Care for the Infusor (Malay)

Page 1

Penjagaan Infusor Penyambung – sambungkan infusor ke PICC anda

Penutup Bersayap

Penyekat aliran mengawal kadar kelajuan ubat diberikan Belon Takungan Ubat – menyimpan ubat. Apabila diisi, belon menolak ubat keluar ke tiub penghantaran dan melalui talian PICC.

Tentang infusor Infusor ialah alat pakai buang yang ringan dan mengandungi antibiotik. Ia digunakan untuk memberikan infusi ubat / kemoterapi berterusan secara perlahan-lahan ke dalam aliran darah anda melalui PICC (Kateter Pusat yang Dimasukkan secara Periferi). Apabila diisi dengan ubat, belon mengempis dan menolak ubat secara perlahan-lahan melalui PICC pada kadar yang tetap. Apabila ini berlaku, belon akan menjadi lebih kecil secara beransur-ansur.

Tiub Penghantaran

Rawatan ini boleh dilakukan di rumah. Ini membolehkan anda meneruskan kegiatan harian anda dan bukannya tinggal di hospital untuk rawatan anda. Terdapat beberapa risiko yang berkenaan dengan kaedah rawatan ini. Kadangkala, infusor boleh berhenti berfungsi atau akan kehabisan ubat lebih awal berbanding yang dijangkakan. Masalah ini tidak kerap berlaku. Namun begitu, sekiranya ia berlaku, sila hubungi kami.


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.
Care for the Infusor (Malay) by Yishun Health - Issuu