Buku Program Hari Pahlawan 2017 Peringkat Negeri Perak darul Ridzuan

Page 1




DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI SULTAN PERAK DARUL RIDZUAN SULTAN NAZRIN MUIZZUDDIN SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN AZLAN MUHIBBUDDIN SHAH AL-MAGHFUR-LAH D.K., D.K.S.A., D.K.A., D.M.N., D.K.(Kelantan), D.K.(Selangor), D.K.N.S., D.K.(Perlis)., Ph.D.(Harvard)

SULTAN, YANG DI-PERTUAN DAN RAJA PEMERINTAH NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN



DULI YANG TERAMAT MULIA RAJA MUDA PERAK DARUL RIDZUAN RAJA JAAFAR IBNI ALMARHUM RAJA MUDA MUSA D.K., D.K.A., S.P.C.M., J.S.M.


DULI YANG AMAT MULIA RAJA DIHILIR PERAK DARUL RIDZUAN RAJA ISKANDAR DZURKARNAIN IBNI ALMARHUM SULTAN IDRIS A’FIFULLAH SHAH D.K., D.K.A.II., P.S.M., S.P.C.M., S.S.D.K.


Sekapur Sirih

Menteri Besar Perak Darul Ridzuan

Salam Sejahtera dan Salam Perak Aman Jaya.

S

yukur ke hadrat Allah Azza wa Jalla atas rahmat dan hidayah-Nya, kita berkesempatan menganjurkan Majlis Sambutan Hari Pahlawan Peringkat Kontijen Perak Tahun 2017 yang akan disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah.

6

Dikesempatan ini, saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana sekali lagi terpilih untuk menjadi tuan rumah bagi menjayakan Sambutan Memperingati Hari Pahlawan pada tahun ini. Istiadat penuh simbolik ini sangat terkesan di hati dengan keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah, Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan, Raja Jaafar Ibni Almarhum Raja Muda Musa dan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar Dzurkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris A’fifullah Shah.

Di sebalik penganjuran sambutan Hari Pahlawan ini, terpahat satu pengharapan agar pengorbanan satria-satria terdahulu bukan sesuatu yang sia-sia, dan jasa mereka tidak akan pudar ditelan zaman. Saya yakin, dengan kesungguhan yang ada, acara sebegini berupaya memperkuat ingatan masyarakat kepada perjuangan barisan perajurit, di samping membangkitkan keinsafan dalam jiwa pewaris bangsa agar sentiasa menghargai dan mempertahankan keamanan yang dikecapi ini. Harapan saya agar sambutan Peringatan Hari Pahlawan bukan sekadar dijadikan satu catatan dalam takwim acara di peringkat negeri atau negara. Malahan, acara ini perlu dilihat sebagai satu usaha murni untuk memupuk kesedaran masyarakat, bahawa kemakmuran hari ini terbina atas keringat dan darah wira-wira Negara yang gugur demi mempertahankan kedaulatan tanah air dari musuh durjana. Ucapan syabas dan penghargaan terima kasih yang tidak terhingga kepada barisan jawatankuasa sambutan yang terlibat dalam menjayakan majlis ini. Sekian.

Y.A.B DATO’ SERI DIRAJA DR ZAMBRY BIN ABD. KADIR S.P.S.A., S.P.M.P., D.G.S.M., D.P.M.P., P.A.T., A.M.S.,


HARI PAHLAWAN

Peringkat Negeri Perak Darul Ridzuan 2017

Seulas Pinang Ketua Polis Perak

P

atik bersyukur kehadrat Allah S.W.T, kerana dengan limpah rahmat -Nya jua dapat kita berkumpul pada hari yang bersejarah ini bagi melaksanakan tradisi memperingati Hari Pahlawan Peringkat Negeri Perak, tahun 2017. Patik serta warga pasukan keselamatan merasa amat berbesar hati kerana Pasukan Polis Diraja Malaysia Kontinjen Perak diberi kepercayaan sekali lagi untuk menjadi tuan rumah bagi menjayakan sambutan memperingati Hari Pahlawan pada tahun ini. Penghargaan dan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan memberi penghormatan kepada Polis Diraja Malaysia dalam menjalankan tanggungjawab serta memastikan sambutan yang penuh bersejarah ini berlangsung dengan lancar dan sempurna. Patik mewakili warga Pasukan Keselamatan menjunjung setinggi-tinggi kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan serta Duli Yang Amat Mulia Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan di atas limpah perkenan Duli-Duli Tuanku berangkat mencemar duli bagi menyempurnakan majlis ini. Majlis memperingati Hari Pahlawan ini diadakan setiap tahun dengan harapan masyarakat tidak lupa pada pengorbanan serta perjuangan anggota pasukan keselamatan yang cintakan tanah air lebih daripada segala-galanya dan rela bertarung nyawa demi mempertahankan kedaulatan dan keamanan Negara. Perjuangan wira Negara ini tidak harus dilupakan lebih-lebih lagi kepada belia sekarang yang hidup dalam kemerdekaan dan tidak pernah merasa pahit getir mempertahankan Negara daripada Penjajah.

Dengan sambutan seumpama ini ianya dapat membuka mata masyarakat mengenai kisah-kisah pahlawan yang telah gugur ketika berjuang mempertahankan kedaulatan Negara. Keamanan Negara pada hari ini adalah hasil daripada perjuangan dan pengorbanan pahlawan-pahlawan Negara yang telah dan akan terus mempertahankan Negara dari sebarang ancaman. Izinkan patik mewakili seluruh warga pasukan keselamatan melafazkan taat setia yang tidak berbelah bagi kepada Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong khasnya dan Institusi Raja-raja Melayu amnya sebagai pemerintah tertinggi Negara dan juga Negeri-negeri Melayu. Patik juga ingin merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan di atas kepercayaan dan sokongan dalam pelaksanaan penganjuran sambutan Hari Pahlawan ini. Patik juga menghargai segala bentuk kerjasama dan bantuan daripada jabatan-jabatan persekutuan yang terlibat. Marilah kita sama-sama berdoa agar sentiasa berada di bawah lembayung keberkatan dan kerahmatan Allah Subhanawataala. InsyaAllah. Wabilah Hitaufik Wal Hidayah.

YDH DATO’ PAHLAWAN HASNAN BIN HASSAN DPTS, DPSK, DIMP, KMN, SAP, SMP, PSPP

7


Hari Pahlawan H

ari Pahlawan adalah hari yang mengingatkan kita kepada segala jasa dan pengorbanan yang telah diberikan oleh pahlawan-pahlawan negara, khususnya mereka yang telah berkhidmat di dalam pasukan keselamatan, di dalam memperjuangkan kemerdekaan dan mempertahankan kedaulatan negara. Sesungguhnya, Hari Pahlawan hendaklah diraikan dengan penuh pengertian oleh seluruh rakyat negara ini sebagai menyuntik semangat patriotisme bangsa. Pengorbanan para pahlawan kita telah merupakan sebahagian dari sejarah negara. Negara kita mungkin tidak banyak melalui sejarah peperangan sepertimana negara-negara lain. Namun, negara kita mempunyai banyak sejarah pengorbanan yang dilalui oleh pejuangpejuang bangsa. Di dalam era kemerdekaan kini, peringatan Hari Pahlawan hendaklah juga merangkumi peringatan kepada pejuang-pejuang negara yang telah menentang penjajah bagi menghasilkan kemerdekaan kepada bumi tercinta ini.

8

Hari Pahlawan bukanlah hari untuk kita menanam atau memperbaharui semangat dendam terhadap musuh-musuh lama negara. Hari Pahlawan adalah hari merayakan kedamaian dan hari peringatan kesyukuran bagi seluruh rakyat kita.

Pahlawan Negara bukan hanya mereka yang mendapat pingat keberanian semata-mata. Biarpun, Leftenan Adnan, Kanang Anak Langkau dan Kapten Chandran adalah di antara nama-nama yang sering dikenang sebagai pahlawan dengan pingat keberanian, kita juga tidak melupakan segala jasa dan pengorbanan “The Unsung Heroes� dan perwira yang tidak dikenali. Setiap peperangan ada permulaan dan pengakhirannya. Namun, jasajasa pahlawan akan terus kekal dipersada negara. Justeru, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk mengenang kembali jasa dan bakti mereka pada Hari Pahlawan dengan menghulurkan bantuan kepada pahlawan-pahlawan kita dan keluarga mereka. Bersamalah kita membantu mereka. Pahlawan, Jasamu Sentiasa Dikenang


HARI PAHLAWAN

Peringkat Negeri Perak Darul Ridzuan 2017

Detasmen LAYOUT PLAN VVIP DAN DETASEMAN DI DATARAN BANGUNAN PERAK DARUL RIDZUAN PENGAKAP

PANDU PUTERI

ASKAR WATANIAH PVATM

APMM

BOMBA

TENTERA DARAT

ST JOHN AMBULAN

BULAN SABIT

TENTERA LAUT

TENTERA UDARA

KADET UDARA

RELA

APM

PSP

PANCARAGAM AKADEMI TENTERA UDARA (ATU)

KADET BOMBA

KADET POLIS

KADET DARAT

PDRM (TUGAS AM)

PDRM (PGK )

PDRM (PGA)

PBPM

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX KAWALAN KEHORMATAN

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

X

X

KETUA POLIS PERAK

PENGERUSI PVATM

ORANG KAYA BENDAHARA

YTM RAJA KECIL TENGAH

DYAM RAJA DIHILIR

DYMM SULTAN

DYTM RAJA MUDA

YAB MENTERI BESAR

YTM RAJA KECIL BONGSU

YB SUK PERAK

KOMANDER APMM

KOMANDAN PLPGU

KOMANDER BDE UTARA PGA

PANGLIMA ARMADA BARAT

PANGLIMA 2 BDE

KOMANDER 69 KOMANDO PGK

KOMANDAN AKADEMI TENTERA UDARA

PENGERUSI PBPM

9


Susunan Acara MAJLIS PERHIMPUNAN

Sempena Sambutan Hari Pahlawan Peringkat Negeri Perak Darul Ridzuan Tahun 2017 2 Oktober 2017 Jam 8.15 Pagi, Di Dataran Bangunan Perak Darul Ridzuan

10

8.15 pagi

Kontinjen-kontinjen Perbarisan mengambil tempat di Dataran SUK.

8.30 pagi

Ketibaan Dif-dif jemputan

8.35 pagi

Kawalan Kehormatan Utama mengambil tempat

8.40 pagi

Ketibaan YBhg Panglima Markas 2 Briged

Ketibaan YBhg Panglima Armada TLDM

Ketibaan YDH Ketua Polis Perak

8.45 pagi

Ketibaan YAB Menteri Besar Perak Darul Ridzuan

8.50 pagi

Keberangkatan DYAM Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan

8.55 pagi

Keberangkatan DYTM Raja Muda Perak Darul Ridzuan

9.00 pagi

Keberangkatan DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan

Perbarisan Memberi Hormat DiRaja - Lagu Kebesaran Negeri Perak dimainkan

Pemeriksaan Kawalan Kehormatan Utama oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak

Tiupan ‘Last Post’ dan Bendera Malaysia diturunkan

Bacaan Doa Khas

Deklamasi Sajak dengan diiringi lagu ‘Pahlawanku’

Tiupan ‘Rouse’ dan Bendera Malaysia dinaikkan semula

Lagu Kebesaran Negeri Perak dimainkan

Kawalan Kehormatan Utama keluar Medan

Majlis Santapan / Jamuan Ringan di Dewan Bankuet


HARI PAHLAWAN

Peringkat Negeri Perak Darul Ridzuan 2017

Susunan Acara MAJLIS SANTAPAN

Sempena Sambutan Hari Pahlawan Peringkat Negeri Perak Darul Ridzuan Tahun 2017 2 Oktober 2017, Di Dewan Bankuet Bangunan Perak Darul Ridzuan

10.30 pagi  Keberangkatan DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan bersama DYTM Raja Muda Perak Darul Ridzuan dan DYAM Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan diiringi YAB Menteri Besar Perak Darul Ridzuan dan Dif-dif jemputan ke Dewan Bankuet Bangunan Perak Darul Ridzuan

Bacaan Doa

Majlis Santapan / Jamuan Makan

Segmen Hiburan / Persembahan Sajak / Tayangan Video

11.00 pagi  DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan berangkat meninggalkan majlis

DYTM Raja Muda Perak Darul Ridzuan berangkat meninggalkan majlis

DYAM Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan berangkat meninggalkan majlis

YAB Menteri Besar Perak Darul Ridzuan meninggalkan majlis

Majlis bersurai.

11


Jawatankuasa Perhimpunan

Sempena Sambutan Hari Pahlawan Peringkat Negeri Perak Darul Ridzuan Tahun 2017 Penaung YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan Pengerusi • YDH Ketua Polis Perak • Timbalan SUK Negeri Perak (Pengurusan) Urusetia • Ketua Jabatan Pengurusan PDRM Perak • Pejabat SUK Negeri Perak Bendahari • Ketua Jabatan Sumber Strategik & Teknologi PDRM Perak (KJStaRT) • Pegawai Kewangan Negeri Perak Jemputan/Resepsi/Protokol • Ketua Cawangan Khas PDRM Perak • Ketua Protokol & Istiadat Negeri Perak Kawalan Kehormatan Utama & Detasemen Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP Unit 5) Bahagian Latihan/Sukan IPK Perak, Jabatan Pengurusan Video Klip / Liputan Gambar / Audio Visual / Rakaman Video • Bahagian D6, IPK Perak, Jabatan Siasatan Jenayah • Urusetia HEA / Pesara IPK Perak, Jabatan Pengurusan Jemputan/Resepsi/Protokol • Bahagian Khidmat Pengurusan SUK Perak • Jabatan Penyiaran Negeri Perak

12

Lalu Lintas Keselamatan, Parkir • Jabatan Siasatan & Pengutakuasaan Trafik PDRM Perak (JSPT) • Ketua Polis Daerah Ipoh Buku Atur Cara / Back Drop / Bunting • Urusetia HEA / Pesara IPK Perak, Jabatan Pengurusan • Ketua Protokol & Istiadat Negeri Perak

Logistik • Ketua Jabatan Sumber Strategik & Teknologi PDRM Perak (KJStaRT) • Jabatan Kerja Raya Negeri Perak • Majlis Bandaran Ipoh (MBI) Pemecah Bendera / Penaik Bendera / Pembuka Pintu • Kem Komandan IPK Perak (Jabatan Pengurusan) • Markas 2 Briged Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Bacaan Doa • Jabatan Integriti & Pemantuhan Standard PDRM Perak (JIPS) • Jabatan Agama Islam Negeri Perak Bugler • Bahagian Latihan / Sukan IPK Perak, Jabatan Pengurusan • Markas 2 Briged Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Pancaragam PDRM • Ketua Siasatan Jenayah Narkotik PDRM Perak • Pengarah Pancaragam PDRM Pengangkutan • Cawangan Pengangkutan IPK Perak, Jabatan Sumber Strategik & Teknologi • Jabatan Pendidikan Negeri Perak (Hal Ehwal Pelajar) Sajian Bahagian Khidmat Pengurusan SUK Perak Holding Room DiRaja • Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah & Keselamatan Komuniti PDRM Perak (KJPJKK) • Jabatan Kerja Raya Negeri Perak • Bahagian Khidmat Pengurusan SUK Perak


HARI PAHLAWAN

Sesi Bergambar Khas Bersama DYMM, DYTM, DYAM • Bahagian D6,Jabatan Siasatan Jenayah PDRM Perak • Ketua Protokol & Istiadat SUK Negeri Perak Seranta • Urusetia HEA / Pesara IPK Perak, Jabatan Pengurusan • Jabatan Penyiaran Negeri Perak Persiapan & Perhiasan Tempat / Pentas / Laluan DiRaja / VIP • Ketua Jabatan Komersil PDRM Perak • Ketua Protokol & Istiadat SUK Negeri Perak • Bahagian Khidmat Pengurusan SUK Perak • Jabatan Kerja Raya Negeri Perak • Majlis Bandaran Ipoh (MBI) Perubatan • Bahagian Kebajikan IPK Perak, Jabatan Pengurusan • Jabatan Kesihatan Negeri Perak • Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Perak Pengacara Majlis • Jabatan Siasatan Jenayah PDRM Perak • Jabatan Penerangan Negeri Perak Siaraya / PA Sistem / Bantuan Teknikal • Teknologi Sumber Maklumat (TSM) IPK Perak • Jabatan Penerangan Negeri Perak Jemputan Media & Hebahan • Urusetia HEA / Pesara IPK Perak, Jabatan Pengurusan • Jabatan Penerangan Negeri Perak Penginapan Ketua Polis Daerah Ipoh Deklamasi Sajak PDRM

