1 minute read
Platform Kerjasama ms
Platform Kerjasama
Walaupun Bidang Keutamaan STIE Nasional memberikan fokus yang strategik, penterjemahan secara realitinya tidak dapat dilakukan dengan berkesan melainkan terdapatnya sebuah platform kerjasama yang menyatukan pemain utama untuk menerajui sesuatu tindakan secara bersepadu. Platform kerjasama ini menyediakan penyelesaian yang lebih holistik dan cara pelaksanaan strategi, dasar dan program yang berkesan. Untuk membangunkan ekosistem yang kondusif bagi menyokong dan mengekalkan aktiviti perkembangan ekonomi utama serta kesejahteraan masyarakat di kawasan di seluruh Malaysia, 8 kluster diperlukan:
• Pembangun Kapasiti adalah penting kerana inovasi dipacu oleh masyarakat yang mempunyai ilmu pengetahuan, kecekapan dan sumber. Oleh itu, latihan yang berterusan adalah mustahak bagi memastikan masyarakat mempunyai kemahiran untuk menjana pulangan nilai (ROV).
• Pembekal Akses Pasaran adalah penting untuk barangan dan perkhidmatan merentas sempadan dan mengembangkan aktiviti ekonomi serta aliran hasil.
• Pembekal Logistik dan Rantaian Bekalan melibatkan rangkaian perniagaan dan aktiviti untuk mendapatkan produk dan perkhidmatan dari sumber ke pengguna seperti National Technology Innovation Sandbox.
• Penghubung untuk menyatupadukan pihak berkepentingan dan memudahkan jaringan perhubungan yang berkesan dan strategi kolaborasi.
8
Clusters • Pembuat dan Pengilang untuk menghasilkan barangan dan menyediakan perkhidmatan yang mengukuhkan aktiviti ekonomi.
• Pembekal Teknologi untuk memanfaatkan teknologi bagi penciptaan penyelesaian dalam mengatasi cabaran setiap sektor.
• Penetap dan Pengawal Selia Piawaian Untuk memastikan produk, perkhidmatan, dan sistem adalah selamat, konsisten dan boleh dipercayai bagi memasuki pasaran global. • Pembekal Pembiayaan untuk memberi pilihan pembiayaan alternatif bagi membolehkan perniagaan beroperasi.
Sumber: Analitik ASM, 2020, Diadaptasi daripada European Commission, 2014
Platform kerjasama yang berfungsi terdiri daripada 8 kluster yang mampu memacu ekonomi berasaskan pengetahuan. Kolaborasi yang berkesan antara pihak berkepentingan adalah diperlukan untuk membantu menangani jurang ekonomi dengan melaksanakan projek berimpak tinggi di seluruh Malaysia.
Platform kerjasama adalah penting untuk menterjemahkan penyelidikan kepada hasil yang mampu mentransformasikan masyarakat.
Platform ini juga membolehkan komunikasi berbilang saluran dan maklum balas antara pihak berkepentingan. Ini memudahkan proses membuat keputusan dan pelaksanaan strategi yang berkesan.