KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG AL-SULTAN ABDULLAH RI'AYATUDDIN AL-MUSTAFA BILLAH SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN HAJI AHMAD SHAH AL-MUSTA'IN BILLAH
KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA RAJA PERMAISURI AGONG TUNKU HAJAH AZIZAH AMINAH MAIMUNAH ISKANDARIAH BINTI ALMARHUM AL-MUTAWAKKIL ALALLAH SULTAN ISKANDAR AL-HAJ
Perutusan
YAB Perdana Menteri Sempena Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan Tahun 1441H/2019M
A
Ketinggian akhlak Rasullullah SAW yang mulia dalam kehidupan seharian serta sifat kasih dan toleransi Baginda telah memperlihatkan kebaikan Islam secara meluas.
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat Baginda.
Hasilnya, kelompok Islam yang minoriti di Madinah bertukar menjadi kumpulan majoriti kerana Islam dianuti atas kekuatan dan kebaikan akhlak yang terpuji di kalangan penganutnya.
lhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana atas limpah kurnia-Nya, sekali lagi kita dapat menjayakan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan bagi Tahun 1441H/2019M.
8
Sepertimana kita sedia maklum, penganjuran majlis memperingati kelahiran Baginda SAW ini adalah penzahiran kasih sayang dan sanjungan tinggi kepada kekasih Allah. Sirah Rasullullah SAW memperlihatkan aspek perpaduan dan akhlak mulia menjadi ciri utama dalam peristiwa hijrah ke kota Madinah. Perpaduan dalam erti kata mewujudkan persefahaman dalam kalangan masyarakat tanpa mengira bangsa, kaum dan agama agar mentaati pentadbiran yang diketuai oleh Baginda SAW.
NEGARA RAHMAH UMMAH SEJAHTERA
Mengikut dan menghayati sunah lambang kecintaan kita kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW adalah sesuatu yang mulia. Sebagai umat yang benar-benar cinta dan kasih kepada Rasullullah SAW, kita perlu terus berusaha untuk menteladani serta menuruti sunah Baginda seperti yang difirmankan oleh Allah SWT dalam surah al-Ahzab ayat 21 yang bermaksud: “Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang
Sambutan
yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyakbanyak (dalam masa susah dan senang)�.1 Bersempena tema sambutan pada kali ini “Negara Rahmah Ummah Sejahtera� saya mengharapkan usaha untuk meningkatkan kefahaman berkaitan ajaran Islam yang sebenar terus dilipat-ganda dan dipergiat dengan pendekatan-pendekatan yag sesuai. Ini penting bagi membuktikan bahawa rakyat dapat menjalani kehidupan yang sejahtera dinaungi oleh agama Islam yang membawa rahmat kepada semua. Kita sebut agama Islam yang sebenar kerana terdapat banyak tafsiran dan ajaran Islam yang disalah tafsir dipengaruhi oleh kepentingan lain. Inilah yang menyebabkan umat Islam berpecah dan berpuak-puak. Kita wajar menghargai kemajmukan, melestarikan kehidupan dalam kedamaian 1
Surah al-Ahzab:21, Tafsir Pimpinan Ar-Rahman
MaulidurRasul
SAW Peringkat Kebangsaan 2019
serta memelihara hubungan antara kaum dan agama. Ciri-ciri ini boleh dicapai dengan menitikberatkan ajaran Islam dalam kehidupan yang berlandaskan al-Quran dan hadis yang sahih. Jadikanlah Rasulullah SAW sebagai ikutan sepanjang hayat agar kita semua memperoleh kebahagiaan di dunia dan akhirat. Saya ucap syabas dan tahniah kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) khususnya dan semua pihak yang telah memberi komitmen yang padu kepada penganjuran ini. Semoga segala usaha murni ini akan menjadi amal bakti yang diberkati Allah SWT dalam mengajak masyarakat untuk terus memartabatkan syiar Islam. Sekian, wassalam.
Tun Dr. Mahathir bin Mohamad
9
Kata Alu-Aluan
YB Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Sempena Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan Tahun 1441H/2019M
A
lhamdulillah, segala puji-pujian kita panjatkan kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan keizinan-Nya sekali lagi kita dapat menganjurkan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan bagi tahun 1441H/ 2019M.
10
Setiap tahun, sambutan Maulidur Rasul SAW akan diadakan dan disambut oleh semua umat Islam seluruh pelosok negara. Majlis diadakan dengan membawa semangat memperingati kelahiran junjungan Nabi Muhammad SAW dan pengorbanan Baginda dalam menyebarluaskan agama Islam dengan penuh hikmah dan toleransi. Allah SWT berfirman dalam surah a-li ‘Imran ayat 159 bermaksud: “Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau 2 Surah a-li 'Imran:159, Tafsir Pimpinan Ar-Rahman
NEGARA RAHMAH UMMAH SEJAHTERA
bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan halhal keduniaan). Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakkal kepadaNya”.2 Jelas di sini bahawa sifat rahmah dan berhikmah yang ada dalam dakwah Nabi Muhammad SAW berjaya melembutkan hati mad’u (orang yang didakwah). Elemen dakwah ini seharusnya menjadi tunjang asas kepada pendakwah di lapangan dakwah supaya agama Islam dapat diterjemah sebagai agama kasih sayang, ramah, lembut dan aman.
Sambutan
MaulidurRasul
SAW Peringkat Kebangsaan 2019
Menyahut kepada Islam agama rahmat, di Malaysia; Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan di bawah Perkara 3(1); “Islam adalah agama bagi Persekutuan, tetapi agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Persekutuan” menjelaskan bahawa Islam agama yang rahmah dan tidak menindas hak serta keperluan bukan Islam untuk mengamalkan agama mereka selagi mana ianya tidak melanggar had yang ditetapkan. Justeru, Malaysia yang berlatarbelakangkan masyarakat majmuk; pelbagai agama, bangsa dan budaya seharusnya disantuni dengan baik dan hubungan sesama masyarakat perlu diperkukuh bagi menjamin kelestarian hidup harmoni yang dinikmati selama ini.
hormat menghormati, berkasih sayang, bertoleransi, saling memaafkan dan bersifat belas kasihan.
Selari dengan gagasan besar yang di bawa oleh Kerajaan dalam pembinaan negara Rahmah iaitu Rahmatan Lil Alamin, Pendekatan Maqasid Syariah dan Model Malaysia, tema Sambutan Maulidur Rasul SAW 1441H; “Negara Rahmah Ummah Sejahtera” dipilih bertepatan dengan Islam yang rahmah, mengajak manusia untuk saling
Sekian, wassalam.
Saya yakin dengan penganjuran Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan bagi tahun 1441H/ 2019M akan memberi kesan yang amat positif dalam semua aspek kehidupan, sejajar dengan ajaran Islam dan Sunah Rasulnya. Di kesempatan ini, saya merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan bagi tahun 1441H/2019M. Semoga segala usaha dan pengorbanan yang diberikan bagi menjayakan majlis ini diberi ganjaran sewajarnya oleh Allah SWT.
Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof
11
Kata Alu-Aluan
Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Sempena Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan Tahun 1441H/2019M
A
lhamdulillah, segala puji dan syukur ke hadrat Allah SWT atas segala nikmat kurniaan-Nya, selawat dan salam ke atas Rasulullah SAW, ahli keluarga dan para sahabat Baginda. Firman Allah SWT dalam surah a-li ‘Imran ayat 144 yang bermaksud: “Dan Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul yang sudah pun didahului oleh beberapa orang Rasul (yang telah mati atau terbunuh). Jika demikian, kalau ia pula mati atau terbunuh, (patutkah) kamu berbalik (berpaling tadah menjadi kafir)?. Dan (ingatlah), sesiapa yang berbalik (menjadi kafir) maka ia tidak akan mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun; dan (sebaliknya) Allah akan memberi balasan pahala kepada orang-orang yang bersyukur (akan nikmat Islam yang tidak ada bandingannya itu)”. 3
12
3
Surah a-li 'Imran:144, Tafsir Pimpinan Ar-Rahman
NEGARA RAHMAH UMMAH SEJAHTERA
Ayat di atas diturunkan selepas berlakunya perang Uhud dan ia menjadi muqaddimah dan persiapan untuk menghadapi kewafatan Rasulullah SAW. Ayat ini mengingatkan kita bahawa risalah dakwah Islam tidak boleh berhenti dengan wafatnya Rasul dan usaha untuk menyebarluaskan agama perlu diteruskan dalam setiap hela nafas seorang yang bergelar Muslim. Oleh kerana perasaan kasih dan cinta kepada Rasulullah SAW inilah, maka pada setiap tahun JAKIM menggalas amanah mengurus acara sambutan ini dengan tujuan menyeru masyarakat untuk menghayati dan membudayakan akhlak dan budi Rasulullah SAW serta meneruskan agenda melebar risalah menyantuni ummah yang di bawa oleh Baginda SAW. Bagi memperkukuh agenda dakwah ini, pihak kerajaan melalui YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah memperkenalkan pendekatan Rahmatan Lil ‘Alamin yang
Sambutan
diterjemahkan Rahmah.
melalui
gagasan
Negara
Di kesempatan ini, saya merafak sembah kesyukuran atas keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku berdua mencemar duli ke majlis ini. Di samping itu, saya juga amat menghargai kerjasama dan komitmen yang ditunjukkan oleh semua rakan strategik JAKIM, pemimpin negara, semua ahli jawatankuasa induk dan pelaksana bagi menjayakan sambutan pada kali ini. Saya juga mendoakan agar kerjasama ini diberkati dan akan diperkukuhkan lagi pada masa akan datang.
MaulidurRasul
SAW Peringkat Kebangsaan 2019
Semoga perasaan kasih dan sayang terhadap Rasulullah SAW sentiasa subur dan disemarakkan lagi dengan lafaz selawat serta sentiasa berusaha untuk istiqamah mengamalkan setiap sunahnya. Sekian, wassalam.
13
Datuk Mohamad Nordin bin Ibrahim
NEGARA RAHMAH UMMAH SEJAHTERA
Mahabbah Dalam Islam
I 14
slam merupakan agama rahmah yang mengajak manusia untuk saling hormat menghormati, berkasih sayang, bertoleransi, saling memaafkan dan bersifat belas kasihan. Islam mengajak manusia mempraktikkan cara hidup yang penuh dengan kasih sayang, kelembutan dan keadilan. Kasih sayang yang disebut sebagai mahabbah dalam Bahasa Arab ini meliputi kasih sayang antara manusia sesama manusia, manusia dengan makhluk yang lain dan di antara manusia terhadap Allah SWT yang merupakan Pencipta sekalian alam. Melalui kasih sayang manusia memperoleh rahmat Allah SWT, menikmati ketenangan dan keamanan. Segala tindak tanduk yang berlandaskan prinisip mahabbah wa rahmah dapat mengelakkan persengketaan dan kebencian serta mewujudkan perdamaian dan keharmonian. Dengan kasih sayang, kesejahteraan dapat dicapai sama ada dalam diri individu, keluarga, masyarakat dan negara.
yang dihasilkan daripada kata dasar ‘rahima’ iaitu bermaksud rasa belas dan kasih sayang. Pengulangan perkataan rahmah berkali-kali dalam al-Quran dengan pelbagai bentuk (kata nama, kata kerja dan kata adjektif) menunjukkan betapa Islam sangat mementingkan konsep rahmah dalam ajarannya. Kepentingan sifat rahmah ini didahulukan dengan pengakuan Allah SWT terhadap sifatNya yang Maha Penyayang. Allah SWT berfirman dalam surah alAn’aam ayat 133 yang bermaksud: “Dan Tuhanmu Maha Kaya, lagi Melimpah-limpah rahmatNya. Jika Ia kehendaki, nescaya Ia binasakan kamu dan menggantikan sesudah (binasanya) kamu dengan sesiapa yang dikehendakiNya, sebagaimana Ia telah menjadikan kamu dari keturunan kaum yang lain.”
Konsep Rahmah
Perutusan Islam sebagai rahmat untuk seluruh alam (Rahmatan Lil ‘Alamin) telah dibawa melalui Baginda Rasulullah SAW kepada umatnya. Ini selaras dengan firman Allah SWT dalam surah al-Anbiyaa ayat 107 yang bermaksud: “Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam”.
Kasih sayang yang dianjurkan oleh Islam dapat dilihat melalui konsep rahmah yang ditekankan dalam al-Quran. Rahmah merupakan perkataan Arab
Konsep Rahmatan Lil ‘Alamin yang dibawa oleh Baginda SAW ini merangkumi segenap aspek kehidupan termasuk sikap adil, berkasih sayang,
NEGARA RAHMAH UMMAH SEJAHTERA
Sambutan
bertolak ansur, bersangka baik, berlemah lembut, perdamaian dan harmoni. Konsep rahmah ini telah dipraktikkan oleh Rasulullah SAW dalam kehidupan Baginda dengan menunjukkan sikap belas kasihan terhadap kanak-kanak, orang tua, kaum wanita, anak-anak yatim, hamba sahaya, tawanan perang dan juga makhluk lain termasuk binatang dan alam sekitar. Dalam aspek kepimpinan pula, Baginda telah mempamerkan sikap rahmah sebagai seorang suami, sebagai bapa dan sebagai ketua dan pemimpin kepada masyarakat Islam. Bahkan kepimpinan Baginda SAW turut menzahirkan sifat toleransi yang amat tinggi kepada masyarakat bukan Muslim. Perkara ini dijelaskan di dalam hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari r.a, bermaksud: “Siapa yang membunuh seorang kafir muaahad4 tidak akan mencium bau syurga, sedang baunya itu tercium sejauh perjalanan empat puluh tahun”. (Riwayat Bukhari)
D e m i k i a n l a h l u a s nya konsep rahmah yang dibawa oleh ajaran Islam melalui alQuran dan Hadis. Ianya bermula dengan sikap toleransi dalam sekecil-kecil perkara sehinggalah ke aspek kehidupan yang lebih luas. Umat Islam haruslah mempunyai kefahaman yang tepat dalam memahami konsep rahmah dalam erti kata yang sebenar. Rasulullah SAW telah meletakkan sempadan yang jelas apabila sesuatu perkara itu melibatkan perkara akidah dan kehormatan Islam. Pada hari ini, Islam sering dilemparkan dengan pelbagai tohmahan negatif. Ianya seringkali dikaitkan dengan keganasan, pertelingkahan, ketidakadilan dan sebagainya. Sikap pesimis terhadap Islam ini sebahagiannya berpunca dari perilaku individu Muslim itu sendiri yang gagal mempraktikkan ajaran Islam yang bersifat rahmah.
