA HORIZON / 75
FOTO: RIFAEE ISA
elegan. Pelbagai hidangan enak boleh dicuba di sini. Anda boleh mula memilih daripada Cold Appetizer hingga ke Warm Appetizer. Restoran Maison Francaise menyajikan makanan untuk semua. Pilihan seleksi daripada daging, ayam dan ikan. Antara yang mesti dicuba termasuklah Soupe de Petiron, Croquette de cepes et quenelle de foie gras dan juga Panier de Chevre. Maison Francaise amat sesuai bagi mereka yang ingin meraikan
G AYA//T H E BA R A I
Suasana tenang pada waktu malam
Mari Istirehat di The Barai Spa sering menjadi pilihan bagi yang inginkan terapi diri khususnya bagi yang ingin merehatkan minda dan tubuh badan. Bermacam-macam rawatan terapi ditawarkan. Tetapi pengalaman menikmati urutan terapi di The Barai yang terletak di Hyatt Regency Resort Hua Hin memberikan persepsi baru terhadap dunia spa.
Ruang rawatan yang serba mewah
76 / ASIA HORIZON / MEMBAWA ASIA KE PENTAS DUNIA
The Barai menyediakan rawatan memulihkan tenaga badan melalui air iaitu ‘Healing by Waters.’ Spa ini turut menyediakan pelbagai jenis spa, urutan dan rawatan tenaga kepada semua pengunjung yang datang ke sini. Melangkah masuk ke The Barai, anda seolah-olah berada di alam minda yang mana anda perlu melalui beberapa laluan dan dalam masa yang sama perlu untuk memilih laluan yang diinginkan. Sejenak terfikir, konsep yang dibina seolah-olah membawa anda ke dunia yang baru dan melupakan segala yang telah lalu. Setiap terapi yang ada di The Barai telah direka khas dengan mewujudkan ciri-ciri tradisional dan suasana klasik Thailand untuk memberi pengalaman secara tidak langsung kepada para pengunjung semasa mereka sedang menikmati urutan spa yang menenangkan. Setiap jenis urutan dan spa yang disediakan ini mempunyai fungsi dan kelebihannya yang tersendiri kepada tubuh badan kita. Antara jenis urutan dan spa yang ada di The Barai ialah The Barai Blend Massage dan The Barai Rejuvenating Caviar Facial. Kedua-dua urutan dan spa ini mengambil masa selama 90 minit. The Barai Blend Massage boleh dikatakan sebagai permulaan dan pembuka selera kepada segala spa dan rawatan yang lain. Menggabungkan urutan tradisional Thailand dan juga Sweden serta teknik Aromaterapi telah menjadikan The Barai Blend Massage salah satu urutan yang mempunyai permintaan paling tinggi dari kalangan pelancong. Manakala The Barai Rejuvenation Caviar Facial ialah rawatan kulit dan muka di mana rawatan ini akan menjadikan kulit anda lebih cerah, bersih, cantik serta lebih licin. Rawatan
G AYA
1
4 1 Ruang rawatan di sebelah luar 2 Herba yang digunakan untuk rawatan 3 Pengunjung turut berpelung berehat di kolam ini 4 Tenang saat diurut ahli terapi
3
Untuk maklumat lanjut: The Barai 91 Hua Hin - Khao Takiap Road Hua Hin, Prachuap Khiri Khan 77110 Thailand Tel: +66 3 251 1234 Faks: +66 3 252 1233 www.thebarai.com
FOTO: THE BARAI
2
kulit ini telah diberi jaminan oleh pihak The Barai dan ianya sesuai untuk semua jenis kulit. Uniknya tentang The Barai ini ialah setiap urutan dan terapi yang disediakan mempunyai empat jenis perjalanan elemen. Empat jenis elemen tersebut ialah Air, Tanah, Api dan juga Udara. Setiap elemen tersebut mempunyai maksud dan kelebihannya yang tersendiri mengikut pandangan masyarakat Thailand. Anda boleh memilih elemen yang diinginkan dan sepanjang proses urutan teknik dan muzik iringan berhubungkait dengan elemen yang dipilih tadi. Jika anda di Hua Hin, singgahlah di The Barai untuk terapi yang merehatkan minda. AH
1.15 / ASIA HORIZON / 77
G AYA//aYE R S PA
U
nsur-unsur tradisional melayu telah diterapkan dan nama Ayer yang juga berasal dari perkataan kuno melayu bermaksud air. Air merupakan salah satu daripada elemen rawatan spa yang berupaya membaik pulih serta menyihatkan tubuh badan melalui rawatan-rawatan tertentu. Penggunaan bahan-bahan seperti halia, kelapa, beras, dan sebagainya merupakan bahan-bahan tradisional tempatan yang digunakan dalam rawatan spa ini. Melalui rawatan spa Melayu tradisional ini, kesegaran tubuh badan, ketenangan minda dan tubuh badan dapat dirasai dan secara tidak langsung dapat mengetengahkan rawatan tradisi melayu yang hebat. Pelbagai jenis terapi ditawarkan khusus untuk pelanggan sama ada lelaki dan wanita. Menariknya spa ini mempraktiskan konsep muslim yang mana mereka menyediakan ahli terapi lelaki dan wanita. Ayer Spa Kuala Lumpur dilengkapi dengan segala keperluan dan kemudahan. Dilengkapi dengan enam bilik urutan yang mana tiga bilik urutan yang boleh memuatkan seorang pelanggan dan tiga bilik lagi boleh memuatkan sehingga dua orang pelanggan dalam masa yang sama. Bilik besar yang mampu memuatkan
Ruang rehat ketika tiba untuk rawatan
Ayer Spa Tawarkan Terapi MElayu Bagi anda yang sering berkunjung ke spa, apa kata mencuba terapi rawatan Melayu yang ditawarkan di Ayer Spa. Berbeza dengan urutan terapi Thai, amalan tradisi Bali ataupun spa-spa moden yang menawarkan pelbagai jenis rawatan yang lain; Ayer Spa menjanjikan keaslian urutan Melayu yang pastinya membantu merehatkan tubuh badan. Menu rawatan yang disediakan
78 / ASIA HORIZON / MEMBAWA ASIA KE PENTAS DUNIA
G AYA
1
2
3
4
1 Bilik rawatan khusus untuk dua orang 2 Rawatan terapi Melayu yang perlu dicuba 3 Urutan kaki turut disediakan 4 En Syazmin selaku Pengurus Komunikasi bagi Ayer Spa
Untuk maklumat lanjut: Ayer Spa Pacific Regency Hotel Suites KH Tower, Jalan Punchak, Off Jalan P. Ramlee, 50250 Kuala Lumpur Tel: 2332 7766 www.ayerspa.com.my
urutan-urutan ringan, Ayer Spa menyediakan empat buah kerusi empuk bagi kegunaan urutan kaki serta rawatan kuku. Keadaaan sekeliling Spa yang tenang serta dipenuhi dengan wangi wangian semulajadi menjadikan Ayer Spa pilihan terbaik untuk dijadikan destinasi bagi setiap pengunjung. AH
FOTO: KHAIRUL ANWAR ABDULLAH
dua orang itu biasanya digunakan bagi pasangan suami isteri ataupun keluarga. Dilengkapi dengan kamar mandi yang tenang dengan suasana yang damai, para pelanggan boleh menjalankan rawatanrawatan seperti mandi susu, mandi bunga dan sebagainya. Hiasan dalaman Ayer Spa yang menerapkan penggunaan kayu-kayu gelap sebagai pilihan perabot serta kemasan lantai dan tambah seri dengan penggunaan lampu beige dinding dan nyalaan lilin di sekitar Ayer Spa. Penggunaan kain-kain fabrik yang lembut berkualiti menambahkan lagi keselesaan para pelanggan ketika sesi urutan. Bagi mereka yang cuma mahukan
1.15 / ASIA HORIZON / 79
gaya//s a m s u n g ga l ax y C AM E R A 2
Pantas dan mudah menggunakan kamera ini
Mudah dan Pantas dengan Samsung Galaxy Camera 2 Kebelakangan ini, applikasi seperti Facebook, Twitter dan juga Instagram menjadi begitu viral sehinggakan setiap pengguna di Malaysia pasti mempunyai applikasi tersebut di telefon bimbit masing-masing. Menjadi permasalahan buat pengguna apabila gambar yang diambil tidak begitu menarik, gegar dan tidak cantik.
Paparan skrin sentuh yang mudah
80 / ASIA HORIZON / MEMBAWA ASIA KE PENTAS DUNIA
S
amsung mempunyai penyelesaian kepada permasalahan berikut. Dengan menggabungkan teknologi terkini bersama impian untuk mengambil gambar tanpa henti serta memahami kehendak pengguna, Samsung telah memperkenalkan Samsung Galaxy Camera 2 kepada orang ramai. Shoot More , Share More menjadikan Samsung Galaxy Camera 2 menjadi pilihan. Samsung Galaxy Camera 2 ini telah diiktiraf sendiri oleh Samsung sebagai salah satu ciptaan mereka yang inovasi dan menarik daripada yang lain serta mempunyai applikasi android yang terbaru iaitu Jellybean 4.3. Bersama Android Jellybean 4.3 ini anda boleh berkongsi gambar anda di manamana sahaja anda berada. Anda boleh berkongsi gambar anda di Twitter, Instagram, Facebook, email dan di manamana sahaja dengan bantuan wi fi yang terdapat pada kamera. Ianya sangat menarik kerana gambar yang diambil menggunakan Samsung Galaxy Camera 2 ini lebih menarik dari menggunakan
G AYA
2
3 3
telefon bimbit biasa yang lain. Sebelum memuat naik gambar anda di mana-mana laman sosial pada Samsung Galaxy Camera 2, anda juga boleh melakukan edit pada gambar anda secara terus di situ. Dengan kamera yang mempunyai 4.8’’ HD Super Clear Touch Display ini anda boleh sahaja terus melakukan edit pada gambar supaya kelihatan lebih cantik. Samsung Galaxy Camera 2 ini juga anda boleh melakukan zoom sehingga 21 kali! Kamera ini amat sesuai untuk dibawa ke mana sahaja. Terdapat banyak lagi kelebihan yang menarik pada Samsung Galaxy Camera 2 ini seperti Auto Share, Remote View Finder, Mobile Link, Group Share, Selfie alarm dan sebagainya. Setiap satu pada applikasi yang terdapat pada kamera ini pasti menjanjikan kepuasan. Samsung Galaxy Camera 2 ini terdapat dalam dua pilihan warna iaitu hitam juga putih. Maklumat lanjut mengenai kamera yang hebat ini, anda boleh layari di www.samsung.com Anda seorang pengguna laman sosial yang tegar? Kamera ini sesuai untuk anda. AH 1.15 / ASIA HORIZON / 81
FOTO: SAMSUNG
1
1 Zoom pada kadar 21 kali 2 Pilihan warna hitam yang menawan 3 Putih tampak cantik dan eksklusif
BORANG LANGGANAN
MEMBAWA ASIA KE PENTAS DUNIA
MALAYSIA RM10.00 SINGAPURA SG$5.00 BRUNEI BND5.00
membawa asia ke pentas dunia
bonjour
paris!
omen indah
ASIA HORIZON
n
zai uar c
an
dikota
inta
Potong garisan ini dan hantar ke alamat yang disediakan
m
1.15
PROMOSI LANGGANAN MAJALAH ASIA HORIZON RM156* SETAHUN Harga termasuk kos penghantaran RM3.00
CARA BAYARAN Bersama ini disertakan Wang Pos / Kiriman Wang / Cek Berpalang No................................................,,,,,,,............ atas nama FBA Media Sdn Bhd atau buat pembayaran melalui pindahan wang ke Maybank. Nombor akaun FBA Media Sdn Bhd (Acc No: 564490409855) - Sila hantarkan slip bank bersama-sama borang kepada FBA Media Sdn Bhd - Resit rasmi langganan akan dihantar dalam tempoh 30 hari dari tarikh penerimaan Sila hantar borang langganan kepada alamat:
ASIA HORIZON - FBA Media Sdn Bhd
B1-33A-3A, Soho Suite KL Jalan Perak off Jalan P. Ramlee 50450 Kuala Lumpur. Tel: 03-2181 0405 Email: enquiry@fba.com.my
82 / ASIA HORIZON / MEMBAWA ASIA KE PENTAS DUNIA
MAKLUMAT PERIBADI Nama: No. K/P: Alamat: Poskod: No. Tel(R): Email: Pekerjaan:
(HP):
Mencari Cinta di Kota Paris
84 / ASIA HORIZON / MEMBAWA ASIA KE PENTAS DUNIA
Konsep : Fariz Alias Arahan Seni : Rifaee Isa Jurufoto : Teng Wei Juruvideo : Khairul Anwar Abdullah Jurusolek : Eva Shahrul Tatarias : Zues Model : Shuhaiba Halil Pakaian : Rizman Ruzaini
1.15 / ASIA HORIZON / 85
Persis Cinderella menanti Putera berkuda berhampiran Pont Alexandre III
86 / ASIA HORIZON / MEMBAWA ASIA KE PENTAS DUNIA
Bagaikan bidadari menanti puteranya di atas Cruise Bateaux Parisiens
1.15 / ASIA HORIZON / 87
peran o s ton g
Teks:
Khairul Azfar Azahari
FOTO:
Rifaee Isa
di
Terengganu
g
Percikan dakwat hitam menyentap lamunan saya yang sedang leka menunggu umpan direntap oleh makhluk air yang bertulang satu ini. Kelihatan salah seorang rakan memegang dengan megahnya sotong katak hasil tangkapan beliau sendiri. Sotong katak bukanlah tumpuan utama bagi para nelayan kerana dikatakan sotong ini tidak semanis sotong yang lain dan agak keras. Namun jika ianya pengalaman pertama, sedikit sebanyak rasa bangga tetap ada.
88 / ASIA HORIZON / MEMBAWA ASIA KE PENTAS DUNIA
Matahari mula melabuhkan tirainya
n 1.15 / ASIA HORIZON / 89
Bot-bot sudah mula keluar untuk mencari hasil tangkapan
a
Aktiviti mencandat sotong menjadi taruhan di Terengganu. Aktiviti yang saban tahun diadakan ini menjanjikan satu pengalaman yang luar biasa terutama buat mereka yang pertama kali merasai aktiviti mencandat ini Perjalanan sejauh 5 batu nautika dari Jeti Fikri Setiu mengambil masa hampir 45 minit untuk tiba di perairan Pulau Chepu yang merupakan lokasi pertama kami untuk memulakan aktiviti mencandat sotong. Dengan menaiki bot nelayan, sempat juga saya membelek dan meninjau keadaan bot ini. Mata saya tertarik pada dapur kayu yang dibuat khas di belakang bot untuk anak kapal masak hasil tangkapan laut mereka. Cukup hanya dengan kicap dan sos, sudah memandai buat mereka
90 / ASIA HORIZON / MEMBAWA ASIA KE PENTAS DUNIA
1 Masing-masing mempunyai misi tersendiri 2 Membelah lautan mencari lubuk sotong 3 Candat sotong aktivti yang sungguh mencabar 4 Aktivti mencadat bermula
1
2
3
4
1.15 / ASIA HORIZON / 91
Menanti habuan dasar laut
92 / ASIA HORIZON / MEMBAWA ASIA KE PENTAS DUNIA
Perasaan teruja mencandat sotong
Dalam masing-masing sibuk dengan usaha menangkap sotong, saya tidak melepaskan peluang untuk menikmati keindahan matahari terbenam. Jika selalu lihat di tepi pantai namun kali ini cukup berbeza kerana hanya laut yang mengiringi sang suria ke tempat beradu. Kagum sebentar dengan ciptaan Tuhan SWT yang begitu indah. Jarang sekali saya mendapat peluang sebegini rupa di ibu kota.
1.15 / ASIA HORIZON / 93
Teknik mencandat sotong
94 / ASIA HORIZON / MEMBAWA ASIA KE PENTAS DUNIA
untuk mencipta resipi sendiri di atas laut . Sudah tentu rasanya jauh lebih segar!
Gembira berjaya menaikkan sotong Tidak lama kemudian, saya berjaya menaikkan seekor sotong jarum sebesar dua jari dewasa. Terasa bangga sebentar kerana ini adalah pengalaman pertama saya mencandat sotong. Namun begitu keseronokan itu hanya bertahan seberapa tika kerana itulah sotong pertama dan terakhir yang saya berjaya naikkan setelah hampir dua jam berada di dalam bot. Dalam masing-masing sibuk dengan usaha menangkap sotong, saya tidak melepaskan peluang untuk menikmati keindahan matahari terbenam. Jika selalu lihat di tepi pantai namun kali ini cukup berbeza kerana hanya laut yang mengiringi sang suria ke tempat beradu. Kagum sebentar dengan ciptaan Tuhan yang begitu indah. Jarang sekali saya mendapat peluang sebegini rupa di ibu kota. Tepat jam 9:00 malam kami bertolak balik ke jeti. Sepanjang perjalanan pulang hanya ditemani deruan air tatkala malam mula menjelma. Di saat itu juga , diri ini mula berasa mual dek kerana mabuk laut. Pil mabuk laut yang diambil sewaktu dalam perjalanan pergi ternyata tidak berkesan. Hampir semua dari kami tumbang dan mengambil keputusan untuk menutup mata bagi menghilangkan kesan mabuk laut.
1.15 / ASIA HORIZON / 95
Teruja dengan hasil tangkapan
96 / ASIA HORIZON / MEMBAWA ASIA KE PENTAS DUNIA
Hari menjengah ke malam
Pulau Kapas menjadi lokasi untuk mencandat sotong. Kali ini kami bergerak dari Jeti Riyaz Heritage Marina dan perjalanan ke lokasi yang ditujui mengambil masa 45 minit. Berbanding Pulau Chepu, arus di kawasan Pulau Kapas ternyata lebih kuat sehingga terasa diri seperti dilambung tinggi. Nama Pulau Kapas dikatakan diambil bersempena dengan pantai di pulau ini yang putih dan halus bak kapas. Pulau ini juga mempunyai hutan tropika , air laut yang jernih serta kawasan tumbuhan laut dan terumbu karang. Tidak hairanlah Pulau Kapas merupakan salah satu destinasi terkenal bagi penggemar aktiviti snorkeling dan selam skuba. Selain daripada itu, Pulau Kapas juga merupakan ‘lubuk’ bagi aktiviti mencandat sotong. Bagi yang belum pernah mencuba, aktiviti mencandat sotong ini memang nampak mudah namun sebenarnya ia amat sukar sekali. Pada ketika ini, saya terfikir sejenak mengenai kepayahan hidup seorang nelayan membanting tulang empat kerat dan menanggung risiko berada di tengah laut demi mencari sesuap rezeki untuk keluarga tercinta.
“Tumpas” lebih awal dari semalam Berbanding dengan Pulau Chepu, kali ini saya tumpas lebih awal. Tak sampai 10 minit bot bergerak dari jeti, saya meminta keizinan untuk berehat di dek kapten kerana tekak berasa
loya. Faktor terhidu asap bot dan keadaan laut yang bergelora menyebabkan simptom mabuk laut terjadi. Setelah hampir 30 minit berehat, saya mengambil keputusan untuk melihat keadaan sekeliling bot. Ada yang berusaha menahan loya dan ada yang bersemangat mencandat sotong. Menurut pemandu bot, sotong banyak naik ke permukaan tatkala bulan penuh. Ternyata ianya benar kerana saya dapat melihat sendiri sotong-sotong naik ke permukaan walaupun tanpa dicandat. Di bot kami, hampir 30 ekor sotong pelbagai jenis berjaya dinaikkan. Antara jenis sotong yang diperolehi adalah sotong katak, sotong ngabang, sotong jenjarum dan sotong torok. Menjelang jam 11:00 malam , kami mula bertolak balik ke jeti. Pengalaman mencandat sotong memberi saya rasa luar biasa dan ianya pasti menjadi memori yang tidak akan dilupakan. Rata-rata yang mengikuti ekspidisi ini melahirkan rasa keterujaan kerana tidak mudah mendapat peluang sebegini. Malah ada yang sudah pasang angan-angan untuk kembali mencadat sotong pabila tibanya musim akan datang. Bagi anda yang belum pernah mencuba aktiviti mencandat sotong, jangan lepaskan peluang datang ke Negeri Terengganu yang sinonim dengan ungkapan ‘Negeri Cantik Budaya Menarik’ kerana ianya bakal menjanjikan satu pengalaman yang cukup berbeza. AH 1.15 / ASIA HORIZON / 97
Masih berdiri megah selepas pelbagai tragedi
K
98 / ASIA HORIZON / MEMBAWA ASIA KE PENTAS DUNIA
maCAU KAYA LEGASI WARISAN Ya ini kali ketiga saya menjejakkan kaki ke Macau. Entah kenapa setiap kali adanya tugasan ke Macau saya begitu teruja. Rasa keterujaan itu sama bagaikan pulang ke kampung halaman. Mungkin agak keterlaluan untuk berasa begitu tetapi itulah realitinya. Saya merasakan Macau bagaikan kampung sendiri. Malah tugasan kali ini lebih megujakan kerana dapat melawat beberapa kenalan yang berada di Macau.
