MAJLIS SAMBUTAN
2019 2019
1441 1441
PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 1441H/2019M 1 Muharram 1441H • 1 September 2019M Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)
Negara Rahmah Ummah Sejahtera
MAJLIS SAMBUTAN
PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 1441H/2019M NEGARA RAHMAH UMMAH SEJAHTERA
KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG XVI AL-SULTAN ABDULLAH RI'AYATUDDIN AL-MUSTAFA BILLAH SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN HAJI AHMAD SHAH AL-MUSTA'IN BILLAH D.K.P., D.K.M., D.K., D.M.N., S.S.A.P., S.I.M.P., D.K.(Terengganu)., D.K.(Johor)., S.P.M.J., P.A.T., D.K.M.B.(Brunei).
KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA RAJA PERMAISURI AGONG TUNKU HAJAH AZIZAH AMINAH MAIMUNAH ISKANDARIAH BINTI ALMARHUM AL-MUTAWAKKIL ALALLAH SULTAN ISKANDAR AL-HAJ D.K., D.M.N., S.S.A.P., S.I.M.P., D.K.(Johor)., S.P.M.J., D.K.(Brunei).
MAJLIS SAMBUTAN MA‘AL HIJRAH PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 1441H/2019M
Perutusan YAB PERDANA MENTERI
D
engan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji dan syukur ke hadrat Allah SWT, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi kita Muhammad SAW, ahli keluarga dan para sahabat Baginda sekalian. Kegemilangan Islam bermula dengan penghijrahan Rasulullah SAW dari Kota Makkah menuju ke Kota Madinah. Pengorbanan dan kesatuan para Muhajirin dan Ansar telah membentuk sebuah model Negara Islam yang gemilang dan harmoni. Kasih sayang dan toleransi dengan nilai-nilai Islam membentuk masyarakat yang berbilang agama dan warna kulit hidup aman dan damai. Bertepatan dengan tema Ma‘al Hijrah kali ini iaitu “Negara Rahmah Ummah Sejahtera” kerajaan telah meletakkan hala tuju yang jelas dalam memandu Malaysia Baharu dengan memulakan semula langkah ke arah Malaysia yang progresif dan berwawasan dalam membina ketamadunan berperadaban tinggi selain menggantikan strategi-strategi pentadbiran lama dengan pendekatan baharu. Antara fokus Malaysia Baharu demi mensejahterakan ummah ialah menikmati kemakmuran bersama dan keamanan sejagat di dalam negara mahupun di peringkat serantau. Sudah menjadi kewajipan bagi ummah termasuk Malaysia untuk melaksana saranan al-Quran dan al-Hadis sebagai sumber teragung dalam tadbir urus negara.
8
Negara Rahmah yang diilhamkan oleh kerajaan kini adalah pendekatan yang mengutamakan nilainilai insaniah, peradaban, keadilan dan kepelbagaian dalam memastikan kesejahteraan rakyat dipelihara sebaik mungkin. Manifestasi Negara Rahmah ini adalah intisari citra Piagam Madinah yang dibina oleh Rasulullah SAW. Akhir kata, sebagai rakyat Malaysia marilah sama-sama kita jadikan Ma‘al Hijrah ini sebagai titik permulaan ke arah masyarakat Malaysia yang mempunyai wawasan yang tinggi, budi pekerti terhormat, pembina tamadun baru dunia Islam, perintis keamanan sejagat, pelopor Negara Rahmah agar Islam benar-benar memberi rahmat ke seluruh alam. Sekian, wassalam.
Tun Dr. Mahathir bin Mohamad
NEGARA RAHMAH UMMAH SEJAHTERA
9
MAJLIS SAMBUTAN MA‘AL HIJRAH PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 1441H/2019M
Perutusan YB MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI
S
egala puji bagi Allah SWT, Tuhan yang memiliki dan menguasai sekalian alam. Selawat dan salam dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat Baginda serta mereka yang menyambung perjuangan Baginda SAW sehingga hari kiamat. Tanggal 1 Muharram merupakan detik umat Islam seluruh dunia menyambut tahun baharu dalam kalendar Islam, bahkan ada yang menjadikannya sebagai tarikh keramat untuk berhijrah dan melaksanakan azam baharu. Bersempena dengan Sambutan Ma‘al Hijrah 1441H/2019M kali ini, saya mengajak seluruh umat Islam untuk bersama-sama menghayati dan menjayakan tema Sambutan Ma‘al Hijrah pada tahun ini iaitu “Negara Rahmah Ummah Sejahtera”. Tema yang dipilih ini adalah kesinambungan gagasan Rahmatan Lil ‘Alamin yang dibawa oleh kerajaan. Dalam surah al-Anbiya’, ayat 107, Allah SWT berfirman : Maksudnya: “Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.” Sesungguhnya gagasan Rahmatan Lil ‘Alamin ini tidak mungkin dapat dijayakan secara bersendirian, melainkan kita bersama-sama berganding bahu dalam merealisasikannya. Seterusnya ini akan menjadikan Malaysia sebagai model di mata dunia dengan membawa dan mengamalkan Islam sesuai
10
dengan kehendak Maqasid Syariah. Ini membuktikan bahawa Islam merupakan sebuah agama yang syumul dan bersifat rahmah kepada semua. Di kesempatan ini juga saya ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan semua pihak yang telah berusaha bersungguh-sungguh bagi menjayakan Sambutan Ma‘al Hijrah 1441H/2019M pada tahun ini. Akhir kata, sama-samalah kita berdoa semoga Allah SWT memandang kita dengan pandangan rahmat-Nya agar kita semua sentiasa berada dalam naungan kasih sayang-Nya. Sekian, wassalam.
Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof
NEGARA RAHMAH UMMAH SEJAHTERA
11
MAJLIS SAMBUTAN MA‘AL HIJRAH PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 1441H/2019M
Perutusan YBHG KETUA PENGARAH JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA
D
engan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Segala puji dan syukur ke hadrat Allah SWT, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi kita Muhammad SAW, ahli keluarga dan para sahabat Baginda sekalian. Bersempena dengan sambutan Ma‘al Hijrah pada tahun ini, marilah kita bersama melakukan penghijrahan dan perubahan ke arah memperkukuh Islam secara istiqamah dari sudut aqidah, syariat dan akhlak. Hijrah merujuk kepada peristiwa perpindahan Rasulullah SAW dari Kota Makkah ke Kota Madinah demi menegakkan syiar Islam. Seorang Mukmin yang berjaya dan cemerlang akan sentiasa berazam melakukan perubahan diri untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik dan berjaya sebagai mana firman Allah SWT dalam surah at-Taubah ayat 20 yang bermaksud: “(Sesungguhnya) orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dengan harta benda dan jiwa mereka adalah lebih besar dan tinggi darjat-Nya di sisi Allah (daripada orang-orang yang hanya memberi minum orang-orang Haji dan orang yang memakmurkan masjid sahaja); dan mereka itulah orang-orang yang Berjaya”.
12
Hijrah merupakan sunnah para anbia’, tiada nabi yang tidak melakukan proses hijrah demi memartabatkan agama Islam. Islam adalah agama yang bersifat rahmah serta amat menitik beratkan hubungan sesama individu, keluarga, masyarakat dan juga bangsa. Allah SWT menciptakan manusia di muka bumi ini terdiri daripada pelbagai kaum dan keturunan. Islam menyeru umatnya untuk memelihara keselamatan dan kesejahteraan melalui akhlak, sikap dan ucapan yang baik. Islam menolak segala bentuk permusuhan, kebencian dan hasutan. Allah SWT mengingatkan kita supaya menjaga hubungan silaturrahim sesama umat manusia untuk melahirkan ummah yang sejahtera. Bagi menjamin persaudaraan yang berkekalan, kita dididik untuk meninggalkan sebarang bentuk perselisihan dan perbalahan di dalam urusan kehidupan seharian. Islam menggalakkan umatnya berinteraksi dan bergaul dengan baik serta harmoni dalam urusan kehidupan tanpa mengira bangsa dan agama. Akhir kata, sifat berlapang dada dan rasa cinta sesama saudara wajib dipelihara dan disuburkan. Rasulullah SAW sangat melarang bibit-bibit permusuhan dalam kalangan umatnya. Semoga Ma‘al Hijrah pada tahun ini membawa sinar baharu dalam penyatuan ummah ke arah kegemilangan Islam, bangsa dan negara. Sekian, wassalam.
Datuk Mohamad Nordin bin Ibrahim
NEGARA RAHMAH UMMAH SEJAHTERA
13
MAJLIS SAMBUTAN MA‘AL HIJRAH PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 1441H/2019M
NEGARA RAHMAH UMMAH SEJAHTERA Mahabbah Dalam Islam Islam merupakan agama rahmah yang mengajak manusia untuk saling hormat menghormati, berkasih sayang, bertoleransi, saling memaafkan dan bersifat belas kasihan. Islam mengajak manusia mempraktikkan cara hidup yang penuh dengan kasih sayang, kelembutan dan keadilan. Kasih sayang yang disebut sebagai mahabbah dalam Bahasa Arab ini meliputi kasih sayang antara manusia sesama manusia, manusia dengan makhluk yang lain dan di antara manusia terhadap Allah SWT yang merupakan Pencipta sekalian alam. Melalui kasih sayang manusia memperoleh rahmat Allah SWT, menikmati ketenangan dan keamanan. Segala tindak tanduk yang berlandaskan prinisip mahabbah wa rahmah dapat mengelakkan persengketaan dan kebencian serta mewujudkan perdamaian dan keharmonian. Dengan kasih sayang, kesejahteraan dapat dicapai sama ada dalam diri individu, keluarga, masyarakat dan negara.
Konsep Rahmah Kasih sayang yang dianjurkan oleh Islam dapat dilihat melalui konsep rahmah yang ditekankan dalam al-Quran. Rahmah merupakan perkataan Arab yang dihasilkan daripada kata dasar ‘rahima’ iaitu bermaksud rasa belas dan kasih sayang. Pengulangan perkataan rahmah berkali-kali dalam al-Quran dengan pelbagai bentuk (kata nama, kata kerja dan kata adjektif) menunjukkan betapa Islam sangat mementingkan konsep rahmah dalam ajarannya. Kepentingan sifat rahmah ini didahulukan dengan pengakuan Allah SWT terhadap sifat-Nya yang Maha Penyayang. Allah SWT berfirman dalam surah al-An’aam ayat 133:
Perutusan Islam sebagai rahmat untuk seluruh alam (Rahmatan Lil ‘Alamin) telah dibawa melalui Baginda Rasulullah SAW kepada umatnya. Ini selaras dengan firman Allah SWT dalam surah al-Anbiyaa ayat 107:
Maksudnya: “Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam”. Konsep Rahmatan Lil ‘Alamin yang dibawa oleh Baginda SAW ini merangkumi segenap aspek kehidupan termasuk sikap adil, berkasih sayang, bertolak ansur, bersangka baik, berlemah lembut, perdamaian dan harmoni. Konsep rahmah ini telah dipraktikkan oleh Rasulullah SAW dalam kehidupan Baginda dengan menunjukkan sikap belas kasihan terhadap kanak-kanak, orang tua, kaum wanita, anak-anak yatim, hamba sahaya, tawanan perang dan juga makhluk lain termasuk binatang dan alam sekitar. Dalam aspek kepimpinan pula, Baginda telah mempamerkan sikap rahmah sebagai seorang suami, sebagai bapa dan sebagai ketua dan pemimpin kepada masyarakat Islam. Bahkan kepimpinan Baginda SAW turut menzahirkan sifat toleransi yang amat tinggi kepada masyarakat bukan Muslim. Perkara ini dijelaskan di dalam hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari r.a, bermaksud: “Siapa yang membunuh seorang kafir muaahad1 tidak akan mencium bau syurga, sedang baunya itu tercium sejauh perjalanan empat puluh tahun”. (Riwayat Bukhari)
Maksudnya: “Dan Tuhanmu Maha Kaya, lagi melimpah-limpah rahmat-Nya. Jika Ia kehendaki, nescaya Ia binasakan kamu dan menggantikan sesudah (binasanya) kamu dengan sesiapa yang dikehendaki-Nya, sebagaimana Ia telah menjadikan kamu dari keturunan kaum yang lain”.
14
Demikianlah luasnya konsep rahmah yang dibawa oleh ajaran Islam melalui al-Quran dan Hadis. Ianya bermula dengan sikap toleransi dalam sekecil-kecil perkara sehinggalah ke aspek kehidupan yang lebih luas.
1
Seorang yang bukan Islam tetapi berjanji setia kepada negara Islam.
Umat Islam haruslah mempunyai kefahaman yang tepat dalam memahami konsep rahmah dalam erti kata yang sebenar. Rasulullah SAW telah meletakkan sempadan yang jelas apabila sesuatu perkara itu melibatkan perkara akidah dan kehormatan Islam. Pada hari ini, Islam sering dilemparkan dengan pelbagai tohmahan negatif. Ianya seringkali dikaitkan dengan keganasan, pertelingkahan, ketidakadilan dan sebagainya. Sikap pesimis terhadap Islam ini sebahagiannya berpunca dari perilaku individu Muslim itu sendiri yang gagal mempraktikkan ajaran Islam yang bersifat rahmah.
Penghayatan Konsep Rahmah Islam ialah satu cara hidup yang merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia berasaskan misi utama yang dibawa oleh Rasulullah SAW untuk mewujudkan suasana negara yang sejahtera, aman dan damai. Kesempurnaan dan kelestarian Islam ini terserlah melalui layanan terhadap semua makhluk Allah SWT di muka bumi ini menerusi prinsip Maqasid Syariah yang meraikan semua aspek kehidupan dengan penuh kasih sayang, kelembutan dan keadilan.
boleh membawa keburukan, mengadu domba sehingga menimbulkan permusuhan dan kebencian antara orang yang beriman, melarang kezaliman dan permusuhan. Islam meletakkan prinsip kedamaian, berbuat baik dan adil kepada semua manusia tanpa mengira bangsa dan agama. Namun dalam perihal aqidah, syariah dan syiar Islam, penjagaan kedudukan agama Islam tetap dipelihara dalam negara yang menobatkan Islam sebagai agama persekutuan. Penghayatan syariat Islam secara keseluruhan dan sempurna akan melahirkan manusia berakhlak mulia yang akan menaburkan pelbagai bentuk kerahmatan, kebaikan serta kemakmuran alam. Dalam konteks sesebuah masyarakat, penghayatan konsep rahmah merupakan cerminan sikap belas, ihsan, toleransi, menghormati hak, menyantuni, berkasih sayang dan berlaku adil dalam pelbagai aspek kehidupan. Sifat rahmah harus dimiliki oleh semua anggota masyarakat, institusi keluarga dan juga para pemimpin.
Dalam membina dan menyuburkan suasana kehidupan yang harmoni, pembangunan kerangka konsep “Rahmatan Lil ‘Alamin� di Malaysia seharusnya mengambil kira asas-asas konsep tersebut seperti yang termaktub di dalam al-Quran dan Hadis. Dalam konteks hubungan dengan bukan Muslim misalnya, syariat Islam menjelaskan hubungan baik dan toleransi boleh berlangsung asalkan tidak menceroboh hak umat Islam. Adalah menjadi tanggungjawab setiap Muslim untuk berusaha membawa agama Islam ini agar dapat difahami dengan baik oleh golongan bukan Muslim sehingga mereka berminat untuk mendalami Islam. Pembinaan imej Islam yang lebih harmoni tanpa menggadaikan prinsip-prinsip asas, membawa naratif Islam yang lebih toleransi tanpa mengorbankan ketegasan dalam perkara-perkara pokok. Sikap keterbukaan untuk menerima kepelbagaian haruslah diusahakan agar umat Islam dapat membentuk satu umat yang benar-benar bersaudara dengan penuh kasih sayang. Islam menginstitusikan konsep ukhuwah (persaudaraan) yang mengikat sesama Muslim atas dasar iman yang perlu dihayati dalam kehidupan. Islam memelihara hubungan sosial iaitu dengan melarang segala sesuatu yang
NEGARA RAHMAH UMMAH SEJAHTERA
15
MAJLIS SAMBUTAN MA‘AL HIJRAH PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 1441H/2019M
Pendekatan yang bersifat rahmah haruslah bermula melalui institusi kekeluargaan terlebih dahulu. Amalan dan tarbiyah secara mawaddah dan rahmah yang diamalkan dalam sebuah keluarga mampu menghindari perkara negatif yang tidak diingini seperti gejala sosial umpamanya. Penerapan konsep rahmah dalam institusi keluarga dapat melahirkan masyarakat yang penyayang, berakhlak dan berilmu. Dalam konteks interaksi masyarakat Malaysia yang berbilang kaum pula, sikap rahmah perlu dihayati sama ada sesama bangsa Melayu dan juga bangsa-bangsa lain serta menghormati undang-undang negara. Pelaksanaan konsep rahmah dalam masyarakat majmuk di Malaysia akan memberi manfaat kepada semua anggota masyarakat dalam segenap lapisan. Ini termasuklah masyarakat bukan Melayu dan bukan Islam. Hanya dengan sifat rahmah dapat mewujudkan toleransi, persefahaman dan kasih sayang serta mengelakkan perpecahan dan pertelingkahan. Begitu juga dengan para
16
pemimpin, penghayatan konsep rahmah dapat diterjemahkan melalui kesantunan dalam menyediakan tadbir urus yang baik, menerapkan keadilan, memastikan ekonomi yang mampan, pembangunan yang lestari serta memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terpelihara.
Mendepani Cabaran Melalui Konsep Rahmah Demikianlah pentingnya penghayatan konsep rahmah dalam sesebuah masyarakat dan negara. Apatah lagi dalam mendepani cabaran pada hari ini, umat Islam harus bijak menangani setiap isu yang datang dengan kaedah-kaedah penyelesaian yang bersifat rahmah dan toleransi. Perubahan gaya hidup yang mewarnai kehidupan dunia hari ini seperti fenomena globalisasi dan kepesatan teknologi komunikasi menuntut masyarakat agar berinteraksi dengan nilai-nilai
rahmah dan kasih sayang dalam setiap tindak tanduk. Penyelesaian masalah tanpa berlandaskan sifat rahmah dan kasih sayang hanya akan mewujudkan perselisihan faham, perpecahan, konflik dan keganasan. Bagi umat Islam khususnya, menghayati konsep rahmah dalam kehidupan akan menjadi landasan ke arah kesempurnaan iman. Ia dapat menyuburkan kasih sayang sesama manusia malah dapat meningkatkan ketaqwaan kepada Allah SWT. Dengan sifat rahmah persengketaan dapat dileraikan dan kekusutan dapat dirungkaikan serta masyarakat dapat mencapai keharmonian dan kesejahteraan. Sifat rahmah adalah bukti ketingggian akhlak dan keperibadian unggul sesebuah masyarakat. Semoga dengan penghayatan konsep rahmah oleh setiap individu Muslim, Malaysia dapat menjadi model negara Islam terbaik dan mencipta kegemilangan dalam kalangan negara-negara Islam dan negara bukan Islam sedunia. Pelaksanaan konsep rahmah ini juga sudah pasti masyarakat dapat menikmati kehidupan yang sejahtera.
NEGARA RAHMAH UMMAH SEJAHTERA
17
MAJLIS SAMBUTAN MA‘AL HIJRAH PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 1441H/2019M
Sepintas lalu
18
Majlis Sambutan Ma‘al Hijrah 1440H/2018M
NEGARA RAHMAH UMMAH SEJAHTERA
19
MAJLIS SAMBUTAN MA‘AL HIJRAH PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 1441H/2019M
Pengertian logo Ma‘al Hijrah Huruf
bermakna Hijrah
Warna biru bermakna persaudaraan
Bulatan melambangkan glob dunia. la dilingkari sarang labah-labah yang mengungkit peristiwa dramatik dan mendebarkan, iaitu ketika Rasulullah SAW bersama sahabat karibnya Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq bersembunyi di dalam gua ketika berhijrah dari Makkah ke Madinah. Warna merah bermakna semangat pengorbanan
Warna kuning bermakna keagungan
Huraian
Warna putih bermakna fitrah manusia yang suci dan bersih
P
eristiwa Rasulullah SAW bersama-sama Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq berhijrah dari Kota Makkah ke Kota Madinah sebagaimana yang dilambangkan dengan sarang labah-labah dalam logo di atas merupakan kemuncak penghijrahan kaum Muhajirin yang tiada tolok bandingnya dalam sejarah tamadun manusia. Ini dilambangkan dengan huruf berwarna merah. Peristiwa tersebut merupakan suatu ikatan yang memecahkan tembok bangsa, kaum, kabilah dan adat resam. Ini dilambangkan dengan huruf berwarna biru. Pengorbanan yang besar kerana agama dan perpaduan umat Islam telah mencetuskan keagungan Islam dan umatnya yang seterusnya membawa cahaya kemajuan dan tamadun ke seluruh dunia. Ini dilambangkan dengan warna kuning yang meliputi bulatan bumi (glob).
