Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 2018, Malaysia

Page 1





KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG XV SULTAN MUHAMMAD V D.K., D.K.M., D.M.N., D.K. (Selangor)., D.K. (Negeri Sembilan)., D.K. (Johor)., D.K. (Perak)., D.K. (Perlis)., D.K. (Kedah)., D.K. (Terengganu)., S.P.M.K., S.J.M.K., S.P.K.K., S.P.S.K., S.P.J.K.


Majlis Sambutan Ma‘al Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1440H/2018M

Perutusan YAB PERDANA MENTERI

A

lhamdulillah, setinggi-tinggi pujian hanya kepada Allah SWT Pentadbir sekalian alam. Selawat dan salam buat Baginda Rasulullah SAW, ahli keluarga dan seluruh sahabat Baginda SAW yang telah berjuang sepenuh jiwa dalam menegakkan agama Islam yang tercinta ini.

4

Sambutan Ma‘al Hijrah menyingkap dan mengingatkan kita tentang sejarah penghijrahan Rasulullah SAW dan para sahabat dari Kota Makkah ke Kota Madinah, di mana Piagam Madinah menjadi asas dalam usaha untuk memperteguhkan hubungan sesama umat dan semestinya ia membawa rahmat ke seluruh alam. Semangat persaudaraan di antara golongan Ansar dan Muhajirin telah memperlihatkan keindahan Islam sebagai agama yang penuh dengan kasih sayang, bertoleransi dan saling hormat-menghormati antara satu sama lain. Hal ini membuktikan kehebatan dan kebijaksanaan Rasululllah SAW dalam menjalinkan persaudaraan antara kedua golongan tersebut dan akhirnya melahirkan umat yang bersatu-padu, aman dan harmoni serta berpaksikan aqidah yang teguh. Peristiwa ini menunjukkan Islam dapat menyatupadukan semua lapisan masyarakat tanpa mengira budaya, agama dan bangsa. Dalam konteks masyarakat hari ini, tidak dapat disangkal terdapat pelbagai cabaran dalam perpaduan antara umat. Pendekatan yang berhikmah mampu mengubah masyarakat agar Islam dilihat sebagai pembawa rahmat untuk seluruh alam. Jika diteliti dan diperhati, risalah yang dibawa


MENYANTUNI UMAT MEMBAWA RAHMAT

oleh Baginda SAW sama ada berasaskan al-Quran dan as-Sunnah masih lagi belum dipraktikkan sepenuhnya oleh masyarakat pada hari ini. Melihat keadaan ini, saya percaya agensi-agensi yang dipertanggungjawabkan dalam hal ehwal agama mampu memainkan peranan secara efektif dan efisyen bagi memartabatkan Islam sebagai agama persekutuan. Kerajaan pada hari ini amat komited dalam mendukung agenda agama untuk memartabatkan agama Islam berlandaskan Perlembagaan Persekutuan Perkara 3(1) yang memperuntukkan “Islam ialah agama bagi Persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan�. Justeru, saya menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk mendepani cabaran dalam merealisasikan gagasan Malaysia Baharu. Kerjasama dari semua pihak amatlah perlu supaya kita dapat bersama-sama membangun dan membina negara yang lebih baik, menjaga hubungan sesama kaum dan mengekalkan keharmonian negara ini.

Sekian, wassalam.

Tun Dr. Mahathir bin Mohamad

5


Majlis Sambutan Ma‘al Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1440H/2018M

Perutusan

YB MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

A

lhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjangkan ke hadrat llahi kerana atas limpah kurnia-Nya dapat kita mengadakan Majlis Sambutan Ma‘al Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1440H/2018M. Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan hati-hati kita dengan hidayah-Nya, dan menjadikan kita sebaik-baik umat melalui syariat-Nya. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, kaum keluarga dan para sahabat baginda yang diredhai Allah SWT. Mennelusuri sejarah penghijrahan baginda Nabi Muhammad SAW dari Kota Makkah ke Kota Madinah, pelbagai mehnah dan rintangan yang dihadapi baginda demi memastikan dakwah Islamiyah terus berkembang. Sejarah membuktikan bagaimana baginda Nabi Muhammad SAW telah menyantuni kabilah-kabilah Arab sehingga mampu membina sebuah negara bangsa yang berjaya berlandaskan Sahifah Madinah.

6

Islam merupakan sebuah agama yang bersifat Rahmatan Lil ‘Alamin. Islam juga merupakan agama perdamaian yang penuh dengan toleransi, kelembutan dan kasih sayang.


MENYANTUNI UMAT MEMBAWA RAHMAT

Firman Allah SWT dalam surah al-Anbiya’ ayat 107 yang berbunyi:

Maksudnya: “Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam”. Bersesuaian dengan tema sambutan pada tahun ini iaitu “Menyantuni Umat Membawa Rahmat”, masyarakat yang hidup dalam kepelbagaian bangsa, bahasa dan etnik perlu menghayati sifat menyantuni antara satu sama Iain dengan penuh kasih sayang dan saling hormat-menghormati dalam usaha mempertahankan keharmonian yang telah dikecapi sekian lama. Perbezaan pandangan dan pegangan perlu dilihat sebagai titik pertemuan yang menyatukan, agar keputusan dan tindakan yang dibuat berlandaskan syariat Islam dapat memberi manfaat kepada semua pihak. Di kesempatan ini, saya mengucapkan penghargaan dan tahniah kepada semua ahli jawatankuasa khususnya JAKIM selaku Urus Setia Induk dan semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan Majlis Sambutan Ma‘al Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1440H/2018M. Adalah diharapkan agar majlis ini dapat dilaksanakan dengan cemerlang. Akhir kalam, marilah kita sama-sama bersatu hati demi mempertingkatkan keamanan dan keharmonian dengan semangat hijrah dalam suasana Malaysia Baharu. Semoga segala usaha dan tenaga yang telah dikorbankan membuahkan hasil yang positif ke arah masyarakat yang lebih harmoni. Sekian, wassalam.

7 Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof


Majlis Sambutan Ma‘al Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1440H/2018M

Perutusan

YBHG KETUA PENGARAH JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

A

lhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dirafa’kan ke hadrat Allah SWT atas limpahan rahmat dan inayah-Nya jua dapat kita berkumpul bagi menyambut satu peristiwa penting dalam kalendar Islam iaitu Sambutan Ma‘al Hijrah Tahun 1440H/2018M. Sambutan Ma‘al Hijrah ini menjadi mercu tanda kepada masyarakat Islam di negara ini dan sekali gus memperbaharui azam dan tekad untuk memajukan diri selaras dengan tuntutan syariat. “Menyantuni Umat Membawa Rahmat” menjadi tema pilihan pada sambutan Ma‘al Hijrah kali ini bagi menyemarakkan roh Rahmatan Lil ‘Alamin sepertimana yang telah diperkenalkan oleh Nabi Muhammad SAW dalam menyebar luas mesej Islam kepada semua manusia di seluruh alam. Penganjuran program yang bersifat kerohanian ini memberi satu impak besar kepada umat yang seharusnya dilihat sebagai mempromosikan rahmat dan kasih sayang kepada seluruh umat yang bersifat sejagat.

8

Sebagai sebuah institusi yang terlibat secara langsung dalam pembangunan ummah di negara ini, penglibatan JAKIM pada masa kini amatlah bertepatan dalam menyantuni semua lapisan masyarakat. Ini selari dengan apa yang disarankan di dalam Islam. Usaha ini haruslah dipandang mulia dan wajar mendapat sokongan padu dari seluruh anggota masyarakat.


MENYANTUNI UMAT MEMBAWA RAHMAT

Perbezaan latar belakang agama, bangsa dan sejarah politik tidak harus menjadi alasan untuk kita tidak membina perpaduan yang kukuh dan mempromosikan rahmat serta kasih sayang. Negara yang berjaya adalah negara yang menerapkan nilai murni dan menerima konsep perkongsian dan memahami adanya kepelbagaian budaya, pandangan, identiti dan sejarahnya yang tersendiri. Akhir kata semoga Majlis Sambutan Ma‘al Hijrah Tahun 1440H/2018M ini mampu meningkatkan kesedaran kepada umat Islam betapa pentingnya aspek kesatuan yang berteraskan akidah dan akhlak yang sebenar serta menjadi cerminan ketinggian peribadi dan keunggulan tamadun Islam satu ketika dahulu.

Sekian, wassalam.

Datuk Mohamad Nordin bin Ibrahim

9


Majlis Sambutan Ma‘al Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1440H/2018M

MENYANTUNI UMAT MEMBAWA RAHMAT MENYANTUNI

I

slam menganjurkan umatnya agar berakhlak dan berbudi pekerti mulia dalam setiap perbuatan mahupun tutur kata. Kemuliaan dan kehormatan seseorang itu akan dinilai melalui ketinggian keperibadian akhlaknya. Sering kali umat yang maju dikaitkan dengan mereka yang memiliki keperibadian akhlak yang tinggi sebaliknya umat yang tidak berakhlak akan menyebabkan ia menjadi lemah dan membawa kehancuran.

Nabi Muhammad SAW mengajar kita menyantuni manusia dengan penuh hikmah dan lemah lembut kerana memang secara fitrahnya manusia itu akan tertarik pada mereka yang memberinya keselesaan dan kepercayaan. Oleh itu, sebaiknya yang diajar oleh baginda ialah memberi nasihat bermula dari dalam hati. Nabi SAW bersabda:

Dalam konteks ini, umat Islam adalah diwajibkan mengikuti dan memiliki sifat dan akhlak Nabi Muhammad SAW. Ia merupakan pedoman setiap insan dan perlu dijadikan amalan dalam kehidupan setiap Muslim. Justeru, misi utama perutusan junjungan besar Nabi Muhammad SAW adalah untuk menyempurnakan akhlak manusia. Sebagaimana sabdanya yang diriwayatkan oleh Thabrani bermaksud: “Sesungguhnya aku diutuskan hanyalah menyempurnakan akhlak yang mulia”.

untuk

Keluhuran dan kemuliaan akhlak Rasulullah SAW terbukti melalui sifat baginda yang gemar menyantuni, suka menolong dan belas kasihan sesama manusia. Baginda merapati golongan daif yang hidup dalam kemiskinan, kesengsaraan, kelemahan, ketertindasan dan ketidak berdayaan. Semua ini seharusnya dicontohi umat Islam masa kini dan akan datang.

10

Seni menyantuni manusia ini tersirat di dalamnya beberapa prinsip dakwah yang sangat penting namun sering diambil mudah oleh umat Islam dalam menyeru manusia ke arah akidah yang benar antaranya manusia akan mudah mendengar dan mengikut seruan seseorang yang dilihat sudah mengamalkan apa yang didakwah; bijak menyantuni manusia; menenangkan mad’u (orang yang didakwah); dan pernyataan rasa kebersamaan.

Mafhumnya: “Tiada seorang ketua yang memimpin orang bawahannya dari kalangan Muslimin kemudian dia tidak berusaha bersungguh dalam untuk kebajikan mereka dan tidak memberi nasihat (kepada Islam), kecuali pemimpin ini tidak memasuki syurga”. (Riwayat Muslim) Lantaran itu, sifat lemah lembut dan gagah berani baginda akhirnya dikagumi bahkan berubah menjadi kasih sayang oleh penentangnya. Baginda sanggup berdepan dengan kemarahan kaumnya. Baginda juga tidak mudah melepaskan tangannya ketika bersalaman. Baginda mengasihi kanakkanak dan sentiasa melemparkan senyuman di samping menuturkan kata-kata yang mulia kepada mereka. Persahabatannya yang tulus, pemurah, berani dan cekal yang ada padanya, semua ini menafikan sebarang kritikan dan sebaliknya menzahirkan kekaguman. Semua ini secara tidak langsung menyerlahkan sifat kepimpinan Rasullulah SAW. Corak kepimpinan yang dibawa dalam diri insan yang tersangat mulia ini adalah kepimpinan yang sangat neutral. Nabi Muhammad SAW memimpin seiring dengan ilmu, amal, nilai akhlak yang tinggi serta roh Islam itu sendiri.


MENYANTUNI UMAT MEMBAWA RAHMAT

Oleh itu, kita perlu mengambil kepimpinan dan keperibadian Nabi Muhammad SAW yang mengajar kita menyantuni manusia setiap masa. Amalkanlah dan hidupkanlah sunnahnya, semaikanlah rasa cinta dan sayang kita dengan memperbanyakkan amalan sunnahnya. Dalam menyantuni masyarakat; kefahaman, didikan dan kedudukan yang ada dalam masyarakat adalah tidak sama dan memerlukan metodologi yang berbeza. Memahami kekuatan dan kelemahan masing-masing dan menyantuninya dengan jiwa muafakat yang tinggi adalah jalan terbaik. Setiap manusia berhak untuk disantuni walaupun ada dalam kalangan mereka membuatkan kita marah dan sebagainya. Kesejahteraan negara menuntut keikhlasan dan komitmen semua pihak dalam memastikan semangat perpaduan dan kesefahaman terus segar. Bahkan ia dibina di atas landasan kesederhanaan, kesantunan dan kesatuan dengan satu matlamat ke arah kemajuan dan pembangunan seimbang yang menatijahkan sebuah negara yang sejahtera.

UMAT Perkataan umat berasal daripada kosa kata Arab yang bererti menuju, menumpu, dan meneladani. Ia juga membawa maksud ‘ibu’ dan ‘imam’ iaitu pemimpin kerana keduanya menjadi tauladan, tumpuan pandangan, dan harapan anggota masyarakat. Berdasarkan itu, al-Quran dan al-Hadis tidak membataskan pengertian umat ini hanya untuk kelompok manusia semata-mata tetapi juga mencakupi makhluk yang lain. Firman Allah SWT dalam Surah Al-An’am ayat 38 yang bermaksud: “Dan tidaklah binatang-binatang yang ada di bumi, dan burung-burung yang terbang dengan kedua sayapnya kecuali umat-umat juga seperti kamu” Apa pun ikatan yang menyatukan makhluk samada manusia atau haiwan seperti jenis, suku, bangsa, ideologi, agama dan sebagainya, maka ikatan itu telah menjadikan mereka

11


Majlis Sambutan Ma‘al Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1440H/2018M

12

satu umat. Secara umumnya, perkataan umat merujuk kepada manusia yang taat beragama dan mereka yang ingkar sebagaimana yang dinyatakan dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda yang mafhumnya:

wasatan), supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah SAW (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu”

“Semua umatku masuk syurga, kecuali yang enggan”. Baginda ditanya,“Siapakah yang enggan itu?” Dijawabnya, “Siapa yang taat kepadaku dia akan masuk syurga, dan yang derhaka maka ia telah enggan” . (Riwayat Bukhari)

Kedudukan ummatan wasatan ini menjadikan kita mampu menyatukan aspek rohani dan jasmani, material dan spiritual dalam segala sikap dan aktiviti. Lebih bermakna lagi, kedudukan ini memudahkan umat Islam saling berinteraksi dan berdialog secara terbuka dengan semua pihak.

Ali Syariati dalam bukunya Al-Ummah wa Al-Imamah menyebutkan bahawa perkataan umat adalah himpunan manusiawi yang seluruh anggotanya bersama-sama menuju satu arah, bahu membahu, dan bergerak secara dinamik di bawah kepemimpinan bersama. Justeru, umat Islam disebut oleh al-Quran dalam Surah al-Baqarah ayat 143 sebagai ummatan wasatan yang maksudnya: “Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat yang pilihan lagi adil (ummatan

KRITERIA PENTING SEBAGAI Umat yang terbaik perlu memiliki tiga kriteria penting iaitu Ta’murun bi al-Ma`ruf iaitu menyuruh melakukan kebaikan; Tanhaw `an al-Munkar iaitu mencegah melakukan kemungkaran; dan Tu’minun billah iaitu beriman kepada Allah SWT seperti firman-Nya dalam surah Ali-‘Imran ayat 110.


MENYANTUNI UMAT MEMBAWA RAHMAT

Menyeru kepada perkara yang makruf adalah tugas yang ditinggalkan oleh Nabi SAW untuk menyebarluaskan agama Islam kepada seluruh alam. Umat Islam perlu sedar bahawa mereka adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan untuk membimbing manusia ke arah kemakmuran dan kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat. Islam adalah agama yang membawa rahmat kepada seluruh manusia tanpa mengira pangkat, darjat, keturunan dan bangsa. Kesempurnaan dan kelestarian Islam amat terserlah melalui layanan terhadap semua makhluk Allah SWT di muka bumi ini menerusi hukum hakam dan perundangan yang dibawa. Kehebatan Islam lebih dirasai oleh setiap yang mempercayai, menyakini dan beriman dengan Allah SWT. Kesemua sudut kehidupan dan keadaan diraikan oleh agama yang mulia ini. Islam adalah satu-satunya agama yang diiktiraf oleh Allah SWT. Maka, menjadi tanggungjawab setiap muslim untuk berusaha membawa agama mulia ini agar dapat difahami dengan baik oleh semua manusia lantas menyebabkan mereka berminat untuk mengenali Islam dengan lebih dekat. Justeru, amatlah perlu untuk kita merujuk kembali kepada Islam sebenar berasaskan al-Quran dan al-Hadis untuk menjamin kekuatan umat.

NABI MUHAMMAD SAW ADALAH RAHMAT UNTUK SEKALIAN ALAM Konsep Rahmatan Lil ‘Alamin adalah bersumberkan wahyu Allah SWT dalam Surah al-Anbiya’ ayat 107. Imam Ibn Kathir ketika mentafsirkan ayat ini membawakan hadis daripada Abu Hurairah RA, di mana suatu hari Nabi SAW diminta untuk melaknat dan mencela orang Musyrikin, Nabi SAW yang mulia telah bersabda:

Maksudnya: “Sesungguhnya aku tidak diutuskan untuk menjadi pencela dan pelaknat, sesungguhnya aku diutuskan sebagai rahmat.” Antara faktor dakwah Nabi SAW diterima ramai adalah kerana sikap rahmat, toleransi dan penuh hikmah Baginda SAW. Ini difahami melalui firman Allah SWT dalam Surah Ali-‘Imran ayat 159 bermaksud: “Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan

13


Majlis Sambutan Ma‘al Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1440H/2018M

pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu”. Pelaksanaan hukum dan penguatkuasaan undang-undang yang sinonim dengan kekerasan, jika tanpa disertakan dengan roh kelembutan dan hikmah yang mendidik pasti akan mendatangkan fitnah kepada agama Islam. Lantaran itu, sikap berhati-hati dalam menangani perbezaan dan menanggapi kemajmukan aliran adalah amat dituntut bagi menzahirkan sifat rahmat agama Islam. Kita bertanggungjawab dalam membina imej Islam yang lebih harmoni tanpa menggadaikan prinsip-prinsip asas, membawa naratif Islam yang lebih toleran tanpa mengorbankan ketegasan dalam perkara-perkara pokok yang tidak boleh diambil mudah. Tsawabit (rukun dan asas agama) wajib ditegaskan, manakala al-mutaghayyirat (perkara

14

ranting yang boleh berubah) perlu ditanggapi dengan penuh fleksibel. Tugas dakwah dan tanggungjawab amar maaruf nahi munkar perlu digerakkan atas asas da’wah bil hikmah, mau’izah hasanah dan perdebatan yang sihat, sesuai dengan pesanan Allah SWT melalui Surah an-Nahl ayat 125 bermaksud: “Serulah ke jalan Tuhanmu dengan hikmat dan nasihat pengajaran yang baik, dan bahaskanlah mereka secara yang baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalan-Nya, dan Dialah yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat petunjuk”. Naratif Islam yang baharu dan segar itu asasnya ialah fiqah kewarganegaraan (fiqh muwathonah), maqasid syariah sebagai tujuan tertinggi syarak dan Perlembagaan Persekutuan yang menjadi asas perpaduan seluruh rakyat Malaysia.


MENYANTUNI UMAT MEMBAWA RAHMAT

HIJRAH RASULULLAH SAW KE MADINAH Awal Muharam yang menandakan awal tahun Hijrah mempunyai pengertian yang amat besar bagi umat Islam. Hijrah Rasulullah SAW dari Kota Makkah ke Kota Madinah adalah satu rancangan strategik dalam menyusun strategi bagi mempertahankan agama Allah, menjamin keselamatan dan kemenangan Islam, serta memelihara nilai-nilai murni Islam untuk jangka panjang. Hijrah Rasulullah SAW menandakan titik transformasi dalam kemajuan umat Islam. Hijrah melahirkan satu sistem hidup bermasyarakat yang sempurna dan menyaksikan transformasi kekuatan umat Islam daripada satu umat yang lemah kepada satu umat yang mantap, bertenaga dan berkemampuan tinggi. Islam telah berjaya membangunkan sebuah masyarakat dengan sistem pemerintahan tersendiri yang menjamin keselamatan umat Islam serta bukan Islam. Satu tamadun

dan peradaban yang tinggi telah dapat dilahirkan dalam satu tempoh yang singkat. Pada hari ini, tuntutan hijrah bukan lagi sekadar perpindahan dari satu tempat ke satu tempat yang lain tetapi ianya adalah suatu tranformasi atau perubahan minda dan budaya hidup yang berteraskan ajaran Islam yang sebenar-benarnya. Memperingati peristiwa Ma‘al Hijrah menuntut umat Islam agar menghayati sebenar-benarnya akhlak Rasulullah SAW. Sesungguhnya perjalanan hidup Rasulullah SAW ini merupakan khazanah yang tidak ternilai kepada umat Islam dari satu generasi ke satu generasi. Justeru hari ini, kita sebagai umat terakhir dituntut untuk memahami tugas yang diamanahkan kepada kita iaitu menyeru kepada al-khair (Islam) berkonsepkan kesederhanaan, mematuhi maqasid syariah, menyantuni manusia dengan amar ma’ruf dan menghalang dari kemungkaran. Inilah misi besar yang didukung oleh umat Islam sepanjang zaman.

