1 minute read

Penyediaan Malaysia Hari Ini Untuk Hari Esok ms

Next Article
Pengenalan ms

Pengenalan ms

Penyediaan Malaysia Hari Ini Untuk Hari Esok

Situasi Pembangunan

RANGKA KERJA

Malaysia Hari Ini

Malaysia pada tahun 2020 merupakan sebuah negara yang masih bergelut dengan jurang sosio-ekonomi yang semakin meluas merentasi kumpulan sosial, etnik dan lokaliti wilayah yang berbeza, walaupun selepas 63 tahun merdeka. Walaupun mempunyai ekonomi bernilai RM1.42 trilion, Malaysia masih belum dapat merealisasikan potensi pertumbuhan ekonomi sepenuhnya. Ekonomi masih bergantung kepada buruh berkemahiran rendah dan mengalami kekurangan dalam kemahiran utama yang berkaitan dengan ekonomi berasaskan pengetahuan. Ekonomi terperangkap dalam “perangkap pendapatan sederhana” dan terdedah kepada ketidaktentuan ekonomi global. Ini boleh menjejaskan kemampanan alam sekitar dan struktur sosial negara.

2020

Malaysia pada tahun 2030

Malaysia pada tahun 2030 yang didorong oleh ekosistem STIE yang berkeupayaan dan terkini akan memastikan pembangunan sosio-ekonomi yang inklusif dan pengurusan sumber asli yang mampan. Ekonomi akan diterajui oleh beberapa institusi penentu rentak dan industri yang mempunyai rangkaian pengetahuan dan rantaian bekalan yang kukuh untuk membina kelebihan daya saing global. Ini dijangka menjana impak limpahan positif terhadap kualiti hidup dan kekayaan negara. Ekonomi ini tidak akan meninggalkan mana-mana komuniti dalam peralihan untuk menjadi sebuah negara maju yang mampan, progresif, makmur dan harmoni.

2030

Sumber: Analitik oleh ASM, Nair, Ahmed, Vaithilingam dan pasukan daripada Monash University Malaysia, 2020

This article is from: