Prevention & Management of Pressure Injuries (Malay)

Page 1

Pencegahan & Pengurusan Kecederaan Akibat Tekanan Siri Penjagaan Luka “Nenek saya telah diserang strok dan terpaksa berbaring di katil sahaja selepas keluar dari hospital. Pada suatu pagi, kami nampak tanda merah di tumitnya apabila kami menyarung baju nya. Doktor berkata bahawa ia merupakan tanda awal kecederaan akibat tekanan. Oleh itu, kami membeli kusyen sendal untuk diletakkan di kakinya apabila nenek berbaring di katil. Kami juga memusingkan badannya dengan lebih kerap dan menyapu pelembab di kakinya sekali sehari.” Apakah ia? Kecederaan akibat tekanan juga dikenali sebagai, luka tekanan atau ulser dekubitus. Ia merupakan kecederaan kulit dan juga tisu yang lebih dalam di bawah kulit.

Ia sering kali berlaku pada bahagian punggung, di belakang badan dan tumit. Apakah yang menyebabkannya? Kecederaan akibat tekanan berlaku apabila pesakit berada diposisi berbaring atau duduk pada masa yang berpanjangan. Ini akan menyekat bekalan darah ke bahagian yang terjejas dan menyababkan kerosakkan pada kulit dan tisu. Apakah tanda-tandanya? Ia biasanya bermula apabila bahagian tisu menjadi lembut, merah dan hangat yang menyakitkan. Jika tidak dirawat, kecederaan bertukar menjadi ulser dengan cepat dan ia menjadi lebih mendalam. Jika ulser dijangkiti kuman, ia akan menyebabkan masalah yang serius.


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.
Prevention & Management of Pressure Injuries (Malay) by Yishun Health - Issuu