Peringkat Negeri Perak Darul Ridzuan 2017

Jawatankuasa Majlis Santapan Sempena Sambutan Hari Pahlawan Peringkat Negeri Perak Darul Ridzuan Tahun 2017 Penaung YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan Pengerusi • YDH Ketua Polis Perak • Timbalan SUK Negeri Perak (Pengurusan) Urusetia • Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah & Keselamatan Komuniti PDRM Perak (KJPJKK) • Ketua Protokol & Istiadat SUK Negeri Perak Bendahari • Ketua Jabatan Sumber Strategik & Teknologi PDRM Perak (KJStaRT) • Pegawai Kewangan Negeri Perak • Ketua Protokol & Istiadat Negeri Perak Jemputan/Resepsi/Protokol • Ketua Cawangan Khas PDRM Perak • Ketua Protokol & Istiadat Negeri Perak Video Klip / Liputan Gambar / Audio Visual / Rakaman Video • Bahagian D6, IPK Perak, Jabatan Siasatan Jenayah • Urusetia HEA / Pesara IPK Perak, Jabatan Pengurusan • Bahagian Khidmat Pengurusan SUK Perak Buku Atur Cara / Back Drop • Urusetia HEA / Pesara IPK Perak, Jabatan Pengurusan Logistik • Ketua Jabatan Sumber Strategik & Teknologi PDRM Perak (KJStaRT) • Jabatan Kerja Raya Negeri Perak • Majlis Bandaran Ipoh (MBI)

13


Jawatankuasa Majlis Santapan Sempena Sambutan Hari Pahlawan Peringkat Negeri Perak Darul Ridzuan Tahun 2017

Bacaan Doa • Jabatan Integriti & Pemantuhan Standard PDRM Perak (JIPS) • Jabatan Agama Islam Negeri Perak Sajian Bahagian Khidmat Pengurusan SUK Perak Holding Room DiRaja • Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah & Keselamatan Komuniti PDRM Perak (KJPJKK) • Jabatan Kerja Raya Negeri Perak • Bahagian Khidmat Pengurusan SUK Perak Persiapan & Perhiasan Tempat / Pentas / Laluan DiRaja / VIP • Ketua Jabatan Komersil PDRM Perak • Ketua Protokol & Istiadat SUK Negeri Perak • Bahagian Khidmat Pengurusan SUK Perak • Jabatan Kerja Raya Negeri Perak • Majlis Bandaran Ipoh (MBI)

14

Perubatan • Bahagian Kebajikan IPK Perak, Jabatan Pengurusan • Jabatan Kesihatan Negeri Perak • Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Perak Pengacara Majlis • Jabatan Siasatan Jenayah PDRM Perak • Jabatan Penerangan Negeri Perak Siaraya / PA Sistem / Bantuan Teknikal • Teknologi Sumber Maklumat (TSM) IPK Perak • Jabatan Penerangan Negeri Perak Jemputan Media & Hebahan • Urusetia HEA / Pesara IPK Perak, Jabatan Pengurusan • Jabatan Penerangan Negeri Perak Persembahan • Jabatan Siasatan Jenayah PDRM Perak • Jabatan Kebudayaan Negeri


HARI PAHLAWAN

Peringkat Negeri Perak Darul Ridzuan 2017

Pahlawan

M

erengkok nadi dan sendulah hati Kerana semalam kisah sayu memamah diri Dalam kehitaman sejarah bumi ini Matinya pahlawan kerana bertahan di dada pertiwi Dengan peluru dan darah Dengan keringat yang tumpah. Pahlawan Matimu mati melingkar sejarah Matimu hanya mati pada jasad Dan matimu hanya mati dari jagat. Pahlawan Ketahuilah kamu Bahawa kematianmu Cuma dikenang dalam doa dan restu Cuma diukir nama pada sebuah tugu Dan cuma semusim sekali dibawa berlagu Padalah Biarkan tugu menjadi keramat dan jihad Dan biarkan ia dikenang dengan tekad Bahawa kami penyambung wasiat Bisa ada warisan dalam darah Dalam sejarah. Pahlawan Kami anak-anak menggugat zaman Bukan hanya lumrah dengan tekad dan sumpah

Tapi Akan mengukir sejarah sepertimu jua Demi ibu, tanah bertuah kurela rebah Demi ibu, tanah bertuah ku rela menitis darah Pahlawan Hari ini harimu dalam kenangan Kerana jasa dan bakti yang terbilang Kami kenangi dalam sedu dan sumpah hulubalang Pahlawan Semadilah dikau Dengan bunga-bunga di kalungan Lambang kenangan Dan Itulah kurnia yang maha agung kami sembahkan Kerana bintang-bintang kebesaran Sudah tiada bererti padamu Pahlawan Semadi dan semadilah Hingga harimu kemari lagi‌.. (Ciptaan: Mejar (B) Mohamed B. Awang) Deklamasi Sajak Supt Rose Baini bt Hj Kassim Penolong Pengarah (Perolehan) JStaRT, Bukit Aman

15


PENAUNG DAN JAWATANKUASA SAMBUTAN HARI PAHLAWAN PERINGKAT NEGERI PERAK TAHUN 2017

Merafak Sembah Menjunjung Kasih Di Atas Limpah Perkenan DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI SULTAN PERAK DARUL RIDZUAN DULI YANG TERAMAT MULIA RAJA MUDA PERAK DARUL RIDZUAN DULI YANG AMAT MULIA RAJA DIHILIR PERAK DARUL RIDZUAN Sudi Mencemar Duli Berangkat Ke

HARI PAHLAWAN Peringkat Negeri Perak Darul Ridzuan 2017



Wasiat P

ada tarikh 5 Ogos 1957, Duli-Duli Yang Maha Mulia sembilan Raja-Raja Melayu sebagai Raja Pemerintah dari empat “Negeri Melayu Bersekutu” dan lima “Negeri Melayu Tidak Bersekutu” telah memberikan perkenan menurunkan tandatangan persetujuan kepada pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dengan memahat Tujuh Wasiat Raja-Raja Melayu yang berbunyi :

“Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami tujuh perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman dan damai dan selamat sejahtera” Tujuh Perkara Itu Adalah:

PERTAMA:

Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung (PERSEKUTUAN TANAH MELAYU) sekarang dikenali dengan nama MALAYSIA.

KEDUA:

Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunungganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.

KETIGA:

Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kami serta harta hak milik kamu, kami tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.

KEEMPAT:

Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJARAJA MELAYU memerintah negara ini.

KELIMA:

Kami isytiharkan ISLAM adalah Agama Persekutuan.

KEENAM:

Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU.

KETUJUH:

Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN. (Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

Wasiat ini dihasilkan atas kehendak Raja-Raja Melayu untuk mengekalkan kesinambungan sejarah, kedaulatan dan kuasa politik Melayu (yang terletak pada Raja-Raja Melayu) kepada kesinambungan kedaulatan negara yang terletak kepada Raja-Raja Melayu serta mendapat penerimaan rakyat (consensus) melalui wakil-wakil sah yang mempunyai locus standi, maka Perlembagaan Persekutuan mempunyai fasal-fasal tertentu. Fasal-fasal tersebut adalah Perkara 3 (1), (2), (3), dan (5); Perkara 11, Perkara 12, Perkara 38 (5); Perkara 152, Perkara 153, dan Perkara 181 (1). Fasal-fasal ini memerlukan izin Majlis-Majlis Raja-Raja Melayu untuk sebarang pindaan perlembagaan Parlimen dibenarkan berkuat kuasa.


HARI PAHLAWAN

Peringkat Negeri Perak Darul Ridzuan 2017

Catatan

19


Catatan

20




Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.