Penghayatan Konsep Rahmah Islam ialah satu cara hidup yang merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia berasaskan misi utama yang dibawa oleh Rasulullah SAW untuk mewujudkan suasana negara yang sejahtera, aman dan damai. Kesempurnaan dan kelestarian Islam ini terserlah melalui layanan terhadap semua makhluk Allah SWT
4
MaulidurRasul
SAW Peringkat Kebangsaan 2019
di muka bumi ini menerusi prinsip Maqasid Syariah yang meraikan semua aspek kehidupan dengan penuh kasih sayang, kelembutan dan keadilan. Dalam membina dan menyuburkan suasana kehidupan yang harmoni, pembangunan kerangka konsep “Rahmatan Lil ‘Alamin” di Malaysia seharusnya mengambil kira asas-asas konsep tersebut seperti yang termaktub di dalam al-Quran dan Hadis. Dalam konteks hubungan dengan bukan Muslim misalnya, syariat Islam menjelaskan hubungan baik dan toleransi boleh berlangsung asalkan tidak menceroboh hak umat Islam. Adalah menjadi tanggungjawab setiap Muslim untuk berusaha membawa agama Islam ini agar dapat difahami dengan baik oleh golongan bukan Muslim sehingga mereka berminat untuk mendalami Islam. Pembinaan imej Islam yang lebih harmoni tanpa menggadaikan prinsip-prinsip asas, membawa naratif Islam yang lebih toleransi tanpa mengorbankan ketegasan dalam perkara-perkara pokok. Sikap keterbukaan untuk menerima kepelbagaian haruslah diusahakan agar umat Islam dapat membentuk satu umat yang benar-benar bersaudara dengan penuh kasih sayang. Islam menginstitusikan konsep ukhuwah (persaudaraan) yang mengikat sesama Muslim atas dasar iman yang perlu dihayati dalam kehidupan. Islam memelihara hubungan sosial iaitu dengan melarang segala sesuatu yang boleh membawa keburukan, mengadu domba sehingga menimbulkan permusuhan dan kebencian antara orang yang beriman, melarang kezaliman dan permusuhan. Islam meletakkan prinsip kedamaian, berbuat baik dan adil kepada semua manusia tanpa mengira bangsa dan agama. Namun dalam perihal aqidah, syariah dan syiar Islam, penjagaan kedudukan agama Islam tetap dipelihara dalam negara yang menobatkan Islam sebagai agama persekutuan. Penghayatan syariat Islam secara keseluruhan dan sempurna akan melahirkan manusia berakhlak mulia yang akan menaburkan pelbagai bentuk kerahmatan, kebaikan serta kemakmuran alam.
Seorang yang bukan Islam tetapi berjanji setia kepada negara Islam.
15
Dalam konteks sesebuah masyarakat, penghayatan konsep rahmah merupakan cerminan sikap belas, ihsan, toleransi, menghormati hak, menyantuni, berkasih sayang dan berlaku adil dalam pelbagai aspek kehidupan. Sifat rahmah harus dimiliki oleh semua anggota masyarakat, institusi keluarga dan juga para pemimpin. Pendekatan yang bersifat rahmah haruslah bermula melalui institusi kekeluargaan terlebih dahulu. Amalan dan tarbiah secara mawaddah dan rahmah yang diamalkan dalam sebuah keluarga mampu menghindari perkara negatif yang tidak diingini seperti gejala sosial umpamanya. Penerapan konsep rahmah dalam institusi keluarga dapat melahirkan masyarakat yang penyayang, berakhlak dan berilmu. Dalam konteks interaksi masyarakat Malaysia yang berbilang kaum pula, sikap rahmah perlu dihayati sama ada sesama bangsa Melayu dan juga bangsa-bangsa lain serta menghormati undang-undang negara. Pelaksanaan konsep rahmah dalam masyarakat majmuk di Malaysia akan memberi manfaat kepada semua anggota masyarakat dalam segenap lapisan. Ini termasuklah masyarakat bukan Melayu dan bukan Islam. Hanya dengan sifat rahmah dapat mewujudkan toleransi, persefahaman dan kasih sayang serta mengelakkan perpecahan dan pertelingkahan. Begitu juga dengan para pemimpin, penghayatan konsep rahmah dapat diterjemahkan melalui kesantunan dalam menyediakan tadbir urus yang baik, menerapkan keadilan, memastikan ekonomi yang mampan, pembangunan yang lestari serta memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terpelihara. 16
NEGARA RAHMAH UMMAH SEJAHTERA
Mendepani Cabaran Melalui Konsep Rahmah Demikianlah pentingnya penghayatan konsep rahmah dalam sesebuah masyarakat dan negara. Apatah lagi dalam mendepani cabaran pada hari ini, umat Islam harus bijak menangani setiap isu yang datang dengan kaedah-kaedah penyelesaian yang bersifat rahmah dan toleransi. Perubahan gaya hidup yang mewarnai kehidupan dunia hari ini seperti fenomena globalisasi dan kepesatan teknologi komunikasi menuntut masyarakat agar berinteraksi dengan nilai-nilai rahmah dan kasih sayang dalam setiap tindak tanduk. Penyelesaian masalah tanpa berlandaskan sifat rahmah dan kasih sayang hanya akan mewujudkan perselisihan faham, perpecahan, konflik dan keganasan. Bagi umat Islam khususnya, menghayati konsep rahmah dalam kehidupan akan menjadi landasan ke arah kesempurnaan iman. Ia dapat menyuburkan kasih sayang sesama manusia malah dapat meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT. Dengan sifat rahmah persengketaan dapat dileraikan dan kekusutan dapat dirungkaikan serta masyarakat dapat mencapai keharmonian dan kesejahteraan. Sifat rahmah adalah bukti ketingggian akhlak dan keperibadian unggul sesebuah masyarakat. Semoga dengan penghayatan konsep rahmah oleh setiap individu Muslim, Malaysia dapat menjadi model negara Islam terbaik dan mencipta kegemilangan dalam kalangan negara-negara Islam dan negara bukan Islam sedunia. Pelaksanaan konsep rahmah ini juga sudah pasti masyarakat dapat menikmati kehidupan yang sejahtera.
