MALAYSIA Menelusuri Keindahan Sejarah Negara.
MALAYSIA
Menelusuri Keindahan Sejarah Negara. MALAYSIA Menelusuri Keindahan Sejarah Negara.
Sejak Malaysia merdeka pada 31 Ogos 1957, Malaysia telah menjadi negara yang pesat membangun di rantau Asia Tenggara.
Pelbagai kaum di bandar dan luar bandar hidup aman serta harmoni. Mereka semua menghormati adat resam dan cara hidup masing-masing.
Inilah yang menjadi keunikan dan keistimewaan negara Malaysia. Ia menjadi kebanggaan setiap lapisan rakyatnya.
001
Sekapur Sirih, Seulas Pinang
Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera.
Setinggi penghargaan dan jutaan terima kasih, saya ucapkan kepada WCO Holdings Sdn Bhd (WCO) atas kejayaan menerbitkan buku
‘Malaysia - Menelusuri Keindahan Sejarah Negara’.
Buku berkonsepkan diorama ini memperlihatkan kepelbagaian dan kerukunan kehidupan rakyat Malaysia dan merupakan sesuatu yang unik serta menjadi wadah terbaik untuk dikongsi dengan masyarakat umum khususnya tentang kekayaan seni budaya bangsa Malaysia.
Semoga usaha murni ini dapat melestarikan usaha dalam memperkukuhkan lagi semangat patriotisme dan jati diri rakyat negara kita memandangkan buku ini diterbitkan bersempena dengan sambutan
kemerdekaan negara. Usaha ini juga selari dengan Teras Dasar
Kebudayaan Negara (DAKEN) 2021 iaitu Keharmonian Masyarakat.
Tahniah dan syabas.
Datuk Hajah Saraya binti Arbi
KETUA SETIAUSAHA
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya
003
Saya berbesar hati diberi kesempatan mencatat sepatah dua kata dalam buku ‘Malaysia - Menelusuri Keindahan Sejarah Negara’ ini. Ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Encik Foo Loke Kee, penggerak WCO kerana mengambil daya usaha menyusun dan menerbitkan buku ini.
Dalam keadaan masyarakat kita terdedah dan sebahagiannya terpengaruh oleh arus globalisasi, buku yang berasaskan diorama pelbagai sudut kehidupan rakyat Malaysia ini amat bermakna. Masyarakat, khasnya golongan muda dapat beroleh maklumat kehidupan rakyat Malaysia
berbilang keturunan yang disampaikan dalam bentuk diorama dan berbantukan teks ringkas sebagai penerangan.
Dengan menghayati corak dan ragam kehidupan rakyat Malaysia, mudahmudahan meningkat persefahaman dan sikap saling menghargai cara hidup masing-masing. Terbitnya buku ini bersempena dengan sambutan kemerdekaan negara memberikan sumbangan kepada pemupukan rasa cinta dan setia kepada negara.
“Negara kita tanggungjawab kita”
Prof Datuk Seri Dr Awang Sariyan
PENGARAH INSTITUT ALAM DAN TAMADUN MELAYU (ATMA)
Universiti Kebangsaan Malaysia
(Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka)
005
Salam sejahtera
Terlebih dahulu izinkan saya merakam ucapan terima kasih kerana memberi peluang dan ruang kepada saya mengukirkan sepatah dua kata dalam buku ‘Malaysia - Menelusuri Keindahan Sejarah Negara’.
Sesungguhnya, inisiatif yang diambil WCO untuk menerbitkan buku ini harus diberikan pujian dan penghargaan sewajarnya kerana buku diterbitkan ini berorientasikan diorama yang memaparkan citra budaya rakyat Malaysia. Untuk menghasilkan sebuah buku bukanlah suatu tugas yang mudah.
Namun begitu, kerukunan hidup dan kepelbagaian seni budaya yang ditonjolkan dalam buku ini amat bermakna kerana ia mampu meningkatkan kefahaman dan keharmonian dalam masyarakat.
Semoga buku yang memaparkan evolusi rentetan sejarah sosiobudaya negara ini dapat memberi manfaat kepada kita semua.
Dr Tan Awang Besar
SETIAUSAHA BAHAGIAN DASAR KEBUDAYAAN
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya
007
Buku ini merupakan satu himpunan dokumentasi budaya yang telah dipersembahkan dalam bentuk visual yang dirakam daripada ratusan himpunan miniatur atau patung-patung kecil. Miniatur ini diolah bentuk mengikut ragam peristiwa budaya, lengkap dengan latar belakang atau ‘setting’ untuk memberi kesan kejadian semacam benar. Olahan miniatur ini dibentuk lengkap dengan kostum mengikut aktiviti budaya atau peristiwa tertentu.
Percubaan pemilik himpunan miniatur ini menghasilkan himpunan kepelbagaian aktiviti budaya dalam Malaysia adalah satu kenyataan penegasan bahawa beliau adalah pecinta budaya negara. Beliau telah membuat penyelidikan untuk memahami setiap peristiwa budaya sebelum penghasilan miniatur tersebut. Ini dapat dilihat pada setiap patung-patung itu lengkap dengan luahan mimik muka serta gerak bentuk tubuh yang berpakaian lengkap sesuai dengan peristiwa-peristiwa tertentu.
Kesenian kerja tangan ini memerlukan gabungan kemahiran dan imaginasi yang tinggi dilengkapi sifat kesabaran, kerajinan, ketekunan, kehalusan serta ketelitian yang amat dituntut sewaktu pembuatannya. Proses pembuatannya amat rumit dan memerlukan kesabaran dalam membentuk dan mengolah bahantara (tanah liat lembut) untuk menghasilkan patung-patung tersebut.
Pemilihan tema yang dirancang oleh pemilik koleksi kebanyakannya berkait rapat dengan sejarah dan aktiviti harian yang lazim terdapat dalam budaya setempat. Terdapat aktiviti budaya yang diolah tidak lagi ditemui atau diamalkan oleh sesuatu masyarakat, ia hilang terhakis akibat perubahan masa dan persekitaran. Sebagai contoh, aktiviti permainan kanak-kanak di kampung-kampung seperti permainan tarik upih, gasing dan lain-lain.
Jadi, aktiviti yang dibentuk semula ini merupakan satu usaha pembentukan semula rakaman dan ingatan silam sebagai dokumen pada masa hadapan. Semua aktiviti ini dihasilkan dalam bentuk yang statik dan kaku. Saya percaya dengan perkembangan teknologi terkini, ia mampu diusahakan dalam bentuk tiga dimensi yang bersifat maya dan interaktif. Saya mengucapkan sekalung tahniah atas segala usaha ‘reconstruction of the past’ sebagai usaha untuk tidak melupakan di mana kita bermula suatu masa dahulu.
TAHNIAH
Prof Dato’ Dr Mohamed Najib Ahmad Dawa
PENGASAS
Sari Cempaka Art Village
Dato’ Najib (kanan), bersama
pengasas WCO Holdings Foo
Loke Kee, menunjukkan Wau
Cenderawasih dari Pahang.
009
Pertama sekali, saya ingin merakamkan sekalung penghargaan kepada pihak WCO yang terlibat dalam penerbitan karya ulung ini. Seterusnya, jutaan terima kasih juga saya ucapkan buat kumpulan artis yang tidak putus semangat dari peringkat awal penghasilan karya ini sehinggalah ke peringkat penerbitannya.
Sejujurnya, hasrat menghasilkan terbitan ini dengan usaha bersama WCO adalah didorong oleh rasa cinta saya kepada kepelbagaian seni budaya dan warisan masyarakat Malaysia. Saya percaya bahawa sesungguhnya tiga perkara tersebut membentuk sebuah masyarakat dan negara yang harmoni. Hal ini kerana perkataan budaya itu sendiri berasal daripada perkataan Sanskrit, ‘buddhaya’ yang bermakna kekuatan yang berterusan dalam membentuk pemikiran, mengenali diri, menjana kebijaksanaan dan mempertahankannya.
Sebagai anak watan yang membesar dalam budaya Malaysia, terbitan ini adalah cetusan rasa yang sekian lama mencintai seni, budaya dan warisan. Justeru, saya terpanggil untuk menggalas tanggungjawab memelihara dan mempromosikan keindahan dan warna-warni Malaysia pada pentas tempatan mahupun antarabangsa.
Saya meletakkan usaha dan harapan yang tinggi agar terbitan ini akan menarik perhatian masyarakat dari segenap pelosok kepada kehalusan seni budaya dan warisan masyarakat Malaysia.
Bersempena dengan bulan kemerdekaan ini, marilah kita sama-sama menghayati semangat patriotisme dan perpaduan sebagai bangsa Malaysia dengan menjulang keunikan seni warisan kita melalui karya hasil kreativiti anak tempatan yang diterjemahkan dalam bentuk terbitan ini.
Selamat menyambut Hari Kebangsaan ke-65, dirgahayu tanah airku Malaysia!
Danny Lee
USAHAWAN & PENGARAH
Delta Management Consultant SB
011
KANDUNGAN
Bangunan Sultan Abdul Samad Mercu Tanda Kuala Lumpur Masjid Jamek Kota Kebudayaan Islam Tanah Melayu Pusat Perdagangan Permulaan Panggung Wayang Petempatan Luar Bandar Kampung Melayu Kampung Baharu Cina Estet India Sarawak Bumi Kenyalang Sabah Negeri Di Bawah Bayu 015 023 029 067 075 081 099 115 123 131 013
Bangunan Sultan Abdul Samad Mercu Tanda Kuala Lumpur
Bangunan Sultan Abdul Samad yang terletak di hadapan Dataran Merdeka ialah mercu tanda bagi bandar raya Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia.
Bangunan ini mengambil nama Sultan Abdul Samad, sempena nama Sultan Selangor semasa bangunan ini dibina. Ia dibina pada tahun 1894.
Di hadapan bangunan yang indah ini, beberapa peristiwa yang bersejarah telah berlaku. Di sinilah tempatnya bendera Union Jack diturunkan dan pada tarikh yang sama, iaitu 31 Ogos 1957, bendera Jalur Gemilang dikibarkan.
Peristiwa ini menunjukkan berakhirnya era penjajahan dan bermulanya era masyarakat yang merdeka. Semenjak itu, bangunan ini menjadi latar belakang perarakan kemerdekaan pada setiap 31 Ogos dan sambutan malam Tahun Baharu pada setiap 31 Disember.
015
017
019
021
Masjid Jamek Kota Kebudayaan Islam
Masjid Jamek atau nama penuhnya Masjid Jamek
Sultan Abdul Samad merupakan salah satu masjid tertua di Kuala Lumpur.
Masjid ini direka oleh Pemangku Arkitek Kuala Lumpur, Arthur Benison Hubback, yang sebelum ini bertugas di Jabatan Kerja Awam di India.
Masjid ini dibina pada tahun 1909. Ia terletak di pertemuan Sungai Klang dan Sungai Gombak dan boleh diakses melalui Jalan Tun Perak.
023
Masjid ini dibina berhampiran dengan pusat pentadbiran, iaitu Bangunan
Sultan Abdul Samad di seberang Sungai Gombak.
Masjid ini memudahkan kakitangan kerajaan beragama Islam mengerjakan
solat lima waktu dan solat Jumaat.
Seni bina Masjid Jamek menjadi sebahagian daripada mercu tanda Kuala Lumpur sebagai Kota Kebudayaan Islam.
025
Masjid ini menjadi masjid utama bagi solat
Jumaat dan pusat aktiviti Islam sehinggalah
pembinaan Masjid Negara pada tahun 1967.
Masjid ini tidak dapat diperbesar kerana
kedudukannya terletak di antara Sungai
Klang dengan Sungai Gombak.
Beberapa lapis tangga dibina di dalam
sungai untuk memudahkan orang ramai
mengambil air sembahyang.
027
Tanah Melayu Pusat Perdagangan
029
Tanah Melayu telah menjadi pusat
perdagangan selama berabad-abad. Pelbagai
barang seperti porselin dan rempah telah didagangkan secara aktif semasa era
Kesultanan Melayu Melaka.
Kesultanan Melayu Melaka menguasai Selat
Melaka dari penubuhannya pada tahun
1402 hingga 1511, sebelum jatuh ke tangan Portugis.
Selepas itu, Tanah Melayu dijajah oleh
Belanda dan British sehingga berjaya
memperoleh kemerdekaan daripada British pada tahun 1957.
031
Sebelum wujudnya kompleks beli-belah, rakyat biasanya membeli barangan di kedai. Kedai-kedai ini lazimnya diusahakan oleh kaum Cina dan bertumpu di kawasan bandar.
Barang-barang yang dijual termasuklah barangan keperluan sehari-hari seperti makanan dan pakaian. Di samping itu, terdapat aneka gerai yang menjual makanan di tepi jalan yang menjadi tumpuan orang ramai untuk menikmati sarapan pagi dan makan tengah hari.
Menariknya gerai pada zaman ini, kebanyakan penjaja berjalan kaki sambil memikul, menolak atau menarik barang mereka dan menjual dari satu tempat ke tempat yang lain.
Antara lokasi yang paling terkenal untuk membeli-belah termasuklah Jalan Petaling di Kuala Lumpur. Selama bertahun-tahun, Jalan Petaling telah menjadi tempat perniagaan yang mengekalkan tradisi serta budaya masyarakat Cina di Malaysia.
Dari awal pagi hingga lewat malam, penjaja menjual barangan mereka di tepi jalan dengan harga yang berpatutan.
Kaum Melayu dan India pula bertumpu di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur. Terdapat banyak deretan kedai dan gerai yang menjual pelbagai jenis tekstil dan perhiasan diri di sini.
033
035
037
039
041
043
045
047
049
051
053
055
057
059
061
063
065
Permulaan Panggung Wayang
067
Di Malaysia, antara panggung wayang tertua ialah Teater Coliseum yang terletak di Kuala Lumpur. Ia dibina pada tahun 1921 oleh Keluarga Chua yang dipelopori oleh Chua Cheng Bok.
Bangunan panggung ini masih wujud sehingga ke hari ini tetapi sudah diubah suai mengikut keadaan semasa.
Selain itu, terdapat juga Panggung Cathay yang terletak di Kuala Lumpur. Pada asalnya, panggung ini hanya menayangkan filem berbahasa Inggeris. Namun, selepas beberapa lama, Panggung Cathay menambah filem berbahasa Melayu, India dan Cina.
Ini bagi meraih sokongan penonton-penonton daripada bangsa lain. Antara filem yang mendapat sambutan hangat dalam kalangan masyarakat ialah filem P. Ramlee.
Di kawasan sekitar panggung wayang, terdapat pelbagai gerai yang menjual makanan ringan. Penonton lazimnya akan membeli makanan untuk dinikmati sambil menonton.
Makanan ringan yang popular dinikmati ketika zaman itu ialah kuaci, berbeza dengan zaman kini yang ramai sukakan bertih jagung. Tiada panggung wayang yang tidak menjual snek yang bersalut karamel ini.
069
071
073
Petempatan Luar Bandar
Jauh dari kawasan bandar yang sibuk, terdapat petempatan-petempatan kecil di luar bandar. Petempatan ini terbahagi mengikut jenis kaum. Orang Melayu tinggal di kampung Melayu, orang Cina di kampung baharu Cina, orang India tinggal di estet getah dan Orang Asli tinggal di kampung Orang Asli.
Di petempatan-petempatan ini, penduduk mengamalkan agama dan adat resam mengikut kaum masingmasing. Mereka mengekalkan budaya tradisional setiap kaum. Mereka juga bertutur dalam bahasa ibunda. Inilah yang menjadikan Malaysia negara yang unik.
075
077
079
Kampung Melayu
Orang Melayu menetap di kampung dan melakukan aktiviti sosioekonomi seperti bertani, bersawah dan menternak. Mereka menternak ayam, kambing, lembu dan kerbau. Aktiviti ini biasanya dilakukan secara kecil-kecilan atau bersifat sara diri.
Pada masa lapang, kanak-kanak di kampung bermain permainan tradisional seperti permainan wau, tarik upih dan congkak. Wau adalah sejenis layang-layang Melayu yang mempunyai pelbagai bentuk dan corak. Wau yang paling terkenal ialah Wau Bulan.
Selain itu, tarik upih merupakan sejenis permainan yang menggunakan upih pinang. Permainan ini mesti dimainkan oleh dua orang atau lebih. Seorang menjadi tukang tarik dan seorang lagi duduk di atas upih.
081
083
085
087
Untuk permainan congkak pula, permainan ini biasanya menggunakan papan kayu berlubang atau lubang di atas tanah, dan menggunakan biji getah atau guli sebagai buah congkak.
Pada waktu senggang, anak-anak muda berlatih silat. Silat merupakan sejenis seni mempertahankan diri yang berasal dari Alam Melayu. Falsafah Silat Melayu sebahagian besarnya berasaskan kerohanian Islam.
Pada waktu malam pula, penduduk akan berkumpul di panggung wayang kulit untuk menyaksikan persembahan wayang kulit. Wayang kulit dimainkan oleh seorang dalang, iaitu individu yang menggerakkan patung kulit.
Dalang juga menjadi narator dialog watak-watak wayang sambil diiringi oleh muzik gamelan. Dalang memainkan wayang kulit di balik kelir, iaitu satu lapisan yang dibuat daripada kain putih.
Pada bahagian belakang dalang disorotkan lampu elektrik atau lampu minyak agar para penonton yang berada di hadapan dapat melihat bayangan wayang yang terbentuk di kelik.
089
091
093
095
097
Kampung Baharu Cina
Kampung baharu merupakan penempatan yang diperkenalkan pada era pemerintahan British bermula tahun 1950. Ia adalah sebahagian daripada Rancangan Briggs yang dilancarkan oleh Sir Henry Gurney, yang bertujuan untuk menghalang Gerakan Min Yuen daripada penyokongnya dalam kalangan rakyat awam semasa Darurat Tanah Melayu.
Oleh itu, tujuan asal penubuhan perkampungan ini untuk memisahkan penduduk kampung berbangsa Cina daripada mempunyai hubungan dengan Tentera Pembebasan Rakyat Malaya (TPRM) yang diterajui Parti Komunis Malaya.
Secara tidak langsung, penduduk-penduduk Cina bermastautin di kampung-kampung baharu ini. Antara penempatan kampung baharu yang terkenal termasuklah Jinjang di Kuala Lumpur, Kampung Tengah di Johor dan Seri Kembangan di Selangor.
Kampung-kampung baharu ini dilengkapi pelbagai kemudahan asas. Contohnya, terdapat kemudahan sekolah, tokong Cina dan kedai-kedai. Tokong-tokong Cina ini lazimnya mengekalkan seni bina tradisional Cina. Pada musim perayaan, penduduk bersembahyang di tokong-tokong Cina.
099
101
103
105
107
109
111
113
Estet India
Kaum India pada zaman ini biasanya bekerja sebagai penoreh getah. Jadi, mereka tinggal di estet getah. Secara tidak langsung, petempatan kecil terbentuk di kawasan sekitar estet getah.
Pekebun getah pada masa dahulu menjual hasil pokok getah dalam bentuk getah keping dan skrap atau ‘pok getah’. Selain kerja menoreh dan memungut susu getah, mereka juga memproses susu getah menjadi getah keping sebelum dijual untuk mendapat hasil jualan.
Orang India amat berpegang teguh kepada agama dan adat resam mereka. Kaum India di Malaysia lazimnya menganut agama Hindu. Antara adat resam yang paling unik ialah perkahwinan Hindu.
Perkahwinan Hindu juga dikenali sebagai Vivaha ialah upacara perkahwinan tradisional bagi penganut Hindu. Majlis perkahwinan sangat berwarna-warni dan majlis ini berlangsung selama beberapa hari.
Rumah pengantin lelaki dan perempuan di bahagian pintu masuk, dinding, lantai dan bumbung akan dihias dengan bunga yang berwarna-warni serta diletakkan daun pokok pisang.
115
117
119
121
Antara warisan paling unik di Sarawak termasuklah rumah panjang. Rumah panjang ialah pusat kehidupan bermasyarakat bagi kaum Iban di Sarawak. Terdapat lebih kurang 4,500 rumah panjang di Sarawak.
Kebanyakan rumah dibina berhampiran dengan sungai yang menjadi laluan utama bagi masyarakat berkenaan. Biasanya, sebuah rumah mempunyai bilik untuk keluarga yang berjumlah antara 20 hingga 80 bilik.
Setiap rumah panjang boleh menempatkan antara 200 hingga 800 orang. Rumah ini dibina menggunakan tiang jenis kayu keras dan tidak mudah reput seperti kayu belian dari Kepulauan Borneo.
Kaum Bidayuh turut mempunyai rumah tradisi yang tersendiri yang dikenali sebagai rumah baruk. Baruk mempunyai seni bina yang unik seperti rumah bulat dan menjadi nadi kepada musyawarah kaum Bidayuh. Baruk dikategorikan sebagai rumah ibadat. Segala upacara keagamaan serta tradisi kaum Bidayuh berlaku di sini. Di dalam Baruk juga akan diletakkan tengkorak-tengkorak kepala musuh yang dipenggal suatu waktu dahulu untuk dipamerkan.
123
Sarawak Bumi Kenyalang
125
127
129
Perayaan yang paling utama di Sabah ialah Kaamatan atau dikenali sebagai Pesta Menuai. Semangat padi disembah selepas padi dituai selama setahun. Perayaan ini disambut oleh kaum Kadazan dan jatuh pada bulan Mei.
