DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI SULTAN PERAK DARUL RIDZUAN SULTAN NAZRIN MUIZZUDDIN SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN AZLAN MUHIBBUDDIN SHAH AL-MAGHFUR-LAH D.K., D.K.S.A., D.K.A., D.M.N., D.K. (Kelantan)., D.K. (Selangor)., D.K.N.S., D.K. (Perlis)., D.K. (Kedah)., Ph.D. (Harvard).
SULTAN, YANG DI-PERTUAN DAN RAJA PEMERINTAH NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN
DULI YANG TERAMAT MULIA RAJA MUDA PERAK DARUL RIDZUAN RAJA JAAFAR IBNI ALMARHUM RAJA MUDA MUSA D.K., D.K.A., S.P.C.M., J.S.M.
DULI YANG AMAT MULIA RAJA DIHILIR PERAK DARUL RIDZUAN RAJA ISKANDAR DZURKARNAIN IBNI ALMARHUM SULTAN IDRIS A’FIFULLAH SHAH D.K., D.K.II. (Johor)., D.K.A.II., P.S.M., S.P.C.M., S.S.D.K.
Sekapur Sirih Menteri Besar Perak Darul Ridzuan
dan Salam Sejahtera.
S
yukur kehadrat Allah Azzawa Jalla atas rahmat dan hidayahNya, kita berkesempatan menganjurkan Majlis Sambutan Hari Pahlawan Peringkat Negeri Perak Darul Ridzuan Tahun 2018 yang akan disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah lbni Almarhum Sultan Azlan Muhibuddin Shah Al-MaghfurLah.
6
Justeru, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada Markas 2 Briged Infatri Malaysia kerana telah terpilih untuk menjadi tuan rumah bagi menjayakan Sambutan Memperingati Hari Pahlawan pada tahun ini. Istiadat penuh simbolik ini sangat terkesan di hati dengan keberangkatan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah, Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan, Raja Jaafar Ibni Almarhum Raja Muda Musa dan Duli Yang Teramat Mulia Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar Dzurkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris A’fifullah Shah. Di sebalik penganjuran sambutan Hari Pahlawan ini, terpahat satu pengharapan agar pengorbanan satria-satria terdahulu bukan sesuatu yang sia-sia, dan jasa mereka tidak akan pudar ditelan
zaman. Saya yakin, dengan kesungguhan yang ada, acara sebegini berupaya memperkuat ingatan masyarakat kepada perjuangan barisan perajurit, di samping membangkitkan keinsafan dalam jiwa pewaris bangsa agar sentiasa menghargai dan mempertahan keamanan yang dikecapi ini. Harapan saya agar sambutan Peringatan Hari Pahlawan bukan sekadar dijadikan satu catatan dalam takwim acara di peringkat negeri atau negara. Malahan, acara ini perlu dilihat sebagai satu usaha murni untuk memupuk kesedaran masyarakat bahawa kemakmuran hari ini terbina atas keringat dan darah wira-wira Negara yang gugur demi mempertahankan kedaulatan tanah air dari musuh durjana. Ucapan syabas dan penghargaan terima kasih yang tidak terhingga kepada barisan jawatankuasa sambutan yang terlibat dalam menjayakan majlis ini. Sekian,
YAB AHMAD FAIZAL BIN DATO’ AZUMU Menteri Besar Perak Darul Ridzuan
Seulas Pinang Panglima 2 Briged Pengerusi Sambutan Hari Pahlawan Peringkat Negeri Perak duli bagi menyempurnakan majlis sambutan Hari Pahlawan Peringkat Negeri Perak Yang Ke-58, pada hari ini. dan Salam Sejahtera.
B
ersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan keizinanNya jua lah yang memberikan kita kekuatan untuk berkumpul pada hari ini bagi menyambut Hari Pahlawan Peringkat Negeri Perak Darul Ridzuan Yang Ke-58. Hari Pahlawan ini disambut bagi memperingati jasa pahlawan-pahlawan yang gugur sebagai bunga bangsa dalam perjuangan memerdekakan ibu pertiwi yang tercinta ini. Hari ini kita mengenang dan menghadiahkan sekalung takziah untuk para ibu dan bapa yang kehilangan anak, para isteri yang kehilangan suami dan anak-anak yang bergelar yatim. Pengorbanan dan kehilangan ini tidak mungkin dapat digantikan semula dengan apa jua bentuk sekali pun kerana pengorbanan ini adalah dengan rela hati demi pertiwi. Kebanggaan di atas pengorbanan ini yang seharusnya dikongsi oleh semua rakyat Malaysia. Saya percaya Negara tidak akan melupakan mereka dan sentiasa berusaha untuk membantu sedaya mungkin. Kepada pahlawan-pahlawan yang cedera, Kerajaan akan sentiasa menghargai segala pengorbanan, jasa-jasa dan akan terus membela nasib mereka agar dapat mengharungi kehidupan dengan lebih baik dan sempurna.
