6
BALAI SENI VISUAL NEGARA
| Faizal Sidik
1958-2013 Pameran Pablo Picasso (1967)
B
alai Seni Lukis Negara telah ditubuhkan pada 28 Ogos 1958 melalui Akta 516, National Art Gallery Act 1959. Ordinan untuk menubuhkan Lembaga Amanah Balai Seni Lukis Negara telah dimaktubkan oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong pada tahun 1959. Kini agensi ini berada di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (KPK), sejajar dengan penubuhan Akta Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara 2011 (Akta 724), nama Balai Seni Lukis Negara telah dijenamakan kepada Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara (LPSVN) pada 27 Ogos 2011. LPSVN atau dikenali dengan Balai oleh khalayak seni di sini, mempunyai visi sebagai pusat terunggul pemegang amanah warisan seni negara. Misi institusi ini adalah mengumpul, memulihara, memelihara, mempamer, mempromosi, memupuk kesedaran, kefahaman dan penghayatan yang tinggi terhadap seni kepada semua lapisan masyarakat.
Objektif penubuhan Balai terbahagi kepada empat iaitu; untuk memperoleh hasil karya sebagai Himpunan Tetap Warisan Seni Visual Negara yang mencerminkan kreativiti dan aspirasi seni budaya. Memulihara, memelihara, mendokumentasi dan menyelidik Himpunan Tetap Warisan Seni Visual Negara dan pensejarahan seni negara. Mempromosi dan meningkatkan mutu seni visual negara dengan menganjurkan pameran, seminar, bengkel, pertandingan dan aktiviti seni dalam dan luar negara. Pentadbiran Balai berdiri di atas keluasan 5.67 hektar persegi. Balai terdiri dari dua sektor iaitu Operasi dan Pengurusan. Sektor Operasi dipecahkan kepada lima iaitu Bahagian Penyelidikan dan Pameran, Bahagian Penerbitan, Bahagian Koleksi dan Konservasi, Bahagian Jaringan dan Pendidikan dan Bahagian Korporat. Bahagian Penyelidikan dan Pameran merupakan core business atau penubuhan utama Balai dengan mengadakan pameran seni visual. Setelah setengah abad, sehingga kini Balai telah menganjurkan hampir 800 buah pameran termasuk pameran solo, pameran berkumpulan, pameran koleksi, pameran usahasama, pameran bergerak dan pameran luar negara seperti Pameran Henry Moore (1968)
Pameran Life and Work of Van Gogh (1967)