Dialog Bakat Muda Sezaman Edisi ke-23 (Bah.1)

Page 1

Dialog

Bakat Muda Sezaman pg/4

Edisi ke-23

Program siri dialog Bicara Seni ini telah dianjurkan oleh Bahagian Jaringan dan Pendidikan Balai Seni Lukis Negara pada 19 Feb 2011 sempena Pertandingan Bakat Muda Sezaman 2010 (20 Nov 2010 - 20 Mac 2011) yang di pengerusikan oleh kurator pendidikan Tan Hui Koon dan dan dimoderatorkan oleh kurator pameran Majidi Amir.

Tan Hui Koon : Terima kasih diucapkan kepada saudara dan saudari yang sudi hadir pada acara Bicara Seni Bakat Muda Sezaman (BMS) 2010. Di petang yang berbahagia ini kita akan memperdengarkan senario BMS yang berlaku pada edisi kali ini dengan tajuk ‘Apakah Pendirian Saya’ atau ‘Where Do I Stand’. Ahli panel kita kali ini terdiri daripada ketua juri Tengku Sabri Tengku Ibrahim, wakil juri dari Balai Seni Lukis Negara, Faizal Sidik serta pemenang-pemenang iaitu Haslin Ismail, Diana Ibrahim, Tan Nan See dan Helmi Azam Tajol Aris serta moderator Majidi Amir dipersila untuk meneruskan perbicaraan. Majidi Amir : Assalamualaikum. Sebelum itu saya ingin memberitahu bahawa saya mendapat tugas untuk memoderatorkan acara bicara seni ini di minit-minit terakhir kerana kurator Erry Arham yang mengusahakan pertandingan Bakat Muda Sezaman (BMS) pada edisi tahun ini tidak dapat menghadirkan diri kerana ada masalah yang tidak dapat dielakkan. Walau bagaimanapun saya akan cuba menerajui perbincangan kita ini. Sebelum ini kita ada mendengar dan melihat empat orang pemenangpemenang bakat muda tahun ini membicarakan pendirian mereka menerusi karya-karya yang dipertonton dan diperbincangkan. Kepada penonton yang hadir di auditorium ini kita mengucapkan selamat datang kepada juri Tengku Sabri Ibrahim yang masih sudi memberi pendapat dan melibatkan diri dalam program bakat muda dan juga dalam seni rupa Malaysia (SERUM), Zainol Abidin Sharif (Zabas), Nasir Baharuddin, Badrulhisham Tahir dan juga bekas pemenang yang lalu seperti Bayu Utomo Radjikin, Roslisham Ismail, Yap Sau Bin setakat yang saya dapat lihat-lihat. Terlebih dahulu saya bagi pihak Balai Seni Lukis Negara (BSLN) ingin menjawab beberapa persoalan dalam penganjuran Bakat Muda Sezaman (BMS) tahun ini yang merupakan sesuatu yang hangat diperkatakan kerana formatnya berubah lagi seperti

dalam tulisan Tengku Sabri dalam buku “Sezaman: BMS 10” yang melihat daripada tahun 2000 sehingga sekarang. Saya ingin mengimbau kembali sejarah acara ini sebab saya terlibat dalam BMS sejak 1998 lagi. Format tahun 1998 saya kira semua anda maklum bahawa kita menghadapi masalah dengan lambakan karya-karya yang tidak dituntut selepas sesi penghakiman kerana ruang simpanan BSLN yang terhad. Pada tahun 2000 pula kita melakukan rombakan lagi dengan beberapa pengiat seni termasuklah dengan mendiang Joseph Tan, Ramlan Abdullah, Hasnul Jamal Saidun dan beberapa orang lagi untuk menaikkan umur dari 35 hingga 40 tahun iaitu sama dengan usia belia di negara ini serta mengadakan format temuduga terbuka. Persoalan mengapa format temuduga terbuka ini timbul adalah kerana daripada perbicangan dengan panel tersebut kita mendapati yang artis menghadapi masalah apabila berbicara tentang pengkaryaan mereka, malah daripada tahun 2000 hingga kini dalam laporan juri perkara yang sama sering dibangkitkan dalam katalog-katalog BMS yang lepas jika di perhalusi masalah persembahan artis di luar pengharapan juri-juri contohnya persembahan penerangan mereka tidak teratur. Saya masih teringat lagi semasa dialog pada 2006, Badrulhisham mengatakan masalah artis adalah kurang membaca dan kita akan membincangkan perihal ini sebentar lagi dimana kita dapati perkara ini sememangnya berlaku. Adakah kita mahu bermula dengan laporan penjurian atau pengalaman BMS ini sendiri dimana pendirian mereka? Tengku Sabri Ibrahim : Mana-mana Majidi Amir : Berdasarkan pengalaman dan berasaskan laporan juri yang mana kebanyakan mereka berpendapat ia tidak perlu lagi dijalankan lagi secara pertandingan. Disini saya membangkitkan semula penulisan Tengku Sabri yang mengatakan perlukah acara ini diadakan pertandingan? Dimana Tengku Sabri Ibrahim beliau melihat penganugerahan lebih penting dan juga beliau membandingkan dengan ‘Young Talent President Award’ Singapura. Saya mengikuti ‘Young Talent President Award’ sebenarnya pertandingan ini adalah dua perkara yang berbeza. ‘Young Talent; adalah suatu pertandingan dan ‘President Award’ adalah suatu anugerah dan format yang digunakan oleh BMS sebenarnya adalah begitu namun ada sedikit perubahan oleh urusetia yang baru. Malah hadiahnya juga dinaikkan itu adalah hasil daripada rundingan para kurator BSLN. Saya hendak memulakan dengan ketua juri kita untuk memberikan kita sedikit pandangan tentang proses penjurian dan hasil daripada apa yang didapati dalam edisi BMS 2010, kita persilakan terlebih dahulu Tengku Sabri ? Tengku Sabri Ibrahim : Terima kasih saudara moderator dan selamat petang kepada semua. Sebentar tadi kita telah mendengar dimana artisartis muda kita berdiri (stand). Apabila saya diminta untuk menjadi dan menganggotai panel BMS ini saya ternampak beban yang besar di hadapan, beban ini merupakan suatu perkara yang sudah-sudah, sebagaimana persoalan-persoalan yang dilontarkan oleh saudara moderator tadi sama ada perlu ada

| Faizal Sidik

(Bah.1) pertandingaan atupun anugerah. Saya rasa ia perlu berbalik kepada institusi samada ia perlu menganjurkan pertandingan atau anugerah ataupun tidak. Soalnya artis muda memang memerlukan tempat, peluang dan semacam suatu pengiktirafan dan kebetulan kita mempunyai Bakat Muda Sezaman. BMS jika saya tidak silap ia Tan Hui Koon telah dianjurkan sejak tahun 1970-an dan berterusan setiap tahun dan saya kira ia diilhamkan daripada ‘Young Contemporaries’ yang berlaku di London yang diadakan juga pada setiap tahun oleh pelajar-pelajar yang baru sahaja keluar daripada institusi pendidikan bukan dianjurkan oleh institusi seni disana dan jika BSLN mahu menganjurkan sedemikian ia amatlah dialu-alukan. Namun soalnya sezaman, artis dan kehendak persekitaran itu sendiri telahpun berganjak dan berubah kepada suatu persekitaran yang lain. Contohnya satu yang dipersoalkan perlukah seni kontemporari itu diperagakan dan dipamerkan di dalam institusi seperti ini? Ia merupakan satu persolan yang lain pula. Bagaimanakah pula dengan bentuk-bentuk lain sebab bentuk-bentuk telah berubah sehinggakan jika kita menganalisa penjurian tempoh hari kita tidak dapat berpegang kepada pengkategorian sebab pecahan kategori ini telah dimansuhkan dan berubah, jadi berlaku banyak subjektiviti di situ yang karya catan bagaimana (dinilai) dan video pula bagaimana seharusnya, jadi kita tidak boleh lagi berpegang definisi, pandangan, pengkategorian malah apakah maksud itu seni itu sekalipun. Jadi dalam pada itu kami (juri) mendekati dan cuba mendefinasi seni untuk BMS ini sebagai satu aktiviti memberi makna yang kami terapkan, kategori-kategori telah dipecahkan dan kami melihat kepada makna dan karya itu adakah ia berjaya dari segi daya komunikatif samada bolehkah ia berhubung dan memberitahu sesuatu. Perkara ini juga memberi cabaran yang besar kepada semua orang termasuklah pelukis-pelukis itu sendiri malah jika kita meninjau semula sejarah contohnya pada tahun 1999 BSLN telah mengadakan satu pameran retospektif bagi BMS iaitu ‘Imbasan Bakat Muda Sezaman’ dimana di dalam laporan penulisan kuratornya iaitu Zanita Anuar telah mengidentifikasikan 3 perkara yang boleh memperhubungkan dan memperkembangkan ataupun setidak-tidaknya memberi hala tuju dalam seni rupa Malaysia. Pertamanya beliau mengkaitkan BMS ini dengan institusi pendidikan dan tempat kita belajar. Tentu sekali soal tempat pendidikan seni wajar diambil kira yakni di tahap mana pelukis-pelukis ini perolehi di institusi itu umpamanya dari segi bagaimanakah kokurikulumnya dan semuanya ini terpancar di dalam karya-karya pelukis muda ini secara tidak langsung dan dimanakah mereka berdiri. Keduanya adalah menrekontruksi budaya dimana beliau ada mengatakan “rekonstruksi semula imej budaya” . Hal ini telah berlaku adakah pelukis-pelukis muda ini bersungguh-sungguh untuk menguasai perkara itu dan ini adalah persoalan tentang penciptaan, perbincangan mengenai identiti kita. Hasilnya berubah dan beranjak dengan bermacam-macam teknologi dan juga adakah kita prihatin tentang apa yang telah berlaku. Semuanya ini muncul dalam aktiviti pemberian makna tadi, ini bermaksud artis-


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.
Dialog Bakat Muda Sezaman Edisi ke-23 (Bah.1) by Pustaka Taman Seni - Issuu