Faizal Sidik: Drawing 1996-2006

Page 1

FAIZAL SIDIK

DRAWING 1996-2006



FAIZAL SIDIK LUKISAN 1996-2006 15 NOV-30 DIS 2006

MULTI + MEDIA GALLERY


A Decade of Change Under One Roof By Geetha Krishnan

Artistic efforts of 10 years come under one roof for Faizal Sidik’s solo exhibition at the MTDC Gallery in Serdang. The soft-spoken artist who is also the gallery curator has diligently collected many of his early, intermediate and present works for the retrospective exhibition to gauge how he has developed as an artist. The idea is to also identify the progressive changes in the artist’s thinking and to delve into the different emotions he underwent through each period. A total of 50 sketches and drawings share the limelight of the exhibition. `Faizal Sidik: Drawing 1996-2006 is divided into three timeframes - 1996 to 2000, 2001 to 2004 and Recent Work. The defining period for the artist was 1996 to 2000 where his efforts were concentrated on sculptures. The 28-year-old artist is a Sculpture major from UiTM’s Fine Art and Design Art Faculty. Before working on his sculptures, Faizal sketched extensively. It is these treasured early sketches that form the bulk of works from the 1996 to 2000 period. “Before sketching the human body, I believe it is important for the artist to understand body structure,” said Faisal who has served as lecturer, curator and art advisor.


“I studied and sketched anatomy to gain a better understanding of the human body. The insight helped me shape the framework for my sculptures and I was happy with the end results,” he said. A walk through this part of the exhibition reveals rough sketches of human limbs and bone structure - from pencil on paper, Faizal then moves on to mixed media. The shift to 2001 to 2004 is quite drastic. Here, Faizal’s drawings are of war victims in Iraq, Bosnia and Afghanistan, many subjects bearing the brunt of the war like bullet-ridden bodies and ravaged homes. The artist’s focus for Recent Work shifts again with him hoping to gain a psychological perspective through three pieces, Horizontal and Vertical Line, Sensation 5, and Sensation 6. “Everyone has a different opinion and interpretation. My intention is to discover, if my personal interpretation matches the opinion of people viewing my works,” he said. For instance, you’d think Horizontal and Vertical Line was just a blank piece of canvas. Closer examination would reveal horizontal and vertical lines along the edges, framing the canvas.


Pameran Solo Faizal Sidik Oleh Ahmad Syukran Zainuddin

Karya seninya banyak menerima perubahan sesuai dengan pengalaman dan kematangannya. Kini, Faizal sekali lagi tampil dengan pameran retrospektif solonya yang melibatkan sebanyak 50 buah hasil lukisan dengan durasi selama sedekad. Graduan Jabatan Seni Halus di Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka -Universiti Teknologi Mara (UiTM), ini nyata serius dalam kerja seninya. Memegang tanggungjawab sebagai seorang pensyarah subjek berkaitan seni halus di Akademi Multimedia MTDC di Serdang Selangor, ia memberi peluang lebih luas kepada Mohd. Faizal Sidik, 28, ingin meneroka dunia seni ini dengan lebih mendalam. Bakat seni Faizal dikesan oleh guru seninya sejak berada di sekolah lagi. Tidak mahu mensia-siakan anugerah itu, beliau mengambil keputusan untuk meneruskan pengajian ke bidang berkaitan.“Tamat pengajian di UiTM, saya diberi peluang untuk mengajar di UiTM Sri Manjung, Perak selama setahun sebelum berkhidmat di Akademi Multimedia MTDC bermula pada tahun 2002,� katanya yang berpendapat kemahiran seperti melukis mesti sentiasa dilatih untuk memahirkan diri. Biarpun sibuk sebagai pensyarah, Faizal tetap aktif dengan pelbagai aktiviti terutamanya pameran-pameran lukisan. Baginya, kesemua hasil kerja seninya yang dipamerkan dalam pameran diberi nama Pameran Solo Faizal Sidik: Drawing 1996-2006, bertempat di Galeri Akademi Multimedia MTDC ini ada motifnya.Beliau mahu lukisan-tukisan tersebut menjadi satu pendedahan berguna kepada pelajar yangambiljurusan animasi, supaya mereka mengetahui cara melukis atau membuat figura dengan betul. “Jika pelajar animasi tidak dapat melukis figura dari segi komposisi dan struktur yang betul, susah bagi mereka untuk kembangkan idea ke dalam komputer nanti,� katanya, memberitahu pelajar sekolah di sekitar Lembah Kelang juga boleh datang untuk sama-sama belajar mengenai seni lukis dalam suasana tidak formal ini. Di samping itu, Faizal menyifatkan pameran solo ini sebagai mengimbau kembali


karya lukisan yang pernah dihasilkan, biarpun beliau juga banyak menghasilkan karya dalam pelbagai media seperti lukisan, catan dan seni area Katanya “Lukisan bersifat spontan, anda boleh melukis di mana-mana sekali pun. Ia adalah cetusan idea tentang apa yang hendak kita lakukan. Dengan erti kata lain, lukisan berperanan sebagai satu medium yang mencatat atau mendokumentasikan idea. Tambahnya lagi “Saya membahagikan pameran ini kepada tiga bahagian. Bahagian pertama mengambil jarak masa antara tahun 1996 hingga tahun 2000 yang saya klasifikasikan sebagai proses pengkajian akademik yang berlatar belakangkan lakaran. Menurutnya juga “Lakaran dalam tempoh ini perlu sebelum melaksanakan karya akhir yang memerlukan kajian melibatkan bahan, teknik dan peralatan. Selepas kaji, barulah boleh terjemahkan idea awal ke dalam satu bentuk karya,” jelasnya. Bahagian kedua pula adalah hasil karyanya dari tahun 2001 hingga tahun 2004 yang memperlihatkan beliau terkesan dengan isu-isu semasa seperti perang di negara Balkan dan Asia Barat. Peristiwa-peristiwa itu diluahkan ke dalam bentuk lukisan yang mengangkat imej kesan-kesan peperangan. Merasakan ilmunya masih tidak cukup dengan hanya menerusi pembacaan dan praktis, Faizal telah melakukan perjalanan ke Eropah pada tahun 2004 yang sekali gus memberikannya ideaidea baru tentang persepsi dan pemahamannya terhadap seni. Sementara kapya terkininya (tahun 2006) pula lebihT bersifat lukisan konseptual yang tidak mempunyai subjek, tetapi berdasarkan kepada rangsangan mata pelukis dan ‘penontonnya*. Karya-karya ini menggunakan pelbagai media termasuklah pensil, dakwat, arang dan media campuran. “Sekarang saya banyak menghasilkan lukisan. Identiti lukisan bergantung kepada pemikiran individu. Semakin banyak pengalaman atau berjalan, maka semakin banyak yang diketahui oleh seseorang pelukis.

Berkata lagi “Akan datang, hasil karya saya lebih cenderung kepada seni konseptual iaitu bagaimana kita melihat karya itu memberi kesan kepada mata yang memandangnya. Maksudnya, apa yang dilihat pada karya, maka itulah yang ditafsirkan. Tidak ada cerita di sebaliknya, haKARYA Faizal yang menggunakan pelbagai media seperti pensil, dakwat dan arang. LUKISAN yang mengangkat motif kekejaman perang nya bermain dengan logik akal manusia,” katanya, sambil menyatakan bahawa satu cakera padat interaktif multimedia yang dihasilkan oleh dua orang pelajar turut dilancarkan. Sedekad berkecimpung dalam dunia eni, Faizal beranggapan daya apresiasi atau pemahaman masyarakat terhadap seni masih lagi rendah. Ini kerana di Malaysia, kita hanya belajar tentang seni setakat di sekolah dan ia terhenti selepas itu. “Apabila seseorang masuk ke dalam bidang lain, seni akan ditinggalkan. Mereka tidak diajar bagaimana hendak melihat sesuatu karya, sedangkan ia ada metodologinya tersendiri,” ujarnya. Faizal ada menghadiahkan hasil seninya kepada pihak tertentu untuk mengutip sumbangan. Selain itu, karyanya turut menjadi koleksi pihak pusat pengajian tinggi, galeri dan orang perseorangan. Biarpun begitu,. anak kelahiran Petaling Jaya, Selangor ini menyimpan cita-cita yang menggunung. Faizal ingin mengadakan pameran hasil seninya di Muzium of Moden Art (MoMA) di Amerika dan Muzium Tate di United Kingdom yang menjadi lokasi buat pencita seni dari seluruh dunia berkumpul.


FAIZAL SIDIK : LUKISAN 1996-2006 Oleh Faizal Sidik (2006)

Pameran solo pertama ‘Faizal Sidik: Lukisan 1996-2006’ ini merupakan satu pameran retrospektif atau mengimbau semula hasil-hasil lukisan yang pernah saya hasilkan dalam tempoh sepuluh tahun kebelakangan ini. Walaupun pengkhususan saya semasa mengikuti pengajian di Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka di UiTM atau dengan lebih tepat lagi di Jabatan Seni Halus adalah dalam bidang Seni Arca, lukisan merupakan aspek yang paling asas dan sangat penting diberi tumpuan dalam semua institut pengajian tinggi yang menawarkan jurusan seni kreatif seperti seni lukis, seni reka, senibina, multimedia, animasi dan lain-lain. Sebanyak 50 hasil lakaran dan lukisan telah dihimpunkan namun banyak lagi hasil lukisan saya sepanjang sepuluh tahun itu tidak berada di dalam pameran solo ini, jika anda melihat folio yang telah saya letakkan di hadapan ini, sebilangannya telah menjadi koleksi simpanan oleh institut pengajian tinggi, galeri atau rumah seni dan orang perorangan, ada juga hasil lukisan yang telah saya hadiahkan kepada galeri-galeri pameran untuk mencari sumbangan kepada badan-badan kebajikan dan NGO yang memerlukan sumber dana mereka. Di dalam folio itu juga saya telah membahagikannya dengan lima bahagian galeri iatu Lakaran (Sketches), Lukisan (Drawings), Media Campuran (Mix Media) Catan (Paintings) dan Arca (Sculptures). Namun untuk pameran ini saya hanya memberi tumpuan kepada lakaran dan lukisan kerana kekuatan mesej media ini dalam merangsang mata khalayak. Walaupun pada masa yang sama saya juga menghasilkan karya dalam media seperti arca (sculptures) catan (painting) Kebanyakan hasil lukisan daripada tahun 1996 sehingga 2000 di dalam pameran ini adalah bersifat teknikal, metodologi dan proses-proses pengkajian saya pada bahan mahupun peralatan terhadap karya-karya akhir untuk menghasilkan pengkhusuan utama saya iaitu seni arca. Sungguhpun begitu saya amat terkesan sekali dengan isu perang yang berlaku disekitar saya yang berlaku diantara tahun-tahun 1996 tersebut sehingga tahun 2004, saya

mendokumentasikan figura kesan-kesan pergolakan yang berlaku di Balkan iaitu di Bosnia dan di Asia Barat yang tidak sudah-sudah sehingga kini seperti di Palestin dan Iraq Untuk menambahkan ilmu ia tidak cukup dengan pembacaan dan praktis, oleh yang demikian saya telah melakukan perjalanan ke Eropah hujung tahun 2004 selama beberapa minggu, ia amat menarik sekali lantas menimbulkan idea baru kefahaman persepsi saya, terhadap persoalan apa itu seni?. Sekembalinya saya daripada sana saya telah melakukan beberapa pengkajian. Pengkajian ini mengambil masa hampir setahun sebelum saya benar-benar bersedia untuk memasang semula kanvas dan hasilnya seperti yang anda lihat dalam karya terkini saya pada tahun 2006. 1996 – 2000 Lakaran-lakaran atau skethes adalah merupakan proses idea awal, penerokaan, penyelidikan, pendokumentasian, catatancatatan, bagaimana sesebuah karya yang sebenar diolah. Sifat lakaran biasanya adalah cepat dan spontan, kespontanan disini bermaksud ia boleh dilakukan dimana-mana sahaja kerana lakaran tidak memerlukan sesorang itu membuat persedian yang khusus dalam melakukannya. Lakaran-lakaran yang saya hasilkan pada tahun-tahun ini banyak kepada pengkajian anatomi-anatomi dalam tubuh manusia, pengetahuan ini amat penting sebelum seseorang itu dapat melukis figura manusia dengan betul. Tuhan mencipta manusia itu dengan bentuk ciptaan yang paling sempurna. Dengan mengetahui lukisan bentuk-bentuk tulang dan kedudukannya di dalam tubuh badan ia memudahkan seseorang itu menguasainya. Hal ini anda boleh lihat di dalam bahagian kedua pameran ini iaitu antara tahun 2001-2004. Catatan-catatan serta pengkajian saya untuk melakukan karya akhir dilakukan dengan menggunakan lakaran lukisan mixed media atau media campuran untuk memberi kesinambunagn dengan penggunan bahan dan isu yang saya bawa.


2001 - 2005 Apakah itu perang ? Peperangan adalah membunuh antara satu pihak denagan satu pihak yang lagi satu. Setiap hari apabila membuka massa samaada akhbar, televisyen ataupun radio kita sering kali dihidangkan dengan kisah-kisah kekacauan disana sini sana . Saya begitu marah sekali melihat kesan-kesan peperangan di Palestin, Bosnia, Afghanistan dan kini di Iraq. Sebagai seorang artis saya juga mempunyai tanggungjawab dengan cara saya tersendiri dalam memprotes perkara yang tidak boleh diterima akal ini .

Kant menambah “Ada dua tahap dalam proses ini sejak diserapnya pengalaman material sampai terbentuknya pemikiran akhir itu. Tahap pertama adalah proses mengoordinasi sensasi-sensasi dengan cara memasukkannya ke dalam acuan-acuan berupa persepsi ruang dan waktu. Tahap kedua ialah mengoordinasi persepsi-persepsi yang sudah masuk acuan ruang dan waktu itu dengan cara memasukkanya ke dalam kategori pemikiran. Tahap pertama itu disebut Kant estetika transendental, tahap kedua disebutnya logika transendental”

Kebanyakan imej-imej figura manusia yang saya gambarkan adalah daripada media cetak itu sendiri seperti akhbar dan majalah. Imej-imej yang digambarkan didalam mediamedia tersebut agak kecil, tidak cukup untuk menimbulkan perasaan khalayak. Untuk itu saya membesarkannya untuk membangkitkan emosi khalayak, terutamanya penekanan saya terhadap mata kanak-kanak dan mangsa-mangsa peperangan ini dengan warna-warna yang suram mengambarkan masa depan hidup mereka. Disini saya ingin mengatakan peperangan tidak menyelesiakan masalah, peperangan boleh dielakkan dengan dialog. Kesan-kesan peperangan sungguh menyakitkan!

Kant menyarankan bagaimana pengalaman trensenden itu boleh diketahui dengan dua tahap iaitu tahap pertama kita mengawal sensasi indera itu ke dalam ruang dan waktu. Dalam karya ini saya mewakilkan permukaan kanvas (material yang wujud dan boleh nampak dengan mata kasar itu mempunyai nilai estetik) sebagai ruang dan waktunya semasa ia sedang dipamerkan semasa pameran ini perwakilan estetika trasendendental saya. Manakala selepas anda mengetahui kewujudannya di dalam ruang dan waktu saya memasukkan garisan vertikal dan horizontal dengan ukuran ketepatan panjang dan lebarnya sebagai logika trasendental. (yang boleh diteriama oleh akal dengan kewujudan material yang berada di adalam ruang dan waktu).

Lukisan Terkini Karya ini tidak seperti biasa-biasa hasil karya yang anda lihat sebelum ia merupakan karya ‘proses pemikiran’ yang banyak bermain dengan konsep bagaiman cara kita berfikir terhadap sesuatu untuk dikatakan objek. Jadi karya ini adalah contoh saranan-saranan ahli falsafah Immanuel Kant (ahli falsafah) . menurut Kant “di dalam diri kita ada pengalaman yang transenden dan pengalaman inilah yang mampu menghasilkan pengetahuan yang transenden, iaitu pengetahuan yang tidak banyak berisi objek, tetapi lebih banyak berisi konsep objek yang mengikut aturan keutamaan.” Apa yang dikatakan oleh Kant dengan pengalaman yang transenden itu adalah pengalaman yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar, namun ia masih berada di dalam pemikiran kita, jadi jika kita mempunyai idea namun ia masih tidak diterjemahkan tanpa gambaran visual itulah yang dinamakan pengalam yang transedental.

Apakah maksud sensasi? Sensasi (Sensation) ialah penginderaan, penginderaan inilah yanga akan mengubah jiwa kita tehadap sesuatu itu untuk menjadi persepsi. Sensasi itu hanyalah suatu keadaan jiwa merasai rangsangan (stimulus). Contohnya kita merasakan sesuatu dengan lidah, suara dengan telinga, cuaca dengan kulit, cahaya dengan mata, walaubagaimanapun ini semua adalah bahan mentah pengalaman. Jadi persepsi adalah kesedaran tentang objek. Sensasi itu masuk melalui alat indera. Ada lima alat indera. Melalui indera itu lalu masuk ke otak, lalu objek itu ‘diperhatikan’, kemudian ‘disedari’. Tahukah kita bagaimana proses ini berlaku?. Sebenarnya sensasi-sensasi itu masuk ke otak melalui saluran tertentu. Saluran itu ialah aturan-aturan reseptor. Disebabkan adanya aturan-aturan reseptor maka tidak semua rangsangan (stimulus) yang menerpa alat indera dapat masuk ke otak. Penangkapan itu diatur oleh persepsi sesuai dengan tujuan.


FAIZAL SIDIK : DRAWING 1996-2006 By Faizal Sidik

‘Faizal Sidik: Drawing 1996-2006’ art exhibiton was a solo retrospektive show to review works on papers that I made in ten years of career. Eventhough my specialisation when I studied in the Faculty of Art and Design in UiTM or in Fine Art Department was majoring in sculpture, drawings was a basic aspect and the most important things to focus to all the higher art institution which offered creative arts programme such as visual arts, designs, architectures, multimedia, animations and so on. 50 selected artworks of sketches and drawings were collected but so many of my drawings during 10-year period of times not included in my first solo show. If you look at my folio which I put in front, part of it has become a collections of higher education art institutions, art galleries and private collectors, some of the drawings also I donated to galleries which organized charity shows to look for fund forthe orphans, welfares and elderly house or NGO’s that need money. If you look at my folio I also have divided it into five sections such as sketches, drawings, mixed media, paintings and sculptures. However in this exhibition I only focused on sketches and drawings because I have strong beliefed into this medium to stimulate the eye of the beholder. Eventhough at the same time I also made sculptures and paintings. All of the drawings from 1996 to 2000 in this exhibition have a technical and metodology quality from my studied process of ideas, materials and equipments with a final artworks in my specialisation in sculpture.I was touched with the war issue which happened arround me in the year of 1996 to 2004. I documented the effects of war who were turbulence in the drawing which occured in Balkan countries such as Bosnia and Middle-East like Palestine and Iraq which are still in war until today.

For me to upgrade our knowledges it is not enough just reading and practising, you have to do more, so I made my first journey to Europe at the end of 2004 for a couples of weeks, It was a very interesting trip which gave me an inspiration of a new ideas in understanding the perception on how to look at my artworks, and the questionsof what is the meaning of art?. When I returnedI made a lot of studies. The studies took me nearly a year before I was really well prepared to stand a canvas and the end products is what you can see in my recent works in 2006. 1996 – 2000 Sketches are pre-idea process, exploration, researching, documentations and notes, how the actual size artwork to be made. Sketches are usually fast and spontaneous, the it spontaneity here means it can be made anywhere because sketches did not need someone to get prepared before doing it. I made so many sketches of anatomies studies of human body in this years, this skill is very important to someone before he can draw human figures. We are created by the god with a perfect proposition. By knowing the forms of bones and positions in human body make it easier for us to master in the drawings.The notes and my sketches studies to be made the final artworks usually using a mixed medium to make it fresher with the issues and commentation 2001 - 2005 What is a war? War is about killing each other.Everyday when you open newspapers, televisions or radios we are often bombarded by the disorder everywhere around the world. I am very angry to see the impact of wars such as in Palestine, Bosnia, Afghanistan and now in Iraq. As an artist I also have a responsibility with my own ways to protest about this, they do not make sense, as it they have to be lost their humanism.


A lot of human figures images which visualised in my artworks were taken from mass media such as newspapers and magazines. The images which I took from this media was quite small, so hard to provokethe emotion to the public, my intention and focus point was the eyes of the children and the victims of the wars, I used the dark colours to visualise their future.My stand here is wars not the solution to solve a crisis, wars can be avoided by a dialogue, the impacts of wars is hearting! Recent Drawing My recent works were very different from what you could see before, it was ‘thinking process’ works which were closed with the concept of how we think about the object. The artworks were inspired by the suggestions of Immanuel Kant a German philosopher. He said “in our life we have transcendence experience and the experiences have a efforts to make transcendence knowledges, the knowledge that not so many object inside it, but it has more object concept that follow thru principle”. What was said by Kant about the transcendental experiences was an experience that cannot be seen in our naked eye, even though it was held in our mind, so if we have an idea but still cannot transform it without visual pictorial that was what he called the transcendental experience. Kant gave suggestions on how transcendental experiences can be known in two stages, first stage we control our sensational perception in the spaces and times. In this artworks I made a canvas surface (medium which exist and can be seen with our naked eye as aesthetic values) as the space and time during the works were displayed to represent my transcendental aesthetics. However after you have known its existence in spaces and time I created vertical and horizontal lines within a measurement of size as logical transcendence. (can make sense with the existence of material in space and time)