Sambutan
MaulidurRasul
SAW Peringkat Kebangsaan 2019
Penerima Anugerah Tahun 1440H/2018M
PENERIMA ANUGERAH PERDANA MAULIDUR RASUL SAW YBHG. DATO’ PADUKA HAJI NIK JAAFAR BIN NIK ISMAIL
PENERIMA ANUGERAH MAULIDUR RASUL SAW YBRS. DR. ANISAH BINTI AB GHANI YBRS. DR. AZHARI BIN MOHAMED TUAN HAJI YAAKOB BIN LAZIM YBHG. DATO’ HAJI ABDUL RAHMAN BIN IBRAHIM 17
Atur Cara
Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan Tahun 1441H/2019M
18
7.00 pagi
s Kontinjen bersiap sedia berbaris mengikut kementerian/jabatan/agensi
7.30 pagi
s Ketibaan YB Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri di perkarangan
7.35 pagi
s Ketibaan YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Pengerusi
s Ucapan YB Menteri di Jabatan Pendana Menteri
7.45 pagi
s Perarakan kontinjen bermula (flag off)
8.45 pagi
s Ketibaan para jemputan kenamaan
9.15 pagi
s Ketibaan YAB Timbalan Perdana Menteri dan YABhg. Dato’ Seri Anwar bin
9.20 pagi
s Ketibaan YAB Perdana Menteri dan YABhg. Tun Dr. Siti Hasmah binti Haji
9.30 pagi
s Keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda
masing-masing di perkarangan Stesen LRT Bukit Jalil Gate A Stadium Nasional Bukit Jalil
Jawatankuasa Induk Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan Tahun 1441H/2019M, di perkarangan Gate A Stadium Nasional Bukit Jalil
• Perarakan dijangka tamat pada pukul 9.00 pagi • Kontinjen terus mengambil tempat di dalam Axiata Arena mengikut kementerian/jabatan/agensi
Ibrahim
Mohd Ali
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj
s Negaraku s Bacaan Doa s Ibrah al-Quran s Sembah Ucapan Alu-aluan oleh YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri
NEGARA RAHMAH UMMAH SEJAHTERA
Sambutan
MaulidurRasul
SAW Peringkat Kebangsaan 2019
s Titah Diraja
s Pengumuman Penerima Anugerah Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan
s Persembahan Video Penerima Anugerah
s Upacara Pengurniaan Anugerah Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan
Tahun 1441H/2019M
Tahun 1441H/2019M
s Pengumuman Pemenang Kontinjen Perarakan s Persembahan Khas
s Negaraku s Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj berangkat meninggalkan majlis
s YAB Perdana Menteri dan YABhg. Tun Dr. Siti Hasmah binti Haji Mohd Ali
s YAB Timbalan Perdana Menteri dan YABhg. Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
11.30 pagi
s Majlis bersurai
meninggalkan majlis meninggalkan majlis
19
Sekitar Sambutan
Maulidur Rasul SAW 1440H/2018M
20
NEGARA RAHMAH UMMAH SEJAHTERA
Sambutan
MaulidurRasul
SAW Peringkat Kebangsaan 2019
Ahli Jawatankuasa Induk Pengerusi YB MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI Timbalan Pengerusi YB TIMBALAN MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI Setiausaha KETUA PENGARAH JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)