OLEH: FARIZ ALIAS
1.15 / ASIA HORIZON / 99
1 Muzium Grand Prix mempamerkan pelbagai bentuk kereta 2 Antara kereta yang menarik perhatian 3 Cuaca yang sedikit panas tidak membantutkan perjalanan 4 Tarikan yang mesti dikunjungi di Macau
2
1
3
4
100 / ASIA HORIZON / MEMBAWA ASIA KE PENTAS DUNIA
w
w
Walaupun Macau hanyalah sebuah kepulauan kecil yang rata-rata didiami oleh masyarakat cina, namun pelancong yang datang dapat merasakan keseronokkan yang tiada batasan. Lawatan kali ini membawa saya meneroka pakej jalan-jalan di pinggiran kota sambil melihat muziummuzium yang menyimpan khazanah-khazanah yang berharga bagi masyarakat Macau. Bagi yang pertama kali datang ke sini, tanggapan mereka bahawa Macau sebagai duplikasi kota perjudian Las Vegas mungkin benar. Namun jika diteroka dengan lebih mendalam, Macau mempunyai pelbagai tarikan istimewa.
Pernah dijajah Portugis Macau pernah dijajah Portugis pada kurun ke-16. Kesan penjajahan tersebut menyebabkan masyarakat Macau terbahagi kepada dua iaitu cina dan Portugis. Malah bahasa Portugis telah menjadi bahasa kedua bagi Macau. Bukan itu sahaja budaya Portugis jelas kelihatan di beberapa destinasi pelancongan di Macau. Pulau yang kecil ini menawarkan 1,001 tarikan seperti bangunan warisan, budaya yang unik destinasi hiburan selain dikenali sebagai pusat belibelah dengan kepelbagaian produk fesyen berjenama seperti Chanel, MCM, Tory Burch, Prada dan Gucci. Selain daripada itu Macau juga telah mewartakan 22 monumen sebagai warisan dunia antaranya A-Ma Temple, Moorish Barracks, Mandarin’s House, Gereja St Lawrence, Panggung Dom Pedro V, Pustaka Sir Robert Ho Tung, Rumah Agam Lou Kau, kubu pertahanan Mount Fortress dan kuil Na Tcha.
Berjalan kaki melawat muzium Walaupun cuaca kali ini agak panas, namun kami tidak melepaskan peluang untuk berjalan-jalan sambil melawat muzium. Sempat juga kami singgah
The Venetian Resort begitu indah
Macau pernah dijajah Portugis pada kurun ke-16. Kesan penjajahan tersebut menyebabkan masyarakat Macau terbahagi kepada dua iaitu cina dan Portugis. Malah bahasa Portugis telah menjadi bahasa kedua bagi Macau. Bukan itu sahaja budaya Portugis jelas kelihatan di beberapa destinasi pelancongan di Macau.
di Muzium Grand Prix dan Muzium Wine. Muzium Grand Prix menempatkan pelbagai jenis kereta lumba yang digunakan oleh pelumba-pelumba terkenal dunia termasuklah Michael Schumacher. Muzium ini turut mempamerkan sejarah Fomula Tiga yang menjadi salah satu acara pelancongan bagi Macau. Persembahan “Performance of Fado” yang istimewa daripada pemain gitar dapat disaksikan di Muzium Wine. Petikan gitar yang sungguh mengasyikkan dengan alunan muzik yang menyentuh jiwa. Di sini bukan sahaja dapat menyaksikan sejarah wine malah anda juga berpeluang untuk melihat transformasi masyarakat Macau pada satu ketika dahulu. Selain itu, gereja Ruins of St Pauls merupakan antara ikon tarikan yang terdapat di Macau. Uniknya gereja
1.15 / ASIA HORIZON / 101
5 Bagaikan dibuai perasaan tatkala pendayung gondola mengalunkan irama merdu 6 Membeli-belah di The Venetian satu kemestian 7 Senado Square menjadi tempat tumpuan pelancong
5
ini mengalami dua kali kebakaran dan salah satunya berpunca daripada kelalaian tukang masak. Ketika kebakaran pertama, ada usaha memperbaikinya namun insiden kedua menyebabkan sebahagian besar bangunan itu ranap sekali gus meninggalkan hanya bahagian depan dan tangga. Kini tinggalan gereja ini menjadi perhatian ribuan pelancong yang datang ke sini.
Hiburan yang mengasyikkan Tidak lengkap kunjungan ke Macau sekiranya tidak berkunjung ke City of Dreams. City of Dreams merupakan
7
102 / ASIA HORIZON / MEMBAWA ASIA KE PENTAS DUNIA
6
Permandangan Macau daripada Menara Macau
kawasan resort berintergrasi yang menempatkan City of Dreams, Hard Rock Hotel, Crown Towers dan Grand Hyatt. Peluang untuk menyaksikan The House of Dancing Water tidak dilepaskan. Pertunjukan yang berasaskan air ini dibina khusus untuk Macau. The House of Dancing Water menceritakan kisah cinta dan pengorbanan yang dijelmakan melalui tarian dan persembahan berasaskan air. Malah set pertunjukkan ini dibina di atas kolam yang besar memuatkan lebih kurang 3.7 juta gelen air bersamaan lima kolam bersaiz olimpik. Persembahan ini begitu mengasyikkan dengan reka tari, set yang mengkagumkan dan aksi-aksi lasak yang mendebarkan. Menjejakkan kaki ke The Venetian Resort Macao
Pertunjukkan House of Dancing Water
1.15 / ASIA HORIZON / 103
Jika berani cubalah.