15


Majlis Sambutan Ma‘al Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1440H/2018M

Sepintas lalu

16

Majlis Sambutan Maal Hijrah 1439H/2017M


MENYANTUNI UMAT MEMBAWA RAHMAT

17


Majlis Sambutan Ma‘al Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1440H/2018M

Pengertian logo Ma‘al Hijrah Huruf

bermakna Hijrah

Warna biru bermakna persaudaraan

Bulatan melambangkan glob dunia. la dilingkari sarang labah-labah yang mengungkit peristiwa dramatik dan mendebarkan, iaitu ketika Rasulullah SAW bersama sahabat karibnya Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq bersembunyi di dalam gua ketika berhijrah dari Makkah ke Madinah. Warna merah bermakna semangat pengorbanan Warna kuning bermakna keagungan

Huraian 18

Warna putih bermakna fitrah manusia yang suci dan bersih

P

eristiwa Rasulullah SAW bersama-sama Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq berhijrah dari Kota Makkah ke Kota Madinah sebagaimana yang dilambangkan dengan sarang labah-labah dalam logo di atas merupakan kemuncak penghijrahan kaum Muhajirin yang tiada tolok bandingnya dalam sejarah tamadun manusia. Ini dilambangkan dengan huruf berwarna merah. Peristiwa tersebut merupakan suatu ikatan yang memecahkan tembok bangsa, kaum, kabilah dan adat resam. Ini dilambangkan dengan huruf berwarna biru. Pengorbanan yang besar kerana agama dan perpaduan umat Islam telah mencetuskan keagungan Islam dan umatnya yang seterusnya membawa cahaya kemajuan dan tamadun ke seluruh dunia. Ini dilambangkan dengan warna kuning yang meliputi bulatan bumi (glob).


MENYANTUNI UMAT MEMBAWA RAHMAT

Susunan Acara Majlis 4.30 petang  Ketibaan Tetamu Jemputan 5.30 petang  Ketibaan Dif-Dif Jemputan 6.00 petang  Bual Bicara Ma‘al Hijrah 1440H 6.50 petang  Ketibaan YAB Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail, Timbalan Perdana Menteri dan YABhg. Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim 6.55 petang  Ketibaan YAB Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri dan YABhg. Tun Dr. Siti Hasmah binti Haji Mohd Ali 7.00 petang  Keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V 7.10 malam

 Bacaan Doa Akhir Tahun 1439H

7.17 malam

 Azan Maghrib

 Bacaan Doa Awal Tahun 1440H

 Solat Maghrib

 Bacaan Yaasin dan Doa Selamat

 Sembah Ucapan Aluan YB Dato’ Dr. Mujahid bin Yusof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Majlis Sambutan Ma‘al Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1440H/2018M

 Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V

 Pengumuman dan Persembahan Video Tokoh Ma‘al Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1440H/2018M Upacara Pengurniaan Anugerah Tokoh Ma‘al Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1440H/2018M

 Solat Isyak

9.00 malam

 Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V berangkat meninggalkan majlis

 YAB Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri dan YABhg. Tun Dr. Siti Hasmah binti Haji Mohd Ali meninggalkan majlis

 YAB Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail, Timbalan Perdana Menteri dan YABhg. Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim meninggalkan majlis

 Majlis bersurai

19


Majlis Sambutan Ma‘al Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1440H/2018M

Anugerah Tokoh Ma‘al Hijrah (Kebangsaan) Tahun 1439H/2017M

YBHG TUN DATUK SERI PANGLIMA HAJI SAKARAN BIN DANDAI Biodata Penerima Anugerah Tokoh Ma’al Hijrah (Kebangsaan)

20

un Datuk Seri Panglima Haji Sakaran bin Dandai dilahirkan pada 15 April 1930 di Kampung Air, yang terletak di persisiran pantai Daerah Semporna, iaitu sebuah perkampungan orang Bajau. Nama asal Tun Sakaran ialah Hashim (kemudian dinamakan Sakaran). Ayah beliau ialah Dandai bin Ajibuddin bin Jamaluddin, keturunan Bajau. Tun mempunyai sembilan orang adik-beradik iaitu dua orang lelaki dan tujuh orang perempuan. Tun Sakaran telah mendirikan rumah tangga dengan Toh Puan Hajah Siti Rukaiyah binti Datuk Panglima Abdullah. Mereka dikurniakan dua belas orang anak termasuk tujuh orang anak daripada perkahwinan pertamanya, (isteri pertamanya bernama Halimah meninggal dunia pada tahun 1964).


MENYANTUNI UMAT MEMBAWA RAHMAT

Anak-anak mereka bernama Asiah, Asmah, Nasir, Aisah, Hj. Omar, Hj. Abdul Rahman, Hj. Jamal, Shamsiah, Hajah Saleha, Hj. Mohd. Suffian, Hj. Razak dan Hj. Mohd Arif. Tun Sakaran mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Semporna (1937-1941). Pada masa pendudukan Jepun, beliau sempat belajar dalam persekolahan Jepun dan menyambung semula di Government Vernacular School, Semporna. Selain itu, beliau juga mendalami bidang agama dari 1945-1948. Antara guru-guru agama yang pernah mengajarnya ialah ulama dari Arab, Indonesia dan orang tempatan. Tun Sakaran memulakan tugas dalam perkhidmatan awam sebagai Kerani Anak Negeri (Native Clerk) di Pejabat Daerah Semporna pada 31 Ogos 1948. Pada tahun 1950, Tun Sakaran telah ditukarkan oleh Kerajaan British untuk bertugas di Pulau Tambisan, Lahad Datu. Beliau kemudiannya ditukar ke Semporna dan pada tahun 1958 telah sekali lagi ditukarkan ke Pejabat Daerah Tuaran (Pejabat Tanah). Pada awal tahun 1959, beliau ditukar kembali ke Semporna dan menjawat jawatan Pemangku Kerani Besar. Pada awal tahun 1960, Tun Sakaran telah dilantik menjadi Ketua Anak Negeri (Native Chief) di Semporna. Jawatan ini merupakan salah satu daripada jawatan tertinggi yang dapat dicapai oleh kalangan peribumi semasa pemerintahan British di Sabah. Tun Sakaran merupakan Ketua Anak Negeri yang paling muda pada masa itu. Beliau selalu memberi perhatian terhadap pembangunan pendidikan di Semporna, khasnya kerana pada masa itu hanya 35% kanak-kanak dalam lingkungan umur bersekolah dihantar ke sekolah. Beliau kemudiannya telah membantu dalam mendirikan lebih banyak Sekolah Rakyat untuk meningkatkan taraf pendidikan penduduk Semporna. Tun Sakaran juga amat berjasa dalam mengasaskan pembukaan Rancangan Pulau Semporna, Mentaritip Pegagau dan Lihak-lihak. Dalam kesempatan inilah beliau banyak menimba ilmu pengetahuan dan pengalaman sebagai pentadbir dan pemimpin. Beliau terus berkhidmat sehingga bersara daripada perkhidmatan awam pada tahun 1967. Tun Sakaran pernah menyandang beberapa jawatan penting dalam Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA). Beliau turut melibatkan diri dalam khidmat kebajikan dan telah mengilhamkan penubuhan Yayasan SABDI. Matlamat utama penubuhan Yayasan SABDI adalah untuk berkhidmat kepada masyarakat, khususnya masyarakat Islam demi meningkatkan taraf sosioekonomi dan pendidikan serta menyebar kesusasteraan Islam khususnya di Semporna dan amnya keseluruh negeri. Pada 1 Januari 1995, Tun Datuk Seri Panglima Haji Sakaran bin Dandai telah dilantik sebagai Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah Ke-8 dan perkhidmatannya untuk penggal kedua telah disambung berkuatkuasa dari 1 Januari 1999 sehingga 31 Disember 2002.

21


Majlis Sambutan Ma‘al Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1440H/2018M

Senarai Nama Penerima Tokoh Ma‘al Hijrah Kebangsaan Tahun 1427H/2006M hingga 1439/2017M 1. 1427H/2006M

1 Prof. Dr. Mohd Yusof bin Haji Othman 2 Dato’ Haji Mustapha Ma

2. 1428H/2007M

1 Tan Sri Dato’ Muhammad Ali Hashim 2 Yang Amat Arif Datuk Sheikh Ghazali Abdul Rahman

3.

1429H/2008M

4. 1430H/2009M

1 S.S Dato’ Seri Hj. Harussani bin Zakaria 2 Prof. Dr. Wahbah Zuhayli

5. 1431H/2009M

1 Tan Sri Dr. Mohd. Yusof Noor 2 Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradawi

6.

1432H/2010M

7. 1433H/2011M 8.

