KALI INI KITA BERSAMA Serantau Sebahagian
KALI INI KITA BERSAMA Serantau Sebahagian
5.07 - 15.08.2019 Creative Space Balai Seni Negara
05 Julai - 15 Ogos 2018 Creative Space Balai Seni Negara Penerbit Balai Seni Negara No 2 Jalan Temerloh Off Jalan Tun Razak 53200 Kuala Lumpur Malaysia T... 603 4026 7000 F... 603 4025 4987
Ketua Editor Prof. Dato' Dr. Hj. Mohamed Najib Ahmad Dawa Kurator U-Wei Bin HajiSaari Penyelaras Pameran Muhammad Adziim Abd Wahab Editorial Norazmah Rashid Osmihamidy Osman Hartini Yajid Rekabentuk Najmuddin Salleh Zasreen Zainal Jurufoto Intan Idarina Khusairry Muhammad Syafiq Shaiful Bahri
Cover Detail : Kameelah-i-lala The Desire 2 2018 Mix Media 210 x 185 cm
Š 2019 Balai Seni Negara Hakcipta Terpelihara. Karya yang disiarkan di dalam penerbitan ini tidak boleh diterbitkan semula dalam apa-apa jua bentuk dan dengan apa jua cara sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Ketua Pengarah Balai Seni Negara.
www.artgallery.gov.my
KANDUNGAN 07
PRAKATA KETUA PENGARAH
08
KALAU TIDAK KERANA TUAN, TIDAK SAYA DATANG KE MARI-GALERI MORNE
10
NOTA RINGKAS UNTUK 'KALI INI KITA BERSAMA-SERANTAU SEBAHAGIAN - U-WEI HJSAARI
13
‘KALI INI KITA BERSAMA II: PANGGUNG SENI DALAM MEMBINGKAI BABAK CERITERA PEREMPUAN’ - FAIZAL SIDIK
18
KARYA ARTIS
54
PENGHARGAAN
“Jikalau kita hendak mengambil tempat yang wajar di dalam dunia moden, maka kita patutlah menggalakkan perkembangan kesenian yang dinamik dan segar. Daripada segi ini, kita sudah mempunyai bakat-bakat yang baik. Yang diperlukan ialah sokongan yang tidak berbelah bagi terutamanya dari pihak swasta�.
6
Tun M Langkawi 11 Dec 1992
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdullilah bersyukur ke hadrat Allah S.W.T. Saya mengucapkan tahniah kepada Galeri Morne atas inisiatif mengadakan pameran Seni Wanita dengan tajuk Kali Ini Kita Bersama-Serantau Sebahagian. Melihat perjalanan seni Galeri Morne, saya sejujurnya melihat seorang wanita yang bersemangat kental. Bermula dari galeri dengan berkeluasan 9,000 kaki persegi di tingkat 9 Menara Mara, Galeri Morne sudah mengorak jauh, menganjurkan forum seni, bicara seni dan mempamerkan karya-karya artis Malaysia ke London, New Delhi dan Paris. Galeri Morne seolah-olah seperti ‘itik berenang di atas air’ yang semakin berjaya dan dikenali dalam dunia seni tampak tanah air. Pameran Kali Ini Kita Bersama-Serantau Sebahagian diadakan kerana jentikan teaser untuk pameran Nusantara yang lebih besar pada tahun hadapan dan jalinan kerjasama galeri swasta dan Balai Seni Negara. Pameran ini bukan bersifat antagonis dan feminist barat, tetapi pernyataan hidup harmoni tanpa mengira jantina. Sokongan dari semua pihak membuka peluang kerjasama ini melalui pemilihan selektif pelukis yang secara tidak langsung mempromosi kesedaran dan apresiasi seni kepada seluruh peringkat masyarakat.
Sekali lagi tahniah kepada pelukis serantau dari Patani, Jogjakarta, Singapura dan pelukis tanahair. Tahniah juga kepada Galeri Morne atas kesungguhan menjayakan Pameran Kali Ini Kita Bersama-Serantau Sebahagian. Semoga usaha kerjasama ini merancakkan lagi perkembangan seni lukis Malaysia dan seluruh Nusantara amnya. Sekian.
YBhg. Prof. Dato Dr. Haji Mohamed Najib bin Ahmad Dawa Ketua Pengarah Balai Seni Negara
7
KALAU TIDAK KERANA TUAN, TIDAK SAYA DATANG KEMARI “Kita sangka banyak tapi sedikit Kita sangka ada tapi tak ada Masa berlalu, zaman berubah” Menurut Hamka, apabila seorang lelaki dan seorang perempuan bertukar-tukar fikiran, akan wujudlah kesempurnaan. Maka tidak tepatlah pendapat mufasir atau pendapat barat yang mengatakan akal perempuan itu lemah. Lelaki dan perempuan memiliki kelebihan dan kekurangan masing-masing. Kehidupan dijadikan berpasang-pasangan untuk sama lengkap melengkapi. Mengangkat kepercayaan ini, pameran seni Wanita Kali Ini Kita Bersama yang merupakan siri kedua dengan tema ‘Serantau Sebahagian’. Pameran siri satu telah diadakan di Galeri Morne dan siri kedua di sini, pertukaran lokasi ini amat bersesuaian untuk memberi ‘udara dan nafas’ baru sesuai dengan tema Nusantara kami. Menganjurkan sesebuah pameran tidak semudah mengatur dam di papan. Apatah lagi mengumpul kebersamaan. Jarak dan waktu seperti bercabang ke kiri. Tetapi wanita sering bersemangat sehingga menjadi. Cinta kepada seni selalu membuat kami berani. Emosi dan akal meronta saling mencabar dan kami beruntung dibantu sang lelaki. Profesor Jehabloh, Abe Ladin Nuawi sebagai jurubahasa dan jurupandu, Imam Muda yang membantu menyeberang sempadan melintasi imigresen, Heri Dono yang membenarkan karyawannya pergi, Arif Imran yang menemani ke Selatan malah di Balai Seni Negara ini sendiri dari Ketua Pengarah Dato’ Dr. Haji Mohamed Najib Ahmad Dawa, En. Faizal Sidik, En. Adzim dan En.Azizi. Atas alasan ini kami tetap meminta Tuan U-Wei bin Haji Saari mengelola pameran sebagai kurator. Dan tentulah dari kaum hawa juga Puan Faridah Hanim, Puan Norbai’dah dan Puan Noreen. Banyak perkara-perkara yang perlu diperhalusi dari penyusunan, pembungkusan, insuran dan pelbagai surat, permit melintas sempadan, muatan berat pengangkutan, cuaca di perjalanan dan lain-lain sebelum karya-karya tersusun indah di ruang pameran.
8
Melaksanakan pameran ini melalui tahap-tahap cabaran mental dan fizikal tersendiri. Ada beberapa keluhan yang saya fikir akan menguatkan kehendak saya mengadakan pameran ini ke sini. Seperti selalu, saya percaya apapun halangan, inilah pintu yang saya harus buka dan meraih peluang di hadapannya. Tekanan berlaku tetapi tidaklah boleh saya berkata tidak, sebaliknya menjadikan ia elok dengan segala kelengkapannya. Walau pada awalnya ada sedikit ragu tentang meletakkan ‘kerja wanita’ melalui pemisahan jantina tetapi akhirnya saya percaya apabila para wanita bergiat diruang awam, akan lahirlah sebuah pameran yang disulami kebersamaan dan yakinlah juga bahawa pengumpul/kolektor akan membeli seni tanpa mengira gender. Siri ketiga akan menyusul dengan rantauan yang lebih luas. Kali Ini Kita BersamaSerantau Sebahagian, semoga menjadi pameran yang bermanfaat kepada industri seni tanah air dan nusantara sekalian... Dengan izin-Nya.
Morne Hashim Galeri Morne
9
Bismillahirrahmanirrahim...
Nota ringkas untuk ‘KALI INI KITA BERSAMA-SERANTAU SEBAHAGIAN’ Awal 70-an di Los Angeles, Amerika Syarikat sebuah kumpulan muzik wanita diwujudkan di Laurel Canyon dengan gelaran GTO akronim untuk Girls Together Outrageously yang dicetuskan oleh pemuzik Frank Zappa. Di anggotai oleh lima wanita yang tidak asing dengan alam rock, kumpulan itu dibentuk agar dapat mereka (baca wanita-wanita) mengekpresikan diri mereka melalui muzik dan juga memecahkan stereotype (anggapan lazim) pada kumpulan muzik wanita sezaman itu. Ini bermaksud bahan perkara yang dinyanyikan, sikap dan perterampilan kumpulan berbandingkan dari apa yang telah didesignkan sebagai contoh kumpulan muzik wanita sebelum itu. Kebanyakan gerakan (seni dan idealogi) baru pada amnya kelihatan sebagai suatu reaksi, penentang atau pengganti pada yang telah ada. Ini juga adalah pembawakan asas dan dilihat sebagai progres yang sering dilabelkan moden atau baru dan sangat dijuarakan di Barat, Muzik BeBop reaksi pada muzik Swing, lukisan abstrak reaksi pada realisma, ‘investiagtive journalism’ reaksi pada laporan biasa, Communism pada Capitalism. Kaedah itu dapat dirumuskan dari dialog Marlon Brando dalam filem ‘The Wild Ones’, bila sang bapa bertanya pada anaknya apa yang dimarahinya sangat, lantas si anak menjawab, “Apa yang kau ada?”. Sebagai menyatakan mereka berlainan atau tidak dilihat sama dengan angkatan sebelum tetapi punya konotasi sikap yang garang dan senang berkelahi. Bila Morne Art Gallery pertama kali mengadakan pameran seni halus wanita pada Julai 2016, pendekatan dibawa adalah mempamerkan karya-karya pelukis wanita Malaysia membawa dunia mereka tentang mereka tetapi bukan hanya untuk mereka, bererti karyakarya oleh wanita dengan pengisiannya bukan semata-mata dunia wanita yang menolak dan menafikan unsur-unsur bukan wanita. Bukan persaingan dan penindasan antara jenis. Antara lain iaitu kehidupan dan masyarakat alam mereka yang bukan menentang fitrah lelaki perempuan. Bukan karya-karya dari sebuah pulau yang meraikan dan ditujukan pada sesama mereka. Terkecuali dengan karya-karya oleh pelukis wanita yang dipamerkan, kerja pameran dilaksanakan tidak mengira lelaki perempuan. 25 peserta kali itu adalah pelukis-pelukis wanita Malaysia dari mereka yang baru menempah nama hingga ke pelukis senior. Kita dapat lihat berbagai medium yang digunakan yang tidak
10
berlainan dari pelukis-pelukis lelaki gunakan. Dari cetakan batik Fatimah Chik, arca di dinding Rozaika Baser Omar hingga ke lukisan kerja suri rumah Jayshree dan potret kuching haiwan kegemaran Lim Ai Woei. Terlihat expresi ‘kehalusan’ sentuhan wanita pada tiap-tiap karya yang terpamer. Pelukis-pelukis wanita Malaysia yang mempelajari disiplin seni mereka di luar negeri, hingga ke negeri Barat kesemua tidak hilang nilai ‘kewanitaan’ di timuran. Pada 1985 di kota New York tujuh pelukis wanita mengistiharkan kumpulan mereka sebagai Guerilla Girls bertopengkan muka gorilla, menunjuk perasaan di depan Museum of Modern Art memprotes atas sebab kecilnya bilangan pelukis wanita terlibat dalam satu pameran seni lukisan dan arca kala itu dan juga mendesak alasan kenapa hanya sebilangan kecil sahaja karya pelukis wanita tersimpan dalam koleksi tetap di muzium itu. Mereka seterusnya membuat poster mensatirizkan kempen seolah-olah dengan hanya membogelkan diri mereka hanya untuk diterima ke dalam koleksi tetap muzium tersebut. Feminisma yang difahami gerakan sosial dan politikal global datang dari barat mulai terkesan timbul dalam tahun 60-an-70-an. Protes dari cara berpakaian (mini skirt, hot pants dan ritual membakar coli), penglibatan sosial (tidak ada larangan: pendidikan dan taraf pekerjaan) dan menyoalkan isu hak sama rata sexualiti seolah menjadi agenda-agenda yang penting-penting dan ini menjuru kepada satu peringkat iaitu hak wanita-hak sama rata yang menjangkau pada yang dikecapi oleh lelaki dari mengundi ke menikmati seks. Manifestasi pergerakan ini dapat dilihat dalam bidang seni tampak, sastera, sinema, dan juga muzik. Galeri Seni Morne sekali lagi mulai Julai hingga 15 Ogos ini mengadakan pameran berkumpulan pelukis wanita dan kali ini dengan kerjasama Balai Seni Negara, ia di adakan di salah satu ruang pameran di Balai. Ini adalah kesinambungan dari yang pertama dan walaupun ruang agak terhad dibandingkan dari ruang dahulu, kali kedua ini memperluaskan pilihan karya-karya pada daerah di Nusantara Asia Tenggara yang membawa tajuk ‘Kali Ini Kita Bersama-Serantau Sebahagian’. Pilihan karya dibuat
11
dari empat negara. Pameran kali ini pula bukan cuba berpura-pura sebagai pameran muktamad mewakili pelukis wanita dari Nusantara Asia Tenggara tetapi mencerminkan sebahagian (walaupun kecil) dari mereka. 12 peserta kali ini adalah dari Malaysia, Patani Thailand, Indonesia dan Singapura. Pada umumnya nama-nama peserta dari luar Malaysia tidak dikenali atau belum lagi dikenali oleh peminat seni tempatan. Karya-karya dipilih adalah karya terkini mereka. Karya yang seolah menjerit juga berlembut untuk menyuara kehadiran diri sama ada cara kolektif maupun peribadi perseorangan melalui kesan memori mahu juga kesan status suri keperempuanan, ada yang bermain dan bergurau mengunakan objek dan figura-figura yang distailaiskan dan tidak tinggal juga ada yang mengungkap sejarah, latar budaya etnik dan tokoh setempat dan mengkaji tumbuh-tumbuhan habitat setempat. Karya-karya berpatah balik kepada manusia dan kemanusiaan iaitu di sini khusus keperempuanan. Bukan perkara, isu, bahan, medium atau bahantara yang memisahkan karya mereka dengan pelukis lelaki atau pelukis-pelukis wanita (feminis) di Barat. Budaya di Timur adalah budaya lama yang hidup dari tamadun yang lama dan orang Timur (termasuk pelukis wanita) masih kuat memegang nilai keTimuran; perasaan atau rasa adalah perkära sejagat (universal) dan yang membeza-bezakan adalah manifestasi curahan rasa itu. Ibn al-Sabah ada berkata, “segalanya diizinkanâ€? tetapi segalanya pula mempunyai kadarnya. Seperti kebebasan punya tanggung jawab, perbuatan dan tindakan pula punya akibat dan konsequnnya. Walaupun kebebasan dan keistimewaan sentiasa terdapat pada kedudukan wanita di Timur, nilai yang lebih diutamakan (dan lebih tinggi dari ilmu) adalah adap. Nilai peradapan yang menjarakkan atau memisahkan artis wanita (dalam kontex kita kali ini) Timur dengan pelukis wanita Barat. Pelukis dari Patani Thailand diwakili oleh Kusofiyah Nibuesa, Kameelah i-Lala, Serena Chema, Nurulfirdaos Ding, Nordiana Beehing dan Salwanee Hajisamae. Singapura dengan Dasimah Abdul Jalil. Indonesia dengan Agni Saraswati. Malaysia diwakili oleh Shu Ruei, Syarifah Nadhirah, Diana Ibrahim dan Akma Suriati.
U-Wei Bin Hajisaari Kurator
12
‘KALI INI KITA BERSAMA II: PANGGUNG SENI DALAM MEMBINGKAI BABAK CERITERA PEREMPUAN’ Pengenalan Benua Melayu Sunda atau lebih dikenali dengan Pentas Sunda telah wujud pada Zaman Ais yang berlaku pada 14,000 hingga 30,000 Sebelum Masihi. Akibat banjir besar yang diturunkan oleh Allah s.w.t terhadap kaum Nabi Nuh a.s. yang ingkar terhadap kerasulannya seperti yang terdapat di dalam al-Quran juga adalah sebagai peringatan untuk umat selepasnya mengambil iktibar. Selain dikenali oleh zaman moden ini dengan banjir magnitud besar, kejadian bencana alam seperti letupan gunung berapi, gempa bumi dan pencairan ais telah menyebabkan permukaan tanah yang satu ini kemudiannya berair menjadi cetek seterusnya lama kelamaan ditenggelami air yang membentuk lautan sebagaimana bentuk muka bumi Asia Tenggara yang terasing-asing dipisahkan antara tanah besar dan gugusan pulau-pulau (archipelago) seperti yang dapat kita lihat peta pada hari ini.
Dunia Alam Melayu Maka wujudlah empayar-empayar yang pernah wujud di rantau Tenggara ini seperti Empayar Funan, Empayar Champa, Empayar Majapahit dan Empayar Melaka. Pemerintahan Empayar Kesultanan Melayu Melaka daripada abad ke -13 hingga ke-14 yang merangkumi dari Utara semenanjung iaitu dari Patani, Kelantan, Kedah, Terengganu, Selangor, Pahang dan Johor. Manakala menyeberangi Selat Melaka pula terdiri dari Samudera-Pasai, Aru, Rokan, Siak, Kampar, Inderagiri, Bintan, Lingga hinggalah ke Jambi. Pada ketika itu Melaka merupakan sebuah pelabuhan entreport yang sama penting dengan pelabuhan Venice semasa Zaman Renaisan di Eropah. Berada di tengah-tengah lokasi strategik yang menghubungkan kapal-kapal dagangan dunia Timur dan Barat berlabuh dan berdagang sehinggakan bahasa Melayu menjadi bahasa perantaraan yang dipertuturkan oleh masyarakat berbilang bangsa pada ketika itu. Bahasa ini pernah menjadi bahasa antarabangsa yang luas penggunaan sebagai bahasa Inggeris pada hari ini. Sempadan sosio-politik pada hari ini yang dipisah-pisahkan oleh penjajahan bangsa luar terhadap hasil masyur bumi dan kepercayaan nusa tenggara yang bersilih ganti. Kekayaan hasil bumi seperti emas, rempah, cengkih, teh dan bijih menjadikan empayar ini dicemburui
13
oleh bangsa Eropah seperti Portugis, Belanda, Inggeris, Sepanyol, Perancis, Amerika dan Jepun telah membentuk nusantara ini menjadi negara-negara bangsa yang terpisah-pisah daripada Semenanjung Tanah Melayu, kepulauan Riau, Sumatera, kepulauan Borneo, tanah Jawa sehinggalah ke kepulauan Sulawesi yang mana mengamalkan pula pemerintahan tinggalan jajahan. Bermulalah daripada satu tamadun Alam Melayu yang besar pada zaman kolonial tanahtanah ini dipecah perintahkan oleh penjajah menjadi sebahagian kepada negara bangsa yang lebih kecil menjadi negara bangsa yang dominan seperti Vietnam dan Kemboja (Melayu Champa), Thailand (Melayu Patani), Malaysia dan Singapura (Orang Melayu), Indonesia (Melayu Jawa) dan Filipina (Melayu Sulu). Orang Melayu di rantau ini masih bergelut dalam membina dan mengangkat semula jati diri serta identiti yang diganggu gugat dan disekat oleh orang luar yang menghakis nilai-nilai keMelayuannya. Kesan daripada penjajahan yang terlalu lama dimana negara nusantara ini dijarah dari segi ekonomi dan kebebasan berekspresi selain peperangan dalaman menyebabkannya mencari semula semangatnya sebagai salah satu rantau yang pernah agung dan bangsa yang hebat sebagai pelaut, tukang yang handal, kepandaian persenjataan dan ketinggian kesusasteraannya.
Wanita Sebagai Imej Patriarchal Pameran ‘Kali Ini Kita Bersama II’ ini adalah sebuah pameran berkumpulan daripada beberapa negara di Alam Melayu ini dari selatan Thai menyelusuri banjaran Titiwangsa, dari hujung tanah sehinggalah ke pulau-pulau Sumatera sehinggalah ke tanah Jawa dengan harapan untuk mengangkat budaya dan tradisi seni di kawasan-kawasan ini yang pada dahulunya merupakan sebagai sebuah tanah air yang satu sebelum dipisahkan-pisahkan oleh sempadan dan batasan geografi politik. Kurator pameran U-Wei Hj Shaari sememangnya dikenali sebagai sutradara dengan filemnya mengangkat tema citra kewanitaan dalam sisi yang berbeza dalam pengarahan filem Melayu tanah air. Tema-tema kewanitaan dalam kehidupan dalam pengkaryaan misalnya ‘Isteri, Perempuan dan ...’, ‘Jogho’, ‘Buai Laju-Laju’, ‘Hanyut’ diangkat oleh Uwei ke layar daripada naskah novel sastera oleh sasterawan seperi S. Othman Kelantan dan Joseph Conrad. Kurator cuba membawa membingkai semula nuansa kewanitaan dalam ruang yang bisu agar pengunjung bukan sahaja melihat lukisan tetapi membaca rupa dan bentuk. Dalam ‘panggung gambar’ ini tiada naskah sastera yang diskriptasikan dengan pengucapan dan kata-kata yang indah, tiada juga
14
imej bergerak dengan sinematografi dari babak ke babak yang dipertontonkan, tiada pula bunyi-bunyian latar muzik yang dilagukan dan yang ada hanyalah kekuatan emosi dan ekspresi karekter watak-watak. Menurut Laura Mulvey (1989) dalam bukunya Visual and Other Pleasure yang membicarakan teori perihal memandang atau melihat oleh lelaki (male gaze) mengatakan bahawa “kepuasan dalam menonton boleh dibagikan kepada dua bahagian, iaitu laki-laki (aktif) dan perempuan (pasif). Lelaki menjadi penonton (spectator) dan perempuan menjadi tontonan (spectacle)�. Ia adalah pernyataan yang mengatakan bahawa dunia ini dibahagikan dengan ketidakseimbangan seksual. Dalam esei tersebut juga menyatakan bahawa perempuan dijadikan objek seksual iaitu tontonan erotik atau berahi yang memuaskan lelaki heteroseksual iaitu lelaki yang cenderung tertarik dari segi seks kepada orang yang berlainan jantina dengannya. Dalam perihal ini penonton dipaksa menonton filem dari sudut pandangan lelaki secara tidak langsung akan mengekspolatasikan tubuh dan seksualiti perempuan yang kemudiannya dapat menjadi sumber kepuasan seksual bagi penonton. Teori lelaki sebagai pelihat ini (male gaze) oleh Mulvey pada hari ini bukan sahaja khusus dalam filem seperti yang beliau nyatakan tetapi juga dalam industri yang lain seperti pengiklanan, sukan, muzik, penyiaran dan peragaan model dimana imejan keperempuannya sering dieksploatasikan sebagai simbol dagang. Kebenaran formula ini dibuktikan dalam filem -filem pecah panggung (blockbuster) yang dihasilkan produser dan sutradara filem Hollywood dalam menarik penonton memenuhi kerusi di panggung. Sungguhpun begitu dalam pameran ini sutradara sebagai kurator bukan untuk memandang perempuan sebagai sesuatu untuk dilihat dari cara pandang lelaki, beliau seolah-olah mengambil peranan pembikin filem perempuan sebagai melawan patriarchal (kuasa lelaki). Beliau menghalakan lukisan-lukisan yang dipamerkan sebagai lensa kamera yang mengangkat citra cerita perempuan terhadap ketidakadilan gender terhadap isu dominasi lelaki, penindasan, tekanan, kehilangan, dan keterasingan. Kurator ingin mematahkan serangan maskuliniti dan mengangkat ciri-ciri femeniti seperti kelembutan, keibuan dan kehormatan wanita ke satu tahap yang sewajarnya dan lebih tinggi. Jika sebelum ini watak wanita dalam filem beliau dijadikan karakter utama untuk dimainkan di dalam panggung wayang tetapi dalam pameran ini lukisan wanita dipilih dan disusun untuk dipamerkan di dalam galeri. Simbolisme dan lambang adalah bahasa visual sebagai
15
yang menggantikan teks sebagai bahasa lisan dalam filem yang kedua-duanya bermain dengan semiotika. Galeri seni kini dianggap sebagai panggung dalam membingkai ceritacerita wanita. U-wei seolah-olah mengajak pelihat membaca cerita wanita sebagai susuk yang memainkan watak utamanya dari belenggu patriarchal sebagai suatu protes antikekuasaan lelaki.
KESIMPULAN Karya-karya yang dipamerkan dalam pameran ini adalah cetusan keluhan rasa terhadap fitrah kejadian manusiawi yang bernama perempuan yang menuntutnya untuk menzahirkan pengalaman estetika batiniah ke dalam bentuk keindahan merupa, kepandaian mencipta dan kebijaksanaan mengolah. Pameran ‘Kali Ini Kita Bersama II’ adalah pentas serantau yang menghubungkan, menjambatankan dan mempertemukan semula nafas kebersamaan kemanusiaan alam Melayu dengan harapan agar budaya dan tradisi kesenian yang telah lama bertapak di rantau ini dalam memperkasakan wanita dimartabat dan dinobat .
Faizal Sidik Kurator Balai Seni Negara
RUJUKAN Shaharir Mohamad Zain, (2014). “Sains dan Teknologi Sebelum Penjajahan dari Eropah”, dlm. Rogayah A. Hamid dan Mariam Salim (ed.), Kepustakaan Ilmu Tradisional, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mulvey, Laura. (1989). Visual and Other Pleasure. New York: Palgrave Faizal Sidik, (2011). “Dari Layar ke Kanvas”, dlm. Wayang Uwei Angkat Saksi, Kuala Lumpur: Balai Seni Negara. Hafizah Iszihaned, (2019), “Melayu Champa kini golongan minoriti di Vietnam”, Kuala Lumpur, Berita Harian, 25 Mac 2019. Ilham Mabrok, “Male Gaze dalam Filem Handmaiden,” https://ejournal3.undip.ac.id/index.php/interaksi-online/article/view/19031 16
KARYA ARTIS
17
MALAYSIA
PATANI, THAILAND
YOGYAKARTA, INDONESIA SINGAPURA
DIANA IBRAHIM CHUAH SHU RUEI SYARIFAH NADHIRAH AKMA SURIATI
KAMEELAH I-LALA SALWANEE HAJISAMAE NORDIANA BEEHING NURUFIRDAOS DING SUREENA CHEMA KUSOFIYAH NIBUESA
AGNI SARASWATI
DASIMAH JALIL
MALAYSIA DIANA IBRAHIM CHUAH SHU RUEI SYARIFAH NADHIRAH AKMA SURIATI
20