104 / ASIA HORIZON / MEMBAWA ASIA KE PENTAS DUNIA
Dari kejauhan kelihatan bangunan moden di sebalik bangunan lama
CARA KE SINI
AirAsia terbang terus dari Kuala Lumpur ke Macau setiap hari. Layari www.airasia.com untuk maklumat lanjut. MAKAN-MAKAN
Agar sukar mendapatkan makanan halal di sini. Namun ada beberapa Restoran India yang mendapat status Halal seperti Taste of India dan Golden Peacock. Cadangan membawa makanan segera boleh membantu mengatasi masalah ini. OLE-OLE
Anda boleh berkunjung ke Senado Square yang menjadi pusat beli-belah dan cenderahati. Muzium Macau juga menjadi lokasi kedai cenderahati pada harga yang berpatutan. MATAWANG
Matawang Macau ialah Macau Pataca (MOP). Namun Dolar Hong Kong juga boleh digunakan di sini. PENGINAPAN
Hotel Royal Macau www.hotelroyal.com.mo Sheraton Macao Hotel, Cotai Central www. sheratonmacao.com
Terima kasih AirAsia dan Macau Tourist Government Office Kuala Lumpur kerana menaja lawatan ini.
yang berkeluasan 10,500,000 kaki persegi, bagaikan mimpi. Walaupun sudah tiga kali perasaan teruja tetap sama. The Venetian Resort antara bangunan berstruktur tunggal terbesar di Asia serta keenam di dunia. Mengambil inspirasi The Venetian di Las Vegas, tarikan utama hotel serta resort itu terserlah melalui terusan dengan perkhidmatan gondola selain langit buatan seolah-olah berada dalam dunia tersendiri.
Cari ole-ole di Senado Square Senado Square atau Dataran Senado menjadi tumpuan saat tibanya musim festival ataupun perayaan. Namun popularitinya sebagai lokasi beli-belah yang menawarkan barangan pada harga yang lebih murah menjadikan dataran ini dipenuhi pengunjung setiap hari. Malah pelbagai jenis barangan dan oleole tempatan boleh didapati di sini. Bagi yang sukakan cabaran, apa kata berkunjung ke Macau Tower. Uji keberanian dengan menyahut cabaran untuk melakukan terjun bungee ataupun berjalan-jalan mengelilingi luar menara hanya berbekalkan tali yang diikat pada badan. Perasaan ketika adrinalin memenuhi ruang badan membuatkan wujudnya rasa teruja yang amat luarbiasa. AH 1.15 / ASIA HORIZON /105
D I S E B A L I K
T A B I R
I N D I A
Sorotan kisah perjalanan saya melihat India lebih dekat bagi menyelami perjalanan hidup yang amat berbeza. Walaupun rata-rata semuanya hidup serba sederhana namun masih terpancar bibit- bibit senyum mesra kerana mereka percaya hidup hanya sementara dan menanti kelahiran semula. OLEH: MUHAMMAD HAZIQ B. ABDUL HALIM
106 / ASIA HORIZON / MEMBAWA ASIA KE PENTAS DUNIA
BANGLORE PORT COCHIN HAMPI MUNNAR
Memandang jauh mungkin memikirkan masa depan yang tiada kepastian
1.15 / ASIA HORIZON / 107
Mengusaha perniagaan kecil-kecilan bagi menampung kehidupan
108 / ASIA HORIZON / MEMBAWA ASIA KE PENTAS DUNIA
Mencuci pakaian masih dilakukan secara tradisional
1.15 / ASIA HORIZON / 109
Keretapi menjadi pengangkutan awam yang popular memandangkan jarak sesebuah bandar yang jauh di samping harga yang lebih murah
Berehat sementara menanti tibanya destinasi yang dituju
110 / ASIA HORIZON / MEMBAWA ASIA KE PENTAS DUNIA
Teh antara hasil yang boleh didapati di Munnar
1.15 / ASIA HORIZON / 111
Walaupun serba sederhana namun kemudahan untuk pelancong tetap ada
112 / ASIA HORIZON / MEMBAWA ASIA KE PENTAS DUNIA
Memberikan senyuman saat lensa merakamkan wajah comel mereka
1.15 / ASIA HORIZON /113
p bonjour aris! i e a n n m h d o an z in uar a cn a
m
dikota
it
Memang sudah menjadi impian saya untuk merakamkan artis yang satu ini untuk muka depan majalah. Kesibukkan beliau menyebabkan impian dibiarkan sepi. Peluang mengenali Pengurus beliau bagaikan membuka lembaran baru. Walaupun beberapa projek yang dirancang bersama-sama sebelum ini tidak menjadi kenyataan, kepercayaan masih diberikan dipihak saya untuk sama-sama terlibat di dalam showcase “Terindah” bersama Anuar Zain.
Konsep: Fariz Alias Arahan Seni: Rifaee Isa Jurufoto: Teng Wei Juruvideo: Khairul Anwar Abdullah Jurusolek: Eva Shahrul PENYELARAS: Zues PAKAIAN: Koleksi Peribadi Anuar Zain TERIMAKASIH: Nana Ahmad dan Sam Kassim
114 / ASIA HORIZON / MEMBAWA ASIA KE PENTAS DUNIA
1.15 / ASIA HORIZON / 115
Ya! Anuar Zain.
Penyanyi yang menjadi pujaan saya sejak dibangku sekolah. Ingatan terhadap saat popularnya lagu Kain Pelikat sememangnya tidak jelas. Namun jika diputarkan lagulagu seperti Bila Resah dan Cinta Itu Terindah mulut lekas menangkap bait-bait lirik yang indah melodinya. Acapkali Anuar Zain membuat persembahan pasti ramai yang terpukau. Konsert demi konsert dan showcase demi showcase semuanya mendapat sambutan. Ketika Nana; Pengurus Anuar Zain menghubungi untuk berkerjasama sempena showcase “Terindah” saya tidak berfikir panjang terus menyatakan persetujuan. Lebih tiga dekad menghambakan diri di dalam dunia seni, tidak sekali pun pelantun lagu “Ajari Aku” ini menoleh ke belakang lagi dan setiap kali itu juga dia cuba memastikan setiap persembahan yang dilakukannya sentiasa berbeza agar semua peminat tersayang mendapat kepuasan setiap kali menonton persembahannya.
