4 minute read
Analisis Ekosistem ms
Analisis Ekosistem
Analisis telah dijalankan menggunakan dua kaedah (pemboleh daya ekosistem STI 8i dan analisis SWOT) untuk menilai ekosistem semasa bagi setiap pemacu sosioekonomi. Ini termasuk penelitian horizon landskap negara (cth. dasar dan perancangan nasional) dan libat urus pihak berkepentingan untuk memastikan pemilihan pemacu S&T yang teliti bagi meningkatkan ROV pemacu sosioekonomi.
1
8
6
5 3 7
4
Pemboleh Daya Ekosistem STI 8i
Sumber: Analitik oleh ASM, Nair, Ahmed, Vaithilingam dan pasukan daripada Monash University Malaysia, 2020 01 / INFRASTRUKTUR
FIZIKAL & SEMULA JADI Kualiti dan kecanggihan infrastruktur yang menyokong pertumbuhan dan perkembangan industri dan ekonomi yang lebih luas.
02 / INFOSTRUKTUR
INFRASTRUKTUR DIGITAL Infrastruktur digital yang menyediakan ketersambungan integrasi pelbagai rantaian nilai di dalam dan di antara industri dan komuniti. Sistem ini menyediakan aliran maklumat yang telus bagi kecerdasan pasaran dan pembuatan keputusan secara strategik.
03 / MODAL INTELEK
STOK BAKAT Kemahiran (teknikal, keusahawanan dan kepimpinan) dan ilmu pengetahuan (umum dan khusus) oleh stok bakat.
04 / INTEGRITI
TADBIR URUS MANTAP DAN TELUS Sistem tadbir urus yang mantap dan menyeluruh bagi mengendalikan pelbagai proses dan memastikan komitmen terhadap penambahbaikan berterusan dan pematuhan kepada amalan terbaik. 05 / INSENTIF
FISKAL DAN BUKAN FISKAL Insentif untuk menggalakkan R&D, penggunapakaian teknologi baharu, inovasi, pengkomersilan teknologi tempatan, dan pengembangan pasaran, termasuk globalisasi teknologi tempatan.
06 / INSTITUSI
BADAN TADBIR URUS Kualiti institusi tadbir urus (cth. badan pengawalseliaan, persatuan industri, institusi pembelajaran, institut penyelidikan dll.) yang menyokong pembangunan sistematik pasaran, industri dan komuniti.
Faktor Dalaman
Daya Perubahan Luar
Sumber Program
Strategik Pengurangan Risiko
Kekuatan Kelemahan
SWOT
Peluang Ancaman
07 / INTERAKSI
PERKONGSIAN STRATEGIK Tahap dan kualiti kerjasama, penciptaan bersama dan perkongsian pengetahuan di kalangan pihak berkepentingan.
08 / PENGANTARABANGSAAN
PIAWAIAN DAN AMALAN TERBAIK GLOBAL Keluasan dan keberkesanan libat urus dengan rangkaian ilmu pengetahuan dan inovasi global, institusi tadbir urus dan rantaian bekalan global.
Cabaran Merentasi
10 Pemacu Sosioekonomi Malaysia
INFRASTRUKTUR : Peningkatan pelaburan dalam infrastruktur tidak selari dengan sumber untuk penyelenggaraan Pelaburan infrastruktur dijangka meningkat ~9% setiap tahun antara tahun 2013 dan 2025, tetapi “penyelenggaraan yang terhad disebabkan oleh sumber kewangan yang tidak mencukupi telah menjejaskan kualiti infrastruktur.”
Sumber: EPU, 2016; 11th MP Mid-Term Review (2018)
INFOSTRUKTUR : Kesalinghubungan yang rendah dan kekurangan pengurusan data yang bersepadu • Jurang dalam penempatan infrastruktur jalur lebar berkelajuan tinggi di lokasi utama perindustrian dan latihan untuk menyokong keperluan Industri 4.0 • Keperluan untuk platform penyepaduan data bagi pembuatan keputusan berasaskan data • Kesalinghubungan luar bandar kekal lemah. “Pengguna Malaysia di kawasan luar bandar yang jumlah penduduknya rendah hanya mempunyai 44% sambungan kepada 4G pada sesuatu masa”.
Source: Identification of National STIE Niche Areas using 10-10 Framework Workshop, 12 March 2020; OpenSignal, 2019
MODAL INTELEK : Keupayaan inovatif yang rendah Kandungan pengetahuan kebanyakannya berada pada tahap penyerapan dan penyesuaian dan jarang melampaui keupayaan inovatif. Ini ditunjukkan dalam kedudukan ke-53 Malaysia daripada 131 dalam Indeks Inovasi Global 2020, ‘Pekerja Berpengetahuan’.
Sumber: EPU, 2016; Global Innovation Index 2020
Kekurangan bakat dan jurang kemahiran untuk menghadapi Industri 4.0 Pekerja berkemahiran tinggi hanya merangkumi 24.4% tenaga kerja pada tahun 2019. Rancangan Malaysia ke-11mensasarkan peratusan pekerja berkemahiran tinggi untuk meningkat daripada 25% pada tahun 2019 kepada 35% pada tahun 2020.
Sumber: DOSM (2019), 11th MP (2015)
Kebergantungan berlebihan kepada pekerja asing Kebergantungan berlebihan kepada pekerja asing berkemahiran rendah, terutamanya dalam bidang pembinaan (28.3%), pertanian (25.8%) dan pembuatan (25.7%). Sasaran di bawah RMKe-11 adalah 15% pekerja asing dari jumlah tenaga kerja pada tahun 2020.
Sumber: 11th MP (2015); 11th MP Mid-Term Review (2018) INTEGRITI : Keperluan untuk sistem tadbir urus dan komitmen bagi mematuhi piawaian global Ketidakupayaan untuk mematuhi piawaian antarabangsa kerana kekurangan ilmu pengetahuan, sumber dan koordinasi yang mengakibatkan barangan dan perkhidmatan tidak dapat menembusi pasaran global.
Sumber: Identifikasi Bidang Keutamaan STIE Nasional dari Bengkel rangka kerja 10-10 , 12 March 2020; OpenSignal, 2019
INSENTIF : Pemecahan landskap insentif Terdapat lebih daripada 100 insentif yang diuruskan oleh 32 agensi. Terdapat keperluan untuk menyelaraskan dan merekayasa semula insentif agar lebih didorong oleh impak dan hasil.
Sumber: Bank Negara Malaysia, 2017
INSTITUSI : Keperluan untuk peraturan dan perundangan yang tangkas dan fleksibel Rangka kerja institusi dan perundangan tidak sesuai dengan trend dan keperluan semasa, sehingga memerlukan kajian semula.
Sumber: Identifikasi Bidang Keutamaan STIE Nasional dari Bengkel rangka kerja 10-10 , 12 March 2020; OpenSignal, 2019
INTERAKSI : Kekurangan usaha berasaskan ilmu pengetahuan, strategi kolaboratif dan pemacuan perubahan • Komunikasi dan hubungan yang lemah dalam rantaian nilai menyebabkan hubungan antara pembuat terputus • Kurangnya interaksi dan komitmen antara pihak berkuasa, NGO dan wakil masyarakat untuk menyelesaikan masalah kritikal di lapangan
Sumber: Identifikasi Bidang Keutamaan STIE Nasional dari Bengkel rangka kerja 10-10 , 12 March 2020; OpenSignal, 2019
PENGANTARABANGSAAN : Keperluan untuk kedudukan pasaran yang berkesan dan penjenamaan yang kukuh di pasaran antarabangsa Malaysia mempunyai banyak kelebihan berdaya saing, seperti kepelbagaian biodiversiti dan budaya yang unik yang dapat dimanfaatkan bagi meningkatkan kedudukan Malaysia di arena antarabangsa. Namun, perlu ada pemahaman dan kepatuhan yang lebih tinggi terhadap piawaian antarabangsa.
Sumber: Identifikasi Bidang Keutamaan STIE Nasional dari Bengkel rangka kerja 10-10 , 12 March 2020; OpenSignal, 2019