Diana Ibrahim
Al-Kisah “Pelayaran Abdullah 1938;18” 2009 Etching 43’ x 23.5’ inch 21
Chuah Shu Ruei
Dunia (Ghosts) Box 3 2019 Mixed media collage in cast acrylic light box 19.5 x 61.5 x 15cm
22
Dunia (Ghosts), Box 4 2019 Mixed media collage in cast acrylic light box 19.5 x 61.5 x 15 cm
23
Syarifah Nadhirah
Unearthing Labu 2019 watercolour 42cm x 59.4 cm 24
The Path I Walk On 2019 watercolour 42cm x 59.4 cm 25
Recollection of Old Tastes 2019 watercolour 42cm x 59.4 cm 26
Remain Unfound 2019 watercolour 42cm x 59.4 cm 27
Beacons 2019 watercolor on 290gsm watercolor paper 841mm x 594mm 28
Bisikan Senja 2019 Lino Print on Rice Paper 29.7 cm x 42cm
29
Bertam 2019 Lino Print on Rice Paper 29.7 cm x 42cm
30
Growth 2019 Lino Print on Rice Paper 29.7 cm x 42cm 31
Dusk (ii) 2019 Lino Print on Rice Paper 29.7 cm x 42cm 32
Lempoyang 2019 Lino Print on Rice Paper 29.7 cm x 42cm 33
Akma Suriati Awang
DAIN MAROOLA 2010 Potongan baju sikap bermotif bunga tanjung (bunga tabor) Cotton + polyester Seluar – kain kapas. Tanjak atau ikat kepala dari kain kapas. Bengkung/ikat pinggang- kain kapas/polyester 34
NINA 2010 Dress labuh dan bermotifkan bunga serta daun-daun yang kecil, berwarna cream Cotton 60percent Polyester 40 percent. 29.7 cm x 42cm
PATANI,
THAILAND KAMEELAH I-LALA SALWANEE HAJISAMAE NORDIANA BEEHING NURUFIRDAOS DING SUREENA CHEMA KUSOFIYAH NIBUESA
35
Kameelah i-lala
The Desire 2 2018 Mix Media 210 x 185 cm 36
The Bride 2014 Crayon and scrape on white clay filler 200 x 160 cm 37
Salwanee Hajisamae
Attachment 2013 Sewing 180x150 cm 38
Attachment 2014 Sewing 180x150 cm 39
Nordiana Beehing
House in Memory 2 2016 Mixed painting (Drawing , Sew ,Overlap fabric) 130 X 180 cm
40
House in Memory 2 2016 Mixed painting (Drawing , Sew ,Overlap fabric) 130 X 180 cm
Nurufirdaos Ding
Memories of the Ikhwan 2013 Drawing 160×120 cm 42
Malay 2012 Transfer on paper 80Ă—100 cm
43
Kusofiyah Nibuesa
“Melayu Way of Life” No 4 2017 Paper Assemblies on Print 109 x 142 cm
44
“Mother” 2017 Paper Assemblies on Print 135 x 142 cm
45
Sureena Chema
Symbol Record of Memory 2016 mixed media Varied
46
YOGYAKARTA,
INDONESIA AGNI SARASWATI
47
Agni Saraswati
The Vision 2017 Acrylic on Canvas 125 x 150 cm
48
The Magic Box 2017 Acrylic on Canvas 125 x 150 cm 49
50
SINGAPURA DASIMAH JALIL
51
Dasimah Jalil
The Two Tita 2017 Silkscreen on paper 24cm x 28cm
52
Chances are… 2010 Oil on Canvas 60cm x 60cm
53
PENGHARGAAN Prof. Dato' Dr. Mohamed Najib Hj. Ahmad Dawa
(Ketua Pengarah, Balai Seni Negara, Malaysia)
Morne Hashim
Pemilik Galeri Morne
Faizal Sidik
Kurator, Balai Seni Negara
Azman Md Salleh Mohd Khairul Ishak Mohd Dodi Feiyed Hj Mohd Khalid Mohamad Firdaus Omar Mohammad Firdaus Zainal Abidin Muhammad Hafizuddin Parizul Amir Muhammad Nur Hafiz Ahmad Ahmad Norhakim Abd Aziz Azizi Othman Krew Pameran
mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.
56