Setiap tahun, Tamu Besar, iaitu sejenis pasar terbuka yang besar akan diadakan di Kota Belud, Sabah. Para petani dan nelayan akan berkumpul di pasar terbuka ini untuk menjual pelbagai hasil pertanian, kraf tangan, barangan keperluan harian dan seumpamanya.
Tarikan utama pasar terbuka ini termasuk perarakan penunggang-penunggang kuda
kaum Bajau yang berpakaian berwarnawarni dan kuda mereka dipakaikan kain seperti penunggang.
131
Sabah Negeri Di Bawah Bayu
133
Tarian tradisional yang paling terkenal di Sabah ialah tarian Sumazau. Tarian Sumazau ialah sejenis tarian tradisional kaum Kadazan yang ditarikan oleh sepasang atau lebih pasangan lelaki dan wanita.
Tarian ini ditarikan dengan kedua-dua tangan diangkat ke paras bahu dan dikibar-kibarkan umpama kipasan sayap burung.
Kebiasaannya, tarian ini diiringi dengan paluan tujuh atau lapan gong dan dipersembahkan semasa upacara serta majlis yang meriah, seperti perkahwinan.
135
137
139
Foo menunjukkan anugerah yang beliau terima dari
‘Malaysia Book of Records’ pada September 2021 sebagai ‘First Cross-Cultural Handcrafted Diorama Centre’.
Terima Kasih
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam merealisasikan penghasilan ‘Malaysia - Menelusuri Keindahan
Sejarah Negara’.
Setinggi-tinggi penghargaan juga ke atas pasukan artis yang diketuai oleh Puan Helen Chua dalam penghasilan diorama sepanjang 17 meter yang merupakan sumber kepada penerbitan naskah ini.
Pasukan artis tempatan ini banyak membantu saya untuk melahirkan satu karya seni dalam bentuk diorama miniatur. Diorama miniatur ini mencerminkan kehidupan dan budaya rakyat pelbagai bangsa di Malaysia pada zaman prapenjajahan.
Miniatur dalam diorama ini kebanyakannya diperbuat daripada olahan tanah liat mengunakan kemahiran tangan dan imaginasi artis terlibat tanpa sebarang acuan mahupun mesin.
Keunikan hasil tangan ini menjadikan diorama ini satu-satunya karya seni yang mempunyai identiti tersendiri.
Akhir kata, saya amat berharap penerbitan naskah ini dapat menjadi kenangan masa lampau dan juga sebagai inspirasi kepada generasi muda tentang keindahan sejarah negara kita.
Foo Loke Kee
PENGASAS
WCO Holdings Sdn Bhd
141
Ilustrasi miniatur hanya ilham seni daripada artis. Tidak semestinya fakta dan ukuran yang sebenar.
Rujukan
https://ms.wikipedia.org/wiki/Bangunan_Sultan_Abdul_Samad
https://ms.wikipedia.org/wiki/Masjid_Jamek,_Kuala_Lumpur
https://www.buletinfm.audio/koolhiburan-suka-tengok-wayang-ini-asal-usul-panggung-wayang/
https://ms.wikipedia.org/wiki/Kampung_baru_Cina
https://ms.wikipedia.org/wiki/Wayang_Kulit
https://katamalaysia.my/culture/perkahwinan-masyrakat-india-yang-unik/
https://ms.wikipedia.org/wiki/Iban
https://api.hmetro.com.my/node/197071
https://sumatra93.wordpress.com/2014/03/26/mengenali-kaum-bajau/
http://parrotred.blogspot.com/2016/03/rumah-tradisi-kaum-bidayuh.html
https://ms.wikipedia.org/wiki/Pen
143
MALAYSIA
Edisi Pertama Ogos 2022
Menelusuri Keindahan Sejarah Negara.
WCO Holdings Foo Loke Kee, Helen Chua
Delta Management Consultant Danny Lee
Thinking Eyes Bazuki Muhammad, Rozana Sani, Anizon Hussin, Mohd Zin Ali
Thinking Eyes Solution, 64 Jalan Kekwa 1, Nilai Impian, 71800 Nilai, Negeri Sembilan. 0123303962. creative@thinkingeyes.net.
Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi, dan kandungan terbitan ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara sekalipun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, ataupun cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada pihak WCO Holdings dan Thinking Eyes.
WCO HOLDINGS BOOKS
MALAYSIA Menelusuri Keindahan Sejarah Negara. MALAYSIA Menelusuri Keindahan Sejarah Negara.