Dialog Bakat Muda Sezaman Edisi ke-23 (Bah.Akhir)

Page 1

Dialog 16

Bakat Muda Sezaman

Edisi ke-23

| Faizal Sidik

(Bah.Akhir) Badrulhisham Tahir

Majidi Amir

Majidi Amir : Kredit kepada Sabri Idrus dan untuk pengetahuan Sabri juga adalah pemenang BMS yang lepas. Elok sekiranya kita berkongsi dengan beliau untuk kebaikan BMS dan artis sendiri. Kalau boleh kita bertanyakan kepada Sabri bagaimana persiapan beliau? Sabri Idrus : Hi apa kabar? Saya ingin berkongsi pengalaman saya tentang BMS sebenarnya saya telah terlibat dengan BMS ini sejak dari tahun 2000 lagi. Saya cuba mengingati bakat muda sebab ianya masih diteruskan dan rata-ratanya mengatakan pertandingan ini masih relevan dan kononnya ia memberi harapan kepada pembuat-pembuat karya yang akan datang tetapi saya masih tertanyatanya kemanakah perginya pemenang-pemenang BMS yang lepas dan adakah pertandingan ini telah menolong pemenang-pemenang tersebut untuk maju ke hadapan dan saya masih belum pernah terbaca lagi yang mana pemenang BMS telah dibawa ke Tate Modern untuk berpameran di sana dan belum ada lagi dikalangan pemenang-pemenang ini mendapat anugerah seni di peringkat antarabangsa dan sebagainya tetapi ia mungkin juga boleh menjadi satu katalis kepada pembuat karya di tanah air namun peranan institusi dan peranan galeri-galeri Diana Ibrahim dalam pertandingan masih kabur dan masih belum jelas tentang hala tuju pertandingan. Setiap kali berlaku dialog dan forum perbincangan tentangnya akan pasti hadir berlaku perkara yang sama yang dibicarakan dan saya tidak tahu perkara ini akan berterusan. Majidi Amir : Terima kasih Sabri Idrus, kita sebelum pernah membincangkan untuk tidak lagi memberi hadiah berupa wang kepada pemenang dan kita pernah bercadang untuk memberi geran sama ada untuk pergi program residensi atau sambung belajar. Sabri Idrus : Saya ingin menambah di sini jika kita mahu berkongsi BMS sama

ada dengan megubah format, saya merasakan penjurian itu tidak perlu berlaku yang perlu berlaku adalah kuratorial maknanya perbincangan antara kurator dengan pelukis didalam menghasilkan sesebuah karya itu agar lebih baik untuk diperagakan bagi mempersembahkan satu pameran yang lebih handal dan untuk dikatakan pameran ini bertaraf antarabangsa pameran ini sebagai produk yang bagus dan boleh dibawa hingga ke luar negera dan ini boleh membuatkan seni lukis kita dalam BMS ini lebih dikenali malah ia akan memberikannya nilai pasaran dari segi promosi dan publisiti kepada BSLN sebagai sebuah produk penghasilannya apakah pendapat anda? Majidi Amir : Saya mengembalikannya kepada audien tentang perkara itu. Badrulhisham Tahir : Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya kurator daripada Galeri Petronas. Ada banyak perkara yang telah disentuh dan pelbagai tatabahasa dan kategori yang sering digunapakai dalam konteks yang berbeza-beza yang mengunjung kekeliruan pula kepada kita. Dari segi konteks pembikinan karya setiap kali apabila dibicarakan selalu dipetik tentang pembuatan, selalunya mengenai masalah teknikal Duchamp telah selesaikan pada 1917 dengan Urinal maksudnya dengan terhasil karya itu masalah teknikal bukan lagi masalah yang merupakan kriteria yang agung untuk menilai karya seni. Tadi kita ada sebut kembali kepada konsep, biasanya konsep dan teori ini ia sesuatu perkara yang diguna pakai hampir dalam semua bidang. Dalam teori kita ada konsep jadi saya rasa perkara ini harus difikir dan dikaji semula dan apa juga masalah dalam perbincangan kita ini adalah bagaimana menghasilkan idea, ia adalah masalah sebenar dalam kontemporari. Jadi jika kita merujuk kepada penghasilan saya rasa ia adalah masalah anda dengan dunia anda sekarang. Contohnya sekarang sebelum kita terlibat dalam bidang seni ini ia adalah dunia yang terpisah dengan dunia kita sendiri jadi jika kita katakan apakah pendirian saya ini seolah seperti apa yang diperkatakan oleh allayarham Ismail Zain dahulu apakah pendirian anda mengenai teman wanita anda? Apakah pendirian anda mengenai teman lelaki anda? jika kita ambil pendirian ini dalam melihat dunia seni daripada situ kita sekurang-

kurangnya akan mendapat suatu pendapat atau pendirian anda dalam dunia anda sendiri kemudian barulah kita pertanyakan tentang konsep yang mungkin kita akan bangunkan sama ada kita mahu menjadi seorang konseptualis, pasca-modenis, itu tidak ada siapa yang mengatakan anda salah sebab ini adalah dunia anda dan anda bergelut untuk itu. Jadi saya melihat masalah yang dipertimbulkan oleh masalah tadi yang tidak sudah-sudah, sebenarnya saya tidak nampak masalah artis, anda boleh hasilkan apa yang anda ingin hasilkan bak apa saya perkatakan tadi Duchamp telah menyelesaikan masalah teknikal dan konsep dalam Urinal. Cuma kini yang menjadi masalah kita ialah BMS. Penganjuran BMS ini jika tiada orang yang membuat ulasan di surat khabar atau majalah saya rasa acara ini gagal. Kita tidak boleh melihat masalah artis tidak berupaya bercakap itu semua disebabkan ia adalah suatu keadaan yang inter related, maksudnya jika artis tidak boleh membaca jadi pada masa yang sama tiada bahan bacaan yang ingin dibaca. Jadi jika hendak dikatakan seorang itu artis adakah mereka hanya membaca buku yang samakah? Misalnya macam mana karya ini mahu di letakkan motif kerawang ke atau bolehkah kita hasilkan arca awam yang transparent yang kita boleh melihat semula daripada bahagian atas contohnya. Ini adalah masalahmasalah view yang saya rasa sangat peribadi dan saya rasa ia terpulang kepada artis untuk hasilkan. Jadi untuk pendirian saya terhadap dunia BMS ini, pemerhati-pemerhati luar harus peka bagaimana kita mahu bangunkan dunia ini iaitu dunia yang boleh kita pasarkan di luar, saya amat bersetuju apa yang diperkatakan oleh Sabri, kita mahu melihat karyakarya Diana ke di Tate Modern, kita mahu melihat karya Haslin di Documenta ke contohnya, selain daripada percaturan-percaturan yang mungkin mengambil pengacaraan ini atas dasar kawan. Kita juga mahu melihat bahawa semua benda dan yang berlaku dalam dunia kita ini mendapat perhatian oleh kurator-kurator dunia sebab apa jika kita bercakap tentang pendirian ia


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.