What is a sensation? Sensation is a sensory perception, when we are looking at something the sensory perception change our feeling which is called perception. Sensation is something that stimulate your soul. For example we taste with our tongue, listen to the sounds with your ear, fell the temperature with our skin, to see the light with our eye, however all this is preexperiences. Perception is conscious about an object. Sensation enter thru our 5 senses. First from our eye it goes to the brain, than the object is observed, after that the object was realized or notified. Do you know how this process happen? Actually the sensations enter the brain thru a few of channel. This channel are also called as receptors arrangement. Due to the arrangement of receptors not all the stimulation faced by our senses can enter to the brain. The traps are arranged by the perception in line with the intentions.


1996 – 2000

Studies of the Voice Without a Sound ; King Rawana as Desperado(Desperado) Pen, soft color and c-print text on paper board 29.8 cm x 20.9 cm 2000


Studies of Structure View of Voice Without a Sound ; King Rawana as Desperado (Desperado) Pen, soft color and c-print text on paper board 29.8 cm x 20.9 cm 2000


Perspective view and Bird-eye View of Studies of the of Voice Without a Sound ; King Rawana as Desperado Pen, white pencil and soft color on paper board 29.8 cm x 20.8 cm 2000


Studies of Perspective View of Voice Without a Sound ; King Rawana as Desperado (Left) Pen, soft color, pencil color and white pencil on paper board 27.9 cm x 20.7 cm 2000


Studies of Perspective View of Voice Without a Sound ; King Rawana as Desperado (Front) Pen, soft color and white pencil on paper board 27.8 cm x 20.9 cm 2000


Studies of Structure Voice Without a Sound ; King Rawana as Desperado Pen, soft color and white pencil on paper board 29.8 cm x 20.9 cm 2000


Studies of Materials Voice Without a Sound ; King Rawana as Desperado Pen, soft color and white pencil on boxes paper board 29.8 cm x 20.9 cm 2000


Studies of Inside the Boxes Voice Without a Sound ; King Rawana as Desperado Pen, soft color, white pencil and c-print on paper board 29.8 cm x 20.9 cm 2000


Studies of Composition and Structure Voice Without a Sound ; King Rawana as Desperado Pen, soft color and white pencil on paper board 29.8 cm x 20.9 cm 2000


Studies of Composition and Profile Voice Without a Sound ; King Rawana as Desperado Pen, soft color and white pencil on paper board 29.7 cm x 20.9 cm 2000


Figural Studies for Voice Without a Sound ; Superpower I Pen, soft color and white pencil on paper board 29.7 cm x 20.8 cm 2000


Structures Studies for the Voice Without a Sound ; Superpower I Pen, soft color and white pencil on paper board 29.8 cm x 20.7 cm 2000


Perspective Studies for the Voice Without a Sound ; Superpower I Pen, soft color and white pencil on paper board 29.7 cm x 20.6 cm 2000


Structure and Car Studies for the Voice Without a Sound ; Superpower I Pen, soft color and white pencil on paper board 29.7 cm x 20.6 cm 2000


Figural and Car Studies for the Voice Without a Voice ; Dalang Pen, soft color and white pencil on paper board 29.8 cm x 21 cm 2000


Studies for the Voice Without a Voice ; Shhh… Pen, soft color and white pencil on paper board 29.6 cm x 20.8 cm 2000


Studies for the Voice Without a Voice ; Tok Selampit and Skuad Ampu Pen, soft color and white pencil on paper board 27.9 cm x 20.6 cm 2000


Studies for the Voice Without a Sound ; The fiREMAN Pen, soft color and white pencil on paper board 27.9 cm x 20.9 cm 2000


Proportion and Elevation View Studies for the Voice Without a Sound ; KAU @ LEMBU Pen, soft color and white pencil on paper board 27.9 cm x 20.9 cm 2000


Proportion and Elevation View Studies for the Voice Without a Sound ; KAU @ LEMBU Pen, soft color and white pencil on paper board 27.9 cm x 20.9 cm 2000