Bonjour Paris! Kolaborasi saya dan Anuar Zain membawa kami ke kota Paris, destinasi pelancongan yang seringkali menjadi pilihan
116 / ASIA HORIZON / MEMBAWA ASIA KE PENTAS DUNIA
pelancong dari seluruh pelosok dunia. Selain meraikan pemenang bertuah ketika showcase “Terindah”, kami juga berpeluang merakamkan momen-momen istimewa Anuar Zain di Paris untuk tatapan pembaca majalah Asia Horizon. Jika ditanya perasaan saya ketika itu, jawapan saya hanya satu. Gementar. Bukan senang untuk merakamkan potret muka depan. Segalanya perlu dirancang dengan teliti. Tambahan bekerja dengan artis berkelas A ianya sudah cukup memberikan rasa gundah kerana saya perlu memastikan urusan penggambaran dijalankan dengan sempurna. Apa yang lebih membanggakan, ini merupakan penggambaran pertama untuk Anuar Zain di luar negara bagi sebuah pembikinan muka depan majalah. Saya menjadi bertambah teruja. Apa yang dirancang tidak semestinya berjalan dengan lancar. Ketika kami berada di Paris, hampir setiap hari hujan dan saat kami ingin memulakan penggambaran hujan turun dengan lebatnya. Alhamdulillah hujan berhenti saat Anuar sudah siap untuk memberikan pose yang terbaik. Senang sekali bekerja dengan beliau. Bagaikan ada chemistry di antara jurugambar dengan Anuar Zain. Membawa tiga persalinan peribadi, Anuar Zain memukau lensa kamera dengan gerak gaya yang bersahaja menjadikan segala kerja begitu mudah. Buat peminat-peminat Anuar Zain, kami di Asia Horizon tampilkan ceritera indah berserta potret-potret eksklusif Anuar Zain di Paris. Ikuti temubual kami bersama the one and only – Anuar Zain.
1.15 / ASIA HORIZON / 117
118/ ASIA HORIZON / MEMBAWA ASIA KE PENTAS DUNIA
1.15 / ASIA HORIZON / 119
120 / ASIA HORIZON / MEMBAWA ASIA KE PENTAS DUNIA
1.15 / ASIA HORIZON /121
122 / ASIA HORIZON / MEMBAWA ASIA KE PENTAS DUNIA
1.15 / ASIA HORIZON / 123
ASIA HORIZON: Kenapa memilih Paris? ANUAR ZAIN: Why not Paris? Paris is one of the most visited city in the world. Paris tiada duanya. Rasa sangat teruja saat kita menjejakkan kaki di Paris. pemandangan yang indah, kota Paris bukan sahaja kaya dengan budaya malah sejarahnya juga begitu menarik perhatian saya.
Bila kali terakhir ke Paris? Kali terakhir saya ke Paris lapan tahun lalu. Waktu itu musim panas. It was too hot. Saya memang tidak tahan panas. Jadi masa lebih banyak dihabiskan di hotel. Tidak banyak berjalan. Hanya berjalan tika tibanya matahari terbenam. It is a lovely weather now. Seronok berjalan-jalan. Tambahan pula dapat meluangkan masa bersama peminat menjadi momen indah buat saya.
Apa yang ingin dicari selepas lapan tahun? Paris ni macam candu. You want to come again and again. Setiap kali datang pasti ada sahaja benda baru yang kita terokai. Selalunya saya ke Paris sendiri tapi kali ini bersama agen pelancongan. Banyak, informasi baru yang saya perolehi, Misalnya kisah Statue of Liberty dan saya berasa gembira berpeluang melihat statue tersebut di Paris.
Apa perasaan bersama-sama peminat di Paris? Terima kasih kepada FBA Media kerana menjadikan ianya satu kenyataan. Saat sesi diskusi dengan team Anuar Zain Network, kami ingin memberi kejutan dan penghargaan kepada peminat yang menyokong saya. Alhamdulillah saya berjaya merealisasikannya ketika showcase “Terindah” bersama Anuar Zain. Seorang peminat bertuah telah dipilih berdasarkan cabutan bertuah dan here i am bersama mereka pusing-pusing Paris and I am very happy.
Jadi sekarang Anuar Zain telah menetapkan satu tanda aras yang tinggi? Saya sentiasa mahu berikan kejutan. Tidak salah kita ingin bagi reward kepada peminat. Setidak-tidaknya kejutan itu memberikan kegembiraan kepada mereka. Saya tidak pernah meletakkan apa-apa tanda aras. Apa yang penting setiap peminat yang datang persembahan saya berasa relax and enjoy every moment.
Apa yang mesti dilakukan ketika berada di Paris? Pertama sekali mesti pergi berjalan-jalan di Eiffel Tower. Pemadangan dari atas Eiffel Tower sungguh indah. Anda akan dapat melihat keseluruhan kota Paris dari menara ini. Kemudian jalan-jalan sambil shopping di The Avenue des Champs-Élysées. Ianya begitu indah pada waktu malam. Selain itu anda boleh mencuba dinner cruise; Bateaux Parisiens. Hari ini saya menikmati dinner cruise ini dan ianya sungguh menarik. Selain makanan yang enak anda juga berpeluang menyelusuri River Seine sambil melihat panorama indah Paris. Jangan lupa The Louvre Museum, muzium yang mempamerkan khazanahkhazanah yang berharga seperti potret Monalisa yang begitu dikagumi dunia. Gallery Lafayette juga mesti dikunjungi untuk mereka yang suka membeli-belah.