Hari Pahlawan adalah hari bagi kita untuk memperingati segala jasa dan pengorbanan generasi terdahulu terutamanya mereka yang telah berkhidmat dalam pasukan keselamatan bagi memperjuangkan kemerdekaan dan mengekalkan kedaulatan Negara. Keamanan yang dikecapi kini adalah berbatukan darah pengorbanan maka tanggungjawab generasi kini untuk memastikan pengorbanan tersebut amat bernilai dan terus berjuang demi negara. Izinkan saya mewakili seluruh warga pasukan keselamatan melafazkan taat setia yang tidak berbelah bagi kepada Seri Paduka Yang di Pertuan Agong khasnya dan Institusi Raja-raja Melayu amnya sebagai pemerintah tertinggi Negara dan juga Negeri-negeri Melayu. Saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan di atas kepercayaan dan sokongan dalam pelaksanaan penganjuran sambutan Hari Pahlawan ini. Saya juga menghargai segala bentuk kerjasama dan bantuan daripada jabatan-jabatan yang terlibat. Marilah kita sama-sama berdoa agar sentiasa berada di bawah lembayung keberkatan dan kerahmatan Allah Subhanahuwataala. Insya-Allah. Wabillah Hitaufik Walhidayah.
Saya mewaliki seluruh warga Briged Kedua Infantri Malaysia khasnya dan pasukan keselamatan amnya menjunjung setinggitinggi kasih Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Sultan Perak Darul Ridzuan di atas limpah perkenan Tuanku berangkat mencemar BRIGEDIER JENERAL DATUK MOHD NIZAM BIN HJ JAFFAR
7
Hari Pahlawan adalah hari yang mengingatkan kita kepada segala jasa dan pengorbanan yang telah diberikan oleh pahlawan-pahlawan negara, khususnya mereka yang telah berkhidmat di dalam pasukan keselamatan, di dalam memperjuangkan kemerdekaan dan mempertahankan kedaulatan negara. Sesungguhnya, Hari Pahlawan hendaklah diraikan dengan penuh pengertian oleh seluruh rakyat negara ini sebagai menyuntik semangat patriotisme bangsa. Pengorbanan para pahlawan kita telah merupakan sebahagian dari sejarah negara. Negara kita mungkin tidak banyak melalui sejarah peperangan sepertimana negara-negara lain. Namun, negara kita mempunyai banyak sejarah pengorbanan yang dilalui oleh pejuangpejuang bangsa. Di dalam era kemerdekaan kini, peringatan Hari Pahlawan hendaklah juga merangkumi peringatan kepada pejuang-pejuang negara yang telah menentang penjajah bagi menghasilkan kemerdekaan kepada bumi tercinta ini. Hari Pahlawan bukanlah hari untuk kita menanam atau memperbaharui semangat dendam terhadap musuh-musuh lama negara. Hari Pahlawan adalah hari merayakan kedamaian dan hari peringatan kesyukuran bagi seluruh rakyat kita. Pahlawan Negara bukan hanya mereka yang mendapat pingat keberanian semata-mata. Biarpun, Leftenan Adnan, Kanang Anak Langkau dan Kapten Chandran adalah di antara nama-nama yang sering dikenang sebagai pahlawan dengan pingat keberanian, kita juga tidak melupakan segala jasa dan pengorbanan “The Unsung Heroes� dan perwira yang tidak dikenali.
8
Setiap peperangan ada permulaan dan pengakhirannya. Namun, jasa-jasa pahlawan akan terus kekal dipersada negara. Justeru, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk mengenang kembali jasa dan bakti mereka pada Hari Pahlawan dengan menghulurkan bantuan kepada pahlawan-pahlawan kita dan keluarga mereka. Bersamalah kita membantu mereka. Pahlawan, Jasamu Sentiasa Dikenang
Detasmen LAYOUT PLAN VVIP DAN DETASEMAN DI DATARAN BANGUNAN PERAK DARUL RIDZUAN PENGAKAP
PANDU PUTERI BOMBA
PVATM
TENTERA DARAT
TENTERA LAUT
ST JOHN AMBULAN
BULAN SABIT
KADET UDARA
KADET DARAT
APMM
TENTERA UDARA
PANCARAGAM TLDM
KADET POLIS
APM
RELA
PDRM (TUGAS AM)
PDRM (PGA)
KADET BOMBA
PDRM (PGK )
PESARA PDRM
XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX KAWALAN KEHORMATAN
XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX
X
X
9
Susunan Acara
MAJLIS PERHIMPUNAN SAMBUTAN HARI PAHLAWAN PERINGKAT NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN TAHUN 2018
10
8.15 pagi
Kontinjen Perbarisan mengambil tempat di Dataran SUK.
8.30 pagi
Ketibaan Dif-dif jemputan
8.35 pagi
Kawalan Kehormatan Utama mengambil tempat
8.40 pagi
Ketibaan YBhg Panglima 2 Briged Infantri Malaysia
Ketibaan YDH Ketua Polis Perak
Ketibaan YBhg Panglima Armada Barat TLDM
8.45 pagi
Ketibaan YAB Menteri Besar Perak Darul Ridzuan
8.50 pagi
Keberangkatan DYAM Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan
8.55 pagi
Keberangkatan DYTM Raja Muda Perak Darul Ridzuan
9.00 pagi
Keberangkatan DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan
Perbarisan Memberi Hormat DiRaja
Lagu Kebesaran Negeri Perak dimainkan
Pemeriksaan Kawalan Kehormatan Utama oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak
Tiupan Last Post dan Bendera Malaysia diturunkan
Bacaan Doa Khas
Deklamasi Sajak dengan diiringi lagu Pahlawanku
Tiupan Rouse dan Bendera Malaysia dinaikkan semula
Lagu Kebesaran Negeri Perak dimainkan
Kawalan Kehormatan Utama keluar Medan
Majlis Santapan / Jamuan Ringan di Dewan Bankuet
Susunan Acara
MAJLIS SANTAPAN SAMBUTAN HARI PAHLAWAN 2018 10.30 pagi Keberangkatan DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan bersama DYTM Raja Muda Perak Darul Ridzuan dan DYAM Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan diiringi YAB Menteri Besar Perak Darul Ridzuan dan Dif-dif jemputan ke Dewan Bankuet Bangunan Perak Darul Ridzuan
Bacaan Doa
Majlis Santapan / Jamuan Makan
Segmen Hiburan / Persembahan Sajak / Tayangan Video
11.00 pagi DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan berangkat meninggalkan majlis
DYTM Raja Muda Perak Darul Ridzuan berangkat meninggalkan majlis
DYAM Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan berangkat meninggalkan majlis
YAB Menteri Besar Perak Darul Ridzuan meninggalkan majlis
Majlis bersurai.
11
Ahli Jawatankuasa Majlis Perhimpunan dan Santapan MAJLIS SAMBUTAN HARI PAHLAWAN PERINGKAT NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN TAHUN 2018
PENAUNG YB SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PENGERUSI TIMBALAN SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI (M)
AUDIO VISUAL /RAKAMAN VIDEO/SIARAYA/PA SISTEM • JABATAN PENERANGAN NEGERI PERAK • UNIT BANGUNAN (SUK) KESELAMATAN DAN LALULINTAS • PDRM • UNIT KESELAMATAN (SUK)
NAIB PENGERUSI PANGLIMA MARKAS 2 BRIGED KEWANGAN • PEJABAT KEWANGAN NEGERI PERAK (PKN) • UNIT PEROLEHAN (SUK)
12
KAWALAN KEHORMATAN UTAMA MARKAS 2 BRIGED DETASMEN • TLDM • PDRM • BOMBA • APM • RELA • JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK
BACKDROP • ATM • UNIT PROTOKOL DAN ADAT ISTIADAT (SUK) • JKR BUKU ATURCARA PDRM PEMECAH BENDERA/ PENAIK BENDERA/PEMBUKA PINTU MARKAS 2 BRIGED JEMPUTAN UNIT PROTOKOL DAN ADAT ISTIADAT (SUK) BACAAN DOA MARKAS 2 BRIGED
BUGLER • MARKAS 2 BRIGED • PDRM
PENGINAPAN (KAWALAN KEHORMATAN UTAMA DAN BRASS BAND) • UNIT PEROLEHAN (SUK) • MARKAS 2 BRIGED • TLDM
BRASS BAND TLDM JURU GAMBAR BAHAGIAN KORPORAT (SUK) JAMUAN & MAKAN PETUGAS UNIT PEROLEHAN (SUK)
DEKLAMASI SAJAK • ATM • PDRM • KUMPULAN SELENDANG PERAK (SUK) PERSEMBAHAN • ATM • PDRM • KUMPULAN SELENDANG PERAK (SUK)
JURUACARA JABATAN PENERANGAN NEGERI PERAK PERSIAPAN & PERHIASAN DAN LALUAN DIRAJA • UNIT BANGUNAN (SUK) • UNIT PEROLEHAN (SUK) • JABATAN KERJA RAYA NEGERI PERAK • MAJLIS BANDARAN IPOH (MBI)
HOLDING ROOM UNIT BANGUNAN (SUK) UNIT PROTOKOL DAN ADAT ISTIADAT (SUK) BAHAGIAN KORPORAT (SUK) JABATAN KERJA RAYA NEGERI PERAK JEMPUTAN MEDIA JABATAN PENERANGAN NEGERI PERAK
PERUBATAN DAN PERTOLONGAN CEMAS • JABATAN KESIHATAN NEGERI PERAK • ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA NEGERI PERAK
GENSET TNB
13
M
14
Pahlawan