20
Susunan Acara Majlis 8.00 pagi
s
Ketibaan kontinjen dan jemputan awam
8.30 pagi
s
Ketibaan jemputan kenamaan
9.15 pagi
s
Ketibaan YAB Timbalan Perdana Menteri dan YABhg. Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
9.20 pagi
s
Ketibaan YAB Perdana Menteri dan YABhg. Tun Dr. Siti Hasmah binti Haji Mohd Ali
9.30 pagi
s
Keberangkatan tiba KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj
s Negaraku
s
Bacaan doa
s
Ibrah al-Quran
s
Sembah ucapan aluan oleh YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri
s
Titah Diraja
s
Pengumuman Tokoh Ma’al Hijrah 1441H/2019M
s
Tayangan video Tokoh Ma’al Hijrah 1441H/2019M
s
Upacara pengurniaan Tokoh Ma’al Hijrah
s
Persembahan khas
s Negaraku
s
Keberangkatan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj meninggalkan majlis
s
YAB Perdana Menteri dan YABhg. Tun Dr. Siti Hasmah binti Haji Mohd Ali meninggalkan majlis
s
YAB Timbalan Perdana Menteri dan YABhg. Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim meninggalkan majlis
11.00 pagi s
Majlis bersurai
NEGARA RAHMAH UMMAH SEJAHTERA
21
MAJLIS SAMBUTAN MA‘AL HIJRAH PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 1441H/2019M
Anugerah Tokoh Ma‘al Hijrah (Kebangsaan) Tahun 1440H/2018M Biodata Penerima Anugerah Tokoh Ma‘al Hijrah (Kebangsaan)
YBHG. PROFESOR DATO’ DR. SIDDIQ BIN FADZIL
Y
Bhg. Profesor Dato’ Dr. Siddiq bin Fadzil dilahirkan pada 4 Januari 1947 di Kg. Sungai Tiang Darat, Rungkup, Bagan Datoh Perak. Beliau telah mendirikan rumah tangga dengan Datin Siti Zalikha binti Mohd Nor dan dikurniakan tujuh orang anak. Pendidikan awal beliau bermula di Sekolah Kebangsaan, Sungai Tiang Darat, Bagan Datoh, Perak dari tahun 1954-1959, kemudian melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Agama Izzuddin Shah, Ipoh, Perak pada tahun 1959-1966. Atas semangat cintakan ilmu, pada tahun 1967-1968 beliau telah menyambung pengajian di Maktab Perguruan Bahasa, Lembah Pantai, Kuala Lumpur.
22
Profesor Dato’ Dr. Siddiq bin Fadzil memiliki B.A. Hon. (1st Class) daripada Universiti Malaya pada tahun 1974 dan M.Litt. (Sarjana Persuratan) Institut Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia 1978. Beliau juga merupakan penerima pertama Ijazah Doktor Falsafah dari Institut Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu, UKM pada tahun 1989. Profesor Dato’ Dr. Siddiq bin Fadzil memulakan kerjaya sebagai guru pada tahun 1969, kemudian meneruskan kerjayanya sebagai pensyarah di Institut Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1978. Kemudian menjadi pensyarah di Jabatan Persuratan Melayu, Fakulti Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1987. Beliau menamatkan kerjayanya pada tahun 2002 sebagai Profesor Madya di Jabatan Persuratan Melayu, Fakulti Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Kini Profesor Dato’ Dr. Siddiq merupakan Presiden Kolej Dar al-Hikmah dan Ketua Majlis Istisyariy WADAH Profesor Adjung UNISEL. Sumbangan besar Profesor Dato’ Dr. Siddiq bin Fadzil dalam penulisan ilmiah tidak dapat dinafikan apabila beliau telah menghasilkan pelbagai buku, monograf, makalah dalam buku, makalah dalam jurnal dan makalah ilmiah sepanjang kerjayanya sebagai seorang pendidik. Antara penulisan beliau ialah Minda Melayu Baru, Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu, Islam dan Melayu: Martabat Umat dan Daulat Rakyat, Pembinaan Bangsa, dan Hasan alBanna: Kepeloporannya dalam Gerakan Reformasi.
NEGARA RAHMAH UMMAH SEJAHTERA
23
MAJLIS SAMBUTAN MA‘AL HIJRAH PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 1441H/2019M
Senarai Nama Penerima Tokoh Ma‘al Hijrah Kebangsaan Tahun 1427H/2006M hingga 1440H/2018M
24
1. 1427H/2006M
1. Prof. Dr. Mohd Yusof bin Haji Othman 2. Dato’ Haji Mustapha Ma
2. 1428H/2007M
1. Tan Sri Dato’ Muhammad Ali Hashim 2. Yang Amat Arif Datuk Sheikh Ghazali Abdul Rahman
3. 1429H/2008M
1. Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary
4. 1430H/2009M
1. S.S Dato’ Seri Hj. Harussani bin Zakaria 2. Prof. Dr. Wahbah Zuhayli
5. 1431H/2009M
1. Tan Sri Dr. Mohd. Yusof Noor 2. Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradawi
6. 1432H/2010M
1. Tan Sri Datuk Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz
7. 1433H/2011M
1. Prof. Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin 2. Dr. Fouad bin Abdul Salaam bin Muhammad al-Farisi
8. 1434H/2012M
1. Tan Sri Dr. Abdul Hamid Othman
9. 1435H/2013M
1. Tan Sri Abdul Hamid Zainal Abidin 2. Dr. Zakir Abdul Karim Naik
10. 1436H/2014M
1. Tan Sri Sheikh Ghazali bin Abdul Rahman
11. 1437H/2015M
1. Tun Abdul Hamid bin Mohamad
12. 1438H/2016M
1. Tun Dato’ Seri (Dr.) Ahmad Fairuz bin Sheikh Abdul Halim
13. 1439H/2017M
1. Tun Datuk Seri Panglima Hj. Sakaran bin Dandai
14. 1440H/2018M
1. Prof. Dato' Dr. Siddiq bin Fadzil
Lagu Tema Ma‘al Hijrah Satu Muharram Detik Permulaan Perkiraan Tahun Islam Hijrah Perpindahan Nabi Dan Umat Islam Dari Kota Makkah Ke Kota Madinah Atas Keyakinan Dan Iman Yang Teguh Kaum Muhajirin Dan Ansar Bersatu Rela Berkorban Harta Dan Nyawa Demi Menegakkan Islam Tercinta Hijrah Itu Pengorbanan Hijrah Itu Perjuangan Hijrah Itu Persaudaraan Hijrah Membentuk Perpaduan Oleh Itu Mari Semua Kita Sambut Ma‘al Hijrah Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam Untuk Sepanjang Zaman
NEGARA RAHMAH UMMAH SEJAHTERA
25
Doa Akhir Tahun
Makna Doa Akhir Tahun Hijrah
26
Segala pujian bagi Allah Tuhan semesta alam. Selawat dan salam kepada junjungan Rasul dan kepada keluarganya dan para sahabat sekalian. Ya Allah, apa yang telah kami lakukan sepanjang tahun ini dari apa yang Engkau larang kami daripadanya. Maka tidak sempat kami bertaubat darinya. Dan Engkau tidak meredhainya dan tidak Engkau melupainya. Dan Engkau berlemah lembut kepada kami walaupun Engkau berkuasa untuk menghukum kami, tetapi Engkau memberi peluang supaya kami bertaubat setelah kami melakukan maksiat kepada Engkau, maka sesungguhnya kami memohon keampunan Engkau, maka ampunilah kami. Apa yang kami lakukan padanya dari apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikan kami dengan pahala keatasnya. Maka kami memohon akan Dikau wahai Tuhan Yang Maha Mulia yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan semoga Engkau menerima taubat kami dan janganlah Engkau memutuskan harapan kami dari kurnia Engkau Wahai Tuhan Yang Maha Mulia. Moga-moga Allah SWT mencucuri rahmat dan sejahtera kepada junjungan kami Nabi Muhammad, ahli keluarga dan sahabat -sahabat sekalian. Segala pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam.
Doa Awal Tahun
Makna Doa Awal Tahun Hijrah Segala pujian bagi Allah Tuhan semesta alam.Selawat dan salam kepada junjungan Rasul dan kepada keluarganya dan para sahabat sekalian. Ya Allah, Engkaulah yang kekal, Yang Qadim lagi azali. Dan di atas kelebihan Engkau Yang Besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah mendatangi kami. Kami memohon kepada Engkau pemeliharaan padanya dari syaitan yang direjam, pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan kami memohon pertolongan dari nafsu yang banyak mendorong kepada kejahatan dan kami memohon kepadaMu untuk melakukan sebarang pekerjaan yang boleh mendekatkan diri kami kepada-Mu Ya Allah, Tuhan yang merubah segala keadaan dengan kekuasa dan kurniaan Mu Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Moga-moga Allah SWT mencucuri rahmat dan sejahtera kepada junjungan Nabi Muhammad, ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya sekalian.
27
MAJLIS SAMBUTAN MA‘AL HIJRAH PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 1441H/2019M
Ahli Jawatankuasa Induk Pengerusi
YB MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI Timbalan Pengerusi
YB TIMBALAN MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI Setiausaha
KETUA PENGARAH JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)
Pengerusi-Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Jawatankuasa Perhimpunan dan Perjalanan Majlis
BAHAGIAN KEURUSETIAAN DAN HUBUNGAN LUAR, JAKIM Jawatankuasa Sambutan VVIP, VIP dan Protokol
BAHAGIAN ISTIADAT DAN URUS SETIA PERSIDANGAN ANTARABANGSA JABATAN PENDANA MENTERI Jawatankuasa Penerangan, Seranta dan Promosi
KEMENTERIAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA Jawatankuasa Buku Cenderamata
JABATAN PENERANGAN MALAYSIA Jawatankuasa Pengangkutan
JABATAN PENGANGKUTAN JALAN MALAYSIA Jawatankuasa Keselamatan dan Lalu Lintas
IBU PEJABAT POLIS KONTINJEN KUALA LUMPUR
28
Jawatankuasa Anugerah Tokoh
BAHAGIAN PENYELIDIKAN, JAKIM Jawatankuasa Jemputan VVIP dan VIP
BAHAGIAN KEURUSETIAAN DAN HUBUNGAN LUAR, JAKIM Jawatankuasa Jemputan Awam
BAHAGIAN DAKWAH, JAKIM Jawatankuasa Penerbitan Khas
BAHAGIAN PENERBITAN, JAKIM Jawatankuasa Jamuan dan Keraian
BAHAGIAN DASAR KEMAJUAN ISLAM, JAKIM Jawatankuasa Penyiaran, Penyediaan Pentas dan Perhiasan
BAHAGIAN PENYIARAN, JAKIM Jawatankuasa Hadiah dan Cenderamata
BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA, JAKIM Jawatankuasa Kebajikan
BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN, JAKIM Jawatankuasa Kewangan
BAHAGIAN KEWANGAN, JAKIM Jawatankuasa Persiapan Tempat dan Teknikal
PUSAT KONVENSYEN ANTARABANGSA PUTRAJAYA (PICC)
NEGARA RAHMAH UMMAH SEJAHTERA
29
Setinggi Penghargaan Majlis Sambutan Ma‘al Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1441H/2019M ISTANA NEGARA
t
KEMENTERIAN
t
KEWANGAN MALAYSIA
JABATAN PERDANA MENTERI
t t
KEMENTERIAN
KESIHATAN MALAYSIA
t
KEMENTERIAN
KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA
t
ANGKATAN
t
POLIS
t
JABATAN
KERJA RAYA
t
JABATAN
PENYIARAN MALAYSIA
t
JABATAN
PENERANGAN MALAYSIA
t
JABATAN
AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN
t
ANGKATAN
t
MASJID
t
PERBADANAN
t
PUSAT
TENTERA MALAYSIA
DIRAJA MALAYSIA
PERTAHANAN AWAM MALAYSIA
NEGARA PUTRAJAYA
KONVENSYEN ANTARABANGSA PUTRAJAYA (PICC)
Serta semua pihak yang telah memberikan kerjasama dan sokongan dalam menjayakan Majlis Sambutan Ma‘al Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1441H/2019M
Diterbitkan oleh Jabatan Penerangan Malaysia bagi pihak Jawatankuasa Induk Majlis Sambutan Ma‘al Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1441H/2019M B.023(B.M)SEPT 2019(00.5) Reka bentuk dan dicetak oleh: Percetakan Zainon Kassim Sdn. Bhd. Ipoh, Perak
Nota
31
Nota
32