Pengerusi-Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Jawatankuasa Perhimpunan dan Perjalanan Majlis BAHAGIAN KEURUSETIAAN DAN HUBUNGAN LUAR, JAKIM Jawatankuasa Sambutan VVIP, VIP dan Protokol BAHAGIAN ISTIADAT DAN URUSETIA PERSIDANGAN ANTARABANGSA JABATAN PERDANA MENTERI Jawatankuasa Penerangan dan Seranta KEMENTERIAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA Jawatankuasa Buku Cenderamata JABATAN PENERANGAN Jawatankuasa Pengangkutan JABATAN PENGANGKUTAN JALAN Jawatankuasa Keselamatan dan Lalu lintas IBU PEJABAT POLIS KONTINJEN KUALA LUMPUR Jawatankuasa Persembahan Khas JABATAN KEBUDAYAAN DAN KESENIAN NEGARA Jawatankuasa Anugerah Maulidur Rasul SAW BAHAGIAN PENYELIDIKAN, JAKIM
21
Pengerusi-Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Jawatankuasa Jemputan VVIP dan VIP BAHAGIAN KEURUSETIAAN DAN HUBUNGAN LUAR, JAKIM Jawatankuasa Jemputan Kontinjen dan Perarakan BAHAGIAN DAKWAH, JAKIM Jawatankuasa Penerbitan Khas BAHAGIAN PENERBITAN, JAKIM Jawatankuasa Jamuan dan Keraian BAHAGIAN DASAR KEMAJUAN ISLAM, JAKIM Jawatankuasa Penyiaran, Penyediaan Pentas dan Perhiasan BAHAGIAN PENYIARAN, JAKIM Jawatankuasa Hadiah dan Cenderamata BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA, JAKIM Jawatankuasa Kebajikan BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN, JAKIM 22
Jawatankuasa Kewangan BAHAGIAN KEWANGAN, JAKIM Jawatankuasa Persiapan Tempat dan Teknikal AXIATA ARENA BUKIT JALIL, KUALA LUMPUR
NEGARA RAHMAH UMMAH SEJAHTERA
Sambutan
MaulidurRasul
SAW Peringkat Kebangsaan 2019
Penghargaan ISTANA NEGARA KEMENTERIAN KEWANGAN JABATAN PERDANA MENTERI KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN KEMENTERIAN LUAR NEGERI KEMENTERIAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA ANGKATAN TENTERA MALAYSIA POLIS DIRAJA MALAYSIA MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (MAIWP) JABATAN PENYIARAN JABATAN PENERANGAN JABATAN KERJA RAYA JABATAN KEBUDAYAAN DAN KESENIAN NEGARA JABATAN PENGANGKUTAN JALAN JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT JABATAN KESIHATAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR AGENSI PERTAHANAN AWAM DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR IBU PEJABAT RELA DAERAH CHERAS MASJID ASY SYAKIRIN KLCC PERBADANAN STADIUM MALAYSIA AXIATA ARENA BUKIT JALIL, KUALA LUMPUR MAJLIS SUKAN NEGARA TECHNOLOGY PARK MALAYSIA PRASARANA MALAYSIA BERHAD Serta para kontinjen dan semua pihak yang telah memberikan kerjasama dan sokongan dalam menjayakan Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan Tahun 1441H/2019M Diterbitkan oleh Jabatan Penerangan Malaysia bagi pihak Jawatankuasa Induk Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan Tahun 1441H/2019M B.034(B.M) NOVEMBER 2019(0.5) Reka bentuk dan dicetak oleh: Percetakan Zainon Kassim Sdn. Bhd. Ipoh, Perak
23
Catatan
24
NEGARA RAHMAH UMMAH SEJAHTERA