2001 - 2005



Recent Drawing



PENGHARGAAN XXXXXXXXXXXXXXX XXXXXXXXXXXXXXXXXXXX XXXXXXXXXXXXXXXXXX XXXXXXXXXXXXXXXXXX XXXXXXXXXXXXXXXXX XXXXXXXXXXXXXXXXX REKA BENTUK Nuzaihan Mustapa FOTOGRAFI XXXXXXXXXXXXXXX Hak cipta terpelihara © 2017 Faizal Sidik Dicetak dan Digital di Malaysia

Sila kod aplikasi QR ke Laman Web


SOLO EXHIBITIONS 2006 ‘Faizal Sidik: Drawing 1996-2006’, Multi + Media Gallery, Serdang. (with digital catalogue/CD-ROM)

GROUP EXHIBITIONS 2014 ‘Koleksi Yayasan Warisan Johor’, Galeri Seni Johor, Johor Bahru

2013 ‘Manjung School: Pilihan Rakyat’, Galeri Shah Alam ‘Percaya Pada Seni’, Ruang Kreatif BSVN, Kuala Lumpur.

2012 ‘Koleksi Soka Gakkai Malaysia’ Wisma SGM, Kuala Lumpur

2010 ‘Her World’ BSC, Kuala Lumpur.

2009 ‘Tampannya Budi’, Balai Seni Lukis Negara, Kuala Lumpur. ‘Neo-Abstract: Space Color and Light’ Soka Gakkai Malaysia, Kuala Lumpur. (PDF) ‘Subliminary: Sublime and Sensory’ Galeri Shah Alam, Selangor. (PDF) ‘Art For Gaza’ Laman Budaya, Shah Alam ‘Unfolding’ RA Fine Arts, Kuala Lumpur. (Star Metro) (PDF) (Katalog Pameran) ‘Palestin 2009′ Balai Seni Lukis Negara, Kuala Lumpur

2007

‘Open Show’ National Art Gallery, Kuala Lumpur (with catalogue)

‘Manusia, Seni Bina dan Lanskap‘ Multi + Media Gallery, Serdang

‘Matt’ National Art Gallety, Kuala Lumpur (with catalogue)

2006

2000

‘Merdeka 49‘ Multi + Media Gallery, Serdang.

‘Islamic Art Contemporary’ National Museum, Kuala Lumpur (PDF), (katalog pameran)

2005 ‘Art Through Charity’ Gajah Gajah Gallery, Kuala Lumpur.

2004 ‘Media Seni 6-Alam Semulajadi, Manusia dan Keamanan’ Dewan Tunku Canselor Universiti Malaya. (PDF), (Katalog Pameran)

‘Selangor Expression’ Shah Alam Gallery, Selangor (with catalogue) ‘Ipoh International Art Festival’ Ipoh City Hall, Perak (with catalogue) ‘Young Contemporary’ National Art Gallery, Kuala Lumpur.(PDF) (with catalogue)

2003

‘Degree Show’, Universiti Teknologi Mara, Manjung Perak

‘WWW’ ArTalk Gallery, Bangsar, Kuala Lumpur

1999

‘Imijan & Suara Kemerdekaan’, Balai Seni Maybank

‘Open Show’ Shah Alam Gallery.Selangor (with catalogue)

‘Spirit of Merdeka’ Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur

‘Cetusan Rasa II’ Perak National Museum (with catalogue)

‘Estetika Perak’ Gallery Muzeum Perak, Ipoh (with catalogue)

‘Penang Young Artist’ Penang Art Gallery.Penang

‘Visual Art Johor Version Open 2003’, Galeri Seni Yayasan Warisan Johor,(PDF), (Katalog Pameran)

1998

2002

‘Cetusan Rasa’ Perak National Museum

‘Identity-Here Are We’ National Art Gallery, Kuala Lumpur

1997

‘Young Contemporary’ National Art Gallery, Kuala Lumpur. (PDF) (with catalogue)

2001 ‘Ilham’ Shah Alam Gallery, Selangor ‘Dinamika Tampak’ Perak Art Foundation, Ipoh Perak. ‘Penang Young Artist’ Penang Art Gallery

‘Julung’Malacca Museum Corporation, Malacca

‘Landscape’ Shah Alam Gallery, Selangor (with catalogue)



Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.