pg/18
| Faizal Sidik
Manjung School :
Pilihan Rakyat
Manjung
merupakan antara 11 buah daerah yang terdapat di dalam negeri Perak. Pada zaman kerajaan Melayu lama, daerah Manjung terkenal sebagai pusat pentadbiran kerajaan awal negeri. Antara kerajaan awal Perak yang terdapat di sini adalah kerajaan Dinding dan Beruas. Daerah Manjung terletak di dalam Parlimen Lumut yang mempunyai tiga Dewan Undangan Negeri iaitu Sitiawan, Pasir Panjang dan Pangkor. Daerah ini sangat terkenal sebagai tempat peranginan berhampiran dengan kawasan pantai menjadi tarikan pelancong seperti Teluk Batik, Teluk Rubiah dan Pulau Pangkor. Permaknaan ‘School of thought’ merujuk kepada gaya atau stail yang lahir dari suatu tempat atau satu gerakan. School of Paris adalah asalan daripada gerakan seni lukis yang berpusat di sekitar kota Paris pada akhir abad ke 17 dan awal abad ke 18 melahirkan hero-hero seni seperti Cezanne, Van Gogh, Picasso. Kemudian New York School muncul sebagi pusat seni lukis utama pada abad ke-19 hingga kini terkenal dengan karakter utama seperti Jackson Pollock, Andy Warhol, Mark Rothko. Gerakan seni Manjung School adalah merujuk kepada pandangan aliran seni lukis baru yang berasal daripada sebuah kawasan barat negeri Perak yang mempunyai pengaruh yang dekat dengan
iklim maritim. Manjung School atau Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka ITM Seri Manjung mula ditubuhkan pada 1997. Terma Manjung School ini diambil bagi meletakkan aliran seni yang pernah bertapak di situ daripada 1997 hingga 2002 yang mempunyai tiga jabatan iaitu Seni Halus, Seramik dan Fesyen. Pameran berkumpulan pelukis aliran Manjung ‘Manjung School: Pilihan Rakyat’ ini mempamerkan karya-karya terkini oleh pelukis yang pernah bersama di sini antaranya Ahmad Fairus Ahmad aka Along, Ekhsan Haniff, Eruan Adnan, Faizal Sidik, Nadiah Mohamed, Nuriman Amri dan Zaslan Zaeeha Zainee dimana kebanyakan mereka ini pernah memenangi anugerah seni diperingkat nasional dan penglibatan dalam arena seni antarabangsa seperti Faizal Sidik wakil Manjung School yang pertama kali memenangi hadiah Young Contemporary Awards atau Bakat Muda Sezaman 2000, Ekhsan Haniff memenangi hadiah ASEAN Philip Morris Art Awards, Nadiah Mohamed dan Nuriman Amri pula memenangi Nokia Art Award Asia Pasific 2001.
Zaslan Zeeha Zainee, ‘Trap in Fear’
Karya dan objek yang terhasil adalah kesan refleksi pengkarya terhadap kehidupan yang ditempoh melalui masa. Seniman tidak boleh melarikan diri daripada masyarakat, sedikit sebanyak penciptaan mereka adalah cerminan kepada nasib masyarakat yang mereka depani. Karya seni adalah produk budaya yang merakam dan mendokumentasikan pergolakan yang terpilih daripada rakyat untuk rakyat. Pameran ‘Manjung School: Pilihan Rakyat’ mempamerkan karya-karya mutakhir pelukis aliran Manjung yang berkisar kepada tindakbalas isu-isu semasa yang berlaku di dalam negara dari segi politik dan sosial, sebagai artis mereka juga tidak mahu melepaskan diri dalam merayakan babak penting dalam sejarah demokrasi negara iaitu Pilihan Raya Umum. Karya Zaslan banyak menggunakan metafora binatang tertentu seperti ayam jantan, gagak, ikan dalam memaksudkan perwatakan seseorang. Dalam ‘Trap in Fear’ beliau memperlihatkan ayam jantan sebagai watak pejuang dalam perlagaan atau perlawanan. Sifat semulajadi ayam jantan apabila dibela dan diberi makan jika dilepaskan tetap akan kembali ke reban dimana ia mendapat makanan (habuan) walaupun dia akan disembelih kerana
Faizal Sidik, ‘Tak Percaya Pada Media’