Perihal Rezeki

Page 1

| S E N T R A L -G A L E R I |

Teks ini adalah penulisan kurator pameran berkumpulan ‘Rezeki’ yang telah diadakan di Galeri Chandan@Publika, Kuala Lumpur pada 15 November hingga 10 Disember 2012.

Perihal Rezeki Daripada Abu Zar r.a Rasulullah s.a.w bersabda : "Sesungguhnya Allah s.w.t suka melihat hambaNya berusaha dengan berpenat lelah mencari rezeki yang halal". (Hadith Riwayat al-Dailami)

Mukadimah Kata nama ‘rezeki’ adalah perbendaharaan kata bahasa Melayu berasal dari bahasa Arab ‘rizq’ yang bermakna segala sesuatu yang dikurniakan oleh Allah untuk keperluan rohani dan jasmani. Perkataan rezeki adalah salah satu peminjaman bahasa Melayu daripada bahasa Arab yang berjumlah diantara 2000 hingga 3000 jumlahnya. Rezeki boleh disinonimkan dengan nafkah, mata pencarian, periuk nasi, pendapatan, perolehan gaji, upah, keuntungan, laba, elaun, komisen, dividen, bonus atau ganjaran hasil. Dalam kehidupan harian semasa kita sering mendengar ungkapan dan bualan yang berkaitan dengan rezeki antara yang biasa diperdengarkan adalah seperti “cari rezeki”, “rezeki yang halal”, “ semoga dimurahkan rezeki” dan ada juga sering mengatakan “rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari”. Demikianlah beberapa kerat yang bercerita tentang maksud rezeki. Jika kita menelusuri kita sebagai manusia tidak henti mencari rezeki selagi masih bernyawa. Salah satu daripada 99 nama Allah yang wajib diketahui adalah ‘al Razzaq’ (ar-Razzaq) dalam bahasa Arab yang bermaksud Yang Maha Memberi Rezeki. Banyak ayat-ayat Al-quran yang diturunkan oleh Allah swt berkaitan dengan rezeki yang boleh dianggarkan 82 ayat. Antaranya yang sering di baca permulaan surah Al-quran selepas Al-fatihah dan sering dibaca oleh imam dikala mengimamkan sembahyang berjemaah adalah ayat surah daripada al-Baqarah ayat 3 :

Siapakah orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (yang ikhlas) supaya Allah melipatgandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya? Dan (ingatlah), Allah jualah Yang menyempit dan Yang meluaskan (pemberian rezeki) dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan. (Al-Baqarah 2:245)

Selain itu banyak juga hadis-hadis yang telah direkodkan oleh sahabat Nabi Muhammad saw berkaitan dengan rezeki antaranya yang di sini adalah daripada Abi Hurairah r.a., ia berkata, aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Siapa yang suka untuk dilapangkan rezekinya dan diakhirkan ajalnya (dipanjangkan umurnya), maka hendaklah ia menyambung tali silaturrahim.” (Riwayat al-Bukari)

Daripada hadis di dalam al-Awsath pula bermaksud; "Berpagi-pagilah (subuh) dalam mencari rezeki, sesungguhnya berpagi-pagi itu adalah berkat dan kejayaan.". (Riwayat at Tabarani)

Nabi swt baginda pernah berdoa kepada Allah supaya memberkati umatnya yang berpagi-pagi, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ashab asSunan yg empat dan Ibn Hibban dalam Sahihnya, apabila melewati anaknya Fatimah rha sedang berbaring pada subuh dengan bersabda: "Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan orang yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari." dari (Riwayat al-Baihaqi)

Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka. (Al-Baqarah 2:3)

Dari Ibnu ‘Abbas r.a pula meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda:

pg/22

| Faizal Sidik

Di alam Melayu ini juga kita kaya dengan peribahasa, pantun terdapat banyak peribahasa Melayu yang mengungkapkan tentang perihal budi Melayu mengekspresikan rezeki ini seperti yang tercatit dalam Kamus Istimewa Peribahasa Melayu antaranya ‘ada umur ada rezeki’ atau ‘ada hari ada nasi’ yang boleh ditakrifkan sebagai ‘Asalkan manusia itu masih hidup, tentu ianya akan beroleh rezeki. ‘Kalau bukan rezeki, di mulut lari ke luar’ bererti rezeki (harta) yang belum dapat ditentukan. ‘Rezeki elang tak akan dapat dimakan oleh musang’ bermaksud rezeki seseorang tidak akan dapat direbut oleh yang lain. ‘Mara jangan dipikat rezeki jangan ditolak’ bermakna bahaya jangan dicari-cari, rezeki meskipun sedikit haruslah diterima dengan syukur. Selain itu terdapat juga peribahasa Melayu yang tidak menggunakan perkataan rezeki secara langsung namun memerihalkan pekerjaan mencari rezeki antaranya ‘Jangan memangku ayam jantan, baik memangku ayam betina’ yang memberi makna rezeki yang halal itu lebih baik daripada rezeki yang haram. ‘Berair kerongkongan’ iaitu mendapat rezeki. ‘Rongkongan menghadap hilir’ iaitu sukar mendapat rezeki. ‘Bertemu bukit di tepi telaga’ atau ‘mencari nasi di negeri orang’ iaitu membawa maksud mendapat rezeki. Antara peribahasa lain yang mengambarkan juga penrezekian ini adalah seperti ‘hempas tulang berisi perut’ orang yang rajin bekerja (berusaha) mudah mendapat rezeki. ‘Ringan tulang berat perut’, orang yang rajin bekerja banyak mendapat rezeki. (lawannya: Berat tulang, ringan perut). ‘Ada gula, ada semut’ di tempat orang mudah mendapat rezeki, banyaklah orang berkumpul. ‘Ada padi masak, adalah pipit’ di tempat orang mudah ilmu ke mana ia pergi pasti mudah dikurniakan rezeki. ‘Nasi tersenduk tidak termakan’ tidak dapat merasainya, meskipun sudah diperoleh atau belum menjadi rezeki. ‘Ada batang mati, adalah cendawan tumbuh’ bermakna di mana juga kita tinggal, maka akan ada rezeki kita.

"Barangsiapa yang beristiqamah dalam beristighfar, Allah akan memberi jalan keluar dari setiap kesempitan, menghindarkan dari setiap kecemasan dan memberi rezeki daripada sumber yang tidak disangka-sangka" (Riwayat Abu Daud)

Ayat ini menerangkan sifat-sifat orang yang beriman iaitu) orang yang percaya kepada sesuatu yang ghaib (sesuatu yang tidak dapat ditangkap dengan salah satu pancaindera) seperti percaya, bahawa di atas kekuasaan manusia ada yang mahakuasa iaitu Allah. ii) Orang-orang yang mendirikan solat bererti mengerjakan solat dengan jasmani dan hati yang kusyuk dan iii) menyedekahkan sebahagian harta daripada rezeki yang diperolehi di jalan Allah seperti kepada fakir miskin, berzakat, berinfak dan lain-lain. Ayat di atas terhenti di situ sahaja kerana Allah menjanjikan balasan yang berlipat ganda bagi orangorang menafkahkan rezeki yang diperolehi seseorang yang membelanjakan harta di jalan-Nya seperti;

Instalasi pemasangan

Instalasi pemasangan


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.
Perihal Rezeki by Pustaka Taman Seni - Issuu