124 / ASIA HORIZON / MEMBAWA ASIA KE PENTAS DUNIA
1.15 / ASIA HORIZON / 125
126 / ASIA HORIZON / MEMBAWA ASIA KE PENTAS DUNIA
Anda lebih gemar merancang percutian atau sebaliknya? Setiap percutian saya mesti dirancang. Oleh sebab jadual saya yang tidak menentu maka setiap percutian saya mesti dirancang. Jika saya lihat jadual saya kosong cepat-cepat saya rancang percutian (sambil ketawa kecil). Selalunya waktu bercutilah saya ingin berehat sepenuhnya kerana kerja saya menuntut masa dan tenaga yang berterusan.
Apa yang dicari ketika bercuti? Saya suka melihat sesuatu budaya sesebuah negara. Bagi saya budaya mencerminkan peradaban sesuatu masyarakat. Saya akan berkunjung ke muzium-muzium bagi memahami sejarah dan ia sungguh mengujakan.
Benda yang mesti bawa ketika bercuti? Benda yang paling penting ialah international adapter. Tanpa adapter memang haru-biru jadinya. Saya juga akan bawa kasut yang sesuai kerana saya gemar berjalan pusing-pusing melihat tempat-tempat menarik. Saya akan menaiki bas yang membawa pelancong ronda-ronda sekitar tempat menarik. Saya juga akan bawa seluar yang selesa untuk kegunaan seharian. Pekembangan terkini? Saya dalam proses menyiapkan album terbaharu. Amat sukar untuk saya nyatakan dengan tepat bila ianya akan dipasarkan. Saya mahukan buah tangan saya yang ini memberi kepuasan bukan sahaja kepada saya malah kepada semua peminat yang menyokong saya. Di samping itu ada beberapa show istimewa yang di dalam perancangan. Insyaallah 2015 akan memberikan lebih kegembiraan buat peminat tersayang.
Anda seorang yang perfectionist. Anda tahu apa yang anda mahukan. Tidak ingin cuba mencipta lagu sendiri? Saya pernah mencuba menghasilkannya. Saya juga amat bertuah mempunyai rakan-rakan yang sangat kreatif baik di Malaysia mahupun di seberang. Hasil karya mereka kena dengan jiwa saya dan mereka tahu apa yang saya mahukan dan ianya menjadi lebih mudah. Tidak kepingin berlakon lagi? Kecintaan saya begitu mendalam dalam dunia nyanyian. Saya ingin terus berkarya dan ingin terus memberikan yang terbaik buat peminatpeminat saya. AH
1.15 / ASIA HORIZON / 127
A H//D I S E BA L I K TA B I R
1 Ketika baru tiba di Paris. Semuanya kelihatan lapar dan sabar menanti siapnya snek yang dipesan 2 Berjalan sekitar Paris mencari lokasi untuk penggambaran seterusnya 3 Menjadi kemestian untuk bergambar beramairamai 1
Di Sebalik Tabir bonjour
paris!
omen indah an u c zai di kota inta
m
ar
n
- PARIS
2
Pengembaraan krew Asia Horizon ke Paris meninggalkan segala memori indah. Kerjasama yang diberikan oleh semua pihak terutama selebriti terkenal, Anuar Zain memudahkan segala urusan. Yang pasti semuanya gembira. Untuk tatapan pembaca, sedikit coretan Di Sebalik Tabir pembikinan “Bonjour Paris!” 3
128 / ASIA HORIZON / MEMBAWA ASIA KE PENTAS DUNIA
G AYA
4 5
6
4 Ready, one, two, three... 5 Semua memainkan peranan masing-masing 6 Efek dedaun. Inilah yang perlu dilakukan 7 Penggambaran di Grand Palais 8 Berehat menjamu selera di Bateaux Parisiens
8
7
1.15 / ASIA HORIZON / 129
mom e n//b u daya
Tari Kecak atau Kecak Dance _ Tari Kecak atau biasanya disebut sebagai tari “Cak” atau tarian api merupakan satu pertunjukan berbentuk hiburan drama tari yang sering dipersembahkan di Bali. Tarian ini mengisahkan tentang Hikayat Ramayana dan dipersembahkan oleh golongan lelaki. Tarian ini agak unik kerana ianya tiada muzik iringan sebaliknya hanya menggunakan suara yang berteriak melaungkan “cak cak ke cak cak ke”. Jika ingin menyaksikan tarian ini, berkunjunglah ke Uluwatu, Bali kerana tarian ini akan dipersembahkan pada Foto: Muhammad Haziq bin Abdul Halim 130 / ASIA HORIZON / MEMBAWA ASIA KE PENTAS DUNIA
waktu petang sehingga senja. AH
Terokai keunikkan budaya, keindahan alam semulajadi dan keramahan masyarakat Terengganu. Nikmati kelazatan makan tradisi dan selami warisan yang tidak luput dek zaman. Terrengganu... Negeri Cantik, Budaya Menarik Sekretariat Tahun Melawat Terengganu 2013 Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu Tingkat 9, Wisma Darul Iman 20503 Kuala Terengganu, Terengganu Tel: 09 - 623 1957 Faks: 609 - 631 0273 Email: tourism@terengganu.gov.my FB: Tahun Melawat Terengganu 2013