erengkok nadi dan sendulah hati Kerana semalam kisah sayu memamah diri Dalam kehitaman sejarah bumi ini Matinya pahlawan kerana bertahan di dada pertiwi Dengan peluru dan darah Dengan keringat yang tumpah. Pahlawan Matimu mati melingkar sejarah Matimu hanya mati pada jasad Dan matimu hanya mati dari jagat. Pahlawan Ketahuilah kamu Bahawa kematianmu Cuma dikenang dalam doa dan restu Cuma diukir nama pada sebuah tugu Dan cuma semusim sekali dibawa berlagu Pahlawan Biarkan tugu menjadi keramat dan jihad Dan biarkan ia dikenang dengan tekad Bahawa kami penyambung wasiat Bisa ada warisan dalam darah Dalam sejarah. Pahlawan Kami anak-anak menggugat zaman Bukan hanya lumrah dengan tekad dan sumpah
Tapi Akan mengukir sejarah sepertimu jua Demi ibu, tanah bertuah kurela rebah Demi ibu, tanah bertuah ku rela menitis darah Pahlawan Hari ini harimu dalam kenangan Kerana jasa dan bakti yang terbilang Kami kenangi dalam sedu dan sumpah hulubalang Pahlawan Semadilah dikau Dengan bunga-bunga di kalungan Lambang kenangan Dan Itulah kurnia yang maha agung kami sembahkan Kerana bintang-bintang kebesaran Sudah tiada bererti padamu Pahlawan Semadi dan semadilah Hingga harimu kemari lagi‌..
(Ciptaan: Mejar (B) Mohamed B. Awang)
Lagu Kebesaran Negeri Perak Dilanjutkan Allah usianya Sultan Adil dan murah memerintah watan Ditaati rakyat kiri dan kanan Iman yang soleh Allah kurniakan Allah berkati Perak Ridzuan Allah selamatkan Negeri dan Sultan
PENAUNG DAN JAWATANKUASA SAMBUTAN HARI PAHLAWAN PERINGKAT NEGERI PERAK TAHUN 2018
Di Atas Limpah Perkenan DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI SULTAN PERAK DARUL RIDZUAN DULI YANG TERAMAT MULIA RAJA MUDA PERAK DARUL RIDZUAN DULI YANG AMAT MULIA RAJA DIHILIR PERAK DARUL RIDZUAN Sudi Mencemar Duli Berangkat Ke
MAJLIS
Penghargaan KERAJAAN NEGEI PERAK DARUL RIDZUAN MENGUCAPKAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT DI DALAM MENJAYAKAN
MAJLIS
P
Wasiat
ada tarikh 5 Ogos 1957, Duli-Duli Yang Maha Mulia sembilan Raja-Raja Melayu sebagai Raja Pemerintah dari empat “Negeri Melayu Bersekutu” dan lima “Negeri Melayu Tidak Bersekutu” telah memberikan perkenan menurunkan tandatangan persetujuan kepada pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dengan memahat Tujuh Wasiat Raja-Raja Melayu yang berbunyi :
“Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami tujuh perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman dan damai dan selamat sejahtera” Tujuh Perkara Itu Adalah:
PERTAMA:
Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung (PERSEKUTUAN TANAH MELAYU) sekarang dikenali dengan nama MALAYSIA.
KEDUA:
Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunungganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersamasama kaum lain.
KETIGA:
Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kami serta harta hak milik kamu, kami tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.
KEEMPAT:
Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini.
KELIMA:
Kami isytiharkan ISLAM adalah Agama Persekutuan.
KEENAM:
Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU.
KETUJUH:
Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN. (Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).
Wasiat ini dihasilkan atas kehendak Raja-Raja Melayu untuk mengekalkan kesinambungan sejarah, kedaulatan dan kuasa politik Melayu (yang terletak pada Raja-Raja Melayu) kepada kesinambungan kedaulatan negara yang terletak kepada Raja-Raja Melayu serta mendapat penerimaan rakyat (consensus) melalui wakil-wakil sah yang mempunyai locus standi, maka Perlembagaan Persekutuan mempunyai fasal-fasal tertentu. Fasal-fasal tersebut adalah Perkara 3 (1), (2), (3), dan (5); Perkara 11, Perkara 12, Perkara 38 (5); Perkara 152, Perkara 153, dan Perkara 181 (1). Fasal-fasal ini memerlukan izin Majlis-Majlis Raja-Raja Melayu untuk sebarang pindaan perlembagaan Parlimen dibenarkan berkuat kuasa.
Catatan
19
Catatan
20