22

Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary

1434H/2012M

Tan Sri Datuk Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz 1 Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin 2 Dr. Fouad bin Abdul Salaam bin Muhammad al-Farisi Tan Sri Dr. Abdul Hamid Othman

9. 1435H/2013M

1 Tan Sri Abdul Hamid Zainal Abidin 2 Dr. Zakir Abdul Karim Naik

10. 1436H/2014M

Tan Sri Sheikh Ghazali bin Abdul Rahman

11. 1437H/2015M

Tun Abdul Hamid bin Mohamad

12. 1438H/2016M

Tun Dato’ Seri (Dr.) Ahmad Fairuz bin Sheikh Abdul Halim

13. 1439H/2017M

Tun Datuk Seri Panglima Hj. Sakaran bin Dandai


MENYANTUNI UMAT MEMBAWA RAHMAT

Lagu Tema Ma‘al Hijrah Satu Muharram Detik Permulaan Perkiraan Tahun Islam Hijrah

Perpindahan Nabi Dan Umat Islam

Dari Kota Makkah Ke Kota Madinah Atas Keyakinan Dan Iman Yang Teguh Kaum Muhajirin Dan Ansar Bersatu Rela Berkorban Harta Dan Nyawa Demi Menegakkan Islam Tercinta Hijrah Itu Pengorbanan Hijrah Itu Perjuangan

Hijrah Itu Persaudaraan

Hijrah Membentuk Perpaduan Oleh Itu Mari Semua

Kita Sambut Ma‘al Hijrah

Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam Untuk Sepanjang Zaman

23


Doa Akhir Tahun


Doa Awal Tahun


Majlis Sambutan Ma‘al Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1440H/2018M

Ahli Jawatankuasa Induk PENGERUSI YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri SETIAUSAHA Ketua Pengarah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) PENGERUSI-PENGERUSI JAWATANKUASA JAWATANKUASA PERHIMPUNAN, PERSEMBAHAN KHAS DAN PERJALANAN MAJLIS (URUS SETIA INDUK) Bahagian Perhubungan, JAKIM JAWATANKUASA SAMBUTAN VVIP, VIP DAN PROTOKOL Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa (BIUPA), JPM JAWATANKUASA PENERANGAN DAN SERANTA Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia

26

JAWATANKUASA BUKU CENDERAMATA Jabatan Penerangan Malaysia JAWATANKUASA KESELAMATAN DAN LALU LINTAS Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur


MENYANTUNI UMAT MEMBAWA RAHMAT

JAWATANKUASA PEMILIHAN TOKOH Bahagian Perancangan dan Penyelidikan, JAKIM JAWATANKUASA JEMPUTAN VVIP DAN VIP Bahagian Perhubungan, JAKIM JAWATANKUASA JEMPUTAN KONTINJEN DAN AWAM Bahagian Dakwah, JAKIM JAWATANKUASA PENERBITAN KHAS Bahagian Penerbitan, JAKIM JAWATANKUASA JAMUAN DAN KERAIAN Bahagian Kemajuan Islam, JAKIM JAWATANKUASA PENYIARAN, PENYEDIAAN PENTAS DAN PERHIASAN Bahagian Media, JAKIM JAWATANKUASA HADIAH DAN CENDERAMATA Unit Komunikasi Korporat, JAKIM JAWATANKUASA PENGANGKUTAN Jabatan Pengangkutan Jalan JAWATANKUASA KEBAJIKAN DAN PERTOLONGAN CEMAS Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, JAKIM JAWATANKUASA KEWANGAN Bahagian Kewangan, JAKIM JAWATANKUASA PERSIAPAN TEMPAT DAN TEKNIKAL Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

27


Penghargaan Majlis Sambutan Ma‘al Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1440H/2018M ISTANA NEGARA JABATAN PERDANA MENTERI KEMENTERIAN KEWANGAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA KEMENTERIAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA KEMENTERIAN PERTAHANAN KEMENTERIAN KERJA RAYA MALAYSIA LEMBAGA TABUNG HAJI POLIS DIRAJA MALAYSIA JABATAN PENYIARAN MALAYSIA JABATAN PENERANGAN MALAYSIA JABATAN PENGANGKUTAN JALAN JABATAN KESIHATAN WILAYAH PERSEKUTUAN JABATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA PERBADANAN KEMAJUAN FILEM NASIONAL MALAYSIA PERTUBUHAN AKHBAR, BERITA DAN PIHAK MEDIA SYARIKAT SWASTA DAN ORANG PERSEORANGAN

Serta semua pihak yang telah memberikan kerjasama dan sokongan dalam menjayakan Majlis Sambutan Ma‘al Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1440H/2018M




Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.