1 minute read
Pengenalan ms
01
Rangka Kerja 10-10 MySTIE Pengenalan
Rangka Kerja 10-10 Sains, Teknologi, Inovasi dan Ekonomi 10-10 (MySTIE) ialah integrasi 10 pemacu sosioekonomi utama Malaysia dengan 10 pemacu sains dan teknologi global yang sejajar dengan kekuatan dan keperluan kita.
Rangka kerja ini menyediakan pendekatan yang sistematik untuk mentransformasi Malaysia menjadi ekonomi yang berasaskan pengetahuan mengikut reka bentuk khusus. Ia bertujuan untuk menjana kemakmuran ekonomi bersama di seluruh ekosistem yang pelbagai di negara ini dan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam rangkaian nilai inovasi global.
Rangka kerja ini membolehkan sektor utama ekonomi menjadi lebih berasaskan pengetahuan dan dipacu inovasi, seterusnya meningkatkan daya saing dan kelestarian industri Malaysia. Ia direka untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat.