1 minute read

Perutusan oleh Menteri ms

PERUTUSAN OLEH MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI (MOSTI)

Peranan sains, teknologi dan inovasi (STI) dalam membangunkan ekonomi tidak dapat dipertikaikan. Malaysia mengiktiraf pengaruh asas STI terhadap ekonomi dan kesannya terhadap pembangunan masyarakat. Melihat pada hubungan kukuh antara kedua-duanya, pihak Kementerian memperkenalkan istilah “STIE” untuk menyerlahkan kepentingan pendekatan ekosistem sebagai jentera pembangunan negara

Pelancaran rangka kerja 10-10 MySTIE adalah penting bagi memulakan proses transformasi sosioekonomi yang dikuasakan melalui penciptaan ekosistem STIE yang berkeupayaan. Rangka kerja ini akan memberi laluan kepada negara untuk menambah baik keupayaan inovatif dan kreatif sebagai cara untuk meningkatkan daya saing ekonomi dan kualiti hidup.

Rangka kerja ini berfungsi untuk menyatukan pelbagai pihak berkepentingan bagi memupuk satu ekosistem STIE negara secara kerjasama untuk pembangunan sektor yang mantap, sekali gus membolehkan kemakmuran bersama untuk semua rakyat Malaysia. Rangka kerja ini akan menyatukan semua daripada pelbagai lapisan masyarakat, tanpa meninggalkan sesiapa pun.

Saya berharap langkah ini akan memberikan nafas baru buat Malaysia menempa satu trajektori sebagai peneraju global yang dinamik dalam bidang keutamaan.

Tahniah kepada pasukan di Akademi Sains Malaysia (ASM) kerana telah merumuskan alat pemikiran masa hadapan yang akan berfungsi sebagai pemboleh daya bagi memudahkan satu mekanisme kolaboratif dan transformasi pembangunan inklusif negara yang berimpak tinggi dan dikuasakan oleh STI.

KHAIRY JAMALUDDIN

This article is from: