Kasih Bunga Putih

Page 1


REDZA PIYADASA NIRMALA SHANMUGHALINGAM AMIRUDDIN ARIFFIN SUZLEE IBRAHIM ISMAIL ABDULLAH DZUL AFIQ ZAKARIA NORA ABDULLAH JALAINI ABU HASSAN MAZLAN NOOR ARIFFIN MOHD ISMAIL RAJA ZAHABUDDIN RAJA YAACOB SHARIFAH ZURIAH ALJEFFRI KHAIRUDIN ZAINUDIN SHAFIE HASSAN SITI ZAINON ISMAIL ZAIMIE SAHIBIL FAIZAL SUHIF ZAKARIA ALI MOHD SAFWAN AHMAD MARVIN CHAN NORWANI MD NAWAWI LYNA KHAIRI RAJA AZHAR IDRIS MOHAMAD Hj HASSAN ANWAR RAHMAN KUMPULAN PENGKAJI TEKSTIL & BUSANA


Dari Timbalan Rektor ASWARA Prof. Madya Dr. Nasir Ibrahim

Assalamulaikum dan selamat sejahtera, Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah kepada pihak penganjur bersama iaitu Yayasan Usman Awang (YUA) kerana telah berusaha untuk mengadakan pameran ini dalam memberi penghormatan terhadap para sasterawan seperti Sasterawan Negara Usman Awang pada hari ini. Galeri Aswara sebagai tuan rumah sangat berbesar hati menerima pameran ini diadakan di sini. Sebagai sebuah insitusi pengajian tinggi dalam seni budaya yang terlibat dengan seni visual dan seni pentas Usman Awang sangat dekat dengan institusi ini, pementasan-pementasan hebat beliau seperti Uda dan Dara, Tamu di Bukit Kenny misalnya adalah sumbangan penulisan dramatik dan pementasan teater yang masih dikaji bukan sahaja pelajar malah pengkajipengkaji kesusasteraan. Sungguhpun Usman Awang telah hampir 20 tahun meninggalkan kita namun semangat roh kemanusiaan beliau terus hidup menerusi karya-karya sastera seperti puisi, pantun, drama, tetaer sehingga kini. Puisi Bunga Putih adalah manifestasi kepada kebersihan hati, kesucian jiwa dan ketulusan rasa susuk Usman Awang sebagai penyair rakyat yang dekat dengan soal keharmonian, kebebasan dan keamanan yang universal. Tahniah kepada kurator dan pelukis-pelukis yang telah menghulur tangan dalam menyambut dan terus menyala dan membakar semula roh kemanusiaan Usman Awang menerusi karya-karya seni yang dihasilkan di dalam pameran ini sebagai satu simbol sokongan dan penerusan dalam menyambung perjuangan yang beliau tinggalkan. Doakan semoga usaha Usman Awang semasa hayatnya dirahmati diberkati dan diterima oleh Allah Subhana Wataala Terima kasih sekali lagi diucapkan kepada semua yang terlibat dalam pembinaan pameran ini.


RESTU PENAUNG Zain Azahari Bin Zainal Abidin

Saya berterima kasih kerana telah di jemput oleh Yayasan Usman Awang untuk menjadi penaung pameran lukisan yang akan diadakan di Akedemi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), sempena memperingati Allahyarham Sasterawan Negara Dato’ Usman Awang, sepanjang bulan Julai hingga bulan Oktober 2018 ini. Allahyarham Dato’ Usman Awang adalah seorang rakan yang saya kenali sejak tahun 1960an. Allahyarham seorang yang mesra dan amat menitikberatkan hal-hal kemanusiaan dan kemasyarakatan. Karya-karya beliau, walaupun menggunakan bahasa yang mudah, dapat menggambarkan sesuatu yang begitu jelas dan indah. Penulisan beliau mempunyai makna yang dalam dan mempengaruhi bukan sahaja si pembaca, tetapi dapat mencetuskan inspirasi kepada pelukis tanahair untuk mencipta lukisan yang cantik dan tersendiri. Diantara pelukis-pelukis tanahair yang di pamerkan adalah Redza Piyadasa, Siti Zainon Ismail, Sharifah Zuriah Aljeffri, Mohamad Hassan dan ramai lagi yang mendapat ilham dari Allahyarham Dato’ Usman Awang sebagai seorang tokoh sastera ataupun dari hasil karya beliau. Saya yakin lebih ramai pelukis tanahair akan menghasilkan lukisan beasaskan karya dan tulisan beliau pada masa yang akan datang.


UNGKAPAN AWAL Dr. Siti Zainon Ismail

SEPERCIK WARNA SEUNTAI KATA KERJA MELUKIS dengan kesedaran sastera telah berzaman mewarnai kehidupan seni budaya Alam Melayu. Sastera klasik Melayu seperti pantun, gurindanm syair termasuk pepatah petitih dan mantera melontar idea realiti alam, semangat dan pemikiran seperti panorama sebuah lukisan. Lebih kerap disebut sebagai akar Seni Nusantara yang menjalar ke ceruk rantau, pulau-pulau yang pernah dipopulerkan oleh Sutan Alisjahbana sebagai Bumantara : kesatuan Asia Tenggara. Pada tahun 1984 dalam himpunan penulis muda Asia Tenggara di Toyabongkah, Bali beliau memberi syarahan tentang konsep Bumantara. Antara lain beliau menyarankan ‘...kaum cendekiawan dan sasterawan, golongan mahasiswa, golongan perempuan dan pendidik, budayawan dan lain-lain harus menyempurnakan perpaduan Bumatara (Percikan Seni 1986). Ada titik pertemuan ada perbezaan budaya tetapi tetap melambangkan ciri di bumi Nusantara yang berkulit sawo matang. Dengan amat jelas sepanjang syarahan dan perbincangan acara diselang seli dengan melukis, serta persembahan gamelan dan tarian Bali. Ya beragam manisfestasi seni. Ini mengingatkan saya dengan kegiatan kelompok seniman ibu kota kita pada awal 1970an yang meneroka kegiatan Manifestasi 2 Seni. Apakah ini budaya eksprimentasi seorang Usman Awang di celah persabatannya dengan pelukis Latif Mohidin, Ibrahim Hussein dan Syed Ahmad Jamal yang justeru kerap berkumpul di Sudut Penulis Dewan Bahasa dan Pustaka. Pelukis dipelawa mengisi ruang Dewan Sastera. Penyair dan penulis pula dijemput menghadiri perasmian Lukisan. Kegitaan itu menadapat sokongan Kementerian Kebudyaan Belia dan Sukan, Balai Seni Lukis Negara termasuk Angkatan Pelukis Malaysia, GAPENA dan PENA. Taman Budaya di bawah Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan juga tampil menyuguh ruang. Berhimpunlah Menteri, Ketua Setiausaha Baharuddin Musa dan Pengarah Kebudayaan Ismail Zain, hingga bertemu Hari Puisi di Melaka, Genta Rasa di Taman Bunga dan Malam Cempa Berbunga di Taman Budaya Jalan Ampang. Pelukis pula merenjis cat di kanvas dan Usman Awangpun membangun puisi daripada citra ‘Aku dan Aku’ Ibrahim Hussin sempena pameran di di Universiti Malaya. Kepelbagaian budaya diekspresi dengan nada alamiah namun tetap berintikan rasa kemanusiaan yang meranum di hati Seniman Usman berkembang di Ruman Anak Alam di depan Padang Merbuk. Lebih meriah menggabung kepelbagian eskpresi seni termasuk Seni Teater, Seni Tari dan Muzik. Hari ini kita kembali berkumpul di rumah pelukis yang sudah menyatu dalam dunia pendidikan ASWARA. Ismail Abdullah mencatat, ‘ karya seni, sastera mahupun puisi biasanya kaya dengan budaya dan naratif rasa, alam imaginasi yang mempunyai konteks yang berkaitan dengan seseorang serta kehidupan manusia dan masyarakatnya...Menariknya, alam imaginasi dan kreativi merupakan ciri-ciri fitrah manusia’ (Nota Kajian, 2018). Ini juga diakui oleh Ariffin M Ismail, paparan antara ‘dua seni dan seni’ dan ‘seni melewati perlbagai dimensi’ adalah faktor asas perhubungan antara ‘visual dan bahasa’ - malah ‘bahasa adalah pembinaan citra’ dan ‘citra


itu adalah bahasa’. Lebih jelas diucapkan oleh Usman Awang, ‘ bahasa lukisan (visual) dan puisi alah satu, itulah ‘bahasa jiwa’. Kali ini bagi mengenang detik bermulanya kegiatan Manifestasi 2 Seni yang diangkat oleh Usman Awang dan menulis sajak berdasar lukisan Ibrahim Hussein, “ Aku dan Aku “(1970), bagai terkait bait sajaknya, Usman Awang dapat dianggap sebagai pelopor menjalin persahabatan dunia sastera dan seni lukis. Perlakuan watak Aku dan Aku yang mencerminkan tingkah ‘seorang monyet hanya mimpi/seorang seniman warnanya abadi/. Bagi Usman Awang, sajak dan seni lukis bergerak seiring. Dalam sebuah pameran setelah peristiwa 13 Mei 1969, yang turut mempamerkan karya

Sendariang semalam dikenang sepi

hari ini hitam mencakar kulit pipi perjalanan di tebing waktu

berlalu, kerana angin berlalu

cakar - tarah - ukir - gali - adun - anyam ...

putih keputihan suatu ghairah

putih memberinya seribu warna

(1986:34)

Ibrahim Hussien, Profesor Ungku Aziz mencatat, ‘ seniman kita menempuh lorong-lorong baru dalam penerokaan nasib negara ini’ (diharap wujudkan perdamaian kaum). Ibrahim Hussien telah melakukannya dengan menghasilkan karya “ May 13’/13 Mei” 1969. Inilah penghargaan hingga karya ini dihargai negara di zaman itu kerana Tun Abdul Razak sendiri datang merasmikan pameran tersebut. Di dunia ilmu seni rupa, bermuculaan para sarjana mula mengkaji seni visual dan teks sastera juga turut dianalis oleh Zabas, Ismail Abdullah dan Arifin Mohd Ismail. Inilah antara ungkapan seni yang bergema di Sudut Penulis Dewan Bahasa Pustaka yang bergema oleh paduan suara meneruskan usaha yang diungkap oleh Redha Piyadasa dan Sulaiman Isa 40 tahun lalu. Dalam mengenang Kasih Kemanusiaan Usman Awang tahun 2018 ini, Yayasan Usman Awang bekerjasama dengan Pusat Pengajian Tinggi ASWARA menganjur pameran “ KASIH BUNGA PUTIH”, dipetik daripada sajak “Bunga Putih” Usman Awang. Pameran ini disertai lebih 25 pelukis tanah air. Pameran ini bertemakan : Usman Awang dan pemikiran puitis dengan isu kemanusiaan, perpaduan, bahasa, politik, dan kasih persahabatan. Tetapi lebih mendasar, estetika seni tetap menjadi penunjang para seniman seiring dengan kasih adab tempatan yang sejalan dengan pemikiran Usman Awang. Penyertaan pelukis dalam pameran ini seharusnya sudah membawa detak rasa Usman Awang tetapi tetap berjalan seiring semangat pribadi yang telah melalui pengalaman seorang pelukis yang telah melalui gaya natural, lukisan potret, juga telah melepasi pengalaman ilmu luas baik di tanah air malah sudah mencangkau ke arena antarabangsa. Beberapa daripadanya memang telah bersama dengan Usman Awang sejak tahun 1970an seperti Zakaria Ali, Sharifah Zuriah Al Jefri, Ismail Abdulllah, Raja Zahabudin Yaacob. Generasi pelansung angkatan yang mendapat ilmu seni


dari berbagai negara, seperti Jalaini Abu Hassan, Raja Azhar Idiris, dan pelapis pengajar muda dari ASWARA sendiri yang berekspresi lebih terbuka hingga dapat merapatkan dunia bacaan susastera malah kembali mengolah detak rasa wacana warisan seganding dengan citra Valmiki yang lebih tua dari zaman Dewa Olimpiya. Turut juga dalam pameran ialah kumpulan lima sahabat Pemikir Seni budaya warisan Melayu mengangkat citra tekstil tenunan ikatan limar, busana dan ragam hias Melayu yang menampilkan semangat ‘Kekasih’ Usman yang telah menyatu dalam pemikiran pantun seloka bangsa Melayu dan diramu dengan konsep Al Jamal yang direstui Ilahi. Terima kasih bahagian Pentadbiran Akademik serta kawan-kawan seniman ASWARA dan pelukis yang sudi menyahut gelora batin Usman Awang. Termasuk kesudian kolektor Pakhrudin Sulaiman yang sudi meminjamkan karya Redha Piyadasa dan Puan Haslina Usman Awang mengizinkan karya Nirmala Datt untuk ikut serta dalam pameran bersejarah ini. Begitu juga sokongan Kurator bersama iaitu Saudara Faizal Sidik dan saudari Sarah NH Vogeler yang sudi bergabung meminjamkan ilmu sejarah seni tanah air kita ini.

SITI ZAINON ISMAIL (PhD-UM) Pengerusi Program Bersama Yayasan Usman Awang & ASWARA Penasihat Pameran

SITI ZAINON ISMAIL adalah pelukis angkatan 1970an. Mendapat pendidikan seni di Akademi Seni Rupa Indonesia (1970-1974). Sekembalinya ke tanah air Siti terlibat dengan kegiatan seni budaya bersama Anak Alam dan aktif berpameran Solo (18 kali di dalam dan luar negara, Indonesia, Brunei Darusslam, Pameran ASEAN , London, Thai, India, Itali, Jepun) dan pameran berkumpulan bersama anjuran APS, Anak Alam dan Kumpulan Pelukis Wanita Tanah Air. Siti Zanon juga seorang penulis-penyair, pengkaji seni budaya dan menerbit buku-buku ilmiah (bidang Seni Lukis, Tekstil Busana, Rekabentuk Seni Alam Melayu)/ Beliau juga kerap diundang membentang kertas kerja dalam Seminar, Simposium Forum dalam negeri dan luar negara. Beliau juga seorang aktivis seni dengan mengumpulkan sahabat-sahabat dan pelajar kampus membina Laman Arca, kegiatan di sekolah jauh dari ibu kota, termasuk kegiatan seni di Madrasah Tarbiah Gombak. Kegiatan beliau turut diiktiraf dengan anugerah Hadiah Sastera Malaysia (1976-2015), SEA Wright Award (Bangkok 1989), Angerah Gelar Chut Nyak Fakinan, Aceh (1990), Prof Luar Biasa, Universitas Jabal Ghafur Acheh Pidie (1996), hadiah Wanita Evon-Tan Sri Fatimah, Anugerah Budayawan Selangor dan Daerah Gombak. Di usia lanjutnya beliau meneruskan penulisan dengan gabungan lakaran seni dalam buku siri kanak-kanak terbitan ITBM antaranya 100 Pepatah Petitih, 10 siri Haiwan yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Ingeris Jepun, Jerman, Russia. Begitu juga beliau terlibat memerjuangkan menyelamat tanah warisan Kg Banda Dalam dengan menghasilkan buku Kasih Bonda Kampung Paya Kami yang telah diterjemahkan ke bahasa dan Russia dan Rumah Waris Uwan . Hingga karya belas ini mendapat perhatian Balai Seni Negara mengundang berpameran karya Siri Belas Warisan dalam Pameraan KLBienalle 2017-2018.


SELAYANG PANDANG Dr. Syed Husin ALI Usman Awang adalah seorang tokoh Sasterawan yang terkenal dan sangat dihormati. Walaupun menulis cerpen, drama dan novel, beliau paling masyhur sebagai penyajak. Sajak-sajak Usman ditulis dengan bahasa yang indah serta seni yang halus. Isi ciptaannya dalam semua bentuk meliputi nilai-nilai kasih sayang insan, keamanan dunia, keadilan masyarakat dan perpaduan kaum serta integrasi nasional. Akan tetapi, malangnya, Usman, seperti penulispenulis lain - Keris Mas, Samad Ismail, A Samad Said dan lain-lain semacam sudah dilupakan. Di sekolah-sekolah pun, sejarah mereka serta sastera jarang dikaji dan ciptaan-ciptaan mereka hampir tidak dihayati. Ini berlaku beserta bertambah lunturnyanya tradisi membaca dalam kalangan masyarakat, walaupun yang kononnya digelar sebagai cendekiawan. Usman dilahirkan di Sedili, Johor, pada 12 Julai 1929. 90 tahun lalu, dalam keluarga yang miskin. Tahun ini, untuk menyambut hari kelahirannya, Yayasan Usman Awang beserta beberapa badan lain, antaranya ASWARA, DBP dan PENA, menyusun beberapa rancangan aktiviti. Pada 6hb Julai, diadakan majlis Genta Rasa, iaitu membaca sajak di Rumah Pena. Pada 16hb Julai dilangsungkan pula majlis jamuan, pembacaan sajak, pementasan serta peluncuran buku di Royal Lake Club. Kemudian pada 19hb dimulakan pameran lukisan-lukisan oleh 32 orang pelukis yang diilhamkan oleh sajak-sajak Usman. Pameran ini digelar Manifestasi Dua Seni dan diadakan sebulan di Aswara. Akhirnya, dalam bulan November Aswara akan mementaskan drama muzikal Usman, iaitu Uda dan Dara. Tujuan utama acara-acara ini ialah untuk mengingatkan kembali tentang Usman dan sumbangan karya serta ideanya yang bernas, selain menggalakkan minat kepada sastera Melayu pada umumnya. Kami tidak rela seni sastera dan budaya yang kita warisi tenggelam dalam suasana pembangunan material yang kini galak dikembangkan. Dr Syed Husin Ali Pengerusi Lembaga Penasihat Yayasan Usman Awang. 27hb Julai 2018


SELAYANG PANDANG PAMERAN Dari Kurator I : Faizal Sidik

Usman Awang: Dari Bahasa kepada Rupa

Usman Awang

bukanlah asing dalam dunia seni lukis. Semasa menjadi editor majalah Dewan

Sastera di Dewan Bahasa dan Pustaka beliau adalah penggerak utama dalam menyatukan sasterawan dan seniman dari pelbagai disiplin dan merentasi bidang. Sudut Penulis adalah ruang bukan sahaja yang menemukan penulis, penyair dan pelukis dalam berwacana malah Sudut Penulis ini jugalah yang memberi ruang kepada pelukis untuk mempamerkan hasil kerja mereka. Semasa Usman Awang menjadi ketua editor dan juga dibantu oleh Kemala, Sutung Umar sebagai pembantupembantunya, di Dewan Sastera jugalah terbina wacana seni yang hebat dalam sejarah seni Malaysia. Dewan Sastera satusatunya majalah pada masa itu sekitar awal 70 an yang memberi ruang kepada penulis, penyair dan pelukis berpolemik mendebatkan karya pameran bersama oleh Redza Piyadasa dan Sulaiman Esa iaitu Towards A Mystical Reality (Ke Arah Realiti Mistik) yang diperagakan di ruang Sudut Penulis. Sebelum TMR belum ada kritikan seni yang benar-benar serius dalam konteks Malaysia terhadap pembuatan hasil seni. Melihat dilema ini Usman Awang telah menyiarkan cetusan awalnya dalam “Wawancara Dengan Dua Orang Pelukis Konseptual” tulisan oleh Raja Zahabuddin Raja Yaacob pada Julai 1974. Walaupun terdapat sapaan oleh Krishen Jit di akhbar Sunday Times pada 4 Ogos tahun itu namun tulisan Siti Zainon Ismail “Pengaruh dan Identiti dalam Seni Lukis” pada Mac 1975 di Dewan Sastera setelah dicabar oleh Ismail Zain yang memanggil mesra beliau Siti Zainon sebagai Non sahaja untuk menulis telah benar-benar mengigit Piyadasa (Piya) dengan tulisan itu, Piya tetap mempertahankan karya-karya di dalam pameran kontroversi itu dengan “Satu Jawapan Terhadap Tulisan Siti Zainon”. Kritikan pameran seni konseptual berkenaan tidak terhenti di situ sahaja apabila Siti membidas Piya semula dalam “Satu Esei untuk Piyadasa”pada Mei 1975. Kritikan seni di dalam majalah ini menjadi semakin panas apabila Piya terus-menerus menyerang dengan “Lagi Satu Jawapan Untuk Siti” disamping Salleh ben Joned memberi pandangan sinisnya dalam tulisan “Kencing dan Kesenian: Surat Salleh ben Joned untuk Piyadasa”pada Julai. Polemik yang berlanjutan selama beberapa bulan dalam majalah ini menyebabkan kritikan seni semakin diberi perhatian selain kritikan sastera. Usaha Usman Awang menyelenggara dan menyilang pertemuan antara genre seni bukanlah baru. Sebelum ‘Ke Arah Realiti Mistik’ lagi pameran seperti ‘Manifestasi Dua Seni I’ pada 1970 dan kesinambungan ‘Manifestasi Dua Seni II’ pada 1972 menampkkan peranan Usman Awang seolah-olah sebagai ‘kurator’ yang menghubungkan antara genre sastera iaitu puisi dengan seni lukis dalam satu ruang dialog. Petembungan antara kedua-dua budaya kata berkata-kata dan budaya tampak menampak adalah perpindahan daripada tekstual kepada visual atau dari bahasa kepada rupa. Perubahan ini membentuk satu makna baru dalam penciptaan atau penghasilan seni.


Keakraban dan penghormatan Usman Awang dengan seniman pelukis di diabadikan beliau dalam puisi-puisinya misalnya dalam ‘Beta Melukis’(1953) adalah semangat beliau untuk menghasilkan lukisan walaupun tidak seindah rupa. ‘Melukis Rasa Melukis Cerita’ ditujukan kepada pelukis-pelukis Tionghua pada 1956. Benarlah kata pujangga jika kita ingin dihormati orang, kita perlu menghormati orang terlebih dahulu. Sempena menyambut ulangtahun 50 kelahiran Usman Awang pada 1980 Redza Piyadasa telah menghasilkan dua buah karya khas sebagai memperingatinya sebagai kawan dan lawan beliau ini dalam catan akrilik yang bertajuk Tribute to Usman Awang I dan Tribute to Usman Awang II.

Redza Piyadasa Tribute to Usman Awang I Imej bromida, akrilik atas kanvas 1980 Koleksi: Balai Seni Negara Indeks: 1993-004

Redza Piyadasa Tribute to Usman Awang II Imej bromida, akrilik atas kanvas 1980 Koleksi: Pakhruddin & Fatimah Sulaiman

Karya Tribute to Usman Awang I kini menjadi koleksi institusi seni nasional iaitu Balai Seni Negara melalui perolehan pada tahun 1993. Manakala Tribute to Usman Awang II yang menjadi karya tema dalam pameran ini pula dimiliki oleh kolektor persendirian iaitu Pakharuddin dan Fatimah Sulaiman. Dalam pengkaryaan selepas ‘Ke Arah Realiti Mistik’ Piyadasa terus membawa karya bergenre konseptual dengan penggunaan imej, teks dan petikan inspirasi daripada pelukis pasca pop berbangsa Inggeris Larry River sebelum berpecah untuk tidak bergabung lagi pada akhir 70 an dengan Suleiman Esa yang beralih haluan kepada seni Islam manakala Redza Piyadasa kepada rupa Malaysia. Dalam karya Piyadasa menghasilkan catan yang berformatkan setem dengan berimejkan potret Usman Awang dengan berteks USMAN AWANG, MALAYSIA dan ASAS 50 sebagai manifestasi kepada setem kenang-kenangan yang biasa dikeluarkan oleh jabatan pos. Namun apa yang membezakan kedua-dua adalah catan setem Tribute to Usman Awang I berlatabelakangkan kanvas putih dan teks PENYAIR dan $2. Manakala Tribute to Usman Awang II berlatarbelakangkan warna hitam adalah terjemahan teks catan satu iaitu POET dan $1. Terdapat juga kad optik atau opcard selalunya digunakan untuk memeriksa kesihatan mata, jarak dan warna di hospital atau klinik dibahagian atas. Karya ini memperlihatkan kepada sebuah setem memorial penghormatan dalam memperingati Usman Awang sebagai penyair Malaysia sebagai salah seorang tokoh ASAS 5O atau Angkatan Sasterawan 50 sebagai pejuang bahasa, kesusasteraan dan kebudayaan Melayu. Dalam pengajian penterjemahan dan interpritasi atau sains linguistik terapan terdapat apa yang ditermakan sebagai ragam terjemahan perpindahan daripada bahasa kepada rupa. Menurut Jakobson (1959) beliau mengatakan terdapat


tiga jenis terjemahan iaitu intralingual, antarabahasa dan antarasemiotik. Terjemahan intralingual bermaksud terjemahan menggunakan bahasa yang sama, terjemahan antarabahasa pula bermakna terjemahan dalam dua bahasa yang berbeza manakala terjemahan antarasemiotik pula adalah terjemahan dalam dua sistem perlambangan. Jakobson menyatakan lagi walaupun bahasa sumber dan bahasa terjemahan mempunyai perbezaan struktur bahasanya, terjemahan tetap boleh berlaku. Terjemahan antarasemiotik adalah terjemahan yang mengkaji tentang sistem lambang. Selain perlambangan sistem ini juga adalah berhubungan dengan simbolisme dan metafora. Penterjemahan antarasemiotik merangkumi penafsiran sesebuah teks ke dalam bentuk atau sistem tanda yang lain misalnya penafsiran novel menjadi sebuah filem, cerpen menjadi drama, puisi menjadi gambar. Pameran seni ini yang mengambil tajuk sajak Usman Awang ‘Bunga Putih’ boleh dicirikan sebagai sebuah terjemahan antarasemiotik yang mentafsir, menghurai, mengulas, mengerti dan perluahan teks-teks seni kata yang mendokong kepada perpaduan, keamanan, dan kemanusiaan sejagat. Pertukaran kepada sistem tanda yang lain yang bersifat objek, mempunyai jisim dan isipada samada dua dimensi atau tiga dimensi iaitu citra lukisan. Citra baru ini mencipta ruang untuk penglihatan malahan juga sentuhan sebagai sistem tanda yang baru yang akan mempengaruhi dan merangsang ruang rasa kita dalam menambah nilai persepsi kita terhadap bentuk dan rupa.

Rujukan Jakobson, R. (1959), On Linguistic Aspect of Translation, dalam The Translation Studies Reader 2000 (ed. Lawrence Venuti). London & New York: Routledge, 113-118. Langer, S. (1936), Virtual Space dalam Aesthetics: A Reader in Philosophy of the Arts. Routledge. Sabapathy, T.K. (2001), Piyadasa An Overview 1962-2000, Balai Seni Negara, Kuala Lumpur Faizal Sidik (2017), Merindui Jiwa Sudut Penulis, Berita Harian (Seni dan Budaya), Selasa 2 Mei 2017 Dewan Bahasa dan Pustaka, (1987), Puisi-Puisi Pilihan Usman Awang, Kuala Lumpur

Faizal Sidik merupakan pelukis dan kurator di Balai Seni Negara


SELAYANG PANDANG PAMERAN Dari Kurator II : Sarah HN Vogebel

Where the Path Never Ends – Homage to the Immortal Kawan-kawanku yang dikasihi semalam kita bertemu kembali memadu ketika matari tersangkut di bumbung Utusan kita tidak menerima apa yang ada yang dinyanyikan dari hati berani dengan tangan erat pada keyakinan terpahat. Lagu kita telah mulai terpancar ah, anak-anak manisnya menjenguk keluar di luar udara basah dalam matari bersinar semua antara kita lagunya seluruh sedar. Apakah ini derita diri dalam mimpi atau kenyataan pahit menjepit pada lena yang membunuh kehidupan manusia sama-sama kita rangkul menguji diri. Kawan-kawanku yang dikasihi di belakang duri di depan api kita tidak bisa undur lagi duri dan api, tajam panasnya kita hadapi. Semalam dan hari ini kita diukir sejarah di mana air mata tidak akan menitik tumpah sebab kebulatan ikrar tak akan berubah apa saja kita tidak akan menyerah. Usman Awang Duri dan Api 1961 Since his pen touched paper in 1948, Dato’ Usman Awang‘s words have been the stimulus for many poets and writers from decade to decade. There is magic in every prose, and as we now peel his work from its exegetical suite and interpret them into paintings and sculpture, we are presented with wonderful brethren whose works offer passionate pleasure to the senses, and also remind us that sometimes, in just the right dosage, beauty in art is enough.


Dato’ Usman Awang was described as ‘a poet possessing a kind of pull – which makes him as rock-solid as any institution’. Upon receiving his SEA WRITE Award in Bangkok in 1982, Usman made his acceptance speech in the form of a poem: Saya ibarat anak seluang terhanyut dilambung ombak ke samudera luas dengan rendah hati bersyukur ke hadrat Tuhan Maha Esa menerima anugerah ijazah kehormat yang sangat mulia ini bukanlah kerana pencapaian saya tetapi kerana saya yakin dan percaya bahawa di universiti ini masih terdapat mereka yang mempunyai idealisme tinggi yang menghormati cita-cita kerakyatan dan kemanusiaan yang saya ungkapkan melalui tulisan-tulisan. Is it any wonder everyone is in love with him? Usman went by many pen names: Rose Murni, Zaini, U.A., Adi Jaya, Atma Jiwa, Amir, Setiabudi, Tongkat Warrant, Pengarang Muda and my personal favourite - Manis. He wrote not only poems, but short stories, dramas novels and numerous essays, but composing poems was a path he went to back and again, and the medium he is most celebrated for. And through Kasih Bunga Putih, Roh Kemanusiaan: Hari Mengenang Kasih Sasterawan Negara Usman Awang, we get to do exactly that, by way of art, partake in resplendence and sorrows, fall helplessly in love with his thoughts - the most intimate and greatest of desires. 24 artists and around 40 plus works from artists well-known and new, this is a collection which deepens the soul, depth and complexities of a poet who defiantly proved to us that the written word, very much like the human spirit, is eternal. All of the works in Kasih Bunga Putih are deeply emblematic, from the stunningly-composed installation Salam Benua by Ismail Abdullah fashioned out of burnt documents, blood red objects, black/gold boces, earth, paint and grass to Mohamad Hassan’s stoical Potret SN usman Awang (2018). Dr. Zaimie Sahibil’s Cross the Boundary Series #2 (2018) is a heartbreaking glimpse into the Bajau Laut community; the universal message of humility and integrity permeates his canvas like a stake through the heart. Newcomer Anwar Rahman, fresh from his first solo, Cenderawasih, gifts us with Above the Red Line, (2017) a melancholy yet sentimental work on bleeding, living and dying. Sharifah Zuriah AlJeffri’s two compositions, Bosnia 22 and 23 (1992) are accompanied by Usman’s verses, beautifully scripted in Arabic. In Bosnia 22: Berapa luaskah pusara Berapakah lautan airmata Berapa ribukah perawan Yang mesti disediakan Sebelum bendera keamanan dikibarkan?


In Bosnia 23: Di dinding peradaban Yang runtuh Imanlah peneguh Dan tetap diutuhi

Akal-Akar Segenggam Tanah (2018) by Norwani Md. Nawawi, inspired by Usman’s poem ‘Melayu’ bears the grave message, “Use your mind and know your roots; where your blood falls. Only then you will know yourself, and the grace God gifted; He opens up paths…” An excerpt of Melayu, written in 1996: Jadilah bangsa yang bijaksana Memegang tali memegang timba Memiliki ekonomi mencipta budaya Menjadi tuan di negara Merdeka Norwani, a current lecturer at UiTM’s Faculty of Art and Design has intensively studied traditional songket weaving methods, paying emphasis on batik, wood carving and embroidery which is very much incorporated into her own works. In Akal-Akar Segenggam Tanah, we see her expertise: the completed work looks as if it is fresh from a loom. The result is a captivating work both supple and organic, the beautiful contrast between rigid and soft, stern and loose, free and taut. Suzlee Ibrahim’s Pahlawan, (2018) enthused by Usman’s poem Pahlawan Kemerdekaan (from Puisi-puisi Pilihan Sasterawan Negara Usman Awang, Dewan Bahasa dan Pustaka DBP 1987) Sungai Semantan berubah merah bukan sarap hilir ke kuala bukan rakit mudik ke hulu arus merahnya menjulang mayat pahlawan bangsa pahlawan rakyat tujuh liang dadanya tersayat We see Suzlee’s blatant riposte here, the Semantan River in Pahang, and the almost invisible ‘warrior’ are invincible; he dribbles and drizzles and brushes colour to realise a splendid exquisiteness. And just like Robert Johnson in Me and the Devil Blues, Suzlee’s Pahlawan has just the right twists of liberating ad-libbing that excitingly makes for striking logic. Siti Zainon Ismail’s two entries, Jentayu Terbang ke Awan Biru and Jentayu Kesumba (both 2008) is that age-old tale of strength, loss and indestructability. The enduring artist, writer and poet is the backbone of Kasih Bunga Putih, her endless energy puts all of us to utter shame. Her contribution to the arts is invaluable, and through both works, Siti Zainon regales us with the story of Jentayu from old Malay texts; the magnificent winged creature who was tasked to save the Princess. After a blood-spattered battle with the equally terrible Garuda, Jentayu completed its duty, but was ultimately overwhelmed. But


the spirit of Jentayu lives on, and in Jentayu Kesumba in particular, it is seen to continue fighting, illustrated via calligraphic lines which represent a love infinite. In Usman’s words: Tiba-tiba angin nyaman berhembus sepoi bahasa Bagaikan jari-jemari lembut menguasai hati duka Jentayu menjelma bersama iringan merdu seruling Tuan puteri terpesona dalam syahdu seritbu bening Jauh mengusapi rindu, sebuah impian bertatah harapan Konon Putera Rum kekasihnya berada di sisinya Dan maha sempurna imbauan asyiknya mimpi Jentayu menajdi Putera Rum Menari bersama tuan puteri Kasih Bunga Putih, Roh Kemanusiaan: Hari Mengenang Kasih Sasterawan Negara Usman Awang is not just his story. It is yours. It is mine. It is ours. In Either/Or, Søren Kierkegaard ponders, “What is a poet? An unhappy man who hides deep anguish in his heart, but whose lips are so formed that when the sigh and cry pass through them, it sounds like lovely music.... And people flock around the poet and say: ‘Sing again soon’ - that is, ‘May new sufferings torment your soul but your lips be fashioned as before, for the cry would only frighten us, but the music, that is blissful.” Sarah NH Vogeler July 2018 Resources: Koleksi Terpilih Sasterawan Negara Usman Awang Penyelenggara: Dinsman Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia Kuala Lumpur 1995 Puisi-puisi Pilihan Sasterawan Negara Usman Awang (1949 – 1984) , Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia. Kuala Lumpur. 1987 Nothing if not Critical: Selected Essays on Art and Artists , Robert Hughes . Penguin Books Ltd First published in The United States of America by Alfred A. Knopf, Inc . 1990


BUNGA PUTIH (kepada Kumpulan Budi Utama)

Bunga putih antara seribu warna

Menguntum ketika hidup kepudaran cahaya

Segarlah dada yang meresapinya.

Segarlah mata yang mengecapinya

Bunga putih dengan keharuman abadi

Terserlah dalam kelopak murni sejati

lambang kemuliaan sinar seribudi

Suntingkanlah di setiap tangkai hati

(dalam Wan Nor Azriq, Di atas Batu Kata Berdiri. 2016)


Redza Piyadasa Tajuk : Tribute to Usman Awang II Bahan : Cat minyak atas kanvas Saiz : 44.5 cm x 34.5 cm Tahun : 1980 Koleksi: Pakhruddin & Datuk Fatimah Sulaiman


Suzlee Ibrahim Tajuk : Pahlawan Bahan : Akrilik & cat minyak atas kanvas Saiz : 150 cm x 150 cm Tahun : 2018

Sungai Semantan berubah merah bukan sarap hilir ke kuala bukan rakit mudik ke hulu arus merahnya menjulang mayat pahlawan bangsa pahlawan rakyat tujuh liang dadanya tersayat


Nirmala Shanmughalingam Tajuk : Darah dan Doa Bahan : Cat minyak atas kanvas Saiz : 77 cm x 61.5 cm Tahun : 1980 Koleksi: Haslina Usman Awang


Amiruddin Ariffin Tajuk : Surat Tawaran Bahan : Cat minyak atas kanvas Saiz : 60 cm x 74 cm Tahun : 2018


Ismail Abdullah Tajuk : Salam Benua Bahan : Cetakan digital foto Saiz : Susunan instalasi Tahun : 2018

“Salam Benua� merupakan refleksi puitika tentang konflik, tipu daya dan kerakusan manusia terhadap kuasa,masyarakat,

alam dan persekitarannya

yang membawa kepada kemusnahan duniawi. Wacana kehampaan dan naratif kemusnahan itu dinukilkan melalui imejan yang berupa helaian-helaian surat/ dokumen yang terbakar / termusnah hangus.


Uda dan Dara - Usman Awang

Dzul Afiq Zakaria Tajuk : Nisan Keramat Bahan : Medium campuran atas kanvas Saiz : 91 cm x 91 cm Tahun : 2018

Uda dan dara Bersumpah keramat cinta Wajah seri terukir Berbiduk hilir kasih Uda dan dara Bersanding tak berpelamin Tempat yang berwali Di laut malam saksi Daraku nantikan abang Emas ringgit membakar kita Uda hamba tunggu angin lalu Uda dan dara Bersanding di pusara Nisan yang bersabda Keramat kisah cinta


Nora Abdullah Tajuk : Peminta Bahan : Cat minyak Saiz : 61.5 cm x 76 cm Tahun : 1966


Jalaini abu hassan Tajuk : Jaguh Kampung Bahan : Campuran, bitumin atas kanvas Saiz : 121 cm x 243 cm Tahun : 2018


MAZLAN NOOR Tajuk : Bunga Putih Bahan : Pensil warna atas kertas Saiz : 120 cm x 120 cm Tahun : 2017


Khairudin Zainudin Tajuk : Dalam Satu urutan, Bahan : Pensil warna atas kertas Saiz : 147 cm x 50 cm Tahun : 2018


1.

5.

2.

3.

Raja Zahabuddin Raja Yaacob Tajuk : 1. Kusyuk 2. Selera Kampung 3. Seni Itu‌ Tetap Indah 4. Solat di mana sahaja 5. Tautan Kasih Bahan : Foto Montaj Saiz : 82 cm x 122 cm Tahun : 2016

4.


Sharifah Zuriah Aljeffri Tajuk : Bosnia 23 Bahan : Dakwat China Saiz : 60 cm x 100 cm Tahun : 1992

Di dinding peradaban Yang runtuh Imanlah peneguh Dan tetap utuh! Usman Awang


ARIFFIN MOHD ISMAIL Saiz : 42.5 cm x 33.5 cm Bahan : Printed Paper Tahun : 2012 ARIFFIN MOHD ISMAIL Tajuk : Nikil Saiz : 60 cm x 23.5 cm Bahan : Printed Paper Tahun : 2012


SHAFIE HASSAN Tahuk : Duri & Api Siz : 76 cm x 76 cm Bahan :Acrylic on Canvas Tahun : 2018


Siti Zainon Ismail Tajuk : Jentayu Terbang ke Awan Biru Bahan : Arilik Saiz : 92 cm x 120 cm Tahun : 2008

Siti Zainon Ismail Tajuk : Jentayu Bahan : Arilik Saiz : 92 cm x 120 cm Tahun : 2008


Zaimie Sahibil Tajuk : Cross The Boundary Bahan : Akrilik Saiz : 120 cm x 150 cm Tahun : 2018


Faizal Suhif Tajuk : Bebunga Peputih Bahan : Monoprint & Akrilik atas kanvas Saiz : 90 cm x 90 cm Tahun : 2018


Zakaria Ali Tajuk : Bahan : Saiz : Tahun :

After the rain/Selepas Hujan Oil on canvas 28 cm x 35 cm 2018


Mohamad Hassan Tajuk : Potret SN Usman Awang Bahan : Cat minyak Saiz : 46 cm x 56.5 cm Tahun : 2018

Mohamad Hassan Tajuk : Potret SN Usman Awang Bahan : Cat minyak Saiz : 50 cm x 60 cm Tahun : 2018

Mohamad Hassan Tajuk : Duri & Api Bahan : Akrilik atas kanvas Saiz : 50 cm x 60 cm Tahun : 2018


Raja Azhar Idris Tajuk : Bunga Popi Bahan : Kaca Saiz : Susun atur instalasi Tahun : 2018


Lyn Khairi Tajuk : Peminta Bahan : Cat minyak atas kanvas Saiz : 90 cm x 90 cm Tahun : 2018


Anwar Rahman Tajuk : Cenderawasih above the red line Bahan : Akrilik atas kanvas Saiz : 90 cm x 120 cm Tahun : 2017

Anwar Rahman Tajuk : Bird of Paradise Bahan : Akrilik atas kanvas Saiz : 76 cm x 76 cm Tahun : 2017


Norwani Md Nawawi Tajuk : Akal - akal Segenggam Tanah Bahan : Akrilik atas Kanvas Saiz : 91 x 122cm Tahun : 2018

Gunakan lah akal fikiran untuk menggenal asal usul mu tempat

tanah

tumpah darah mu justru akan mengenal jati diri mu serta anugerah yang maha Esa yang sentiasa memberi ruang menuju kearah kejayaan‌.


Mohd Safwan Tajuk : Membunuh mimpi - Atas Dasar Apa? Bahan : Bahan campuran Saiz : 60 cm x 60 cm Tahun : 2018


Marvin Chan Tajuk : Yang Terpendam Bahan : Bahan campuran Saiz : 106 cm x 90 cm Tahun : 2018



“KASIH BUNGA PUTIH” Mengenang Kasih Kemanusiaan SN UA 12-31 Julai 2018 Galeri ASWARA Penaung En Zain Azhari Bin Zainal Abidin Penasihat TImbalan Rektor ASWARA Dr Md Nasir Ibrahim

AJK Sekretariat YUA Pereka bentuk susun atur Dzul Afiq bin Zakaria ASWARA


Penasihat & Pengurus Pameran Dr Siti Zainon Ismail ( YUA) Penolong Pengurus Mohd Safwan ASWARA Kurator bersama Faizal Sidik dan Sarah HN Vogeler

Pihak penganjur bersama iaitu Yayasan Usman Awang dan Galeri ASWARA mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengumpul seni iaitu En. Pakharuddin Sulaiman dan waris Usman Awang sendiri iaitu Pn. Haslina Usman yang sudi meminjamkan karya dalam koleksi mereka kepada kami dalam memeriahkan lagi pameran ini dalam memperingati Sasterawan Negara kita.


NOTA


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.