1 minute read

Kata Alu-aluan oleh Presiden ms

KATA ALU-ALUAN OLEH PRESIDEN AKADEMI SAINS MALAYSIA (ASM)

Di Akademi Sains Malaysia (ASM), kami percaya dalam menjadikan sains, teknologi dan inovasi (STI) sebagai asas pembangunan ekonomi dan kesejahteraan masyarakat. Hal ini kini lebih diperlukan berikutan impak ketara COVID-19 terhadap dunia. Sama seperti negara-negara lain di seluruh dunia, Malaysia memerlukan pelan pemulihan ekonomi yang bukan sahaja merangsang sektor ekonomi semasa, tetapi juga mewujudkan sumber baharu untuk pertumbuhan ekonomi dan pembangunan masyarakat. Adalah perlu bagi rancangan ini menjadi inklusif dan beralih daripada pendekatan silo.

Sebagai peneraju pemikiran negara bagi perkara-perkara yang berkaitan dengan STI, mempunyai pandangan yang menyeluruh dan meluas mengenai ekosistem memberi inspirasi kepada ASM dalam membangunkan wadah yang menerapkan asas integrasi STI dengan ekonomi. Pembangunan wadah ini akan membolehkan Malaysia mencapai kemuncak baharu dengan memanfaatkan STI untuk memberi impak terhadap pertumbuhan sosio-ekonomi, daya tahan dan daya saing.

Melalui Rangka Kerja 10-10 MySTIE, kita berharap untuk menyuntik nafas baharu dalam aktiviti penyelidikan, inovasi dan perusahaan Malaysia. Rangka kerja ini menyediakan pendekatan ekosistem secara holistik untuk mewujudkan masa depan yang baharu untuk negara.

30 Bidang Keutamaan STIE Nasional menyediakan peluang untuk membina rangkaian dan platform usaha sama ke arah mewujudkan ekosistem inovasi yang berkeupayaan di seluruh Malaysia. Ekosistem ini juga perlu diperkukuhkan menerusi tinjauan masa depan yang berterusan untuk menjadi tangkas, relevan dan berimpak dari semasa ke semasa. Rangka Kerja 10-10 MySTIE berfungsi sebagai alat integrasi untuk kerajaan, penyelidik, inovator,industri dan masyarakat untuk bekerjasama dalam mentransfomasi Malaysia menjadi sebuah negara yang harmoni, progresif, makmur dan mampan.

Saya berharap rakyat Malaysia akan bangkit dan menyahut cabaran ini.

PROFESSOR DATUK DR ASMA ISMAIL FASc

This article is from: